Sunday 22 December 2013

The Dark Knight Returns


Khabar angin akan filem Superman yang baru tengah menggila sekarang. Berita yang telah di sahkan ialah kehadiran Batman dan akan berlakukannya pertarungan di antara The Cape Crusader dengan Man of Steel. Zack Snyder juga menyatakan yang ia akan berdasarkan (secara longgar) akan novel grafik The Dark Knight Returns. Jadi sebelum kita bersantap dengan sequel Superman ni yang akan keluar pada 2016 marilah kita revisited novel grafik terbaik Batman ini.  


The Dark Knight Returns berlatar belakangkan dysantopia di Gotham City dengan Bruce Wayne yang sudah berumur 55 tahun dan ‘bersara’ dari menjadi alter egonya, Batman. Namun Bruce merasa tidak selesa dengan persaraannya lebih-lebih lagi apabila Gotham sedang menghadapi ancaman dari sebuah kumpulan samseng jalanan iaitu Mutant. Suatu malam sewaktu pulang dari bertemu Jim Gordon, bagi meraikan persaraannya dari jawatan komisioner polis, Bruce hampir disamun ahli kumpulan Mutant. Ini menyedarkan dia yang jenayah semakin menguasai Gotham City sejak ketiadaan Batman.

 


Dalam pada itu, Harvey Dent AKA Two-face telah selamat menjalani pembedahan plastik bagi mengembalikan wajahnya yang asal. Pakar psikiatri percaya yang Harvey telah pulih bukan saja secara fizikal malah juga mental dan dia telah sembuh sepenuhnya dan boleh kembali ke pangkuan masyarakat tapi Bruce sangsi dengan perkara itu. Dalam masa yang sama Batman telah kembali ke Gotham City dan mula membersihkan jalan-jalan Gotham dari ancaman Mutant. Batman telah menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun bernama Carrie Kelley dari disamun geng Mutant. Carrie Kelley kemudiannya menyarung sut Robin biar pun Alfred tidak bersetuju dengan tindakan Bruce Wayne yang mahu membimbing Kelley menjadi sidekick Batman.

 

Kehadiran semula Batman ke Gotham City telah berjaya merendahkan kadar jenayah namun pendapat awam mula berbelah bagi samada Batman adalah hero atau penjenayah sama seperti geng Mutant yang diburunya. Malah komisioner polis yang baru, Komisioner Yindel turut mengeluarkan arahan khas agar Batman dilayan seperti penjenayah dan harus ditangkap. Rasa curiga Batman pada Harvey Dent menjadi kenyataan apabila Harvey mengugut mahu meletupkan bangunan Gotham City Twin Tower sekiranya dia tidak dibayar lima juta dollar. Bagaimanapun Batman berjaya membunuh Harvey yang akhirnya mengaku bahawa personanya, Two-face tidak pernah lenyap dari dalam dirinya.



Batman kini menumpukan usahanya untuk menumpaskan geng Mutant dan untuk melumpuhkan geng itu Batman harus menewaskan ketuanya. Batman telah menyerbu ke sarang Mutant dan bertempur satu lawan satu dengan ketua Mutant. Tapi Batman tewas dalam pertarungan itu dan teruk dicederakan ketua Mutant. Namun Robin sempat menyelamatkannya dan membawanya pulang ke Batcave. Ketua Mutant telah ditangkap dan dipenjarakan namun dia mengugut akan mengarahkan ahli geng Mutant yang lain untuk menghuru-harakan Gotham City. Bimbang dengan situasi itu, datuk bandar Gotham City telah bertemu dengan ketua Mutant untuk berbincang namun dia dibunuh oleh ketua Mutant. Batman tahu dia harus menewaskan ketua Mutant secara public bagi mematahkan semangat ahli Mutant yang lain dari meneruskan rancangan untuk menghuru-harakan Gotham City. Batman telah memperdayakan ketua Mutant sehingga dia menyangkakan yang dia telah berjaya melarikan diri dari penjara namun sebenarnya dia dibawa di sebuah kawasan di mana ahli geng Mutant telah berjaya dipedaya Robin agar berkumpul di situ bagi menyaksikan pertarungan buat kali kedua di antara ketua Mutant dengan Batman.
 


Dalam pertarungan kali ini Batman telah berjaya menewaskan ketua Mutant dan membunuhnya. Peristiwa itu telah menyebabkan kumpulan Mutant berpecah. Ada yang meneruskan perbuatan jenayah secara berasingan dan ada pula yang menyertai kumpulan yang taksub dengan Batman yang menggelarkan diri mereka sebagai The Son of Batman dan berusaha untuk membanteras jenayah. Dalam pada itu kembalinya Batman telah memulihkan kembali Joker yang berada dalam keadaan katatonik di Arkham Asyllum. Seperti juga Harvey Dent, Joker berjaya memperdayakan pihak awam yang dia telah menyesal di atas segala jenayah yang telah dilakukannya namun Bruce Wayne tahu yang Joker menipu. Dalam satu temuramah rancangan televisyen, Joker telah bertindak membunuh semua orang di studio dengan melepaskan laughing gas dalam usahanya untuk melarikan diri.



Dalam masa yang sama US sedang menghadapi krisis nuclear apabila Russia meningkat kekuatan ketenteraan di sebuah negara kecil, Corto Maltese. Kerajaan US telah meminta bantuan Superman (yang kini telah diketahui umum juga adalah Clark Kent) untuk mengawal situasi dari menjadi lebih buruk. Joker telah bertemu dengan Selina Kyle AKA Catwoman yang kini merupakan pemilik agensi escort girl. Joker telah menggunakan lipstick untuk mengawal fikiran seorang escort girl Selina untuk mempengaruhi seorang ahli kongres. Ahli kongres tersebut telah mengeluarkan arahan agar serangan dilancarkan ke atas pihak Soviet Union di Corto Maltese. Batman dan Robin telah memburu Joker yang berada di pesta County Fair. Dia berhasrat mahu membunuh pengunjung pesta tersebut namun Batman berjaya menewaskannya. Joker yang enggan menerima kekalahan tersebut telah bertindak mematahkan batang lehernya sendiri supaya ia kelihatan seperti Batman kini adalah seorang yang ganas dan bertindak di luar kawalan. Pihak polis semakin meningkatkan usaha memburu Batman.



Sementara itu, Russia telah bertindak balas di atas serangan US ke atas tentera mereka di Corto Maltese dengan melancarkan serangan nuclear. Namun Superman berjaya mengalihkan peluru berpandu nuclear tersebut ke sebuah kawasan padang pasir. Namun ledakan nuklear tersebut telah menyebabkan gangguan elektro magnetic pulse yang menyebabkan seluruh Amerika kehilangan tenaga elektrik. Insiden blackout seluruh Amerika ini telah menyebabkan huru-hara di seluruh negara termasuklah Gotham City. Namun Batman telah berjaya memujuk saki-baki anggota Mutant dan anggota Sons of Batman untuk membantunya mengembalikan kenteraman awam di Gotham menjadikan ia kini sebagai bandar yang paling selamat di Amerika. Kejayaan Batman ini bagaimanapun memalukan pihak kerajaan dan White House. Presiden US (Ronald Reagan) telah meminta Superman menangani Batman yang dianggap semakin tidak terkawal. Bruce telah menemui Oliver Queen AKA Green Arrow bagi meminta bantuan kerana Queen berdendam dengan Superman. Dia kehilangan sebelah tangannya dalam satu konfrontasi dengan kerajaan US (Ini kisah dalam komik yang lain) dan menyalahkan Superman di atas tragedi itu. Namun Queen masih seorang pemanah yang handal dengan memanah menggunakan sebelah tangan dan mulutnya.

