Friday, 12 April 2013

Sembang LIMA 2013


LIMA 2013 telah berakhir dan telah menjawab beberapa persoalan yang telah aku keutarakan dalam artikel aku (Bajet Pertahanan 2012). Aku ada terima e-mel, tanya kenapa aku tak ulas tentang Lahad Datu? Geng, ini Malaysia. Polis tak berenti interogation lepas kita mintak lawyer. Malah Malaysia tak pernah practice Miranda Right pun. Aku ni pengecut. Takut salah post nanti kena SOSMA pulak. Mungkin bila keadaan dah reda skit baru kita cite. Atau mungkin bila tampuk pemerintahan dah bertukar tangan. Maybe. Insyaallah! Oh ya, Parlimen dah bubar. Siapa yang boleh mengundi, pergilah mengundi. This is a very vital moment of Malaysia. A GE that gonna decide the fate of our country! Anyway LIMA 2013 telah menyerlahkan beberapa persoalan (atau melebatkan lagi persoalan) berkaitan penambahan aset pertahanan Negara.

Program AV8 & Program SGPV

Progres kedua-dua program ini nampaknya berjalan dengan pesat. Beberapa kontrak berkaitan SGPV telah pun dimeterai. Antaranya meriam 57mm Mk3 dengan Bofors, fire control radar dan electro optical system dengan Rheinmetall. Ini satu perkembangan yang positif biar pun sehingga kini TLDM masih belum mengesahkan rekabentuk friget SGPV.

Electro Optical Tracking Module
 
Bofors Canon

Sebuah prototaip AV8 juga telah tiba dari Turki bagi tujuan ujian selama beberapa minggu bagi menilai ketahanan dan kesesuaiannya dengan keadaan di Malaysia selain menguji nilai friendly usernya dengan anggota tentera pengoperasinya. Rekabentuk prototaip ini kelihatan hampir sama dengan model asalnya iaitu PARS namun ia sedikit besar dan sifatnya yang amphibious dan dilengkapi water jet yang membolehkannya meredah permukaan air. Ia dianggap jauh lebih canggih berbanding model PARS kerana dilengkapi sistem persenjataan dan pertahanan yang lebih sofistikated. Tayarnya bersifat anti flat dimana ia masih boleh berfungsi biar pun mengalami kerosakan teruk. Persenjataannya dilengkapi meriam 25mm dan pelancar grened 40mm. Ia juga dilengkapi sistem navigasi dan sistem laser warning receiver dimana sekiranya ia di marked dengan laser musuh, ia akan memaklumkannya pada pengopersi AVC.  AV8 dikatakan sebagai ACV moden abad ke 21.

 
 Perhatikan sistem water jet yang menjadikan AV8 sebagai kenderaan amfibious

Pengganti MiG-29 dan pembelian AEW&C

Ini mungkin isu yang paling menarik perhatian semua rakyat Malaysia yang berharap soalan pesawat apa akan dipilih kerajaan akan terjawab. Malang sekali ia anti klimaks apabila Zahid Hamidi memberitahu keputusan itu akan diumumkan selepas pilihanraya. Zahid Hamidi juga memalumkan yang Malaysia takkan menyewa pesawat Saab Gripen. Ini sekali gus memadamkan usulan dari TUDM untuk menyewa pesawat tersebut. Memang dari mula lagi aku kurang bersetuju dengan idea ini. Satunya kerana Gripen bukanlah pesawat yang sesuai menggantikan MiG-29 dan keduanya ia tidak menguntungkan dalam jangkamasa panjang. Aku lega dengan berita ini. Walaupun Zahid Hamidi menyatakan empat pesawat kini dalam senarai akhir iaitu Typhoon, Rafale, Super Hornet dan Gripen namun persaingan sebenar adalah tiga penjuru tanpa Gripen. Ini dapat dilihat pada tawaran daripada ketiga-tiga firma iaitu BAE, Dassault dan Boeing. BAE beberapa bulan lepas mendapat sokongan daripada kerajaan Britain apabila Britain membuat tawaran pakej pertahanan bernilai RM10 billion di mana pakej itu termasuk pesawat latihan Hawk baru, kapal friget moden, meriam Howitzer dan sistem tentera masa hadapan(future soldier). Dalam bahasa halusnya Britain nak bagitau, kalau Malaysia setuju dengan pakej ni, harga Typhoon boleh bagi murah!
 

