Monday 21 November 2011

Perang Dingin Asia Pasifik?

Pentagon mengeluarkan laporan rasmi yang menyatakan usaha China dalam mencapai misi mereka memodenkan kemampuan ketenteraan mereka menjelang tahun 2020 akan menjejaskan kestabilan di wilayah Asia Pasifik. China keras menyangkal kenyataan laporan Pentagon itu namun apa yang membimbangkan ialah kenyataan bahawa setiap kali isu ini dibangkitkan oleh Amerika Syarikat baik dari bahagian pertahanan dan perisikan mahupun oleh senator dan ahli kongres, China tidak pernah menafikannya sebaliknya hanya berkeras menyatakan tindakan mereka meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka sekadar memenuhi kehendak semasa dan tidak akan menggugat keselamatan negara-negara jiran.

Suatu masa dahulu kekuatan ketenteraan china sangat jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kemampuan ketenteraan Taiwan, negara yang didakwa China sebagai sebahagian daripada Republik Rakyat China. Namun kini kekuatan ketenteraan China telah begitu maju sehingga pemerhati konflik China–Taiwan menyatakan, sekiranya China menyerang Taiwan persoalan samada China mampu untuk menguasai Taiwan tidak lagi timbul sebaliknya soalan yang timbul ialah berapa hari Taiwan mampu bertahan dengan serangan China sebelum Amerika Syarikat sempat menghantar bantuan! Kekuatan dan kemampuan tentera China suatu masa dahulu hanya menjangkau Taiwan yang hanya beberapa ratus kilometer dari persisir pantai China. Peluru berpandu balistik jarak dekat yang mereka miliki hanya mampu mencapai jarak 300 ke 600 km sahaja. Pesawat pejuang  J-6 dan J-7 juga hanya mampu mencapai jarak yang lebih kurang sama tanpa perlu minyaknya diisi semula.
 J-7
Namun kesungguhan mereka meningkatkan kemampuan ketenteraan mereka dengan kemajuan teknologi tempatan telah mengubah senario tersebut. China telah berjaya mencipta peluru berpandu DH-10 yang dikatakan memiliki kemampuan menyaingi peluru berpandu Tomahawk buatan AS yang mampu menjangkau jarak 1500 km. Pembinaan pesawat-pesawat J-10 dan J-11 yang mempunyai tangki bahan bakar yang lebih besar juga membolehkan jangkauan kekuatan serangan udara yang lebih jauh melampaui kepulauan Taiwan. Selain dari itu mereka juga memiliki skudron pesawat Sukhoi-30 yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal permukaan Kh-31A buatan Russia. China turut membangunkan program pesawat generasi ke 5 dengan terhasilnya pesawat prototaip J-20 yang mempunyai peranan yang sama seperti F-35 Lightning sebagai sebuah pesawat tempur/pengebom. Sasaran tentera udara China ialah memiliki kemampuan untuk beroperasi dalam lingkungan 1000 km dari tanah besar China menjelang 2010 (namun ia masih gagal direalisasikan) dan 3000 km menjelang 2030. Untuk makluman, kedudukan sempadan Indonesia dengan tanah besar China adalah lebih kurang 2000 km!
DH-10

J-10
J-11 
Namun penghasilan peluru berpandu anti kapal permukaan yang paling digeruni Pentagon ialah DF-21D yang dikatakan adalah yang terhebat di dunia sehingga armada tentera laut AS dikatakan tidak akan mampu untuk memintas peluru berpandu ini sekiranya ia dilancarkan ke arah kapal perang mereka. Namun apa yang paling menakutkan mereka ialah sebuah peluru berpandu ini mampu untuk memusnahkan kapal pengangkut pesawat (supercarrier) secara mutlak dimana supercarrier adalah lambang kekuatan dan keagungan tentera laut AS. Sehingga kini AS masih belum mampu (dari segi kewangan dan teknologi) untuk membangunkan system pertahanan khusus bagi menangani DF-21D. Ini bererti sekiranya AS berani menghantar kesemua 11 armada kapal pengangkut pesawat mereka ke perairan China maka kesemuanya mampu untuk dijadikan tukun ikan oleh PLA (People Liberation Army of China) di dasar laut China Selatan!

DF-21D 
Kemampuan armada kapal selam China juga adalah satu ancaman yang menakutkan. Armada kapal selam china adalah yang kedua terbesar terdiri daripada 65 buah (ada pihak menyatakan lebih dari 70 buah) kapal selam termasuklah beberapa buah kapal selam serangan pantas berkuasa nukelar dengan kemampuan peluru berpandu balistik. Program kapal selam China suatu masa dahulu dianggap lelucon oleh pertahanan laut barat lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa kapal selam milik China dikatakan gagal berfungsi sehingga menyebabkan ia tenggelam dan membunuh semua krewnya. Namun pada 26 Oktober 2006 sewaktu armada tentera laut AS sedang menjalani latihan ketenteraan di lautan pasifik, sebuah kapal selam China dari kelas Song secara tiba-tiba timbul di permukaan laut berhampiran kapal pengangkut USS Kittyhawk yang menjadi pusat arahan (Command Centre) latihan tersebut. Kapal selam China itu berada dalam lingkungan jarak 5 batu nautika atau 9 km dari kedudukan USS Kittyhawk yang membolehkan mereka melancarkan serangan torpedo atau peluru berpandu dan ia dikatakan telah mengekori USS Kittyhawk sebelum latihan bermula lagi dan gagal dikesan kehadirannya. Ia sengaja memunculkan diri seolah-olah mengejek armada tentera laut AS. Untuk makluman armada kapal pengangkut terdiri daripada beberapa kapal frigate, pemusnah dan kapal selam (sekurang-kurangnya dua) untuk mengawal dan menyaring pencerobohan kapal musuh yang mahu menghampiri kapal pengangkut.

Armada kapal pengangkut
Hakikat bahawa armada tentera laut terkuat di dunia berjaya ditembusi oleh kapal selam konvesional (Kapal selam kelas Song adalah kapal selam berkuasa diesel elektrik) benar-benar mengejutkan tentera laut AS. Mereka tidak menyangka teknologi kapal selam China telah mencapai tahap yang sangat tinggi dan insiden itu juga membuktikan bahawa krew kapal selam China yang dianggap tidak mempunyai pengalaman, kepakaran dan kemahiran setanding tentera laut AS adalah meleset sama sekali. Perlu diingat, tentera laut PLA juga memiliki kapal selam berkuasa nuclear dari kelas Han dan Shiang (Kapal selam penyerang), kelas Jin (Kapal selam pelancar peluru berpandu balistik) dan kelas Xia (Kapal selam pelancar peluru berpandu kruise).
Kapal selam kelas Song 
Leon Panetta; pengarah CIA menyatakan China cuba untuk membina kekuatan ketenteraan yang mampu memenangi peperangan yang sengit dalam tempoh yang singkat selain bersedia menghadapi akan kemungkinan konfrontasi dengan Taiwan serta kemungkinan campurtangan ketenteraan AS sekiranya peperangan meletus. Malah China langsung tidak berusaha untuk menyembunyikan kesungguhan mereka apabila dengan sengaja melancarkan penerbangan ujian pesawat J-20 yang sepatutnya merupakan sebuah program rahsia sewaktu lawatan setiausaha pertahanan AS; Robert Gates ke China.
J-20
Kesan peningkatan kemampuan ketenteraan China turut dirasai negara-negara di Asia Tenggara. Malah negara-negara Asia Tenggara adalah pihak yang sepatutnya berasa paling bimbang dengan perkembangan ini kerana Asia Tenggara adalah jiran paling dekat dengan China dan sejak beberapa dekad yang lalu China paling banyak berselisih pendapat dengan negara-negara Asia Tenggara. Kebanyakan berkaitan dengan persempadanan perairan. Namun ia semakin hangat sejak beberapa tahun ini malah di kala negara-negara yang terlibat sanggup untuk bertolak ansur China pula bersikap sebaliknya malah dengan angkuh menyatakan tidak akan berganjak dengan segala tuntutan mereka. Konflik tuntutan pulau Spratly adalah bukti terbaik yang menyerlahkan keangkuhan China. China bukan sekadar menuntut keseluruhan pulau tersebut malah juga beberapa pulau kecil yang berhampiran serta kawasan perairan sejauh beberapa puluh batu nautika.

