Kempen pilihanraya sudah. Mengundi pun
sudah. Tapi keputusan pilihanraya macam tak sudah. Tak rasa sedih sangat PR
kalah. Mungkin sebab aku dah dapat agak BN akan tetap menang tapi jumlah kerusi
berkurangan. Apa yang buat aku sebak ialah tok guru bersara. Semacam pulak aku
rasa. Ntah ada peluang lagi ke tak nak jumpa dia. Rasa takda mood nak post
sebarang artikel. Tapi aku paksakan juga. Memandangkan cyber world sekarang
tengah bergasak perang antara cyber trooper BN dengan cyber trooper PR dan
suasana amat tense di dunia maya kini jadi aku fikir ada baiknya aku post
sesuatu yang ringan.
Aku tengah kemas-kemas hari tu sekali
terjumpa majalah Wizard. Wizard ni majalah cerita pasal komik. Lebih kurang
macam majalah filem. Semua pasal komik ada dalam majalah ni. Apa komik paling
hot. Apa plan marvel atau DC comics nak keluarkan. Dan salah satu segmen ialah
kalau ada filem berdasarkan superhero (majalah ni aku beli tahun 90an. Masa tu
filem based on superhero masih tak popular). So editor akan senaraikan siapa yang
sesuai main watak sipolan-sipolan dalam komik. And for your information,
Patrick Stewart memang telah menjadi pilihan semua comic fans untuk bawa watak
Profesor Xavier long before X-Men the movie di bikin.
So aku terfikir nak buat benda yang
sama pada novel ANARKIS. Dah tentu siapa yang baca ANARKIS cuba membayangkan
rupa watak-watak dalam novel tu. Of course korang mesti bayangkan Awai Anak
Gamung berdasarkan kulit buku tu. For your information, model (model?) cover
depan tu sebenarnya saudara Faizal Mukhtar, bekas editor PTS yang juga editor
ANARKIS. Jadi kat bawah ni adalah aktor-aktor yang aku rasa sesuai bawa watak
dalam ANARKIS kalau sekiranya difilemkan. Watak-watak asing aku letak
pelakon-pelakon Hollywood sebab aku membayangkan ada jutawan yang terlalu
banyak duit terbaca ANARKIS dan suka gila serta sanggup nak labur beratus juta
ringgit nak buat filem ni.
Awai Anak Gamung – Bront Palarae
Secara jujurnya masa aku tulis
ANARKIS, watak Awai aku bayangkan Hans Isaac. Tapi sekali tu aku terlihat foto
terkini Hans Isaac. Alamak, mamat ni dah nampak tua sangat. Awai walaupun dalam
usia pertengahan 30an tapi dia masih fit dan cergas. So macam tak kena kalau
hero nampak macam tak mampu nak lari 100 meter. So aku pilih Bront. Dia pun aku
tengok dalam filem-filem lasak yang dia bawak, dia nampak tough dan watak dia
hidup. Walaupun dia selalu bawak watak jahat, but remember, Awai Anak Gamung is
a bad ass. So dah kenalah tu. Cuma kemungkinan Bront kena kurang bercakap dalam
filem tu sebab Awai ni tak banyak bercakap orangnya.
Arman Ghanni - Adi Putra
Kenapa Adi Putra? Sebab dia ada
ciri-ciri brat rich boy with a good heart. A player in one minute but a hero in
the next.
Adrianne Amar – Tiz Zaqiyah
Kenapa aku pilih Tiz Zaqiyah untuk
watak heroin ni? Terus terang aku cakap, aku tak berapa minat dengan mana-mana
pelakon wanita kat Malaysia ni. Semua gedik-gedik belaka. Aku pilih Tiz Zaqiyah
pun sebab watak yang dia bawa dalam drama Nurkasih dan dia pun boleh berlakon.
Nak pilih Siti Saleha nampak macam bebudak sangat.
Datuk Salleh Adnan – Zaidi Omar
Sebab dia selalu bawak watak orang tua
yang jahat. Siapa ada tengok dia dalam filem Ringgit Kasorga? Classic orang tua
tak sedar diri!
Marina Anak Damak – Marsha Milan
Londoh
Well to be honest aku pilih dia sebab
dia orang Sarawak. Either her or Stacy. And I pick her because she has an
experience in acting.
Dr. Jason Ming – Adam Corrie
Aku pilih dia untuk bawa watak suami
Marina sebab aku tak tau pelakon filem Melayu berbangsa Cina yang lain.
Cif Inspektor Kamarul Zaman - Faizal Hussein
Aku bayangkan Cif Inspektor Kamarul
Zaman sebagai seorang yang agak otai. So either Faizal Hussein or Rosyam Nor.
Aku pilih Faizal Hussein sebab…..Bunohan! He is so cool in Bunohan.
Koperal Suresh – Ash Nair
Sama seperi karakter Dr. Jason, aku
tak kenal aktor berbangsa India yang berlakon filem Melayu. Takkan nak ambik
Sathia atau Acapan pulak. Walau pun Ash Nair dikenali sebagai penyanyi tapi dia
ada berlakon dalam filem indie Red Street Diner. So we know he can act.