 

Pada hari pertarungan, Batman telah menggunakan sut exo-skeleton untuk menghadapi Superman biar pun Superman memujuknya agar menyerah diri. Bruce telah menerima kenyataan yang dia sudah tua dan bersedia untuk mati. Dalam pertarungan itu jelas sekali Superman yang tidak dimamah tua terlalu kuat buat Batman yang telah lanjut usia. Namun sedang mereka bertarung, muncul Queen membantu. Dia telah melepaskan panah dengan mata diperbuat daripada kryptonite bagi melemahkan Superman. Dalam keadaan lemah itu Superman dapat mengesan jantung Batman yang semakin lemah. Bruce mengalami serangan jantung dan akhirnya mati sebelum sempat Superman menewaskannya. Alfred yang kecewa kerana Bruce tidak mahu mendengar nasihatnya telah memusnahkan Batcave dan Wayne Manor sebelum dia mati akibat stroke. Tindakan Alfred itu telah membuka rahsia yang Bruce Wayne adalah Batman namun apa yang pelik adalah kehilangan semua harta milik Bruce Wayne. Clark Kent telah menghadiri pengkebumian Bruce. Dia adalah orang yang paling sedih dengan kematian Bruce. Dia terlihat Carrie Kelley yang menyamar dan Clark sempat mengenyitkan matanya. Rupa-rupanya Clark dapat mengesan degupan jantung Bruce. Clark sedar kini yang Bruce telah merancang kematiannya dengan menyuntik dadah yang menyebabkan jantungnya terhenti buat seketika sebelum dihidupkan kembali. Bruce, Queen dan Carrie bersama anggota Mutant dan Sons of Batman telah masuk ke bawah tanah bagi meneruskan usaha mereka melawan jenayah.

 


Buku ni aku beli dalam tahun 90an. Dan seperti mana kebiasaan artwork Frank Miller, stroke lukisannya tak berapa menarik. Agak kecewa juga aku masa mula-mula beli. Yalah, tahun 90an adalah ledakan artwork yang cantik dalam industri komik US. Pelukis macam Alex Ross, Todd McFarlane, Jim Lee, Marc Silvestri yang memiliki stroke lukisan yang perghh….menggila lawanya. Apatah lagi industri komik diperkenalkan dengan teknik pengwarnaan yang baru iaitu airbrush teknik dengan gabungan computer. So the quality is so tremendous nak dibandingkan dengan komik-komik tahun 80an. Namun kekuatan Frank Miller adalah pada jalan ceritanya. Sewaktu dia muncul dalam tahun 80an, dia antara penulis yang menulis komik with a touch reality sense. Komik dengan jalan cerita yang sesuai untuk pembaca matang dengan tema yang berkaitan isu terkini.



The Dark Knight Returns di terbitkan pada tahun 1986. Tu sebab ada elemen cold war dalam cerita ni. Pada aku The Dark Knight Returns sama seperti Grendel: Warchild (juga hasil kerja Frank Miller), tidak terlalu simple dan tidak pula terlalu kompleks. Kira sedang-sedang saja. Pembaca tak terlalu bosan dan tak pula confuse. TDKR pada aku banyak bermain dengan perasaan. Dalam buku, Bruce Wayne AKA Batman tidaklah seperti wataknya dalam komik yang lain di mana dia selalunya suave, cool, power dan segala macam benda yang hebat. Tapi dalam TDKR, Bruce Wayne adalah seorang tua yang lemah dan semakin dilupakan sementara generasi muda melihatnya sebagai seorang weirdo. Bila dia kembali menyarung sut Batman, sangkanya dia akan diterima kembali oleh masyarakat namun dia dikecam kerana dianggap sama seperti penjenayah lain. So Batman yang suatu masa dulu dipuja kini diburu dan dicerca sedangkan sahabat karibnya Superman masih lagi dipuja. Namun dalam keadaan tua, lemah dan diburu bak anjing kurap, Bruce Wayne masih lagi seorang yang kuat semangat dan bijak. Jadi biar pun dia tidak lagi gagah seperti Superman namun dia masih berjaya menyelesaikan semua masalah.

 

Secara jujurnya aku rasa sebak bila baca buku ni. Frank Miller berjaya meraih simpati pembaca dengan menjadikan satu watak yang hebat menjadi watak yang serba kekurangan tetapi dikagumi dari sudut kemanusiaan. Bruce Wayne seorang manusia biasa. Dia tua dan lemah. Tapi masih berpegang pada prinsip tanggungjawab biar pun dia tahu yang dia akan terkorban. Tak macam Superman yang tak perlu bimbangkan apa-apa. Miller seolah-olah nak bagitahu, walaupun kita ini manusia biasa dan banyak kekurangan tapi mengalah jangan sekali. Biar pun kita tewas namun kita tetap menang selagi mana kita tidak berputus asa. Sepanjang cerita ini Bruce Wayne menghadapi segala macam dugaan dan tentangan tapi semangat dia jitu. Dan bahagian paling sedih apabila dia berhadapan dengan Superman. Apabila dia tumbang kerana sakit jantung, Superman sendiri sebak melihatkan rakannya sampai dia pangku mayat Bruce Wayne. Man, that’s so overwhelmed! But the best part bila Clark Kent tersenyum sambil kenyit mata pada Carrie sebab dia tahu Bruce Wayne masih hidup.
 


For me Frank Miller is among the best comic writer ever. Kudos to him and kudos to The Dark Knight Returns. TDRK sudah pun dijadikan filem animasi dalam dua bahagian. Aku tak tengok lagi tapi daripada review dinyatakan filem animasi TDRK stay true to its comic, every part of it, which is good news. Dan ia dikatakan dapat diterjemahkan lebih baik dari komik sendiri. Whoah! Aku dok fikir mana nak cari animasi ni. Kalau KL Gangster senang la nak cari. Sekarang aku cuma harap Ben Affleck boleh bagi aura yang sama dalam sequel Man of Steel. Kalau tak, memang sial la lu Affleck!           

Wednesday 31 July 2013

Oldboy



Warning! Spoiler alert! Kalau korang belum pernah tengok filem Oldboy versi Korea dan plan nak tengok, jangan baca artikel ni sebab aku akan cerita semua benda yang twisted and shocking.

 

Oldboy adalah sebuah filem psycho-thriller Korea yang diterbitkan tahun 2003. It’s one of a disturbed movie I’ve ever watch. Jadi kalau korang peminat Girl’s Generation dan melihat semua berkaitan Korea sebagai gyomi, jangan tengok filem ni. It’s consider the darkside of Korea. Oldboy menceritakan tentang seorang lelaki bernama Oh Dae Su yang diculik pada hari jadi anaknya dan dikurung di sebuah bilik selama 15 tahun tanpa berhubung dengan sesiapa. Dia hanya mendapat maklumat tentang perkembangan dunia dari televisyen (di mana dia mendapat berita yang isterinya dibunuh dan dia menjadi suspek dan anaknya telah dibesarkan oleh keluarga angkat di Sweden). Dia berdendam dan bertekad akan mencari orang yang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku pada dirinya. Dalam tempoh itu dia mempersiapkan dirinya dengan belajar bertinju dan mendapatkan segala maklumat survival dari televisyen. Dia juga berusaha untuk melarikan diri. Tapi pada suatu hari sebelum sempat dia melarikan dia telah dilepaskan. Dia sedar dari pengsan dan berada di dalam kotak di atas bumbung sebuah bangunan. Seorang lelaki gelandangan memberikan dia sebuah telefon bimbit dan beg duit padanya. Dia kemudiannya bertemu dengan seorang chef bernama Mido di sebuah restoran sushi. Dae Su pengsan setelah memakan sotong kurita hidup. Mido membawanya balik ke rumah. Oleh kerana dia sudah lama tidak mengadakan hubungan seks, Dae Su telah cuba mencabul Mido tapi berjaya dihalang Mido. Namun Mido berjanji akan sudi mengadakan hubungan seks bila dia telah bersedia. Dalam masa yang sama Dae Su mendapati Mido sering skype dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dan apabila Dae Su mencelah, lelaki itu ternyata adalah lelaki yang bertanggungjawab di atas penculikannya.

