R2B: Return To Base adalah filem produksi Korea Selatan 2012. Ia mengisahkan Kapten Jung Tae Yoon (Rain), juruterbang skuadron Black Eagles yang dipecat apabila melakukan stunt merbahaya dalam satu pertunjukan udara. Dia kembali kepada skuadron asalnya iaitu 21st Fighter Wing. Dia bertemu kembali seniornya iaitu Mejar Park Dae Suh (Kim Sung Su). Tae Yoon berkonflik dengan topgun 21st Fighter Wing iaitu Mejar Yi Cheol Hee (Yoo Joon Sang). Cheol Hee seorang yang skema dan tidak suka akan Tae Yoon yang agak rebel. Satu pertandingan tahunan telah diadakan. Siapa yang menang akan diberikan peluang untuk meminta apa saja. Tae Yoon mahu memenangi pertandingan itu untuk kembali semula ke dalam skuadron Black Eagles. Dia meminta pertolongan Sarjan Yoo Se Young (Shin Se Kyung) yang merupakan mekanik 21st Fighter Wing. Se Young sebenarnya graduate dari akademi tentera udara tetapi tidak boleh menjadi pilot apabila gegendang telinganya pecah. Namun sebab dia suka sangat dengan jet pejuang, dia memilih untuk menjadi mekanik. By the way, Se young is a girl dan juga love interest Tae Yoon. Mestilah kena ada awek ya tak. Takda awek tak best la. Dalam pertandingan itu Tae Yoon berjaya mengalahkan Cheol Hee. Dalam masa yang sama sekumpulan tentera Korea Utara telah memberontak dan menawan sebuah pangkalan dan mahu mencetuskan perang ke atas Korea Selatan.
Suatu hari semasa Tae Yoon dan seniornya Dae Suh sedang melakukan rondaan rutin, mereka mengesan sebuah pesawat MiG-29 milik Korea Utara cuba untuk lari ke Korea Selatan namun dikejar topgun Korea Utara. Setelah berjaya menembak pesawat Korea Utara yang mahu membelot, topgun Korea Utara itu melarikan diri ke kawasan bandar. Tae Yoon dan Dae Suh mengejar topgun Korea Utara itu tapi dilarang untuk melepaskan tembakan kerana mereka berada di ruang udara kawasan berkepadatan penduduk bandar. Dalam masa yang sama Cheol Hee turut dikerah membantu Tae Yoon dan Dae Suh. Topgun Korea Utara itu telah melepaskan tembakan di kawasan bandar tersebut sebelum melarikan diri ke sempadan. Tapi dia sempat menembak pesawat yang dipandu Dae Suh menyebabkan Dae Suh terbunuh dan co-pilotnya jatuh ke kawasan Korea Utara. Tae Yoon bergaduh dengan Cheol Hee, marah kerana Cheol Hee enggan menembak pesawat topgun Korea Utara kerana mengikut arahan dari command centre.
Dalam pada itu kumpulan yang menawan pangkalan tentera Korea Utara mahu melancarkan peluru berpandu nuclear ke Korea Selatan. Pihak Amerika Syarikat bertegas mahu melaksanakan operasi menyerang pangkalan itu tanpa membenarkan Korea Selatan melakukan operasi menyelamatkan pilotnya yang jatuh di kawasan musuh. Tae Yoon yang berkeras mahu menyelamatkan pilot tersebut akhirnya dipenjarakan. Namun Menteri Pertahanan Korea Selatan secara senyap-senyap telah memberikan kebenaran agar operasi menyelamatkan pilot tersebut dilaksanakan dan mahu pangkalan peluru berpandu nuclear itu dimusnahkan. Cheol Hee mengetuai operasi itu dan mahu Tae Yoon menyertainya. Tugas mereka ialah dengan melumpuhkan pertahanan anti udara Korea Utara bagi membenarkan unit Search and Rescue menyusup masuk menyelamatkan pilot tersebut. Namun sebaik mereka memasuki ruang udara Korea Utara, topgun yang membunuh Dae Suh telah menyerang. Cheol Hee bagaimana pun berjaya membunuh topgun itu dan Tae Yoon berjaya memusnahkan pangkalan peluru berpandu nuclear tersebut dan pilot yang jatuh di kawasan musuh berjaya diselamatkan. Bagaimana pun pesawat yang dipandu Tae Yoon telah ditembak dan akhirnya jatuh ke laut. Tetapi dia berjaya diselamatkan. Di akhir cerita Tae Yoon membatalkan hasratnya mahu kembali ke skuadron Black Eagles sebaliknya membuat permintaan agar dibenarkan membawa Se Young terbang menaiki pesawat jet pejuang ke udara bagi memenuhi impiannya untuk terbang dalam pesawat pejuang.
