Monday, 30 April 2012

Romantic Movies

Aku sibuk sangat bulan ni sampai terlupa nak update blog aku. Sepanjang bulan ni aku bertungkus lumus nak abiskan manuskrip romatik komedi bertajuk ‘Cinta Hilang Ingatan’. Dan aku baru je siapkan manuskrip ni. Ni tengah tunggu kata putus dari publisher samada dorang nak atau tidak manuskrip ni. Rasanya manuskrip macam ni tak susah nak jual kot? Selain tu aku jugak dah hantar manuskrip ‘Bidak Patriot’ pada publisher yang sama. Respon dari pertemuan dengan editor agak positif (thanks to Mr. Torpedo, SIR!), but keputusannya masih belum diketahui samada dorang minat atau tidak nak publish so I would not gonna jump into a conclusion. Taknak pisang berbuah dua kali (atau tiga empat kali!). Selain dari Bidak Patriot dan Cinta Hilang Ingatan, satu lagi manuskrip yang kena reject dulu iaitu ‘Perisai’ yang berbentuk sci-fi juga akan aku hantar kepada publisher (tapi publisher yang lain) dengan tajuk yang berbeza iaitu ‘Artifak’. Aku olah dan ubah sedikit agar ia lebih open dan tidak terlalu tertutup. Aku harap manuskrip ini jug akan diterima publisher.

Anyway aku bukan nak cerita pasal manuskrip aku. Aku nak cerita tentang romantic komedi movies. Ada orang tanya aku, aku taknak tulis novel cinta ke? Masa tu aku tengah galak tulis manuskrip Bidak Patriot dan plan nak tulis manuskrip tentang  kapal selam so aku ada idea nak tulis novel romkom tapi tak berapa minat nak teruskan. Until the disaster of 2011 happen. It changed everything. So aku pun start menulis manuskrip Cinta Hilang Ingatan. Sebab aku suka tulis manuskrip thriller dan sci-fi, orang ingat aku cuma minat movies dengan genre yang macam ni dan tak minat movies romantic. Silap tu. Aku ni movie buff. Jadi asal movie tu best, aku enjoy. Tak kira genre. Tapi mungkinlah romantic movies yang mushy-mushy love stuff tu aku susah nak layan. Macam Titanic yang aku tak mampu nak hadam. Cerita tak habis, aku dah habis dulu. Korang golongan awek, janganlah seksa balak korang dengan paksa dorang tengok cerita macam tu. Mati beragan dorang dalam panggung wayang. Layanlah cerita yang neutral macam Davinci Code ke, Ocean Eleven ke. Macam aku cakap tadi, aku layan gak movie romantic ni. Dan ada yang aku minat dan aku tengok berulang kali. There are several that I would like to mention here.
Notting Hill, filem yang diterbitkan pada 1999 lakonan Hugh grant dan Julia Robert. Filem ni mengisahkan seorang pemilik kedai buku terpakai, Will Thacker  dimana suatu hari datang seorang wanita yang tidak dikenali ke kedai bukunya tanpa diketahui oleh Will yang wanita itu adalah Anna Scott seorang aktres Hollywood yang terkenal. Kedua mereka jatuh cinta tapi tekanan sangat kuat memandangkan Will gemarkan hidupnya sebagai orang biasa dan tidak sanggup menghadapi kehidupan glamor Anna yang sentiasa dikejar paparazzi. Kesimpulan filem ni ialah bagaimana dua orang dari dunia yang berbeza sanggup mengenepikan perasaan ego dan hipokrit masing-masing untuk bersama demi cinta. For the record, aku tak suka Julia Robert but she didn’t sucks in this one. Tengok cerita ni sambil dengar soundtracknya ‘When You Say Nothing At All’ by Ronan Keating makes you willing to do anything for the one you love.
Two Week Notices, filem yang diterbitkan pada tahun 2002, lakonan Hugh Grant dan Sandra Bullock mengisahkan Lucy Kelson, seorang peguam dan juga aktivis alam sekitar yang cuba nak stop billionare George Wade yang nak runtuhkan sebuah community centre. Lucy bersetuju untuk kerja dengan George sebagai penasihat peribadi kalau dia berjanji untuk tidak musnahkan community centre tersebut. Tapi kerja Lucy lebih banyak dari yang disangkanya sebab dia terpaksa jaga semua perkara tentang George termasuklah hal peribadinya sampaikan nak pilih stoking pun dia tanya Lucy. Lucy fed up dan akhirnya bagi notis dua minggu. Namun Lucy menyedari yang dia dah jatuh cinta dengan George setelah mengenali hati budi George dan begitu juga dengan George yang sudah tak boleh berpisah dengan Lucy. Again, it tell a story bagaimana 2 orang dari dunia yang berbeza boleh bersama demi cinta. For the record, aku memang minat Sandra Bullock sejak dari filem Speed. And she just nice playing a character of smart lawyer, Lucy Kelson.
Sweet Home Alabama, filem yang diterbitkan pada tahun 2002 lakonan Reese witherspoon, Josh Lucas dan Patrick Dempsey yang menceritakan tentang Melanie Smooter dari Alabama yang kini menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal bernama Melanie Carmichael dan bakal mengahwini anak datuk Bandar New York iaitu Andrew Hennings. Masalahnya Melanie sebenarnya sudah pun berkahwin dengan Jake Perry. Melanie terpaksa kembali ke Alabama bagi mendapatkan persetujuan Jake dalam urusan penceraian mereka bagi membolehkan Melanie mengahwini Andrew. Honestly, aku tak suka Reese Witherspoon but this film is so sweet. Ia mengajar aku sebagai seorang lelaki bahawa perempuan bukan nak sangat dengan lelaki kaya dan berkuasa, cukup sekadar lelaki itu ada impian dan berusaha untuk mengejar impiannya. Guys should watch this film. Kau orang akan sedar yang rupa dan harta is not the main thing to win women heart.
Love Actually, filem yang diterbitkan tahun 2003 ini ialah gabungan beberapa cerita yang berlainan dengan setiap karakter berkait diantara satu sama lain. Banyak pelakon yang top dalam filem ni. Antaranya Allan Rickman (Prof. Snipes dalam Harry Potter), Liam Neeson, Kiera Knightley malah Rowan Atkinson (Mr. Bean) pun ada walaupun dia cuma cameo. Tapi kemunculan dia yang sekejap tu memang kelakar gila! Ada banyak cerita dalam filem ni tapi aku akan cerita part yang aku suka. Yang pertama ialah kisah tentang seorang rocker tua. Billy Mack yang buat comeback denga rekod balik lagu ‘Love is all around’ yang pernah didendangkan oleh kumpulan Wet Wet Wet. Tajuknya ialah Christmas all around. Semua orang kata lagu ni merepek dan memang sampah. Satu-satunya orang yang dok sokong dia ialah pengurus dia, Joe. Tapi pada malam krismas, lagu ni meletup dan duduk carta pertama lagu paling popular mengalahkan kumpulan Blue (entah manalah boyband tu sekarang!). Billy Mack pun parti sakanlah. Tapi kemudiannya dia teringatkan pengurus dia, Joe yang dah banyak support dia. Last-last dia celebrate krismas dengan Joe. That’s what true friendship really mean!

 Yang kedua menceritakan seorang penulis, Jamie (Collin Firth) yang tangkap isteri dia curang dengan adik dia sendiri. Frust dengan apa yang berlaku, dia pergi ke Perancis untuk habiskan buku dia. Di sana dia ditemani oleh seorang pembantu rumah berbangsa Portugis bernama Aurelia (Lucia Moniz). Lucia cuma tahu cakap Portugis dan tak faham bahasa Inggeris. Tapi bila Jamie cakap sesuatu benda dalam bahasa Inggeris, Aurelia akan jawab dalam bahasa Portugis seolah-olah diorang faham apa yang masing-masing cakapkan. Bila Jamie balik ke England, baru dia sedar dia dah jatuh cinta dengan Aurelia. Tapi bahasa menjadi penghalang. Lalu dia belajar bahasa Portugis dan terbang semula ke Perancis mencari Aurelia. Rupa-rupanya Aurelia turut belajar bahasa Inggeris dan turut jatuh cinta pada Jamie.

Cerita yang ketiga ni favourite aku. Kisahnya berkenaan Juliet (Kiera Knightley) yang baru berkahwin dengan Peter (Chewetel Ejiofor). Peter ada seorang rakan baik yang turut menjadi bestman wedding dia, Mark (Andrew Lincoln – dia ni hero tv series Walking Dead). Juliet tak puashati dengan rakaman yang dibuat cameraman diorang dalam wedding tu tapi Juliet perasan yang Mark ada buat recording jugak. Tapi dia takut nak mintak dari Mark sebab dia tengok Mark ni anti dengan dia. Setiap kali dia mintak recording tu, Mark tak bagi. Satu hari Juliet datang je rumah Mark dan mintak recording tu. Pada mulanya Mark kata takda tapi Juliet jumpa jugak recording tersebut dan terus mainkan kat video player. Terkejut dia bila tengok rakaman tersebut. Rupa-rupanya Mark lebih fokuskan rakaman dia pada Juliet. Rupa-rupanya Mark sebenarnya ada perasaan pada Juliet tapi sebab hormatkan rakan baik dia, Peter maka Mark pendamkan perasaan dia. Tell me if Mark is not a true and great lover! Dia jatuh cinta pada awek kawan baik dia. Tapi dia tak kebas awek tu sebaliknya dia tahan perasaan agar awek tu dan member baik dia bahagia. Now I really want to be like Mark! Killing scene kat sini ialah bila Mark dah kantol dengan Juliet lepas tu dia blah. Masa Mark blah dengan hati yang lara tu lagu Dido ‘Here With Me’ (lagu ni jadi theme song tv series Roswell) berkumandang membayangkan perasaan Mark masa tu. Perghh….wa cakap lu menyayat jiwa woo! Ada beberapa lagi cerita dalam filem ni yang aku tak mention tapi korang tengoklah sendiri. Di ending tu nanti ia akan mengikat semua cerita ni jadi satu.
Jerry Maguire, filem tahun 1996 (terasa tua aku!) ni menceritakan ejen atlet sukan, Jerry Maguire (Tom Cruise) yang mengalami nervous breakdown. Jadi dia tulis satu statement yang menceritakan akan perkara-perkara negative dalam industry yang dia ceburi tu. Akhirnya dia kena buang kerja. Jadi dia start agensi dia sendiri dan sebab dia takda duit, dia cuma dapat gajikan seorang pembantu, seorang janda anak satu, Dororthy Boyd (Renee Zelweger). Usaha pertama mereka ialah macamana nak dapatkan tawaran kontrak bernilai jutaan dollar untuk seorang pemain American football, Rod Tidwell (Cuba Gooding Jr.) yang sebelum ni dia tak ambik pedulik. Dalam dia bekerja keras tu dia jatuh cinta dengan Dorothy lalu diaorang berkahwin. Tapi perkahwinan banyak dugaan dan Jerry sedar bahawa ada dunia lain selain dari sukan iaitu dunia berkeluarga yang penuh dugaan dan tanggungjawab dan dia tidak boleh lari dari dugaan dan tanggungjawab tersebut. Jadi dia belajar dari Dorothy, Rod dan juga anak Dorothy, Ray.