Saab Gripen

Dassault juga tak mahu mengalah. Sebaik mendengar tawaran ini mereka dengan segera mengeluarkan kenyataan sekiranya Malaysia bersetuju untuk membeli Rafale, Malaysia akan mampu membina jet pejuang sendiri di masa hadapan. Bererti Dassault sanggup untuk berkongsi teknologi rahsia dengan Malaysia. Dan ini bukan mustahil kerana Dassault bakal memeterai perjanjian akan pembangunan jet pejuang dengan India apabila India bersetuju untuk membeli 127 buah Rafale. Malah di LIMA 2013, Eric Trappier, ketua eksekutif Dassault menyatakan mereka akan mempertimbangkan untuk memasang Rafale di Malaysia kalau sekiranya Rafale dipilih oleh Malaysia. Boeing pula ada strategi berbeza. Mereka masih menggunakan pembelian 8 pesawat F-18 Hornet sebagai tangkal. Dengan pembelian peluru berpandu AIM-9X Sidewinder, AS bagai mahu memberi jaminan kali ini tidak ada sebarang persenjataan berkaitan Super Hornet dalam arsenal mereka yang Malaysia tidak boleh miliki. Lagipun AS terkenal dengan permainan politik mereka apabila melibatkan pembelian aset pertahanan dengan negara asing. Aku yakin pasti sudah ada pelobi Boeing di Malaysia yang mendekati pihak-pihak atau individu-individu penting yang berkait dengan penggantian pesawat MiG-29. Selain dari itu White House yang sedar Malaysia cuba nak rapat dengan AS pasti akan memujuk untuk memilih Super Hornet sebagai tanda jalinan persahabatan. Tipikal!

Rafale

Secara jujurnya aku melihat hanya dua buah pesawat yang memiliki peluang yang lebih cerah untuk dipilih. Typhoon dan Super Hornet. Kenapa aku cakap macam tu. TUDM memang dah marked Typhoon dan dengan tawaran pakej serta offset deal akan hanya menguatkan lagi lobi bagi pemilihan pesawat ini. Kenapa bukan Rafale? Ini kerana Rafale masih asing. Walaupun ramai yang kata Rafale telah membuktikan kemampuannya di Libya dan telah berjaya mengatasi Typhoon namun ia agak kurang tepat. Apa yang berlaku sebenarnya Perancis mengambil inisiatif yang lebih besar berbanding Britain dalam insiden campurtangan UN di konflik bersenjata Libya dengan menghantar supercarrier Charles de gaulle sedangkan Britain hanya menghantar 16 pesawat Tornado dan 10 Typhoon dan Perancis juga melaksanakan sebahagian besar operasi tentera udara iaiatu sebanyak 39%. Jadi kegagahan Rafale lebih nampak terserlah berbanding negara lain walaupun banyak pihak menyatakan kemampuan Typhoon RAF juga amat baik dalam konflik tersebut.