China walaupun tidak pernah menyatakannya secara terbuka namun dilihat bercita-cita untuk memiliki seluruh perairan Laut China Selatan. Dikatakan seorang ahli delegasi AS menyatakan betapa seorang pegawai tinggi PLA menyatakan nama Laut China Selatan saja sudah cukup menunjukkan yang ia adalah milik China. Tidak dapat dipastikan samada pegawai tersebut sekadar berseloroh atau benar-benar serius dengan kenyataan itu. Tidak cukup dengan itu ada khabar angin yang menyatakan cita-cita besar China untuk meluaskan tanah jajahannya sehingga ke seluruh tanah Indochina (Vietnam, Laos, Cambodia).

 People Liberation Army
Walaupun negara-negara di Asia Tenggara dilihat lebih tenang dalam melihat isu peningkatan kekuatan ketenteraan China jika hendak dibandingkan dengan negara di Asia Selatan atau Amerika sendiri, namun ini adalah kerana negara-negara di Asia Tenggara tidak menyatakan secara terbuka akan kebimbangan mereka kecuali Vietnam dan Filipina yang secara terbuka menyatakan tujuan mereka meningkatkan kemampuan mereka adalah kerana bimbangkan kemungkinan ancaman China. Ini kerana kedua-dua Negara pernah berkonfrantasi secara terus dengan tentera PLA. Namun masing-masing sedar akan kemungkinan ancaman tersebut dan ia dibincangkan oleh pegawai-pegawai diplomat negara masing-masing secara tertutup dan tidak rasmi. Dan kesannya boleh dilihat dengan agak jelas.

Suatu ketika dahulu rasa curiga di antara satu negara dengan negara yang lain adalah sangat tinggi. Singapura-Malaysia, Indonesia-Malaysia, Thailand-Myanmar sehinggakan sekiranya sebuah negara membeli sesuatu peralatan ketenteraan, negara jirannya samada akan menyatakan protes atau rungutan atau akan turut membeli peralatan yang sama atau lebih baik kemampuannya dari peralatan yang dibeli negara tersebut. Antara contohnya apabila Malaysia merancang untuk memodenkan TUDM dengan membeli pesawat generasi ke-4 (Mig-29), Singapura pula menaik taraf kemampuan pesawat F-16 milik mereka. Begitu juga apabila Indonesia berhasrat menggantikan kapal selam mereka dengan kapal selam kelas Kilo dari Russia, kebanyakan negara-negara Asia Tenggara memprotes kerana kapal selam kelas Kilo adalah sebuah kapal selam penyerang dan ia bertentangan dengan persafahaman ASEAN yang mahukan wilayah Asia Tenggara bebas dari potensi konflik bersenjata.

Namun kini tidak lagi. Sejak sedekad lalu, perkara seperti ini tidak lagi menjadi suatu perkara yang begitu menimbulkan keributan di kalangan negara di Asia Tenggara. Walaupun dilihat seperti ada persaingan pembelian persenjataan (Malaysia; Sukhoi-30, Singapura; F-15, Thailand; Saab Gripfen) namun ia kini tidak lagi menjadi sesuatu isu yang besar. Malah tidak berlaku kekecohan apabila Vietnam secara terbuka menyatakan hasrat untuk menubuhkan armada kapal selam mereka dengan membeli enam kapal selam kelas Kilo dari Russia. Malah negara-negara Asia Tenggara begitu galak meningkatkan kemampuan ketenteraan masing sehingga dilihat tidak lagi begitu mempedulikan negara jiran masing-masing yang turut melakukan perkara yang sama. Mungkin kerana masing-masing sudah mengerti dan faham yang masing-masing hanya berusaha untuk menghadapi kemungkinan yang sama; ancaman ketenteraan dari China!

Vietnam, Cambodia, Filipina dan Myanmar sedang cuba memodenkan kekuatan ketenteraan mereka. Thailand, Indonesia dan Brunei pula sedang cuba meningkatkan kemampuan dan kelengkapan ketenteraan mereka meningkatkan perolehan persenjataan serta usaha untuk menghasilkan system persenjataan mereka sendiri.

Sementara Malaysia kini sedang cuba mengadaptasi system pertahanan negara maju dalam ketepatan serangan, pemantauan rendah (stealth) dan C4ISR. C4ISR ialah rangkaian sistem perintah, kawalan komunikasi, computer, risikan, pemantauan dan tinjauan dalam mengintegrasikan kemampuan cabang-cabang ketenteraan agar mampu digerakkan secara synchronize apabila berhadapan dengan sesuatu konflik bagi merealisasikan matlamat ini Malaysia berhasrat memperolehi banyak aset-aset penting yang seperti pesawat AEW&C, kapal korvet stealth (pilihan antara Sigma 10614 atau Gowind) dan sebagainya. Jika system pertahanan ini dapat diadaptasikan (yang ketika ini tampak agak sukar akibat kekangan kewangan) ia akan mengubah asas, konsep dan perlaksanaan sistem pertahanan Malaysia. Singapura sudah pun mencapai tahap tersebut namun masih mahu meningkatkan kemampuannya. Mereka bercita-cita untuk mentransformasikan tentera mereka menjadi apa yang dipanggil ‘Soldier of the future’. Malah singapura turut terlibat dalam program pembangunan pesawat generasi ke-5 F-35 Joint strike Fighter.
Gowind
Pesawat AEW&C 
Australia walaupun sebuah negara Asia Pasifik namun merupakan jiran terdekat Asia Tenggara. Australia seperti juga AS, percaya apa jua yang berlaku di Asia Tenggara akan memberikan impak pada mereka. Walaupun pembangunan kekuatan ketenteraan Australia tidak disebabkan oleh kebimbangan akan peningkatan ketenteraan China namun Australia berkongsi kebimbangan yang sama dengan negara-negara di Asia Tenggara. Australia juga seringkali dianggap sebagai wakil barat di rantau Asia memantau dengan penuh curiga setiap tindak-tanduk China dan bersedia sekiranya berlaku sebarang konflik bersenjata. Tetapi seperti juga negara-negara di Asia Tenggara, kepentingan ekonomi memaksa mereka cuba untuk tidak bersikap keterlaluan. Ini kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia. Namun dalam masa yang sama Australia bekerjasama rapat dengan AS. Presiden Barack Obama sudah pun mengumumkam akan menempatkan sejumlah 2500 tentera Marin AS di Darwin, Australia dan akan menambahkan angkanya di masa hadapan. Walau dinyatakan kononnya pangkalan itu sebenarnya bertujuan untuk pemantauan aktiviti lanun dan pergerakan pengganas namun umum tahu AS masih merasa kecewa dengan keengganan negara-negara Asia Tenggara untuk menerima kehadiran tentera AS setelah mendapat bantahan keras dari Malaysia dan Indonesia. Jadi Australia adalah penyelesaian yang terbaik buat masa ini dalam usaha mereka memantau dengan rapat akan perkembangan ketenteraan China.
 F-35

Namun China belajar dari sejarah kejatuhan Soviet Union. Bagaimana Russia cuba bersaing dengan Amerika secara bersendirian dan sering mengasingkan diri dari dunia malah cuba mencerna imej yang menggerunkan. Ini membuatkan masyarakat dunia cukup mudah untuk membuat keputusan akan siapa yang mahu mereka sokong dalam perang dingin tersebut. Bimbang perkara sama berlaku ke atas mereka ditambah pula propaganda barat yang cuba memburukkan imej mereka di mata dunia, China mula mengamalkan polisi pintu terbuka. Ternyata tindakan mereka membuahkan hasil. Bukan sahaja ia membantu memulihkan imej mereka malah ia juga telah memarakkan ekonomi China sehingga China kini dianggap sebagai bakal pengganti AS dalam menerajui ekonomi dunia di masa hadapan.

