Sunday, 30 June 2013

Kapal Selam Scorpene: SSK vs SSN


KD Tunku Abdul Rahman
 

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku pasti ramai yang tak tahu apa itu SSK dan SSN. SSK adalah terma yang dirujuk US Navy sebagai kapal selam konvensional atau kapal selam diesel-elektrik. SSI atau SSP pula adalah kapal selam diesel-elektrik yang dilengkapkan dengan teknologi AIP (Air Indenpendent Propulsion). Panjang SSK adalah di antara 60 ke 90 meter. SSN pula merujuk kepada kapal selam berkuasa nuklear dengan tugasan utamanya sebagai kapal selam fast attack atau hunter-killer yang memburu dan memusnahkan sasaran di permukaan atau di bawah air. Panjangnya di antara 100 ke 120 meter. SSBN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik atau ICBM (Intercontinetal ballistic missile). SSBN adalah kapal selam yang paling besar dibina dengan ukuran antara 140-180 meter panjang (dua kali atau lebih saiz Scorpene). Ini tidaklah mengejutkan memandangkan saiz ICBM itu sendiri amat besar dan setiap SSBN mampu membawa 8-12 buah ICBM. SSGN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu cruise atau SLCM (Submarine Launch Cruise Missile). Namun selalunya SSN dan SSBN memiliki kemampuan melancarkan peluru berpandu SLCM. Dan ada juga kapal selam SSK yang memiliki kemampuan SLCM. Contohnya kapal selam kelas Collin milik Australia.


USS Virginia
 
Collin class milik Australia
 

Persoalan yang aku rasa sering bermain di minda rakyat Malaysia adalah hebat manakah Scorpene yang begitu di gembar-gemburkan? Cerita yang sering didengar ialah Scorpene adalah kapal selam terbaik yang dimiliki oleh negara-negara di Asia Tenggara. Betulkah? Mengikut carta sepuluh SSK terbaik (ini bukan carta rasmi. Pendapat tidak rasmi dari individu dan juga firma yang berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman terlibat dalam industri kapal selam), kapal selam kelas Gotland buatan Sweden berada di tangga ke-8 dan Singapura memiliki dua buah kapal selam kelas Vastergotland buatan Sweden (biarpun Gotland Class dan Vastergotland Class adalah dua jenis kapal selam yang berbeza namun bolehlah kita anggap semua teknologi terkini SSK Sweden telah dilengkapkan pada Vastergotland). Scorpene pula berada di tangga ke-4. Kapal selam type 214 dan 212 buatan Jerman berada di tangga ke 3 dan ke 2 sementara kapal selam SSK terkini buatan Russia, kelas Lada adalah di tangga pertama. Kapal selam kelas Kilo buatan Russia yang bakal dimiliki oleh Vietnam berada di tangga ke 5. Perlu diingat kapal selam kelas Kilo yang dibeli Vietnam telah dimajukan dan dipertingkatkan kemampuannya berbanding versi era perang dingin. Scorpene dan Lada class adalah dua buah kapal selam yang bukan merupakan kesinambungan kapal selam dari perang dunia kedua dan juga perang dingin di mana kapal-kapal selam yang dihasilkan dalam era tersebut dinaiktaraf bagi disesuaikan dengan keadaan dan keperluan situasi kapal selam masa kini. Kedua-dua kapal selam ini dianggap sebagai kapal selam diesel-elektrik generasi ke-4 yang direkabentuk setelah berakhirnya era perang dingin bagi disesuaikan dengan situasi masa kini.
 Gotland Class
Type 212 milik German
 
