Warning!
Spoiler alert! Kalau korang belum pernah tengok filem Oldboy versi Korea dan
plan nak tengok, jangan baca artikel ni sebab aku akan cerita semua benda yang
twisted and shocking.
Oldboy
adalah sebuah filem psycho-thriller Korea yang diterbitkan tahun 2003. It’s one
of a disturbed movie I’ve ever watch. Jadi kalau korang peminat Girl’s
Generation dan melihat semua berkaitan Korea sebagai gyomi, jangan tengok filem
ni. It’s consider the darkside of Korea. Oldboy menceritakan tentang seorang
lelaki bernama Oh Dae Su yang diculik pada hari jadi anaknya dan dikurung di
sebuah bilik selama 15 tahun tanpa berhubung dengan sesiapa. Dia hanya mendapat
maklumat tentang perkembangan dunia dari televisyen (di mana dia mendapat
berita yang isterinya dibunuh dan dia menjadi suspek dan anaknya telah
dibesarkan oleh keluarga angkat di Sweden). Dia berdendam dan bertekad akan
mencari orang yang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada dirinya.
Dalam tempoh itu dia mempersiapkan dirinya dengan belajar bertinju dan
mendapatkan segala maklumat survival dari televisyen. Dia juga berusaha untuk
melarikan diri. Tapi pada suatu hari sebelum sempat dia melarikan dia telah
dilepaskan. Dia sedar dari pengsan dan berada di dalam kotak di atas bumbung
sebuah bangunan. Seorang lelaki gelandangan memberikan dia sebuah telefon
bimbit dan beg duit padanya. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang chef
bernama Mido di sebuah restoran sushi. Dae Su pengsan setelah memakan sotong
kurita hidup. Mido membawanya balik ke rumah. Oleh kerana dia sudah lama tidak
mengadakan hubungan seks, Dae Su telah cuba mencabul Mido tapi berjaya dihalang
Mido. Namun Mido berjanji akan sudi mengadakan hubungan seks bila dia telah
bersedia. Dalam masa yang sama Dae Su mendapati Mido sering skype dengan
seorang lelaki yang tidak dikenali. Dan apabila Dae Su mencelah, lelaki itu
ternyata adalah lelaki yang bertanggungjawab di atas penculikannya.
Choi Min Sik sebagai Oh Dae Su sedang membaham sotong
Dae
Su memulakan usahanya mengesan orang yang menculiknya dengan mencari kedai
menjual ladu kerana selama 15 tahun dia dikurung, setiap hari dia disaji dengan
ladu. Dan dalam satu ladu itu dia terjumpa cebisan kertas tertulis nama
restoran ‘blue dragon’. Dia mencuba ladu di setiap restoran bernama blue dragon
sehinggalah dia menemuinya. Setelah mengekori penghantar makanan ke sebuah
bangunan, dia akhirnya menemui orang yang bertanggungjawab mengurungnya.
Setelah disiksa (Dae Su mencabut semua gigi orang itu dengan tukul) orang itu
memberitahu yang dia hanya menerima upah untuk menculik dan mengurungnya dan
Dae Su diculik kerana mulutnya yang celupar. Sewaktu dia mahu meninggalkan
bangunan tersebut, ahli kumpulan lelaki tersebut cuba menghalangnya. Dengan
bersenjatakan tukul, Dae Su berjaya menyelamatkan diri namun dia telah ditikam.
Kecederaannya menyebabkan dia rebah di jalan dan ditolong seorang lelaki
menaiki teksi. Namun sebelum teksi itu berlalu, lelaki itu memberikan petunjuk
yang dialah orang yang bertanggungjawab di atas penculikan Dae Su.
Kang Hye Jung sebagai Mido
Dae
Su bertemu dengan kawan lamanya, Noo Joo Hwan untuk meminta tolong. Joo Hwan
adalah tauke cyber café. Joo Hwan telah berjaya mengesan lokasi asal komputer
yang digunakan lelaki misteri yang skype dengan Mido. Di bangunan bersebelahan
rumah Mido. Rupa-rupanya mereka telah diperhatikan selama ini. Dae Su menyerbu
ke rumah tersebut dan menemui Lee Woo Jin, lelaki yang menolongnya menaiki
teksi. Dae Su mahu membunuh Woo Jin tapi dia juga mahu tahu kenapa dia diculik.
Woo Jin memberi tahu yang dia telah meminta doktor memasang alat pada
jantungnya dan jika dia menekan satu alat maka jantung akan berhenti berfungsi.
