Saturday, 14 July 2012

Lawatan udang di sebalik mi


Pada bulan Mei yang lalu, dua orang senator dari parti Republikan iaitu John McCain dan Joseph Liebermen telah melawat Malaysia. Adalah agak mengejutkan pada aku kerana kedua-dua senator ini memiliki nama yang besar di US. Jadi apa yang mereka buat datang ke Malaysia sedangkan kita tahu sebelum ini ahli dewan senat US selalu belasah Malaysia dalam pelbagai isu (especially isu berkaitan jiran tetangga kita kat selatan tu). Dan adalah lebih mengejutkan pada aku kerana kedua-dua senator ini adalah senator yang menjadi penyokong kuat pada kempen perang keganasan global (War against global terrorism) yang telah mencacatkan imej Islam di mata dunia. Kedua-dua mereka juga telah memberikan sokongan yang kuat kempen pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq. Malah telah membantah rancangan Obama untuk mengundurkan tentera dari Iraq dan rancangan pengunduran tentera US dari Afghanistan.

Mereka juga lantang menggesa kerajaan US agar membantu dan menyokong Israel melancarkan serangan ke atas Iran dengan alasan bimbang sekiranya Iran akan menyalurkan pengetahuan serta bom nuklear kepada mana-mana orgnisasi pengganas. Dan yang paling penting, kedua-dua senator ini adalah penyokong kuat akan kedaulatan negara haram Israel dan membantah sekeras-kerasnya akan penubuhan negara Palestin. McCain sendiri menyatakan bahawa Hamas adalah sama tarafnya dengan mana-mana pertubuhan ekstrimis Islam jadi tidak layak US untuk meneruskan perbincangan Road Map dengan kerajaan Hamas.

Aku minta maaf, tapi bukankah negara kita, kerajaan kita dan rakyat Malaysia majoritinya menentang dan membantah sikap angkuh Israel serta tindakan pencerobohan US ke atas Afghanistan dan Iraq? So how in god name we allowed this two monkey head set their foot on our soil? Adakah Malaysia hanyalah negara tin kosong? Lantang bersuara tapi tak bererti apa-apa? Setakat buat syarat je memandangkan negara kita majoritinya penganut Islam sunnah wal jamaah? Kalau tak bersuara, nanti dianggap sekular pulak! So what is going on?

Kemudian aku teringat betapa sejak Najib dilantik menjadi perdana menteri, Malaysia galak untuk cuba merapatkan hubungan dengan US. Malah lebih galak dari zaman Mahathir. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan kalau Mahathir masih perdana menteri, dua ekor monyet ni pasti takkan menjejakkan kaki mereka ke sini. Namun hasil usaha Malaysia itu nampak kabur. Tidak dapat dinyatakan secara jelas akan penerimaan Rumah Putih akan usaha Malaysia itu. Berdasarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih melalui setiausahanya, Hillary Clinton, menunjukkan kerajaan US di bawah pentadbiran Barack Obama nyata tidak begitu senang dengan corak pentadbiran Najib yang berbentuk authoritarian. It’s not like it was something new cuma corak pemerintahan Najib dilihat adalah lebih keras jika hendak dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya iaitu Abdulah Ahmad Badawi. Pentadbiran Obama seperti juga pentadbiran Bill Clinton memang tidak menggemari corak pentadbiran Mahathir dan tidak mahu Malaysia kembali kepada corak pemerintahan yang digelar Mahatirism. I mean, who can forget the ‘Al Gore Incident’ pada 1998 yang benar-benar memalukan Mahathir. Sejak dari itu Malaysia dilihat bagai tidak sebulu dengan parti Demokrat US. Maka tuduhan modern western colonialism mula dihamburkan kepada US (walaupun parti Republikan adalah lebih signifikan dengan tuduhan tersebut).

