Bila khabar angin akan pembikinan The Avenger tersebar, semua peminat komik berasa agak sangsi kerana Avenger adalah kumpulan adiwira yang ternama. Nak bikin X-Men pun lelah apatah lagi Avenger. Namun ia jadi kenyataan jugak. Khabar angin juga menyatakan yang filem Avenger akan berdasarkan kepada komik Avenger – Ultimate. Which makes it more interesting kerana Avenger: Ultimate is a hot sales. Komik yang terbaik sejak The Dark Knight Return (komik) karya Frank Miller in the 80s. Jadi semua orang tertunggu-tunggu keluarnya Avenger the movie.
Aku baru tengok filem ni kat wayang beberapa minggu yang lalu. Sebagai seorang comic fans dan movie buff, adakah aku berpuashati dengan Avenger the movie? Not so! Malah pada pendapat aku, ia agak mengecewakan. Mungkin sebab tahap filem The Dark Knight Return (not based on Frank Miller comic with the same title) arahan Christopher Nolan yang agak tinggi jadi aku expect The Avenger akan lebih serius dan berat (kalau pun tak seberat Dark Knight Returns). Tapi hampeh! Apa yang lebih mengecewakan aku adalah kerana skripnya yang aku jangkakan akan mengikut Avenger: Ultimate tidaklah tepat. Malah sebenarnya jalan cerita Avenger the movie adalah lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Avenger: Ultimate.
Aku menyangkakan skripnya (walaupun mungkin tidak seratus peratus) akan sama seperti Avenger: Ultimate tapi tidak. Ini berdasarkan pada skrip filem Captain America: The First Avenger yang mengikut jalan cerita awal Captain America dalam Avenger: Ultimate. But that is as far as it goes. Walaupun ada penglibatan mahluk asing Chitauri namun ada elemen yang lain yang menyebabkan Avenger the movie gagal pada citarasa aku.
Ada banyak perbezaan di antara Avenger the movie dengan Avenger: Ultimate. Paling ketara ialah ketiadaan dua watak penting dalam Avenger: Ultimate iaitu Hank dan Janet Pymm AKA Giantman dan Wasp. Walaupun ada karakter Black Widow dan Hawkeye dalam komik ni namun watak mereka tidaklah begitu besar. I guess it’s because Giantman and Wasp is not a cool character as Black Widow and Hawkeye on silver screen. Dalam filem Avenger, Loki (yang juga hanya muncul dalam komik pada volume ke 3) merampas Tesseract (which remind me of Transformer energon cube) bagi membuka portal untuk membenarkan tentera Chitauri menceroboh dan menakluki bumi. Tapi dalam volume pertama Avenger: Ultimate, Chitauri adalah musuh utama. Objektif utama Avenger di gabungkan adalah untuk menghadapi ancaman Chitauri. Bunyinya agak simple namun kekuatan Avenger: Ultimate adalah perkembangan setiap karakternya. Kalau dalam filem, Tony Stark AKA Ironman mengalami masalah jantung. Namun dalam Ultimate, Tony Stark mengalami barah otak dan hanya ada tempoh enam bulan ke lima tahun sahaja untuk hidup.
Captain America di filem dan komik hampir sama karakternya cuma Captain Amerika di komik masih lagi mengalami masalah untuk menerima kenyataan yang dia telah kehilangan 30 tahun dari hidupnya dan makwenya kini sudah berkahwin dengan sahabat baiknya.
Hank dan Janet Pymm AKA Giantman dan Wasp pula walaupun nampak sebagai pasangan suami isteri yang bahagia namun berlaku masalah domestic violence. Hank cemburu akan hubungan rapat isterinya dengan Steve Rogers AKA Captain America. Suatu hari dia telah memukul isterinya dengan teruk sehingga Janet mengalami cedera parah dan menyebabkan Hank dibuang dari Avenger. Hank juga sebenarnya mencemburui kepintaran Dr. Bruce Banner yang semakin hampir menguraikan formula super soldier yang menjadikan Steve Rogers kuat.