Kilo class
 
Lada class
 

Namun bagaimana pun ini tidak bererti kapal selam Singapura boleh dianggap enteng. VasterGotland class atau lebih dikenali sebagai Archer Class pada Navy Singapura, walaupun dianggap sebagai kapal selam secondhand namun ia telah dinaik taraf dan dilengkapi teknologi AIP yang membolehkan ia menyelam lebih lama sehingga 70 ke 75 hari berbanding Scorpene yang hanya mampu menyelam selama 45 hari kerana ketiadaan teknologi AIP. AIP ialah teknologi dimana ia membolehkan kapal selam itu mengitar semula tenaga elektrik tanpa memerlukan atmosfera oksigen. AIP juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi ia dapat memanjangkan tempoh waktu sesebuah SSK itu untuk menyelam sebelum perlu timbul di permukaan bagi mengecas tenaga elektrik. Jadi walaupun Vastergotland berada di bawah Scorpene namun kalau sekiranya berlaku insiden hunting-killing antara Kelas Perdana Menteri dengan Archer Class, Scorpene hanya mampu memburu dalam tempoh kurang dari 45 hari sebelum terpaksa menyelam di kedalaman ‘snorkel’. Which is bad news kerana ia dianggap waktu di mana Scorpene berada dalam keadaan ‘lemah’ dan Archer Class boleh mengambil kesempatan untuk memburu dan memusnahkan Scorpene.
RSS Archer
 
Sudah tentu ramai tertanya-tanya kenapa TLDM tidak melengkapkan Kelas Perdana Menteri dengan AIP? Terdapat beberapa teknologi AIP yang digunakan pada SSK. Sweden menggunakan teknologi enjin Stirling yang turut dimuatkan pada Archer Class milik Singapura. Bagi kapal selam type 212 dan 214 milik Jerman dan Kilo Class dan Lada Class buatan Russia, mereka menggunakan teknologi Fuel Cell. Perancis menggunakan teknologi MESMA (Module d’Energie Sous-Marine Autonome) yang boleh dimuatkan pada Scorpene. Jadi kenapa TLDM tidak memasang MESMA? Alasannya adalah kerana mahu menunggu teknologi AIP menjadi lebih advance. Betulkah? Aku kurang pasti cuma yang aku tahu antara ketiga-tiga teknologi ini, MESMA adalah paling efisien dan efektif jika dibandingkan dengan Fuel Cell dan enjin Stirling. Tapi dari maklumat yang aku dapat menyatakan sebab utama kenapa kenapa TLDM tidak memasang MESMA adalah kerana kosnya yang terlalu mahal sehingga mencecah puluhan juta dollar! Kos penyelenggaraannya juga mahal selain teknologinya yang terlalu kompleks dan agak sukar untuk diaplikasi oleh krew yang masih hijau pengalamannya dalam bidang kapal selam. Ini berbeza dengan teknologi enjin Sterling dan Fuel Cell yang lebih murah. Namun DCNS menyatakan bahawa mereka masih menjalankan usaha untuk memperbaiki kemampuan dan kos oleh MESMA. Mungkin itu sebabnya TLDM menyatakan akan memasang AIP suatu hari nanti apabila teknologi mengizinkan. Namun aku sendiri tidak pasti bila kerana bagi memasang MESMA memerlukan pengubahan dan penambahan hull atau badan Scorpene sehingga 10 meter. Sudah pasti Scorpene akan berada di limbungan dalam masa yang lama bagi proses penambahan MESMA dan menjejaskan operasi TLDM. Namun mungkin benar TLDM mahu menunggu sehingga teknologi AIP menjadi lebih baik. Teknologi AIP berkembang dengan pantas dan pakar menyatakan teknologi seperti fuel cell akan mampu dimajukan 2-3 kali ganda dalam tempoh beberapa tahun menambahkan kelajuan dan ketahanan SSK di bawah laut. Dan Russia sudah membangunkan sistem AIP KRISTAL-27E yang lebih canggih berbanding teknologi AIP fuel cell yang digunakan Jerman. Mungkin TLDM akan menggunakan teknologi Fuel cell instead of MESMA. Who knows!
 