Dan hubungan di antara Malaysia kembali pulih sebaik Republikan kembali mengambil alih tampuk pentadbiran Rumah Putih dengan George W Bush sebagai presidennya. Kemuncak hubungan baik di antara Malaysia dengan US adalah apabila Mahathir melawat Rumah Putih pada tahun 2002 selain kecaman Mahathir ke atas serangan 9/11. Jadi adakah pentadbiran Najib gagal mendapatkan sokongan pentadbiran Obama lalu mendapatkan jalan alternatif dengan mendapatkan sokongan sahabat lama iaitu parti Republikan? Mahu tidak mahu kita terpaksa akui, sokongan dari US amat penting kalau nak survive dalam arus global kini. Tanpa sokongan US (samada kuat atau moderate) akan menyukarkan Malaysia untuk maju. Apatah lagi negara-negara Asia Tenggara kini sedang menghadapi satu lagi isu besar iaitu isu Laut Cina Selatan dan kebangkitan kuasa China.

Kebanyakan negara-negara jiran sudah pun secara terbuka menyatakan persetujuan akan kerjasama (atau bersekutu?) mereka dengan US. Filipina, Thailand, Singapore malah Vietnam dan Myanmar. Namun tidak Malaysia. Malaysia masih cuba untuk membawa haluan non align stand. Tapi seperti yang aku katakan tadi, amat sukar! Sekurang-kurangnya Malaysia harus mendapatkan hitam-putih dari US akan sokongan mereka kepada Malaysia sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga. Setidak-tidaknya dari sudut politikal. Tapi dengan Hillary Clinton begitu keras mengkritik dasar hak asasi manusia serta perkembangan politikal Malaysia serta menuntut Malaysia mengamalkan dasar demokrasi sebenar, jelas sekali Malaysia berada di dalam dilema. Menukar Malaysia dari sebuah negara authoritarian kepada sebuah negara berdemokrasi penuh akan memungkinkan Barisan Nasional tumbang dalam pilihanraya. Jadi UMNO enggan mengambil risiko untuk akur dengan tuntutan dari Hillary Clinton yang membawa suara Obama dan Rumah Putih.

Jadi secara jujurnya aku melihat lawatan McCain dan Lieberman ini sebenarnya adalah ‘plan B’ bagi mendapatkan sokongan US setelah usaha meraih sokongan secara terus dari Rumah Putih tampak kurang meyakinkan. Namun aku enggan sentuh perkara berkaitan politik Malaysia. Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah agenda dua senator ini. McCain memuji dasar transformasi Najib tatkala Hillary menyatakan yang ianya tidak mencukupi. McCain memuji Malaysia sebagai model sebuah Negara Islam moderate yang harus dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain. What the hell is that? Tidak ada Islam moderate. Tidak ada Islam liberal. Tidak ada Islam konservatif. Tidak ada Islam ekstremis. Islam itu Islam! Yang menjadikan imej Islam itu rosak adalah kerana penganutnya, bukan Islam itu sendiri! Sayangnya kita seolah-olah memerlukan pengktirafan dari seorang penyokong kuat Israel untuk mengesahkan yang kita sebagai seorang Muslim, telah mengamalkan Islam yang betul, berdasarkan interpetasi mereka!

Adakah kita perlu pengiktirafan sebagai sebuah negara Islam dari orang seperti McCain atau Lieberman? Atau Barack Obama sekali pun. Tak perlu! Kita tak perlu buktikan pada sesiapa. But then again, here we are, being a dumbass of the west! Menurut kata jabatan perdana menteri, lawatan Lieberman dan McCain akan menambahkan keyakinan pelabur-pelabur US untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia. US adalah sebuah negara yang licik. Mereka banyak belajar dari sejarah. Salah satu perkara yang paling mereka takuti ialah US tumbang seperti empayar-empayar agung sebelum ini. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perkara itu tidak berlaku. Setiap ancaman (atau perkara yang berpotensi menjadi ancaman) akan ditangani mereka. Malaysia adalah negara yang dianggap tidak sebulu dengan US. Malaysia sejak dari dulu dianggap sebagai sebuah negara yang anti barat dan anti yahudi (which not sit well with American public). Namun Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman kerana Malaysia dilihat tidak berkemampuan dari sudut ekonomi, akademik dan pengetahuan mahu pun ketenteraan. Trust me, kalau kita macam Iran, di kala ini Malaysia dah disenaraikan sebagai salah sebuah dari negara Axis of evil! Namun kebangkitan ekonomi Asia Tenggara yang masih stabil walapun ekonomi dunia secara umumnya menghadapi masalah amat membimbangkan US. Dan di kala ini Malaysia adalah satu-satunya negara yang masih menyatakan rasa kurang senang (dalam nada lembut) dengan usaha US untuk menyelitkan diri dalam isu Laut Cina Selatan. Negara-negara lain hatta Indonesia sekali pun sudah mula menyatakan sokongan akan kehadiran US di Asia Tenggara, samada secara langsung mahu pun tidak langsung.