Dua buah jet pilihan aku (macam aku pulak yang nak beli) adalah Typhoon dan Rafale namun seperti yang aku katakan, hubungan Malaysia-Perancis dalam bidang pertahanan udara amat terhad dan dari sudut hubungan politik, Malaysia lebih dekat dengan Britain berbanding Perancis. Ini menjadikan Typhoon berkelebihan. Typhoon juga bukan calang-calang jet pejuang. Pada Airforce excercise Red Flag Alaska 2012, telah diadakan simulasi dogfight yang melibatkan AS, Australia, Jepun, Poland dan negara-negara NATO. Antara jet pejuang yang terlibat ialah F-15, F-16, Super Hornet, Saab Gripen, Typhoon dan buat pertama kalinya F-22 Raptor turut mengambil bahagian. Dalam simulasi itu, semua pesawat gagal menyaingi Raptor dan menjadi mangsa mudah kecuali Typhoon milik tentera udara Jerman. Typhoon satu-satunya pesawat yang mampu menyaingi kehebatan Raptor. Typhoon milik German dianggap yang terbaik di kalangan pemilik Typhoon. Lebih baik dari Britain sendiri. (Ini kerana ia dibina mengikut spesifikasi yang diperlukan negara-negara pembeli. Untuk pengetahuan umum, Apache milik Britain adalah lebih baik dari Apache milik AS). Dalam simulasi pertempuran itu, beberapa Raptor telah ditewaskan Typhoon. But American being an American, pilot-pilotnya tidak semudah itu mahu mengakui akan kemampuan Typhoon walaupun mengiyakan keupayaan Typhoon dalam manuvering yang sukar dilakukan. Ini kerana Typhoon direkabentuk sedemikian rupa. F-22 pula agak sukar kerana rekabentuknya yang lebih menitik beratkan keupayaan stealth disamping materialnya yang dikatakan tidak mesra aerodyanamic. Pilot-pilot AS (dengan ego) menyatakan dalam dogfight, Typhoon mungkin setara dengan F-22 namun kemampuan menyelinap tanpa mampu dikesan, F-22 adalah lebih superior. Pada aku, bahasa kasarnya kat sini, kalau nak lawan secara gentleman, F-22 lingkup. So dia orang jadik bacul, pukul curik! Tapi dalam military, tidak ada istilah pukul curi. Apa saja taktik yang berkesan harus digunakan dalam mencapai objektif untuk menang.
F-22 Raptor
 

Typhoon milik tentera udara Jerman

Memang kelebihan F-22 adalah melancarkan serangan ke atas musuh tanpa mereka sedari akan kehadiran pesawat ini. Namun dalam sebuah dokumentari di Astro menyatakan Typhoon adalah satu-satunya pesawat yang mempunyai kemampuan radar sensor yang sangat sensatif. Typhoon memiliki radar aktif dan pasif yang dikenali sebagai PIRATE-IR. Dan teknologi stealth F-22 dan F-35 hanya efektif pada radar aktif. Dalam Red Flag Alaska, F-22 menggunakan taktik menyelinap secara senyap dalam usaha menyerang Typhoon namun pilot Typhoon telah berjaya mengesan kehadiran Raptor dari jauh lagi. Selain itu Typhoon German juga dilengkapi dengan sistem Helmet mounted display (HMD) yang membolehkan pilot mengawal situasi, persenjataan dan membidik pesawat musuh dengan lebih mudah serta lebih peka dengan situasi sekeliling. Sekali lagi pilot Raptor menggunakan alasan F-22 masih belum dipasang sistem HMD untuk menidakkan kemampuan Typhoon. Jadi boleh dikatakan bahawa Typhoon berkemampuan untuk menyaingi F-22 dan perlu diingat, F-22 is a better dogfighter berbanding F-35. Jadi Malaysia tidak perlu bimbang sangat dengan pemilikan F-35 Singapura kalau sekiranya kita memiliki Typhoon dalam inventori TUDM.