Aku rasa dah tentu banyak perempuan terjerit-jerit bila bercerita tentang filem ni. Dah tentu antara filem kegemaran perempuan, sudah tentu! But pada aku filem ni tak boleh disamakan dengan mana-mana filem mushy-love-story. Filem ni banyak tunjukkan point akan erti tanggungjawab dan reality sebenar dalam perhubungan. Siapa yang nak kawin aku suggest tengok cerita ni. Killing scene filem ni ialah bila Jerry balik semula ke rumah setelah menyedari yang dia dah tersilap apabila cuba lari dari tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Kat sini dua tagline paling popular berlaku iaitu ucapan Jerry, ‘you complete me!’ pas tu Dorothy balas, ‘you had me at hello!’. Kalau korang tak faham, korang kena tengok cerita ni. Layan sekali soundtrack Secret Garden oleh Bruce Springsteen.
City of Angels. This my most favourite romantic movie of all time! Secara jujurnya sebab utama aku nak tengok filem ni sebab aku influence dengan gothic angel related movie iaitu The Prophecy dan The Crow. Alangkah melesetnya jangkaan aku. City of Angels berada dalam kategori yang sama dengan filem Meet Joe Black, satu lagi kisah angel (atau Death) yang jatuh cinta dengan manusia. Anyway, City of Angels diterbitkan pada tahun 1998. Ceritanya berkisar tentang seorang angel, Seth (Nicolas Cage) yang sering mendampingi manusia dan menemankan mereka setelah mereka mati dan tolong pimpin mereka ke arah cahaya (kononnya cahaya ke syurgalah tu). Satu hari, sewaktu Seth berada di sebuah hospital, dia telah menemui seorang pakar bedah, Dr. Maggie Rice (Meg Ryan). Maggie gagal menyelamatkan pesakit dia. Dia kecewa dan dia luahkan perasaan dia. Masa Seth berada kat situ. Cara Maggie meluahkan perasaan seolah-olah dia berbicara dengan Seth sedangkan angels tidak dapat dilihat manusia kecuali jika mereka mahu menunjukkan diri. Tertarik dengan Maggie, Seth cuba untuk memahami perasaan manusia tapi dia gagal. Malah dia telah menunjukkan dirinya dihadapan Maggie namun masih tidak merasakan apa-apa.

Satu hari dia menemui seorang pesakit bernama Nathaniel Messinger. Dengan tidak dijangka, Nathaniel menegur Seth sedangkan dia tidak dapat melihat Seth. Dia cuma dapat merasa kehadiran Seth. Rupa-rupanya Nathaniel adalah bekas seorang angel. Dia telah memilih untuk menjadi manusia dengan terjun dari bangunan. Seth telah mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Setelah terjun dari sebuah bangunan, keesokan paginya dia tersedar dengan memiliki perasaan sebagai seorang manusia. Seth segera bertemu dengan Maggie lalu meluahkan perasaan hatinya dan Maggie berkongsi perasaan yang sama. Sewaktu Seth sedang mandi, Maggie telah kekedai untuk membeli barang. Namun dia mengalami kemalangan dan mati. Tinggallah Seth sorang melayan kesedihan. Tapi akhirnya dia pasrah dan cuba untuk menyesuaikan diri sebagai manusia. Killing line filem ni bila seorang kawan angel Seth datang jumpa dia lepas Maggie mati dan tanya dia, adakah dia akan memilih untuk jadi manusia kalau dia tau yang Maggie akan mati? Seth jawab ‘I would rather have had one breath of her hair, one kiss of her mouth, one touch of her hand, than eternity without it!’. How f**kin tragic is that?!

Dan soundtrack dia….Iris yang dinyanyikan oleh Goo Goo Dolls. Pergh!! Dengar iramanya dengan liriknya dah cukup menyayat hati. Check out the lyric;
And I don't want the world to see me
'Cause I don't think that they'd understand
When everything's meant to be broken
I just want you to know who I am     

I mean seriously, first time aku dengar lagu ni seolah-olah John Rzeznick tulis lagu ni tentang aku. But later, tak silap aku Rzeznick menyatakan dalam satu temuramah, lagu ni sebenarnya menceritakan suara hati seorang loser yang minat pada sorang awek popular yang tak sedar pun akan kewujudan dia. Ouch! Anyway this is several of my favourite romantic movies. Mungkin korang ada filem romantic yang korang minat, tapi cover taknak bagitau orang (especially orang lelaki). Siapa ada awek, should check it out dan layan dengan awek korang. Sekali-sekala kan. Takkan asyik nak layan Bourne trilogy je.

Saturday, 3 March 2012

Perang Israel-Iran

Gendang perang semakin kuat dipalu. Itu yang terpapar di dada akhbar di barat sebaik ketumbukan tentera Iran melancarkan latihan ketenteraan di selat Hormuz. Latihan ketenteraan yang dianggap sebagai provokasi Iran terhadap laungan Israel yang beria-ia mahu menyerang Iran di atas kepercayaan yang Iran sedang membangunkan tenaga nuklear untuk kegunaan tentera. Sebelum isu ini diulas lebih lanjut adalah lebih baik jika diteliti akan hubungan di antara Iran dan Israel.
Hubungan di antara Iran dengan Israel adalah unik. Ramai yang berpendapat Israel dan Iran adalah seteru yang ketat sejak tumbangnya rejim Shah Iran Pahlavi. Namun kenyataannya republic Islam Iran yang dipimpin Ayatollah Ruhollah Khomeini ini sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan Israel. Hubungan yang tidak baik adalah di antara Iran dengan Amerika. Hubungan Israel dan Iran agak baik sehingga Israel sanggup menjual senjata kepada Iran sewaktu perang Iran-Iraq  pada tahun 80an bernilai US dollar 5 billion. Malah sehingga kini pun di kala komen dari Ahmdinejad dan Ayatollah Ali Khemeini seperti ‘Israel setan kecil’, ‘Israel tumor kanser’ dan ‘matilah Israel’ adakalanya pihak Iran turut mengeluarkan kenyataan tidak berhasrat  mengancam rakyat Israel selagi mana Israel tidak mengancam kepentingan Iran. Mungkin disinilah lahirnya tanggapan sesetengah pihak bahawa Iran sebenarnya bersekutu dengan Israel. Malah di internet ada netizen yang lebih ekstrem menyatakan apa yang sedang berlaku sekarang adalah sekadar sandiwara Iran dan Israel.
Secara jujurnya aku hanya mampu tersenyum dengan kanyataan seperti itu. Setelah cerita bahawa Osama Bin Laden adalah watak ciptaan AS kini timbul pula cerita ini. Aku hanya menganggap semua ini sebagai dakyah musuh Islam. Sama seperti zaman 80an dahulu apabila cerita tokoh-tokoh barat yang memeluk Islam begitu kuat bertiup. Dari Neil Armstrong ke Jacques Cousteau hinggalah Michael Jackson. Namun kemudiannya ternyata itu semua hanyalah berita palsu, usaha pihak Kristian mahu melalaikan orang Islam, membuai-buai kita dengan berita tidak benar. Dalam isu Iran sekutu Israel ini pertama sekali kita harus meneliti sejarah dan menaakul situasi yang dihadapi Iran. Pertama sekali Iran sejak zama Nabi Yahya dan Zakaria yang pada ketika itu dikenali sebagai Parsi telah pun menyokong bani Israel namun atas dasar percayakan pada kenabian Yahya dan Zakaria yang kemudiannya dibunuh Bani Israel.

