Wednesday, 19 November 2014

SCORPION UNTUK MALAYSIA?




Scorpion adalah pesawat yang dihasilkan dengan kerjasama dua firma Textron Inc. dan Airland Enterprise. Idea terhasil daripada senario peperangan di Afghanistan dan Iraq di mana pesawat A-10 Thunderbolt II, F-16 Fighting Falcon dan F-15E Strike Eagle seringkali dikerah untuk tugasan rondaan dan bantuan sokongan darat Close Air Support – CAS). Namun pesawat-pesawat ini beroperasi di dalam keadaan ancaman rendah berbanding kemampuan setiap pesawat. Jadi ia beroperasi dengan kos yang tinggi untuk misi berancaman rendah. Textron Airland mendapat idea menghasilkan pesawat yang lebih murah bukan sahaja dari segi harga tapi juga kos dengan peranan yang spesifik dengan misi yang tidak melibatkan ancaman yang tinggi. Dalam tempoh hanya dua tahun setengah, prototaip pertama Scorpion berjaya dihasilkan dan mula dipertontonkan pada pihak awam. Apa yang menariknya projek ini tidak menerima dana kerajaan US sebaliknya dibiaya sendiri oleh Textron Airland. Textron Airland menganggap projek ini sebagai projek komersil dengan potensi ketenteraan. Textron yang diketahui memiliki dua buah syarikat aviasi iaitu Cessna yang menghasilkan pesawat jet korporat dan Bell yang menghasilkan helikopter telah mengguna pakai banyak teknologi dari pembuatan jet korporat Cessna dalam penghasilan Scorpion. Scorpion tidak dikategorikan sebagai pesawat penyerang ringan (Light Attack Aircraft) sebaliknya Textron Airland mengkategorikannya sebagai pesawat ISR/Strike (Intelligence, Surveillence and Reconnaissance) dengan kemampuan melancarkan serangan ke sasaran di darat. Menurut Textron Airland, peranan utama Scorpion ialah kawalan sempadan dari udara, pemantauan perairan maritim, bantuan kemanusiaan dan bantuan sokongan tentera di lapangan (CAS).


Scorpion merupakan pesawat enjin berkembar

Selain dari bahagian fuselage dan sayap yang direkabentuk khusus, bahagian lain diambil dari bahagian pesawat yang sedia ada yang dihasilkan oleh firma pengeluar seperti enjin, sistem hidrolik, gear pendaratan dan sistem aviasi selain aspek-aspek lain seperti kerusi ejeksi dan kokpit yang sudah sedia ada di pasaran. Scorpion memiliki sayap ekor berkembar, sayap kiri kanan yang lurus dan memiliki enjin berkembar jenis Honeywell TF731 Turbofans, enjin yang sama yang dipasang pada pesawat jet korporat komersil yang dihasilkan Cessna. Namun Textron Airland menyatakan enjin itu boleh ditukar kepada enjin lain bergantung pada permintaan pembeli. Sebahagian besar badan pesawat diperbuat daripada bahan komposit yang digunakan pada pesawat komersil. Memang agak membimbangkan kerana pesawat ini adalah untuk kegunaan ketenteraan dan biar serendah mana pun ancaman namun ia tetap membahayakan. Ancaman yang paling dibimbangi sudah tentu serangan peluru berpandu anti pesawat. Namun Textron Airland menyatakan yang Scorpion cukup lasak untuk menghadapi kerosakan yang minima.

