Lama aku tak posted apa-apa kat blog. Penyakit Melayu, mim alif lam sim. Ni artikel terakhir aku posted untuk tahun 2012. Tak kiamat lagi. Bolehlah posted lagi kat blog tahun depan. Beberapa bulan lepas masa aku baru balik kerja (aku ikut highway), aku berselisih dengan konvoi lori dengan celoreng hijau. Dah tentulah kenderaan milik tentera. Sekali imbas tengok macam trak biasa tapi kepala lori tu agak lain sikit bentuknya. Terus aku berhenti tepi jalan sebab teruja sangat dapat tengok buat pertama kalinya akan bateri pelancar roket berganda Astross II. Baru aku teringat akan latihan tembakan bersama ANGSA 2012 yang baru berakhir di utara tanahair. ATM tak pernah tayang Astross untuk tatapan umum baik dalam sebarang pameran ketenteraan mahu pun perarakan hari kemerdekaan kerana Astross dianggap sebagai senjata paling merbahaya dalam logistik tentera darat. Menayang Astross samalah macam Russia menayang peluru berpandu balistik nuklear pada hari kebangsaan yang tujuannya tidak lain dari menghantar mesej, ‘Do not f**k with me!’ pada mana-mana pihak yang ada niat tidak baik pada Malaysia. Pembelian Astross oleh Malaysia telah mengejutkan Singapura kerana Astross adalah lebih kepada offensive weaponary dan ia bagai tidak kena dengan polisi pertahanan negara Malaysia yang lebih bersifat defensive.
Ia mengingatkan aku pada satu artikel dalam sebuah majalah military tempatan keluaran bulan September yang menyentuh akan hasrat Singapura untuk memasang sistem Iron Dome milik Israel. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Singapura ada menyumbang dana pembangunan program Iron Dome selain US. Jadi sudah tentu Singapura mempunyai minat untuk memiliki sistem anti roket tersebut. Sebelum aku mengulas lebih panjang isu berkaitan Iron Dome Singapura adalah baik jika dikupas dahulu apa itu sistem Iron Dome milik Israel ini. Iron Dome sebenarnya adalah salah satu daripada tiga lapisan sistem pertahanan udara anti peluru berpandu dan roket yang dibangunlan Israel. Iron Dome ialah sistem yang mampu memintas roket jarak dekat sejauh 70 km. Sistem kedua ialah The David’s Sling (Lastik Daud – Israel ni bangga jugak dengan nabi dikalangan bangsa mereka tapi laknatullah ni jugaklah yang bunuh nabi-nabi mereka. Semoga tuhan siksa mereka di akhirat dan juga di dunia dengan seberat-berat seksaan) yang mampu memintas roket jarak sederhana 70 km – 250 km. The David’s Sling masih lagi dalam peringkat pembangunan. Sistem ketiga ialah peluru berpandu Arrow yang mampu memintas peluru berpandu dalam jarak 500 km (sistem ini dibangunkan khusus bagi menghadapi serangan peluru berpandu dari Iran).
Dalam operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza baru-baru ini yang dikenali sebagai Operation Pillars of Defence, Israel mendakwa telah berjaya memintas 90 peratus roket yang dilancarkan militan Palestin ke Israel. Ia dianggap sebagai satu kejayaan besar dan begitu gah diwar-warkan Ehud Barak. Namun laporan itu menimbulkan keraguan, bukan dari pihak musuh Israel tapi dari kalangan pemerhati mereka sendiri. Perlu diingat pada Perang Teluk pertama pata tahun 1990-91, US telah mewar-warkan kejayaan sistem peluru berpandu Patriot yang telah berjaya memintas 80 peratus peluru Berpandu Scud yang dimiliki Iraq. Namun kemudiannya apabila data rekod sistem dikaji ia di dapati tidak benar sama sekali malah pihak jurutera telah memaklumkan perkara ini pada Pentagon namun Pentagon telah memutar-belitkan laporan tersebut. Perkara yang sama dikatakan berlaku pada Iron Dome. Dikatakan Hamas telah melancarkan 1400 buah roket Qasam ke Israel dan hanya 400 yang dipintas. Menurut laporan rasmi, angka kematian di pihak Israel ialah enam orang termasuk dua orang anggota tentera dan lebih 250 orang cedera akibat serangan tepat roket yang dilancarkan. Namun dari pemerhatian wartawan asing di lokasi di mana roket yang dilancarkan pihak Palestin jatuh, keadaannya adalah lebih teruk. Adalah mustahil angka kematian kurang dari sepuluh orang. Malah jika tidak kerana rakyat Israel yang telah bersembunyi di dalam bunker terlebih dahulu, kemungkinan angka kematian adalah lebih tinggi. Sebenarnya Iron Dome telah menerima kritikan yang teruk. Ia dianggap terlalu mahal dengan tag harga berjumlah 50 juta USD setiap satu bateri (Israel kini telah memasang hanya 5 bateri Iron Dome sedangkan mereka memerlukan sekurang-kurang 13 unit bateri) tidak termasuk roket Tamir yang bernilai 35,000 USD setiap satu bagi menghadapi roket buatan sendiri Katyusha, Qasam dan Grad yang dikatakan bernilai sekitar 800-1,000 USD setiap satu.
