Monday, 3 September 2012

Bourne Legacy


Aku baru tengok filem Bourne Legacy kat Midvalley (cuak gak kot panggung terbakar cam dulu). What I fear most is happen. The movie sucks….big time! Aku tak ingat entah berapa puluh kali aku menguap sepanjang filem ni. Filem ni banyak bercakap! Aku ingat ada ketikanya aku betul-betul terlelap dek kebosanan yang teramat sangat. Something that never happen when I watch Bourne trilogy before. Bengang aku! Mana silapnya filem ni? Kat mana aku nak start?
 
Pertama sekali karakter Aaron Cross. Mak oi! Emosi gila! Don’t get me wrong. I like Jeremy Renner dalam Hurtlocker lagi. Malah watak dia dalam Mission Impossible 4 is really convincing membuatkan aku yakin dia boleh carry out Bourne Legacy. Tapi watak Aaron Cross ni memang berbeza dari Jason Bourne. Emo betul. Most of the time Cross banyak bercakap dan meluahkan perasaan. Jason Bourne jenis pendiam, misteri dan berahsia sebab dia tak percayakan orang. Aaron Cross is like, having a problem to stop talking! Jason Bourne ni manusia biasa yang dilatih untuk jadi assassin yang ampuh. Pioneer of project Treadstone. Aaron Cross pulak rekrut project Outcome. Perbezaannya ialah rekrut Project Outcome terpaksa menelan dua biji pil bagi meningkatkan kemampuan fizikal dan daya kebijaksanaan mereka. Ni apa ni? Captain America versi spy ke? And believe me, even after consume a smart pill, Aaron Cross taklah nampak sebijak Jason Bourne yang pandai guna taktik dan helah bagi nak capai matlamat dia. Tak cerita lagi kepandaian dia mengaplikasikan peralatan elektronik. Tak kira lagi kehebatan dia dari sudut fizikal dan skill membunuh. Berentap, bergaduh, martial art specialist, weapon and explosive specialist. Pastu tahan lasak, boleh lari tiga kilometer dalam kelajuan yang tinggi. Jason Bourne, manusia biasa nampak lebih power dari Aaron Cross yang telan pil physicals and intelligent enhancement. Jason Bourne macam ada satu aura power yang buat kita rasa cool, kagum dan rasa nak jadik macam dia setiap kali kita tengok dia beraksi. Aku teringatkan scene dalam Bourne Supremacy, sewaktu Pamela Landy (Joan Allen) dengan unit CIA tengah kelam kabut nak trace Jason Bourne, tiba-tiba dia call dan cakap nak serah diri. Tapi dengan syarat agar Nicky Parson yang datang jumpa dia dalam tempoh 30 minit. Bila Pamela Landy kata macamana kalau dia tak dapat carik Nicky Parson, Bourne jawab, “Its easy. She’s right next to you”. BOOM! How cool is that? Rupa-rupanya Jason Bourne tengah mengintip dorang. Atau scene dalam Bourne Ultimatum apabila Noah Vosen (David Straitharn) tengah kejar Bourne, Tiba-tiba dia call. Vosen cakap yang mereka patut berjumpa. Bourne tanya kat mana Vosen sekarang dan Vosen bohong cakap dia kat office. Dan Bourne balas, “I doubt that. If you’re in the office, we’ll be having this conversation face to face”. BOOM! Rupa-rupanya Bourne kat office Vosen, curik fail dari peti besi Vosen. Jason Bourne thumbs up!

Awek dalam Bourne Legacy, Dr. Marta Shearing (Rachel Weizs). Again, I like Weizs. She’s a great actress. Tapi watak dia dalam filem ni agak menjengkelkan kalau nak dibandingkan dengan watak Marie Kreutz (Franke Potante) dalam Bourne Identity. Marta Shearing nampak macam biawak hidup, menyusahkan Aaron Cross yang terpaksa heret dia sama sebab perlukan dia. Tak macam Marie Kreutz yang sangat berfungsi membantu Jason Bourne dan tak menyusahkan Bourne. Malah kalau takda Marie Kreutz, jadi macam tak best plak (aku sedih bila Marie mati di awal Bourne Supremacy). Weirdly enough, in the end of Bourne Legacy, Marta Shearing yang berjaya bunuh assassin yang assign untuk bunuh Aaron Cross. What the hell?! Even Nicky Parson (Julie Stiles) is better than Marta Shearing. Nicky dan Marie bukan watak tipikal heroin dalam filem yang terjerit-jerit takut dan tak tau apa nak buat bila keadaan merbahaya berlaku. Not to mention kedua-dua mereka banyak tolong Bourne. Marta Shearing is kind of cliché character in the beginning that suddenly berjaya selamatkan Aaron Cross kemudiannya. What the hell?!! Thumbs up to Marie Kreutz and Nicky Parson.
 
The assassin which been assign to kill Aaron Cross pun tak begitu convincing. Assassin yang buru Aaron Cross diberi nama LARX 03 (Louise Ozawa). LARX adalah the next phase selepas projek Outcome (which Aaron Cross is the agent). Jadi ejen LARX di anggap lebih hebat dari ejen Outcome. Tapi entah kenapa aku tengok LARX 03 ni macam pengor pulak. Tak macam Clive Owen yang dikenali sebagai the professor dalam Bourne Identity, yang nampak cool dengan four piece suit, siapa pakai cermin mata lagi. Nampak cam nerd tapi sekali dia bawak sniper rifle daa! Dia mati kena tembak Jason Bourne pakai senapang patah. Sebelum dia mati, dia sempat cakap pada Bourne, “look at us. Look at what they make you give”, line yang Bourne ulang pada assassin Black Briar, Paz (Edgar Ramirez) yang tembak dia sampai dia jatuh bangunan dalam Bourne Ultimatum. Watak Kiril (Karl Urban), ejen FSB Russia yang cold dan stone face (assassin yang aku paling minat) yang walaupun cuma orang biasa tapi nampak cool. Bila dia kejar Jason Bourne, tak ubah cam T-1000 dalam Terminator 2. Scene kejar mengejar kat bandaraya Moscow is the killer scene. Walaupun dia orang biasa but he worth being an enemy of Jason Bourne. Dash Bouksani (Joey Ansah) dari projek Black Briar dalam Bourne Ultimatum nampak hip and sporty. Tak macam ejen dari projek Treadstone yang nampak tough dan classic as an assassin. Fighting scene antara Bourne dengan Dash, perghh! Power giler. Nampak sangat Dash ni lebih pantas, lebih lincah, lebih muda dan lebih berkemahiran dari Jason Bourne. Cuma Bourne ni lebih berpengalaman. Teruk jugak Bourne kena taruk dengan Dash. In the end of the movie, another assassin, Paz ditugaskan kejar Bourne. Dia kejar Bourne sampai ke bumbung. Bourne dapat peluang untuk bunuh Paz tapi tak tau kenapa dia tak bunuh Paz. Lepas dia ulang line Clive Owen pada Paz, Paz tembak dia sampai dia jatuh laut. Tapi hero kan. Mana mati! LARX 03 ni entah kenapa macam lembik dan lembab dan tak cool langsung. Nampak terhegeh-hegeh. Scene kejar-mengejar naik motor antara LARX 03 dengan Aaron Cross (Marta Shearing bonceng sekali) tak sehebat mana. Aku ingat scene kejar-mengejar naik motor antara Bourne dengan Dash  lagi best. Walaupun Dash Cuma naik motor skuter. Kalau assassin lain, aku nak sangat dorang mati sebab dorang power gila. Teruk Bourne kena taruk dengan dorang. Tapi LARX 03 ni aku nak sangat dia mati sebab aku naik menyampah tengok muka dia! Dan dia mati kena bunuh dek Marta Shearing. Patut dia assassin dari projek generasi ke-4, dah tentu power gila. Tapi mati kena bunuh perempuan. Ntah apa-apa!       
 