Hawk 108MK milik TUDM

Ruang beban (payload) di bahagian tengah Scorpion yang mampu membawa bebanan persenjataan seberat 1400kg

Saiz Scorpion juga tidak sekecil pesawat tempur ringan seperti pesawat Hawk 108 milik TUDM atau T-50 Golden Eagle buatan Korea Selatan, sebaliknya sama besar dengan pesawat Sukhoi-30. Saiznya yang besar ini disebabkan oleh ruang beban (payload) di bahagian tengahnya yang bersaiz 82 kaki persegi. Ia boleh memuatkan payload 1400kg persenjataan, atau membawa bekalan minyak untuk perjalanan jauh atau dipasang alat sensor bagi misi reconnaissance. Scorpion memiliki 6 hardpoint (point persenjataan), tiga si setiap sayap kiri dan kanan dengan berat payload 2800kg, yang mampu membawa gun pod, peluru berpandu, roket, bom atau tangki minyak simpanan atau pun alatan sensor. Sayapnya yang tegak dan dipasang tergantung pada fuselage adalah untuk menstabilkan pesawat dikala terbang dengan kelajuan yang rendah. Di bahagian muncungnya dipasang elctro optical dan infra red sensor yang boleh di keluar masuk bagi mengurangkan pergeseran. Jika boleh aku katakan, Scorpion adalah gabungan pesawat A-10 dan pesawat dengan enjin turboprop seperti Super Tucano. A-10 Thunderbolt adalah pesawat dua enjin dengan peranan CAS dan serangan sasaran di darat termasuk kereta kebal dan kereta perisai. Super Tucano pula adalah pesawat tempur ringan yang menggunakan enjin turboprop (pesawat yang berkipas). Indonesia telah membeli 14 buah pesawat Super Tucano bagi tujuan tinjauan dan serangan ringan ke sasaran darat selain tugasan COIN (Counter Insurgency). A-10 mempunyai kuasa pemusnah yang tinggi namun peranannya terhad serta kosnya yang tinggi. Super Tucano biar pun murah namun kemampuannya amat terhad dan menjadi sasaran mudah ancaman udara dan juga darat. Jadi Scorpion persilangan antara kedua-dua buah pesawat ini. Antara Scorpion dan A-10, kelebihan A-10 ialah daya ketahanannya selain kemampuannya membawa beban persenjataan yang lebih banyak. Namun A-10 tidak memiliki kemampuan ISR yang maksima seperti Scorpion selain kosnya yang amat mahal. Sementara Super Tucano pula kelebihannya sudah tentu pada harga dan kos operasi serta penyelenggaraannnya namun seperti juga A-10, ia tidak memiliki kemampuan ISR seperti Scorpion selain kemampuan Scorpion dari segi sensor, jarak penerbangan dan ketahanan yang melampaui kemampuan Super Tucano.

A-10 Thunderbolt II

Super Tucano milik TNI-AU

Namun apa yang paling menarik tentang Scorpion ialah dakwaan Textro Airland bahawa pesawat ini adalah pesawat moden paling murah di dunia. Bukan saja dari segi harga malah juga dari sudut kos pengoperasian. Dengan tanda harga lebih kurang 20 juta dollar, ia dianggap sangat murah jika dibandingkan dengan jet pejuang seperti F-18 Super Hornet yang bernilai 55 juta dollar. Apatah lagi pesawat generasi 4.5 seperti Eurofighter Typhoon atau pun Dassault Rafale. Malah Scorpion adalah lebih murah daripada kos menaiktaraf pesawat A-10 Thunderbolt atau F-16 Fighting Falcon. Kos pengoperasian Scorpion pula adalah lebih kurang 3000 dollar sejam jika hendak dibandingkan dengan pesawat F-16 iaitu 18,000 dollar sejam (tugas rondaan) dan 25,000 dollar sejam (melaksanakan misi) dan F-16 adalah pesawat yang paling rendah kos pengoperasian berbanding pesawat-pesawat tempur yang lain. Bererti kos pengoperasian Scorpion hanya satu perempat dari kos pesawat yang paling rendah kos pengoperasiannya. Penggunaan komponen dan teknologi pembuatan dari jet komersil Cessna serta tidak menggunakan teknologi penerbangan ‘Fly by wire’ telah mengurangkan kos pembuatannya. Kenapa aku menulis artikel berkaitan pesawat ini? Kerana menurut jurucakap Textron Airland, pesawat ini masih mencari pelanggan pertamanya. Textron dan UAE telah mengadakan perbincangan serius untuk membeli pesawat ini bagi kegunaan skuadron aerobatik UAE, Al Fursan. Namun UAE keberatan menjadi pelanggan pertamanya dan meminta Textron Airland mencari pembeli yang lain dahulu. Textron Airland telah menawarkan pesawat ini pada beberapa buah negara seperti Bahrain, Qatar, Filipina, Indonesia dan Arab Saudi. Namun dua buah Negara yang menunjukkan minat dan dikatakan berpotensi menjadi pelanggan ialah Malaysia dan Brunei.