US selain mempunyai sejarah sering menceroboh dan mencabuli kedaulatan sesebuah negara menggunakan kekuatan ketenteraan, juga memiliki sejarah untuk menguasai sesebuah negara melalui kuasa politik (dengan menyokong pemimpin-pemimpin boneka sesebuah negara) dan juga ekonomi. Aku melihat McCain dan Lieberman serta Republikan sebenarnya sedang menangguk di air yang keruh. Mereka tahu kerajaan Malaysia kini butuhkan sokongan US. Dan Republikan kini walaupun tidak menduduki Rumah Putih namun menguasai majoriti dewan senat. Jadi mereka kini sedang main tarik tali. You scratch my back and I scratch yours! Mereka menyatakan sokongan tapi mereka pasti menuntut sesuatu sebagai pulangan. The question is what is the favour that they asked in return of their support?

Selain dari itu, US juga pernah beberapa kali menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan bantuan dan sokongan ekonomi ke sesebuah negara dengan satu tujuan utama, menguasai ekonomi negara tersebut dan bila tiba masanya, mereka mampu untuk memulas tanduk si pemimpin negara tersebut agar akur dengan tuntutan mereka. Antara negara yang pernah menjadi mangsa ialah Cuba (sebelum zaman Castro) dan Panama (Noriega dulu adalah member baik US sehinggalah bila dia taknak tunduk dengan tuntutan US. US hantar tentera dan ceroboh Panama dan tangkap Noriega. Sampai sekarang Panama menjadi negara miskin dan tak mampu bangkit). Atau mungkin US akan meminta Malaysia agar mengadakan kerjasama yang lebih rapat di antara badan risikan Malaysia (PDRM atau ATM) dengan badan perisikan US. Perlu difahami dengan lebih teliti maksud kerjasama yang lebih rapat bererti; kerajaan Malaysia memberikan kebenaran dan kebebasan pada badan risikan US untuk beroperasi di Malaysia biar pun ia tidak melibatkan ancaman ke atas Malaysia. Hubungan seperti ini boleh dilihat di antara US dengan Pakistan. Akhirnya US sewenang-wenangnya bertindak dengan membelakangkan Pakistan biar pun operasi tersebut berada di dalam wilayah Pakistan sendiri.

Di kala ini Malaysia secara teknikalnya tidak membenarkan mana-mana badan risikan asing beroperasi di sini. Kalau ada, bererti mereka beroperasi secara haram, covert dan clandestine. Kerajaan Malaysia boleh memberkas, menangkap dan menghukum perisik-perisik ini. But then again, Malaysia tidak mahu menimbulkan masalah dengan negara-negara yang lebih berpengaruh ini. Asalkan jangan sampai melampaui batas dan mengancam keselamatan negara, maka kerajaan akan tutup mata biar pun pihak kerajaan tahu akan kewujudan perisik-perisik ini. Setahu aku, kes berprofil tinggi berkaitan badan risikan asing di Malaysia ialah kes Siddiq Ghouse, bekas setiusaha politik Mahathir yang menjadi ejek KGB yang membawa kepada pengusiran tiga diplomat Soviet Union pada tahun 1982.

