THE CROW
Ini adalah salah satu my most favorite movies! Aku ingat lagi sewaktu aku terima berita kematian Brandon Lee, masa tu aku sekolah lagi, dalam bas ekspres dalam perjalanan balik ke Muar dari Johor Baharu. Member aku beritahu yang Brandon Lee mati tertembak sewaktu shooting filem ni. Tercengang aku dibuatnya. Sebabnya ialah aku dah start minat Brandon Lee dalam sebuah filem lakonannya setahun sebelum tu bertajuk Rapid Fire.
Rapid Fire ni filem tipikal pada Brandon Lee sama seperti filem-filemnya sebelum ni, bergenrekan kungfu. Tapi Rapid Fire ada kelainan yang membuatkan filem low budget ni (yang boleh dikategorikan sebagai B-grade movie) menjadi sleepers hit (filem yang tidak dijangka meletup). Box office filem tu di US. Tengok style gaduh dia berbeza dengan ayahnya Bruce Lee yang buat aku terfikir Brandon Lee ni ada potensi jadi star yang lebih besar namanya berbanding ayahnya.
Kemudian projek The Crow diumumkan. Baca sinopsis filem tu pun aku dah teruja nak tengok macamana Brandon Lee berlakon. Namun hidup mati adalah ketentuan tuhan. Brandon Lee mati sewaktu produksi seminggu lagi berakhir. Masa tu aku baca dalam paper menyatakan yang Dimension Film tidak bercadang untuk menyambung filem yang tidak dapat disiapkan atas alasan bajet dan menghormati mendiang Brandon Lee. Sekali setahun kemudian aku dapat tahu yang filem tu akan masuk pawagam di US. Terkejut gila aku. Dalam otak aku berfikir macamana diaorang nak potray watak Brandon Lee yang dah mati? Maklumlah pada era 90an CGI masih lagi baru dan tidak advance macam sekarang. Yang aku ingat filem dengan kecanggihan CGI pada masa tu hanyalah Terminator 2: The Judgement Day dengan Jurasic Park.
Tapi The Crow disiapkan juga dengan teknik CGI (dan menelan belanja sebanyak 8 juta US Dollar menjadikan kos bajet keseluruhan sebanyak 15 juta US Dollar). Ia menduduki tempat pertama sebaik ditayangkan di seluruh US.
The Crow berdasarkan pada komik oleh James O’barr dengan tajuk yang sama yang diterbitkan pada tahun 1989. James O’barr menghasilkan komik ni kerana frust di atas kematian awek dia yang dilanggar seorang pemandu mabuk. Ia mengisahkan seorang anggota kumpulan rock Hangman Joke bernama Eric Draven yang dibunuh pada malam menjelang hari Halloween. Organisasi jenayah di seluruh bandar tu merayakan malam menjelang Halloween dengan menamakan malam tu sebagai The Devil’s Night dengan mencetuskan huru-hara. Sekumpulan gangster menceroboh rumah Eric Draven dan memperkosa makwe Eric Draven (Eric dan makwenya merancang untuk berkahwin pada keesokkan harinya). Namun sedang diorang sibuk megerjakan awek Eric Draven, dia tiba-tiba pulang ke rumah. Eric Draven dicampak keluar bangunan dan mati sementara aweknya dipukul dan dibiarkan begitu sahaja dan mati 30 jam kemudian.
Setahun kemudian datang seekor gagak dan bertenggek di atas batu nesan Eric Draven maka bangkitlah dia dari kubur. Eric Draven yang bangkit semula memiliki kekebalan dan tidak mampu dicederakan oleh apa-apa sahaja dan dia mula memburu empat orang gangster iaitu Tin Tin, Fun Boy, T-Bird dan Skank yang bertanggungjawab di atas kematiannya. Skank yang terakhir diburu telah menemui bosnya, Top Dollar dan meminta bantuan. Sewaktu Top Dollar selaku ketua organisasi jenayah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua kumpulan yang lain sebagai persediaan untuk Devil’s Night tahun itu, muncul Eric Draven yang menuntut agar Skank diserahkan padanya. Tapi Top Dollar enggan menyerahkan Skank lalu mengarahkan kumpulan-kumpulan penjenayah yang lain membunuh Eric Draven. Lalu Eric Draven mengamuk dan membunuh semua kumpulan-kumpulan penjenayah tersebut termasuklah Skank.