Dalam era moden ini Iran boleh dianggap tidak jauh nasibnya dengan Israel. Sebagai satu-satunya negara Islam Syiah, Iran boleh dikatakan telah dipulau oleh semua negara-negara Islam Sunnah. Dan dengan hubungan mereka dengan AS yang memang tidak pernah baik hanya menjadikan situasi Iran lebih menekan. Jadi Iran terpaksa menerima apa saja bantuan dan kerjasama yang ada menggunakan apa saja cara untuk terus bernafas. Sewaktu perang Iran-Iraq, Iraq yang pada ketika itu diperintah oleh Saddam Hussein adalah Ahmadinejad sekarang. Saddam Hussein begitu ghairah mahu menghapuskan negara Israel bagi membuktikan pada negara-negara Arab yang lain bahawa Iraq bukanlah negara boneka AS. Namun pergeseran Syiah-Sunnah turut menjerumuskan Iran dan Iraq ke kancah peperangan dan Israel segera mengambil kesempatan dengan membantu Iran yang dianggapnya kurang memberikan ancaman kepada mereka berbanding Iraq. Dan kini sejarah bagai kembali berulang dengan Iran cuba membuktikan pada dunia Islam yang mereka tidak memusuhi negara Islam yang lain hanya kerana mereka penganut fahaman Sunnah dengan menyatakan kebencian terhadap kewujudan Israel secara terbuka (that’s the easiest way to prove because to us Muslim, Palestine issue is really sensitive). Namun sudah tentulah Israel tidak senang duduk dengan kenyataan Iran itu jadi pergeseran berlaku pada hubungan yang asalnya agak neutral. Namun hubungan kedua-dua negara menjadi benar-benar tegang sejak beberapa tahun ini apabila Iran dikatakan sedang cuba membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan ketenteraan. Maka melompatlah Israel.

Jadi mari kita lihat sebab kenapa Israel benar-benar bimbang dengan pembangunan teknologi nuklear Iran, atau lebih tepat lagi usaha Iran membina senjata nuklear. Umum berpendapat Israel bimbang jika Iran memiliki peluru berpandu balistik nuklear maka ia akan dilancarkan ke Israel. Itu adalah kenyataan yang salah. Jikalau Iran melancarkan serangan nuklear ke Israel, bukan sekadar Amerika malah semua negara Islam akan turut sama mengganyang Iran kerana bagi kita umat Islam berfaham Sunnah, Baitul Muqadis juga adalah kota suci. Meleburkan Baitul Muqadis is out of question! Israel tahu tentang itu dan Iran juga sebenarnya hanyalah sekadar menyalak bukit. Melancarkan peluru berpandu balistik nuklear ke Baitul Muqadis tidak akan berlaku kerana ia umpama melancarkan perang ke atas penganut agama Kristian, Islam dan Judaisma secara serentak.  Sebab kenapa Israel bimbangkan pembangunan tenaga nuklear Iran ialah kerana Israel mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya negara kuasa nuklear di timur tengah. Dan dengan Iran yang sentiasa dibenci negara-negara jiran Islam yang lain khususnya Arab Saudi, dengan memiliki senjata nuklear akan memberikan alasan kepada negara-negara seperti Arab Saudi, Turki, Mesir dan yang lain-lain untuk turut membangunkan senjata nuklear.  Dan berdasarkan situasi pada negara-negara ini sekarang di mana Arab Saudi sudah tentunya membenci Israel dan Turki pula semakin menjauhkan diri dari Israel sementara scenario politik Mesir pula semakin cenderung ke arah puak konservatif Islam, ia umpama mimpi ngeri buat Israel.
Israel pernah cuba memujuk Iran agar melupakan hasrat untuk membangunkan teknologi nuklear mereka namun Iran seperti juga Israel bimbangkan ancaman negara-negara jirannya telah berkeras untuk meneruskan hasrat mereka dan Israel tidak mampu menahan hasrat Iran itu. Israel tidak ada jalan lain kecuali meminta sokongan AS dalam menangani masalah ini. Dan sekatan ekonomi telah dikenakan ke atas Iran. Namun jelas sekali sekatan ekonomi adalah sesuatu yang kurang efektif. Iran belajar dari apa yang berlaku ke atas Iraq. Iraq sebelum ini mengambil pendekatan mengasingkan diri dari dunia antarabangsa dengan menuduh dunia bersekongkol dengan AS dan enggan memberikan kerjasama dengan mana-mana pihak hatta pihak yang bersimpati dengan mereka sekali pun. Mereka menutup pintu dari dunia luar secara rapat.  Namun tidak Iran. Sejak dikenakan sekatan ekonomi oleh AS sejak beberapa tahun yang lalu, Iran gigih menjalinkan hubungan ekonomi, diplomatic malah ketenteraan dengan negara-negara di seluruh dunia hatta negara dari EU sendiri. Dan dalam diam-diam turut menjalinkan kerjasama perniagaan dengan beberapa firma korporat AS disebalik sekatan dan halangan ekonomi oleh rumah putih. Jadi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran dijangka akan gagal dalam usaha menghalang usaha Iran dari meneruskan program nuklear mereka. Sekatan ekonomi mungkin memberikan impak namun tidak seteruk seperti yang dijangka. Dengan Iran bijak melakukan aktiviti import-eksport mereka secara senyap dan rahsia, mereka juga mendapat sokongan dari negara-negara yang tidak sebulu dengan AS seperti Cuba dan Venezuela sementara dua buah kuasa besar iaitu Russia dan China pula mempunyai kepentingan ekonomi yang sangat besar dengan Iran dan mereka tidak akan menurut kehendak AS dengan membabi buta.

Peranan Iran sebagai pengeksport minyak kedua terbesar ke Eropah juga menjadikan sekatan ekonomi ke atas mereka agak sukar untuk dipatuhi negara-negara terlibat. Walaupun Arab Saudi menyatakan akan menambah eksport minyak ke Eropah namun ada negara-negara EU yang bergantung harap terhadap minyak Iran. Antaranya Netherland, Perancis, Sepanyol, Greece, Portugal dan Italy. Italy dan Greece telah mengambil tindakan menghentikan import minyak mereka dari Iran dan apa yang terjadi ialah keadaan ekonomi mereka yang semakin buruk akibat kenaikan bahan bakar yang melambung.  Lalu tindakan yang sama tidak diambil oleh empat buah negara lain (sesuatu yang amat menyakitkan hati AS). Begitu juga dengan sekatan ke atas bank-bank antarabangsa Iran dan bank-bank yang berurusan dengan Iran. Bank-bank ini telah mencari jalan bagaimana mahu berurusan menggunakan jalan belakang kerana jumlah kerugian yang bakal mereka tanggung adalah amat besar sehingga mampu menjejaskan ekonomi negara-negara mereka sendiri. Dan dalam senyap kerajaan negara masing-masing mengizinkan urusniaga bank-bank ini dengan Iran.

Israel menyedari akan betapa tidak efektifnya sekatan ekonomi ke atas Iran walaupun cuba diyakinkan AS bahawa sekatan ekonomi ini akan memakan masa untuk memberikan kesan ke atas Iran namun Israel semakin tidak sabar. Mereka yakin Iran sedang cuba mengejar masa untuk membangunkan senjata nuklear mereka. Mereka yakin dalam tempoh setahun Iran akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 4 kepala peluru berpandu nuklear. Jadi Israel keras menggesa AS agar bersetuju dan menyokong mereka dalam usaha untuk menyerang Iran. Malah Leon Panetta menyatakan akan kemungkinan Israel akan melancarkan serangan ke atas Iran pada musim panas ini. Ada juga yang menyatakan Israel akan melancarkan serangan selewat-lewatnya akhir tahun ini. Israel dikatakan beria-ia mahu menyerang Iran kerana yakin Iran sedang cuba memindahkan pengkayaan uraniumnya serta operasi program nuklearnya ke fasiliti bawah tanah yang digelar sebagai zon imuniti di Fordo berhampiran Bandar Qom yang tidak akan terjejas jika mengalami serangan udara oleh Israel. Malah menurut sumber risikan menyatakan Israel akan melancarkan serangan tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada pihak Amerika.

Namun kemungkinan Israel akan menyerang Iran adalah sesuatu yang tidak mungkin dilakukan. Ini berdasarkan kepada beberapa factor.
Pertama, penganalisis pertahanan Israel menjangkakan serangan ke atas Iran akan gagal atau kalau sekiranya berjaya, Israel akan kemungkinan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Perlu diingat, Idea Israel untuk menyerang Iran ialah dengan melancarkan serangan kilat yang akan melumpuhkan kekuatan ketenteraan Iran tanpa memanjangkan serangan tersebut sehingga membawa kepada peperangan yang berpanjangan. Dan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan memandangkan kekuatan ketenteraan Iran yang berdiri secara tunggal (tidak bergantung pada negara-negara tertentu secara mutlak). Dan sebab ini Israel cuba untuk menangguhkan serangan ke atas Israel untuk meningkatkan keupayaan serangan dan pertahanan ketenteraan mereka.
Kedua, perbezaan pendapat dikalangan pihak pentadbiran dan pertahanan Israel sendiri berkenaan rancangan untuk menyerang Iran. Netanyahu dengan sokongan Ehud Barak adalah antara individu yang begitu kuat melobi bagi mendapatkan sokongan cabinet pada rancangan tersebut namun ketua turus Israel, Gabin Ashkenazi dan ketua Mossad, Meir Dagan membantah keras idea tersebut. Ini kerana terdapat percanggahan pendapat dikalangan mereka kerana pihak risikan Mossad percaya walaupun Iran berjaya menghasilkan kepala peledak nuklear, ia akan memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun lagi sebelum ia boleh diaplikasikan sebagai peluru berpandu balistik. Selain itu, ketidak-sepakatan mereka juga mungkin berkait rapat dengan sebab ketiga yang dinyatakan dibawah.