Choi Min Sik sebagai Oh Dae Su sedang membaham sotong
 
Dae Su memulakan usahanya mengesan orang yang menculiknya dengan mencari kedai menjual ladu kerana selama 15 tahun dia dikurung, setiap hari dia disaji dengan ladu. Dan dalam satu ladu itu dia terjumpa cebisan kertas tertulis nama restoran ‘blue dragon’. Dia mencuba ladu di setiap restoran bernama blue dragon sehinggalah dia menemuinya. Setelah mengekori penghantar makanan ke sebuah bangunan, dia akhirnya menemui orang yang bertanggungjawab mengurungnya. Setelah disiksa (Dae Su mencabut semua gigi orang itu dengan tukul) orang itu memberitahu yang dia hanya menerima upah untuk menculik dan mengurungnya dan Dae Su diculik kerana mulutnya yang celupar. Sewaktu dia mahu meninggalkan bangunan tersebut, ahli kumpulan lelaki tersebut cuba menghalangnya. Dengan bersenjatakan tukul, Dae Su berjaya menyelamatkan diri namun dia telah ditikam. Kecederaannya menyebabkan dia rebah di jalan dan ditolong seorang lelaki menaiki teksi. Namun sebelum teksi itu berlalu, lelaki itu memberikan petunjuk yang dialah orang yang bertanggungjawab di atas penculikan Dae Su.

Kang Hye Jung sebagai Mido
 
Dae Su bertemu dengan kawan lamanya, Noo Joo Hwan untuk meminta tolong. Joo Hwan adalah tauke cyber cafĂ©. Joo Hwan telah berjaya mengesan lokasi asal komputer yang digunakan lelaki misteri yang skype dengan Mido. Di bangunan bersebelahan rumah Mido. Rupa-rupanya mereka telah diperhatikan selama ini. Dae Su menyerbu ke rumah tersebut dan menemui Lee Woo Jin, lelaki yang menolongnya menaiki teksi. Dae Su mahu membunuh Woo Jin tapi dia juga mahu tahu kenapa dia diculik. Woo Jin memberi tahu yang dia telah meminta doktor memasang alat pada jantungnya dan jika dia menekan satu alat maka jantung akan berhenti berfungsi. Woo Jin memberikan Dae Su tempoh 5 hari untuk cari jawapan kenapa dia di penjarakan. Jika tidak, Woo Jin akan membunuh diri dan Mido akan mati. Woo Jin memberikan petunjuk ‘Evergreen’. Dae Su terpaksa kembali menyelamatkan Mido apabila Woo Jin memberitahu, gangster yang dipukul Dae Su telah menangkap Mido. Dae Su ditangkap. Di kala ketua gangster tersebut mahu mencabut gigi Dae Su dengan tukul (seperti yang dilakukan Dae Su padanya), Woo Jin telah menghantar orangnya menyogok ketua gangster itu agar melepaskan Dae Su. Dae Su sempat berkata akan memotong tangan ketua gangster itu. Kerana terlalu trauma dan rasa terhutang budi pada Dae Su, Mido akhirnya bersetuju untuk tidur bersamanya. Keesokan paginya mereka mendapat hadiah, tangan ketua gangster. Dae Su dan Mido sedar yang mereka diekori. Mereka melarikan diri daripada Woo Jin.  

Yoo Ji Tae sebagai Lee Woo Jin
 
Dengan bantuan Joo Hwan, mereka menemui beberapa website berkaitan Evergreen dan salah satu darinya ialah Evergreen Oldboy yang berkaitan dengan bekas pelajar dari sekolah di mana Dae Su dan Joo Hwan belajar. Dae Su teringatkan hari terakhir dia di sekolah tersebut sebelum dia berpindah ke Seoul. Dia teringatkan seorang pelajar perempuan bernama Lee Soo Ah. Dia teringat bagaimana dia terlihat Lee Soo Ah mengadakan hubungan seks dengan Woo Jin. Soo Ah dan Woo Jin adalah adik beradik! Dae Su menceritakan perkara ini kepada Joo Hwan dan Joo Hwan telah menyebarkan cerita tersebut sehingga tersebar khabar angina di seluruh sekolah kononnya Soo Ah telah mengandung. Soo Ah benar-benar tertekan akhirnya telah membunuh diri.
 

Yoon Jin Seo sebagai Lee Soo Ah
 
Dae Su dan Mido telah bertemu dengan ketua gangster. Oleh kerana tangannya telah dipotong Woo Jin maka dia bersetuju untuk menolong Dae Su. Dae Su meminta ketua gangster itu menjaga Mido sementara dia bertemu dengan Woo Jin. Dae Su mengaku akan kesilapannya. Woo Jin memberikan Dae Su sebuah kotak. Di dalamnya terdapat album foto. Dari foto itu Dae Su mendapat tahu yang Mido adalah anaknya. Woo Jin memberitahu yang ketua gangster juga masih lagi orangnya dan ketua gangster bersetuju untuk dipotong tangannya setelah ditawarkan sebuah bangunan. Di kala itu juga Woo Jin memberitahu yang ketua gangster akan memberikan album yang serupa pada Mido. Dae Su merayu agar Mido tidak diberitahu tentang perkara sebenar. Dalam keadaan terdesak memujuk Woo Jin, Dae Su telah memotong lidahnya sebagai simbolik kerana menyebarkan cerita sehingga membawa kepada kematian Lee Soo Ah. Woo Jin bersetuju dan berlalu pergi meninggalkan Dae Su. Namun sewaktu di dalam lif, Woo Jin yang masih begitu kecewa dengan kematian adiknya telah menembaknya dirinya sendiri. Dae Su telah menemui seorang pakar hypnosis dan meminta agar dia dipukau supaya tidak mengingati memori akan Mido adalah anaknya. Di akhir cerita Mido menemui Dae Su dan menyatakan yang dia menyintai Dae Su dan Dae Su tersenyum menimbulkan persoalan samada hypnosis itu berkesan atau tidak.
 
 


 
Filem ni salah satu daripada ‘Vengeance Trilogy’ oleh pengarah Park Chan Wook. Filem lain adalah Sympathy for Mr. Vengeance dan Sympathy for Lady Vengeance. Namun ketiga-tiga filem tidak ada kaitan antara satu sama lain. Oldboy pun sebenarnya berdasarkan manga Jepun yang lebih mellow berbanding versi filem. Ketiga-tiga filem ni sudah aku tonton dan Oldboy is the most disturbed one among the three. Filem ni aku first tengok lebih kurang 8-9 tahun lepas. Zaman VCD masih relevan. Ya, sebelum K-pop dan Halyu melanda Malaysia, aku dah start layan Korean movie. Ini semua pengaruh world cup 2002. Sebelum tu aku tak tahu apa pun pasal Korea. Aku cuma peduli Jepun je. Tapi bila favourite team aku Italy main kat Korea, I have a glimpse of whar Korea is. Since then aku mula nak tahu pasal Korea (actually aku terlihat gambar awek Korea yang comel kat paper masa liputan World Cup. Ingat aku awek Korea suma huduh!). Pastu aku aku tengok filem Korea pertama. Volcano High. Tercengang aku bila mendapati kualiti filem Korea setanding dengan Hong Kong. And of course, awek dia, Min A Shih yang sangat comel. Since then aku mula cari VCD Korea. But back then memang susah nak cari. Tak macam sekarang, bersepah. Aku terbaca review dalam majalah US tentang filem Oldboy yang mengatakan, this film is not for the faint hearted. Aku tak faham apa maksud dia jadi bila aku terjumpa VCD ni di kedai VCD Tanjung Malim (Ya, Tanjung Malim! Jangan pandang Tanjung Malim takda mata!) aku terus sambar. Aku ingatkan cerita dia mesti macam Volcano High atau My Sassy Girlfriend. Aku tersilap 44 kilometer. Habis aku tonton Oldboy, ternganga mulut aku.