Sebenarnya apabila kapal selam KD TAR menjadi kapal selam pertama yang tiba ke Malaysia, perkara yang bermain di minda aku ialah adakah mampu kapal selam diesel-elektrik menghadapi kapal selam nuklear?  Aku tak berapa peduli akan ancaman dari kapal selam Singapura kerana telah berlaku beberapa insiden di antara Navy Singapura dengan Malaysia namun dirahsiakan. Thus far TLDM memang berkemampuan untuk memintas Navy Singapura. Namun aku terfikir macamana kalau kapal selam US yang memasuki perairan kita? Atau lebih teruk lagi, mengancam tentera laut kita. Kita semua ada kesangsian kalau sekiranya kita berlengan dengan Singapura pasti Uncle Sam akan masuk campur. Aku tak yakin pada ketika itu. Dan keyakinan aku semakin menurun sebaik terlihat diagram perbandingan ukuran Scorpene dengan kapal selam kelas Ohio yang 100 meter lebih panjang daripada Scorpene. Dan aku mula check akan kemampuan SSN. SSN dibina untuk operasi di lautan terbuka.  Memang benar, SSN mampu menyelam di dalam air tanpa had. Hanya bergantung pada bekalan makanan. Kalau bekalan makanan mereka mampu bertahan selama enam bulan, maka enam bulanlah kapal selam itu berada di bawah permukaan (dan ini sering berlaku pada SSN milik AS dalam era perang dingin apabila mereka sering berlayar di laut Barent untuk mengintip Russia). Jarak pelayaran mereka juga tidak ada had. SSN tidak kehabisan bahan selagi reaktor nuklearnya berfungsi maka ia boleh terus berlayar tanpa henti. Dan hati aku yang spengong ini mula merasakan ia adalah satu pembaziran membeli kapal selam yang terhad kemampuannya. Seolah-olah ia dibeli sekadar mahu menghadapi ancaman kapal selam Singapura.
KD Tun Razak

Namun apabila lebih banyak research yang aku lakukan ternyata tanggapan aku meleset! Yang memang benar Scorpene sekadar sebuah kapal selam konvensional yang terhad kemampuannya. Namun ia tidak terkalah rupanya. Dalam kemampuan yang terhad, SSK ada kelebihannya tersendiri. SSK yang bersaiz kecil menyukarkan untuk dikesan kapal permukaan. Sesuai untuk operasi di persisiran pantai atau perairan yang lebih cetek di mana sonar pasif terganggu dek dasar perairan cetek, pembentukan batu atau bangkai kapal selain ia senyap dan mudah dikemudi di perairan yang sempit. Bersesuaian dengan tugasnya dalam menjalankan pengintipan jarak dekat, pemantauan dan tinjauan, special ops, sekatan perairan dan meletakkan periuk api. Selain dari itu acoustic signature atau bunyi bising yang dihasilkan SSK juga sukar dikesan lebih-lebih lagi di kawasan persisir. SSK boleh mematikan enjin diesel utama semasa menyelam, mengurang bunyi bising, membolehkan ia bersembunyi di dasar laut sambil memantau apa saja yang melintas di persekitarannya. Dan ia lebih senyap daripada SSN apabila berfungsi dengan tenaga bateri sedangkan SSN harus sentiasa menghidupkan pam reaktor. Kalau sekiranya sebuah SSK menyedari akan kehadiran SSN, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sembunyi, serang, kembali sembunyi dan guna persekitaran semulajadi untuk menyembunyikan diri dan secara senyap beralih ke lokasi lain kerana amat sukar bagi sebuah SSN mengesan SSK. Memetik komen Laksmana Muda John Waickwicz; ketua bahagian peperangan anti kapal selam dan periuk api AS; memburu kapal selam diesel elektrik yang senyap di perairan cetek atau laut persisiran adalah seperti mengenalpasti bunyi sesuatu enjin kereta dalam kebisingan kotaraya.