Ini tidaklah mengejutkan kerana Brunei dan Malaysia sedang menghadapi isu yang sama iaitu isu Laut China Selatan selain Malaysia turut menghadapi konflik pencerobohan di Sabah yang membawa kepada penubuhan ESSCOM. Seperti yang dinyatakan di atas, Scorpion adalah pesawat ISR/Strike dan bukannya pesawat tempur jadi tugasan utamanya adalah pemantauan, intipan serta tinjauan selain memberikan bantuan udara (CAS) pada tentera darat. Di kala ini pesawat yang menggalas tugas tersebut di dalam TUDM ialah pesawat F-5E (ya, pesawat yang kena kebas organ dalamannya tu). Namun pesawat F-5E sudah uzur dan kos penyelenggaraan dan operasinya mahal jika hendak dibandingkan dengan Scorpion selain kemampuannya yang terhad. Sebelum engkau orang berfikir pembelian Scorpion adalah tidak sesuai kerana ia tidak sehebat Typhoon, Rafale, Superhornet, Gripfen atau Sukhoi-30, perlu aku ingatkan, kalau Malaysia membeli Scorpion, ia tidak ada kena-mengena dengan program penggantian MiG-29 Fulcrum. Kerana sekali lagi aku tegaskan, peranan Scorpion adalah ISR/Strike. Bukan untuk mengawal ruang udara negara dari pencerobohan pesawat asing. Namun ia mungkin melibatkan hasrat pembelian pesawat helikopter tempur yang diwar-warkan ATM.

Pesawat F-5E milik TUDM

Sebab utama kenapa ATM memerlukan pesawat helikopter tempur adalah untuk menyokong operasi ESSCOM dalam tugasan ISR dan juga CAS. Malah ia juga dapat membantu memintas bot-bot atau kapal-kapal yang cuba menceroboh perairan Malaysia di ESSZone. Namun kos program pembelian pesawat tempur helikopter amatlah mahal. Dengan program penggantian MiG-29 masih tidak menentu, adalah sukar untuk memenuhi tuntutan pembelian pesawat helikopter tempur. Namun peranannya amat penting dalam memastikan operasi ESSCOM berjaya kerana ATM tidak boleh berharap pada kemampuan flotilla semata-mata. Jadi disinilah kehadiran Scorpion tampak strategik dan sesuai dengan masa dan keperluan ATM bagi melengkapkan keperluan ESSCOM. Bukan saja harganya, kos pengoperasian dan penyelengaraannya murah, malah kemampuannya juga boleh dikatakan melebihi kemampuan sebuah helikopter tempur. Scorpion mampu terbang sejauh 4445km dengan kelengkapan persenjataan dan terbang selama lima jam sebelum kembali ke pangkalan. Sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh sebuah helikopter tempur yang terhad jarak serta tempoh masa penerbangannya. Jika pesawat helikopter digunakan di ESSZone, ia memerlukan pangkalan FARP (Forward Arming and Refuelling Point) bagi kegunaan helicopter kerana tidak efisien sebuah helikopter mahu berulang-alik dari kawasan rondaan ke pangkalan udara kerana jaraknya yang jauh. Dan ia adalah kos tambahan yang besar sedangkan Scorpion boleh ditempatkan di pangkalan tentera udara di Labuan. Mungkin ada yang tidak bersetuju kerana pesawat ini adalah buatan firma Amerika Syarikat dan pengalaman pembelian pesawat F-18 Hornet benar-benar menyakitkan hati kita apabila US secara terbuka mengutamakan keselamatan Singapura dalam memberikan kebenaran penjualan persenjataan pada Malaysia. Namun perlu diingat, program Scorpion dibiaya sendiri oleh Textron Airland tanpa mendapat dana dari kerajaan US bererti pihak senat tidak ada hak untuk menetapkan kawalan ke atas jual beli pesawat ini atau pun alat gantinya. Berkenaan persenjataan, Textron Airland telah menyatakan yang pesawat ini dibina dengan sistem yang modular bererti ia boleh dipasang dengan sistem perisian persenjataan dan sensor mengikut kehendak sipembeli. Perkara yang sama dilakukan TUDM pada pesawat Sukhoi-30MKM yang menggunakan sistem navigasi Thales dari Perancis dan bukan sistem buatan firma Russian. Malah Malaysia mungkin boleh melengkapkan Scorpion dengan persenjataan buatan negara lain tanpa perlu bergantung pada persenjataan buatan US.