Seung Hui Cho meniru gaya Dae Su
 
Aku tak sangka Korea (atau mana-mana negara) boleh buat cerita yang macam ni punya disturbed. Incest, insane excesive violence. Filem ni macam takda apa yang positif yang boleh dijadikan sebab untuk ditonton. Dah sama teruknya macam tengok filem porno. Membuatkan aku terfikir, adakah orang Korea sebenarnya macam ni? But that’s Korean film industry. Dia orang pelik. Lebih pelik dari Jepun. Rupa-rupanya banyak filem-filem Korea yang pelik-pelik. Bukan setakat trilogy Vengeance saja. Memang mula-mula tengok, tak boleh nak terima but lama-lama kita akan carik filem macam ni just to break our appetite for something unusuall. Filem ni sebenarnya mencetuskan kontroversi apabila seorang pelajar Korea yang menuntut di Virginia Tech College kat US, Seung Hoi Cho telah memuatnaikkan video dia menghayunkan tukul, serupa seperti scene dalam filem Oldboy. Beberapa hari kemudian dia mengamuk di kolejnya dengan menembak mati 32 orang pelajar. Jadi pihak penyiasat cuba membuat kesimpulan kalau sekiranya Seung terpengaruh dek filem Oldboy. Namun mereka mengenepikan kemungkinan ini setelah mendapati Seung memiliki rekod sakit jiwa.

 


Josh Brolin dalam scene gaduh pakai tukul
 

Samuel L Jackson sebagai ketua gangster
 
 
Sharlto Copley
 

As usuall, bila ada filem yang pelik dan hebat dari Asia, Hollywood nak buat remake. Like The Ring, Internal Affair dan Ju On, Oldboy juga telah diremake Hollywood. Pengarah terkenal Spike Lee yang direct filem ni. Para pelakonnya ialah Josh Brolin (MIB 3) akan memainkan watak Joe Doucett (Dae Su), Sharlto Copley (District 9, The A-Team) membawa watak Adrian Pryce (Woo Jin) dan juga Samuel L. Jackson membawa watak ketua gangster. Namun dari apa yang didengar, versi Hollywood akan lebih mellow. Malah scene di mana Dae Su makan sotong kurita hidup-hidup tidak dimasukkan Spike Lee dalam versi remake. Based on the trailer, Hollywood version is more ease. Ada part yang kelakar (Hollywood trademark) compare dengan Korean version yang dark dan gory. Malah dari trailer tersebut aku dapati identity anak perempuannya sudah diketahui melalui television. Unless there’s a twist I think there won’t be any incest element in the remake version. Amerika haruk camana pun masih sensitif pada sesetengah isu. Tapi kalau ikut aku, not all remake is crap. Original version selalunya ada taste yang tersendiri dan Hollywood version lebih mainstream. Lebih enjoy untuk di tonton. Anyway, just wait and see.            
 

Sunday 30 June 2013

Kapal Selam Scorpene: SSK vs SSN


KD Tunku Abdul Rahman
 

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku pasti ramai yang tak tahu apa itu SSK dan SSN. SSK adalah terma yang dirujuk US Navy sebagai kapal selam konvensional atau kapal selam diesel-elektrik. SSI atau SSP pula adalah kapal selam diesel-elektrik yang dilengkapkan dengan teknologi AIP (Air Indenpendent Propulsion). Panjang SSK adalah di antara 60 ke 90 meter. SSN pula merujuk kepada kapal selam berkuasa nuklear dengan tugasan utamanya sebagai kapal selam fast attack atau hunter-killer yang memburu dan memusnahkan sasaran di permukaan atau di bawah air. Panjangnya di antara 100 ke 120 meter. SSBN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik atau ICBM (Intercontinetal ballistic missile). SSBN adalah kapal selam yang paling besar dibina dengan ukuran antara 140-180 meter panjang (dua kali atau lebih saiz Scorpene). Ini tidaklah mengejutkan memandangkan saiz ICBM itu sendiri amat besar dan setiap SSBN mampu membawa 8-12 buah ICBM. SSGN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu cruise atau SLCM (Submarine Launch Cruise Missile). Namun selalunya SSN dan SSBN memiliki kemampuan melancarkan peluru berpandu SLCM. Dan ada juga kapal selam SSK yang memiliki kemampuan SLCM. Contohnya kapal selam kelas Collin milik Australia.


USS Virginia
 
Collin class milik Australia
 

Persoalan yang aku rasa sering bermain di minda rakyat Malaysia adalah hebat manakah Scorpene yang begitu di gembar-gemburkan? Cerita yang sering didengar ialah Scorpene adalah kapal selam terbaik yang dimiliki oleh negara-negara di Asia Tenggara. Betulkah? Mengikut carta sepuluh SSK terbaik (ini bukan carta rasmi. Pendapat tidak rasmi dari individu dan juga firma yang berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman terlibat dalam industri kapal selam), kapal selam kelas Gotland buatan Sweden berada di tangga ke-8 dan Singapura memiliki dua buah kapal selam kelas Vastergotland buatan Sweden (biarpun Gotland Class dan Vastergotland Class adalah dua jenis kapal selam yang berbeza namun bolehlah kita anggap semua teknologi terkini SSK Sweden telah dilengkapkan pada Vastergotland). Scorpene pula berada di tangga ke-4. Kapal selam type 214 dan 212 buatan Jerman berada di tangga ke 3 dan ke 2 sementara kapal selam SSK terkini buatan Russia, kelas Lada adalah di tangga pertama. Kapal selam kelas Kilo buatan Russia yang bakal dimiliki oleh Vietnam berada di tangga ke 5. Perlu diingat kapal selam kelas Kilo yang dibeli Vietnam telah dimajukan dan dipertingkatkan kemampuannya berbanding versi era perang dingin. Scorpene dan Lada class adalah dua buah kapal selam yang bukan merupakan kesinambungan kapal selam dari perang dunia kedua dan juga perang dingin di mana kapal-kapal selam yang dihasilkan dalam era tersebut dinaiktaraf bagi disesuaikan dengan keadaan dan keperluan situasi kapal selam masa kini. Kedua-dua kapal selam ini dianggap sebagai kapal selam diesel-elektrik generasi ke-4 yang direkabentuk setelah berakhirnya era perang dingin bagi disesuaikan dengan situasi masa kini.
 Gotland Class
Type 212 milik German
 
Kilo class
 
Lada class
 

Namun bagaimana pun ini tidak bererti kapal selam Singapura boleh dianggap enteng. VasterGotland class atau lebih dikenali sebagai Archer Class pada Navy Singapura, walaupun dianggap sebagai kapal selam secondhand namun ia telah dinaik taraf dan dilengkapi teknologi AIP yang membolehkan ia menyelam lebih lama sehingga 70 ke 75 hari berbanding Scorpene yang hanya mampu menyelam selama 45 hari kerana ketiadaan teknologi AIP. AIP ialah teknologi dimana ia membolehkan kapal selam itu mengitar semula tenaga elektrik tanpa memerlukan atmosfera oksigen. AIP juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi ia dapat memanjangkan tempoh waktu sesebuah SSK itu untuk menyelam sebelum perlu timbul di permukaan bagi mengecas tenaga elektrik. Jadi walaupun Vastergotland berada di bawah Scorpene namun kalau sekiranya berlaku insiden hunting-killing antara Kelas Perdana Menteri dengan Archer Class, Scorpene hanya mampu memburu dalam tempoh kurang dari 45 hari sebelum terpaksa menyelam di kedalaman ‘snorkel’. Which is bad news kerana ia dianggap waktu di mana Scorpene berada dalam keadaan ‘lemah’ dan Archer Class boleh mengambil kesempatan untuk memburu dan memusnahkan Scorpene.
RSS Archer
 