SSK seperti Type 209 dan 214 serta scorpene dilengkapi efficient encapsulated diesel engine bagi menyukarkan lagi pengesanan pasif sonar. Dalam bahasa senangnya, enjin tersebut di lindungi (atau di tutupi?) lagi dengan bahan material lain bagi merendahkan lagi bunyi bising yang dihasilkan. Scorpene juga direkabentuk bagi memaksimakan kemampuan halimunannya dengan merendahkan penghasilan kesan akustik, magnetic, electromagnetic dan infrared yang memudahkan ia dikesan radar atau sonar. Ada yang mengatakan kapal selam masih boleh diburu oleh kapal permukaan yang dilengkapi teknologi peperangan anti kapal selam atau ASW. ASW (Anti submarine warfare) walaupun teknologi semakin maju namun masih sukar mengesan kapal selam nuklear di lautan terbuka apatah lagi kapal selam diesel-elektrik di lautan persisiran. Cara terbaik untuk mengesan dan memusnahkan kapal selam adalah dengan teknik Air-ASW yang menggunakan pesawat helikopter (dipping sonar dan melancarkan torpedo dari platform helicopter). Itu pun lokasi di mana kapal selam itu disyaki berada harus dikenal pasti. Dan laut ni luas terbentang! Namun US Navy sendiri menyatakan cara terbaik memburu kapal selam adalah dengan menggunakan kapal selam. AS sendiri mula merasakan tindakan mereka menamatkan khidmat SSK dalam inventori mereka serta mengambil keputusan untuk tidak lagi menghasilkan SSK untuk kegunaan tentera laut mereka merupakan satu kesilapan. Apabila China mula membangunkan kekuatan ketenteraannya maka AS segera bertindak menghantar SSN mereka untuk melakukan intipan. Ini kerana SSN AS amat cemerlang khidmatnya dalam era perang dingin dengan Russia. mereka berpendapat kalau kapal selam nuklear milik Russia boleh mereka hadapai dan tangani, apalah sangat kapal selam diesel-elektrik yang sebahagian besar darinya sudah tua dan uzur. Alangkah silapnya mereka! Sehingga kini tidak ada kapal selam kuasa nuklear milik AS yang boleh dikatakan berjaya dalam operasi pengintipan mereka.
 


AS begitu berbangga dengan track record mereka dalam era perang dingin apabila SSN mereka mampu ‘parking’ beberapa batu nautika dari pangkalan Russia selama berbulan-bulan tanpa langsung di sedari pihak musuh. Mereka bangga apabila berjaya mengekori kapal selam Russia selama berminggu-minggu sebelum disedari pihak Russia. Namun mereka tidak mampu berada lebih dari seminggu di dalam perairan China tanpa dikesan kapal selam PLA. Malah telah beberapa kali berlaku insiden SSN milik AS dihalau dari perairan China apabila cuba mengintip eksesais tentera laut China. Menurut laporan, SSN mereka diekori dua buah SSK milik China sementara sebuah lagi mengekor dari jauh, memastikan tidak ada SSN kedua milik AS berada berdekatan dengan mereka. Senario piranha dan jerung. Jerung memang besar dan kuat tapi seekor jerung tak mampu nak buat apa-apa dengan puluhan piranha! Untuk pengetahuan, jumlah kapal selam yang dimiliki PLA adalah 10 Song class, 12 Kilo class, 1 Yuan class, 32 Romeo class. Hanya 36 buah sahaja yang berfungsi dengan kemampuan maksima sementara selebihnya samada sudah terlalu tua untuk digunakan atau terlalu bising. Namun ia mampu untuk mengawal perairan bawah air China. Dan perlu diingat, China juga memiliki kapal selam nuklear dari kelas Shang(4), Jin(1) dan Xia(1). Senario ini amat membimbangkan AS. AS melihat situasi di Asia Pasifik adalah semakin kritikal. Suatu masa dahulu hanya negara-negara tertentu sahaja yang memiliki kapal selam seperti China dan Australia sementara kapal selam milik Indonesia dan Singapura boleh dikatakan amat uzur. Namun kini Malaysia dan Singapura telah memiliki SSK dengan kemampuan kelas pertama. Vietnam bakal mendapat enam buah kapal selam Kilo class dan Indonesia pula telah berkerjasama dengan Korea Selatan untuk membina kapal selam Chang-Bogo class. Thailand dan Filipina juga dikatakan sedang menyusun bajet pertahanan bagi mendapat kapal selam untuk inventori tentera laut mereka. Penganalisa dari US Naval Academy, Maryland menyatakan, dalam tempoh 50 tahun akan datang, perairan Asia Pasifik akan dipenuhi dengan kapal selam dan kemungkinan berlakunya insiden  antara kapal selam amat tinggi memandangkan perairan Asia Pasifik memang sudah sedia sibuk dan terdapat banyak konflik perebutan wilayah di antara negara berjiran. Tentera Laut AS juga memindahkan 6 buah kapal selam dari armada Atlantik ke armada Pasifik kerana terdapat 140 buah SSK dari pelbagai negara yang tidak terhad dari Asia Pasifik (termasuk Iran, India dan Russia) yang boleh sampai ke kawasan kritikal di Asia Pasifik dalam tempoh yang singkat.
Song class
 