Ketiga, kurangnya sokongan dari sekutu kuat Israel sendiri iaitu Amerika Syarikat akan idea menyerang Iran. Amerika Syarikat dan Barack Obama sebenarnya tidak begitu menggemari idea untuk menyerang Iran bagi menyekat usah Iran memiliki kemampuan nuklear. Masih lagi menanggung kesan yang parah akibat perang di Iraq dan Afghanistan, Amerika seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri dari mana-mana konflik bersenjata. Ditambah lagi dengan situasi ekonomi di AS dan juga Eropah yang begitu menekan, sebarang konflik bersenjata boleh dianggap sebagai tanah jerlus yang akan menelan semua sumber kewangan dan mensia-siakan usaha pemulihan ekonomi yang telah dilakukan (lagipun pencerobohan di Afghanistan dan Iraq turut menyumbang kepada kemelesetan ekonomi AS dan Eropah). Malah hubungan di antara pemimpin Israel dengan Barack Obama yang tidak serapat sewaktu era Bush hanya menyukarkan lagi Israel dalam mendapatkan sokongan dari AS dalam hal ini. Rumah Putih juga telah memberikan peringatan yang keras tidak akan bertanggungjawab akan sebarang kesan ke atas Israel sekiranya Israel bertindak secara bersendirian tanpa terlebih dahulu memaklumkannya kepada AS. Ada juga khabar-khabar angin yang menyatakan Israel sedang menantikan pilihanraya presiden AS yang akan datang dan yakin parti Republikan akan kembali ke Rumah Putih dan republican akan lebih mudah diyakinkan untuk memberikan sokongan terhadap hasrat mereka berbanding Demokrat dan Barack Obama.
Jadi jelas sekali Israel tidak akan bertindak selagi mana mereka tidak mendapat jaminan sokongan daripada AS. Israel mampu menyerang Iran dan memusnahkan pusat operasi program nuklearnya namun Israel tidak akan mampu menghadapi kesan dari serangan tersebut. Sudah tentu kesan dari serangan tersebut akan menggoyahkan lagi ekonomi dunia yang sudah sedia lemah. Bererti negara-negara Eropah tidak akan memberikan sokongan malah akan menghentam Israel. Hatta Britain, sekutu paling kuat Israel di Eropah juga telah memberikan peringatan agar Israel tidak bertindak sewenang-wenangnya. Bererti Britain sudah pasti akan menjauhkan diri sekiranya Israel meneruskan juga hasratnya menyerang Iran tanpa mendapat restu dari AS. Israel juga belajar dari sejarah bagaimana perang Suez pada 1956 yang dimenangi oleh Israel, telah ditentang oleh pentadbiran Eisenhower menyebabkan mereka dipinggirkan diperingkat antarabangsa.
Buat masa ini Israel hanya mampu bertindak secara halus dengan menggunakan proksi-proksinya, cuba menjatuhkan Ahmadenijad dari dalam. Mossad dikatakan telah memberikan bantuan teknikal dan taktikal kepada pergerakan pengganas Iran iaitu People Mujahedin of Iran atau MEK yang dikatakan bertanggungjawab menyebabkan program nuklear Iran terbantut akibat serangan virus computer dan juga pembunuhan saintis-saintis nuklear Iran. Namun Iran juga turut melakukan perkara yang sama apabila membekalkan senjata kepada pihak Hezbolah dan Hamas dalam usaha mereka menyerang Israel. Jelas sekali kedua-dua belah pihak tidak begitu mendambakan peperangan malah menyedari kesan buruk yang akan menimpa kedua-dua belah pihak sekiranya perang meletus akibat serangan Israel ke atas Iran. Namun selagi mana Iran berkeras untuk meneruskan program pengkayaan uraniumnya dan Israel berkeras untuk menghalang Iran dari menjadi kuasa baru nuklear dunia, hanya masa yang akan menentukan samada perang Israel-Iran ini akan tercetus. Dan sekiranya ia tercetus, maka kita di dunia sebelah sini akan turut terkena tempiasnya. Semoga Allah menjauhkan malapetaka ini dari kita dan semua umat Islam seluruh dunia!   

                    

Sunday, 12 February 2012

The Viral Factor


Filem ni bermula di Jordan apabila sepasukan pasukan penguasa yang dikenali sebagai IDC  ditugaskan untuk mengawal seorang saintis yang telah mencuri serta mampu memutat virus smallpox. Salah seorang anggota IDC tersebut ialah Jon Man (Jay Chou). Namun mereka telah diserang oleh pihak yang tidak diketahui dan di dapati ketua misi tersebut iaitu Sean Wong telah mengkhianati mereka. Dalam serangan tersebut Jon Man telah ditembak dan peluru telah terbenan di dalam otaknya dan tidak memungkinkan peluru tersebut untuk dikeluarkan. Jon Man hanya ada tempoh masa yang singkat sebelum dia menemui ajal.

Jon Man telah kembali ke China dan ibunya telah memberitahu yang ayah serta abang Jon Man berada di Malaysia dan ibunya ingin bertemu dengan kedua-dua mereka. Jon man telah ke Malaysia bagi memenuhi permintaan ibunya. Namun dalam masa yang sama Sean turut ke Malaysia bersama-sama virus Smallpox yang dicurinya untuk dijual kepada pembeli. Di Malaysia, abang Jon Man, Man Yeung (Nicholas Tse) telah dibicarakan di atas kesalahan merompak dan di dapati bersalah. Tetapi Man Yeung berjaya melepaskan diri sewaktu dibicarakan (biasa sangat dengar tu tahanan meloloskan diri sewaktu perbicaraan). Rupa-rupanya ketua Man Yeung merupakan seorang polis (dalam filem ni pasukan polis Malaysia dikenali sebagai ACDC dan bukan PDRM. Dah kena warning lah tu!) yang berkerjasama dengan Sean.

Man Yeung diberi tugasan untuk menculik seorang doctor yang pakar berkaitan virus bernama Rachel Kan. Tapi Rachel dan Jon Man telah berkenalan sewaktu dalam penerbangan ke Malaysia. Dr. Rachel telah diculik Man Yeung sebaik meninggalkan airport dan Jon Man menyedari perkara tersebut lalu mengejar mereka. Dalam kejadian itu Jon Man dan Man Yeung bertemu buat kali pertama (aku ada tengok sewaktu diaorang shoot scene MPV terbalik di bulatan jalan Tun Perak). Dr. Rachel Berjaya diselamatkan tetapi Man Yeung berjaya melarikan diri. Jon Man bertemu dengan ayahnya serta anak perempuan Man Yeung yang berusia 10 tahun.

Man Yeung kemudiannya menculik Dr. Rachel di rumahnya dan memaksa Dr. Rachel mencuri virus smallpox bagi dimutatkan di ibu pejabatnya. Tapi sewaktu mereka berada di situ (which Jon Man happen to be there also) mereka kantol dan pihak polis telah mengejar mereka. Ketua Man Yeung mengambil keputusan untuk membunuh man Yeung dan rakan-rakannya bagi menghapuskan saksi. Tapi Man Yeung berjaya menyelamatkan diri. Man Yeung cuba melarikan diri bersama anak dan ayahnya. Jon Man telah turut membantu tetapi dia orang gagal. Ayah mereka dibunuh, Jon Man ditahan dan anak Man Yeung telah diculik. Hanya Man Yeung yang berjaya melepaskan diri.

Man Yeung dimaklumkan sekiranya dia mahukan anaknya semula dia harus menculik Dr. Rachel. Dalam usahanya itu dia telah dibantu Jon Man yang telah berjaya melepaskan diri dari tahanan polis di ibu pejabat polis KL(biasa sangat dengar tu tahanan meloloskan diri dari lokap polis). Sewaktu mahu menyerahkan Dr. Rachel, Man Yeung telah ditembak Sean dan cedera parah. Jon Man telah membantu menyelamatkan Man Yeung. Man Yeung dan Jon telah berjaya mengesan di mana Sean berada dan cuba menangkapnya tetapi Sean Berjaya melepaskan diri bersama anak Man Yeung yang telah disuntik dengan virus smallpox.

Sean berjaya dikesan berada di sebuah kapal untuk menjual virus tersebut kepada pembeli. Dr. Rachel yang turut sama diculik telah Berjaya mencipta vaksin dan menyuntik vaksin ke dalam tubuh anak Man Yeung sementara Man Yeung dan Jon Man memburu Sean dan konco-konconya. Dalam kejadian itu Jon Man terbunuh. Filem ini berakhir dengan Man Yeung dan anak perempuannya menemui ibu Man Yeung memaklumkan kematian Jon Man.

Secara jujurnya aku tak pergi tengok wayang cerita Cina kecuali filem tu ada Jet Li! Tapi Viral Factor is an exception. Kenapa? Dah tentulah pasal 80 peratus filem shot kat Malaysia. Kalau tak mampus aku taknak pergi bazirkan duit aku lebih-lebih lagi aku bukan minat sangat dengan Jay Chou. Tapi sebab aku nak tengok sangat macamana Malaysia pada pandangan orang luar maka aku pun bazirkan RM 12.00 duit aku kat panggung I Utama. Sebelum tu aku nak sampaikan ucapan pada GSC:

GSC, you cheap a** Chrome dome child molester saprophyte mother f**ker! Thanks for five f**kin minute of a blank screen with only sound heard, you s**t f**k!

Kat mana aku tadi? Oh ya, aku layan Viral Factor kat 1 Utama. Aku baca kat paper dan review yang dia orang bagi memang positif. So aku dengan penuh harapan pergilah check out cerita ni kat wayang. Apa perasaan aku selepas menonton cerita ni? Menyesal aku aku tak pergi tengok underworld, instead aku pergi layan cerita yang crap ni! Secara jujurnya aku mengharapkan perasaan yang sama masa aku tengok Police Story 3 yang juga shoot kat KL. Nyata sekali Police Story 3 is way better than this crap! Aku sampai tiga kali tengok Police Story 3 kat wayang masa tu. And even now I’m still enjoying watching Police Story 3. Tapi Viral Factor? Ada masanya aku rasa macam nak blah tinggalkan wayang tapi mengenangkan aku dah bayar RM 12.00 so aku stay jugaklah. Kalau nak harapkan kualiti emosi dan mutu lakonan, cam sial! Kalau dari segi action, jangan haraplah sama macam filem Hollywood apatah lagi aksi Jackie Chan.

