Selamat hari raya Aidlfitri wal fa’idzin aku ucapkan pada semua penganut Agama Islam yang ada masa nak jenguk-jenguk blog aku dalam korang mabuk menjamu selera dengan ketupat dan kuih raya. Allhamdulilah, sambut raya gak aku tahun ni. Cukup sebulan aku berpuasa bulan Ramadhan, menunaikan rukun Islam yang ketiga. Samada sempurna tak sempurna puasa aku, hanya tuhan saja yang tahu. Maklumlah zaman sekarang ni, hidup dalam negara majmuk ni, godaan di mana-mana. Aku kerja pulak kat syarikat Cina. Majority staff dan ejen berbangsa Cina. Mak oi, godaan mata. Bak kata Datuk Ismail Kamus; tengok berdosa, tak tengok membazir pulak! Jadi aku selaku seorang muslimin yang nipis lapisan imannya ini, hanya mampu bertahan sejauh mana aku boleh bertahan. Buat benda-benda yang basic je. Puasa, tarawih, sedekah, kejar lailatul qadar. Sort of thing like that.
Aku pun nak memohon maaf pada para pengunjung blog aku yang mungkin tersinggung atau terasa dengan artikel-artikel yang aku post di blog ni. Aku hanya meluahkan pendapat aku yang tidak seberapa bijak ini. Tapi aku yakin dalam aku menyatakan pendapat aku ini, rasanya aku tidaklah terlalu vocal mahupun keterlaluan. I’ve tried to be as neutral as I can when delivering my thought. Hey, this is Malaysia, right? Everybody have right to voice out their opinion.
Say no to Evidence Act Section 114A! FRREEEDDOOMMM!!!!!
Tahun ni jugak aku dapat berita yang baik. Seminggu sebelum raya aku contact Encik Amir Muhammad, editor Fixi Publication, tanya perkembangan manuskrip yang aku hantar bulan April tu ari. Alhamdulilah. Menurut kata Encik Amir, manuskrip dalam proses dan kemungkinan akan masuk market hujung tahun ni. Manuskrip yang aku hantar bertajuk Artifak (tajuk asalnya ialah Perisai, aku hantar kat PTS tapi disejukbekukan). Bergenre Sci-fi dengan influence manga with a little bit of romantic on the side. Tapi tak banyaklah. Just enough, sebab aku suka explore karakter-karakter aku. Aku harap korang akan sokong buku aku bila ia masuk market sok. Tolong hamba Allah yang sorang ni nak carik makan. He! He! He! Tapi yang paling penting, bagi sokongan pada Fixi. Aku dapat tau yang Popular Book Store taknak edar lagi buku-buku mereka. Bunyinya memang agak devastating. Terkejut dan agak kecewa gak aku. Tapi bila aku confirmkan dengan Encik Amir, situasi sebenarnya tidaklah begitu teruk.
Menurut Encik Amir, hanya dua title yang kena. The rest of the title masih lagi jual. Tu dia. Bila baca dalam internet, seolah-olah Fixi Publication macam dah kena banned tapi sebenarnya tidak. Which make me think, is there a party who just love to see Fixi going down? If it is, then it is so, so sad. Mungkin tak ramai yang setuju dengan corak penyampaian Fixi. Memang aku akui agak extreme Fixi ni. Tapi pada aku kita perlukan variety dan tidak terlalu terkongkong dalam berkarya walaupun aku akui juga yang kita perlu berpada-pada agar jangan sampai melampaui batas. Masalahnya negara kita, bila kita tak sebulu dengan orang, kita nak wipe out mereka. Kita cuma nak kita je yang hidup. Takda sikap cuba memahami keadaan dan situasi mereka. At least that’s what I thought. Fixi mungkin tidak sempurna tapi aku percaya mereka akan memperbaiki kelemahan mereka in time. Apa yang penting Fixi harus diberi peluang. Bukan kasi cabut sama dia sampai akar-akarnya sekali! That’s unfair!
Bagi aku sebagai seorang penulis, lagi banyak publication, adalah lagi baik pada kami. Macam yang pernah aku nyatakan, kami penulis ni menghadapi masalah akan publisher yang sanggup untuk menerbitkan karya kami. Most of the time, kami terpaksa akur dengan kehendak publisher. Otherwise, manuskrip kami akan disejukbekukan. Walau apa pun, aku harap kau orang semua supportlah aku, dan juga penulis-penulis yang segolongan dengan aku yang hidup segan, mati tak mau. Kami tak berharap sangat nak jadi macam Ramlee Awang Murshid. Enough for us to survive day to day basis. Kalau tak, penulis macam kami akan terkubur. Dan korang akan hanya menikmati karya yang seragam saja di pasaran (unless, that’s what you guys want).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Khairul Nizam Khairani
Salam Aidilfitri. Aku sokong kau dan penulis-penulis yang sejenis dengan kau. Tak sabaq nak baca 'Perisai'. Guyver versi Malaysia.
ReplyDeleteHarap menjadi kenyataan, Insyallah. Tapi aku pun masih menunggu perkembangan terkini akan manuskrip Bidak Patriot dari Alaf 21. Seems too quite for too long. Kalau tak menjadi maka terpaksalah aku menyusulkan manuskrip cinta aku.
ReplyDeleteHa'ah. Bidak Patriot pun aku tak sabar nak tunggu. Doa-doa agar penerbitannya lancar. Tajuk 'Bidak Patriot' tu pun bagi aku cukup menarik dan mengancam! Sama dengan tajuk 'Anarkis'.
ReplyDelete