Setahun lebih aku tak keluar buku baru. Ada jugak orang tanya bila nak keluar buku baru. Aku cuma boleh sengih je. Finally keluar jugak buku aku. Better late than never bak kat orang Batu Kurau. Buku baru aku tajuknya LAWAN. LAWAN, bukan LAWAK!
LAWAN ni berorientasikan superhero. Aku ni kan comic lover. Tapi jalan ceritanya taklah kartun. Aku sisipkan pelbagai isu yang pada mulanya aku tak perasan. Sosio-masyarakat, sosio-politik, kemanusiaan. Hanya lepas aku dapat balik manuskrip dari FIXI untuk proof reading, baru aku perasan tema buku ni agak berat walaupun pun berlatar belakangkan cerita superhero. LAWAN berlatarbelakangkan bandaraya Neo Key-El, bandar yang dibina di atas Kuala Lumpur yang musnah akibat dilanda banjir besar pada 2020. Watak utamanya ialah ASP Isyak Naim, anggota polis yang baru diserapkan ke dalam unit rahsia Luk 7. Tugas Luk 7 adalah untuk memantau kumpulan ADAM atau Adiwira Malaysia. Walaupun ADAM ni bertanggungjawab menjaga keamanan Malaysia tapi ada rasa bimbang kalau-kalau dia orang bertindak jahat pada negara pulak.
Idea LAWAN ni sebenarnya agak straight forward pada awalnya. Cerita pasal superhero. Good versus evil. Hero and villain. Malah idea awalnya, ADAM terpaksa berhadapan dengan satu kumpulan villain. Ala-ala X-men versus Brotherhood of The Mutant lah kiranya. Tapi feedback aku dapat dari follower FIXI yang baca GERGASI agak negatif. Mungkin sebab GERGASI agak skema dengan style PTS dan Alaf 21. Aku jadi bingung seketika dalam cuba nak memahami konsep ‘pulp’ yang dibawa FIXI bagi memenuhi citarasa followernya dalam masa yang sama tidak hilang identiti aku. Jadi kalau aku tulis LAWAN (yang tajuk asalnya ialah KEY-EL) mengikut idea asal aku, mungkin aku akan terima kritikan seperti GERGASI. Jadi aku dok perah kepala otak memikir macamana nak buat jalan cerita yang lebih daring, lebih matang dan dapat diterima oleh pembaca yang agak kritikal pemikirannya.
Tiba-tiba aku teringatkan WATCHMEN, aku teringatkan AKIRA dan ASTRO CITY. Ini semua komik berorientasikan superhero tapi dengan isu yang matang. Maka berpandukan komik-komik ini, lahirlah LAWAN. Tapi aku masih agak risau akan penerimaan pembaca tapi aku ambil risiko. Kalau taknak ambik risiko, lebih baik tulis novel cinta, ye tak? Jadi pada aku, samada pembaca akan suka dengan buku ni atau akan benci gila sehinggakan dia orang takkan beli lagi buku aku lepas ni. Tapi aku tak peduli. Aku rasa aku mungkin orang pertama yang tulis novel dengan idea macam ni. Kalau pun orang tak boleh terima buku ni sekarang, mungkin limabelas tahun akan datang, bila bebudak sekolah menengah terjumpa buku aku kat perpustakaan ke (atau kat pasar karat ke) dia orang akan cakap, “fuhh! Orang dulu-dulu pun ada tulis buku macam ni ek!”
Oh ya! Kalau korang rasa cover yang aku post ni berlainan dengan official cover, ini kerana cover yang aku post adalah early design. Aku post cover yang besar sikit nak bolehkan korang baca sinopsisnya. Official cover yang FIXI post kecik sangat saiznya.
Helloo.. wowww.. Assalamualaikum.. err how baru is your buku baru?? Bagus nie.. kalau ada jodoh akan aku angkat.. (macam ada bajet sangat.. dengan komik US lagi nak checked.. wahahaha..).. err buku2 lain lu apa ehh?
ReplyDeleteWallaikummusalam!
ReplyDeleteBaru tak barulah. Minggu depan baru masuk kedai buku. Buku lain KUDETA, ANARKIS, GERGASI. Tapi cuma GERGASI yang ada kat market. Boleh beli online dari FIXI. Yang lain dah takda.
Menarik....
ReplyDelete