Dengan kesejahteraan ekonomi ini China mula memancing simpati dan meraih sokongan masyarakat dunia. Di kala Eropah menghadapi kegawatan ekonomi yang getir, China dengan tidak disangka-sangka menawarkan bantuan kewangan. Negara di Asia Tenggara China juga menjadi pelabur utama dan penyumbang terbesar bantuan kemanusiaan di Indonesia, Laos, Filipina, Vietnam dan Myanmar di samping peningkatan hubungan dagang di antara negara di Asia Tenggara yang lain dengan China. Tidak cukup dengan itu China juga menghulurkan tangan untuk bekerjasama dalam membantu meningkatkan pengetahuan teknologi pertahanan dengan negara-negara di Asia Tenggara. Antara Negara yang bekerjasama dengan China ialah Indonesia dan Vietnam (negara yang lantang mengkritik China yang sering menceroboh perairannya). Malah China juga telah bersetuju untuk membantu meningkatkan kemampuan ketenteraan Myanmar dan Cambodia. Namun tujuan sebenar China jelas boleh diterjemahkan yang mereka cuba menjadikan Myanmar dan Cambodia sebagai sekutu mereka di Asia Tenggara.
Malaysia secara umumnya telah diketahui sebagai negara yang mengambil sikap berkecuali sewaktu era perang dingin AS-Russia. Malaysia masih cuba untuk meneruskan sikap tersebut. Walaupun Malaysia dilihat menyokong hubungan baik ASEAN dan China (malah mengambil inisiatif mengeratkan hubungan dengan China dengan lawatan Najib ke Beijing) namun dalam masa yang sama Malaysia turut cuba mengeratkan hubungan dengan kuasa besar yang lain. Sebagai contoh, sebaik Najib kembali dari Beijing, beliau melawat pula Amerika Syarikat dalam jarak tempoh waktu yang singkat seolah-olah ingin memberitahu AS yang lawatannya ke China tidak bermakna Malaysia kini lebih pro kepada China. Malaysia juga cuba meningkatkan hubungan dengan India. Lawatan Najib ke India serta lawatan balas perdana menteri India ke Malaysia jelas menunjukkan betapa Malaysia cuba menjadikan India sebagai rakan yang akan menyokong Malaysia sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga (untuk makluman; hubungan di antara India dan China juga agak renggang). Setelah mengadakan usahasama dalam bidang ekonomi dan pendidikan, Malaysia cuba untuk menjalinkan hubungan berkaitan pertahanan dengan India. Baru-baru ini Malaysia menyuarakan hasrat untuk membeli peluru berpandu supersonic Brahmos yang dihasilkan bersama India dan Russia bagi dipasang pada pesawat Sukhoi-30. Brahmos adalah peluru berpandu kruise yang mempunyai kelajuan tiga kali lebih pantas dari peluru berpandu Harpoon dan Tomahawk buatan AS dan merupakan peluru berpandu terhebat di dunia buat masa ini. Namun jika Malaysia ingin membeli peluru berpandu tersebut maka Malaysia harus menjadi rakan strategik dengan India dalam bidang pertahanan. Dalam erti kata lain, Malaysia harus terlibat dan bekerjasama dalam pelbagai program pertahanan dengan India.
 Sukhoi-30 MKM
Sebenarnya hasrat Malaysia ini sudah dapat dilihat sejak awal 2000 lagi apabila Malaysia bersetuju untuk membeli pesawat Sukhoi-30 MKM yang berasaskan pesawat Sukhoi-30 MKI yang dibeli India dari Russia. Itulah sebabnya Sukhoi-30 MKM tidak bermasalah menjadi platform bagi peluru berpandu Brahmos (untuk makluman; Brahmos adalah peluru berpandu pemusnah kapal permukaan dan juga sasaran daratan dengan kuasa kemusnahan yang besar!). Selain itu, kecenderungan Malaysia untuk mendapatkan pesawat Eurofighter Typhoon juga dikatakan ada kaitan dengan India. Ada komen yang menyatakan bahawa hasrat Malaysia untuk membeli Typhoon adalah suatu yang tidak bijak kerana pemilik Typhoon seperti Britain mengalami masalah alat ganti yang terlalu mahal. Untuk makluman, pada ketika ini India sedang dalam proses memuktamadkan pesawat yang mahu dibelinya. Ada dua buah pesawat dalam senarai akhir; Typhoon dan Rafale. Dan kemungkinan besar Typhoon akan menjadi pilihan. Seperti yang diketahui, India kebiasaanya akan menghasilkan alatan ganti serta akan memajukan teknologi peralatan senjata yang mereka beli dari luar. Dalam hal ini, sekiranya Typhoon terpilih maka perkara yang sama akan berlaku. Ia mungkin akan mempengaruhi keputusan pembelian pesawat Typhoon oleh Malaysia kerana ini akan membolehkan Malaysia berurusan dengan India dalam usaha mendapatkan alat ganti serta kemahiran dan kepakaran dari India disamping meningkatkan hubungan pertahan dan ketenteraan dengan India. Namun sebuah akhbar di Russian melaporkan akan lawatan menteri pertahanan, Zahid Hamidi baru-baru ini dikatakan bertujuan untuk menyatakan keinginan Malaysia untuk menambah 18 unit lagi pesawat Sukhoi-30 MKM. Walaupun dinafikan Mindef namun ia menunjukkan kemungkinan Sukhoi-30 MKM kini menjadi pilihan kedua sekiranya pembelian Typhoon dianggap terlalu mahal dan Sukhoi-30 MKM masih memberilan peluang yang sama pada  Malaysia dalam usaha meningkatkan hubungan dengan India. 
Brahmos
Eurofighter Typhoon 
Jadi persoalannya kini adakah berkemungkinan perang dingin mampu tercetus di Asia Pasifik? Jawapannya agak samar namun kemungkinannya agak rendah. Beberapa faktor yang boleh di keutarakan. Pertama, negara-negara di Asia Tenggara memandang positif akan polisi luar China yang tampak lebih lembut dan bertoleransi walaupun adakalanya insiden ketenteraan yang agresif oleh PLA berlaku namun ia adalah terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan tindakan luar akal yang sering diambil Amerika dan sekutu-sekutunya. Kedua, faktor ekonomi. China yang kini dilihat sebagai bakal pengganti Amerika syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia dan menjadi jiran yang dekat dengan Asia Tenggara merupakan satu peluang bagi negara-negara di rantau ini merintis jalan menjadi sebuah negara maju. China telah memainkan peranan dengan sangat jayanya sebagai pelabur dan rakan dagang kebanyakkan negara-negara di Asia Tenggara. China melihat begitu banyak peluang dalam membuat keuntungan dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam ekonomi dunia setelah negara dari benua yang berpotensi seperti Amerika Latin dan Eropah sentiasa sangsi dan curiga serta sukar untuk bekerjasama dengan China. Jadi Asia Tenggara dilihat sebagai platform terbaik untuk mereka meningkatkan kekuatan ekonomi mereka. Selain dari itu Asia Tenggara yang kaya dengan bahan mineral juga menarik minat China untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Asia Tenggara.

Ketiga adalah faktor kemampuan ketenteraan mereka sendiri. Walaupun China mempunyai kekuatan ketenteraan yang jauh lebih besar berbanding negara-negara Asia Tenggara (walaupun semua negara-negara Asia Tenggara bergabung, kekuatan ketenteraannya masih tidak mampu menyaingi China) namun ia masih belum mencukupi. China sedar pihak luar seperti Amerika Syarikat dan Eropah memerhati dengan penuh minat akan tindak-tanduk China dan mereka akan bertindak sekiranya China bertindak di luar batasan. Lebih sedekad China cuba untuk memperbaiki imej mereka di mata dunia dan perkara terakhir yang mereka mahukan ialah menjadi musuh kepada dunia.