Woo Jin memberikan Dae Su tempoh 5 hari untuk cari jawapan kenapa dia di
penjarakan. Jika tidak, Woo Jin akan membunuh diri dan Mido akan mati. Woo Jin
memberikan petunjuk ‘Evergreen’. Dae Su terpaksa kembali menyelamatkan Mido
apabila Woo Jin memberitahu, gangster yang dipukul Dae Su telah menangkap Mido.
Dae Su ditangkap. Di kala ketua gangster tersebut mahu mencabut gigi Dae Su
dengan tukul (seperti yang dilakukan Dae Su padanya), Woo Jin telah menghantar
orangnya menyogok ketua gangster itu agar melepaskan Dae Su. Dae Su sempat
berkata akan memotong tangan ketua gangster itu. Kerana terlalu trauma dan rasa
terhutang budi pada Dae Su, Mido akhirnya bersetuju untuk tidur bersamanya.
Keesokan paginya mereka mendapat hadiah, tangan ketua gangster. Dae Su dan Mido
sedar yang mereka diekori. Mereka melarikan diri daripada Woo Jin.
Yoo Ji Tae sebagai Lee Woo Jin
Dengan
bantuan Joo Hwan, mereka menemui beberapa website berkaitan Evergreen dan salah
satu darinya ialah Evergreen Oldboy yang berkaitan dengan bekas pelajar dari sekolah
di mana Dae Su dan Joo Hwan belajar. Dae Su teringatkan hari terakhir dia di
sekolah tersebut sebelum dia berpindah ke Seoul. Dia teringatkan seorang
pelajar perempuan bernama Lee Soo Ah. Dia teringat bagaimana dia terlihat Lee
Soo Ah mengadakan hubungan seks dengan Woo Jin. Soo Ah dan Woo Jin adalah adik
beradik! Dae Su menceritakan perkara ini kepada Joo Hwan dan Joo Hwan telah
menyebarkan cerita tersebut sehingga tersebar khabar angina di seluruh sekolah
kononnya Soo Ah telah mengandung. Soo Ah benar-benar tertekan akhirnya telah
membunuh diri.
Yoon Jin Seo sebagai Lee Soo Ah
Dae
Su dan Mido telah bertemu dengan ketua gangster. Oleh kerana tangannya telah
dipotong Woo Jin maka dia bersetuju untuk menolong Dae Su. Dae Su meminta ketua
gangster itu menjaga Mido sementara dia bertemu dengan Woo Jin. Dae Su mengaku
akan kesilapannya. Woo Jin memberikan Dae Su sebuah kotak. Di dalamnya terdapat
album foto. Dari foto itu Dae Su mendapat tahu yang Mido adalah anaknya. Woo
Jin memberitahu yang ketua gangster juga masih lagi orangnya dan ketua gangster
bersetuju untuk dipotong tangannya setelah ditawarkan sebuah bangunan. Di kala
itu juga Woo Jin memberitahu yang ketua gangster akan memberikan album yang serupa
pada Mido. Dae Su merayu agar Mido tidak diberitahu tentang perkara sebenar.
Dalam keadaan terdesak memujuk Woo Jin, Dae Su telah memotong lidahnya sebagai
simbolik kerana menyebarkan cerita sehingga membawa kepada kematian Lee Soo Ah.
Woo Jin bersetuju dan berlalu pergi meninggalkan Dae Su. Namun sewaktu di dalam
lif, Woo Jin yang masih begitu kecewa dengan kematian adiknya telah menembaknya
dirinya sendiri. Dae Su telah menemui seorang pakar hypnosis dan meminta agar
dia dipukau supaya tidak mengingati memori akan Mido adalah anaknya. Di akhir cerita
Mido menemui Dae Su dan menyatakan yang dia menyintai Dae Su dan Dae Su
tersenyum menimbulkan persoalan samada hypnosis itu berkesan atau tidak.
Filem
ni salah satu daripada ‘Vengeance Trilogy’ oleh pengarah Park Chan Wook. Filem
lain adalah Sympathy for Mr. Vengeance dan Sympathy for Lady Vengeance. Namun
ketiga-tiga filem tidak ada kaitan antara satu sama lain. Oldboy pun sebenarnya
berdasarkan manga Jepun yang lebih mellow berbanding versi filem. Ketiga-tiga
filem ni sudah aku tonton dan Oldboy is the most disturbed one among the three.
