KD Tunku Abdul Rahman
Sebelum
kita pergi lebih jauh, aku pasti ramai yang tak tahu apa itu SSK dan SSN. SSK
adalah terma yang dirujuk US Navy sebagai kapal selam konvensional atau kapal
selam diesel-elektrik. SSI atau SSP pula adalah kapal selam diesel-elektrik
yang dilengkapkan dengan teknologi AIP (Air Indenpendent Propulsion). Panjang
SSK adalah di antara 60 ke 90 meter. SSN pula merujuk kepada kapal selam
berkuasa nuklear dengan tugasan utamanya sebagai kapal selam fast attack atau
hunter-killer yang memburu dan memusnahkan sasaran di permukaan atau di bawah
air. Panjangnya di antara 100 ke 120 meter. SSBN pula merujuk kepada kapal
selam yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik atau ICBM
(Intercontinetal ballistic missile). SSBN adalah kapal selam yang paling besar
dibina dengan ukuran antara 140-180 meter panjang (dua kali atau lebih saiz
Scorpene). Ini tidaklah mengejutkan memandangkan saiz ICBM itu sendiri amat
besar dan setiap SSBN mampu membawa 8-12 buah ICBM. SSGN pula merujuk kepada
kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu cruise atau SLCM (Submarine
Launch Cruise Missile). Namun selalunya SSN dan SSBN memiliki kemampuan
melancarkan peluru berpandu SLCM. Dan ada juga kapal selam SSK yang memiliki
kemampuan SLCM. Contohnya kapal selam kelas Collin milik Australia.
USS Virginia
Collin class milik Australia
Persoalan
yang aku rasa sering bermain di minda rakyat Malaysia adalah hebat manakah
Scorpene yang begitu di gembar-gemburkan? Cerita yang sering didengar ialah
Scorpene adalah kapal selam terbaik yang dimiliki oleh negara-negara di Asia
Tenggara. Betulkah? Mengikut carta sepuluh SSK terbaik (ini bukan carta rasmi.
Pendapat tidak rasmi dari individu dan juga firma yang berkemahiran,
berpengetahuan dan berpengalaman terlibat dalam industri kapal selam), kapal
selam kelas Gotland buatan Sweden berada di tangga ke-8 dan Singapura memiliki
dua buah kapal selam kelas Vastergotland buatan Sweden (biarpun Gotland Class
dan Vastergotland Class adalah dua jenis kapal selam yang berbeza namun
bolehlah kita anggap semua teknologi terkini SSK Sweden telah dilengkapkan pada
Vastergotland). Scorpene pula berada di tangga ke-4. Kapal selam type 214 dan
212 buatan Jerman berada di tangga ke 3 dan ke 2 sementara kapal selam SSK
terkini buatan Russia, kelas Lada adalah di tangga pertama. Kapal selam kelas
Kilo buatan Russia yang bakal dimiliki oleh Vietnam berada di tangga ke 5.
Perlu diingat kapal selam kelas Kilo yang dibeli Vietnam telah dimajukan dan
dipertingkatkan kemampuannya berbanding versi era perang dingin. Scorpene dan
Lada class adalah dua buah kapal selam yang bukan merupakan kesinambungan kapal
selam dari perang dunia kedua dan juga perang dingin di mana kapal-kapal selam
yang dihasilkan dalam era tersebut dinaiktaraf bagi disesuaikan dengan keadaan
dan keperluan situasi kapal selam masa kini. Kedua-dua kapal selam ini dianggap
sebagai kapal selam diesel-elektrik generasi ke-4 yang direkabentuk setelah
berakhirnya era perang dingin bagi disesuaikan dengan situasi masa kini.