Yuan class
 
Menyedari hal ini, pada pertengahan dekad 2000, AS telah memulakan satu eksesais intensif menghadapi ancaman SSK yang dinamakan DESI (Diesel Electric Submarine Initiative) bersama negara sekutu mereka. AS telah meminta kerajaan Sweden untuk meminjamkan SSK kelas Gotland dalam program latihan tersebut. Dalam laporan hasil dari eksesais itu menyatakan jikalau eksesais tentera laut AS melibatkan SSK negara asing (Gotland class) merupakan peperangan sebenar, sebahagian besar kalau tidak semua supercarrier milik AS sudah berjaya ditenggelamkan. Dikatakan 10 buah supercarrier berjaya ‘ditenggelamkan’ dalam eksesais ini. Dan sehingga kini AS masih gagal mendapatkan jalan penyelesaian. Malah sudah ada pihak yang mencadangkan agar AS membuka semula program pembangunan SSK atau setidak-tidaknya membeli SSK dari negara sekutu. Ini berdasarkan kebimbangan akan kepesatan pembangunan teknologi kapal selam diesel-elektrik oleh negara-negara seperti Jerman, Perancis, Russia dan China yang begitu galak menjual kapal selam kepada negara-negara kecil yang kurang berkemampuan.


Kini telah diketahui yang SSK masih mampu menghadapi SSN. Scorpene adalah SSK yang terbaik di Asia Tenggara dan antara yang terbaik di dunia. Namun persoalan kedua yang bermain di benak aku, adakah dua buah kapal selam ini mencukupi untuk mengawal perairan negara? Aku rasa semua orang tahu jawapannya. Tidak! Dalam mengoperasikan kapal selam, sama juga seperti kereta, ada masanya ia perlu diservis atau diperbaiki. Di sinilah sistem rotation berlaku. Satu kapal selam di limbungan, dua buah masih perlu berada di laut. Namun kalau cuma ada dua, maka agak pincang pengoperasian itu. Menurut bekas laksamana TLDM; Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Malaysia seharusnya memiliki 6 buah kapal selam atau sekurang-kurangnya 3 buah. Ini adalah benar. Singapura memiliki 6 buah kapal selam (4 Challenger class dan 2 Archer class). Vietnam bakal memiliki 6 buah Kilo class dan Indonesia bakal memiliki 3 buah Chang-Bogo class bagi menyokong 2 buah kapal selam Type 209 yang mereka miliki. Indonesia berkerjasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan kapal selam Chang-Bogo. Banyak pihak skeptikal dengan perkara ini dengan menyatakan kualiti kapal selam itu nanti rendah kerana ia dibina oleh dua buah negara yang tidak punya pengalaman dalam pembinaan dan pembangunan kapal selam. Berlaku juga kontroversi apabila pihak Korea meminta pihak Indonesia agar hanya sekadar memantau proses pembinaan kapal selam tersebut dengan alasan supaya ia dapat segera disiapkan namun Indonesia membantah kerana mahu terlibat secara terus dalam program itu. Ini kerana Indonesia bercita-cita memilik armada kapal selam terbesar di Asia Tenggara. Dalam erti kata lain, Indonesia mahu membina lebih banyak kapal selam di masa hadapan.
Chang-Bogo class
 