Sudah tentu ramai tertanya-tanya kenapa TLDM tidak melengkapkan Kelas Perdana Menteri dengan AIP? Terdapat beberapa teknologi AIP yang digunakan pada SSK. Sweden menggunakan teknologi enjin Stirling yang turut dimuatkan pada Archer Class milik Singapura. Bagi kapal selam type 212 dan 214 milik Jerman dan Kilo Class dan Lada Class buatan Russia, mereka menggunakan teknologi Fuel Cell. Perancis menggunakan teknologi MESMA (Module d’Energie Sous-Marine Autonome) yang boleh dimuatkan pada Scorpene. Jadi kenapa TLDM tidak memasang MESMA? Alasannya adalah kerana mahu menunggu teknologi AIP menjadi lebih advance. Betulkah? Aku kurang pasti cuma yang aku tahu antara ketiga-tiga teknologi ini, MESMA adalah paling efisien dan efektif jika dibandingkan dengan Fuel Cell dan enjin Stirling. Tapi dari maklumat yang aku dapat menyatakan sebab utama kenapa kenapa TLDM tidak memasang MESMA adalah kerana kosnya yang terlalu mahal sehingga mencecah puluhan juta dollar! Kos penyelenggaraannya juga mahal selain teknologinya yang terlalu kompleks dan agak sukar untuk diaplikasi oleh krew yang masih hijau pengalamannya dalam bidang kapal selam. Ini berbeza dengan teknologi enjin Sterling dan Fuel Cell yang lebih murah. Namun DCNS menyatakan bahawa mereka masih menjalankan usaha untuk memperbaiki kemampuan dan kos oleh MESMA. Mungkin itu sebabnya TLDM menyatakan akan memasang AIP suatu hari nanti apabila teknologi mengizinkan. Namun aku sendiri tidak pasti bila kerana bagi memasang MESMA memerlukan pengubahan dan penambahan hull atau badan Scorpene sehingga 10 meter. Sudah pasti Scorpene akan berada di limbungan dalam masa yang lama bagi proses penambahan MESMA dan menjejaskan operasi TLDM. Namun mungkin benar TLDM mahu menunggu sehingga teknologi AIP menjadi lebih baik. Teknologi AIP berkembang dengan pantas dan pakar menyatakan teknologi seperti fuel cell akan mampu dimajukan 2-3 kali ganda dalam tempoh beberapa tahun menambahkan kelajuan dan ketahanan SSK di bawah laut. Dan Russia sudah membangunkan sistem AIP KRISTAL-27E yang lebih canggih berbanding teknologi AIP fuel cell yang digunakan Jerman. Mungkin TLDM akan menggunakan teknologi Fuel cell instead of MESMA. Who knows!
 


Sebenarnya apabila kapal selam KD TAR menjadi kapal selam pertama yang tiba ke Malaysia, perkara yang bermain di minda aku ialah adakah mampu kapal selam diesel-elektrik menghadapi kapal selam nuklear?  Aku tak berapa peduli akan ancaman dari kapal selam Singapura kerana telah berlaku beberapa insiden di antara Navy Singapura dengan Malaysia namun dirahsiakan. Thus far TLDM memang berkemampuan untuk memintas Navy Singapura. Namun aku terfikir macamana kalau kapal selam US yang memasuki perairan kita? Atau lebih teruk lagi, mengancam tentera laut kita. Kita semua ada kesangsian kalau sekiranya kita berlengan dengan Singapura pasti Uncle Sam akan masuk campur. Aku tak yakin pada ketika itu. Dan keyakinan aku semakin menurun sebaik terlihat diagram perbandingan ukuran Scorpene dengan kapal selam kelas Ohio yang 100 meter lebih panjang daripada Scorpene. Dan aku mula check akan kemampuan SSN. SSN dibina untuk operasi di lautan terbuka.  Memang benar, SSN mampu menyelam di dalam air tanpa had. Hanya bergantung pada bekalan makanan. Kalau bekalan makanan mereka mampu bertahan selama enam bulan, maka enam bulanlah kapal selam itu berada di bawah permukaan (dan ini sering berlaku pada SSN milik AS dalam era perang dingin apabila mereka sering berlayar di laut Barent untuk mengintip Russia). Jarak pelayaran mereka juga tidak ada had. SSN tidak kehabisan bahan selagi reaktor nuklearnya berfungsi maka ia boleh terus berlayar tanpa henti. Dan hati aku yang spengong ini mula merasakan ia adalah satu pembaziran membeli kapal selam yang terhad kemampuannya. Seolah-olah ia dibeli sekadar mahu menghadapi ancaman kapal selam Singapura.
KD Tun Razak

Namun apabila lebih banyak research yang aku lakukan ternyata tanggapan aku meleset! Yang memang benar Scorpene sekadar sebuah kapal selam konvensional yang terhad kemampuannya. Namun ia tidak terkalah rupanya. Dalam kemampuan yang terhad, SSK ada kelebihannya tersendiri. SSK yang bersaiz kecil menyukarkan untuk dikesan kapal permukaan. Sesuai untuk operasi di persisiran pantai atau perairan yang lebih cetek di mana sonar pasif terganggu dek dasar perairan cetek, pembentukan batu atau bangkai kapal selain ia senyap dan mudah dikemudi di perairan yang sempit. Bersesuaian dengan tugasnya dalam menjalankan pengintipan jarak dekat, pemantauan dan tinjauan, special ops, sekatan perairan dan meletakkan periuk api. Selain dari itu acoustic signature atau bunyi bising yang dihasilkan SSK juga sukar dikesan lebih-lebih lagi di kawasan persisir. SSK boleh mematikan enjin diesel utama semasa menyelam, mengurang bunyi bising, membolehkan ia bersembunyi di dasar laut sambil memantau apa saja yang melintas di persekitarannya. Dan ia lebih senyap daripada SSN apabila berfungsi dengan tenaga bateri sedangkan SSN harus sentiasa menghidupkan pam reaktor. Kalau sekiranya sebuah SSK menyedari akan kehadiran SSN, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sembunyi, serang, kembali sembunyi dan guna persekitaran semulajadi untuk menyembunyikan diri dan secara senyap beralih ke lokasi lain kerana amat sukar bagi sebuah SSN mengesan SSK. Memetik komen Laksmana Muda John Waickwicz; ketua bahagian peperangan anti kapal selam dan periuk api AS; memburu kapal selam diesel elektrik yang senyap di perairan cetek atau laut persisiran adalah seperti mengenalpasti bunyi sesuatu enjin kereta dalam kebisingan kotaraya.


SSK seperti Type 209 dan 214 serta scorpene dilengkapi efficient encapsulated diesel engine bagi menyukarkan lagi pengesanan pasif sonar. Dalam bahasa senangnya, enjin tersebut di lindungi (atau di tutupi?) lagi dengan bahan material lain bagi merendahkan lagi bunyi bising yang dihasilkan. Scorpene juga direkabentuk bagi memaksimakan kemampuan halimunannya dengan merendahkan penghasilan kesan akustik, magnetic, electromagnetic dan infrared yang memudahkan ia dikesan radar atau sonar. Ada yang mengatakan kapal selam masih boleh diburu oleh kapal permukaan yang dilengkapi teknologi peperangan anti kapal selam atau ASW. ASW (Anti submarine warfare) walaupun teknologi semakin maju namun masih sukar mengesan kapal selam nuklear di lautan terbuka apatah lagi kapal selam diesel-elektrik di lautan persisiran. Cara terbaik untuk mengesan dan memusnahkan kapal selam adalah dengan teknik Air-ASW yang menggunakan pesawat helikopter (dipping sonar dan melancarkan torpedo dari platform helicopter). Itu pun lokasi di mana kapal selam itu disyaki berada harus dikenal pasti. Dan laut ni luas terbentang! Namun US Navy sendiri menyatakan cara terbaik memburu kapal selam adalah dengan menggunakan kapal selam. AS sendiri mula merasakan tindakan mereka menamatkan khidmat SSK dalam inventori mereka serta mengambil keputusan untuk tidak lagi menghasilkan SSK untuk kegunaan tentera laut mereka merupakan satu kesilapan. Apabila China mula membangunkan kekuatan ketenteraannya maka AS segera bertindak menghantar SSN mereka untuk melakukan intipan. Ini kerana SSN AS amat cemerlang khidmatnya dalam era perang dingin dengan Russia. mereka berpendapat kalau kapal selam nuklear milik Russia boleh mereka hadapai dan tangani, apalah sangat kapal selam diesel-elektrik yang sebahagian besar darinya sudah tua dan uzur. Alangkah silapnya mereka! Sehingga kini tidak ada kapal selam kuasa nuklear milik AS yang boleh dikatakan berjaya dalam operasi pengintipan mereka.
 


