The Death of Superman Saga
First issue ni keluar masa tu aku sekolah lagi. Hanya beberapa tahun kemudian (setelah aku bekerja dan ada duit sendiri) baru aku dapat beli ‘trade paperback’ komik ni. Untuk sesiapa yang bukan peminat komik US, trade paperback bermaksud kompilasi siri-siri komik dari tajuk yang sama yang dibukukan (kadang-kadang tebal macam buku teks sekolah). The Death of Superman ni bersambung-sambung dan diterbitkan dalam 3 trade paperback. The Death of Superman, World Without Superman dan The Return of Superman.
The Death of Superman
First issue keluar tahun 1992. Aku ingat lagi masa tu cerita ni siap keluar kat berita TV3. Masa tu aku pergi kedai buku yang ada jual komik US, tak sempat nak baca sebab tokey cakap komik tu dah habis orang beli (lagipun kedai tu jual stationery dan buku-buku teks serta majalah dan paper. Bukan specifically jual komik). Frust gak aku. Jadi bila aku dah sekolah dan dah kerja ada duit sendiri, trade paperback pertama yang aku beli ialah siri The Death of Superman.
Cerita dia start dengan kemunculan mahluk misteri yang bersut hijau dengan salah satu tangannya dipasung yang digelar sebagai Doomsday oleh Superman kerana kemusnahan yang telah dihasilkannya. Dari mana asal mahluk ni dia tak cerita dalam buku ni tapi dalam siri Superman/Doomsday Hunter/Prey ada beritahu Doomsday ni adalah mahluk hasil dari kajian kejuruteraan genetik oleh mahluk planet Krypton (planet asal Superman) di masa yang lampau.
Pada awalnya Doomsday cuba dihalang oleh pasukan Justice League of America tapi dengan satu tangan terpasung pun diorang tak mampu nak kalahkan Doomsday (menunjukkan betapa kuatnya mahluk ni). Dan apabila Doomsday berjaya melepaskan tangannya, semua superhero tahu hanya satu adiwira sahaja yang mampu mengalahkan mahluk ni iaitu Superman! Pada waktu ni Doomsday digambarkan dengan sutnya yang dah koyak rabak dan terdapat tulang-tulang yang berceragah keluar dari badan dia yang boleh melukakan tubuh musuh (lebih kurang macam Wolverine dengan tulang adamantiumnya). Tapi ini juga merupakan kelemahannya. Superman sedar setelah bertarung lama dengan Doomsday lalu mematah tulang tersebut.
Tapi in the end kedua-dua mereka yang dah cedera parah akhirnya mati di bandar Metropolis. Masa tu Lois Lane ada sama. Di sinilah scene Lois Lane meriba mayat Superman dengan mantel berlogo ‘S” terkibar macam bendera. Dramatik!
World Without A Superman
Tak banyak yang menarik untuk diperkatakan dalam siri ni. Ia cuma menceritakan bagaimana keadaan dunia meratapi kematian Superman. Siri ni agak emosi. Banyak fokus pada karakter-karakter yang berkait rapat dengan Superman (yang meratapi kematian Superman) seperti Lois Lane, Jimmy Olsen, mak dan ayah angkat Clark Kent.
Dipaparkan juga bagaimana mayat Superman disemadikan di musoleum dengan dihadiri oleh semua adiwira dari alam DC Comics. Batman, Wonder Woman, Captain Marvel, Flash dan ramai lagi. Ia juga menggambarkan bagaimana adiwira-adiwira yang ada cuba untuk melaksanakan tugas yang telah digalas Superman sewaktu dia hidup tetapi ia tidak sama seperti Superman. Selain itu juga turut diselitkan bagaimana pihak Cadmus (organisasi yang didalangi Lex Luthor) telah mencuri mayat Superman bagi tujuan pengklonan tetapi berjaya dihalang Lois Lane dan Supergirl.
Aku rasa bahagian yang paling menarik ialah di penghujung siri apabila ia memaparkan bagaimana orang awam mendakwa melihat kelibat (sighting) Superman. Ia menimbulkan pertanyaan adakah Superman masih hidup? Ia adalah permulaan kepada siri The Return Of Superman.
The Return of Superman
Siri ini bermula dengan pengenalan kepada empat karekter yang dikaitkan dengan kembalinya Superman. Man of Steel AKA Steel atau nama sebenarnya ialah John Henry Irons, seorang jurutera senjata berbangsa Afrika Amerika yang menyesal apabila raifal ciptaannya, Toastmaster telah digunakan dengan meluas oleh gangster-gangster jalanan. Dia teringat bagaimana Superman pernah menyelamatkan nyawanya dan terfikir Superman pasti akan melakukan sesuatu jika dia masih hidup. Jadi dia mencipta sepasang sut besi dan cuba memburu pengedar Toastmaster.
Karakter kedua bergelar The Last Son of Krypton. Satu bentuk tenaga yang mempunyai bentuk fizikal seperti Superman dan mendakwa memiliki memori Superman tetapi perilakunya yang agak ganas (setiap penjenayah yang ditangkap akan dibunuh) serta emosinya yang dingin menimbulkan keraguan. Namun identiti sebenar The Last Son of Krypton ialah Eradicator, suatu sistem senjata yang dicipta di Krypton suatu masa dahulu. Eradicator telah mencuri mayat Superman dan dibawa ke Fortress of Solitude (tempat tinggal Superman di bumi). Dia telah menyerap tenaga Superman dan menjadikan The Last Son of Krypton.