Type 212 milik German
Kilo class
Lada class
Namun
bagaimana pun ini tidak bererti kapal selam Singapura boleh dianggap enteng. VasterGotland
class atau lebih dikenali sebagai Archer Class pada Navy Singapura, walaupun
dianggap sebagai kapal selam secondhand namun ia telah dinaik taraf dan
dilengkapi teknologi AIP yang membolehkan ia menyelam lebih lama sehingga 70 ke
75 hari berbanding Scorpene yang hanya mampu menyelam selama 45 hari kerana
ketiadaan teknologi AIP. AIP ialah teknologi dimana ia membolehkan kapal selam
itu mengitar semula tenaga elektrik tanpa memerlukan atmosfera oksigen. AIP juga
dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi ia dapat memanjangkan tempoh
waktu sesebuah SSK itu untuk menyelam sebelum perlu timbul di permukaan bagi
mengecas tenaga elektrik. Jadi walaupun Vastergotland berada di bawah Scorpene
namun kalau sekiranya berlaku insiden hunting-killing antara Kelas Perdana
Menteri dengan Archer Class, Scorpene hanya mampu memburu dalam tempoh kurang
dari 45 hari sebelum terpaksa menyelam di kedalaman ‘snorkel’. Which is bad
news kerana ia dianggap waktu di mana Scorpene berada dalam keadaan ‘lemah’ dan
Archer Class boleh mengambil kesempatan untuk memburu dan memusnahkan Scorpene.
RSS Archer
Sudah
tentu ramai tertanya-tanya kenapa TLDM tidak melengkapkan Kelas Perdana Menteri
dengan AIP? Terdapat beberapa teknologi AIP yang digunakan pada SSK. Sweden
menggunakan teknologi enjin Stirling yang turut dimuatkan pada Archer Class
milik Singapura. Bagi kapal selam type 212 dan 214 milik Jerman dan Kilo Class
dan Lada Class buatan Russia, mereka menggunakan teknologi Fuel Cell. Perancis
menggunakan teknologi MESMA (Module d’Energie Sous-Marine Autonome) yang boleh
dimuatkan pada Scorpene. Jadi kenapa TLDM tidak memasang MESMA? Alasannya
adalah kerana mahu menunggu teknologi AIP menjadi lebih advance. Betulkah? Aku
kurang pasti cuma yang aku tahu antara ketiga-tiga teknologi ini, MESMA adalah
paling efisien dan efektif jika dibandingkan dengan Fuel Cell dan enjin
Stirling. Tapi dari maklumat yang aku dapat menyatakan sebab utama kenapa
kenapa TLDM tidak memasang MESMA adalah kerana kosnya yang terlalu mahal
sehingga mencecah puluhan juta dollar! Kos penyelenggaraannya juga mahal selain
teknologinya yang terlalu kompleks dan agak sukar untuk diaplikasi oleh krew
yang masih hijau pengalamannya dalam bidang kapal selam. Ini berbeza dengan
teknologi enjin Sterling dan Fuel Cell yang lebih murah. Namun DCNS menyatakan
bahawa mereka masih menjalankan usaha untuk memperbaiki kemampuan dan kos oleh
MESMA. Mungkin itu sebabnya TLDM menyatakan akan memasang AIP suatu hari nanti
apabila teknologi mengizinkan. Namun aku sendiri tidak pasti bila kerana bagi
memasang MESMA memerlukan pengubahan dan penambahan hull atau badan Scorpene
sehingga 10 meter. Sudah pasti Scorpene akan berada di limbungan dalam masa
yang lama bagi proses penambahan MESMA dan menjejaskan operasi TLDM. Namun
mungkin benar TLDM mahu menunggu sehingga teknologi AIP menjadi lebih baik. Teknologi
AIP berkembang dengan pantas dan pakar menyatakan teknologi seperti fuel cell
akan mampu dimajukan 2-3 kali ganda dalam tempoh beberapa tahun menambahkan
kelajuan dan ketahanan SSK di bawah laut. Dan Russia sudah membangunkan sistem
AIP KRISTAL-27E yang lebih canggih berbanding teknologi AIP fuel cell yang
digunakan Jerman. Mungkin TLDM akan menggunakan teknologi Fuel cell instead of
MESMA. Who knows!
Sebenarnya
apabila kapal selam KD TAR menjadi kapal selam pertama yang tiba ke Malaysia,
perkara yang bermain di minda aku ialah adakah mampu kapal selam
diesel-elektrik menghadapi kapal selam nuklear? Aku tak berapa peduli akan ancaman dari kapal
selam Singapura kerana telah berlaku beberapa insiden di antara Navy Singapura
dengan Malaysia namun dirahsiakan. Thus far TLDM memang berkemampuan untuk
memintas Navy Singapura. Namun aku terfikir macamana kalau kapal selam US yang
memasuki perairan kita? Atau lebih teruk lagi, mengancam tentera laut kita.