Roket Grad
Katyusha
Qasam
Tamir
Selain dari itu efektifnya sistem ini juga dipersoalkan. Cara Iron Dome berfungsi ialah dengan radar mengesan roket yang dilancarkan. Pusat kawalan kemudiannya akan membuat pengiraan trajektori di mana roket itu akan jatuh dan akan memilih roket yang akan dipintas (samada ia akan jatuh ke kawasan berpendudukan atau ke kawasan kosong). Bateri akan melancarkan peluru berpandu Tamir bagi memintas roket tersebut. Ini adalah satu ini satu proses yang kompleks. Semua proses ini memakan masa 15 saat namun roket Qasam dikatakan mampu sampai ke Israel dalam tempoh 9 saat. Bermakna ia efektif dengan serangan roket yang dilancarkan dalam jumlah yang kecil namun kalau sekiranya ia dilancarkan dalam jumlah yang banyak, adalah mustahil semua roket itu mampu dipintas. Dan militan Palestin juga telah menukar taktik mereka. Bagi menghadapi Iron Dome, mereka telah melancarkan tujuh roket serentak, tidak seperti sebelumnya hanya dua roket dilancarkan. Pihak Palestin menganggap kejayaan Iron Dome sekadar propaganda. Malah ada pihak yang menyatakan antara sebab Israel setuju dengan gencatan senjata anjuran UN adalah kerana Israel tahu, Hamas dan militan Palestin yang lain telah bersedia untuk melancarkan seberapa banyak roket di dalam simpanan mereka (Hezbollah dikatakan memiliki 45,000 buah roket dan Hamas memiliki 20,000 roket) dan jika peperangan berterusan maka Iron Dome tidak akan mampu membendung serangan roket-roket dari Gaza dan itu adalah sebab utama kenapa tentera darat Israel mahu menceroboh Gaza secepat mungkin bagi meneutralkan kekuatan militan Palestin di Gaza menghalang mereka dari terus melancar serangan roket. Yiftah Shapir, senior researcher fellow dari university Tel Aviv menyatakan ‘Tidak ada sistem yang mampu memberikan perlindungan sepenuhnya, tidak Iron Dome, tidak Magic Wand (David’s Sling) atau apa saja alternatif’. Jadi kenapa Iron Dome cuba digambarkan sebagai satu sistem yang berjaya? Ini adalah kerana terdapat beberapa pihak selain Singapura yang berminat untuk mendapatkan sistem ini iaitu NATO, Korea Selatan, India dan Brazil.
Singapura juga dikritik kerana sudah memulakan fasa pemasangan sistem Iron Dome dengan memasang sistem peluru berpandu SPYDER sebagai alternative kepada sistem peluru berpandu Tamir. Ramai pihak yang mempersoalkan kesanggupan Singapura memberikan dana pada program Iron Dome kerana sebelum ini Singapura pernah melabur dalam program kenderaan amfibious V200 yang dikatakan mampu menyeberangi tambak Johor. Singapura telah membeli beratus-ratus V200 namun apabila diuji, V200 gagal berfungsi. Ada yang mengalami kerosakan enjin dan ada yang tenggelam. Singapura menanggung kerugian berpuluh juta dollar. Satu-satunya sebab kenapa Singapura masih meneruskan hubungan pertahanan dengan Israel ialah kerana Israel telah membantu membentuk asas pertahanan Singapura (terlalu dalam penglibatan Israel dalam sistem pertahanan Singapura sehingga dikatakan Israel tahu bagaimana mahu melumpuhkan Singapura dalam tempoh singkat). Keadaan mukabumi Singapura juga berbeza dengan Israel. Setiap inci tanah Singapura berpendudukan dan tidak ada zon penampan (buffer zone) sedangkan diketahui setiap roket dari Palestin yang dipintas Tamir telah menyebabkan ledakan dan menghasilkan serpihan. Jadi walaupun jika roket berjaya dipintas di ruang angkasa Singapura ia masih mampu menimbulkan bahaya. Tetapi dipercayai Singapura sebenarnya tidak sekadar berminat pada Iron Dome. Singapura kemungkinan berminat untuk turut memasang sistem David’s Sling dan sistem Arrow. Ini dapat dilihat dalam pameran Singapore Airshow 2012 yang lalu apabila Israel telah membawa bersama semua sistem berkaitan pertahan udara anti roket dan peluru berpandu.