AS begitu berbangga dengan track record mereka dalam era perang dingin apabila SSN mereka mampu ‘parking’ beberapa batu nautika dari pangkalan Russia selama berbulan-bulan tanpa langsung di sedari pihak musuh. Mereka bangga apabila berjaya mengekori kapal selam Russia selama berminggu-minggu sebelum disedari pihak Russia. Namun mereka tidak mampu berada lebih dari seminggu di dalam perairan China tanpa dikesan kapal selam PLA. Malah telah beberapa kali berlaku insiden SSN milik AS dihalau dari perairan China apabila cuba mengintip eksesais tentera laut China. Menurut laporan, SSN mereka diekori dua buah SSK milik China sementara sebuah lagi mengekor dari jauh, memastikan tidak ada SSN kedua milik AS berada berdekatan dengan mereka. Senario piranha dan jerung. Jerung memang besar dan kuat tapi seekor jerung tak mampu nak buat apa-apa dengan puluhan piranha! Untuk pengetahuan, jumlah kapal selam yang dimiliki PLA adalah 10 Song class, 12 Kilo class, 1 Yuan class, 32 Romeo class. Hanya 36 buah sahaja yang berfungsi dengan kemampuan maksima sementara selebihnya samada sudah terlalu tua untuk digunakan atau terlalu bising. Namun ia mampu untuk mengawal perairan bawah air China. Dan perlu diingat, China juga memiliki kapal selam nuklear dari kelas Shang(4), Jin(1) dan Xia(1). Senario ini amat membimbangkan AS. AS melihat situasi di Asia Pasifik adalah semakin kritikal. Suatu masa dahulu hanya negara-negara tertentu sahaja yang memiliki kapal selam seperti China dan Australia sementara kapal selam milik Indonesia dan Singapura boleh dikatakan amat uzur. Namun kini Malaysia dan Singapura telah memiliki SSK dengan kemampuan kelas pertama. Vietnam bakal mendapat enam buah kapal selam Kilo class dan Indonesia pula telah berkerjasama dengan Korea Selatan untuk membina kapal selam Chang-Bogo class. Thailand dan Filipina juga dikatakan sedang menyusun bajet pertahanan bagi mendapat kapal selam untuk inventori tentera laut mereka. Penganalisa dari US Naval Academy, Maryland menyatakan, dalam tempoh 50 tahun akan datang, perairan Asia Pasifik akan dipenuhi dengan kapal selam dan kemungkinan berlakunya insiden  antara kapal selam amat tinggi memandangkan perairan Asia Pasifik memang sudah sedia sibuk dan terdapat banyak konflik perebutan wilayah di antara negara berjiran. Tentera Laut AS juga memindahkan 6 buah kapal selam dari armada Atlantik ke armada Pasifik kerana terdapat 140 buah SSK dari pelbagai negara yang tidak terhad dari Asia Pasifik (termasuk Iran, India dan Russia) yang boleh sampai ke kawasan kritikal di Asia Pasifik dalam tempoh yang singkat.
Song class
 
Yuan class
 
Menyedari hal ini, pada pertengahan dekad 2000, AS telah memulakan satu eksesais intensif menghadapi ancaman SSK yang dinamakan DESI (Diesel Electric Submarine Initiative) bersama negara sekutu mereka. AS telah meminta kerajaan Sweden untuk meminjamkan SSK kelas Gotland dalam program latihan tersebut. Dalam laporan hasil dari eksesais itu menyatakan jikalau eksesais tentera laut AS melibatkan SSK negara asing (Gotland class) merupakan peperangan sebenar, sebahagian besar kalau tidak semua supercarrier milik AS sudah berjaya ditenggelamkan. Dikatakan 10 buah supercarrier berjaya ‘ditenggelamkan’ dalam eksesais ini. Dan sehingga kini AS masih gagal mendapatkan jalan penyelesaian. Malah sudah ada pihak yang mencadangkan agar AS membuka semula program pembangunan SSK atau setidak-tidaknya membeli SSK dari negara sekutu. Ini berdasarkan kebimbangan akan kepesatan pembangunan teknologi kapal selam diesel-elektrik oleh negara-negara seperti Jerman, Perancis, Russia dan China yang begitu galak menjual kapal selam kepada negara-negara kecil yang kurang berkemampuan.


Kini telah diketahui yang SSK masih mampu menghadapi SSN. Scorpene adalah SSK yang terbaik di Asia Tenggara dan antara yang terbaik di dunia. Namun persoalan kedua yang bermain di benak aku, adakah dua buah kapal selam ini mencukupi untuk mengawal perairan negara? Aku rasa semua orang tahu jawapannya. Tidak! Dalam mengoperasikan kapal selam, sama juga seperti kereta, ada masanya ia perlu diservis atau diperbaiki. Di sinilah sistem rotation berlaku. Satu kapal selam di limbungan, dua buah masih perlu berada di laut. Namun kalau cuma ada dua, maka agak pincang pengoperasian itu. Menurut bekas laksamana TLDM; Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Malaysia seharusnya memiliki 6 buah kapal selam atau sekurang-kurangnya 3 buah. Ini adalah benar. Singapura memiliki 6 buah kapal selam (4 Challenger class dan 2 Archer class). Vietnam bakal memiliki 6 buah Kilo class dan Indonesia bakal memiliki 3 buah Chang-Bogo class bagi menyokong 2 buah kapal selam Type 209 yang mereka miliki. Indonesia berkerjasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan kapal selam Chang-Bogo. Banyak pihak skeptikal dengan perkara ini dengan menyatakan kualiti kapal selam itu nanti rendah kerana ia dibina oleh dua buah negara yang tidak punya pengalaman dalam pembinaan dan pembangunan kapal selam. Berlaku juga kontroversi apabila pihak Korea meminta pihak Indonesia agar hanya sekadar memantau proses pembinaan kapal selam tersebut dengan alasan supaya ia dapat segera disiapkan namun Indonesia membantah kerana mahu terlibat secara terus dalam program itu. Ini kerana Indonesia bercita-cita memilik armada kapal selam terbesar di Asia Tenggara. Dalam erti kata lain, Indonesia mahu membina lebih banyak kapal selam di masa hadapan.
Chang-Bogo class
 

 
Ini tidaklah menghairankan kerana berdasarkan pada sejarah, kapal selam merupakan ancaman yang sangat bahaya buat flotilla. Dalam perang dunia ke-2 Jerman menghuru-harakan lautan Atlantik dengan ‘Wolfpack’nya. Dalam perang Falkland antara Britain dengan Argentina, ramai yang menyatakan betapa hebat dan modennya armada tentera laut Britain sehingga mudah dapat menewaskan armada tentera laut Argentina yang tiga kali lebih besar dari Armada tentera Britain. Dan salah satu penyumbang utama kejayaan Britain adalah kapal selam nuklear milik Britain; HMS Conquerer yang berjaya menenggelamkan kapal perang Argentina; ARA General Belgrano. Namun apa yang kurang diberikan perhatian adalah dua buah kapal selam diesel-elektrik milik Argentina iaitu ARA San Luis dan ARA Santa Fe. Kedua-dua kapal selam ini (relik dari perang dunia ke-2) turut memberikan sumbangan dalam memperkuatkan armada Argentina. Britain yang bimbang dengan ancaman ARA Santa Fe telah mengerahkan tiga buah kapal perangnya iaitu HMS Brilliant, HMS Antrim dan HMS Playmouth memburu Santa Fe sehingga berjaya menembaknya. Namun dikatakan sebab utama Santa Fe berjaya di tumpaskan adalah kerana keadaan kapal selam itu yang daif dan tua.