Kita semua ada kesangsian kalau sekiranya kita berlengan dengan Singapura pasti
Uncle Sam akan masuk campur. Aku tak yakin pada ketika itu. Dan keyakinan aku
semakin menurun sebaik terlihat diagram perbandingan ukuran Scorpene dengan
kapal selam kelas Ohio yang 100 meter lebih panjang daripada Scorpene. Dan aku
mula check akan kemampuan SSN. SSN dibina untuk operasi di lautan terbuka. Memang benar, SSN mampu menyelam di dalam air
tanpa had. Hanya bergantung pada bekalan makanan. Kalau bekalan makanan mereka
mampu bertahan selama enam bulan, maka enam bulanlah kapal selam itu berada di
bawah permukaan (dan ini sering berlaku pada SSN milik AS dalam era perang
dingin apabila mereka sering berlayar di laut Barent untuk mengintip Russia). Jarak
pelayaran mereka juga tidak ada had. SSN tidak kehabisan bahan selagi reaktor
nuklearnya berfungsi maka ia boleh terus berlayar tanpa henti. Dan hati aku
yang spengong ini mula merasakan ia adalah satu pembaziran membeli kapal selam
yang terhad kemampuannya. Seolah-olah ia dibeli sekadar mahu menghadapi ancaman
kapal selam Singapura.
Namun
apabila lebih banyak research yang aku lakukan ternyata tanggapan aku meleset!
Yang memang benar Scorpene sekadar sebuah kapal selam konvensional yang terhad
kemampuannya. Namun ia tidak terkalah rupanya. Dalam kemampuan yang terhad, SSK
ada kelebihannya tersendiri. SSK yang bersaiz kecil menyukarkan untuk dikesan
kapal permukaan. Sesuai untuk operasi di persisiran pantai atau perairan yang
lebih cetek di mana sonar pasif terganggu dek dasar perairan cetek, pembentukan
batu atau bangkai kapal selain ia senyap dan mudah dikemudi di perairan yang
sempit. Bersesuaian dengan tugasnya dalam menjalankan pengintipan jarak dekat,
pemantauan dan tinjauan, special ops, sekatan perairan dan meletakkan periuk
api. Selain dari itu acoustic signature atau bunyi bising yang dihasilkan SSK
juga sukar dikesan lebih-lebih lagi di kawasan persisir. SSK boleh mematikan
enjin diesel utama semasa menyelam, mengurang bunyi bising, membolehkan ia
bersembunyi di dasar laut sambil memantau apa saja yang melintas di persekitarannya.
Dan ia lebih senyap daripada SSN apabila berfungsi dengan tenaga bateri
sedangkan SSN harus sentiasa menghidupkan pam reaktor. Kalau sekiranya sebuah
SSK menyedari akan kehadiran SSN, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sembunyi,
serang, kembali sembunyi dan guna persekitaran semulajadi untuk menyembunyikan
diri dan secara senyap beralih ke lokasi lain kerana amat sukar bagi sebuah SSN
mengesan SSK. Memetik
komen Laksmana Muda John Waickwicz; ketua bahagian peperangan anti kapal selam
dan periuk api AS; memburu kapal selam diesel elektrik yang senyap di perairan
cetek atau laut persisiran adalah seperti mengenalpasti bunyi sesuatu enjin
kereta dalam kebisingan kotaraya.