Mastermind dalam filem ni ialah Eric Byer (Edward Norton). Again, another actor I really love. Tapi entah kat mana silapnya entah. Tak macam mastermind dalam trilogy Bourne, Eric Byer ni fit for job on the field. Satu scene tu dia tengah jogging dalam hujan lebat. Tengok kat trailer cara dia handle pistol aku agak dia mesti power gak. Tapi tak nampak pulak scene dia guna pistol dalam filem ni. Ke aku tertidur masa tu? Aku pun tak pasti. Cuma apa yang boleh aku katakan, watak Eric Byer ni tak di explore sebaik mungkin. Atau adakah wataknya akan dikembangkan dalam next sequel?
 
Kadang-kadang tu masa aku tengok cerita ni, timbul harapan aku Matt Damon muncul tiba-tiba, datang tolong. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Walau macamana pun Matt Damon ada nyatakan baru-baru ni, kalau ada lanjutan Bourne dan skripnya sesuai, dia tak teragak-agak untuk bawak watak Jason Bourne tu semula. Dan Pengarah Bourne Legacy, Tony Gilroy kata, dia sengaja biarkan ada ruang dalam Bourne Legacy yang membolehkan watak Jason Bourne di teruskan kalau sekiranya Matt Damon setuju. That’s good to be heard. But when would that be? In the meantime, do we have to settle with Aaron Cross? Kalau ada sequel Aaron Cross, they better buck up or it will be a disgrace to a very success franchise. Dan bagi sesiapa yang rindukan Bourne movie, lebih baik tengok Safe House lakonan Denzel Washington dan Ryan Reynolds. Its more bourneesque than Bourne Legacy. Check out fighting scene Denzel Washington dan Ryan Reynolds. It reminds a lot of Bourne Trilogy. Way more action than Bourne Legacy. As for me, I will say…..bring back Matt Damon and Paul Greengrass. Tagline Bourne Legacy ‘There was never just one’. But for me, ‘there can be only one’. Wait! Isn’t that the tagline of a Highlander?     

Sunday, 19 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI WAL FA'IDZIN



Selamat hari raya Aidlfitri wal fa’idzin aku ucapkan pada semua penganut Agama Islam yang ada masa nak jenguk-jenguk blog aku dalam korang mabuk menjamu selera dengan ketupat dan kuih raya. Allhamdulilah, sambut raya gak aku tahun ni. Cukup sebulan aku berpuasa bulan Ramadhan, menunaikan rukun Islam yang ketiga. Samada sempurna tak sempurna puasa aku, hanya tuhan saja yang tahu. Maklumlah zaman sekarang ni, hidup dalam negara majmuk ni, godaan di mana-mana. Aku kerja pulak kat syarikat Cina. Majority staff dan ejen berbangsa Cina. Mak oi, godaan mata. Bak kata Datuk Ismail Kamus; tengok berdosa, tak tengok membazir pulak! Jadi aku selaku seorang muslimin yang nipis lapisan imannya ini, hanya mampu bertahan sejauh mana aku boleh bertahan. Buat benda-benda yang basic je. Puasa, tarawih, sedekah, kejar lailatul qadar. Sort of thing like that.

Aku pun nak memohon maaf pada para pengunjung blog aku yang mungkin tersinggung atau terasa dengan artikel-artikel yang aku post di blog ni. Aku hanya meluahkan pendapat aku yang tidak seberapa bijak ini. Tapi aku yakin dalam aku menyatakan pendapat aku ini, rasanya aku tidaklah terlalu vocal mahupun keterlaluan. I’ve tried to be as neutral as I can when delivering my thought. Hey, this is Malaysia, right? Everybody have right to voice out their opinion.
Say no to Evidence Act Section 114A! FRREEEDDOOMMM!!!!!

Tahun ni jugak aku dapat berita yang baik. Seminggu sebelum raya aku contact Encik Amir Muhammad, editor Fixi Publication, tanya perkembangan manuskrip yang aku hantar bulan April tu ari. Alhamdulilah. Menurut kata Encik Amir, manuskrip dalam proses dan kemungkinan akan masuk market hujung tahun ni. Manuskrip yang aku hantar bertajuk Artifak (tajuk asalnya ialah Perisai, aku hantar kat PTS tapi disejukbekukan). Bergenre Sci-fi dengan influence manga with a little bit of romantic on the side. Tapi tak banyaklah. Just enough, sebab aku suka explore karakter-karakter aku. Aku harap korang akan sokong buku aku bila ia masuk market sok. Tolong hamba Allah yang sorang ni nak carik makan. He! He! He! Tapi yang paling penting, bagi sokongan pada Fixi. Aku dapat tau yang Popular Book Store taknak edar lagi buku-buku mereka. Bunyinya memang agak devastating. Terkejut dan agak kecewa gak aku. Tapi bila aku confirmkan dengan Encik Amir, situasi sebenarnya tidaklah begitu teruk.

Menurut Encik Amir, hanya dua title yang kena. The rest of the title masih lagi jual. Tu dia. Bila baca dalam internet, seolah-olah Fixi Publication macam dah kena banned tapi sebenarnya tidak. Which make me think, is there a party who just love to see Fixi going down? If it is, then it is so, so sad. Mungkin tak ramai yang setuju dengan corak penyampaian Fixi. Memang aku akui agak extreme Fixi ni. Tapi pada aku kita perlukan variety dan tidak terlalu terkongkong dalam berkarya walaupun aku akui juga yang kita perlu berpada-pada agar jangan sampai melampaui batas. Masalahnya negara kita, bila kita tak sebulu dengan orang, kita nak wipe out mereka. Kita cuma nak kita je yang hidup. Takda sikap cuba memahami keadaan dan situasi mereka. At least that’s what I thought. Fixi mungkin tidak sempurna tapi aku percaya mereka akan memperbaiki kelemahan mereka in time. Apa yang penting Fixi harus diberi peluang. Bukan kasi cabut sama dia sampai akar-akarnya sekali! That’s unfair!

Bagi aku sebagai seorang penulis, lagi banyak publication, adalah lagi baik pada kami. Macam yang pernah aku nyatakan, kami penulis ni menghadapi masalah akan publisher yang sanggup untuk menerbitkan karya kami. Most of the time, kami terpaksa akur dengan kehendak publisher. Otherwise, manuskrip kami akan disejukbekukan. Walau apa pun, aku harap kau orang semua supportlah aku, dan juga penulis-penulis yang segolongan dengan aku yang hidup segan, mati tak mau. Kami tak berharap sangat nak jadi macam Ramlee Awang Murshid. Enough for us to survive day to day basis. Kalau tak, penulis macam kami akan terkubur. Dan korang akan hanya menikmati karya yang seragam saja di pasaran (unless, that’s what you guys want).
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Khairul Nizam Khairani     


Monday, 6 August 2012

Zhi 9 – Lambang Pembangunan Teknologi Pesawat Berotor China



Mula-mula sekali aku nak ucapkan selamat berpuasa. Semoga Ramadhan ini akan menjadikan kita mukmin dan muslim yang sejati.
Pada 25 Julai yang lalu, bersempena sambutan tahunan People Liberation Army, rejimen ke-4 helikopter pasukan udara tentera darat PLA telah membuat satu pertunjukkan dengan menggunakan helikopter penyerang ringan jenis Zhi-9 WZ. Apa yang menariknya ialah helikopter Zhi-9 ini yang merupakan pembuatan tempatan. Zhi-9 sebenarnya berasaskan teknologi helikopter Eurocopter Dauphin. China diberikan kebenaran untuk menghasilkan helikopter ini pada tahun 80-an.Sejak dari itu pelbagai variasi Zhi-9 dihasilkan dan Zhi-9 WZ, helikopter tempur ringan adalah variasi yang terkini dihasilkan.