Eric Draven yang telah melangsaikan hutang darahnya kini kembali ke ke kuburnya dan bersedia untuk mati semula tetapi Top Dollar tidak berpuas hati lalu menculik seorang kanak-kanak perempuan iaitu Sarah yang rapat dengan Eric dan aweknya sewaktu mereka hidup. Mereka bertemu di sebuah gereja tetapi sebelum pertempuran bermula gagak yang memberikan semangat dan kekuatan pada Eric Draven telah dicederakan membuatkan Eric kini tidak memiliki kekebalan. Tapi diakhir cerita Eric Draven telah menewaskan Top Dollar dengan menyerapkan rasa sakit dan sengsara aweknya selama 30 jam sebelum dia mati ke dalam minda Top Dollar.
Filem ni umpama filem Batman arahan Tim Burton cuma ia lebih gelap, lebih gothic dan lebih ganas. Pengarahnya Alexander proyas merupakan seorang pengarah dari Australia dan ini adalah filem Hollywood pertama arahannya. Filem-filem arahannya selepas The Crow memang sentiasa ‘dark’ dan misteri. Dia hanya mengarah 3 filem Hollywood selepas The Crow iaitu Dark City, I,Robot dan Knowing. Scene yang paling best pada aku ialah bila Eric Draven muncul dalam mesyuarat organisasi penjenayah dan menuntut Skank. Pertempuran Eric Draven dengan kumpulan penjenayah tu memang power! Ada khabar angin mengatakan disinilah scene Brandon Lee ditembak sehingga meragut nyawanya. Tetapi sebenarnya scene tu telah dilupuskan oleh pihak produksi dan tidak ada langsung dalam filem ni.
Soundtrack filem ni pada pendapat aku adalah soundtrack paling best. Walaupun dalam tahun yang sama terdapat soundtrack dari filem The Judgment Night dikatakan soundtrack yang lebih bagus namun pada aku soundtrack The Crow adalah lebih menepati citarasa aku. Antara band yang menyumbang dalam album ini ialah The Cure – Burn (meremang bulu roma aku setiap kali dengar lagu ni apabila teringatkan Eric Draven berdiri di tingkap dengan gagak bertenggek di bahu), Stone Temple Pilot – Big Empty (lagu ni menang best soundtrack MTV award), Rage Against The Machine – Darkness, Pantera – The Badge dan beberapa band lain. Namun lagu yang paling aku minat ialah Dead Soul oleh Nine Inch Nails.
Terdapat 3 filem susulan dari The Crow dan sebuah siri televisyen.
The Crow: City of Angels (1996) yang mengisahkan Ashe Corven dengan anaknya yang dibunuh penjahat apabila kedua-dua mereka menyaksikan kumpulan penjenayah tu bunuh orang. Dia dibangkitkan oleh gagak untuk membalas dendam. Watak Ashe Corven dilakonkan oleh Vincent Perez (Passion of Christ).
The Crow: Salavation (2000). Ia mengisahkan Alex Corvis, seorang banduan yang menerima hukumanmati di atas tuduhan membunug kekasihnya. Dia dibangkitkan bagi menyiasat dan membalas dendam kematian kekasihnya. Secara jujurnya aku meluat tengok filem ni sebab merapu sangat. Eric Mabius (Ugly Betty) jadi The Crow dan pelakon wanita ialah Kirsten Dunst (Spiderman).
The Crow: Wicked Prayer (2005). Mengisahkan bekas banduan Jimmy Cuervo yang dibunuh bersama-sama kekasihnya oleh ketua kumpulan pengikut syaitan, Luc ‘Death’ Crash bagi tujuan pemujaan. Ni lagi best. Aku baru tahu kewujudan filem ni baru-baru ni. Dan seperti filem sebelumnya, ia bertaraf hampas. Edward Furlong (Terminator 2) jadi The Crow. Pelakon lain ialah David Boreanaz (Bones) dan Tara Reid (American Pie).
The Crow: Stairway to Heaven (1998). Siri TV yang berdasarkan kisah filem The Crow yang pertama. Mark Dacascos memegang watak Eric Draven.
Selain dari filem pertama The Crow lakonan Brandon Lee, yang lain-lain tak payah tengok. Buang masa! Khabar-khabar angin bertiup kencang menyatakan usaha untuk buat remake filem The Crow yang pertama. Tapi aku tak rasa itu sesuatu yang bagus kerana The Crow sudah mencapai Cult Status. Sukar untuk remake filem macam ni untuk jadi lagi bagus. Tak tahulah kalau ada actor yang sanggup mati macam Brandon Lee.
No comments:
Post a Comment