SSK
seperti Type 209 dan 214 serta scorpene dilengkapi efficient encapsulated
diesel engine bagi menyukarkan lagi pengesanan pasif sonar. Dalam bahasa
senangnya, enjin tersebut di lindungi (atau di tutupi?) lagi dengan bahan
material lain bagi merendahkan lagi bunyi bising yang dihasilkan. Scorpene juga
direkabentuk bagi memaksimakan kemampuan halimunannya dengan merendahkan
penghasilan kesan akustik, magnetic, electromagnetic dan infrared yang
memudahkan ia dikesan radar atau sonar. Ada yang mengatakan kapal selam masih
boleh diburu oleh kapal permukaan yang dilengkapi teknologi peperangan anti
kapal selam atau ASW. ASW (Anti submarine warfare) walaupun teknologi semakin
maju namun masih sukar mengesan kapal selam nuklear di lautan terbuka apatah
lagi kapal selam diesel-elektrik di lautan persisiran. Cara terbaik untuk
mengesan dan memusnahkan kapal selam adalah dengan teknik Air-ASW yang
menggunakan pesawat helikopter (dipping sonar dan melancarkan torpedo dari
platform helicopter). Itu pun lokasi di mana kapal selam itu disyaki berada
harus dikenal pasti. Dan laut ni luas terbentang! Namun US Navy sendiri
menyatakan cara terbaik memburu kapal selam adalah dengan menggunakan kapal
selam. AS
sendiri mula merasakan tindakan mereka menamatkan khidmat SSK dalam inventori
mereka serta mengambil keputusan untuk tidak lagi menghasilkan SSK untuk
kegunaan tentera laut mereka merupakan satu kesilapan. Apabila China mula
membangunkan kekuatan ketenteraannya maka AS segera bertindak menghantar SSN
mereka untuk melakukan intipan. Ini kerana SSN AS amat cemerlang khidmatnya
dalam era perang dingin dengan Russia. mereka berpendapat kalau kapal selam nuklear
milik Russia boleh mereka hadapai dan tangani, apalah sangat kapal selam
diesel-elektrik yang sebahagian besar darinya sudah tua dan uzur. Alangkah
silapnya mereka! Sehingga kini tidak ada kapal selam kuasa nuklear milik AS
yang boleh dikatakan berjaya dalam operasi pengintipan mereka.
AS
begitu berbangga dengan track record mereka dalam era perang dingin apabila SSN
mereka mampu ‘parking’ beberapa batu nautika dari pangkalan Russia selama
berbulan-bulan tanpa langsung di sedari pihak musuh. Mereka bangga apabila
berjaya mengekori kapal selam Russia selama berminggu-minggu sebelum disedari
pihak Russia. Namun mereka tidak mampu berada lebih dari seminggu di dalam
perairan China tanpa dikesan kapal selam PLA. Malah telah beberapa kali berlaku
insiden SSN milik AS dihalau dari perairan China apabila cuba mengintip
eksesais tentera laut China. Menurut laporan, SSN mereka diekori dua buah SSK
milik China sementara sebuah lagi mengekor dari jauh, memastikan tidak ada SSN
kedua milik AS berada berdekatan dengan mereka. Senario piranha dan jerung.
Jerung memang besar dan kuat tapi seekor jerung tak mampu nak buat apa-apa
dengan puluhan piranha! Untuk pengetahuan, jumlah kapal selam yang dimiliki PLA
adalah 10 Song class, 12 Kilo class, 1 Yuan class, 32 Romeo class. Hanya 36 buah
sahaja yang berfungsi dengan kemampuan maksima sementara selebihnya samada
sudah terlalu tua untuk digunakan atau terlalu bising. Namun ia mampu untuk
mengawal perairan bawah air China. Dan perlu diingat, China juga memiliki kapal
selam nuklear dari kelas Shang(4), Jin(1) dan Xia(1). Senario ini amat
membimbangkan AS. AS melihat situasi di Asia Pasifik adalah semakin kritikal.