Memang Zhi-9 merupakan helikopter generasi ke-3 dan teknologinya boleh dianggap sebagai agak ketinggalan berbanding kebanyakan helikopter utility yang ada kini yang merupakan dari generasi ke-4 dan dan generasi ke-5 sedang giat dibangunkan oleh firma-firma pesawat berotor kini. Namun satu perkara yang boleh dibanggakan ialah kesungguhan China dalam usaha untuk meneroka teknologi-teknologi ini. Memang sekali imbas ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan namun sekurang-kurangnya China memiliki ilmu asas dalam membangunkan sebuah helikopter. Malah ia juga membawa kepada kejayaan China dalam menghasilkan helikopter penyerang jenis WZ-10.

Walaupun teknologi pesawat berotor di China masih dianggap agak terbelakang jika dibandingkan dengan firma-firma dari US dan Eropah namun teknologi mereka tidaklah terlalu jauh ketinggalan. Dan kenyataan betapa China berjaya menguasai teknologi yang berkaitan secara keseluruhan seperti rekabentuk, enjin, radar, sistem perisian komputer dan persenjataan menunjukkan betapa China telah berjaya meneroka industry ini secara keseluruhan. Hanya masa yang akan menentukan bilakah China akan menjadi pesaing utama kepada firma-firma utama dari barat.

Malaysia mula memberikan perhatian kepada kemampuan pesawat berotor dari sudut ketenteraan pada lewat 80an yang membawa kepada penubuhan PUTD (Pasukan Udara Tentera Darat) pada tahun 1994. ATM menyedari peranan sebuah helikopter kini adalah lebih dari sekadar mengangkut tentera ke lokasi dan membuat tinjauan ringan. Peranan PUTD secara spesifik adalah memberikan bantuan taktikal kepada pasukan tentera di medan tempur, pemantauan (reconnaissance and observation), melakukan serangan udara ke bumi (anti tank, sasaran spesifik (menara radar), tentera musuh), taktikal transport, MEDEVAC (Medical Evacuation) dan misi SAR (Search and Rescue).

Namun sehingga kini objektif PUTD masih gagal di penuhi akibat kekangan aset. Pada ketika ini PUTD hanya memiliki satu skuadron iaitu skuadron 881 yang terdiri daripada 11 buah pesawat Agusta Westland 109 LOH (Light Observation Helikopter). Pada perancangan awal, AW 109 LOH akan dilengkapi dengan pelancar roket 70mm dan mesingan 20mm. Tetapi aku kurang pasti samada ia sudah dipasang atau belum. AW 109LOH sebenarnya adalah projek perintis kerana hasrat utama PUTD adlah untuk memiliki skudron helikopter penyerang. Malah kita kini mungkin sudah memiliki 8 buah pesawat Denel Rooivalk buatan Afrika Selatan kalau tidak kerana kerunduman ekonomi pada tahun 1997. Namun hasrat itu tidak pernah dipadam. Baru-baru ini Eurocopter telah menawarkan ATM pesawat helikopter tempur EC665 Tiger. Namun seperti biasa, kekangan kewangan menyebabkan tawaran Eurocopter itu terpaksa di tolak. Namun PUTD masih menyimpan impian untuk membeli samada EC665 Tiger atau pun AH64 Apache Longbow (Rooivalk telah digugurkan kerana ATM berkehendakkan pesawat penyerang generasi ke-4).

Apakah peranan helikopter penyerang? Peranan utamanya ialah memberikan bantuan udara (CAS-close air support) secara langsung dan tepat kepada pasukan tentera darat di medan tempur dan keduanya memusnahkan kereta kebal. Selain itu ada juga peranan-peranan sampingan yang lain seperti memusnahkan sasaran spesifik dan membantu mengawal pesawat helikopter peninjau. Kalau dilihat sekali imbas, kelihatan seperti ATM tidak begitu memerlukan helikopter penyerang kerana Malaysia kini sudah 23 tahun berada di dalam situasi aman sejak PKM menyerah diri. Peranan helikopter penyerang tampak diperlukan kalau sekiranya Malaysia terlibat dalam dalam konflik bersenjata dalam skala yang besar. Namun peperangan boleh meletus tanpa diduga.

Aku tidak tahu jika anggota tentera infantry Malaysia mempunyai pengalaman dan kemahiran beroperasi dengan disokong CAS. Aku tahu sewaktu insurgensi dahulu infantry kita memang sudah biasa dengan CAS dari TUDM namun agak terhad dan asas. Malah setahu aku, buat masa ini operasi CAS ATM hanya menggunakan pesawat Hawk 100 dan helikopter AW 109. Operasi CAS kini adalah amat canggih dan terbukti keberkesanannya. Ini terbukti di Iraq dan Afghanistan. Tentera US enggan melaksanakan sebarang misi pemantauan ke kawasan berisiko tinggi sekiranya mereka tidak mendapat sokongan CAS. Pesawat-pesawat seperti AH-64 Apache, A-10 Warthog, AC-130 Spectre, F-15 Eagle malah UAV Predator seringkali digunakan untuk memberikan perlindungan kepada tentera-tentera US dan ia terbukti berjaya mengekang serangan pihak militan. Malah seringkali berlaku dimana tentera-tentera US yang hampir tewas namun berjaya meraih menenangan menumpaskan musuh dengan bantuan CAS. Bererti kini CAS merupakan satu elemen yang penting dalam pertempuran era moden. Dan tentera Malaysia harus mengikut trend ini sekiranya mahu menjadi sebuah pasukan tentera yang efektif.

Selain itu, ancaman kereta kebal juga harus dirisaukan. Kita tahu Singapura memiliki 130 buah kereta kebal jenis Leopard 2SG yang telah diupgrade. Satu jumlah yang sangat besar! Aku tahu tentera darat ada memiliki unit anti material namun ia agak berisiko. Agak sukar untuk mengekang kemaraan kereta kebal dalam jumlah yang banyak. Jadi helikopter penyerang diperlukan bagi menyekat rejimen kereta kebal musuh dalam jumlah yang banyak dengan lebih efisien. More reason to get an attack helikopter.

Kenapa aku membangkitkan isu helikopter dari sudut pertahanan negara dan apa kaitan dengan Zhi-9 China? Seperti yang diketahui, kita akan menerima first batch EC 725 Cougar pada penghujung tahun ini. Selebihnya akan dihantar mengikut waktu yang ditetapkan bagi melengkapkan pembelian 12 buah pesawat tersebut. ATM pernah menyatakan mahu menambah 12 buah lagi EC 725 di masa hadapan bagi membolehkan ia mengambil alih secara keseluruhan akan tugas sebagai helikopter utility utama ATM dari pesawat Nuri. Namun sebenarnya jumlah 24 buah helikopter ini masih tidak mencukupi. ATM menyatakan jumlah minimum yang diperlukan adalah sebanyak 40 buah! Jika angka ini mahu dipenuhi bererti kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan 28 buah lagi pesawat yang sama. Dan ini adalah sesuatu yang tidak memungkinkan memandangkan ATM terpaksa menghadapi banyak keperluan akan aset-aset yang lebih penting. Malah aku yakin kemungkinan besar 12 buah pesawat ini akan kekal dalam jumlah tersebut buat satu jangka waktu yang lama sebelum kerajaan bersetuju untuk menambah bilangannya.