Perkara yang sama tidak boleh aku nyatakan pada pembelian Super Hornet. Walaupun Super Hornet adalah lebih berkemampuan berbanding Hornet asal namun persoalannya kini, Super Hornet boleh dianggap pesawat di penghujung usia. Di AS, ia bakal disarakan dari Super carrier sebaik F-35 memasuki inventori tentera AS. Jadi boleh kata macam beli suratkhabar lama. Apatah lagi Singapura sudah confirm pembelian batch pertama F-35 sebanyak 12 buah daripada 75 yang dirancang jadi pembelian Super Hornet boleh dianggap bukan satu ancaman buat Singapura dan mereka pasti tidak kisah kalau Malaysia mahu membeli Super Hornet. Belilah seratus pun takkan cuak mereka. Apatah lagi berdasarkan pengalaman, AS akan sentiasa memberikan leverage pada Singapura berbanding Malaysia. Beri yang terbaik pada singapura dan hampas pada Malaysia. Jadi kemungkinan tindakan menyekat Malaysia dari mendapatkan persenjataan, spare part dan segala keperluan berkaitan Super Hornet pasti akan berulang.

F-18 Super Hornet

Namun seperti yang aku nyatakan, Boeing menggunakan strategi berbeza. Tekanan politik pasti akan digunakan. Malah ada cakap-cakap yang menyatakan kemungkinan pembelian ‘split buying’ seperti yang berlaku pada pembelian MiG-29 dan F-18 Hornet pada 90an akan berulang. Adakah kita akan membeli 8 buah Typhoon dan 8 buah Super Hornet? We’re fucked if this happen. Nak beli peralatan pertahanan negara berdasarkan politik! Namun kemungkinan Super Hornet terpilih memang tidak dapat disangkal. Ini kerana Boeing yang menyedari Malaysia memerlukan pesawat AEW&C, telah berkerjasama dengan Northrop Grumman dalam program Super Hornet. Kesungguhan Northrop Grumman dalam mempromosi pesawat E2D Hawkeye dalam LIMA 2013 sangat agresif bagi menyaingi Saab Erieye radar sistem. Sudah pasti Hawkeye akan disertakan sekali dalam pakej pembelian Super Hornet. Dan memang diketahui kemampuan Hawkeye adalah lebih baik dari Erieye. Malah siang-siang lagi timbalan presiden Northrop Grumman, Mary Petrysyzin menyatakan, dengan empat pesawat Hawkeye, Malaysia mampu mengawal seluruh ruang udaranya. Selalunya kata-kata kias seperti ini akan menjadi realiti. Adakah pakej 18 Super Hornet nanti akan melibatkan empat E2D Hawkeye? Kalau ia menjadi kenyataan, punah BAE dan Saab. Kerana biar pun harga Hawkeye amat mahal berbading Erieye namun ia diimbangi harga Super Hornet yang murah berbanding Typhoon. Bayangkan pakej pembelian Super Hornet dan Hawkeye yang mungkin lebih kurang sama nilainya dengan 18 buah Typhoon. Dan sudah tentu Saab juga akan terasa bahang persaingan. Walaupun diketahui Saab telah berkerjasama dengan DRB Hicom dalam usaha mendapatkan kontrak AEW&C dari Malaysia dan DRB Hicom punya kabel kuat dengan BN namun pengaruh AS juga pasti akan memberikan tekanan.

