Lone Survivor: The Eyewitness Account of Operation Redwing and the Lost Heroes of SEAL Team 10
Buku non-fiction ni menceritakan pengalaman seorang anggota SEAL bernama Marcus Luttrell yang terlibat dalam operasi Redwing oleh pasukan SEAL Team 10 untuk menangkap atau membunuh seorang ketua Taliban bernama Ahmad Shah yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Al Qaeda.
Luttrell bersama tiga orang lagi angota SEAL telah menyusup ke dalam kawasan Kunar tetapi secara tidak sengaja mereka telah terserempak dengan sekumpulan pengembala. Mereka mengambil keputusan untuk melepaskan pengembala tersebut dan tidak lama kemudian lebih kurang 150 orang anggota Taliban telah mengepung dan menyerang mereka. Tiga orang rakan Luttrell terbunuh dengan Luttrell sendiri mengalami kecederaan yang amat serius.
Dalam masa yang sama sekumpulan anggota tentera terdiri dari 8 orang anggota SEAL dan 8 orang anggota 160th SOAR telah cuba untuk menyelamatkan mereka tetapi helikopter mereka telah ditembak jatuh membunuh kesemua penumpang dan juruterbang di dalam helikopter tersebut.
Marcus Luttrell pula telah diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berpegang kuat pada undang-undang tradisional yang dinamakan ‘Lokhay’ yang mewajibkan mereka melindungi orang yang memerlukan pertolongan walaupun orang itu adalah musuh mereka. Pihak Taliban sendiri telah memaksa agar penduduk tempatan agar menyerahkan Luttrell kepada mereka tetapi ditolak oleh penduduk tempatan tersebut. malah ketua kampong tersebut telah mengambil risiko dengan berjalan kaki menuju ke pangkalan tentera berhampiran bagi memaklumkan akan kehadiran Luttrell di kampungnya. Beberapa hari kemudian Luttrell berjaya diselamatkan.
Markus Luttrell, seorang HAB (Hardcore American Bastard) langsung tidak merasa terhutang budi apabila penduduk kampong menyelamatkannya sebaliknya dia lebih menumpukan pada tindakannya melepaskan pengembala kambing yang mereka tangkap yang membawa kepada serangan tentera Taliban. Malah dalam satu temuramah, Luttrell menyatakan bahawa itu adalah keputusan yang paling bodoh pernah dibuatnya malah dia merasakan tidak mengapa jika kumpulan pengembala tersebut dibunuh asalkan ia dapat menyelamatkan nyawanya! Sewaktu berada di dalam perlindungan orang-orang kampong dia menyatakan yang dia telah menipu yang dia kini memeluk Islam demi meyakinkan penduduk kampong agar tidak menyerahkannya kepada pihak Taliban.
Dari apa yang aku tahu buku ini akan diadaptasikan kepada filem dan pengambaran akan bermula di pertengahan tahun 2011 dan akan ditayangkan pada 2012. Expect the film to be the next Blackhawk Down, full of foolish American propaganda.
Standard la tu. Hollywood is a good spin-doctor. Kekalahan mereka dalam satu peperangan selalunya diberi ilusi kemenangan dalam filem.
ReplyDelete