Helikopter utility adalah pesawat yang penting dalam sebuah pasukan tentera moden. Ia akan meningkatkan daya mobility sesuatu pasukan infantri dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi tentera US, unit helikopter dianggap pasukan kalvari moden. Tak guna memiliki jumlah pasukan infrantri yang ramai kalau mereka tidak mampu untuk sampai ke lokasi yang diperlukan pada masa yang tepat. Jumlah 12 buah EC 725 tidak mampu membawa anggota tentera yang ramai. Setiap sebuah pesawat hanya mampu membawa 28 orang anggota. Kalau semua pesawat dikerah dalam satu masa untuk satu misi, hanya seramai 336 orang anggota sahaja yang boleh dihantar dalam satu penerbangan. Walaupun Malaysia kini sedang menumpukan pada projek kereta perisai 8x8 bagi memenuhi keperluan mobility infantry namun kenderaan darat hanya mampu memenuhi keperluan itu kalau sekiranya lokasi tersebut berada dalam jarak yang dekat. Bagaimana sekiranya kalau kita perlu menghantar pasukan infantry dari utara semenanjung ke selatan tanahair? Penggunaan kapal laut akan memakan masa yang lama. Pesawat udara adalah kenderaan yang paling sesuai.

Namun kekangan kewangan menjadi masalah utama bagi kita untuk memenuhi keperluan ini. Masalah kewangan seringkali menjadi masalah utama dalam usaha ATM untuk bertransformasi menjadi sebuah pasukan tentera moden yang memenuhi cabaran masa kini. Kalau mahu memenuhi keperluan pesawat utility pun kita tidak mampu, apatah lagi memenuhi keperluan pesawat helikopter tempur. Sudah tentu hasrat itu kelihatan amat jauh dari gapaian. Zhi-9 seringkali dilihat sebagai satu pencapaian yang sederhana China dalam industry pesawat berotor oleh pemerhati luar. Namun secara amnya, ia telah berjaya memenuhi keperluan asas pasukan tentera China (PLA). Sebanyak 200 buah pesawat Zhi-9 kini berada dalam perkhidmatan PLA. Zhi-9 mungkin bukan pesawat tercanggih dalam kelasnya. Namun dengan jumlah yang sangat besar, ia mampu untuk menjadi rintangan barisan hadapan dalam menghadapi ancaman pihak musuh. Kalau China terpaksa membeli, jumlah ini akan memerlukan perbelanjaan yang mega besar.

Isu ini disentuh kerana Malaysia, seperti juga China sedang dalam proses memodenkan barisan ketenteraan dan pertahanan nasional. Namun setelah lebih sepuluh tahun berlalu, usaha itu boleh dikatakan sangat perlahan. Alasan yang sering dikeutarakan ialah kekangan kewangan. Bukannya Malaysia tidak memiliki wang cuma kerajaan beranggapan adalah lebih baik jika pembangunan ekonomi dan infrastruktur diutamakan dahulu berbanding kekuatan kententeraan. Sedang dalam masa yang sama, Singapura yang begitu bimbangkan ancaman dari Malaysia memperuntukkan suku dari jumlah bajet negara bagi tujuan pertahanan malah menetapkan visi untuk menjadi pasukan pertahanan bertaraf kelas pertama. Walaupun matlamat itu masih belum berjaya dicapai seratus-peratus oleh Singapura namun mereka kini adalah ketumbukan tentera yang termoden di Asia Tenggara, jauh meninggalkan pasukan tentera dari negara tetangga yang lain. Mereka gigih membina pasukan tentera mereka sambil cuba untuk membangunkan teknologi dan kelengkapan dengan menggunakan tenaga tempatan. Sesuatu yang boleh dibanggakan.

Namun perkara yang sama tidak dapat dinyatakan pada Malaysia (jangan pula tuduh aku tidak patriotik atau penderhaka!). Kemampuan ketenteraan kita masih agak menyedihkan dan ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Singapura. Dan alasan untuk mengutamakan kepentingan ekonomi pula tidaklah begitu memberangsangkan. Kita berada di bawah Singapura baik dari segi ekonomi dan ketenteraan! Bagai dikejar tak dapat, dikelek keciciran. Apakah sebenarnya masalah utama Malaysia? Adakah benar kekangan kewangan menjadi faktor utama? Inilah yang mahu aku tekankan. Singapura satu masa dahulu sama saja tarafnya dengan kita. Begitu juga dengan China. Malah China satu masa dahulu adalah lebih daif dari Malaysia. Namun kini kedua-dua buah negara tersebut semakin maju dari segi ekonomi dan kekuatan ketumbukan ketenteraan mereka juga semakin meningkat. Malah negara miskin macam Vietnam pun masih mampu meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka dalam keadaan yang amat menekan. Jadi di mana silap Malaysia?

Pada asasnya bukanlah Malaysia tidak berusaha atau tidak begitu terbuka atau cukup bijak dalam menambah-baikkan kekuatan pertahanan negara. ATM sudah membentangkan pelbagai kertas kerja dan cadangan akan bagaimana dan apakah yang harus dilakukan bagi meningkatkan kemampuan ketenteraan negara. Malah Malaysia juga berusaha untuk membangunkan teknologi dan penghasilan aset ketenteraan dengan menggunakan tenaga tempatan. Namun banyak benar halangannya. Daripada rumusan aku, kegagalan atau permasalahan yang dihadapi oleh beberapa projek ketenteraaan disebabkan beberapa perkara. Pertama, kewangan. Kedua, ketelusan. Ketiga pengurusan. Dan keempat adalah kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Namun sebab kedua dan ketiga menjadi duri dalam daging. Walaupun seringkali dinafikan adanya berlaku perkara yang tidak sepatutnya namun kita sebagai rakyat akan mula tertanya-tanya kenapa sesuatu projek atau program itu gagal dengan kerugian dari sudut kewangan yang sangat besar! Ambil contoh projek NGPV. Setelah berbilion ringgit dibelanjakan dengan matlamat untuk menghasilkan 27 buah kapal namun ia gagal dipenuhi. Maka kerajaan berhenti setelah menghasilkan hanya enam buah kapal dan tidak berhasrat untuk menambah angka tersebut.  Sejumlah 6.75 billion ringgit dibelanjakan namun yang kita miliki bukanlah sebuah kapal corvette sebaliknya hanyalah kapal peronda.

Begitu juga dengan isu yang mengaitkan raifal Steyr. Sepatutnya setelah sebegitu lama Malaysia berkerjasama dengan Steyr, kita seharusnya sudah memiliki kemampuan dan pengetahuan dalam bidang penghasilan persenjataan ringan. Malang sekali usahasama itu bagai tidak membuahkan sebarang hasil. Malah Vietnam yang serba kekurangan itu memiliki pengetahuan serta kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang penghasilan raifal berbanding Malaysia. Dan perlukah aku sentuh isu Scorpene? Rasanya tidak perlu. Nanti ada pula pihak yang menggelar aku sebagai pengkhianat bangsa. Kini dua program menjadi tumpuan. Program pembangunan kereta perisai PARS 8x8 yang bernilai 8 bilion ringgit dan juga program pembangunan SGPV yang dijangka akan menelan belanja sebanyak 6 bilion ringgit. Harapnya program-program ini tidak akan menghadapi masalah yang serius dan yang paling penting, pihak-pihak yang terlibat akan jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab ini. Jika kedua-dua program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya, pada masa hadapan rakyat tidak akan mempersoalkan tindakan kerajaan yang berbelanja besar untuk sesuatu program pembangunan pertahanan.