E2D Hawkeye
 
Saab Erieye dan Gripen milik tentera udara Thailand
 
Dalam sibuk diperkatakan akan pilihan pesawat pengganti MiG-29, kedengaran kenyataan dari pihak Russia yang memaklumkan minat Perdana Menteri Malaysia pada pesawat T-50 atau lebih dikenali sebagai Pak-Fa, pesawat generasi ke-5 buatan Russia. Namun aku hanya tersenyum dengan pernyataan ini. Sama macam minat Malaysia pada kapal selam pada lewat 80an. Berpuluh tahun baru kita miliki kapal selam tersebut. Ia mungkin sekadar batuk PM dengan kenyataan Singapura yang bakal memiliki F-22 dan Indonesia yang berkerjasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan pesawat generasi ke-5 KFX (namun program itu terhenti akibat masalah kewangan). Lagipun tidak banyak yang diketahui tentang Pak-Fa. Terlalu senyap. Russia terlalu merahsikannya. Dan memang diketahui pesawat F-22 dan F-35 menghadapai begitu banyak masalah sehingga terpaksa ditunda beberapa kali untuk diserapkan ke dalam inventori tentera AS. Malah Australia yang dijanjikan F-35 beberapa tahun lalu kini masih lagi menggunakan Super Hornet. Walaupun daripada informasi yang berjaya dikutip pemerhati avionic menyatakan T-50 Pak-Fa mempunyai kemampuan yang lebih baik dari F-22 dan F-35 namun enjinnya masih mengalami masalah yang menyebabkan ia mudah meledak secara tiba-tiba. Tak mungkin Malaysia nak beli Pak-Fa menggantikan MiG-29. Mungkin sepuluh tahun lagi! So it is still a three corner fight among Typhoon, Super Hornet and Rafale. Jadi sama-sama kita tunggu akan keputusannya selepas pilihanraya.

 T-50 Pak-Fa

KF-X
 
Persetujuan bernilai 4.27 billion

Persetujuan ini menimbulkan kontroversi dan dianggap Pakatan Rakyat sebagai last kopek punya kerja BN nak sapu duit rakyat. Aku tak boleh komen. Aku tak tahu. Aku hanya boleh analisa isu ini berdasarkan informasi yang aku terima dalam situasi neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Senarai pakej persetujuan bernilai 4.27 billion bukannya semua telah dimuktamadkan. Daripada 24 persetujuan itu enam adalah kontrak kerajaan, tiga surat penerimaan (LOA) oleh kementerian, sebelas memorandum persetujuan (MOA) dan empat memorandum persefahaman (MOU). MOA dan MOU bukanlah satu perjanjian yang finalized. Ia boleh dianggap sebagai perbincangan dan persetujuan di peringkat awal. Boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja. Hanya government contract dan letter of acceptance saja yang boleh dianggap sebagai perjanjian muktamad. Bererti daripada 24 perjanjian hanya sembilan yang telah muktamad. Antara kontrak dan LOA berkaitan Sukhoi dan F-18 Hornet. Namun apa yang menarik perhatian aku ialah sembilan perjanjian bernilai 2.7 billion berkaitan pembangunan Malaysia Defence & Security Technology Park (MDSTP) di Sungkai, Perak yang akan dibangunkan mengikut 3 fasa dalam tempoh 12 tahun. Objektifnya adalah untuk menjadikan industri pertahanan negara lebih produktif dengan menempatkan firma-firma pertahanan dari Eropah di satu lokasi bagi tujuan R&D dan manufacturing serta production.

 

Selain dari itu apa yang menarik perhatian aku lagi ialah kebanyakan firma yang terlibat adalah daripada Italy. Aku tak tahu signifikannya Italy dengan industri pertahanan kerana setahu aku Italy bukanlah salah satu negara pemain utama dalam industri pertahanan. Mungkin juga Italy memiliki pengetahuan dalam sesuatu bidang (aku mendapati kebanyakan firma Italy yang terlibat adalah dari bidang aviation) yang boleh Malaysia belajar. Mungkin! Aku pun tak pasti, namun aku yakin sekiranya ia mengikut perancangan dan menjadi realiti, MDSTP akan menjadi pusat industri pertahanan negara. Yang penting ia harus bijak ditadbir dan diuruskan kerana punca utama kegagalan beberapa perancangan berkaitan pertahanan sebelum ini seperti raifal Steyr dan NGPV adalah disebabkan masalah pengurusan dan pentadbiran yang tidak cekap dan telus! Jadi apabila sesuatu perancangan itu nampak kemas di atas kertas akan jadi tahi apabila tidak ditadbir dan diurus dengan baik. Menghabiskan duit rakyat dan mengembungkan perut orang-orang kaya tertentu. Aku berharap perkara ini tidak akan terjadi ke atas projek MDSTP ini.

