Sunday, 4 September 2011

Selamat menyambut Eid ul-Fitr


Berakhir sudah Ramadhan. Syawal pula menjengah. Sebulan dah berpuasa sekarang sebulan pula kita beraya. Kalau orang alim dan kuat agama, mereka berasa sedih dengan berakhirnya Ramadhan. Tapi orang macam aku yang nipis iman ni macam orang-orang yang lain, beraya sakanla.

Tengok kat tv, progam raya menggila. Bak kata mak aku, orang bersungguh merayakan berakhirnya Ramadhan. Sedangkan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan, bulan yang mudah kita nak buat pahala berlipat kali ganda, mudah diampunkan dosa kita walau sebesar mana pun dosa. Mudah untuk kita mendekatkan diri dengan agama dan tuhan dan mudah untuk kita meningkatkan dan menebalkan iman kita. Jadi bagi orang yang iman setebal kulit bawang macam kita ni, cuma boleh berdoa semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

 Anyway aku ingin memaklumkan perkembangan terkini akan novel aku. Sebelum cuti raya tu hari aku terima e-mel dari publisher. Sadly enough, terpaksa aku memaklumkan kemungkinan novel Bidak Patriot yang aku war-warkan kemungkinan tidak akan di terbitkan. Dari apa yang dinyatakan editor, manuskrip tersebut akan disimpan dahulu sehingga mereka merangka strategi untuk meningkatkan jualan novel dengan genre seperti ini. He! He! He!

Aku tak boleh nak salahkan publisher apabila mereka hilang keyakinan dengan manuskrip aku apabila 3 buah buku aku yang terdahulu jualannya tidak memberangsangkan. In the end of the day money playing a very big role to keep the industry running. Jadi terpaksalah aku menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.  Dengan perkembangan yang terkini membuatkan aku dengan berat hati terpaksa menghentikan projek aku untuk menyiapkan manuskrip fantasi yang sedang aku usahakan dan rancangan aku untuk menulis manuskrip military thriller berkaitan kapal selam terpaksa aku scrap!

Sekarang ni aku sedang menulis novel berbentuk romkom (romantik komedi). I know some of you would call me a sellout tapi nak idup beb. Tak guna aku tulis novel bersusah payah, menghabiskan banyak masa dan tenaga tapi manuskrip tidak diterbitkan. Buat masa ini aku cuma berharap, mungkin setelah menulis beberapa novel cinta (kalau aku mampu) mungkin aku akan menulis novel thriller kembali dan publisher akan kembali berminat untuk menerbitkan novel dengan genre seperti itu.

Jadi aku ingin memohon maaf pada korang yang mungkin tertunggu-tunggu novel tersebut kerana ia mungkin sesuatu yang amat mengecewakan. Kesilapan aku ialah mewar-warkan perkara tersebut prematurely dan terlalu yakin ia akan diterbitkan.  But the facts is the book would not even gonna see  the light of it. Jadi, sekali lagi aku memohon maaf. Hari baik dan bulan baik ni.

Maafkan kami...maafkan kami....maafkan kami...... 

1 comment:

  1. Assalamualaikum... Salam Aidilfitri..

    Agak kecewa bila baca post ni [sob, sob] tapi semangat menulis tak boleh luntur tau... Walau apa pun genre novel yang dihasilkan dan diterbitkan, kalau peminat2 dah kenal nama KHAIRUL NIZAM KHAIRANI (termasuk saya le tu), mesti beli punya la.. (^_^)

    Semoga saudara Khairul Nizam tabah meneruskan perjuangan dalam dunia penulisan.. keep up a good work. Tahniah atas penghasilan 3 novel sebelum ini, menjadi antara novel kesayangan saya sampai bila-bila!

    ReplyDelete