Membangunkan sendiri teknologi pertahanan dan penghasilan aset pertahanan secara local adalah amat penting kalau kita mahu berjimat cermat dalam jangka masa panjang. Mungkin aset yang dihasilkan tidak sehebat dan secanggih aset-aset negara-negara maju macam US, Britain mahu pun Russia. Namun setidak-tidaknya kita memiliki pengetahuan asas akan sesuatu teknologi tersebut. Pesawat berotor misalnya, setelah sebegitu lama Eurocopter bertapak di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai hub mereka di Asia Tenggara, kenapa pengalihan teknologi dan ilmu pengetahuan hanya sekadar menyelenggara dan membaik pulih helikopter sahaja? Bukankah sudah sepatutnya kita berkemampuan untuk setidak-tidaknya menghasilkan sebuah helikopter ringan? Apa alasan kita? Masalah kewangan? China pada era 80an dahulu juga miskin tapi mereka giat juga melaksanakan program pembangunan ketenteraan. Adakah orang kita tidak cukup bijak? Aku ada terbaca satu blog yang menyatakan kalau Malaysia bangunkan sesuatu program aset yang berat macam jet pejuang, kapal selam atau yang sewaktu dengannya, ia takkan sehebat buatan negara luar yang dah lama membangunkan industry tersebut. What the f**k! Dah 2012 ni pun masih ada lagi orang Melayu pak pandir. Pada aku, selagi kita tak buka langkah, maka kita takkan ke mana. Mungkin pada awalnya penghasilan kita adalah rendah kualitinya. Tapi semakin lama kita berusaha semakin banyak pengalaman dan ilmu yang kita tiba. So make a move first! Gagal itu lumrah. Gagal, cuba lagi.

Mungkin masalah utamanya ialah kesungguhan. Orang Melayu (aku kata orang Melayu sebab bidang pertahanan di kuasai orang Melayu) bagai paku, nak kena ketuk dulu. Kita kalau tak terdesak maka buat kerja tak bersungguh-sungguh. Adakah kita akan mula mengambil serius dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan teknologi pertahanan tempatan apabila kita menghadapi krisis bersenjata? Dan seringkali pula ada pihak yang tidak telus apabila dilibatkan dalam program-program pertahanan yang penting ini. Sentiasa cuba mencari peluang untuk memenuhi perut sendiri tanpa memperdulikan kepentingan negara. Entah kemana nilai patriotisma mereka. Perlu diingat, Singapura telah menandatangani persefahaman dan kerjasama ketenteraan dengan Thailand, Filipina, Indonesia malah Brunei juga. Namun tidak Malaysia. keempat-empat buah negara ini adalah negara jiran tertangga kita yang mengelilingi Malaysia. kecuali Brunei, negara-negara lain ada isu terpendam dengan Malaysia. Indonesia dengan sejarah Ganyang Malaysianya. Filipina dengan isu kemasukan Sabah ke dalam Malaysianya. Thailand pula dengan isu pemberontakan di Selatan Thainya. Dan Singapura yang masih paranoid dengan kemungkinan Malaysia akan menceroboh dan merampas kembali kedaulatan Singapura. Tidakkah ia cukup untuk menimbulkan kebimbangan kita? Ini belum lagi melibatkan isu kebarangkalian ancaman dari China yang dari hari ke sehari semakin keras dan agresif menekankan hak mereka ke atas Laut Cina Selatan.

Memang kekuatan ketenteraan Malaysia jauh lebih ampuh jika hendak dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu. Dengan 18 buah pesawat SU-30 yang tercanggih di rantau ini dan kemungkinan penambahan 18 buah lagi pesawat pejuang moden di masa hadapan (Typhoon kembali dikatakan sebagai pesawat yang akan mengisi slot tersebut), dua buah kapal selam Scorpene, kapal selam termoden dan paling canggih di Asia Tenggara, program SGPV yang bakal menyaksikan 6 buah kapal LCS stealth yang bakal menjadi sebahagian armada tentera laut Malaysia berbanding Singapura yang hanya memiliki dua buah kapal perang moden stealth. 48 buah kereta kebal PT-91 yang merupakan diantara kereta kebal terbaik di dunia. Serta pembelian penambahan 18 unit bateri pelancar roket berganda Astross II yang keseluruhannya menjadi 54 buah bateri dengan beribu-ribu buah roket dengan kemampuan jarak dari 30 hingga 90 km (menjadikan Malaysia negara kedua memiliki paling banyak unit Astross selepas Arab Saudi. Malah negara pengeluar Brazil juga hanya memiliki 50 unit bateri). Namun bayangkan sekiranya kita berkonfrontasi dengan Singapura sambil jiran-jiran tertangga kita turut membantu mengganyang kita. Mampus kita!

Mahu tidak mahu Malaysia kini harus meningkatkan usaha membangunkan teknologi pertahanan negara. Firma-firma swasta tempatan dan STRIDE (Science and Technology Research Institute of Defence) harus berkerjasama dalam usaha ini. Kita harus berusaha mencedok dan mencuri ilmu dari pihak-pihak luar dengan sebanyak-banyaknya. Walau susah bagaimana pun, harus kita berusaha. Walau sebesar mana pun pengorbanan, harus kita lakukan. Patriotisma juga adalah untuk negara dan bukan pemimpin! Jadi selama ini pihak yang banyak menyalak akan semangat patriotisma, maka inilah masa untuk membuktikannya. Sacrifice everything, not for the money and power but for god and country. Otherwise, don’t ever f**kin demand from rakyat of terima kasih for your so call jasa of what your father have done in the past!

Saturday, 14 July 2012

Lawatan udang di sebalik mi


Pada bulan Mei yang lalu, dua orang senator dari parti Republikan iaitu John McCain dan Joseph Liebermen telah melawat Malaysia. Adalah agak mengejutkan pada aku kerana kedua-dua senator ini memiliki nama yang besar di US. Jadi apa yang mereka buat datang ke Malaysia sedangkan kita tahu sebelum ini ahli dewan senat US selalu belasah Malaysia dalam pelbagai isu (especially isu berkaitan jiran tetangga kita kat selatan tu). Dan adalah lebih mengejutkan pada aku kerana kedua-dua senator ini adalah senator yang menjadi penyokong kuat pada kempen perang keganasan global (War against global terrorism) yang telah mencacatkan imej Islam di mata dunia. Kedua-dua mereka juga telah memberikan sokongan yang kuat kempen pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq. Malah telah membantah rancangan Obama untuk mengundurkan tentera dari Iraq dan rancangan pengunduran tentera US dari Afghanistan.

Mereka juga lantang menggesa kerajaan US agar membantu dan menyokong Israel melancarkan serangan ke atas Iran dengan alasan bimbang sekiranya Iran akan menyalurkan pengetahuan serta bom nuklear kepada mana-mana orgnisasi pengganas. Dan yang paling penting, kedua-dua senator ini adalah penyokong kuat akan kedaulatan negara haram Israel dan membantah sekeras-kerasnya akan penubuhan negara Palestin. McCain sendiri menyatakan bahawa Hamas adalah sama tarafnya dengan mana-mana pertubuhan ekstrimis Islam jadi tidak layak US untuk meneruskan perbincangan Road Map dengan kerajaan Hamas.