Jadi perang dingin adalah sesuatu yang tidak berkemungkinan namun tidak mustahil boleh berlaku. Sehingga kini baik negara-negara Asia Tenggara dan Australia lebih suka menggunakan jalan diplomasi dalam menyelesaikan sebarang isu dengan China dan China turut memberikan respon yang positif. Mungkin hanya Filipina satu-satunya negara yang tidak selari dengan negara-negara lain dalam usaha menangani masalah dengan China. Kempen Filipina agar ASEAN bersatu dalam menentang tindakan-tindakan China yang kurang disenangi itu bagaimanapun dipandang sepi oleh jiran-jirannya. Ini kerana masing-masing tahu bahawa usaha Filipina itu tidak lebih sekadar retorik politik Benigno Aquino yang cuba mengalihkan masalah sebenar Filipina iaitu reformasi ekonomi. Benigno Aquino dilihat cuba untuk mengukuhkan kembali hubungan Filipina dengan Amerika malah ada ketikanya Filipina dilihat seolah-olah masih menaruh kepercayaan yang Amerika akan kembali pulih sebagai gergasi ekonomi dunia sehingga mereka tidak langsung mahu menoleh peluang-peluang lain yang berpotensi untuk membantu meningkatkan kekuatan ekonomi mereka. Tidak cukup dengan itu, tindakan Benigno Aquino yang secara terbuka meminta bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat turut mendapat tentangan dari rakyatnya sendiri menunjukkan tindakannya sebenarnya tidak selari dengan kehendak rakyat Filipina. Oleh sebab itu negara-negara ASEAN enggan turut serta dalam kempen Filipina yang dilihat hanya lebih memudaratkan dari memanfaatkan pihak ASEAN.


Namun sekiranya berlaku insiden di mana China mencetuskan rasa tidak senang negara-negara di Asia Pasifik (yang selalunya disebabkan oleh isu persempadanan perairan) dan setelah usaha diplomasi menemui jalan buntu (sekiranya china keras dengan keputusannya) negara-negara Asia Pasifik sudah pasti akan menggunakan ekonomi sebagai senjata. Samada menggantung hubungan ekonomi dengan memboikot produk China, mengadakan sekatan ekonomi, membekukan aset-aset China di Asia Tenggara dan sebagainya atau membawa perkara ini ke PBB atau ICJ (International Court of Justice). Maka disinilah akan bermulanya perang dingin.

Perlu diingat, perang dingin di antara AS dengan Russia tidak berklimakskan peperangan. Malah tidak berlaku peperangan secara bersemuka di antara dua pihak. Sebaliknya masing-masing menggunakan proksi masing-masing. Dalam masalah China-Asia Pasifik, perkara yang sama akan berlaku. Pertembungan secara berdepan di antara Asia Tenggara dengan China kemungkinan besar tidak akan berlaku. Ini kerana China sendiri sedar jika mereka cuba bertentangan secara berdepan, ramai pihak akan campurtangan. Amerika, Eropah, PBB, NATO dan pelbagai pihak lagi. Jadi apa yang berlaku ialah peperangan risikan, gertak-menggertak, persaingan teknologi pertahanan, perbandingan budaya popular, malah pada satu ketika nanti akan berlaku pertembungan bersenjata di antara negara Asia Tenggara yang menentang China dan yang pro China, seperti yang dinyatakan tadi bagaimana China memiliki agendanya yang tersendiri dalam mencari sekutu di kalangan negara Asia Tenggara (Myanmar dan Cambodia). Dan kita tahu Myanmar dan Thailand tidak mempunyai hubungan yang baik sementara Cambodia memiliki rekod yang kurang cemerlang dari segi politik, keadilan dan hak asasi manusianya. Kedua-dua negara seringkali dilihat bagaikan terpinggir dalam komuniti ASEAN. Dan China mungkin melihatnya sebagai satu peluang dalam usaha menggugat perpaduan ASEAN tanpa perlu terlibat secara terus dalam usaha melemahkan perpaduan tersebut. Hanya bekalkan senjata pada kedua-dua negara dan lihat dari jauh bagaimana kedua-duanya mencetuskan konflik terhadap negara sahabat yang lain. Mungkin! 

Apa pun negara-negara Asia Tenggara kini sudah menyedari akan kemungkinan rantau Asia Pasifik akan menjadi apa yang dipanggil sebagai ‘the centre of the earth’. Jika selama ini kita hanya melihat banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia di peti televisyen, kini giliran kita pula untuk ditonton oleh masyarakat dunia.



Saturday 8 October 2011

The Prophecy


Filem terbitan  Dimensional Film tahun 1995 ini (yang juga ditayangkan dengan  tajuk The Army of God di sesetengah negara) bergenrekan gothic thriller. Filem bermula dengan angel (aku taknak panggil malaikat) Simon (Eric Stoltz – The Fly II) yang merintih akan perang syurga kedua yang sedang berlaku (perang syurga pertama ialah apabila angel Azazel menderhaka pada tuhan sehingga dia berubah menjadi syaitan Lucifer). Scene sterusnya beralih pada seorang lelaki bernama Thomas Dagget (Elias Koteas – The Shooter) yang sedang menjalani upacara perlantikan sebagai seorang paderi. Namun dia tidak dapat meneruskan upacara tersebut apabila dia melihat imej kematian angel dalam perang syurga kedua.


Beberapa tahun kemudian Simon yang turun kebumi cuba untuk mencari roh manusia jahat yang digelar dark soul yang dipercayai dapat memimpin tentera angel yang menentang tuhan. Simon adalah tentera angel yang masih setia dengan tuhan. Dalam usahanya itu dia telah diburu oleh angel Uziel. Dalam satu perkelahian Uziel terbunuh tetapi simon cedera parah. Mayat Uziel yang ditemui telah disiasat oleh Thomas Dagget yang kini merupakan seorang polis setelah kehilangan kepercayaan pada tuhan. Pakar perubatan yang membuat pembedahan ke atas mayat Uziel memberitahu keadaan fizikal Uziel yang pelik. Dia tidak memiliki tulang seperti manusia dewasa, tidak bermata, darahnya adalah seperti gumpalan fetus serta memiliki kedua-dua organ seks. Selain dari itu sebuah bible berusia ratusan tahun turut ditemui dalam simpanannya. Terdapat chapter ke 23 (bible biasa tidak terdapat chapter 23) yang menceritakan tentang perang syurga kedua; peperangan di antara kumpulan angel yang menentang tuhan apabila tuhan menyayangi manusia melebih angel dengan kumpulan angel yang masih setia dengan tuhan.

Simon yang cedera telah ke pekan kecil bernama Chimney Rock setelah mengetahui dark soul yang dicarinya berada di situ. Dark soul tersebut adalah seorang kolonel tentera bernama Arnold Hawthorne yang telah mati beberapa hari sebelum itu. Simon telah ke gereja di mana tubuh Kolonel Hawthorne diletakkan sebelum dikebumikan. Simon telah menyedut roh Kolonel Hawthorne bagi mengelakkan ia ditemui angel yang menentang tuhan. Namun kerana kecederaannya yang sangat parah Simon akhirnya memindahkan dark soul itu ke dalam tubuh seorang kanak-kanak perempuan berketurunan penduduk asli bernama Mary. Sementara itu Gabriel (Christopher Walken – The Deer Hunter) angel yang mengetuai tentera yang menentang tuhan telah turun ke bumi setelah mengetahui akan kematian Uziel. Setelah memusnahkan mayat Uziel, Gabriel segera memburu Simon dan menemuinya di sekolah tinggal di Chimney Rock. Berang dengan Simon yang enggan memberikannya dark soul, Gabriel membunuh Simon dan mula menjejaki Mary.

