Perdana menteri Britain, David Cameron baru menamatkan lawatannya ke Asia Tenggara baru-baru ini. Satu perkara yang telah lama tidak berlaku .Mungkin sejak 15 tahun yang lalu tidak ada perdana menteri Britain yang datang melawat negara-negara Asia Tenggara. Kita boleh faham yang Britain sudah mula menaruh minat pada Asia Tenggara kerana rantau di sebelah sini tidak terlalu tergugat dek masalah ekonomi sedangkan negara-negara Eropah dah ada yang bakal jadi pengemis antarabangsa. Dasar kapitalis, itu aku faham.
Namun apa yang menarik perhatian aku adalah isu berkaitan jet pejuang Eurofighter Typhoon. Setelah Cameron melawat Indonesia, secara tiba-tiba Indonesia menyatakan yang BAE telah menawarkan 24 buah Typhoon dan Indonesia berminat untuk mendapatkannya. Ia sesuatu yang pelik kerana sebelum ini Indonesia lebih berminat untuk mendapatkan Rafale. Selain dari itu, masalah Indonesia mendapatkan Typhoon ialah larangan Britain akan penjualan senjata kepada Indonesia berkaitan masalah hak asasi manusia. Perkara yang hampir sama kini berlaku di Malaysia. Sejak pengumuman Kementah akan pengekalan MiG 29 sehingga tahun 2015, khabar angin akan minat Malaysia mendapatkan Typhoon menjadi dingin. Apatah lagi ramai pihak yang mengkritik akan tanda harga Typhoon yang mahal tak ingat. Sukhoi-30 tiba-tiba menjadi nama yang popular bagi menggantikan MiG 29.
Bagaimana pun, selepas lawatan Cameron ke Malaysia, berita ini kembali diperkatakan setelah pengarah urusan BAE Asia Tenggara, John Brosnan menyatakan yang mereka telah menghantar proposal yang baru kepada Kementah biar pun setelah diumumkan rancangan penggantian MiG 29 hanya akan dibuat pada 2013. Dan ia menjadi bertambah kencang sebaik bermulanya pameran DSA di PWTC baru-baru ini. David Cameron berusaha untuk memujuk negara-negara yang berminat mendapatkan Typhoon sebelum ini setelah keras dikritik kerana tidak melakukan usaha sebaik mungkin membantu BAE mendapatkan kontrak dengan India. Tidak seperti rakan sejawatnya dari Perancis, Nikolas Sarkozy yang sanggup turun ke India bertemu dengan perdana menteri India bagi memujuk India untuk membeli Rafale dan bukannya Typhoon. Jadi sasaran Cameron ialah dua buah negara Asia Tenggara yang menyenaraikan Typhoon sebagai pesawat pilihan mereka bagi menggantikan pesawat yang lama. Indonesia dan Malaysia.
Kesungguhan dan usaha firma BAE boleh dikatakan melebihi dari firma-firma yang lain. Sebelum ini, firma Dassault yang menghasilkan Rafale adalah firma kedua yang paling agresif dalam usaha mendapatkan kontrak ini namun mungkin berpuashati setelah berjaya mendapatkan kontrak membekalkan 125 pesawat kepada India membuatkan mereka memperlahankan gear mereka. Ironinya kejayaan Rafale itu jugalah yang telah mengubah pendekatan BAE. Jika sebelum ini mereka dikatakan tidak begitu mahu bertolak ansur dalam beberapa isu di antaranya isu harga dan juga isu pengalihan teknologi. Namun kini BAE kelihatan lebih berlembut. Mereka dikatakan lebih terbuka dalam membincangkan nilai harga yang bakal ditawarkan dengan mengatakan, harga pesawat akan bergantung pada jumlah yang akan dipesan. Maksudnya, makin banyak kita order, makin murahlah harganya. BAE juga telah menyenaraikan sejumlah peluang pengalihan teknologi yang boleh dilakukan dan juga senarai firma tempatan yang telah pun berkerjasama dengan mereka bagi membuktikan yang BAE kini lebih terbuka dalam membincangkan isu pengalihan teknologi.