Suatu masa dahulu hanya negara-negara tertentu sahaja yang memiliki kapal selam
seperti China dan Australia sementara kapal selam milik Indonesia dan Singapura
boleh dikatakan amat uzur. Namun kini Malaysia dan Singapura telah memiliki SSK
dengan kemampuan kelas pertama. Vietnam bakal mendapat enam buah kapal selam
Kilo class dan Indonesia pula telah berkerjasama dengan Korea Selatan untuk membina
kapal selam Chang-Bogo class. Thailand dan Filipina juga dikatakan sedang
menyusun bajet pertahanan bagi mendapat kapal selam untuk inventori tentera
laut mereka. Penganalisa dari US Naval Academy, Maryland menyatakan, dalam
tempoh 50 tahun akan datang, perairan Asia Pasifik akan dipenuhi dengan kapal
selam dan kemungkinan berlakunya insiden
antara kapal selam amat tinggi memandangkan perairan Asia Pasifik memang
sudah sedia sibuk dan terdapat banyak konflik perebutan wilayah di antara
negara berjiran. Tentera Laut AS juga memindahkan 6 buah kapal selam dari
armada Atlantik ke armada Pasifik kerana terdapat 140 buah SSK dari pelbagai
negara yang tidak terhad dari Asia Pasifik (termasuk Iran, India dan Russia)
yang boleh sampai ke kawasan kritikal di Asia Pasifik dalam tempoh yang singkat.
Song class
Yuan class
Menyedari
hal ini, pada pertengahan dekad 2000, AS telah memulakan satu eksesais intensif
menghadapi ancaman SSK yang dinamakan DESI (Diesel Electric Submarine
Initiative) bersama negara sekutu mereka. AS telah meminta kerajaan Sweden
untuk meminjamkan SSK kelas Gotland dalam program latihan tersebut. Dalam
laporan hasil dari eksesais itu menyatakan jikalau eksesais tentera laut AS
melibatkan SSK negara asing (Gotland class) merupakan peperangan sebenar,
sebahagian besar kalau tidak semua supercarrier milik AS sudah berjaya
ditenggelamkan. Dikatakan 10 buah supercarrier berjaya ‘ditenggelamkan’ dalam
eksesais ini. Dan sehingga kini AS masih gagal mendapatkan jalan penyelesaian.
Malah sudah ada pihak yang mencadangkan agar AS membuka semula program
pembangunan SSK atau setidak-tidaknya membeli SSK dari negara sekutu. Ini
berdasarkan kebimbangan akan kepesatan pembangunan teknologi kapal selam
diesel-elektrik oleh negara-negara seperti Jerman, Perancis, Russia dan China
yang begitu galak menjual kapal selam kepada negara-negara kecil yang kurang
berkemampuan.
Kini
telah diketahui yang SSK masih mampu menghadapi SSN. Scorpene adalah SSK yang
terbaik di Asia Tenggara dan antara yang terbaik di dunia. Namun persoalan
kedua yang bermain di benak aku, adakah dua buah kapal selam ini mencukupi
untuk mengawal perairan negara? Aku rasa semua orang tahu jawapannya. Tidak! Dalam
mengoperasikan kapal selam, sama juga seperti kereta, ada masanya ia perlu
diservis atau diperbaiki. Di sinilah sistem rotation berlaku. Satu kapal selam
di limbungan, dua buah masih perlu berada di laut. Namun kalau cuma ada dua,
maka agak pincang pengoperasian itu. Menurut bekas laksamana TLDM; Tan Sri Mohd
Anwar Mohd Nor, Malaysia seharusnya memiliki 6 buah kapal selam atau
sekurang-kurangnya 3 buah. Ini adalah benar. Singapura memiliki 6 buah kapal
selam (4 Challenger class dan 2 Archer class). Vietnam bakal memiliki 6 buah
Kilo class dan Indonesia bakal memiliki 3 buah Chang-Bogo class bagi menyokong
2 buah kapal selam Type 209 yang mereka miliki. Indonesia berkerjasama dengan
Korea Selatan bagi membangunkan kapal selam Chang-Bogo. Banyak pihak skeptikal
dengan perkara ini dengan menyatakan kualiti kapal selam itu nanti rendah
kerana ia dibina oleh dua buah negara yang tidak punya pengalaman dalam
pembinaan dan pembangunan kapal selam. Berlaku juga kontroversi apabila pihak
Korea meminta pihak Indonesia agar hanya sekadar memantau proses pembinaan
kapal selam tersebut dengan alasan supaya ia dapat segera disiapkan namun
Indonesia membantah kerana mahu terlibat secara terus dalam program itu. Ini
kerana Indonesia bercita-cita memilik armada kapal selam terbesar di Asia
Tenggara. Dalam erti kata lain, Indonesia mahu membina lebih banyak kapal selam
di masa hadapan.