AH-1Z Viper bersama UH-1Y Venom

Aku tidak tahu betapa cerahnya harapan untuk memiliki pesawat ini memandangkan ATM memerlukan begitu banyak aset dalam situasi kritikal. Namun keutamaan pada ketika ini adalah kepada keperluan ESSCOM. Pada DSA 2014 yang lalu, syarikat tempatan, Deftech telah menadatangani memorandum persefahaman dengan Textron namun bukan berkaitan pesawat Scorpion sebaliknya untuk melobi Malaysia membeli pesawat helikopter UH-1Y Venom dan AH-1Z Viper. Biar pun di atas kertas kelihatan Scorpion memenuhi keperluan ESSCOM namun ATM dikatakan memerlukan helikopter yang mampu mempertahankan diri atau memberikan perlindungan pada pada pesawat lain yang membawa anggota masuk ke dalam kawasan pertempuran melalui udara. Jelas peranan ini amat sesuai digalas Venom dan Viper kerana dikala ini pesawat seperti AW109 milik ATM tidak mampu menggalaskan tugas tersebut sementara pesawat Super Puma tidak dipasang persenjataan. Anggota yang dikerah ke medan perang melalui udara berhadapan risiko serangan dari pihak musuh. Namun Malaysia masih belum membuat sebarang keputusan apatah lagi memilih pesawat yang dimahukan. Namun aku merasakan ATM lebih berat untuk mendapat pesawat berotor daripada pesawat bersayap. Kemungkinan besar helikopter menjadi pilihan ATM. Namun begitu harus diingat, faktor kewangan selain kemampuan yang lebih baik berbanding helikopter memberikan kelebihan pada Scorpion. Aku berpendapat, jika pun Malaysia memilih untuk membeli helikopter, ada kemungkinan pesawat Scorpion akan turut dibeli. Cuma faktor masa yang akan menentukan bila ia akan dibeli. Kalau berdasarkan tugasan ISR, Malaysia tidak memerlukan begitu banyak unit. Cukup sekadar empat buah pesawat Scorpion sudah cukup untuk mengawal ESSZone. Pada DSA 2014 yang lalu, Textron telah menawarkan pesawat ini pada Malaysia. Walaupun tidak menyatakan sebarang persetujuan namun Malaysia dilihat amat berminat dengan pesawat ini. Dan Deftech pasti akan turut melobi usaha ini kerana Deftech diketahui ingin meluaskan saiz industri mereka dengan melibatkan diri dengan industri aviasi. Deftech telah membeli kepentingan dalam syarikat Composites Technology Research Malaysia (TCRM) yang menghasilkan alat ganti untuk pesawat Airbus 350, 380 dan A400 selain Boeing 737, 747 dan 787. Kalau sekiranya Malaysia membeli Scorpion, ia akan memberikan Deftech akses kepada teknologi pesawat tempur yang mampu membuka jalan akan penghasilan pesawat tempur buatan Malaysia.

