Khabar
angin akan filem Superman yang baru tengah menggila sekarang. Berita yang telah
di sahkan ialah kehadiran Batman dan akan berlakukannya pertarungan di antara The
Cape Crusader dengan Man of Steel. Zack Snyder juga menyatakan yang ia akan
berdasarkan (secara longgar) akan novel grafik The Dark Knight Returns. Jadi
sebelum kita bersantap dengan sequel Superman ni yang akan keluar pada 2016
marilah kita revisited novel grafik terbaik Batman ini.
The
Dark Knight Returns berlatar belakangkan dysantopia di Gotham City dengan Bruce
Wayne yang sudah berumur 55 tahun dan ‘bersara’ dari menjadi alter egonya,
Batman. Namun Bruce merasa tidak selesa dengan persaraannya lebih-lebih lagi
apabila Gotham sedang menghadapi ancaman dari sebuah kumpulan samseng jalanan iaitu
Mutant. Suatu malam sewaktu pulang dari bertemu Jim Gordon, bagi meraikan persaraannya
dari jawatan komisioner polis, Bruce hampir disamun ahli kumpulan Mutant. Ini
menyedarkan dia yang jenayah semakin menguasai Gotham City sejak ketiadaan
Batman.
Dalam
pada itu, Harvey Dent AKA Two-face telah selamat menjalani pembedahan plastik
bagi mengembalikan wajahnya yang asal. Pakar psikiatri percaya yang Harvey
telah pulih bukan saja secara fizikal malah juga mental dan dia telah sembuh sepenuhnya
dan boleh kembali ke pangkuan masyarakat tapi Bruce sangsi dengan perkara itu. Dalam
masa yang sama Batman telah kembali ke Gotham City dan mula membersihkan
jalan-jalan Gotham dari ancaman Mutant. Batman telah menyelamatkan seorang
kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun bernama Carrie Kelley dari disamun geng
Mutant. Carrie Kelley kemudiannya menyarung sut Robin biar pun Alfred tidak
bersetuju dengan tindakan Bruce Wayne yang mahu membimbing Kelley menjadi
sidekick Batman.
Kehadiran
semula Batman ke Gotham City telah berjaya merendahkan kadar jenayah namun
pendapat awam mula berbelah bagi samada Batman adalah hero atau penjenayah sama
seperti geng Mutant yang diburunya. Malah komisioner polis yang baru,
Komisioner Yindel turut mengeluarkan arahan khas agar Batman dilayan seperti
penjenayah dan harus ditangkap. Rasa curiga Batman pada Harvey Dent menjadi
kenyataan apabila Harvey mengugut mahu meletupkan bangunan Gotham City Twin
Tower sekiranya dia tidak dibayar lima juta dollar. Bagaimanapun Batman berjaya
membunuh Harvey yang akhirnya mengaku bahawa personanya, Two-face tidak pernah
lenyap dari dalam dirinya.
Batman
kini menumpukan usahanya untuk menumpaskan geng Mutant dan untuk melumpuhkan
geng itu Batman harus menewaskan ketuanya. Batman telah menyerbu ke sarang
Mutant dan bertempur satu lawan satu dengan ketua Mutant. Tapi Batman tewas
dalam pertarungan itu dan teruk dicederakan ketua Mutant. Namun Robin sempat
menyelamatkannya dan membawanya pulang ke Batcave. Ketua Mutant telah ditangkap
dan dipenjarakan namun dia mengugut akan mengarahkan ahli geng Mutant yang lain
untuk menghuru-harakan Gotham City. Bimbang dengan situasi itu, datuk bandar
Gotham City telah bertemu dengan ketua Mutant untuk berbincang namun dia dibunuh
oleh ketua Mutant. Batman tahu dia harus menewaskan ketua Mutant secara public
bagi mematahkan semangat ahli Mutant yang lain dari meneruskan rancangan untuk
menghuru-harakan Gotham City. Batman telah memperdayakan ketua Mutant sehingga
dia menyangkakan yang dia telah berjaya melarikan diri dari penjara namun
sebenarnya dia dibawa di sebuah kawasan di mana ahli geng Mutant telah berjaya
dipedaya Robin agar berkumpul di situ bagi menyaksikan pertarungan buat kali
kedua di antara ketua Mutant dengan Batman.