Chang-Bogo class
Ini
tidaklah menghairankan kerana berdasarkan pada sejarah, kapal selam merupakan
ancaman yang sangat bahaya buat flotilla. Dalam perang dunia ke-2 Jerman
menghuru-harakan lautan Atlantik dengan ‘Wolfpack’nya. Dalam perang Falkland
antara Britain dengan Argentina, ramai yang menyatakan betapa hebat dan modennya
armada tentera laut Britain sehingga mudah dapat menewaskan armada tentera laut
Argentina yang tiga kali lebih besar dari Armada tentera Britain. Dan salah
satu penyumbang utama kejayaan Britain adalah kapal selam nuklear milik
Britain; HMS Conquerer yang berjaya menenggelamkan kapal perang Argentina; ARA General
Belgrano. Namun apa yang kurang diberikan perhatian adalah dua buah kapal selam
diesel-elektrik milik Argentina iaitu ARA San Luis dan ARA Santa Fe. Kedua-dua
kapal selam ini (relik dari perang dunia ke-2) turut memberikan sumbangan dalam
memperkuatkan armada Argentina. Britain yang bimbang dengan ancaman ARA Santa
Fe telah mengerahkan tiga buah kapal perangnya iaitu HMS Brilliant, HMS Antrim
dan HMS Playmouth memburu Santa Fe sehingga berjaya menembaknya. Namun
dikatakan sebab utama Santa Fe berjaya di tumpaskan adalah kerana keadaan kapal
selam itu yang daif dan tua.
Lain
pula ceritanya dengan ARA San Luis. Selepas ARA Belgrano ditenggelamkan kapal
selam HMS Conquerer, semua armada Argentina telah mengalah dan kembali ke
pelabuhan kecuali ARA San Luis. ARA San Luis menjadi satu-satunya kapal milik
Argentina yang menghadapi armada Britain! Dan HMS Conquerer sendiri mengalami
kesukaran untuk mengesan lokasi San Luis sehingga ia boleh berkeliaran
kemana-mana sahaja tanpa dapat dikesan! Dikatakan Britain begitu bimbangkan
ancaman San Luis sehingga mengerahkan sebuah carrier, 11 kapal pemusnah, lima
kapal selam nuklear dan 25 buah helicopter bagi memburu San Luis. Namun ia
gagal. Malah San Luis berjaya menyerang beberapa buah kapal milik Britain. Namun
ia gagal ditenggelamkan kerana masalah torpedo. San Luis tidak berjaya dikesan,
jauh sekali berjaya ditembak. ARA San Luis akhirnya kembali ke pelabuhan
Argentina bagi memeriksa masalah torpedo. Dan setelah pemeriksaan rapi
dijalankan didapati tidak ada sebarang masalah teknikal pada ARA San Luis. Sebaliknya
masalah utama torpedo adalah kerana krew torpedo ARA San Luis yang tidak
berkemahiran yang tidak menghidupkan peledak torpedo menyebabkan ia tidak
meletup sebaik menghentam sasaran! Dikatakan sekiranya torpedo itu di
kendalikan dengan betul, beberapa buah kapal milik Britain telah berjaya
ditenggelamkan dan ia mengubah situasi perang Falkland!