BAE belajar dari kegagalan mereka dengan India kerana dua isu ini iaitu harga dan pengalihan teknologi menjadi penyebab utama kegagalan mereka mendapatkan kontrak dengan India biar pun dikatakan Typhoon menjadi pilihan utama tentera udara India. Adakah usaha Cameron itu boleh dikatakan berjaya? Kalau dilihat daripada reaksi Indonesia, bolehlah dikatakan berjaya. Indonesia as usual, berkepak sakan menyatakan Eurofighter dah offer mereka 24 pesawat Typhoon. Kalau dibaca blog-blog mereka, bersorak sakan mereka sambil mengejek-ejek Malaysia yang kononnya cakap berapi-api tapi tak jadi apa. Memang Indonesia juga mengharapkan Typhoon sebelum ini tapi kekangan politik tidak membenarkan Eurofighter menjual Typhoon kepada Indonesia. Namun kini tidak lagi selepas lawatan David Cameron. Namun apa yang lawaknya ialah media barat hanya menceritakan akan tawaran BAE kepada Malaysia namun tidak mengendahkan berita berkaitan Indonesia. Ini kerana kebanyakan pihak lebih meyakini kemampuan Malaysia untuk membeli pesawat Typhoon berbanding Indonesia. Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah lawatan Cameron akan merealisasikan khabar angin yang pernah bertiup kencang sebelum ini yang menyatakan Typhoon bakal berada di dalam logistik TUDM?
Agak sukar untuk dinyatakan. Tidak seperti Indonesia, Malaysia mengambil pendekatan yang lebih bijak dengan menjalankan kajian yang lebih terperinci dan mendalam akan kebaikan dan keburukan menggantikan MiG 29 dengan Typhoon. Sudah tentu harga menjadi masalah paling utama. Kalau nilai harga boleh dikurangkan sekalipun tentulah tidak sebanyak mana. Takkan harga 3 billion sebuah boleh kurang jadi 500 juta je? Itu pun dah kira mahal. Malaysia mahu membeli 18 buah pesawat dan harganya tentulah sangat-sangat tinggi sedangkan ATM ada banyak lagi aset yang perlu di dapatkan. Indonesia ditawarkan 24 buah Typhoon dan mereka dikatakan berminat. Takkanlah Indonesia mampu tapi Malaysia tidak? Satu perkara perlu diperjelaskan. Typhoon yang ditawarkan adalah dari jenis trench 1 yang sudah tidak dihasilkan lagi. Eurofighter kini hanya menghasilkan trench 2 dan 3. Bererti kemungkinan besar Indonesia ditawarkan pesawat secondhand milik tentera udara Britain yang bakal ditamatkan perkhidmatannya bagi digantikan dengan F-35 JSF. Dan kita tahu Malaysia tak gemar nak beli barang secondhand dan Malaysia selalunya nakkan yang the best. Ambil contoh Sukhoi-30 misalnya. Ia adalah pesawat Sukhoi-30 yang tercanggih di dunia. Lebih canggih dari Sukhoi-30 MKI milik India yang dijadikan asas. Itu sebab harga Sukhoi-30 MKM adalah jauh lebih mahal dari Sukhoi-30 Indonesia (yang sekarang ni terbang segan, terhempas tak mau). Kalau tak silap aku hanya ada 3 jenis Sukhoi-30 iaitu MKI (India), MKM (Malaysia) dan selebihnya menggunakan MK2. Bererti kalau kita beli Typhoon, kemungkinan kita akan beli trench 3!
Jadi adakah patut kita beli Typhoon? Kalau nak pesawat generasi 4.5 paling canggih, Typhoonlah jawapannya. Tapi kalau tanya pada aku, aku tak bersetuju. Ya, aku pernah berharap Typhoon menjadi pilihan kita. Tapi kita bukan Arab Saudi, ada telaga minyak sana dan sini. Menghabiskan duit begitu banyak hanya untuk membeli pesawat pejuang sedangkan ada banyak aset lagi yang kita perlukan adalah tidak masuk akal. Bagaimana pula dengan pemindahan teknologi? Dalam satu temuramah dengan wakil BAE di sebuah program di Astro baru-baru ni, BAE menyatakan pemindahan teknologi bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu sesuatu negara itu belajar sebelum mampu untuk memahami teknologi yang akan mereka terima. Dalam erti kata lain, apa yang mereka cuba katakan ialah, ‘NO WAY IN HELL WE GONNA GIVE YOU OUR TECHNOLOGIES!’. Selain Malaysia, UAE turut sedang merancang untuk membeli pesawat pejuang yang baru dan seperti juga persaingan India, Rafale dan Typhoon sedang bersaing neck to neck! Namun menurut laporan media barat, BAE telah menyatakan dengan penuh yakin akan dapat merebut kontrak membekalkan Typhoon kepada Malaysia berbanding UAE. Darimana mereka mendapat keyakinan tersebut, aku pun tak tau. Selain dari dua masalah di atas, satu lagi masalah yang bakal dibimbangi ialah masalah politik. Antara sebab kenapa India menolak Typhoon ialah kerana enggan pisang berbuah dua kali. India ada membeli beberapa buah helikopter buatan Britain namun apabila Amerika membantah tindakan India menjalankan ujian peluru berpandu, Britain akur dengan tekanan Amerika dengan tidak membekalkan spare-part helikopter-helikopter tersebut. Bayangkan kalau kita ada Typhoon dan kemudian kita berseteru dengan Filipina, agak-agaknya apa yang akan terjadi?