Dalam
pertarungan kali ini Batman telah berjaya menewaskan ketua Mutant dan
membunuhnya. Peristiwa itu telah menyebabkan kumpulan Mutant berpecah. Ada yang
meneruskan perbuatan jenayah secara berasingan dan ada pula yang menyertai
kumpulan yang taksub dengan Batman yang menggelarkan diri mereka sebagai The
Son of Batman dan berusaha untuk membanteras jenayah. Dalam pada itu kembalinya
Batman telah memulihkan kembali Joker yang berada dalam keadaan katatonik di
Arkham Asyllum. Seperti juga Harvey Dent, Joker berjaya memperdayakan pihak
awam yang dia telah menyesal di atas segala jenayah yang telah dilakukannya
namun Bruce Wayne tahu yang Joker menipu. Dalam satu temuramah rancangan
televisyen, Joker telah bertindak membunuh semua orang di studio dengan melepaskan
laughing gas dalam usahanya untuk melarikan diri.
Dalam
masa yang sama US sedang menghadapi krisis nuclear apabila Russia meningkat
kekuatan ketenteraan di sebuah negara kecil, Corto Maltese. Kerajaan US telah
meminta bantuan Superman (yang kini telah diketahui umum juga adalah Clark
Kent) untuk mengawal situasi dari menjadi lebih buruk. Joker telah bertemu
dengan Selina Kyle AKA Catwoman yang kini merupakan pemilik agensi escort girl.
Joker telah menggunakan lipstick untuk mengawal fikiran seorang escort girl
Selina untuk mempengaruhi seorang ahli kongres. Ahli kongres tersebut telah
mengeluarkan arahan agar serangan dilancarkan ke atas pihak Soviet Union di
Corto Maltese. Batman dan Robin telah memburu Joker yang berada di pesta County
Fair. Dia berhasrat mahu membunuh pengunjung pesta tersebut namun Batman
berjaya menewaskannya. Joker yang enggan menerima kekalahan tersebut telah
bertindak mematahkan batang lehernya sendiri supaya ia kelihatan seperti Batman
kini adalah seorang yang ganas dan bertindak di luar kawalan. Pihak polis
semakin meningkatkan usaha memburu Batman.
Sementara
itu, Russia telah bertindak balas di atas serangan US ke atas tentera mereka di
Corto Maltese dengan melancarkan serangan nuclear. Namun Superman berjaya
mengalihkan peluru berpandu nuclear tersebut ke sebuah kawasan padang pasir.
Namun ledakan nuklear tersebut telah menyebabkan gangguan elektro magnetic
pulse yang menyebabkan seluruh Amerika kehilangan tenaga elektrik. Insiden
blackout seluruh Amerika ini telah menyebabkan huru-hara di seluruh negara
termasuklah Gotham City. Namun Batman telah berjaya memujuk saki-baki anggota
Mutant dan anggota Sons of Batman untuk membantunya mengembalikan kenteraman
awam di Gotham menjadikan ia kini sebagai bandar yang paling selamat di
Amerika. Kejayaan Batman ini bagaimanapun memalukan pihak kerajaan dan White
House. Presiden US (Ronald Reagan) telah meminta Superman menangani Batman yang
dianggap semakin tidak terkawal. Bruce telah menemui Oliver Queen AKA Green
Arrow bagi meminta bantuan kerana Queen berdendam dengan Superman. Dia
kehilangan sebelah tangannya dalam satu konfrontasi dengan kerajaan US (Ini
kisah dalam komik yang lain) dan menyalahkan Superman di atas tragedi itu.
Namun Queen masih seorang pemanah yang handal dengan memanah menggunakan
sebelah tangan dan mulutnya.
Pada
hari pertarungan, Batman telah menggunakan sut exo-skeleton untuk menghadapi
Superman biar pun Superman memujuknya agar menyerah diri. Bruce telah menerima
kenyataan yang dia sudah tua dan bersedia untuk mati. Dalam pertarungan itu
jelas sekali Superman yang tidak dimamah tua terlalu kuat buat Batman yang
telah lanjut usia. Namun sedang mereka bertarung, muncul Queen membantu. Dia
telah melepaskan panah dengan mata diperbuat daripada kryptonite bagi melemahkan
Superman. Dalam keadaan lemah itu Superman dapat mengesan jantung Batman yang
semakin lemah. Bruce mengalami serangan jantung dan akhirnya mati sebelum
sempat Superman menewaskannya. Alfred yang kecewa kerana Bruce tidak mahu
mendengar nasihatnya telah memusnahkan Batcave dan Wayne Manor sebelum dia mati
akibat stroke. Tindakan Alfred itu telah membuka rahsia yang Bruce Wayne adalah
Batman namun apa yang pelik adalah kehilangan semua harta milik Bruce Wayne.
Clark Kent telah menghadiri pengkebumian Bruce. Dia adalah orang yang paling
sedih dengan kematian Bruce. Dia terlihat Carrie Kelley yang menyamar dan Clark
sempat mengenyitkan matanya. Rupa-rupanya Clark dapat mengesan degupan jantung
Bruce. Clark sedar kini yang Bruce telah merancang kematiannya dengan menyuntik
dadah yang menyebabkan jantungnya terhenti buat seketika sebelum dihidupkan
kembali. Bruce, Queen dan Carrie bersama anggota Mutant dan Sons of Batman
telah masuk ke bawah tanah bagi meneruskan usaha mereka melawan jenayah.