Lain pula ceritanya dengan ARA San Luis. Selepas ARA Belgrano ditenggelamkan kapal selam HMS Conquerer, semua armada Argentina telah mengalah dan kembali ke pelabuhan kecuali ARA San Luis. ARA San Luis menjadi satu-satunya kapal milik Argentina yang menghadapi armada Britain! Dan HMS Conquerer sendiri mengalami kesukaran untuk mengesan lokasi San Luis sehingga ia boleh berkeliaran kemana-mana sahaja tanpa dapat dikesan! Dikatakan Britain begitu bimbangkan ancaman San Luis sehingga mengerahkan sebuah carrier, 11 kapal pemusnah, lima kapal selam nuklear dan 25 buah helicopter bagi memburu San Luis. Namun ia gagal. Malah San Luis berjaya menyerang beberapa buah kapal milik Britain. Namun ia gagal ditenggelamkan kerana masalah torpedo. San Luis tidak berjaya dikesan, jauh sekali berjaya ditembak. ARA San Luis akhirnya kembali ke pelabuhan Argentina bagi memeriksa masalah torpedo. Dan setelah pemeriksaan rapi dijalankan didapati tidak ada sebarang masalah teknikal pada ARA San Luis. Sebaliknya masalah utama torpedo adalah kerana krew torpedo ARA San Luis yang tidak berkemahiran yang tidak menghidupkan peledak torpedo menyebabkan ia tidak meletup sebaik menghentam sasaran! Dikatakan sekiranya torpedo itu di kendalikan dengan betul, beberapa buah kapal milik Britain telah berjaya ditenggelamkan dan ia mengubah situasi perang Falkland!
ARA Santa Fe
 
ARA San Luis
 
Kini telah jelas akan kepentingan pemilikan kapal selam dalam armada tentera laut. Jelas juga kini akan kemampuan kapal selam Scorpene kalau sekiranya terpaksa berhadapan dengan kapal selam nuklear. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu sangsi akan kemampuan serta keperluan memiliki Scorpene. Cuma aku bersetuju, TLDM perlu menambah jumlah kapal selam. Enam mungkin jumlah yang mencukupi. Namun peranan kapal selam dalam era moden bukan sekadar memburu dan memusnahkan sasaran tetapi juga pengintipan. Pada pendapat aku 12 buah kapal selam adalah jumlah yang ideal pada TLDM. Ia juga harus dilengkapi teknologi AIP. Dengan itu ia boleh berlayar dengan jarak lebih jauh dan lebih lama tempoh selamannya. Ini kerana perlunya ada kapal selam TLDM berlayar di perairan antarabangsa bagi tujuan perisikan dan pemantauan. Bukan sekadar rondaan di perairan Malaysia semata-mata. Kita tidak tahu kalau kapal selam Singapura atau China dan di masa hadapan, kapal selam milik Vietnam atau Indonesia menceroboh perairan kita secara senyap-senyap bagi mengintip kita. Atau lebih teruk lagi, memasang peranti pengintip pada kabel komunikasi bawah laut kita. Dan itu bukan sesuatu yang mustahil. Namun kita juga harus akui Malaysia lebih mementingkan pengukuhan ekonomi dari kekuatan ketenteraan. Namun kalau tanya aku, nak jimat banyak duit, banteras rasuah! Banyak wang rakyat dapat diselamatkan dan digunakan ke saluran yang betul. Kalau Laptop harga RM 1400 jadi RM 4500, berapa banyak duit rakyat dah ditelan? Berapa banyak projek yang rendah nilainya melambung tak tentu pasal? Yang menyedihkan anjing-anjing ini kebanyakkan orang Melayu beragama Islam. Buat dosa macam tak beriman pada hari akhirat. Inilah kesan fahaman nasionalis. Agama dipakai bila perlu. Dulu masa Islam tak popular, habis agama diperlekeh. Hudud buat orang Melayu jadik kudunglah. Zaman nabi takda Gilette lah. Mana-mana orang yang bercakap pasal Islam, dikutuk, dihina, diherdik dan diperbodohkan! Tapi sekarang sebab orang Melayu dan anak muda banyak menghampirkan diri dengan Islam, orang-orang ni mula bercerita pasal agama mengalahkan ustaz baru balik Al-Azhar! Pandai pulak hentam orang yang tahu ilmu agama KUNUNNYA mempergunakan agama! Dahlah jahil, maki orang yang ada ilmu pulak tu! Dan pengikut-pengikut mereka yang sama jahil pun mengiyakan kata-kata pemimpin mereka yang jahil! Sama-samalah masuk neraka secara berjemaah! Aku teringatkan satu tazkirah di Masjid KLCC, ustaz tu menyatakan, orang jahil adalah orang yang bercerita tentang Islam mengikut masa dan keadaan. Kalau ia memberikan manfaat padanya, dia bercerita. Kalau tidak, dia akan jauh diri dari Islam! Na’uzubillah!

 
Apa aku dah merepek ni? Anyway, that’s that. Aku harap penerangan ini akan menjelaskan lagi pengetahuan orang awam tentang fungsi dan kemampuan kapal selam Scorpene atau kat Malaysia; kapal selam kelas Perdana Menteri.   

 

Tuesday 14 May 2013

Kalau ANARKIS Difilemkan


 
Kempen pilihanraya sudah. Mengundi pun sudah. Tapi keputusan pilihanraya macam tak sudah. Tak rasa sedih sangat PR kalah. Mungkin sebab aku dah dapat agak BN akan tetap menang tapi jumlah kerusi berkurangan. Apa yang buat aku sebak ialah tok guru bersara. Semacam pulak aku rasa. Ntah ada peluang lagi ke tak nak jumpa dia. Rasa takda mood nak post sebarang artikel. Tapi aku paksakan juga. Memandangkan cyber world sekarang tengah bergasak perang antara cyber trooper BN dengan cyber trooper PR dan suasana amat tense di dunia maya kini jadi aku fikir ada baiknya aku post sesuatu yang ringan.


Aku tengah kemas-kemas hari tu sekali terjumpa majalah Wizard. Wizard ni majalah cerita pasal komik. Lebih kurang macam majalah filem. Semua pasal komik ada dalam majalah ni. Apa komik paling hot. Apa plan marvel atau DC comics nak keluarkan. Dan salah satu segmen ialah kalau ada filem berdasarkan superhero (majalah ni aku beli tahun 90an. Masa tu filem based on superhero masih tak popular). So editor akan senaraikan siapa yang sesuai main watak sipolan-sipolan dalam komik. And for your information, Patrick Stewart memang telah menjadi pilihan semua comic fans untuk bawa watak Profesor Xavier long before X-Men the movie di bikin.


So aku terfikir nak buat benda yang sama pada novel ANARKIS. Dah tentu siapa yang baca ANARKIS cuba membayangkan rupa watak-watak dalam novel tu. Of course korang mesti bayangkan Awai Anak Gamung berdasarkan kulit buku tu. For your information, model (model?) cover depan tu sebenarnya saudara Faizal Mukhtar, bekas editor PTS yang juga editor ANARKIS. Jadi kat bawah ni adalah aktor-aktor yang aku rasa sesuai bawa watak dalam ANARKIS kalau sekiranya difilemkan. Watak-watak asing aku letak pelakon-pelakon Hollywood sebab aku membayangkan ada jutawan yang terlalu banyak duit terbaca ANARKIS dan suka gila serta sanggup nak labur beratus juta ringgit nak buat filem ni.