Thomas juga telah ke Chimney Rock setelah mengetahui tentang dark soul. Dia menyiasat siapakah colonel Hawthorne dan mendapati dia adalah seorang veteran perang Korea yang telah dikenakan hukuman court marshal setelah membunuh orang-orang yang tidak berdosa dalam perang tersebut. Malah Thomas turut menemui kulit muka manusia yang telah dikeringkan yang disimpan oleh Kolonel Hawthorne. Thomas kemudiannya menemui Katherine (Virginia Madsen – Highlander II) yang merupakan guru Mary. Katherine memberitahu akan kehadiran Gabriel namun tidak mengetahui sebab kenapa dia ke Chimney Rock. Katherine juga tidak mempercayai Thomas apabila dia menerangkan sebab kematian Simon dan juga sebab Gabriel memburu Mary. Katherine telah membawa Thomas ke sebuah lombong tinggal setelah terlihat kereta yang dinaiki Gabriel. Di dalam lombong tersebut mereka telah melihat imej peperangan syurga kedua yang mengerikan membuatkan Katherine mula mempercayai apa yang diceritakan Thomas berkaitan peperangan di kalangan angel. Mary yang tidak mampu menanggung dark soul telah jatuh sakit. Neneknya berhasrat untuk membawa Mary menerima rawatan dari pawang orang asli di tanah rezab orang asli. Sebelum sempat mereka pergi, Gabriel terlebih dahulu menemui mereka. Dalam pergelutan itu Katherine telah menembak sebuah tong gas menyebabkan satu letupan kuat. Namun Gabriel tidak mati tetapi Thomas, Katherine, Mary bersama neneknya sempat melarikan diri ke kawasan rezab orang asli bagi mendapatkan rawatan ke atas Mary.
Setibanya mereka ke tanah rezab tersebut, pawang segera bersedia untuk merawat Mary sambil Katherine dan Thomas tahu yang Gabriel sedang dalam perjalanan kemari. Mereka tidak tahu bagaimana mahu menghadapi Gabriel sehinggalah kemunculan Lucifer (Viggo Mortensen – Lord of The Ring). Lucifer memberitahu betapa dia membimbangi tindakan Gabriel. Dia bimbang jika Gabriel menang akan muncul neraka kedua. Lucifer memberitahu untuk menewaskan Gabriel ialah untuk menggoncang kepercayaannya. Sewaktu upacara rawatan bermula Gabriel muncul dan bersedia untuk mendapatkan dark soul dalam tubuh Mary. Namun Thomas berhadapan dengan Gabriel dan memberitahu sebab kenapa Gabriel melancarkan perang syurga kedua bukan kerana cintanya pada tuhan tetapi keran cemburu. Gabriel berang dengan kenyataan itu dan mendedahkan yang tuhan tidak lagi berbicara dengannya. Thomas dan Katherine yang cuba menghalang Gabriel tercedera sehinggalah Lucifer muncul menghalangnya. Gabriel memberitahu Lucifer yang perang syurga kedua tidak ada kena-mengena dengannya tetapi Lucifer menjawab sifat angkuh Gabriel adalah penyebab utama perang tersebut dan sifat angkuh adalah milik Lucifer.

Lucifer Berjaya membunuh Gabriel dan dark soul Berjaya dikeluarkan dari tubuh Mary. Lucifer menuntut agar Katherine dan Thomas kembali bersamanya namun kedua-dua mereka enggan. Lucifer berlalu pergi dan hilang menjadi puluhan ekor burung.

This is another Hollywood low budget filem yang berjaya! Budget hanya 8 juta dollar dan boxoffice di Amerika dengan kutipan melebihi 16 juta dollar. Pengkritik juga memberikan komen yang baik. Hasil lakonan yang aku anggap first class (especially the brilliant Christopher Walken yang melakonkan watak Gabriel yang menggerunkan dan dalam masa yang sama melucukan). Tak ramai yang tahu tentang filem ni kerana pada era 90an filem macam ni dah tentu dilarang masuk pawagam Malaysia sama sekali. Aku pada masa tu masih lagi teruja dengan filem The Crow (another brilliant gothic thriller) menarik minat aku untuk menonton filem ni. But both movies is totally different walaupun dalam genre yang sama. The Prophecy giving me a goose bumps and the bone chilling factor seolah-olah sedang menonton sebuah filem horror. Terutama sekali scene angel yang di sula. Freakin gory. Filem ni spawned several sequel but it’s not worth mentioned walaupun Christoper Walken kembali melakonkan watak Gabriel. Sequelnya aku anggap terlalu merepek. Just stick to the original.

Filem ini sebenarnya dihasilkan dari persepktif kepercayaan dan mythology Christianity. Bak kata member aku, tengok boleh percaya jangan! Sekadar sesuatu entertainment tak lebih dari itu. The Legion cuba untuk mengikut langkah filem ni but fail miserably despite the more fantastic CGI but lacked of storyline and acting value. Siapa minat The Crow akan minat filem ni tapi siapa anggap The Crow sudah terlalu berat, better stay away from this one. Not for the fainted heart!             

Sunday 18 September 2011

Memoir Tragedi Memali


Buku ini sudah tentunya berkisar tentang Ustaz Ibrahim Bin Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya dan menceritakan apa yang berlaku dalam peristiwa Memali pada 19 November 1985. Ia terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama menceritakan tentang latar belakang dan sejarah hidup serta pendidikan Ustaz Ibrahim Mahmud. Aku menggelarnya Ustaz kerana kekukuhan pendidikan agama Islamnya. Ustaz Ibrahim Mahmud melanjutkan pendidikan Islam tinggi di India, Mesir serta Libya (Di sinilah gelaran Ibrahim Libya itu menjadi signifikan dengan namanya). Penulis juga menceritakan akan cita-cita Ustaz Ibrahim Mahmud untuk menubuhkan institusi pendidikan Agama Islam terkemuka di Kedah dan beliau memulakan usahanya dengan membina madrasah di kampong Memali.

Bahagian kedua pula menceritakan siapakah Ustaz Ibrahim Mahmud dan apakah yang terjadi pada hari tersebut dari perspektif isteri Ustaz Ibrahim Mahmud; Solehah.  Solehah juga menceritakan keadaan dan situasi serta layanan yang diterimanya sewaktu ditahan pihak polis setelah peristiwa tersebut.

Bahagian ketiga pula adalah berdasarkan pengalaman seorang kenalan Ustaz Ibrahim Libya iaitu Mat Piah Yunus atau Pak Teh yang juga penduduk kampong Memali yang turut terlibat dalam peristiwa tersebut. Dikatakan empat belas butir peluru telah menembusi tubuh Mat Piah Yunus namun beliau masih lagi hidup sehingga tarikh buku ini diterbitkan.

Peristiwa Memali ini merujuk kepada operasi polis yang dikenali sebagai operasi Angkara bagi memberkas Ustaz Ibrahim Mahmud. Walaupun pada awalnya Ustaz Ibrahim Mahmud mahu diberkas kerana dipercayai menyebarkan ajaran sesat namun tuduhan itu diubah dengan menyatakan beliau menyebarkan fahaman subversif yang mencetuskan huru-hara dan mengancam keselamatan negara.

Kampong Memali (atau secara spesifiknya madrasah tempat ustaz Ibrahim Mahmud mengajar) telah dikepong pihak polis selama tiga bulan. Gabungan FRU dan UTK seramai lebih tiga ribu orang telah bersiap sedia untuk menggempur madrasah tersebut. Para Jemaah di dalam madrasah itu pula dikatakan hanya bersenjatakan parang, kapak dan buluh runcing (ada yang nengatakan penduduk kampong turut menyediakan Molotov cocktail walapun tidak dapat disahihkan bagaimana penduduk kampong mampu menghasilkan bahan tersebut).

Dalam serbuan itu 14 orang maut termasuk ustaz Ibrahim Mahmud yang sempat mengucapkan syahadah dan menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuan pegawai kanan polis (dikatakan pegawai polis tersebut adalah di antara beberapa orang pegawai kanan polis yang membantah serbuan dilakukan ke atas madrasah tersebut namun terpaksa akur setelah arahan diterima dari timbalan perdana menteri pada ketika itu Musa Hitam.

Dalam peristiwa itu juga beberapa orang pegawai polis turut cedera tetapi dikatakan yang mereka telah terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh anggota polis sendiri walaupun pada awalnya pihak polis menyatakan mereka tertembak dek senapang patah milik penduduk kampong namun tidak ditemui sebarang senjata api di dalam kawasan madrasah tersebut.

Ustaz Ibrahim Mahmud serta pengikut-pengikutnya telah disemadikan sebagai seorang yang gugur syahid setelah disahkan oleh majlis fatwa kerajaan negeri Kedah dengan perkenan Sultan Kedah pada waktu itu (kemudiannya pihak di dalam majlis fatwa tersebut yang memberikan pengesahan itu telah dipecat).