Satu-satunya perkara yang aku enjoy hanyalah panorama KL dalam filem ni yang lain dari panorama yang dipaparkan dalam filem buatan Malaysia. Orang cakap, banggalah jugak tengok scene Malaysia ni. Lain daripada tu hampeh! Buat ngabih duit aku je!

  

Monday, 23 January 2012

Grendel: Warchild

Novel grafik Grendel:Warchild  karya Matt Wagner ini mengisahkan dunia pada masa hadapan pada abad ke-27 di mana dunia yang berpecah belah telah disatukan oleh seorang ketua yang digelar Grendel Khan iaitu Orion Assante. Orion Assante memiliki sebuah pasukan tentera elit yang digelar Grendel selain senjata berbahaya yang dinamakan The Sun Disc. Namun setelah kematian Orion Assante, pewaris takhta iaitu anak kepada Orion; Jupiter tidak mampu untuk mengambil tanggungjawab ayahnya kerana faktor usianya yang masih terlalu muda. Ibu tirinya, Laurel Kennedy Assante mengambil kesempatan untuk berkuasa sambil menahan Jupiter yang masih kecil di Dakota Black Hills.
Namun pada satu hari Jupiter telah diculik dan dibawa lari oleh sebuah cyborg yang dikenali sebagai Paladin. Paladin adalah cyborg yang dicipta oleh Orion dengan satu tugas khas, melindungi Jupiter sehingga dia dewasa supaya dia dapat kembali memegang takhta kerajaan. Laurel Kennedy segera mengarahkan tentera-tenteranya, The Red Devils untuk memburu Jupiter dan Paladin. Dalam usaha melarikan diri itu Paladin dan Jupiter telah bertemu dengan sebuah kumpulan pemberontak yang menentang pemerintahan di bawah Laurel Kennedy yang diketuai oleh seorang lelaki bernama Azif A Barouk.
Pemerintahan laurel Kennedy bagaimanapun tidak lama. Dia yang menjadi tidak siuman apabila anak perempuannya, Crystal melarikan diri kerana tidak tahan dengan sikap gila kuasanya. Kesempatan itu diambil oleh penasihat peribadinya iaitu Abner Heath untuk berkuasa. Abner Heath menggunakan senjata The Sun Disc untuk mengugut mana-mana pemimpin yang tidak bersetuju dengannya. Namun The Sun Disc sebenarnya tidak berfungsi kerana ketiadaan kuncinya.
Sepuluh tahun berlalu, Jupiter kini telah dewasa. Dia bersama Paladin dan tentera pemberontak yang diketuai Azif A Barouk telah menyerbu Imperial Palace dan Black Hills Complex di mana The Sun Disc berada. Rupa-rupanya kunci kepada The Sun Disc adalah Paladin. Setelah Abner Heath berjaya ditumpaskan, Jupiter kembali memgang takhta. Paladin digelar sebagai Grendel Prime mengambil keputusan untuk pergi kerana tugasnya kini telah selesai.
Grendel ni antara karakter komik favourite aku. Grendel adalah watak anti hero. Bila aku cakap anti hero, bukanlah macam Wolverine atau Lobo yang masih ada moral sense. Grendel ni adalah watak utama yang jahat. Walaupun dalam Warchild, Paladin atau Grendel Prime adalah cyborg tetapi asalnya Grendel ialah seorang lelaki bernama Hunter Rose seorang novelis genius yang juga merupakan seorang ketua empayar jenayah.
Ia bermula dari seorang budak lelaki bernama Eddie yang handal bermain pedang. Dia ada hubungan dengan guru pedangnya, Jocasta Rose. Selepas kematian Jocasta Rose, Eddie mengambil nama Hunter Rose dengan alter egonya Grendel. Grendel diburu oleh Argent, manusia serigala yang sukakan keganasan. Argent bekerjasama dengan polis agar kelebihannya dapat digunakan untuk kebaikan. Hunter Rose membela anak angkat, Stacy Palumbo, anak kepada seorang ganster yang dibunuhnya. Tapi apabila Stacy mendapat tahu yang Hunter Rose adalah pembunuh ayahnya, Stacy telah belot dan menolong Argent memburu Grendel. Dalam pertempuran itu, Argent cedera parah dan Hunter Rose AKA Grendel maut.
Selepas itu, alter ego Grendel ini bertukar-tukar. Antaranya cucu perempuan Hunter Rose, Christine Spar (anak Stacy Palumbo) dan kekasihnya Brian Li Sung. Walaupun di dalam Warchild, Paladin (Grendel Prime) bukanlah seorang penjahat namun dia juga tidak berkompaskan morality. Dia hanya ada satu matlamat. Melindungi Jupiter. Dalam satu bab, mereka menumpang sebuah kapal laut namun dalam perjalanan mereka dikejar kapal lanun. Paladin mencadangkan satu rancangan pada kapten kapal tapi rancangan itu memerlukan mereka membunuh empat orang anak kapal. Kapten tersebut teragak-agak tapi Paladin membunuh empat orang krew kapal dengan bersahaja.
Tapi rancangan mereka gagal. Pihak lanun sedar mereka cuba ditipu. Berlaku pertempuran di antara krew kapal dengan lanun. Paladin sebaliknya bertindak melarikan diri bersama Jupiter sambil memberitahu Jupiter, sejak dari awal lagi dia sudah menyedari yang mereka tidak ada harapan untuk menghadapi lanun tersebut. Dia hanya melakukan perkara tersebut demi untuk mengalihkan perhatian para lanun dari usahanya untuk melarikan diri bersama Jupiter walaupun dia terpaksa mengorbankan semua anak kapal yang mereka tumpangi.
Warchild aku beli dalam format trade paperback sebab siri komik ni dah lama dah keluar. Tak silap aku tahun 1992. Aku beli trade paperback Warchild tahun 1999. Tebal macam buku teks. It’s an excellent graphic novel. Member aku yang kerja kat kedai komik yang bagi pinjam mula-mula. Tapi aku suka sangat dengan buku ni, last-last aku beli sendiri. Tapi peringatan, semua siri Grendel hanya sesuai untuk golongan dewasa. Contain profanity, nudity and excessive violence. Pada penghujung cerita Warchild, hukuman yang dijatuhkan ke atas Laurel Kennedy ialah dengan menanam tubuhnya separas leher dan disuapkan garam ke dalam mulutnya! So, jangan dok belikan buku ni untuk anak buah korang yang berusia 18 tahun ke bawah. Kalau nak beli aku tak halang. Takda sapa nak halang. Tapi kalau anak buah korang masuk berita, kerat kepala mak dengan pak dia, korang tanggung sendiri!

Akhir kata, VIVAT GRENDEL!!!           

Thursday, 5 January 2012

Selamat Tahun baru 2012


Selamat menyambut tahun baru masihi ke 2012. Rasanya belum terlalu terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kot? Tahun baru hijrah tak ingat tapi tahun baru masihi ingat. Inilah kita orang Islam akhir zaman. Namun bukan pula mengingati tahun masihi itu satu dosa Cuma bukankah elok jika kita ingat kedua-dua kalendar masihi dan hijrah. Macam bangsa Cina yang tak lupa dengan kalendar lunar mereka. Apalah pulak yang aku bebel ni?!

Anyway, aku tak punya resolusi tahun baru. Tak pernah ada pun resolusi tahun baru. Yang ada cuma perancangan satu dua perkara yang besar atau penting yang aku nak buat tahun tu. Jadi apa plan aku tahun ni? Biasalah sebagai seorang penulis, seperti juga tahun lalu aku nak siapkan manuskrip aku. Walaupun 2011 boleh dikatakan tahun yang malap dalam karier aku (boleh panggil karier ke?) sebagai seorang penulis sebab dua manuskrip aku gagal untuk diterima penerbit namun aku tak cepat putus asa. Memang susah jadi penulis genre thriller ni (I meant the real thriller, not the lovey-dovey thriller). Penerbit tak sanggup nak terbitkan sebab takut tak boleh nak jual. Maka terpaksalah penulis macam aku ni mengemis meminta simpati pada publisher sekiranya ada kesudian mereka nak terbitkan manuskrip aku. Nasib, nasib!

Sebaik dua manuskrip sai-fai dan military thriller yang aku hantar tahun lalu menemui kegagalan, aku terpaksa menukar strategi perjuangan. Dengan berat hati serta penuh rasa terpaksa maka aku mula menulis manuskrip romantic komedi, genre yang paling mudah diterima penerbit dan mudah dijual di pasaran. Novel romantic bodoh macamana pun tetap boleh jual lagi banyak dari novel aku yang terdahulu. Jadi pada raya Aidilfitri yang lalu aku mula menulis sebuah manuskrip romantic komedi bertajuk Cinta Hilang Ingatan. Tapi aku menghentikan usaha aku buat sementara waktu sebulan yang lalu apabila aku mula menulis sebuah manuskrip berbentuk gothic thriller yang berelemankan vampire bertajuk ‘Terkutuk’. Aku siapkan beberapa bab manuskrip ini dan aku hantar bab pertama bersama synopsis dan sedikit penerangan kepada sebuah syarikat penerbitan yang baru dalam industry penulisan (namun penulis yang telah menghantar karya mereka adalah penulis yang sudah ada nama besar. Dah ada novel mereka yang nak di adaptasikan kepada filem lagi).

