Saturday, 19 March 2011

The Shark Mutiny


The Shark Mutiny – Patrick Robinson
China secara rahsia telah membekalkan periuk api kepada Iran untuk diletakkan di Selat Hormuz bagi menyukarkan kapal-kapal dagang melalui selat tersebut dengan tujuan agar harga minyak di pasaran dunia melambung naik apabila kapal-kapal dagang asing yang membawa bekalan minyak ke barat terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh bagi menghantar bekalan minyak dunia.
Amerika yang dapat menghidu konspirasi dua buah negara ini bertindak menghantar kapal selam nuklear USS Shark beserta sekumpulan pasukan khas Navy SEAL bagi menghalang usaha Iran dan China. Namun objektif sebenar China bukanlah Selat Hormuz sebaliknya Taiwan. Sebaik Amerika Syarikat mengalihkan tumpuan ke Selat Hormuz, China melancarkan serangan ke atas Taiwan.
Buku ni okey tetapi agak menyakitkan hati bila dibaca. Ia menggambarkan superiority Amerika Syarikat sebagai polis dunia di mana setiap tindakan mereka (kononnya) adalah berlandaskan kebenaran dan tindakan mereka tepat walaupun mereka menyebabkan kematian orang awam. Dalam buku ni juga digambarkan bagaimana Taiwan tumbang dan akhirnya dikuasai oleh China. Bahagian ini merupakan bahagian kegemaran aku kerana penulis menggambarkannya secara teknikal bagaimana kedua-dua buah negara bertembung menghadapi serangan di antara satu sama lain. Strategi, peralatan persenjataan serta taktikal serangan dan pertahanan.
Tapi perkara yang sama tidak berlaku sewaktu penulis menceritakan keadaan berkaitan kapal selam USS Shark. Ia lebih emosional. Pegawai laksana (XO) USS Shark, Lt. Kom. Dan Headley dan ketua pasukan SEAL, Kom. Rick Hunter merupakan teman rapat sejak kecil dan kini mereka terlibat dalam satu operasi rahsia bersama. Laksmana USS Shark, Kom. Donald Reid adalah seorang yang mengalami gangguan mental dan telah membuat beberapa keputusan yang salah sehingga menyebabkan kematian beberapa orang anggota SEAL. Menyedari perkara tersebut, Lt. Kom. Headley telah bertindak merampas kuasa sebagai komander kepada USS Shark. (di sinilah siknifikannya tajuk Mutiny Shark).
Over all, novel ni aku bagi 3 setengah bintang dari 5 bintang namun bukan novel kegemaran aku untuk diulang baca.

No comments:

Post a Comment