Secara jujurnya aku was-was nak beli DVD ni. Filem Korea kalau bukan filem seram dan thriller selalunya cheesy dan corny. Dan aku juga tak suka Rain. He’s cheesy and corny. Tajuk dia pun dah corny. R2B: Return to base! And in a first quarter, the movie is cheesy and corny. Rain mengingatkan aku pada watak Tom Cruise dalam Topgun. Flamboyant, cocky fuckin’ bastard! Rain playing Rain. Sapa suka dia dalam Full House, then he playing himself in this movie. Aku pun memang menyampah dia sejak dalam drama Full House lagi! Sebelum member aku sound aku pasal Winter Sonata, baik aku mengaku dulu! Ya, aku layan Winter Sonata suatu masa dahulu! Zaman jahiliyah! Zaman di mana orang Malaysia tak tau lagi apa itu K-Pop! Sekarang aku taubat dah! Bebalik pada R2B. Lepas suku dari filem, ia mula banyak berkisar pada military tactical, which I like! Romance element pun tak begitu ditekan dan aku pun tak berapa jammed sangat. Tak tau samada romance elementnya agak ringan atau sebab aweknya yang cun.
Dalam filem ni Korea Selatan menggunakan pesawat F-15E Eagle dan Korea Utara menggunakan pesawat MiG-29. Serta-merta aku terbayangkan Malaysia dan Singapura sebab Singapura guna F-15 dan Malaysia guna MiG-29 (walaupun bakal disarakan). CGI filem ni marvellous! Scene air dog fight nampak real, sangat real! But than again, ini filem Korea. Dia orang antara pemacu CGI dunia. Namun on the ground scene pulak yang nampak kaku. Scene di mana bandaraya jadi kelam-kabut bila MiG-29 serang, scene sewaktu unit pertahanan udara kena serang pesawat Korea Selatan dan scene pilot nak diselamatkan unit Search and rescue. Nampak kaku lakonannya. Agaknya dia orang spend to much money on the CGI jadi dia orang takda bajet nak ambik pelakon tambahan yang pro! Berbalik pada air dog fight MiG-29 dan F-15, walaupun Cheol Hee berjaya kalahkan topgun Korea Utara namun realitinya F-15 bukanlah lawan setara MiG-29.
MiG-29 dibina Soviet Union bagi menyaingi F-15. F-15 adalah multi role aircraft. Walaupun pada awal perkhidmatannya ia dianggap sebagai pesawat yang menguasai udara namun pihak Russia membina MiG-29 dengan role yang agak spesifik iaitu manjadi jaguh air dog fight! Walaupun F-15 dikatakan tidak pernah ditembak jatuh tapi ini kerana ia tidak banyak terlibat dalam dog air fight dengan pesawat yang setanding dengannya. Sebaik MiG-29 mula berkhidmat, Amerika jadi begitu gerun dengan pesawat ini yang dikatakan melangkaui zamannya. Malah dikatakan F-15 takda chance untuk menang kalau berhadapan dengan MiG-29. Maka Amerika membina F-18 bagi menyaingi MiG-29. Ini menjadikan F-15 lebih banyak melaksanakan tugas-tugas pengeboman. Malah sehingga kini pesawat-pesawat Russia banyak berasaskan MiG-29, hatta Sukhoi sekali pun.
Selain dari dua pesawat ini ada juga di selitkan role pesawat Boeing 737 AEWC. Dalam filem ni digambarkan pesawat Boeing 737 bukan sekadar jadi peninjau tapi juga jadi mobile command centre dalam operasi ini. Menunjukkan betapa besarnya peranan pesawat AEWC dan betapa tentera udara Malaysia akan lebih berkemampuan kalau ada pesawat AEWC. Aku pernah post dalam satu blog menyatakan kalau Malaysia go head to head dengan Singapore dalam dog fight, pesawat kita boleh di tembak macam lalat kerana kelebihan pesawat AEWC yang miliki Singapura. Ada pulak mamat tak puashati cakap pesawat Sukhoi-30 bukan calang-calang. Ada radar AEWC yang dipasang pada muncung pesawat dan boleh test tengok kalau pesawat Malaysia boleh kalah dengan pesawat Singapura. Aku pernah cakap, ‘pahlawan yang hebat bukan sekadar tahu kekuatan sendiri dan kelemahan lawan tapi juga kelemahan sendiri dan kekuatan lawan.’ Radar yang dipasang pada muncung pesawat adalah terhad jangkauannya. Cuba buat research sedikit pasal AEWC. US takkan spend berbilion dollar untuk sesuatu yang takda faedah. So selagi TUDM takda AEWC, kita masih belum cukup mampu nak menghadapi tentera udara jiran kita yang kini tengah berkira-kira nak beli F-35 JSF!