Dr. Bruce Banner AKA Hulk dalam filem ni tak macam Bruce Banner dalam filem. Dalam komik, dia dianggap sebagai loser….super loser. Malah kalau tak disebabkan dia mampu untuk menguraikan formula super serum kemungkinan Nick Fury tak mahu pun rekrut dia. Jadi dia depress sebab semua orang di sekeliling dia tak respect dia. To make things worst ialah bekas kekasih dia Betty Ross pun tidak mempercayai dia. Ini menyebabkan dia bertukar menjadi Hulk. And trust me, Hulk dalam komik is way more vicious and stupid. Ia memerlukan semua anggota Avenger untuk menewaskan dia. Thor pun tak mampu nak tewaskan dia secara berseorangan. There’s nothing funny or cool about Bruce Banner turning to Hulk. During the rampage, Hulk telah membunuh beratus-ratus orang yang tak berdosa. SHIELD terpaksa buat cover up cerita kononnya ada mahluk asing yang dah mengamuk yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
Thor pula tak macam di dalam filem yang serius dan sentiasa bertanggung jawab. Thor dalam Ultimate adalah seorang tree hugger atau aktivis pencinta alam sekitar. Malah bila Nick Fury offer dia masuk Avenger, Thor tolak sebab dia menganggap SHIELD hanya tahu nak rosakkan bumi dan berperang. Even though eventually dia datang jugak tolong tapi sebab atas alasan tanggung jawab. Dia anggap semua hero dalam Avenger lembik dan tak boleh nak kalahkan Hulk apatah lagi nak tewaskan Chitauri jadi sebab dia cintakan bumi jadi dia datang juga membantu. Dan kemudiannya pihak kerajaan juga mengesyaki Thor bukannya Norse God seperti yang didakwanya sebaliknya seorang psiko yang mengalami masalah mental dan memiliki super power. Ini menjadikan dia satu ancaman seperti juga Chitauri.
Nick Fury mungkin satu-satunya karakter yang menyamai watak di dalam filem. As a matter a fact, karakter Nick Fury di dalam komik memang dilukis based pada Samuel L. Jackson. Terdapat juga beberapa watak lain di dalam komik yang tidak ada dalam filem (or probably akan diwujudkan di dalam sekuel Avenger the movie…aku pun tak tahu) iaitu Quicksilver dan Scarlett Witch (dia orang ni anak Magneto).
Apabila aku dapat tahu yang pengarah Avenger ialah John Favareu (Ironman), aku dah jammed sebab mamat ni suka mengarah filem dengan sense of humor which Avenger Ultimate is not. Tapi bila dia mengundur diri dari projek ni, aku lega sikit. Tapi jammed balik bila dapat tahu tempatnya diganti Joss Whedon. Dia ni bertanggungjawab menerbitkan tv series Buffy the vampire slayer, Angel dan Firefly. Not a bad tv series but not that heavy kind of stuff either. Dan seperti yang aku jangkakan, Avenger the movie is quite light. Lebih light compare dengan Avenger: Ultimate. Suatu masa dahulu Hollywood taknak adaptasi filem dari komik sebab merasakan filem based pada superhero terlalu kartun dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. Tapi pada awal 90an, American comic industry sudah berani mengikut jejak Japan Manga dengan melibatkan isu-isu yang lebih serius malah sensitif.
Darkhorse Comics mempelopori genre semacam ini dengan komik Preacher, Constantine, Sandman dan pelbagai lagi sebelum ia menjangkit watak-watak yang lebih komersil macam Batman, Superman, Spiderman dan pelbagai lagi. Isu-isu berkaitan seksualiti, political, religious seringkali diselitkan dalam sesuatu series dan dapat diterima baik oleh pembaca. Malah pembaca komik sekarang kalau jalan cerita sesuatu watak itu terlalu merapu dan keanak-anakan maka tak lakulah jadinya. Namun industry filem pula terbalik. Apabila mereka mengadaptasi sesuatu watak komik ke layar perak, mereka cuba untuk tidak menjadikannya terlalu berat dan seboleh-bolehnya dikategorikan sebagai ‘R’ rated movie yang kanak-kanak pun boleh tengok. Malah Christopher Nolan mengalami masalah untuk mendapatkan kelulusan studio sewaktu nak terbitkan filem Batman Return kerana pihak studio merasakan skripnya terlalu dewasa dan Batman dah tak macam karakter komik. Nasib baik Christopher Nolan berkeras untuk mempertahankan skrip tersebut maka lahirlah Batman yang berbeza dengan Batman versi Burton mahupun Joel Schumacher.
Inilah yang berlaku pada Avenger the movie. Studio mahukan filem ini boleh ditonton oleh semua kelas umur termasuklah kanak-kanak. Clearly it’s profit making strategies. I guest nowadays trend dah terbalik. Pembaca komik lebih sesuai untuk golongan dewasa dan penonton filem adalah lebih umum. It’s sucks….big time! Man, I miss The Crow!
PS: Aku tak sabar nak tunggu dua filem je tahun ni. Dark Knight Rises dan Bourne Legacy. Please don’t sucks. Please…please don’t sucks!
Yaah, aku juga meletakkan harapan yang tinggi pada The Dark Knight Rises dan The Bourne Legacy.
ReplyDeleteAvenger ni dah jadi macam kes The Last Airbender lah. Adakah patut M. Night Syamalan yang menjadi pengarah. Hancus!
Last airbender tu dah teruk sangat. Sampai ke tahap aku tak tengok pun. Aku bengang sebab watak Ang dimainkan budak kaukasia. Bodoh ke atau Night Shaymalan ni jenis pengkhianat tak tau hormat orang Asia ke, aku pun tak tau. Dia sendiri pun India. Patut dia fahamlah. Anyway, he deserve it. Let it be a lesson for him!
ReplyDelete