Sunday, 3 July 2011

EQUILIBRIUM


EQUILIBRIUM

Filem ni berlatarbelakangkan era apokalips selepas perang dunia ke-3 di sebuah bandar bernama Libria. Pada masa itu semua penduduk di wajibkan mengambil dadah jenis Prozium yang menekan perasaan manusia menjadikan manusia kebas dari perasaan marah, cemburu, suka, sedih dan pelbagai lagi. Ini bagi mengelakkan manusia dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti pembunuhan, rompakan malah mencegah dari berlakukanya peperangan. Material yang berkaitan dengan emosi juga di anggap sebagai contraband dan harus dimusnahkan. Tetapi ada juga penduduk yang menentang perkara ini dan mereka digelar sebagai ‘The Underground’. Mereka tidak mengambil Prozium bagi membolehkan mereka terus berperasaan dan mereka menyimpan barang-barang seni seperti lukisan dan muzik dan juga barang-barang yang mempunyai nilai emosi bagi mereka.

Mereka diburu oleh pihak berkuasa. Dan salah satu badan penguasa digelar Gramatton Cleric. Christian Bale (Batman, Terminator) melakonkan watak John Preston, Gramatton Cleric kelas pertama. John Preston seorang duda dua anak yang kehilangan isterinya akibat hukuman mati kerana isterinya adalah The Underground. Preston seorang yang hardcore. Dia telah membunuh rakan Clericnya apabila mengetahui rakannya itu tidak mengambil Prozium dan mempunyai emosi. Dia kemudiannya digandingkan dengan seorang Cleric bernama Andrew Brandt yang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi seperti Preston. Suatu hari secara tidak sengaja Preston telah memecahkan bebuli Proziumnya menyebabkan dia terpaksa berada di dalam keadaan beremosi buat beberapa jam. Namun dia mula memahami apakah rasanya untuk beremosi dan akhirnya dia berhenti dari mengambil Prozium dan menyorokkan dadah itu di sebalik kabinet bilik airnya.

Preston menyesali tindakannya membunuh rakannya dan telah jatuh cinta pada seorang wanita yang ditangkap kerana menjadi ahli The Underground. Preston telah berazam untuk menemui ketua The Underground untuk membantu membunuh ketua kerajaan yang hanya dikenali sebagai ‘Father’ bagi menjatuhkan kerajaan Libria dan menghentikan tindakan mewajibkan pengambilan Prozium. Namun Brandt yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan Preston telah menangkapnya dan menghadapkannya kehadapan timbalan penasihat Du Pont. Tapi Preston berjaya mematahkan dakwaan Brandt sebaliknya Brandt pula yang didakwa tidak mengambil Prozium. Selepas insiden tersebut rumah Preston telah digeledah bagi membuktikan yang dia benar-benar telah mengambil Proziumnya dan tidak menyembunyikannya. Namun tidak ada prozium ditemui dan kemudian Preston mendapat tahu Prozium yang disoroknya telah diambil oleh anak lelakinya bagi mengelakkan rahsianya dari diketahui. Rupa-rupanya kedua-dua anaknya tidak mengambil Prozium sejak dari ibu mereka hidup lagi.

Preston berjaya meyakinkan timbalan penasihat Du Pont agar membenarkan dia mencari ketua The Underground dan menangkapnya. Preston berjaya menemui ketua The Underground iaitu Juergen. Preston telah berpakat dengan Juergen dengan rancangan untuk membunuh Father. Juergen akan membenarkan Preston menyerahkannya pada pihak berkuasa dan Preston akan meminta untuk bertemu dengan Father sebagai satu penghargaan dan akan membunuh Father sebaik berada hampir dengannya. Ahli The Underground yang lain pula akan memusnahkan kilang membuat Prozium. Rancangan itu berjalan sehinggalah pada hari Preston bertemu dengan Father. Rupa-rupanya Father telah lama mati dan hanya imejnya sahaja yang ditayang berulang kali bagi meyakinkan penduduk Libria. Ketua sebenar kerajaan ialah pembantu penasihan Du Pont. Apa yang lebih mengejutkan ialah kehadiran Brandt. Rupa-rupanya Brandt dan pembantu penasihat Du Pont telah berpakat untuk memanipulasi Preston bagi menangkap Juergen. Tapi Preston telah mengamuk dan membunuh semua pengawal keselamatan termasuk Brandt dan juga pembantu penasihat Du Pont sebelum memusnahkan peralatan media penyebar propaganda. Beberapa ketika kemudian kumpulan The Underground muncul dan menyerang pihak berkuasa dan meletupkan kilang membuat Prozium.

Filem ni boleh dianggap sebagai low budget production yang diterbikan pada tahun 2002 dengan kos 20 juta (boleh dianggap rendah jika hendak dibandingkan dengan filem Hollywood yang lain yang purata kos 60 ke 100 juta sebuah filem). Namun filem ini flop di market dengan kutipan hanya 5 juta. Tapi filem ni menarik walaupun ideanya tidaklah fresh tapi ia menghiburkan. Lebih menghiburkan kalau nak dibandingkan dengan Green Lantern (aku mengeluh berkali-kali kecewa dengan filem ni) dan jauh lebih hebat dari G.I. JOE (aku meludah berkali-kali kerana menyesal membeli tiket yang mahal menonton filem bodoh ni). Acting value aku letak rate yang agak tinggi sebab ramai pelakon yang dikenali berlakon dalam filem ni. Christian Bale, Taye Diggs (Private Practice), Sean Bean (Lord of the Ring), William Fichtner (Black Hawk Down). Malah di awal filem, William Purcell (Prison Break) muncul secara cameo sebagai Seamus, anggota The Underground tapi mati kena tembak beberapa minit kemudian.


 
Action filem ni boleh tahan. Mungkin yang paling menarik sekali ialah scenes Gun Kata. Gun Kata ni ialah seni bela diri bersenjatakan pistol. Dengan mengkaji trajektori tembakan dan perlakuan penembak, jangkaan dapat dibuat dengan menganalisa pergerakan yang harus dilakukan bagi mengelakkan tembakan musuh dan melepaskan tembakan yang tepat ke arah musuh dengan menjangka tindakan yang akan mereka lakukan. Walaupun ia hanya fiksyen namun agak menarik menonton bagaimana Gramatton Cleric bertempur dalam jarak dekat dengan menggunakan pistol. Filem ni flop di market tapi mendapat status cult dengan memiliki peminatnya yang tersendiri. Pada aku filem ni menghiburkan.