Timbul persoalan kenapa Singapura tiba-tiba beria-ia mahu membina sistem pertahanan udara anti roket dan peluru berpandu? Bimbangkan serangan Malaysia? Ia boleh dijadikan hujah. Usaha ATM untuk memodenkan kekuatan sistem pertahanan negara telah secara tidak langsung merubah prinsip dan ideologi defensive yang diamalkan Malaysia selama ini. Bagi menyesuaikan pertahanan negara dengan abad ke 21 maka ATM harus mampu mengintegrasikan kekuatan tentera udara, darat dan laut serta menerokai lapangan baru iaitu dunia cyber. Bagi sebuah negara yang memiliki sistem pertahanan moden dengan kemampuan untuk mengintegrasikan keempat-empat elemen ini maka negara itu tidak lagi berorientasikan defensive kerana secara automatik negara itu juga memiliki kemampuan pertahanan offensive. Dan Singapura sedar tentang hal itu. Pembelian pelancar roket berganda Astross oleh Malaysia dianggap sebagai satu kejutan. Ia berbeza dengan pembelian jet pejuang. Jet pejuang mempunyai peranan defensive dan offensive serta reconnaissance. Astross mempunyai satu peranan, offensive. Pembeliannya dilakukan secara senyap. Lokasi di mana ia disimpan dirahsiakan. ATM pula tidak pernah mengwar-warkan kekuatan mahu pun kemampuan Astross. Ini hanya menambahkan kebimbangan Singapura akan kemampuan Malaysia dalam operasi berbentuk offensive. Malah di kala Malaysia sibuk membicarakan jet pejuang apa nak ganti Mig 29, kapal apa nak dibuat dalam SGPV, ATM tiba-tiba menambah jumlah Astross sebanyak 18 buah lagi. Dikatakan dalam urusniaga itu ATM turut membeli beribu-ribu roket pelbagai jenis dari jarak jangkauan 9-150 km. Malah dikatakan Brazil turut menawarkan peluru berpandu cruise AV-300 yang boleh dilancarkan melalui bateri Astross.
AV-300
AV-300 dipasang pada Bateri Astross
Perlu ditekankan di sini, peluru berpandu cruise berbeza dengan roket. Ia boleh dilancarkan dari mana-mana lokasi dalam lingkungan jarak kemampuannya dan ia akan terbang ke sasaran yang telah ditetapkan tanpa perlu risau kalau sekiranya ia tersasar. AV-300 ialah produk terkini dan Malaysia suka produk terkini. Kemampuannya dikatakan menyamai peluru berpandu Tomahawk buatan US cuma ia lebih murah (Murah! Favorite word Malaysia). Dengan kekuatan kepala peledak (warhead) 200kg! Mampu terbang dengan kelajuan supersonic pada altitude yang rendah menyukarkan radar mengesannya. Dan jarak efektifnya ialah 300 km! Bererti ia sukar untuk dikesan radar apatah lagi dipintas roket atau peluru berpandu. Namun aku tidak tahu jika Malaysia ada membeli AV-300. Kalau ada pun ATM mungkin akan merahsiakannya. Kalau beli Astross pun taknak cerita apatah lagi peluru berpandu pintar macam AV-300. Selain dari Malaysia, Singapura juga agak bimbang dengan kesungguhan Indonesia yang begitu giat membangunkan program peluru berpandu mereka sendiri. Apatah lagi sentimen anti Singapura di kalangan rakyat Indonesia adalah sama keras dengan benci mereka pada Malaysia. Pemilikan sistem Iron Dome ini tidak semestinya kerana Indonesia mahu pun Malaysia tapi juga kebimbangan kemungkinan ancaman dari China walaupun hujah itu agak lemah.