Kedatangan dua senator ini dilihat sebagai satu perkara yang positif yang menunjukkan betapa US yakin akan keadaan di Malaysia dari sudut ekonomi dan politik. Namun pada pandangan aku yang tak seberapa bijak ini, jangan begitu mudah kita menerima puji-pujian dan pengiktirafan dari negara Uncle Sam ini. Setiap tindak-tanduk US sepanjang sejarah penubuhannya sentiasa ada agenda tersembunyi atau bak kata pepatah yang aku dah adjust; ada udang disebalik mi. Seperti yang aku katakan tadi, di kala kebanyakan negara-negara Asia Tenggara telah mula menunjukkan kecenderungan ke arah US, Malaysia dilihat masih lagi macam lone ranger, dok main tembak sorang-sorang. Pentadbiran Obama memang diketahui gemar mengekalkan imej sebagai sebuah pentadbiran yang bebas dan bermoral jadi mereka keras menekan kerajaan Malaysia yang sedia ada agar berlaku adil dalam pentadbiran. Jadi kerajaan Malaysia beralih pada pihak yang sanggup berkerjasama iaitu parti Republikan. Jadi tidak mustahil jika Parti Republikan (yang yakin akan dapat merampas kedudukan presiden dalam presidential election pada kali ini) akan menggunakan kesempatan ini untuk cuba menanam jarum beracun.

Apa yang aku bimbangkan ialah tujuan sebenar mereka-mereka ini yang menjadi pendokong kuat dasar konservatif dan falsafah NWO (the new world order) ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipanggil ‘Client State’. Istilah ini merujuk kepada sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tetapi pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan pelbagai lagi sektornya dipengaruhi oleh negara yang lebih kuat. Namun ia juga merujuk kepada sebuah negara dengan pemerintahan authoritarian yang mempunyai hubungan yang rapat dengan negara kuasa besar dan menjadi proksi kepada negara tersebut dan US mempunyai rekod yang panjang dalam sejarah dengan skim jahat ini. Di antara negara di Asia Tenggara yang pernah menjadi Client State kepada US ialah Cambodia dan Filipina. Kedua-dua Negara ini, pentadbiran serta ekonominya begitu kuat dipengaruhi US sehingga mereka terpaksa akur dengan segala tekanan US. Malah Arab Saudi juga tergolong dalam negara ‘Client State’ kepada US sehingga kini (Thank to the Saud family).

Jadi fikirkan, adakah lawatan dua ekor monyet ini adalah sesuatu yang membawa manfaat atau satu permulaan kepada sesuatu yang lebih menakutkan? Adakah suatu hari nanti Malaysia akan tergolong di dalam senarai negara Client State US. Adalah hina kita sekiranya ia berlaku, menjadi anjing kepada Amerika! Singapura, Indonesia dan Thailand pasti akan tertawa sambil meludah ke muka kita dan kita takkan mampu untuk berbuat apa-apa! Dan jangan pula menganggap perkara ini adalah mustahil. Kerana sejarah menunjukkan, seorang pemimpin atau sebuah kerajaan yang terdesak untuk mengekalkan kuasa akan sanggup melakukan apa sahaja hatta menjual negaranya sendiri! Jadi nilaikan sendiri samada di kala ini kita patut bersorak kegembiraan atau mula berasa bimbang!

3 comments:

  1. Salam. Dah client state dah pun, cuma bukan atas kertas. APCO Worldwide pun dan jadi penasihat.

    Berkenaan dengan perisik tu, ada kawan bapa saudara aku pernah kena tangkap oleh CIA kerana terlibat penyeludupan senjata api haram di rantau Asia Tenggara ni (macam filem Lord Of War). Dia kata dia diculik dan dibawa ke pejabat CIA dekat bangunan KLCC. Pegawainya tu pun orang Melayu juga, katanyalah, tapi dia dibebaskan kerana tak cukup bukti (jugak macam kes Lord of War).

    ReplyDelete
  2. Bila kita cerita analisa yang macam ni, orang anggap ia sebagai conspiracy theory. Merepek dan meraban. Tuduh kita paranoid. Malah ada yang lebih keterlaluan dengan melabelkan gelaran pengkhianat. If only people knew what's really happen......

    Salam 1Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Singapura dan Thailand sememangnya sudah menjadi Client State...tapi dalam versi yang berbeza kerana mereka bukan negara Islam....

    ReplyDelete