 

Boleh dikatakan LIMA 2013 kali ini adalah yang paling meriah. Persaingan beberapa firma asing untuk mendapatkan kontrak tampak begitu jelas. Boleh dikatakan LIMA 2013 adalah sehangat PRU ke-13. Ini kerana selepas PRU ke-13 nanti, segala bajet pertahanan yang beberapa tahun ini agak ditahan-tahan serta beberapa kontrak bernilai berbillion ringgit akan dimuktamadkan. Seperti yang pernah aku kata sebelum ini, walau siapa pun yang menang nanti, baik BN mahu pun PR, segala peruntukan pertahanan yang agak ‘choked’ pada ketika ini akan salurkan kembali. Selain daripada itu insiden Lahad Datu juga menjadi pendorong utama. Kalau ada satu perkara yang memberi pengajaran pada kementerian pertahan Malaysia ialah kelengkapan yang ada pada masa ini hanyalah sekadar ‘cukup-cukup makan’! Lahad Datu membuka mata betapa pentingnya memodenkan angkatan tentera Malaysia dan kemajuan ekonomi dan kemakmuran negara tidak bererti apa-apa apabila negara diserang dan kita berada dalam keadaan tidak sedia. Malah Zahid Hamidi sendiri menyatakan keperluan untuk memiliki bot serang laju dan helikopter penyerang bagi menyokong ESSCOM. Ya! Helikopter penyerang! Aku pernah menyatakan yang Malaysia pernah ditawarkan helikopter Eurocopter Tiger namun kementerian pertahanan tidak melihat keperluan untuk memiliki pesawat penyerang berotor. Namun insiden Lahad Datu jelas menunjukkan betapa keperluan memiliki helikopter penyerang adalah sangat tinggi dalam memberikan sokongan ‘close air support’ pada infantri yang berada di medan perang.

Eurocopter Tiger
 

Ada juga pihak yang mempertikaikan akan sebab kenapa Malaysia mahu membeli aset-aset ini yang berbillion-billion harganya dan bertanya siapakah musuh Malaysia. Sebenarnya pembelian aset ini boleh dilihat dari dua sudut. Sudut pertama tentulah dari segi pertahanan negara. Memang Malaysia bukan Korea Selatan. Kita tidak memiliki satu pihak yang boleh dianggap sebagai ancaman utama dan nyata. Tapi dalam ketenteraan walaupun negara tidak ada musuh yang nyata namun ancaman yang berkemungkinan tidak harus dipandang ringan. Dan Malaysia punya banyak ancaman berkemungkinan. Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, China malah ekstrimis dan pelampau. Ingat! Bangsa Bosnia diserang bangsa Serbia tanpa mereka sangka. Malam tadi berbual mesra, pagi ni rogol dan bunuh anak mereka. Jadi kita harus sentiasa bersedia. Hanya kerana musuh tak nampak tak bererti mereka tak ada.

 

Selain itu kita juga boleh melihat dari sudut ekonomi. Industri pertahanan dunia bernilai trillion dollar. Takkan kita sebagai sebuah negara yang menuju ke taraf negara maju taknak rebut sepotong kek enak di atas meja? Seringkali pembelian aset negara akan disertakan dengan persetujuan offset yang membolehkan Malaysia berkerjasama dan menimba ilmu dari firma-firma swasta ini. Takkan kita nak pergi kat Russia dan minta cara nak buat jet pejuang tapi taknak beli apa-apa? Siapa yang nak bagi? Namun apa yang penting adalah ketelusan dalam menangangi isu pertahanan. Jangan sampai berlaku ketirisan. Aku cuma berharap Lahad Datu akan menjadi pencetus kepada kesedaran akan kepentingan memperkuatkan pertahanan Negara.  Dan sesiapa sahaja yang menang PRU nanti akan memesatkan lagi usaha menaikkan taraf modenisasi pasukan tentera Malaysia. TAKBIR!!!