Filem ni aku first tengok lebih kurang 8-9 tahun lepas. Zaman VCD masih
relevan. Ya, sebelum K-pop dan Halyu melanda Malaysia, aku dah start layan
Korean movie. Ini semua pengaruh world cup 2002. Sebelum tu aku tak tahu apa
pun pasal Korea. Aku cuma peduli Jepun je. Tapi bila favourite team aku Italy
main kat Korea, I have a glimpse of whar Korea is. Since then aku mula nak tahu
pasal Korea (actually aku terlihat gambar awek Korea yang comel kat paper masa
liputan World Cup. Ingat aku awek Korea suma huduh!). Pastu aku aku tengok
filem Korea pertama. Volcano High. Tercengang aku bila mendapati kualiti filem
Korea setanding dengan Hong Kong. And of course, awek dia, Min A Shih yang
sangat comel. Since then aku mula cari VCD Korea. But back then memang susah
nak cari. Tak macam sekarang, bersepah. Aku terbaca review dalam majalah US
tentang filem Oldboy yang mengatakan, this film is not for the faint hearted.
Aku tak faham apa maksud dia jadi bila aku terjumpa VCD ni di kedai VCD Tanjung
Malim (Ya, Tanjung Malim! Jangan pandang Tanjung Malim takda mata!) aku terus
sambar. Aku ingatkan cerita dia mesti macam Volcano High atau My Sassy
Girlfriend. Aku tersilap 44 kilometer. Habis aku tonton Oldboy, ternganga mulut
aku.
Seung Hui Cho meniru gaya Dae Su
Aku
tak sangka Korea (atau mana-mana negara) boleh buat cerita yang macam ni punya
disturbed. Incest, insane excesive violence. Filem ni macam takda apa yang
positif yang boleh dijadikan sebab untuk ditonton. Dah sama teruknya macam
tengok filem porno. Membuatkan aku terfikir, adakah orang Korea sebenarnya
macam ni? But that’s Korean film industry. Dia orang pelik. Lebih pelik dari
Jepun. Rupa-rupanya banyak filem-filem Korea yang pelik-pelik. Bukan setakat
trilogy Vengeance saja. Memang mula-mula tengok, tak boleh nak terima but
lama-lama kita akan carik filem macam ni just to break our appetite for
something unusuall. Filem ni sebenarnya mencetuskan kontroversi apabila seorang
pelajar Korea yang menuntut di Virginia Tech College kat US, Seung Hoi Cho
telah memuatnaikkan video dia menghayunkan tukul, serupa seperti scene dalam
filem Oldboy. Beberapa hari kemudian dia mengamuk di kolejnya dengan menembak
mati 32 orang pelajar. Jadi pihak penyiasat cuba membuat kesimpulan kalau
sekiranya Seung terpengaruh dek filem Oldboy. Namun mereka mengenepikan
kemungkinan ini setelah mendapati Seung memiliki rekod sakit jiwa.
Josh Brolin dalam scene gaduh pakai tukul
Samuel L Jackson sebagai ketua gangster
Sharlto Copley
As usuall,
bila ada filem yang pelik dan hebat dari Asia, Hollywood nak buat remake. Like
The Ring, Internal Affair dan Ju On, Oldboy juga telah diremake Hollywood.
Pengarah terkenal Spike Lee yang direct filem ni. Para pelakonnya ialah Josh
Brolin (MIB 3) akan memainkan watak Joe Doucett (Dae Su), Sharlto Copley
(District 9, The A-Team) membawa watak Adrian Pryce (Woo Jin) dan juga Samuel
L. Jackson membawa watak ketua gangster. Namun dari apa yang didengar, versi
Hollywood akan lebih mellow. Malah scene di mana Dae Su makan sotong kurita
hidup-hidup tidak dimasukkan Spike Lee dalam versi remake. Based on the
trailer, Hollywood version is more ease. Ada part yang kelakar (Hollywood
trademark) compare dengan Korean version yang dark dan gory. Malah dari trailer
tersebut aku dapati identity anak perempuannya sudah diketahui melalui
television. Unless there’s a twist I think there won’t be any incest element in
the remake version. Amerika haruk camana pun masih sensitif pada sesetengah
isu. Tapi kalau ikut aku, not all remake is crap. Original version selalunya
ada taste yang tersendiri dan Hollywood version lebih mainstream. Lebih enjoy
untuk di tonton. Anyway, just wait and see.
Salam. Aku layan Oldboy ni awal2 dulu tahun 2006 tak silap. yep, seperti yang diberitahu, peminat K-Pop tak semestinya akan meminati filem Korea yang satu ini. Memamg salah satu filem pelik dari Korea.
ReplyDeleteOldboy bukan filem pelik. Cuma terlampau dan keterlaluan dari segi morality. Sampai payah nak hadam!
ReplyDelete