Aku minta maaf, tapi bukankah negara kita, kerajaan kita dan rakyat Malaysia majoritinya menentang dan membantah sikap angkuh Israel serta tindakan pencerobohan US ke atas Afghanistan dan Iraq? So how in god name we allowed this two monkey head set their foot on our soil? Adakah Malaysia hanyalah negara tin kosong? Lantang bersuara tapi tak bererti apa-apa? Setakat buat syarat je memandangkan negara kita majoritinya penganut Islam sunnah wal jamaah? Kalau tak bersuara, nanti dianggap sekular pulak! So what is going on?

Kemudian aku teringat betapa sejak Najib dilantik menjadi perdana menteri, Malaysia galak untuk cuba merapatkan hubungan dengan US. Malah lebih galak dari zaman Mahathir. Malah tak keterlaluan kalau dikatakan kalau Mahathir masih perdana menteri, dua ekor monyet ni pasti takkan menjejakkan kaki mereka ke sini. Namun hasil usaha Malaysia itu nampak kabur. Tidak dapat dinyatakan secara jelas akan penerimaan Rumah Putih akan usaha Malaysia itu. Berdasarkan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih melalui setiausahanya, Hillary Clinton, menunjukkan kerajaan US di bawah pentadbiran Barack Obama nyata tidak begitu senang dengan corak pentadbiran Najib yang berbentuk authoritarian. It’s not like it was something new cuma corak pemerintahan Najib dilihat adalah lebih keras jika hendak dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya iaitu Abdulah Ahmad Badawi. Pentadbiran Obama seperti juga pentadbiran Bill Clinton memang tidak menggemari corak pentadbiran Mahathir dan tidak mahu Malaysia kembali kepada corak pemerintahan yang digelar Mahatirism. I mean, who can forget the ‘Al Gore Incident’ pada 1998 yang benar-benar memalukan Mahathir. Sejak dari itu Malaysia dilihat bagai tidak sebulu dengan parti Demokrat US. Maka tuduhan modern western colonialism mula dihamburkan kepada US (walaupun parti Republikan adalah lebih signifikan dengan tuduhan tersebut).

Dan hubungan di antara Malaysia kembali pulih sebaik Republikan kembali mengambil alih tampuk pentadbiran Rumah Putih dengan George W Bush sebagai presidennya. Kemuncak hubungan baik di antara Malaysia dengan US adalah apabila Mahathir melawat Rumah Putih pada tahun 2002 selain kecaman Mahathir ke atas serangan 9/11. Jadi adakah pentadbiran Najib gagal mendapatkan sokongan pentadbiran Obama lalu mendapatkan jalan alternatif dengan mendapatkan sokongan sahabat lama iaitu parti Republikan? Mahu tidak mahu kita terpaksa akui, sokongan dari US amat penting kalau nak survive dalam arus global kini. Tanpa sokongan US (samada kuat atau moderate) akan menyukarkan Malaysia untuk maju. Apatah lagi negara-negara Asia Tenggara kini sedang menghadapi satu lagi isu besar iaitu isu Laut Cina Selatan dan kebangkitan kuasa China.

Kebanyakan negara-negara jiran sudah pun secara terbuka menyatakan persetujuan akan kerjasama (atau bersekutu?) mereka dengan US. Filipina, Thailand, Singapore malah Vietnam dan Myanmar. Namun tidak Malaysia. Malaysia masih cuba untuk membawa haluan non align stand. Tapi seperti yang aku katakan tadi, amat sukar! Sekurang-kurangnya Malaysia harus mendapatkan hitam-putih dari US akan sokongan mereka kepada Malaysia sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga. Setidak-tidaknya dari sudut politikal. Tapi dengan Hillary Clinton begitu keras mengkritik dasar hak asasi manusia serta perkembangan politikal Malaysia serta menuntut Malaysia mengamalkan dasar demokrasi sebenar, jelas sekali Malaysia berada di dalam dilema. Menukar Malaysia dari sebuah negara authoritarian kepada sebuah negara berdemokrasi penuh akan memungkinkan Barisan Nasional tumbang dalam pilihanraya. Jadi UMNO enggan mengambil risiko untuk akur dengan tuntutan dari Hillary Clinton yang membawa suara Obama dan Rumah Putih.

Jadi secara jujurnya aku melihat lawatan McCain dan Lieberman ini sebenarnya adalah ‘plan B’ bagi mendapatkan sokongan US setelah usaha meraih sokongan secara terus dari Rumah Putih tampak kurang meyakinkan. Namun aku enggan sentuh perkara berkaitan politik Malaysia. Apa yang ingin aku nyatakan di sini ialah agenda dua senator ini. McCain memuji dasar transformasi Najib tatkala Hillary menyatakan yang ianya tidak mencukupi. McCain memuji Malaysia sebagai model sebuah Negara Islam moderate yang harus dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain. What the hell is that? Tidak ada Islam moderate. Tidak ada Islam liberal. Tidak ada Islam konservatif. Tidak ada Islam ekstremis. Islam itu Islam! Yang menjadikan imej Islam itu rosak adalah kerana penganutnya, bukan Islam itu sendiri! Sayangnya kita seolah-olah memerlukan pengktirafan dari seorang penyokong kuat Israel untuk mengesahkan yang kita sebagai seorang Muslim, telah mengamalkan Islam yang betul, berdasarkan interpetasi mereka!

Adakah kita perlu pengiktirafan sebagai sebuah negara Islam dari orang seperti McCain atau Lieberman? Atau Barack Obama sekali pun. Tak perlu! Kita tak perlu buktikan pada sesiapa. But then again, here we are, being a dumbass of the west! Menurut kata jabatan perdana menteri, lawatan Lieberman dan McCain akan menambahkan keyakinan pelabur-pelabur US untuk meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia. US adalah sebuah negara yang licik. Mereka banyak belajar dari sejarah. Salah satu perkara yang paling mereka takuti ialah US tumbang seperti empayar-empayar agung sebelum ini. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perkara itu tidak berlaku. Setiap ancaman (atau perkara yang berpotensi menjadi ancaman) akan ditangani mereka. Malaysia adalah negara yang dianggap tidak sebulu dengan US. Malaysia sejak dari dulu dianggap sebagai sebuah negara yang anti barat dan anti yahudi (which not sit well with American public). Namun Malaysia tidak dianggap sebagai ancaman kerana Malaysia dilihat tidak berkemampuan dari sudut ekonomi, akademik dan pengetahuan mahu pun ketenteraan. Trust me, kalau kita macam Iran, di kala ini Malaysia dah disenaraikan sebagai salah sebuah dari negara Axis of evil! Namun kebangkitan ekonomi Asia Tenggara yang masih stabil walapun ekonomi dunia secara umumnya menghadapi masalah amat membimbangkan US. Dan di kala ini Malaysia adalah satu-satunya negara yang masih menyatakan rasa kurang senang (dalam nada lembut) dengan usaha US untuk menyelitkan diri dalam isu Laut Cina Selatan. Negara-negara lain hatta Indonesia sekali pun sudah mula menyatakan sokongan akan kehadiran US di Asia Tenggara, samada secara langsung mahu pun tidak langsung.

US selain mempunyai sejarah sering menceroboh dan mencabuli kedaulatan sesebuah negara menggunakan kekuatan ketenteraan, juga memiliki sejarah untuk menguasai sesebuah negara melalui kuasa politik (dengan menyokong pemimpin-pemimpin boneka sesebuah negara) dan juga ekonomi. Aku melihat McCain dan Lieberman serta Republikan sebenarnya sedang menangguk di air yang keruh. Mereka tahu kerajaan Malaysia kini butuhkan sokongan US. Dan Republikan kini walaupun tidak menduduki Rumah Putih namun menguasai majoriti dewan senat. Jadi mereka kini sedang main tarik tali. You scratch my back and I scratch yours! Mereka menyatakan sokongan tapi mereka pasti menuntut sesuatu sebagai pulangan. The question is what is the favour that they asked in return of their support?