Sir Anthony Morse – Brendan Gleeson.
Pada asalnya aku bayangkan Anthony
Hopkins yang bawa watak ni. Tapi aku rasa Anthony Hopkins terlalu tua. Brendan
Gleeson selalu bawa watak pegawai CIA. Dua filem yang buat aku rasa dia sesuai
sebagai pegawai konsulat British ialah Safe House dan Green Zone.
Andrew Doyle – Joseph Fiennes
Dia ni adik Ralph Fiennes. Aku tak tau
filem yang dia berlakon. Tapi teringat TV series Flash Forward yang berkisar
tentang manusia seluruh dunia tiba-tiba pengsan selama dua minit dan sewaktu
pengsan tu mereka dapat ramalan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Joseph
Fiennes main watak ejen FBI so sesuai sangat main watak Andrew Doyle, ejen MI5
yang karismatik.
Jeneral Revan Tanovic - Tcheky Karyo
Dia selalu bawa watak bad guy
foreigner. Filem dia yang aku ingat ialah Badboys dengan Kiss of the dragon. Accent dia memang pekat so sesuai dia
bawa watak jeneral Serbia yang kejam.
Milan Tanovic – Goran Visnjic
Goran Visjinc selalu berlakon watak
baik. Dia berlakon watak ayah dalam filem Elektra. Tapi lebih dikenali melalui siri
TV ER. Tapi perwatakan dia yang tenang walau pun dalam keadaan marah sesuai
bawa watak anak sulong Jeneral Tanovic yang tenang dan rasional.
Ervin Tanovic – Tom Hardy
Two word. Punk Ass! Dia bawa watak
Bane dalam The Dark Knight. Sesuai bawa watak Ervin Tanovic yang kepala batu,
degil dan suka ikut hati dan perasaan tanpa pedulikan orang lain sampai
akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dan orang lain.
Grigoris Katsouranis – Joaquim De
Almeida
Grigoris Katsouranis ni orang Greek
tapi Joaquim De Almeida ni orang hispanik? Tapi apa yang boleh buat De Almeida
score watak Grigoris Katsouranis sama macam Tcheky Karyo; loghat dia yang
keras selain karakternya sebagai orang jahat yang pintar. Filem lakonannya Clear And Present Danger, Behind Enemy Line.
Kapten David Pierce – Sean Bean
Aku memang minat dengan Sean Bean.
Very few actor yang boleh watak dengan stail dia orang yang tersendiri. Sean
Bean ada karakteristik dia yang tersendiri. Tak kira main watak jahat atau
baik. Dia pun ada karakter sebagai leader of a wolfpack. Antara filem lakonan
dia yang aku suka ialah Ronin, The Island, Equilibirium. Memang kena dia main
watak ruthless leader of a Horsegate Security Agency.
Leftenan Steve Flint – Sean Ghazi
Satu-satunya karakter orang asing yang
dibawa pelakon tempatan. Sean Ghanzi ni aktif dalam teater. Kacukan dia ni tak
silap aku. Muka dia ada karakteristik kaukasia. Dan dia pun ada loghat
Englishman. So sesuai. Just not sure kalau dia mampu bawa watak yang aktif dan
keras. Character wise, I think he suit to play former SAS turn mercenary.
Doktor Margie Minear – Audrey Tautou
Doktor Margie ni seorang wanita
berpewatakan lembut yang kental jiwanya. Dan Audrey Tautou sesuai sangat bawa
watak Doktor Margie kalau berdasarkan lakonan dia dalam The Davinci Code.
Mungkin dia agak berusia tapi Doktor Margie ni berwajah lembut dan tenang, boleh
balance dengan Awai Anak Gamung yang sentiasa keras dan stress
This is just my imagination. Tak
mungkin pun berlaku. But doesn’t mean I can’t dream. Bagi sesiapa yang cari
buku ANARKIS atau KUDETA intro dan klimaks, maaf cakap, tak payah cari.
Ketiga-tiga buku ini sudah LUPUS dari pasaran. Tapi PTS ada contact aku beritahu
ada banyak permintaan pada Pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu
hari. Jadi dia orang minta kebenaran untuk jadikan ketiga-tiga buku dalam
bentuk E-books. Tak tau bila keluar. Tapi kalau masih nak baca jugak buku-buku
ni boleh tanya PTS. Manalah tau kot E-books tu laku tak ingat. Mungkin PTS
tergerak nak publish manuskrip aku.
Anyway aku baru buka akaun facebook.
Kalau sapa-sapa nak befriend aku boleh lawat facebook.com/khairulnizam.khairani.
Mungkin aku boleh arrange aktiviti untuk korang macam tunjuk perasaan, perhimpunan haram,
demonstrasi jalanan, aktiviti subversive dan keganasan serta menceroboh Lahad
Datu dan mencuri peti undi! Salam Tsunami Cina, Tsunami Bangla, Tsunami Jawa,
Tsunami Jakun dan semua tsunami-tsunami yang sesial dengannya!