 
Ini tidaklah menghairankan kerana berdasarkan pada sejarah, kapal selam merupakan ancaman yang sangat bahaya buat flotilla. Dalam perang dunia ke-2 Jerman menghuru-harakan lautan Atlantik dengan ‘Wolfpack’nya. Dalam perang Falkland antara Britain dengan Argentina, ramai yang menyatakan betapa hebat dan modennya armada tentera laut Britain sehingga mudah dapat menewaskan armada tentera laut Argentina yang tiga kali lebih besar dari Armada tentera Britain. Dan salah satu penyumbang utama kejayaan Britain adalah kapal selam nuklear milik Britain; HMS Conquerer yang berjaya menenggelamkan kapal perang Argentina; ARA General Belgrano. Namun apa yang kurang diberikan perhatian adalah dua buah kapal selam diesel-elektrik milik Argentina iaitu ARA San Luis dan ARA Santa Fe. Kedua-dua kapal selam ini (relik dari perang dunia ke-2) turut memberikan sumbangan dalam memperkuatkan armada Argentina. Britain yang bimbang dengan ancaman ARA Santa Fe telah mengerahkan tiga buah kapal perangnya iaitu HMS Brilliant, HMS Antrim dan HMS Playmouth memburu Santa Fe sehingga berjaya menembaknya. Namun dikatakan sebab utama Santa Fe berjaya di tumpaskan adalah kerana keadaan kapal selam itu yang daif dan tua.


Lain pula ceritanya dengan ARA San Luis. Selepas ARA Belgrano ditenggelamkan kapal selam HMS Conquerer, semua armada Argentina telah mengalah dan kembali ke pelabuhan kecuali ARA San Luis. ARA San Luis menjadi satu-satunya kapal milik Argentina yang menghadapi armada Britain! Dan HMS Conquerer sendiri mengalami kesukaran untuk mengesan lokasi San Luis sehingga ia boleh berkeliaran kemana-mana sahaja tanpa dapat dikesan! Dikatakan Britain begitu bimbangkan ancaman San Luis sehingga mengerahkan sebuah carrier, 11 kapal pemusnah, lima kapal selam nuklear dan 25 buah helicopter bagi memburu San Luis. Namun ia gagal. Malah San Luis berjaya menyerang beberapa buah kapal milik Britain. Namun ia gagal ditenggelamkan kerana masalah torpedo. San Luis tidak berjaya dikesan, jauh sekali berjaya ditembak. ARA San Luis akhirnya kembali ke pelabuhan Argentina bagi memeriksa masalah torpedo. Dan setelah pemeriksaan rapi dijalankan didapati tidak ada sebarang masalah teknikal pada ARA San Luis. Sebaliknya masalah utama torpedo adalah kerana krew torpedo ARA San Luis yang tidak berkemahiran yang tidak menghidupkan peledak torpedo menyebabkan ia tidak meletup sebaik menghentam sasaran! Dikatakan sekiranya torpedo itu di kendalikan dengan betul, beberapa buah kapal milik Britain telah berjaya ditenggelamkan dan ia mengubah situasi perang Falkland!
ARA Santa Fe
 