Sudah lama aku mencari buku atau bahan rujukan berkaitan apa yang sebenarnya berlaku pada peristiwa Memali ini tapi agak sukar untuk mendapatkannya. Sewaktu peristiwa ini berlaku aku masih kanak-kanak dan menetap di Johor Baharu. Pada ketika itu orang Johor tengah celebrate team bola Johor menang piala Malaysia buat pertama kalinya. Aku masih ingat betapa kecohnya peristiwa itu di media massa yang menyatakan pihak polis telah Berjaya menumpaskan satu kumpulan ajaran sesat di Kedah. Malah sehingga masuk sekolah menengah pun aku masih percaya yang Ibrahim Libya ni guru ajaran sesat sehinggalah aku tamat sekolah dan berhijrah ke Selangor. Di Selangor aku berkawan dengan beberapa orang budak dari Baling. Diaorang marah aku bila aku bergurau mangatakan Ibrahim Libya ni guru ajaran sesat. Diaorang pun ceritalah dari pengetahuan diaorang (yang aku pasti mereka terima dari mulut ke mulut) akan siapakah Ibrahim Libya dan apakah sebenarnya yang terjadi di memali.

Aku bukan jenis suka telan benda bulat-bulat jadi sejak dari itu aku cuba untuk check akan kebenaran cerita itu. Dan kebanyakan maklumat yang aku dapat semuanya secara asasnya seperti apa yang aku tulis di atas (kecuali dokumentari yang dipaparkan di RTM1). Memang penulis buku ini agak biased namun jika kau orang boleh mengasingkan di antara penulisan beremosi dengan yang fakta rasanya kau orang boleh kumpulkan fakta  dan kronologi peristiwa memali dalam buku ini. And please, don’t read the book with some politics inclination to any parties in your mind.     

Sunday 4 September 2011

Selamat menyambut Eid ul-Fitr


Berakhir sudah Ramadhan. Syawal pula menjengah. Sebulan dah berpuasa sekarang sebulan pula kita beraya. Kalau orang alim dan kuat agama, mereka berasa sedih dengan berakhirnya Ramadhan. Tapi orang macam aku yang nipis iman ni macam orang-orang yang lain, beraya sakanla.

Tengok kat tv, progam raya menggila. Bak kata mak aku, orang bersungguh merayakan berakhirnya Ramadhan. Sedangkan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan, bulan yang mudah kita nak buat pahala berlipat kali ganda, mudah diampunkan dosa kita walau sebesar mana pun dosa. Mudah untuk kita mendekatkan diri dengan agama dan tuhan dan mudah untuk kita meningkatkan dan menebalkan iman kita. Jadi bagi orang yang iman setebal kulit bawang macam kita ni, cuma boleh berdoa semoga kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.

 Anyway aku ingin memaklumkan perkembangan terkini akan novel aku. Sebelum cuti raya tu hari aku terima e-mel dari publisher. Sadly enough, terpaksa aku memaklumkan kemungkinan novel Bidak Patriot yang aku war-warkan kemungkinan tidak akan di terbitkan. Dari apa yang dinyatakan editor, manuskrip tersebut akan disimpan dahulu sehingga mereka merangka strategi untuk meningkatkan jualan novel dengan genre seperti ini. He! He! He!

Aku tak boleh nak salahkan publisher apabila mereka hilang keyakinan dengan manuskrip aku apabila 3 buah buku aku yang terdahulu jualannya tidak memberangsangkan. In the end of the day money playing a very big role to keep the industry running. Jadi terpaksalah aku menerima kenyataan dengan hati yang terbuka.  Dengan perkembangan yang terkini membuatkan aku dengan berat hati terpaksa menghentikan projek aku untuk menyiapkan manuskrip fantasi yang sedang aku usahakan dan rancangan aku untuk menulis manuskrip military thriller berkaitan kapal selam terpaksa aku scrap!

Sekarang ni aku sedang menulis novel berbentuk romkom (romantik komedi). I know some of you would call me a sellout tapi nak idup beb. Tak guna aku tulis novel bersusah payah, menghabiskan banyak masa dan tenaga tapi manuskrip tidak diterbitkan. Buat masa ini aku cuma berharap, mungkin setelah menulis beberapa novel cinta (kalau aku mampu) mungkin aku akan menulis novel thriller kembali dan publisher akan kembali berminat untuk menerbitkan novel dengan genre seperti itu.

Jadi aku ingin memohon maaf pada korang yang mungkin tertunggu-tunggu novel tersebut kerana ia mungkin sesuatu yang amat mengecewakan. Kesilapan aku ialah mewar-warkan perkara tersebut prematurely dan terlalu yakin ia akan diterbitkan.  But the facts is the book would not even gonna see  the light of it. Jadi, sekali lagi aku memohon maaf. Hari baik dan bulan baik ni.

Maafkan kami...maafkan kami....maafkan kami...... 

Saturday 20 August 2011

PITT

Karakter terbitan Full Bleed Studios ini adalah ciptaan Dale Keown. Pertama kali diterbitkan pada tahun 1993 (Pitt isu pertama) tetapi membuat kemunculan pertama dalam komik Youngblood terbitan Image Comics. Pitt adalah hybrid gen manusia dengan mahluk asing. Bentuk fizikalnya menyerupai Hulk tetapi kemampuannya bukan sekadar kuat dan gagah tetapi juga memiliki kuku yang tajam dan mahir menggunakan rantai sebagai senjata. Pitt juga memiliki kemampuan seperti Wolverine iaitu mampu pulih dari kecederaan dengan cepat. Selain dari itu Pitt juga mempunyai kemampuan psikik di mana ia mampu membaca minda musuhnya.
Zoyvod
Sewaktu pasangan Bracken baru pulang dari hospital, mereka telah diculik oleh mahluk asing Creed bernama Zoyvod. Zoyvod telah mengambil telur ovum Annie Bracken dan menyatukannya dengan gennya. Maka lahirlah Pitt yang dieram di dalam sebuah tangki sehinggalah apabila ia dewasa dan tersedar lalu melarikan diri. Dia telah diburu oleh Wroth (seperti juga Pitt adalah hybrid Zoyvod dengan mahluk asing yang lain) dan berjaya ditewaskannya. Menyangkakan Pitt telah mati lalu satu lagi mahluk asing Creed bernama Quagg telah diarahkan untuk membuang mayat Pitt tetapi Pitt telah Berjaya melepaskan diri dan hidup di dalam hutang. Bagaimanapun Zoyvod telah mengarahkan Quagg mencari dan membawanya pulang. Quagg telah melatih Pitt untuk menjadi tentera pembunuh Zoyvod. Namun dalam satu misi di planet Chakra. Mahluk asing bernama Seer telah berjaya menyatukan emosi seorang kanak-kanak mahluk asing bernama Jereb ke dalam tubuh Pitt. Pitt telah melarikan diri dari penguasaan Zoyvod ke bumi.
Wroth
Sewaktu tiba ke bumi, Pitt telah menyelamatkan seorang kanak-kanak bernama Timmy bersama datuknya dari disamun. Namun Pitt telah diekori mahluk asing Creed. Ia telah menyerang Timmy dan bukannya Pitt. Rupa-rupanya Timmy memiliki gen yang serupa dengan Pitt dan dia adalah anak kepada pasangan Bracken.  Bermula dari situ Pitt mula meilindungi Timmy bukan sahaja dari ancaman mahluk asing Creed malah musuh Creed yang dikenali sebagai Cenobite.
Quagg
Pitt is consider among gem comic character back in the 90’s. Sebelum era 90an, industry komik US didominasi oleh DC dan Marvel Comics jadi karakter yang dihasilkan kedua-dua syarikat ini agak similar membuatkan peminat komik mula bosan. Tapi kemunculan Image Comics serta banyak lagi studio-studio persendirian mula kembali menghangatkan industry komik US yang agak suram pada ketika itu. Dan Full Bleed Studios dengan kerjasama Image Comics melahirkan karakter Pitt. Tapi aku sendiri tak follow komik ni sebab aku hanya tahu tentang Pitt pada tahun 1995 melalui kawan aku. Actually aku tahu tentang Image Comics selain dari Marvel dan DC juga melalui kawan aku. Jadi siri Pitt ni dah jauh untuk aku ikut. But from several issues yang aku baca memang ceritanya menarik dan fresh. Lain dari yang lain kalau hendak dibandingkan dengan komik-komik terbitan Marvel dan DC yang tampak seperti ketandusan idea pada waktu itu.
Pada ketika ini aku tercari-cari juga trade paperback siri Pitt tapi sebab ia diterbitkan oleh studio kecil jadi aku tidak pasti jika Full Bleed Studios ada menerbitkan trade paperback Pitt ni. Kalau korang ada terjumpa. Make sure to buy it. It is a good comic!    