Dalam filem ni ada satu perkara yang agak kartun. Pada awal filem, Tae Yoon kena tendang dari Black Eagles kerana stuntnya dengan maneuver yang digelar ‘Zero Knot’. Maneuver ni ialah dengan menerbangkan pesawat setinggi yang boleh lepas tu matikan enjin dan biarkan pesawat menjunam secara vertical ke bumi dan hidupkan enjin semula apabila hampir tiba dengan bumi. Dalam scene tu, Tae Yoon hidupkan enjin bila pesawat betul-betul hampir nak cecah bumi di hadapan penonton. Tae Yoon buat sekali lagi Zero Knot maneuver di akhir scene bila dia nak launch peluru berpandu pada pangkalan peluru berpandu nuclear. Maneuver ni boleh dilakukan tapi sangat extreme. Realitinya kalau pesawat dibiarkan menjunam secara vertical, pilot boleh mengalami blackout akibat tekanan G-force! Dan kadangkala enjin pesawat tidak dapat dihidupkan semula kerana posisi pesawat yang menegak. Ini bukan kereta nak start macam tu je. Ia pernah dilakukan namun pesawat akan di tarik naik semula dalam lingkungan beberapa ratus meter dari tanah atau pesawat takkan dapat melawan tarikan gravity menyebabkan pesawat tak sempat mendongak naik. But this is a movie right? And with Rain in the cockpit, anything is possible. I’ve just surprise the jet didn’t turn into a robot!
KA-50
There’s nothing new in the film. Plot wise, typical and cliché. Filem ni ada gabungan elemen Topgun dan Behind Enemy Line. Malah kuat feel filem Topgun dalam filem ni. Filem ni sebenarnya kuat semangat patriotiknya. Sewaktu nak laksakan operasi, Cheol Hee gunakan pesawat F-15 tapi Tae Yoon guna pesawat buatan Korea Selatan, KAI T-50 Golden Eagle. KA-50 ni pesawat tempur ringan dengan satu enjin. Kecil saiznya berbanding F-15. Standard pesawat YAK-50. Kalau kat Malaysia perbandingan macam pesawat Sukhoi-30 dengan Aermacchi MB-339. Tapi MB-339 TUDM guna buat pesawat latihan je. Kenapa operasi sebegitu penting nak guna pesawat kecil? Alasannya sebab KA-50 boleh terbang rendah nak elak dari dikesan radar. Tapi baru masuk sempadan dah kena detect! Ia cuma cara Korea Selatan nak beritahu mereka bangga dengan pesawat ciptaan mereka walaupun realitinya pesawat tu tak sepower mana. Malah aku nak tergelak tengok macamana Tae Yoon boleh challenge topgun Korea Utara yang bawak MiG-29. Kalau betul-betul dah lama lebuh KA-50 tu kena tembak MiG-29. Inilah juga pesawat yang Indonesia bangga Korea Selatan nak berkongsi maklumat macamana nak bina. Filem ni juga menyedarkan aku betapa Korea Selatan adalah di antara beberapa buah negara yang berada di dalam keadan siap-sedia di tahap maksima sepanjang masa. Yalah, dah berjiran dengan negara yang ada peluru berpandu balistik nuclear. Apatah lagi Korea Utara dan Selatan technically still in war. Kalau tak silap aku, tentera Korea Selatan boleh dikerah dalam tempoh kurang 24 jam kalau sekiranya meletusnya peperangan. Dan sentiasa ada dua skuadron yang bersedia 24 jam setiap hari untuk terbang kalau emergency. Sedia di sini bermaksud pilotnya akan sentiasa dalam G-suit dengan helmet di tangan. Dapat arahan, terus lompat masuk kokpit!
Secara jujurnya aku katakan aku enjoy filem ni. Walaupun Rain hero utama tapi takdalah asyik fokus kat dia je. Scene spread pada semua karakter. Masing-masing ada cerita. Senior Tae Yoon, Dae Suh dah nak kawin dengan salah seorang pilot 21st Fighter Wing sebelum mati kena bunuh topgun Korea Utara. Mejar Cheol Hee mengalami trauma akibat peristiwa silam bila co-pilot dia koma sebab insiden di mana pesawat yang mereka pandu nak terhempas tapi Cheol Hee lambat nak eject. Bila eject, co-pilot dia tercedera dan dia selamat. Aku memang tak minat Rain. Tapi he’s okey dalam filem ni. Dan dari interview, semua pelakon lelaki yang memainkan watak pilot dibawa terbang dalam F-15. Semasa pilot Korean airforce buat manuver yang merbahaya, semua pelakon blackout kecuali Rain. Kira boleh tahan lasak jugaklah Rain ni. Ingat aku semua actor Korea ni nampak je macho tapi lembik! Filem ni buat aku tertanya-tanya, bila Malaysia nak buat filem macam ni? Tolong jangan mentioned Wira Angkasa. Meremang bulu ketiak aku ingatkan filem tu. Anyway apa yang aku boleh katakan, R2B is not such a bad film. Boleh dilayan. Sangat patut dilayan pada sesiapa yang nak gambaran jelas macamana rupanya kalau TUDM dengan RSAF bertempur dalam dog fight. Only thing I can say, R2B: Return To Base, is not bad. Not bad at all! SALUTE!!