Malang sekali konsep manuskrip aku agak berbeza dengan kehendak syarikat penerbitan tersebut. Maka seperti banyak manuskrip aku sebelum ini, ‘Terkutuk’ terkubur sebaik ia bermula. But it’s just one of hundreds of obstacle along the way to success. Terpelecok dan terduduk tapi mesti kasi bangun dan jalan terus! Jadi kini aku sambung kembali manuskrip ‘Cinta Hilang Ingatan’ sebagai talian hayat kepada hayat karier aku sebagai penulis. Doesn’t meant aku takkan tulis cerita thriller lagi but for now kena survive dulu. Aku masih nak tulis cerita tentang kapal selam, masih nak tulis tentang konspirasi military dan politik antarabangsa dan hendak jugak aku tulis buku dengan genre yang lain dari yang lain. But for now, romantic comedy it is! Mungkin kalau aku dah ada nama yang besar dan cukup kuat (macam RAM) baru buku thriller aku orang nak beli kot? Maybe! Please don’t call me a sell-out writer. Aku pun nak duit jugak beb. Sebab tak berduitlah makwe aku kawin dengan orang lain. Aku? Putih mata je lah!

Aku masih tak pasti jika manuskrip rom-kom aku ni boleh diterima publisher but romantic novel is the easiest books to sell di Malaysia so aku berharap semoga ia diterima publisher dan juga pembaca tempatan. Boleh jual banyak buku, boleh dapat banyak royalty, boleh tolong establish nama aku. Insyallah!   

Sebagai orang Islam aku hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal. Ada rezeki aku jadilah usaha aku ni. Takda kalu duduk rumah diam-diam. Anyway aku harap tahun korang juga menjadi. Azam korang tercapai. Harapan korang tertunai. Kalau tidak, tahun 2013 ada. Kita cuba lagi taun depan! Wasalam!

Monday, 21 November 2011

Perang Dingin Asia Pasifik?

Pentagon mengeluarkan laporan rasmi yang menyatakan usaha China dalam mencapai misi mereka memodenkan kemampuan ketenteraan mereka menjelang tahun 2020 akan menjejaskan kestabilan di wilayah Asia Pasifik. China keras menyangkal kenyataan laporan Pentagon itu namun apa yang membimbangkan ialah kenyataan bahawa setiap kali isu ini dibangkitkan oleh Amerika Syarikat baik dari bahagian pertahanan dan perisikan mahupun oleh senator dan ahli kongres, China tidak pernah menafikannya sebaliknya hanya berkeras menyatakan tindakan mereka meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka sekadar memenuhi kehendak semasa dan tidak akan menggugat keselamatan negara-negara jiran.

Suatu masa dahulu kekuatan ketenteraan china sangat jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kemampuan ketenteraan Taiwan, negara yang didakwa China sebagai sebahagian daripada Republik Rakyat China. Namun kini kekuatan ketenteraan China telah begitu maju sehingga pemerhati konflik China–Taiwan menyatakan, sekiranya China menyerang Taiwan persoalan samada China mampu untuk menguasai Taiwan tidak lagi timbul sebaliknya soalan yang timbul ialah berapa hari Taiwan mampu bertahan dengan serangan China sebelum Amerika Syarikat sempat menghantar bantuan! Kekuatan dan kemampuan tentera China suatu masa dahulu hanya menjangkau Taiwan yang hanya beberapa ratus kilometer dari persisir pantai China. Peluru berpandu balistik jarak dekat yang mereka miliki hanya mampu mencapai jarak 300 ke 600 km sahaja. Pesawat pejuang  J-6 dan J-7 juga hanya mampu mencapai jarak yang lebih kurang sama tanpa perlu minyaknya diisi semula.
 J-7
Namun kesungguhan mereka meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka dengan kemajuan teknologi tempatan telah mengubah senario tersebut. China telah berjaya mencipta peluru berpandu DH-10 yang dikatakan memiliki kemampuan menyaingi peluru berpandu Tomahawk buatan AS yang mampu menjangkau jarak 1500 km. Pembinaan pesawat-pesawat J-10 dan J-11 yang mempunyai tangki bahan bakar yang lebih besar juga membolehkan jangkauan kekuatan serangan udara yang lebih jauh melampaui kepulauan Taiwan. Selain dari itu mereka juga memiliki skudron pesawat Sukhoi-30 yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal permukaan Kh-31A buatan Russia. China turut membangunkan program pesawat generasi ke 5 dengan terhasilnya pesawat prototaip J-20 yang mempunyai peranan yang sama seperti F-35 Lightning sebagai sebuah pesawat tempur/pengebom. Sasaran tentera udara China ialah memiliki kemampuan untuk beroperasi dalam lingkungan 1000 km dari tanah besar China menjelang 2010 (namun ia masih gagal direalisasikan) dan 3000 km menjelang 2030. Untuk makluman, kedudukan sempadan Indonesia dengan tanah besar China adalah lebih kurang 2000 km!
DH-10

J-10
J-11 
Namun penghasilan peluru berpandu anti kapal permukaan yang paling digeruni Pentagon ialah DF-21D yang dikatakan adalah yang terhebat di dunia sehingga armada tentera laut AS dikatakan tidak akan mampu untuk memintas peluru berpandu ini sekiranya ia dilancarkan ke arah kapal perang mereka. Namun apa yang paling menakutkan mereka ialah sebuah peluru berpandu ini mampu untuk memusnahkan kapal pengangkut pesawat (supercarrier) secara mutlak dimana supercarrier adalah lambang kekuatan dan keagungan tentera laut AS. Sehingga kini AS masih belum mampu (dari segi kewangan dan teknologi) untuk membangunkan system pertahanan khusus bagi menangani DF-21D. Ini bererti sekiranya AS berani menghantar kesemua 11 armada kapal pengangkut pesawat mereka ke perairan China maka kesemuanya mampu untuk dijadikan tukun ikan oleh PLA (People Liberation Army of China) di dasar laut China Selatan!

DF-21D 
Kemampuan armada kapal selam China juga adalah satu ancaman yang menakutkan. Armada kapal selam china adalah yang kedua terbesar terdiri daripada 65 buah (ada pihak menyatakan lebih dari 70 buah) kapal selam termasuklah beberapa buah kapal selam serangan pantas berkuasa nukelar dengan kemampuan peluru berpandu balistik. Program kapal selam China suatu masa dahulu dianggap lelucon oleh pertahanan laut barat lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa kapal selam milik China dikatakan gagal berfungsi sehingga menyebabkan ia tenggelam dan membunuh semua krewnya. Namun pada 26 Oktober 2006 sewaktu armada tentera laut AS sedang menjalani latihan ketenteraan di lautan pasifik, sebuah kapal selam China dari kelas Song secara tiba-tiba timbul di permukaan laut berhampiran kapal pengangkut USS Kittyhawk yang menjadi pusat arahan (Command Centre) latihan tersebut. Kapal selam China itu berada dalam lingkungan jarak 5 batu nautika atau 9 km dari kedudukan USS Kittyhawk yang membolehkan mereka melancarkan serangan torpedo atau peluru berpandu dan ia dikatakan telah mengekori USS Kittyhawk sebelum latihan bermula lagi dan gagal dikesan kehadirannya. Ia sengaja memunculkan diri seolah-olah mengejek armada tentera laut AS. Untuk makluman armada kapal pengangkut terdiri daripada beberapa kapal frigate, pemusnah dan kapal selam (sekurang-kurangnya dua) untuk mengawal dan menyaring pencerobohan kapal musuh yang mahu menghampiri kapal pengangkut.

Armada kapal pengangkut
Hakikat bahawa armada tentera laut terkuat di dunia berjaya ditembusi oleh kapal selam konvesional (Kapal selam kelas Song adalah kapal selam berkuasa diesel elektrik) benar-benar mengejutkan tentera laut AS. Mereka tidak menyangka teknologi kapal selam China telah mencapai tahap yang sangat tinggi dan insiden itu juga membuktikan bahawa krew kapal selam China yang dianggap tidak mempunyai pengalaman, kepakaran dan kemahiran setanding tentera laut AS adalah meleset sama sekali. Perlu diingat, tentera laut PLA juga memiliki kapal selam berkuasa nuclear dari kelas Han dan Shiang (Kapal selam penyerang), kelas Jin (Kapal selam pelancar peluru berpandu balistik) dan kelas Xia (Kapal selam pelancar peluru berpandu kruise).
Kapal selam kelas Song 
Leon Panetta; pengarah CIA menyatakan China cuba untuk membina kekuatan ketenteraan yang mampu memenangi peperangan yang sengit dalam tempoh yang singkat selain bersedia menghadapi akan kemungkinan konfrontasi dengan Taiwan serta kemungkinan campurtangan ketenteraan AS sekiranya peperangan meletus. Malah China langsung tidak berusaha untuk menyembunyikan kesungguhan mereka apabila dengan sengaja melancarkan penerbangan ujian pesawat J-20 yang sepatutnya merupakan sebuah program rahsia sewaktu lawatan setiausaha pertahanan AS; Robert Gates ke China.
J-20
Kesan peningkatan kemampuan ketenteraan China turut dirasai negara-negara di Asia Tenggara. Malah negara-negara Asia Tenggara adalah pihak yang sepatutnya berasa paling bimbang dengan perkembangan ini kerana Asia Tenggara adalah jiran paling dekat dengan China dan sejak beberapa dekad yang lalu China paling banyak berselisih pendapat dengan negara-negara Asia Tenggara. Kebanyakan berkaitan dengan persempadanan perairan. Namun ia semakin hangat sejak beberapa tahun ini malah di kala negara-negara yang terlibat sanggup untuk bertolak ansur China pula bersikap sebaliknya malah dengan angkuh menyatakan tidak akan berganjak dengan segala tuntutan mereka. Konflik tuntutan pulau Spratly adalah bukti terbaik yang menyerlahkan keangkuhan China. China bukan sekadar menuntut keseluruhan pulau tersebut malah juga beberapa pulau kecil yang berhampiran serta kawasan perairan sejauh beberapa puluh batu nautika.