Tuesday 2 August 2011

Typhoon Pengganti MiG 29?


MiG 29 Fulcrum


Akhbar Berita Harian telah menyiarkan temuramah bersama wakil BAE (wakil Eurofighter-pengeluar Typhoon). Di dalam temuramah tersebut BAE menyatakan sekiranya mereka mendapat kontrak untuk membekalkan pesawat Typhoon kepada TUDM maka mereka akan akan membina pusat servis dan memastikan pengalihan teknologi kepada Malaysia akan dilakukan serta memberi peluang pada pengusaha-pengusaha tempatan untuk menghasilkan alat-alat ganti pesawat berkenaan. keesokan harinya, adik kepada Berita Harian, Kosmo menyiarkan laporan yang menggambarkan seolah-olah Typhoon akan menjadi pengganti MiG 29. Sebelum ini Dassault Aviation, firma pembuat pesawat Rafale turut menyatakan yang mereka akan membuka pejabat mereka di Malaysia sebagai persiapan dalam bersaing bagi mendapatkan kontrak dari kerajaan Malaysia bagi menggantikan MiG 29.
Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud telah menyatakan shortlist pesawat yang menjadi pilihan TUDM bagi menggantikan MiG 29 telah pun dihantar kepada kabinet bagi tujuan kelulusan. Pesawat-pesawat berkenaan ialah Eurofighter Typhoon, Dassault Rafale, Gripfen NG, F-16 C/D dan F/A-18F Super Hornet. Ada beberapa perkara yang mengejutkan aku berkenaan senarai ini.

Pertama, kehadiran bukan satu, tapi dua pesawat buatan AS. Malah kehadiran nama F-16 dalam senarai ini juga agak mengejutkan kerana F-16 sebelum ini telah beberapa kali membida untuk mendapatkan kontrak sejak dari zaman mula-mula kita hendak membeli MiG 29 lagi. Namun pesawat ini tidak begitu menarik perhatian TUDM dan tidak pernah berjaya berada dalam senarai pendek kerana Faighting Falcon adalah pesawat tempur ringan. Kenyataan yang jiran kita juga memiliki F-16 turut mengurangkan minat TUDM terhadap pesawat ini. Sementara F-18 pula telah menimbulkan kontroversi apabila mantan PM (Dr. M) menyatakan bahawa 8 pesawat F-18 yang berada dalam logistik TUDM sebenarnya tidak mencapai kemampuan maksima dan ia sengaja dilakukan sedemikian rupa oleh pengeluarnya iaitu Boeing kononnya atas arahan dewan senat yang bimbang Malaysia akan menimbulkan ancaman ke atas jiran kita di seberang tambak.

Sukhoi 30

Kedua, ketiadaan pesawat buatan Russia. Ada ura-ura mengatakan TUDM sangat berpuashati dengan prestasi Sukhoi-30 membuatkan TUDM menimbangkan mahu menambah jumlah pesawat tersebut dalam inventorinya. Ada juga khabar angin yang menyatakan Sukhoi telah mencadangkan pesawat generasi 4.5 iaitu Sukhoi-35 yang lebih canggih dari Sukhoi-30. Adakah mungkin setelah memiliki pesawat buatan Amerika dan Russia, kini TUDM mahu memiliki pesawat dari Eropah? Dari temuramah dengan Panglima TUDM, Jen. Tan Sri Rodzali Daud ada menyatakan yang TUDM tidak mahu terlalu bergantung sistem persenjataan dan pertahanannya pada satu blok antarabangsa sahaja.

F-16 Fighting Falcon

Jadi antara kelima-lima pesawat ini yang mana sesuai mengisi tempat yang bakal ditinggalkan MiG 29 nanti? Macam komentar bola lah pulak! F-16 dan Gripfen adalah pesawat single engine menjadikan kedua-dua pesawat ini sebagai pesawat tempur ringan (lightweight jet fighter) dan ia salah satu sebab kenapa TUDM menolak pembidaan kedua-dua pesawat sebelum ini. Gripfen sebagai contohnya dibina Sweden dengan memenuhi keperluan yang dikehendaki negara kecil tersebut dalam usaha menghadapi kemungkinan akan serangan Soviet Union. Pesawat yang mampu mendarat dijalanraya awam jelas menunjukkan fungsi utamanya iaitu melindungi ruang udara yang terhad dengan pangkalan yang berada dalam radius yang berhampiran. Begitu juga dengan F-16. Malah itu jugalah sebabnya kenapa Singapura memiliki banyak pesawat F-16. Aku juga tidak pasti jika F-16 adalah pesawat MRCA kerana setahu aku antara peranan pesawat MRCA adalah melakukan tinjauan dalam jarak yang jauh dan boleh kembali ke pangkalan dimana hanya boleh dilakukan oleh pesawat berenjin kembar. Tentera Udara Diraja Thailand memiliki kedua-dua buah pesawat ini. Namun dalam masa yang sama Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki supercarrier. Jadi secara dasarnya mereka memiliki pangkalan yang mobile. Singapura pula telah memajak tanah di beberapa buah negara jiran untuk dijadikan pangkalan luar persisir. Namun begitu, masalah kemampuan jarak penerbangan kedua-dua pesawat boleh ditangani dengan tangki tambahan atau bahasa teknikalnya, Drop Tank.

F-18 Super Hornet

Boeing telah membuat tawaran Super Hornet pada tahun 2002 dalam pakej membeli balik pesawat-pesawat F-18 Hornet milik TUDM dalam usaha mendapatkan kontrak dari Malaysia. Namun Sukhoi-30 menjadi pilihan. Kini Boeing sekali lagi mencuba nasib membida kontrak dengan kerajaan Malaysia. Tidak diketahui jika tawaran yang sama diberikan Boeing dalam bidaan kali ini. Kemampuan Super Hornet amat berbeza dengan pesawat asal Hornet sehinggakan Super Hornet dikategorikan sebagai pesawat generasi 4.5 sedangkan Hornet asal adalah pesawat generasi ke-4. Tentera Udara Australia kini menggunakan pesawat F-18 Super Hornet. Namun mereka menggunakan Super Hornet hanyalah untuk sementara waktu sebelum mereka menerima pesawat F-35 Lightning Strike JSF. RAAF sedar pesawat F-111 dalam logistik mereka semakin uzur dan F-35 tidak diketahui bila boleh mereka terima (akibat masalah teknikal yang dalam peningkatan). Bagaimanapun Super Hornet milik Australia dikritik kerana kemampuan enjinnya yang tidak sehebat MiG 29 dan Sukhoi-30 yang banyak digunakan oleh negara-negara Asia Tenggara. Namun apa yang mengganggu fikiran aku ialah kemungkinan perkara yang sama akan berlaku seperti mana sewaktu kita membeli 8 buah pesawat F-18 Hornet dahulu. Kita akan diberi pesawat dengan capability yang terhad! Bimbang aku jika Malaysia dipatuk ular di tempat yang sama dua kali.

