Saturday, 19 March 2011

The Chosen One


The Chosen One – Sam Bourne
Maggie Costello ialah seorang penasihat politik yang telah membantu Presiden Stephen Baker memenangi kerusi presiden di Rumah Putih. Pada Maggie Costello, Presiden Stephen Baker adalah seorang yang sangat ideal untuk menjadi presiden negara kuasa besar dunia itu kerana dia merupakan seorang yang berintegriti, jujur serta amanah.
Tapi muncul seorang lelaki bernama Vic Forbes yang mengugut mahu menyebarkan rahsia silam Presiden Stephen Baker yang bakal menghancurkan karier politiknya. Namun tanpa disangka-sangka Vic Forbes ditemui mati dibunuh. Di atas permintaan peribadi Presiden Baker meminta Maggie Costello menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku. Dalam siasatannya, Maggie Costello mendapat tahu rahsia yang mahu disebarkan Forbes iaitu kematian misteri seorang wanita dalam kebakaran di sebuah hotel di mana pada ketika itu, Presiden Baker (yang masih menuntut di kolej) dilihat meninggalkan hotel berkenaan.
Costello mula meragui keperibadian Presiden Baker. Namun Costello menemui perkara yang lebih besar dari itu. Dia mendapati terdapat satu organisasi yang telah membantu Presiden Baker dari terjerat dalam sebarang permasalahan. Organisasi ini bertanggungjawab membentuk dan mensiap-siagakan Presiden Baker malah menyusun perancangan bagi membolehkan Presiden Baker menduduki kerusi presiden demi kepentingan mereka. Dan apabila mereka menyedari yang Costello telah berjaya menghidu kewujudan mereka, dia kini menjadi buruan.
Cerita ni lebih kurang macam filem The Adjustment Bureau minus sains fiksyen. Tapi ini bukanlah idea yang original. Aku ada baca buku dan tonton filem dengan idea yang hampir sama jadi jalan cerita novel ini sudah boleh dapat dijangka tapi masih menarik untuk dibaca.
Secara keseluruhannya aku beri buku ni 3 setengah bintang dari 5 bintang.

No comments:

Post a Comment