Bendera 6 negara yang memiliki Typhoon. Adakah bendera Malaysia akan menjadi bendera yang ke-7?
Pada aku kalau Malaysia kemaruk sangat nak pesawat generasi 4.5, Rafale adalah jawapannya. Ingat, India bakal menjadi negara memiliki paling banyak Rafale di dunia. Fikirkan limpahan teknologi yang boleh kita timba dari India kerana mendapatkan kerjasama India adalah lebih mudah berbanding Britain. Dalam tinjauan dan kajian yang dibuat oleh India ke atas Rafale dan Typhoon menunjukkan bahawa pencapaian Typhoon adalah di bawah Rafale. As a matter a fact, ia dibawah pencapaian Gripfen. Typhoon sangat teruk dalam ujian operasi tinjauan dan risikan, serangan udara ke darat, pemacuan dan pelbagai lagi. Satu-satunya kelebihan Typhoon adalah pertempuran udara ke udara. Bagaimana boleh jadi begitu sedangkan kita difahamkan Typhoon adalah jet pejung tercanggih dalam generasi 4.5? ini adalah kerana Eurofighter masih gagal mengintegrasikan semua sistem pada Typhoon sedangkan Dassault telah berjaya melakukan perkara tersebut ke atas Rafale. Apa yang boleh digambarkan tentang Typhoon ialah ia sebuah pesawat with a lot of unexplored potential. Namun menurut kajian oleh penganalisis aviation Eropah, Eurofighter masih menjalankan usaha peningkatan kemampuan Typhoon dan sekiranya masalah integrasi system ini berjaya diatasi maka Typhoon dikatakan akan memiliki kemampuan yang hampir setanding dengan pesawat dari generasi ke-5.
Pada pendapat aku yang tak berapa bijak ini, adalah lebih elok sekiranya MiG 29 ini dinaiktaraf kepada kelas N. Namun aku tahu TUDM pasti tidak bersetuju kerana alasan kos penyelenggaraan yang tinggi adalah sangat kuat. Jadi kita harus lepaskan juga MiG 29. Apakah pesawat yang sesuai kita gantikan? Pada aku ialah pesawat Sukhoi-30. Bukan sahaja ia menjimatkan kos penyelenggaraan dan harganya yang sudah tentu murah malah kita juga tidak akan mengalami masalah melatih juruterbang dengan skill pemacuan pesawat yang berlainan jenis kerana juruterbang kita sudah cukup mahir dalam mengendalikan pesawat Sukhoi-30.
Bajet pertahanan juga dapat digunakan bagi membeli aset lain yang sama penting seperti pesawat AEW&C atau menambah jumlah kapal LCS projek SGPV dari 6 buah yang dirancangkan kepada 16 buah (projek NGPV yang menghasilkan kapal kelas Kedah sepatutnya membekalkan 16 buah kapal namun hanya 6 yang dapat dibina. Thanks to the greedy sharks yang tak tahu erti patriotism lepas tu maki rakyat bila rakyat persoalkan kelaknatan mereka!). God knows yang kita perlu menguatkan armada tentera laut kita. Dan khabar angin bahawa Eurocopter telah menawarkan pesawat helikopter penyerang Tiger kepada Malaysia juga telah disangkal Kementah dengan menyatakan pihak kementerian tidak ada peruntukan bajet untuk membeli pesawat tersebut. Mungkin dengan membeli Sukhoi-30, Kementah akan mampu untuk beli Tiger? Aku pun tak tahu. Kita hanya tunggu dan lihat akan keputusan Kementah akan isu ini pada tahun hadapan.