Dalam membincangkan kemampuan Iron Dome dan juga kemampuan sistem yang mungkin akan dipasang Singapura seperti David’s Sling dan peluru berpandu Arrow, aku tak menganggap Singapura akan hanya bergantung pada sistem pertahanan ini semata-mata dalam menghadapi serangan roket kalau ia berlaku. Ini senario yang dapat aku bayangkan. Katakanlah KUNUNNYA, aku tekankan di sini kununnya (sebut style Cik Det)! Aku tak kata Malaysia akan buat benda ni. Senario sekiranya Malaysia melancarkan serangan roket ke atas Singapura. Pertama sekali semua 36 buah bateri Astross (hanya 36 kerana 18 buah lagi berada di Sabah dan Sarawak) akan di kerahkan ke sekitar Johor. Singapura pasti akan tahu tentang perkara ini. Perisik dia mesti informed punya. Satelit peninjau akan digunakan bagi mengesan kedudukan bateri-bateri Astross (Singapura sentiasa memantau Malaysia menggunakan satelit risikan mereka). Tapi mereka akan tunggu. Tengok samada ia benar mahu digunakan sebagai serangan atau sekadar latihan. Setelah semua bateri berada di lokasi strategik maka serangan akan dilancarkan. Gelombang serangan pertama akan dilancarkan sebelum gelombang serangan kedua. Di kala ini Singapura confirm Malaysia serang. Di kala inilah juga sistem Iron Dome berfungsi sebagai penangkis serangan gelombang pertama. Dalam masa yang sama satelit akan confirm lokasi bateri-bateri Astross melalui heat signature yang dihasilkan bateri Astross.
Singapura akan mengerahkan kapal-kapal laut dan jet pejuang mereka untuk melancarkan operasi memusnahkan bateri-bateri Astross. Friget kelas Fromidable akan menggalas tugas ini dengan mengepung perairan sekitar Johor dan melancarkan peluru berpandu. Jet pejuang F-15 Eagle akan menggalas tugas menyusup ruang udara Johor dan mengebom bateri Astross sementara F-16 Falcon akan memintas Jet pejuang TUDM yang cuba menghalang F-15. F-15 Eagle memang dibina dengan peranan utama sebagai jet pejuang dengan kemampuan pengeboman sasaran darat yang tepat. Setelah semua bateri Astross berjaya dimusnahkan, Singapura pula akan melancarkan serangan roket dan artileri dengan pelancar roket berganda HIMARS dan meriam artileri Howitzer bagi melumpuhkan Johor Bahru secara total. Setelah Johor Bahru lumpuh, infantry Singapura dengan sokongan kereta kebal Leopard 2SG dan helikopter penyerang Apache akan memasuki Johor Bahru. Johor Bahru akan menjadi zon penampan buat Singapura. Field operation control centre akan dipindahkan ke sini. Lapangan terbang untuk Singapore Airforce akan didirikan sebagai FARP (Forward Armed and Refuel Point). Jadi kalau sekiranya Malaysia mahu melancarkan serangan balas maka Johor Bahru akan menjadi medan pertempuran.
HIMARS
Taktik ini berdasarkan pada perang 6 Days War di antara Israel dengan Mesir, Jordan dan Syria di mana Gaza dan Semenanjung Sinai dirampas dari Mesir, tebing barat dan Jerusalem timur dari Jordan dan Bukit Golan dari Syria. Dan kalau berdasarkan pada perang tersebut, Johor Bahru kemungkinan akan senasib dengan Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, samada akan menjadi milik Singapura secara mutlak atau dipengaruhi Singapura dari aspek politik dan sosio-kemasyarakatannya. Jadi di sini kita tidak sepatutnya sekadar melihat Iron Dome sahaja tetapi seluruh sistem pertahanan Singapura. Memang Astross adalah ancaman yang sangat bahaya buat pulau seperti Singapura namun negara itu sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi kemungkinan seperti itu. Singapura juga begitu teliti dalam membeli dan membangunkan peralatan dan kemampuan ketenteraannya. Semuanya sudah diatur rapi mengikut strategi. Ya, mungkin Singapura boleh dianggap paranoid tapi mereka sentiasa bersedia. Segala tindakan dan keputusan berkaitan pertahanan yang dibuat ada peranan strategiknya. Malaysia juga harus melakukan perkara yang sama dalam memastikan kedaulatan negara kita ini terpelihara. Jangan biarkan perkara berkaitan pertahanan negara menjadi bahan politik dan ‘lubang’ buat duit sesetengah anjing!