ARA Santa Fe
ARA San Luis
Kini
telah jelas akan kepentingan pemilikan kapal selam dalam armada tentera laut. Jelas
juga kini akan kemampuan kapal selam Scorpene kalau sekiranya terpaksa
berhadapan dengan kapal selam nuklear. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi
perlu sangsi akan kemampuan serta keperluan memiliki Scorpene. Cuma aku
bersetuju, TLDM perlu menambah jumlah kapal selam. Enam mungkin jumlah yang
mencukupi. Namun peranan kapal selam dalam era moden bukan sekadar memburu dan
memusnahkan sasaran tetapi juga pengintipan. Pada pendapat aku 12 buah kapal
selam adalah jumlah yang ideal pada TLDM. Ia juga harus dilengkapi teknologi
AIP. Dengan itu ia boleh berlayar dengan jarak lebih jauh dan lebih lama tempoh
selamannya. Ini kerana perlunya ada kapal selam TLDM berlayar di perairan
antarabangsa bagi tujuan perisikan dan pemantauan. Bukan sekadar rondaan di
perairan Malaysia semata-mata. Kita tidak tahu kalau kapal selam Singapura atau
China dan di masa hadapan, kapal selam milik Vietnam atau Indonesia menceroboh
perairan kita secara senyap-senyap bagi mengintip kita. Atau lebih teruk lagi,
memasang peranti pengintip pada kabel komunikasi bawah laut kita. Dan itu bukan
sesuatu yang mustahil. Namun kita juga harus akui Malaysia lebih mementingkan pengukuhan
ekonomi dari kekuatan ketenteraan. Namun kalau tanya aku, nak jimat banyak
duit, banteras rasuah! Banyak wang rakyat dapat diselamatkan dan digunakan ke
saluran yang betul. Kalau Laptop harga RM 1400 jadi RM 4500, berapa banyak duit
rakyat dah ditelan? Berapa banyak projek yang rendah nilainya melambung tak
tentu pasal? Yang menyedihkan anjing-anjing ini kebanyakkan orang Melayu
beragama Islam. Buat dosa macam tak beriman pada hari akhirat. Inilah kesan fahaman
nasionalis. Agama dipakai bila perlu. Dulu masa Islam tak popular, habis agama
diperlekeh. Hudud buat orang Melayu jadik kudunglah. Zaman nabi takda Gilette
lah. Mana-mana orang yang bercakap pasal Islam, dikutuk, dihina, diherdik dan
diperbodohkan! Tapi sekarang sebab orang Melayu dan anak muda banyak
menghampirkan diri dengan Islam, orang-orang ni mula bercerita pasal agama
mengalahkan ustaz baru balik Al-Azhar! Pandai pulak hentam orang yang tahu ilmu
agama KUNUNNYA mempergunakan agama! Dahlah jahil, maki orang yang ada ilmu
pulak tu! Dan pengikut-pengikut mereka yang sama jahil pun mengiyakan kata-kata
pemimpin mereka yang jahil! Sama-samalah masuk neraka secara berjemaah! Aku teringatkan
satu tazkirah di Masjid KLCC, ustaz tu menyatakan, orang jahil adalah orang
yang bercerita tentang Islam mengikut masa dan keadaan. Kalau ia memberikan
manfaat padanya, dia bercerita. Kalau tidak, dia akan jauh diri dari Islam! Na’uzubillah!
Apa
aku dah merepek ni? Anyway, that’s that. Aku harap penerangan ini akan
menjelaskan lagi pengetahuan orang awam tentang fungsi dan kemampuan kapal
selam Scorpene atau kat Malaysia; kapal selam kelas Perdana Menteri.
Bro, really informative! perenggan second last tu la yang aku setuju sangat tu!
ReplyDeletePrenggan second last tu org tertentu je yg stuju. He! He!
DeleteMana ada india guna U212 submarine. german dan itali ja yg guna. sebab mereka bekerja sama dalam pembinaannya. india skrng guna scorpene dan kilo..kapal selam rusia masih guna sistem analog berbanding dgn barat. yg membuat kapal selam rusia ni menakutkan hanya pada persenjataan yg di bawanya. dari segi kecangihan masih kalah dengan barat seperti german dan perancis.. saya lebih minat kapal selam german type U212 dan U214.
ReplyDeleteGood observation! Sepatutnya gambar tu tulis Kapal selam milik German. Tapi typo gaknya masa tu. Kudos!
DeleteCurrently India is using Type 209 submarines developed by the German yard Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW) under the internal designation Type 1500.
DeleteSorry Dude, Scorpene far from commission.
hai hai hai...sonyap yo semua!? bincang la lagi....ni dh bulan 5 tahun 2020. Kerajaan yang paling baru daripada sebelum ni. Yang lama sebelum baru baru ni dah tumbang hihi. PN mampu beli kapal selam ketiga dan seterusnya....klu klu dibenarkan memerintah sehingga PRU-15 huhu. Skang minyak dah murah gilerrr....harap2 la Covid-19 ni cepat habis....boleh bajet beli kapal solammm..aummm
ReplyDelete