ARA San Luis
 
Kini telah jelas akan kepentingan pemilikan kapal selam dalam armada tentera laut. Jelas juga kini akan kemampuan kapal selam Scorpene kalau sekiranya terpaksa berhadapan dengan kapal selam nuklear. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu sangsi akan kemampuan serta keperluan memiliki Scorpene. Cuma aku bersetuju, TLDM perlu menambah jumlah kapal selam. Enam mungkin jumlah yang mencukupi. Namun peranan kapal selam dalam era moden bukan sekadar memburu dan memusnahkan sasaran tetapi juga pengintipan. Pada pendapat aku 12 buah kapal selam adalah jumlah yang ideal pada TLDM. Ia juga harus dilengkapi teknologi AIP. Dengan itu ia boleh berlayar dengan jarak lebih jauh dan lebih lama tempoh selamannya. Ini kerana perlunya ada kapal selam TLDM berlayar di perairan antarabangsa bagi tujuan perisikan dan pemantauan. Bukan sekadar rondaan di perairan Malaysia semata-mata. Kita tidak tahu kalau kapal selam Singapura atau China dan di masa hadapan, kapal selam milik Vietnam atau Indonesia menceroboh perairan kita secara senyap-senyap bagi mengintip kita. Atau lebih teruk lagi, memasang peranti pengintip pada kabel komunikasi bawah laut kita. Dan itu bukan sesuatu yang mustahil. Namun kita juga harus akui Malaysia lebih mementingkan pengukuhan ekonomi dari kekuatan ketenteraan. Namun kalau tanya aku, nak jimat banyak duit, banteras rasuah! Banyak wang rakyat dapat diselamatkan dan digunakan ke saluran yang betul. Kalau Laptop harga RM 1400 jadi RM 4500, berapa banyak duit rakyat dah ditelan? Berapa banyak projek yang rendah nilainya melambung tak tentu pasal? Yang menyedihkan anjing-anjing ini kebanyakkan orang Melayu beragama Islam. Buat dosa macam tak beriman pada hari akhirat. Inilah kesan fahaman nasionalis. Agama dipakai bila perlu. Dulu masa Islam tak popular, habis agama diperlekeh. Hudud buat orang Melayu jadik kudunglah. Zaman nabi takda Gilette lah. Mana-mana orang yang bercakap pasal Islam, dikutuk, dihina, diherdik dan diperbodohkan! Tapi sekarang sebab orang Melayu dan anak muda banyak menghampirkan diri dengan Islam, orang-orang ni mula bercerita pasal agama mengalahkan ustaz baru balik Al-Azhar! Pandai pulak hentam orang yang tahu ilmu agama KUNUNNYA mempergunakan agama! Dahlah jahil, maki orang yang ada ilmu pulak tu! Dan pengikut-pengikut mereka yang sama jahil pun mengiyakan kata-kata pemimpin mereka yang jahil! Sama-samalah masuk neraka secara berjemaah! Aku teringatkan satu tazkirah di Masjid KLCC, ustaz tu menyatakan, orang jahil adalah orang yang bercerita tentang Islam mengikut masa dan keadaan. Kalau ia memberikan manfaat padanya, dia bercerita. Kalau tidak, dia akan jauh diri dari Islam! Na’uzubillah!

 
Apa aku dah merepek ni? Anyway, that’s that. Aku harap penerangan ini akan menjelaskan lagi pengetahuan orang awam tentang fungsi dan kemampuan kapal selam Scorpene atau kat Malaysia; kapal selam kelas Perdana Menteri.   

 

5 comments:

  1. Bro, really informative! perenggan second last tu la yang aku setuju sangat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prenggan second last tu org tertentu je yg stuju. He! He!

      Delete
  2. Mana ada india guna U212 submarine. german dan itali ja yg guna. sebab mereka bekerja sama dalam pembinaannya. india skrng guna scorpene dan kilo..kapal selam rusia masih guna sistem analog berbanding dgn barat. yg membuat kapal selam rusia ni menakutkan hanya pada persenjataan yg di bawanya. dari segi kecangihan masih kalah dengan barat seperti german dan perancis.. saya lebih minat kapal selam german type U212 dan U214.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good observation! Sepatutnya gambar tu tulis Kapal selam milik German. Tapi typo gaknya masa tu. Kudos!

      Delete
    2. Currently India is using Type 209 submarines developed by the German yard Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW) under the internal designation Type 1500.

      Sorry Dude, Scorpene far from commission.

      Delete