Monday, 31 July 2017

Novelette KRISIS 2


Dua penulis dalam satu antologi Novelet KRISIS 2.

Salah satu dari lima buku terlaris dari TEBOOK PRESS di Pesta Buku Kuala Lumpur 2017.
Antologi novelette KRISIS 2 dari dua penulis thriller, Khairul Nizam Khairani (ANARKIS) dan B Maryani (PENGAWAL CINTA PERIBADI). 

Ottawa – Khairul Nizam Khairani
Virus Ottawa telah merebak ke Malaysia. Koperal Azhar yang kematian keluarganya akibat dijangkiti virus tersebut telah menyertai unit Eradicator, satu pasukan yang menghapuskan manusia yang dijangkiti virus Ottawa yang telah mencapai tahap DELTA, yang telah mengubah mereka menjadi Polong.

0035 – B. Maryani
Pengera telah berbunyi. Seseorang telah melanggar peraturan. Taman Putra Height berdepan ancaman bom. Jika Misi di rumah bernombor 0035 tidak diselesaikan, seluruh kawasan perumahan akan dimusnahkan.


Harga: (termasuk postage) RM 29.00 (Semenanjung). RM 34.00 (Sabah dan Sarawak)

Sekiranya berminat boleh PM saya di akaun Facebook Khairul Nizam Anarkis 



Sunday, 2 July 2017


ORANG GAJI - Daisy Zahra
ORANG GAJI mengisahkan Mak Yam, seorang pembatu rumah pada keluarga Irham. Mak Yam seorang pengamal ilmu hitam dan cuba menguasai keluarga Irham kerana dendam. Isteri Irham, Sara koma di hospital akibat jatuh tangga. Rakan Irham, Doktor Fendi yang menjaga Sara seringkali mengalami peristiwa aneh. Dengan bantuan Ustaz Amin, Sara berjaya dipulihkan namun Sara mengalami amnesia dan tidak kenal siapa dirinya. Bila dibawa pulang ke rumah, Sara seringkali mengalami peristiwa aneh. Sering melihat kelibat seorang lagi pembantu rumah bernama Liya yang meminta Sara mencari kepalanya yang hilang.
Penulis, Daisy Zahra berjaya menimbulkan suasana seram dan misteri. Bagi peminat genre seram, patut beli novel ni. Cuma aku merasakan babak awal novel berkisar pembantu rumah yang sepatutnya menggantikan Liya iaitu Sara rasanya tidak perlu. Dahlah nama pun sama dengan isteri Irham yang buat aku keliru buat seketika sebab pada awalnya penulis tak cerita banyak pasal Sara, isteri Irham. Tiba-tiba muncul seorang lagi karakter bernama Sara. Eloknya kalau pembantu rumah ni diletakkan nama yang berbeza seperti Bobo the clown bagi mengelak kekeliruan. Dan aku pun kecewa bila watak Sara si pembatu rumah ni tak dikembangkan. Main mati macam tu je. Mungkin tujuan penulis mahu menimbulkan mood misteri dalam rumah Irham. Begitu juga dengan watak Zati yang pada aku pointless. Malah buat aku jengkel setiap kali kemunculannya dalam cerita ini. Malah aku rasa elok kalau penulis memperincikan lagi perjanjian Mak Yam dengan Mbok yang menjadi guru ilmu hitamnya.
Satu perkara yang aku sedar ialah tahap kejijikan novel ni yang boleh buat pembaca hilang selera makan. Jadi memang elok kalau dibaca di bulan puasa novel ni. Tapi bukan time dekat nak berbuka atau time bersahur. Overall aku puji kejayaan penulis meremangkan bulu roma aku dan membuatkan aku hilang selera nak makan kari.
Rated – 3 out of 5 star.