China walaupun tidak pernah menyatakannya secara terbuka namun dilihat bercita-cita untuk memiliki seluruh perairan Laut China Selatan. Dikatakan seorang ahli delegasi AS menyatakan betapa seorang pegawai tinggi PLA menyatakan nama Laut China Selatan saja sudah cukup menunjukkan yang ia adalah milik China. Tidak dapat dipastikan samada pegawai tersebut sekadar berseloroh atau benar-benar serius dengan kenyataan itu. Tidak cukup dengan itu ada khabar angin yang menyatakan cita-cita besar China untuk meluaskan tanah jajahannya sehingga ke seluruh tanah Indochina (Vietnam, Laos, Cambodia).

 People Liberation Army
Walaupun negara-negara di Asia Tenggara dilihat lebih tenang dalam melihat isu peningkatan kekuatan ketenteraan China jika hendak dibandingkan dengan negara di Asia Selatan atau Amerika sendiri, namun ini adalah kerana negara-negara di Asia Tenggara tidak menyatakan secara terbuka akan kebimbangan mereka kecuali Vietnam dan Filipina yang secara terbuka menyatakan tujuan mereka meningkatkan kemampuan mereka adalah kerana bimbangkan kemungkinan ancaman China. Ini kerana kedua-dua Negara pernah berkonfrantasi secara terus dengan tentera PLA. Namun masing-masing sedar akan kemungkinan ancaman tersebut dan ia dibincangkan oleh pegawai-pegawai diplomat negara masing-masing secara tertutup dan tidak rasmi. Dan kesannya boleh dilihat dengan agak jelas.

Suatu ketika dahulu rasa curiga di antara satu negara dengan negara yang lain adalah sangat tinggi. Singapura-Malaysia, Indonesia-Malaysia, Thailand-Myanmar sehinggakan sekiranya sebuah negara membeli sesuatu peralatan ketenteraan, negara jirannya samada akan menyatakan protes atau rungutan atau akan turut membeli peralatan yang sama atau lebih baik kemampuannya dari peralatan yang dibeli negara tersebut. Antara contohnya apabila Malaysia merancang untuk memodenkan TUDM dengan membeli pesawat generasi ke-4 (Mig-29), Singapura pula menaik taraf kemampuan pesawat F-16 milik mereka. Begitu juga apabila Indonesia berhasrat menggantikan kapal selam mereka dengan kapal selam kelas Kilo dari Russia, kebanyakan negara-negara Asia Tenggara memprotes kerana kapal selam kelas Kilo adalah sebuah kapal selam penyerang dan ia bertentangan dengan persafahaman ASEAN yang mahukan wilayah Asia Tenggara bebas dari potensi konflik bersenjata.

Namun kini tidak lagi. Sejak sedekad lalu, perkara seperti ini tidak lagi menjadi suatu perkara yang begitu menimbulkan keributan di kalangan negara di Asia Tenggara. Walaupun dilihat seperti ada persaingan pembelian persenjataan (Malaysia; Sukhoi-30, Singapura; F-15, Thailand; Saab Gripfen) namun ia kini tidak lagi menjadi sesuatu isu yang besar. Malah tidak berlaku kekecohan apabila Vietnam secara terbuka menyatakan hasrat untuk menubuhkan armada kapal selam mereka dengan membeli enam kapal selam kelas Kilo dari Russia. Malah negara-negara Asia Tenggara begitu galak meningkatkan kemampuan ketenteraan masing sehingga dilihat tidak lagi begitu mempedulikan negara jiran masing-masing yang turut melakukan perkara yang sama. Mungkin kerana masing-masing sudah mengerti dan faham yang masing-masing hanya berusaha untuk menghadapi kemungkinan yang sama; ancaman ketenteraan dari China!

Vietnam, Cambodia, Filipina dan Myanmar sedang cuba memodenkan kekuatan ketenteraan mereka. Thailand, Indonesia dan Brunei pula sedang cuba meningkatkan kemampuan dan kelengkapan ketenteraan mereka meningkatkan perolehan persenjataan serta usaha untuk menghasilkan system persenjataan mereka sendiri.

Sementara Malaysia kini sedang cuba mengadaptasi system pertahanan negara maju dalam ketepatan serangan, pemantauan rendah (stealth) dan C4ISR. C4ISR ialah rangkaian sistem perintah, kawalan komunikasi, computer, risikan, pemantauan dan tinjauan dalam mengintegrasikan kemampuan cabang-cabang ketenteraan agar mampu digerakkan secara synchronize apabila berhadapan dengan sesuatu konflik bagi merealisasikan matlamat ini Malaysia berhasrat memperolehi banyak aset-aset penting yang seperti pesawat AEW&C, kapal korvet stealth (pilihan antara Sigma 10614 atau Gowind) dan sebagainya. Jika system pertahanan ini dapat diadaptasikan (yang ketika ini tampak agak sukar akibat kekangan kewangan) ia akan mengubah asas, konsep dan perlaksanaan sistem pertahanan Malaysia. Singapura sudah pun mencapai tahap tersebut namun masih mahu meningkatkan kemampuannya. Mereka bercita-cita untuk mentransformasikan tentera mereka menjadi apa yang dipanggil ‘Soldier of the future’. Malah singapura turut terlibat dalam program pembangunan pesawat generasi ke-5 F-35 Joint strike Fighter.
Gowind
Pesawat AEW&C 
Australia walaupun sebuah negara Asia Pasifik namun merupakan jiran terdekat Asia Tenggara. Australia seperti juga AS, percaya apa jua yang berlaku di Asia Tenggara akan memberikan impak pada mereka. Walaupun pembangunan kekuatan ketenteraan Australia tidak disebabkan oleh kebimbangan akan peningkatan ketenteraan China namun Australia berkongsi kebimbangan yang sama dengan negara-negara di Asia Tenggara. Australia juga seringkali dianggap sebagai wakil barat di rantau Asia memantau dengan penuh curiga setiap tindak-tanduk China dan bersedia sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata. Tetapi seperti juga negara-negara di Asia Tenggara, kepentingan ekonomi memaksa mereka cuba untuk tidak bersikap keterlaluan. Ini kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia. Namun dalam masa yang sama Australia bekerjasama rapat dengan AS. Presiden Barack Obama sudah pun mengumumkam akan menempatkan sejumlah 2500 tentera Marin AS di Darwin, Australia dan akan menambahkan angkanya di masa hadapan. Walau dinyatakan kononnya pangkalan itu sebenarnya bertujuan untuk pemantauan aktiviti lanun dan pergerakan pengganas namun umum tahu AS masih merasa kecewa dengan keengganan negara-negara Asia Tenggara untuk menerima kehadiran tentera AS setelah mendapat bantahan keras dari Malaysia dan Indonesia. Jadi Australia adalah penyelesaian yang terbaik buat masa ini dalam usaha mereka memantau dengan rapat akan perkembangan ketenteraan China.
 F-35

Namun China belajar dari sejarah kejatuhan Soviet Union. Bagaimana Russia cuba bersaing dengan Amerika secara bersendirian dan sering mengasingkan diri dari dunia malah cuba mencerna imej yang menggerunkan. Ini membuatkan masyarakat dunia cukup mudah untuk membuat keputusan akan siapa yang mahu mereka sokong dalam perang dingin tersebut. Bimbang perkara sama berlaku ke atas mereka ditambah pula propaganda barat yang cuba memburukkan imej mereka di mata dunia, China mula mengamalkan polisi pintu terbuka. Ternyata tindakan mereka membuahkan hasil. Bukan sahaja ia membantu memulihkan imej mereka malah ia juga telah memarakkan ekonomi China sehingga China kini dianggap sebagai bakal pengganti AS dalam menerajui ekonomi dunia di masa hadapan.