Karakter ketiga ialah Superboy (namun dia tidak suka dipanggil Superboy sebaliknya mahu dikenali sebagai Superman) yang diklon dari DNA Superman oleh Cadmus.
Karakter keempat dikenali sebagai cyborg Superman kerana bentuk fizikalnya yang separuh robot (jelas sekali ia diinspirasi dari filem Terminator).
The Last Son of Krypton dan Superboy mendakwa mereka adalah legasi Superman sementara Steel menyatakan yang dia hanya menjalankan tanggungjawab kerana berasa terhutang budi kepada Superman yang telah menyelamatkan nyawanya. Tetapi cyborg Superman mendakwa yang dia adalah Superman sebenar. Bagaimana dia menjadi separuh robot, dia sendiri tidak tahu kerana dia mendakwa yang dia telah kehilangan memori. Dalam masa yang sama, musuh lama Superman, Mongul telah datang ke bumi. Mongul telah melepaskan bebola-bebola besi ke bandar Coast City dan memusnahkan bandar tersebut dan mengubahnya menjadi Engine City. Cyborg Superman dan Eradicator telah pergi menyiasat namun sampai di sana cyborg Superman telah cuba membunuh Eradicator namun dia sempat melepaskan diri dan kembali Fortress of Solitude. Rupa-rupanya cyborg Superman adalah seorang yang jahat dan dia telah bersekongkol dengan Mongul untuk menguasai bumi.
Identiti sebenar cyborg Superman ialah seorang angkasawan bernama Hank Henshaw yang terkena radiasi. Kesan dari radiasi itu membawa pada kematiannya namun sebenarnya dia tidak mati sebaliknya tenaganya kembali dalam bentuk mekanikal. Bagaimana pun radiasi yang dihasilkannya terlalu kuat sehingga memaksa Superman menghalaunya dari bumi. Hank Henshaw akhir tiba ke sebuah planet primitif yang dikenali sebagai Peroton 5 di mana Mongul adalah pemerintahnya. Dia kemudiannya berjaya menguasai sistem persenjataan elektronik milik Mongul dan memaksa Mongul bekerjasama dengannya.
Setelah berjaya memperdayakan Eradicator, Hank Henshaw cuba memperdayakan Superboy dengan menyatakan yang Eradicator adalah dalang sebenar di sebalik kemusnahan Coast City yang kini telah berubah menjadi Engine City dan mengajak Superboy menyerang Eradicator di Engine City. Sesampai di Engine City Hank Henshaw menewaskan Superboy lalu menangkapnya. Kini usaha terakhir Hank Henshaw ialah memperdayakan Justice League (organisasi yang dianggotai oleh semua adiwira alam DC Comics) dengan memberitahu mereka yang Eradicator berjaya melarikan diri ke angkasa lepas dan meminta mereka semua memburunya. Rancangannya berjaya. Tetapi Superboy berjaya melepaskan diri lalu bertemu dengan Steel dan memaklumkan siapakah sebenarnya cyborg Superman.
Steel dan Superboy mahu menghadapi Hank Henshaw tetapi Supergirl muncul memaklumkan ada sesuatu seperti robot sedang bergerak di dasar laut menuju ke Metropolis. Superboy, Steel, Supergirl dan Lois Lane menunggu di pelabuhan. Robot yang dinanti muncul juga dan Supergirl, Superboy dan Steel cuba menghalang robot tersebut sehinggalah akhirnya robot tersebut rosak. Rupa-rupanya robot tersebut adalah Krypton battle suit dan orang yang berada di dalamnya ialah Superman sebenar! Superman (yang berambut panjang separas bahu dan bersut serba hitam dengan logo ‘S’ berwarna perak di dada) memaklumkan yang dia tersedar dan berada di Fortress of Solitude. Namun dia kini tidak memiliki kuasa dan telah dimaklumkan robot-robot di Fortress of Solitude akan kemunculan superman-superman palsu. Jadi dia terpaksa menggunakan Krypton battle suit untuk ke Metropolis dari Antartika (tempat di mana Fortress of Solitud berada).
Kini Superman, Superboy, Supergirl dan Steel menghala ke Engine City bagi menghadapi Hank Henshaw. Setibanya mereka di Engine City, Supergirl berjaya ditewaskan dengan mudah. Superboy cuba menghalang peluru berpandu nuklear yang dihala ke Metropolis. Superman menghadapi Mongul dan Steel menentang Hank Henshaw. Kedua-dua mereka juga tewas dengan mudah di tangan Mongul dan Hank Henshaw. Dalam masa yang sama Hal Jordan AKA Green Lantern baru pulang dari angkasa lepas dan mendapati bandarnya Coast City telah berubah menjadi Engine City. Berang dengan apa yang berlaku dia segera memburu dalangnya dan bertemu dengan Mongul. Dalam pada itu, Eradicator telah bejaya kembali ke Fortress of Solitude untuk merawat dirinya sebelum kembali ke Engine City dan menemui Superman. Kedua-dua mereka menghadapi Hank Henshaw. Dalam pertempuran itu Eradicator cuba menyelamatkan Superman dari serangan Hank Henshaw dan berlaku satu ledakan yang menyebabkan semua tenaga Superman telah kembali dari tubuh Eradicator ke tubuhnya.
Di pengakhiran cerita, Green Lantern kalahkan Mongul dan Superman kalahkan Hank Henshaw AKA cyborg Superman.