Selain dari itu, US juga pernah beberapa kali menubuhkan satu jawatankuasa khas berkaitan bantuan dan sokongan ekonomi ke sesebuah negara dengan satu tujuan utama, menguasai ekonomi negara tersebut dan bila tiba masanya, mereka mampu untuk memulas tanduk si pemimpin negara tersebut agar akur dengan tuntutan mereka. Antara negara yang pernah menjadi mangsa ialah Cuba (sebelum zaman Castro) dan Panama (Noriega dulu adalah member baik US sehinggalah bila dia taknak tunduk dengan tuntutan US. US hantar tentera dan ceroboh Panama dan tangkap Noriega. Sampai sekarang Panama menjadi negara miskin dan tak mampu bangkit). Atau mungkin US akan meminta Malaysia agar mengadakan kerjasama yang lebih rapat di antara badan risikan Malaysia (PDRM atau ATM) dengan badan perisikan US. Perlu difahami dengan lebih teliti maksud kerjasama yang lebih rapat bererti; kerajaan Malaysia memberikan kebenaran dan kebebasan pada badan risikan US untuk beroperasi di Malaysia biar pun ia tidak melibatkan ancaman ke atas Malaysia. Hubungan seperti ini boleh dilihat di antara US dengan Pakistan. Akhirnya US sewenang-wenangnya bertindak dengan membelakangkan Pakistan biar pun operasi tersebut berada di dalam wilayah Pakistan sendiri.

Di kala ini Malaysia secara teknikalnya tidak membenarkan mana-mana badan risikan asing beroperasi di sini. Kalau ada, bererti mereka beroperasi secara haram, covert dan clandestine. Kerajaan Malaysia boleh memberkas, menangkap dan menghukum perisik-perisik ini. But then again, Malaysia tidak mahu menimbulkan masalah dengan negara-negara yang lebih berpengaruh ini. Asalkan jangan sampai melampaui batas dan mengancam keselamatan negara, maka kerajaan akan tutup mata biar pun pihak kerajaan tahu akan kewujudan perisik-perisik ini. Setahu aku, kes berprofil tinggi berkaitan badan risikan asing di Malaysia ialah kes Siddiq Ghouse, bekas setiusaha politik Mahathir yang menjadi ejek KGB yang membawa kepada pengusiran tiga diplomat Soviet Union pada tahun 1982.

Kedatangan dua senator ini dilihat sebagai satu perkara yang positif yang menunjukkan betapa US yakin akan keadaan di Malaysia dari sudut ekonomi dan politik. Namun pada pandangan aku yang tak seberapa bijak ini, jangan begitu mudah kita menerima puji-pujian dan pengiktirafan dari negara Uncle Sam ini. Setiap tindak-tanduk US sepanjang sejarah penubuhannya sentiasa ada agenda tersembunyi atau bak kata pepatah yang aku dah adjust; ada udang disebalik mi. Seperti yang aku katakan tadi, di kala kebanyakan negara-negara Asia Tenggara telah mula menunjukkan kecenderungan ke arah US, Malaysia dilihat masih lagi macam lone ranger, dok main tembak sorang-sorang. Pentadbiran Obama memang diketahui gemar mengekalkan imej sebagai sebuah pentadbiran yang bebas dan bermoral jadi mereka keras menekan kerajaan Malaysia yang sedia ada agar berlaku adil dalam pentadbiran. Jadi kerajaan Malaysia beralih pada pihak yang sanggup berkerjasama iaitu parti Republikan. Jadi tidak mustahil jika Parti Republikan (yang yakin akan dapat merampas kedudukan presiden dalam presidential election pada kali ini) akan menggunakan kesempatan ini untuk cuba menanam jarum beracun.

Apa yang aku bimbangkan ialah tujuan sebenar mereka-mereka ini yang menjadi pendokong kuat dasar konservatif dan falsafah NWO (the new world order) ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dipanggil ‘Client State’. Istilah ini merujuk kepada sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tetapi pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan pelbagai lagi sektornya dipengaruhi oleh negara yang lebih kuat. Namun ia juga merujuk kepada sebuah negara dengan pemerintahan authoritarian yang mempunyai hubungan yang rapat dengan negara kuasa besar dan menjadi proksi kepada negara tersebut dan US mempunyai rekod yang panjang dalam sejarah dengan skim jahat ini. Di antara negara di Asia Tenggara yang pernah menjadi Client State kepada US ialah Cambodia dan Filipina. Kedua-dua Negara ini, pentadbiran serta ekonominya begitu kuat dipengaruhi US sehingga mereka terpaksa akur dengan segala tekanan US. Malah Arab Saudi juga tergolong dalam negara ‘Client State’ kepada US sehingga kini (Thank to the Saud family).

Jadi fikirkan, adakah lawatan dua ekor monyet ini adalah sesuatu yang membawa manfaat atau satu permulaan kepada sesuatu yang lebih menakutkan? Adakah suatu hari nanti Malaysia akan tergolong di dalam senarai negara Client State US. Adalah hina kita sekiranya ia berlaku, menjadi anjing kepada Amerika! Singapura, Indonesia dan Thailand pasti akan tertawa sambil meludah ke muka kita dan kita takkan mampu untuk berbuat apa-apa! Dan jangan pula menganggap perkara ini adalah mustahil. Kerana sejarah menunjukkan, seorang pemimpin atau sebuah kerajaan yang terdesak untuk mengekalkan kuasa akan sanggup melakukan apa sahaja hatta menjual negaranya sendiri! Jadi nilaikan sendiri samada di kala ini kita patut bersorak kegembiraan atau mula berasa bimbang!

Monday, 18 June 2012

Avenger- The Movie vs Comic

Bila khabar angin akan pembikinan The Avenger tersebar, semua peminat komik berasa agak sangsi kerana Avenger adalah kumpulan adiwira yang ternama. Nak bikin X-Men pun lelah apatah lagi Avenger. Namun ia jadi kenyataan jugak. Khabar angin juga menyatakan yang filem Avenger akan berdasarkan kepada komik  Avenger – Ultimate. Which makes it more interesting kerana Avenger: Ultimate is a hot sales. Komik yang terbaik sejak The Dark Knight Return (komik) karya Frank Miller in the 80s. Jadi semua orang tertunggu-tunggu keluarnya Avenger the movie.