Buku
ni aku beli dalam tahun 90an. Dan seperti mana kebiasaan artwork Frank Miller,
stroke lukisannya tak berapa menarik. Agak kecewa juga aku masa mula-mula beli.
Yalah, tahun 90an adalah ledakan artwork yang cantik dalam industri komik US.
Pelukis macam Alex Ross, Todd McFarlane, Jim Lee, Marc Silvestri yang memiliki
stroke lukisan yang perghh….menggila lawanya. Apatah lagi industri komik
diperkenalkan dengan teknik pengwarnaan yang baru iaitu airbrush teknik dengan
gabungan computer. So the quality is so tremendous nak dibandingkan dengan
komik-komik tahun 80an. Namun kekuatan Frank Miller adalah pada jalan
ceritanya. Sewaktu dia muncul dalam tahun 80an, dia antara penulis yang menulis
komik with a touch reality sense. Komik dengan jalan cerita yang sesuai untuk pembaca
matang dengan tema yang berkaitan isu terkini.
The
Dark Knight Returns di terbitkan pada tahun 1986. Tu sebab ada elemen cold war
dalam cerita ni. Pada aku The Dark Knight Returns sama seperti Grendel:
Warchild (juga hasil kerja Frank Miller), tidak terlalu simple dan tidak pula
terlalu kompleks. Kira sedang-sedang saja. Pembaca tak terlalu bosan dan tak
pula confuse. TDKR pada aku banyak bermain dengan perasaan. Dalam buku, Bruce
Wayne AKA Batman tidaklah seperti wataknya dalam komik yang lain di mana dia
selalunya suave, cool, power dan segala macam benda yang hebat. Tapi dalam
TDKR, Bruce Wayne adalah seorang tua yang lemah dan semakin dilupakan sementara
generasi muda melihatnya sebagai seorang weirdo. Bila dia kembali menyarung sut
Batman, sangkanya dia akan diterima kembali oleh masyarakat namun dia dikecam
kerana dianggap sama seperti penjenayah lain. So Batman yang suatu masa dulu
dipuja kini diburu dan dicerca sedangkan sahabat karibnya Superman masih lagi
dipuja. Namun dalam keadaan tua, lemah dan diburu bak anjing kurap, Bruce Wayne
masih lagi seorang yang kuat semangat dan bijak. Jadi biar pun dia tidak lagi
gagah seperti Superman namun dia masih berjaya menyelesaikan semua masalah.
Secara
jujurnya aku rasa sebak bila baca buku ni. Frank Miller berjaya meraih simpati
pembaca dengan menjadikan satu watak yang hebat menjadi watak yang serba
kekurangan tetapi dikagumi dari sudut kemanusiaan. Bruce Wayne seorang manusia
biasa. Dia tua dan lemah. Tapi masih berpegang pada prinsip tanggungjawab biar
pun dia tahu yang dia akan terkorban. Tak macam Superman yang tak perlu
bimbangkan apa-apa. Miller seolah-olah nak bagitahu, walaupun kita ini manusia
biasa dan banyak kekurangan tapi mengalah jangan sekali. Biar pun kita tewas
namun kita tetap menang selagi mana kita tidak berputus asa. Sepanjang cerita
ini Bruce Wayne menghadapi segala macam dugaan dan tentangan tapi semangat dia
jitu. Dan bahagian paling sedih apabila dia berhadapan dengan Superman. Apabila
dia tumbang kerana sakit jantung, Superman sendiri sebak melihatkan rakannya
sampai dia pangku mayat Bruce Wayne. Man, that’s so overwhelmed! But the best
part bila Clark Kent tersenyum sambil kenyit mata pada Carrie sebab dia tahu
Bruce Wayne masih hidup.
For
me Frank Miller is among the best comic writer ever. Kudos to him and kudos to
The Dark Knight Returns. TDRK sudah pun dijadikan filem animasi dalam dua
bahagian. Aku tak tengok lagi tapi daripada review dinyatakan filem animasi
TDRK stay true to its comic, every part of it, which is good news. Dan ia
dikatakan dapat diterjemahkan lebih baik dari komik sendiri. Whoah! Aku dok
fikir mana nak cari animasi ni. Kalau KL Gangster senang la nak cari. Sekarang
aku cuma harap Ben Affleck boleh bagi aura yang sama dalam sequel Man of Steel.
Kalau tak, memang sial la lu Affleck!
No comments:
Post a Comment