Awai Anak Gamung – Bront Palarae
Secara jujurnya masa aku tulis ANARKIS, watak Awai aku bayangkan Hans Isaac. Tapi sekali tu aku terlihat foto terkini Hans Isaac. Alamak, mamat ni dah nampak tua sangat. Awai walaupun dalam usia pertengahan 30an tapi dia masih fit dan cergas. So macam tak kena kalau hero nampak macam tak mampu nak lari 100 meter. So aku pilih Bront. Dia pun aku tengok dalam filem-filem lasak yang dia bawak, dia nampak tough dan watak dia hidup. Walaupun dia selalu bawak watak jahat, but remember, Awai Anak Gamung is a bad ass. So dah kenalah tu. Cuma kemungkinan Bront kena kurang bercakap dalam filem tu sebab Awai ni tak banyak bercakap orangnya.  


Arman Ghanni - Adi Putra
Kenapa Adi Putra? Sebab dia ada ciri-ciri brat rich boy with a good heart. A player in one minute but a hero in the next.


Adrianne Amar – Tiz Zaqiyah

Kenapa aku pilih Tiz Zaqiyah untuk watak heroin ni? Terus terang aku cakap, aku tak berapa minat dengan mana-mana pelakon wanita kat Malaysia ni. Semua gedik-gedik belaka. Aku pilih Tiz Zaqiyah pun sebab watak yang dia bawa dalam drama Nurkasih dan dia pun boleh berlakon. Nak pilih Siti Saleha nampak macam bebudak sangat.


Datuk Salleh Adnan – Zaidi Omar
Sebab dia selalu bawak watak orang tua yang jahat. Siapa ada tengok dia dalam filem Ringgit Kasorga? Classic orang tua tak sedar diri!


Marina Anak Damak – Marsha Milan Londoh
Well to be honest aku pilih dia sebab dia orang Sarawak. Either her or Stacy. And I pick her because she has an experience in acting.


Dr. Jason Ming – Adam Corrie
Aku pilih dia untuk bawa watak suami Marina sebab aku tak tau pelakon filem Melayu berbangsa Cina yang lain.


Cif Inspektor Kamarul Zaman -  Faizal Hussein

Aku bayangkan Cif Inspektor Kamarul Zaman sebagai seorang yang agak otai. So either Faizal Hussein or Rosyam Nor. Aku pilih Faizal Hussein sebab…..Bunohan! He is so cool in Bunohan.


Koperal Suresh – Ash Nair
Sama seperi karakter Dr. Jason, aku tak kenal aktor berbangsa India yang berlakon filem Melayu. Takkan nak ambik Sathia atau Acapan pulak. Walau pun Ash Nair dikenali sebagai penyanyi tapi dia ada berlakon dalam filem indie Red Street Diner. So we know he can act.


Sir Anthony Morse – Brendan Gleeson.
Pada asalnya aku bayangkan Anthony Hopkins yang bawa watak ni. Tapi aku rasa Anthony Hopkins terlalu tua. Brendan Gleeson selalu bawa watak pegawai CIA. Dua filem yang buat aku rasa dia sesuai sebagai pegawai konsulat British ialah Safe House dan Green Zone.

Andrew Doyle – Joseph Fiennes
Dia ni adik Ralph Fiennes. Aku tak tau filem yang dia berlakon. Tapi teringat TV series Flash Forward yang berkisar tentang manusia seluruh dunia tiba-tiba pengsan selama dua minit dan sewaktu pengsan tu mereka dapat ramalan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Joseph Fiennes main watak ejen FBI so sesuai sangat main watak Andrew Doyle, ejen MI5 yang karismatik.


Jeneral Revan Tanovic -  Tcheky Karyo
Dia selalu bawa watak bad guy foreigner. Filem dia yang aku ingat ialah Badboys dengan Kiss of the dragon. Accent dia memang pekat so sesuai dia bawa watak jeneral Serbia yang kejam.


Milan Tanovic – Goran Visnjic
Goran Visjinc selalu berlakon watak baik. Dia berlakon watak ayah dalam filem Elektra. Tapi lebih dikenali melalui siri TV ER. Tapi perwatakan dia yang tenang walau pun dalam keadaan marah sesuai bawa watak anak sulong Jeneral Tanovic yang tenang dan rasional.


Ervin Tanovic – Tom Hardy
Two word. Punk Ass! Dia bawa watak Bane dalam The Dark Knight. Sesuai bawa watak Ervin Tanovic yang kepala batu, degil dan suka ikut hati dan perasaan tanpa pedulikan orang lain sampai akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dan orang lain.


Grigoris Katsouranis – Joaquim De Almeida
Grigoris Katsouranis ni orang Greek tapi Joaquim De Almeida ni orang hispanik? Tapi apa yang boleh buat De Almeida score watak Grigoris Katsouranis sama macam Tcheky Karyo; loghat dia yang keras selain karakternya sebagai orang jahat yang pintar. Filem lakonannya Clear And Present Danger, Behind Enemy Line.    


Kapten David Pierce – Sean Bean
Aku memang minat dengan Sean Bean. Very few actor yang boleh watak dengan stail dia orang yang tersendiri. Sean Bean ada karakteristik dia yang tersendiri. Tak kira main watak jahat atau baik. Dia pun ada karakter sebagai leader of a wolfpack. Antara filem lakonan dia yang aku suka ialah Ronin, The Island, Equilibirium. Memang kena dia main watak ruthless leader of a Horsegate Security Agency.


Leftenan Steve Flint – Sean Ghazi
Satu-satunya karakter orang asing yang dibawa pelakon tempatan. Sean Ghanzi ni aktif dalam teater. Kacukan dia ni tak silap aku. Muka dia ada karakteristik kaukasia. Dan dia pun ada loghat Englishman. So sesuai. Just not sure kalau dia mampu bawa watak yang aktif dan keras. Character wise, I think he suit to play former SAS turn mercenary.


Doktor Margie Minear – Audrey Tautou
Doktor Margie ni seorang wanita berpewatakan lembut yang kental jiwanya. Dan Audrey Tautou sesuai sangat bawa watak Doktor Margie kalau berdasarkan lakonan dia dalam The Davinci Code. Mungkin dia agak berusia tapi Doktor Margie ni berwajah lembut dan tenang, boleh balance dengan Awai Anak Gamung yang sentiasa keras dan stress


This is just my imagination. Tak mungkin pun berlaku. But doesn’t mean I can’t dream. Bagi sesiapa yang cari buku ANARKIS atau KUDETA intro dan klimaks, maaf cakap, tak payah cari. Ketiga-tiga buku ini sudah LUPUS dari pasaran. Tapi PTS ada contact aku beritahu ada banyak permintaan pada Pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu hari. Jadi dia orang minta kebenaran untuk jadikan ketiga-tiga buku dalam bentuk E-books. Tak tau bila keluar. Tapi kalau masih nak baca jugak buku-buku ni boleh tanya PTS. Manalah tau kot E-books tu laku tak ingat. Mungkin PTS tergerak nak publish manuskrip aku.


Anyway aku baru buka akaun facebook. Kalau sapa-sapa nak befriend aku boleh lawat facebook.com/khairulnizam.khairani. Mungkin aku boleh arrange aktiviti untuk korang macam tunjuk perasaan, perhimpunan haram, demonstrasi jalanan, aktiviti subversive dan keganasan serta menceroboh Lahad Datu dan mencuri peti undi! Salam Tsunami Cina, Tsunami Bangla, Tsunami Jawa, Tsunami Jakun dan semua tsunami-tsunami yang sesial dengannya!