Dengan kesejahteraan ekonomi ini China mula memancing simpati dan meraih sokongan masyarakat dunia. Di kala Eropah menghadapi kegawatan ekonomi yang getir, China dengan tidak disangka-sangka menawarkan bantuan kewangan. Negara di Asia Tenggara China juga menjadi pelabur utama dan penyumbang terbesar bantuan kemanusiaan di Indonesia, Laos, Filipina, Vietnam dan Myanmar di samping peningkatan hubungan dagang di antara negara di Asia Tenggara yang lain dengan China. Tidak cukup dengan itu China juga menghulurkan tangan untuk bekerjasama dalam membantu meningkatkan pengetahuan teknologi pertahanan dengan negara-negara di Asia Tenggara. Antara Negara yang bekerjasama dengan China ialah Indonesia dan Vietnam (negara yang lantang mengkritik China yang sering menceroboh perairannya). Malah China juga telah bersetuju untuk membantu meningkatkan kemampuan ketenteraan Myanmar dan Cambodia. Namun tujuan sebenar China jelas boleh diterjemahkan yang mereka cuba menjadikan Myanmar dan Cambodia sebagai sekutu mereka di Asia Tenggara.
Malaysia secara umumnya telah diketahui sebagai negara yang mengambil sikap berkecuali sewaktu era perang dingin AS-Russia. Malaysia masih cuba untuk meneruskan sikap tersebut. Walaupun Malaysia dilihat menyokong hubungan baik ASEAN dan China (malah mengambil inisiatif mengeratkan hubungan dengan China dengan lawatan Najib ke Beijing) namun dalam masa yang sama Malaysia turut cuba mengeratkan hubungan dengan kuasa besar yang lain. Sebagai contoh, sebaik Najib kembali dari Beijing, beliau melawat pula Amerika Syarikat dalam jarak tempoh waktu yang singkat seolah-olah ingin memberitahu AS yang lawatannya ke China tidak bermakna Malaysia kini lebih pro kepada China. Malaysia juga cuba meningkatkan hubungan dengan India. Lawatan Najib ke India serta lawatan balas perdana menteri India ke Malaysia jelas menunjukkan betapa Malaysia cuba menjadikan India sebagai rakan yang akan menyokong Malaysia sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga (untuk makluman; hubungan di antara India dan China juga agak renggang). Setelah mengadakan usahasama dalam bidang ekonomi dan pendidikan, Malaysia cuba untuk menjalinkan hubungan berkaitan pertahanan dengan India. Baru-baru ini Malaysia menyuarakan hasrat untuk membeli peluru berpandu supersonic Brahmos yang dihasilkan bersama India dan Russia bagi dipasang pada pesawat Sukhoi-30. Brahmos adalah peluru berpandu kruise yang mempunyai kelajuan tiga kali lebih pantas dari peluru berpandu Harpoon dan Tomahawk buatan AS dan merupakan peluru berpandu terhebat di dunia buat masa ini. Namun jika Malaysia ingin membeli peluru berpandu tersebut maka Malaysia harus menjadi rakan strategik dengan India dalam bidang pertahanan. Dalam erti kata lain, Malaysia harus terlibat dan bekerjasama dalam pelbagai program pertahanan dengan India.
 Sukhoi-30 MKM
Sebenarnya hasrat Malaysia ini sudah dapat dilihat sejak awal 2000 lagi apabila Malaysia bersetuju untuk membeli pesawat Sukhoi-30 MKM yang berasaskan pesawat Sukhoi-30 MKI yang dibeli India dari Russia. Itulah sebabnya Sukhoi-30 MKM tidak bermasalah menjadi platform bagi peluru berpandu Brahmos (untuk makluman; Brahmos adalah peluru berpandu pemusnah kapal permukaan dan juga sasaran daratan dengan kuasa kemusnahan yang besar!). Selain itu, kecenderungan Malaysia untuk mendapatkan pesawat Eurofighter Typhoon juga dikatakan ada kaitan dengan India. Ada komen yang menyatakan bahawa hasrat Malaysia untuk membeli Typhoon adalah suatu yang tidak bijak kerana pemilik Typhoon seperti Britain mengalami masalah alat ganti yang terlalu mahal. Untuk makluman, pada ketika ini India sedang dalam proses memuktamadkan pesawat yang mahu dibelinya. Ada dua buah pesawat dalam senarai akhir; Typhoon dan Rafale. Dan kemungkinan besar Typhoon akan menjadi pilihan. Seperti yang diketahui, India kebiasaanya akan menghasilkan alatan ganti serta akan memajukan teknologi peralatan senjata yang mereka beli dari luar. Dalam hal ini, sekiranya Typhoon terpilih maka perkara yang sama akan berlaku. Ia mungkin akan mempengaruhi keputusan pembelian pesawat Typhoon oleh Malaysia kerana ini akan membolehkan Malaysia berurusan dengan India dalam usaha mendapatkan alat ganti serta kemahiran dan kepakaran dari India disamping meningkatkan hubungan pertahan dan ketenteraan dengan India. Namun sebuah akhbar di Russian melaporkan akan lawatan menteri pertahanan, Zahid Hamidi baru-baru ini dikatakan bertujuan untuk menyatakan keinginan Malaysia untuk menambah 18 unit lagi pesawat Sukhoi-30 MKM. Walaupun dinafikan Mindef namun ia menunjukkan kemungkinan Sukhoi-30 MKM kini menjadi pilihan kedua sekiranya pembelian Typhoon dianggap terlalu mahal dan Sukhoi-30 MKM masih memberilan peluang yang sama pada  Malaysia dalam usaha meningkatkan hubungan dengan India. 
Brahmos
Eurofighter Typhoon 
Jadi persoalannya kini adakah berkemungkinan perang dingin mampu tercetus di Asia Pasifik? Jawapannya agak samar namun kemungkinannya agak rendah. Beberapa faktor yang boleh di keutarakan. Pertama, negara-negara di Asia Tenggara memandang positif akan polisi luar China yang tampak lebih lembut dan bertoleransi walaupun adakalanya insiden ketenteraan yang agresif oleh PLA berlaku namun ia adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan tindakan luar akal yang sering diambil Amerika dan sekutu-sekutunya. Kedua, faktor ekonomi. China yang kini dilihat sebagai bakal pengganti Amerika syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia dan menjadi jiran yang dekat dengan Asia Tenggara merupakan satu peluang bagi negara-negara di rantau ini merintis jalan menjadi sebuah negara maju. China telah memainkan peranan dengan sangat jayanya sebagai pelabur dan rakan dagang kebanyakkan negara-negara di Asia Tenggara. China melihat begitu banyak peluang dalam membuat keuntungan dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam ekonomi dunia setelah negara dari benua yang berpotensi seperti Amerika Latin dan Eropah sentiasa sangsi dan curiga serta sukar untuk bekerjasama dengan China. Jadi Asia Tenggara dilihat sebagai platform terbaik untuk mereka meningkatkan kekuatan ekonomi mereka. Selain dari itu Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mineral juga menarik minat China untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Asia Tenggara.

Ketiga adalah faktor kemampuan ketenteraan mereka sendiri. Walaupun China mempunyai kekuatan ketenteraan yang jauh lebih besar berbanding negara-negara Asia Tenggara (walaupun semua negara-negara Asia Tenggara bergabung, kekuatan ketenteraannya masih tidak mampu menyaingi China) namun ia masih belum mencukupi. China sedar pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Eropah memerhati dengan penuh minat akan tindak-tanduk China dan mereka akan bertindak sekiranya China bertindak di luar batasan. Lebih sedekad China cuba untuk memperbaiki imej mereka di mata dunia dan perkara terakhir yang mereka mahukan ialah menjadi musuh kepada dunia.

Jadi perang dingin adalah sesuatu yang tidak berkemungkinan namun tidak mustahil boleh berlaku. Sehingga kini baik negara-negara Asia Tenggara dan Australia lebih suka menggunakan jalan diplomasi dalam menyelesaikan sebarang isu dengan China dan China turut memberikan respon yang positif. Mungkin hanya Filipina satu-satunya negara yang tidak selari dengan negara-negara lain dalam usaha menangani masalah dengan China. Kempen Filipina agar ASEAN bersatu dalam menentang tindakan-tindakan China yang kurang disenangi itu bagaimanapun dipandang sepi oleh jiran-jirannya. Ini kerana masing-masing tahu bahawa usaha Filipina itu tidak lebih sekadar retorik politik Benigno Aquino yang cuba mengalihkan masalah sebenar Filipina iaitu reformasi ekonomi. Benigno Aquino dilihat cuba untuk mengukuhkan kembali hubungan Filipina dengan Amerika malah ada ketikanya Filipina dilihat seolah-olah masih menaruh kepercayaan yang Amerika akan kembali pulih sebagai gergasi ekonomi dunia sehingga mereka tidak langsung mahu menoleh peluang-peluang lain yang berpotensi untuk membantu meningkatkan kekuatan ekonomi mereka. Tidak cukup dengan itu, tindakan Benigno Aquino yang secara terbuka meminta bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat turut mendapat tentangan dari rakyatnya sendiri menunjukkan tindakannya sebenarnya tidak selari dengan kehendak rakyat Filipina. Oleh sebab itu negara-negara ASEAN enggan turut serta dalam kempen Filipina yang dilihat hanya lebih memudaratkan dari memanfaatkan pihak ASEAN.


Namun sekiranya berlaku insiden di mana China mencetuskan rasa tidak senang negara-negara di Asia Pasifik (yang selalunya disebabkan oleh isu persempadanan perairan) dan setelah usaha diplomasi menemui jalan buntu (sekiranya china keras dengan keputusannya) negara-negara Asia Pasifik sudah pasti akan menggunakan ekonomi sebagai senjata. Samada menggantung hubungan ekonomi dengan memboikot produk China, mengadakan sekatan ekonomi, membekukan aset-aset China di Asia Tenggara dan sebagainya atau membawa perkara ini ke PBB atau ICJ (International Court of Justice). Maka disinilah akan bermulanya perang dingin.

Perlu diingat, perang dingin di antara AS dengan Russia tidak berklimakskan peperangan. Malah tidak berlaku peperangan secara bersemuka di antara dua pihak. Sebaliknya masing-masing menggunakan proksi masing-masing. Dalam masalah China-Asia Pasifik, perkara yang sama akan berlaku. Pertembungan secara berdepan di antara Asia Tenggara dengan China kemungkinan besar tidak akan berlaku. Ini kerana China sendiri sedar jika mereka cuba bertentangan secara berdepan, ramai pihak akan campurtangan. Amerika, Eropah, PBB, NATO dan pelbagai pihak lagi. Jadi apa yang berlaku ialah peperangan risikan, gertak-menggertak, persaingan teknologi pertahanan, perbandingan budaya popular, malah pada satu ketika nanti akan berlaku pertembungan bersenjata di antara negara Asia Tenggara yang menentang China dan yang pro China, seperti yang dinyatakan tadi bagaimana China memiliki agendanya yang tersendiri dalam mencari sekutu di kalangan negara Asia Tenggara (Myanmar dan Cambodia). Dan kita tahu Myanmar dan Thailand tidak mempunyai hubungan yang baik sementara Cambodia memiliki rekod yang kurang cemerlang dari segi politik, keadilan dan hak asasi manusianya. Kedua-dua negara seringkali dilihat bagaikan terpinggir dalam komuniti ASEAN. Dan China mungkin melihatnya sebagai satu peluang dalam usaha menggugat perpaduan ASEAN tanpa perlu terlibat secara terus dalam usaha melemahkan perpaduan tersebut. Hanya bekalkan senjata pada kedua-dua negara dan lihat dari jauh bagaimana kedua-duanya mencetuskan konflik terhadap negara sahabat yang lain. Mungkin! 

Apa pun negara-negara Asia Tenggara kini sudah menyedari akan kemungkinan rantau Asia Pasifik akan menjadi apa yang dipanggil sebagai ‘the centre of the earth’. Jika selama ini kita hanya melihat banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia di peti televisyen, kini giliran kita pula untuk ditonton oleh masyarakat dunia.