Aku baru tengok filem ni kat wayang beberapa minggu yang lalu. Sebagai seorang comic fans dan movie buff, adakah aku berpuashati dengan Avenger the movie? Not so! Malah pada pendapat aku, ia agak mengecewakan. Mungkin sebab tahap filem The Dark Knight Return (not based on Frank Miller comic with the same title) arahan Christopher Nolan yang agak tinggi jadi aku expect The Avenger akan lebih serius dan berat (kalau pun tak seberat Dark Knight Returns). Tapi hampeh! Apa yang lebih mengecewakan aku adalah kerana skripnya yang aku jangkakan akan mengikut Avenger: Ultimate tidaklah tepat. Malah sebenarnya jalan cerita Avenger the movie adalah lebih ringan kalau nak dibandingkan dengan Avenger: Ultimate.
Aku menyangkakan skripnya (walaupun mungkin tidak seratus peratus) akan sama seperti Avenger: Ultimate tapi tidak. Ini berdasarkan pada skrip filem Captain America: The First Avenger yang mengikut jalan cerita awal Captain America dalam Avenger: Ultimate. But that is as far as it goes. Walaupun ada penglibatan mahluk asing Chitauri namun ada elemen yang lain yang menyebabkan Avenger the movie gagal pada citarasa aku.
Ada banyak perbezaan di antara Avenger the movie dengan Avenger: Ultimate. Paling ketara ialah ketiadaan dua watak penting dalam Avenger: Ultimate iaitu Hank dan Janet Pymm AKA Giantman dan Wasp. Walaupun ada karakter Black Widow dan Hawkeye dalam komik ni namun watak mereka tidaklah begitu besar. I guess it’s because Giantman and Wasp is not a cool character as Black Widow and Hawkeye on silver screen. Dalam filem Avenger, Loki (yang juga hanya muncul dalam komik pada volume ke 3) merampas Tesseract (which remind me of Transformer energon cube) bagi membuka portal untuk membenarkan tentera Chitauri menceroboh dan menakluki bumi. Tapi dalam volume pertama Avenger: Ultimate, Chitauri adalah musuh utama. Objektif utama Avenger di gabungkan adalah untuk menghadapi ancaman Chitauri. Bunyinya agak simple namun kekuatan Avenger: Ultimate adalah perkembangan setiap karakternya. Kalau dalam filem, Tony Stark AKA Ironman mengalami masalah jantung. Namun dalam Ultimate, Tony Stark mengalami barah otak dan hanya ada tempoh enam bulan ke lima tahun sahaja untuk hidup.
Captain America di filem dan komik hampir sama karakternya cuma Captain Amerika di komik masih lagi mengalami masalah untuk menerima kenyataan yang dia telah kehilangan 30 tahun dari hidupnya dan makwenya kini sudah berkahwin dengan sahabat baiknya.
Hank dan Janet Pymm AKA Giantman dan Wasp pula walaupun nampak sebagai pasangan suami isteri yang bahagia namun berlaku masalah domestic violence. Hank cemburu akan hubungan rapat isterinya dengan Steve Rogers AKA Captain America. Suatu hari dia telah memukul isterinya dengan teruk sehingga Janet mengalami cedera parah dan menyebabkan Hank dibuang dari Avenger. Hank juga sebenarnya mencemburui kepintaran Dr. Bruce Banner yang semakin hampir menguraikan formula super soldier yang menjadikan Steve Rogers kuat.
Dr. Bruce Banner AKA Hulk dalam filem ni tak macam Bruce Banner dalam filem. Dalam komik, dia dianggap sebagai loser….super loser. Malah kalau tak disebabkan dia mampu untuk menguraikan formula super serum kemungkinan Nick Fury tak mahu pun rekrut dia. Jadi dia depress sebab semua orang di sekeliling dia tak respect dia. To make things worst ialah bekas kekasih dia Betty Ross pun tidak mempercayai dia. Ini menyebabkan dia bertukar menjadi Hulk. And trust me, Hulk dalam komik is way more vicious and stupid. Ia memerlukan semua anggota Avenger untuk menewaskan dia. Thor pun tak mampu nak tewaskan dia secara berseorangan. There’s nothing funny or cool about Bruce Banner turning to Hulk. During the rampage, Hulk telah membunuh beratus-ratus orang yang tak berdosa. SHIELD terpaksa buat cover up cerita kononnya ada mahluk asing yang dah mengamuk yang menyebabkan kematian ramai orang awam.
Thor pula tak macam di dalam filem yang serius dan sentiasa bertanggung jawab. Thor dalam Ultimate adalah seorang tree hugger atau aktivis pencinta alam sekitar. Malah bila Nick Fury offer dia masuk Avenger, Thor tolak sebab dia menganggap SHIELD hanya tahu nak rosakkan bumi dan berperang. Even though eventually dia datang jugak tolong tapi sebab atas alasan tanggung jawab. Dia anggap semua hero dalam Avenger lembik dan tak boleh nak kalahkan Hulk apatah lagi nak tewaskan Chitauri jadi sebab dia cintakan bumi jadi dia datang juga membantu. Dan kemudiannya pihak kerajaan juga mengesyaki Thor bukannya Norse God seperti yang didakwanya sebaliknya seorang psiko yang mengalami masalah mental dan memiliki super power. Ini menjadikan dia satu ancaman seperti juga Chitauri.
Nick Fury mungkin satu-satunya karakter yang menyamai watak di dalam filem. As a matter a fact, karakter Nick Fury di dalam komik memang dilukis based pada Samuel L. Jackson. Terdapat juga beberapa watak lain di dalam komik yang tidak ada dalam filem (or probably akan diwujudkan di dalam sekuel Avenger the movie…aku pun tak tahu) iaitu Quicksilver dan Scarlett Witch (dia orang ni anak Magneto).
Apabila aku dapat tahu yang pengarah Avenger ialah John Favareu (Ironman), aku dah jammed sebab mamat ni suka mengarah filem dengan sense of humor which Avenger Ultimate is not. Tapi bila dia mengundur diri dari projek ni, aku lega sikit. Tapi jammed balik bila dapat tahu tempatnya diganti Joss Whedon. Dia ni bertanggungjawab menerbitkan tv series Buffy the vampire slayer, Angel dan Firefly. Not a bad tv series but not that heavy kind of stuff either. Dan seperti yang aku jangkakan, Avenger the movie is quite light. Lebih light compare dengan Avenger: Ultimate. Suatu masa dahulu Hollywood taknak adaptasi filem dari komik sebab merasakan filem based pada superhero terlalu kartun dan hanya sesuai untuk kanak-kanak. Tapi pada awal 90an, American comic industry sudah berani mengikut jejak Japan Manga dengan melibatkan isu-isu yang lebih serius malah sensitif.

Darkhorse Comics mempelopori genre semacam ini dengan komik Preacher, Constantine, Sandman dan pelbagai lagi sebelum ia menjangkit watak-watak yang lebih komersil macam Batman, Superman, Spiderman dan pelbagai lagi. Isu-isu berkaitan seksualiti, political, religious seringkali diselitkan dalam sesuatu series dan dapat diterima baik oleh pembaca. Malah pembaca komik sekarang kalau jalan cerita sesuatu watak itu terlalu merapu dan keanak-anakan maka tak lakulah jadinya. Namun industry filem pula terbalik. Apabila mereka mengadaptasi sesuatu watak komik ke layar perak, mereka cuba untuk tidak menjadikannya terlalu berat dan seboleh-bolehnya dikategorikan sebagai ‘R’ rated movie yang kanak-kanak pun boleh tengok. Malah Christopher Nolan mengalami masalah untuk mendapatkan kelulusan studio sewaktu nak terbitkan filem Batman Return kerana pihak studio merasakan skripnya terlalu dewasa dan Batman dah tak macam karakter komik. Nasib baik Christopher Nolan berkeras untuk mempertahankan skrip tersebut maka lahirlah Batman yang berbeza dengan Batman versi Burton mahupun Joel Schumacher.

Inilah yang berlaku pada Avenger the movie. Studio mahukan filem ini boleh ditonton oleh semua kelas umur termasuklah kanak-kanak. Clearly it’s profit making strategies. I guest nowadays trend dah terbalik. Pembaca komik lebih sesuai untuk golongan dewasa dan penonton filem adalah lebih umum. It’s sucks….big time! Man, I miss The Crow!

PS: Aku tak sabar nak tunggu dua filem je tahun ni. Dark Knight Rises dan Bourne Legacy. Please don’t sucks. Please…please don’t sucks!