Rafale

Bagaimana pula dengan pesawat Rafale? Mungkin ramai yang tidak tahu. Di awal program Typhoon, firma dari lima buah negara terlibat dalam projek tersebut. UK, Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis. Namun dipertengahan jalan, Dassault, firma dari Perancis menarik diri dengan alasan program Typhoon terlalu lewat dan mereka terpaksa segera menghasilkan sebuah pesawat pejuang bagi memenuhi kehendak tentera udara Perancis. Berpandukan maklumat kejuruteraan sewaktu berada di dalam program pembangunan Typhoon, Dassault menghasilkan Rafale. Sehingga kini Dasault masih dianggap mengkhianati projek Eurofighter tersebut. Baru-baru ini Rafale telah mempamerkan kehebatan mereka di Libya dengan menerajui beberapa serangan udara ke atas lokasi-lokasi tentera pro Gaddafi apabila AS yang seringkali menjadi peneraju utama berbelah bagi dalam operasi ketentera ke atas Libya. Namun ironinya, tentera udara Britain juga turut mengepalai beberapa serangan udara ke atas Libya dengan pesawat Typhoonnya. Kedua-duanya mempamerkan kemampuan yang setanding dalam tugasan masing-masing namun bagi mengesahkan pesawat mana yang lebih hebat hanya boleh ditentukan sekiranya kedua-dua pesawat berada di dalam pihak yang berlawanan.

Saab Gripfen

Apakah mungkin Rafale dan Gripfen menggantikan MiG 29? Pada pendapat aku adalah agak mustahil. Kenapa? Masalah yang paling utama adalah kerana firma yang yang menghasilkan Gripfen dan Rafale tidak mempunyai tapak atau cawangan yang kukuh di Asia Tenggara. Walaupun Thailand memiliki 6 pesawat Gripfen dan telah meluluskan pembelian 6 lagi buah pesawat tersebut namun dikatakan Thailand kini mengalami masalah dalam proses menyelenggara dan mendapatkan alat ganti untuk pesawat Gripfen mereka yang dikatakan agak mahal. Masalah yang sama akan Malaysia hadapi sekiranya sekiranya Rafale menjadi pilihan. Alat ganti dan tenaga pakar yang datang terus dari Perancis pasti akan meningkatkan kos penyelenggaraan dan kita tahu itulah masalah utama yang menyebabkan kita mahu menjual MiG 29.

Eurofighter Typhoon

Sebenarnya Typhoon boleh dianggap sebagai pesawat yang paling sesuai menggantikan MiG 29. TUDM telah pun memiliki 28 buah pesawat Hawk 100 dan 208 binaan BAE bererti TUDM sudah pun mempunyai hubungan yang baik dengan firma tersebut. Typhoon juga merupakan pesawat terbaik dalam kumpulan generasi 4.5 (pesawat lain dalam generasi ini ialah Super Hornet, Rafale, Sukhoi-35). Kemampuannya juga dikatakan mampu menyaingi pesawat F-22 Raptor dari kumpulan generasi ke 5. Aku ada membaca beberapa blog dan forum dan mendapati ramai pihak di Indonesia lebih bimbang sekiranya Malaysia benar-benar mahu membeli Rafale berbanding Typhoon. Pada mereka Rafale adalah lebih hebat berbanding Typhoon. Kebimbangan pihak Indonesia itu mungkin di dorong oleh hasrat tentera udara Indonesia untuk mendapatkan pesawat Dassault Mirage 2000. Tetapi kerana penghasilan Mirage 2000 telah pun dihentikan maka Dassault telah menawarkan Rafale. Dan Indonesia amat berminat dengan pesawat berkenaan. Namun apa yang pasti Rafale kemungkinan tidak bersesuaian dengan system pertahanan TUDM. Kenapa? Kerana seperti juga Saab Gripfen, Rafale dibina berdasarkan kehendak dan keperluan ketenteraan Perancis. Bukan sahaja dari aspek teknikal malah metodologi.


Perancis memang diketahui memiliki metodologi dan teknologi pertahanan yang berbeza. Jika Malaysia benar-benar mahu membeli Rafale, Malaysia akan menjadi negara kedua menggunakan pesawat tersebut selain Perancis. Tidak ada mana-mana negara lain yang menggunakan Rafale. Tetapi ini bererti TUDM terpaksa membuat banyak perubahan bagi menyesuaikan diri dengan pesawat Rafale ini. Typhoon pula adalah apa yang dikatakan sebagai pesawat dengan teknologi yang universal. Ia dikatakan lebih mudah dikemudi berbanding pesawat-pesawat yang lain. Dikatakan BAE telah membuat tawaran sekiranya kerajaan Malaysia memilih untuk membeli 10 buah pesawat Typhoon jenis Tranche 3, TUDM akan turut menerima 20 buah Typhoon jenis Tranche 1 yang bakal ditamatkan khidmatnya dari tentera udara Britain. Tranche 1 adalah versi asal Typhoon sementara Tranche 2 adalah versi yang telah dipertingkatkan. Tranche 3 adalah versi dengan standard yang sama seperti Tranche 2 tapi boleh dipertingkatkan sekiranya di masa hadapan teknologi dan system yang baru diperkenalkan. Sekiranya Malaysia memiliki Typhoon maka TUDM memiliki pesawat tercanggih di rantau Asia Tenggara. Saab Gripfen milik Thailand merupakan lightweight jet fighter. F-15 Eagle milik Singapura pula agak kurang hebat dari aspek air dogfight (tempur udara). Sukhoi-30 milik Indonesia pula dibeli tanpa kelengkapan persenjataan.


Jadi jika Typhoon dilihat amat bersesuaian dari segala aspek dan keperluan TUDM, apa pula downside pesawat ini? Tagprice! Setiap sebuah Typhoon versi Tranche 3 bernilai RM 750 juta. Baru-baru ini artikel dari akhbar Star menyiarkan kenyataan menteri pertahanan; Zahid Hamidi yang menyatakan kemungkinan Typhoon akan menjadi pilihan utama namun mengakui harganya yang amat tinggi. Di dalam artikel tersebut juga dipetik bahawa harga setiap pesawat Typhoon ialah RM 4 billion! Aku tidak tahu samada wartawan tersebut salah tulis atau salah tafsir tetapi harga setiap satu pesawat RM 4 billion? Akan berulang lagikah kontroversi pembelian Scorpene? Mungkin RM 4 billion itu nilai keseluruhan pakej. Mungkin juga tidak kerana dari rekod pembelian pesawat-pesawat sebelum ini memang kita membeli pesawat dengan harga yang lebih tinggi. F-18 Hornet; harga sebenar RM 192.5 juta setiap sebuah. Harga belian ialah RM 200 juta. Sukhoi-30 pula RM 105 juta. harga belian RM 188 juta. Ia mungkin kerana peningkatan dan penambahan teknologi dan sistem persenjataan tapi lonjakan Typhoon dari RM 750 juta kepada RM 4 billion? Pesawat F-22 Raptor pun baru berharga RM 525 juta (tanpa kelengkapan persenjataan). Aku benar-benar berharap ia hanya satu kesilapan dari artikel tersebut.


Tetapi secara realisitiknya kita memerlukan 18 buah pesawat bagi menggantikan MiG-29. Dengan harga Typhoon yang begitu mahal kemungkinan besar F-18 Super Hornet akan menjadi pilihan TUDM. Kemampuan Super Hornet juga tidak boleh dipertikaikan. Selain dari kenyataan yang kita sudah memiliki 8 buah F-18 Hornet bererti Super Hornet tidaklah terlalu janggal untuk diserapkan ke dalam logistik TUDM. Begitu juga dengan F-16 Fighting Falcon. Harganya yang murah (RM 65.8 juta tanpa kelengkapan persenjataan) mungkin menjadi faktor utama ia menjadi pilihan TUDM. 18 buah pesawat bukan satu jumlah yang kecil untuk diganti. Apatah lagi TUDM juga telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan pesawat AEW&C bagi tujuan pemantauan ruang udara. Kemungkinan akan Rafale dan Gripfen menjadi pilihan adalah agak tipis. Faktor harga yang mahal ( Gripfen; RM 210 juta seunit dan Rafale; RM 554 juta seunit) serta kemungkinan masalah dari segi teknikal (kemahiran kejuruteraan dan alat ganti) menjadi penyebab utamanya.


Namun walau apapun rumusan yang aku buat berdasarkan pengetahuan aku yang amat terhad ini, jawapannya akan diketahui pada bulan Disember nanti apabila kabinet mengumumkan pesawat apakah yang akan menggantikan MiG-29. Lebih dari itu aku berharap yang Malaysia akan dapat memanfaatkan peralihan teknologi dan mungkin suatu hari nanti kita akan mampu menghasilkan pesawat buatan kita sendiri!