Scorpion bukan pengganti kepada MiG-29

Aku amat bersetuju dengan pembelian pesawat ini dan sekali lagi aku tekankan, pembelian Scorpion tidak akan menjejaskan program penggantian pesawat MiG-29 Fulcrum kerana Scorpion bukannya pesawat MRCA. Scorpion tidak mampu menyaingi pesawat-pesawat MRCA dalam pertempuran dogfight (pertempuran udara antara jet pejuang) kerana kemampuan manuevering yang terhad selain kelajuannya yang tidak mencecah 1 mach. Aku menyokong pembelian Scorpion kerana kemampuannya menggalas tugasan mengawal persempadanan Negara darat dan maritime selain mampu melancarkan serangan udara ke darat dengan efisien. Perlu diingat, negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand memiliki kereta kebal dalam jumlah yang besar. Untuk bergantung pada anggota infantry dalam misi memusnahkan pasukan kereta kebal yang begitu banyak adalah tidak munasabah dan akan menyebabkan kehilangan nyawa di pihak Malaysia dalam jumlah yang tinggi. Pesawat Helikopter tempur seperti Apache, Viper dan Tiger serta pesawat A-10 memang memiliki kemampuan menggalas tugas khusus memusnahkan kereta kebal dan kereta perisai. Dan Scorpion juga memiliki kemampuan yang sama bererti ATM tidak hanya bergantung pada unit infantri anti kereta kebal dalam operasi memusnahkan kereta kebal musuh. Namun di akhirnya nanti hanya pak menteri yang akan menentukan samada kemungkinan Textron Airland Scorpion ini akan berada dalam inventori ATM memandangkan sehingga kini, program yang lebih mendesak pun masih berada dalam status yang samar. Semuanya gara-gara kekangan kewangan. Namun apa yang menghairankan aku, Indonesia yang menghadapi masalah ekonomi yang lebih teruk daripada kita sedang berusaha untuk mencapai status kuasa tentera terkuat di Asia Tenggara. Bimbang nanti kalau kita diperbudak-budakkan pula oleh Indonesia setelah kita diperlekeh oleh Singapura. Harapnya tidak.


Thursday, 4 September 2014

LAWAN


Setahun lebih aku tak keluar buku baru. Ada jugak orang tanya bila nak keluar buku baru. Aku cuma boleh sengih je. Finally keluar jugak buku aku. Better late than never bak kat orang Batu Kurau. Buku baru aku tajuknya LAWAN. LAWAN, bukan LAWAK!

LAWAN ni berorientasikan superhero. Aku ni kan comic lover. Tapi jalan ceritanya taklah kartun. Aku sisipkan pelbagai isu yang pada mulanya aku tak perasan. Sosio-masyarakat, sosio-politik, kemanusiaan. Hanya lepas aku dapat balik manuskrip dari FIXI untuk proof reading, baru aku perasan tema buku ni agak berat walaupun pun berlatar belakangkan cerita superhero. LAWAN berlatarbelakangkan bandaraya Neo Key-El, bandar yang dibina di atas Kuala Lumpur yang musnah akibat dilanda banjir besar pada 2020. Watak utamanya ialah ASP Isyak Naim, anggota polis yang baru diserapkan ke dalam unit rahsia Luk 7. Tugas Luk 7 adalah untuk memantau kumpulan ADAM atau Adiwira Malaysia. Walaupun ADAM ni bertanggungjawab menjaga keamanan Malaysia tapi ada rasa bimbang kalau-kalau dia orang bertindak jahat pada negara pulak.

Idea LAWAN ni sebenarnya agak straight forward pada awalnya. Cerita pasal superhero. Good versus evil. Hero and villain. Malah idea awalnya, ADAM terpaksa berhadapan dengan satu kumpulan villain. Ala-ala X-men versus Brotherhood of The Mutant lah kiranya. Tapi feedback aku dapat dari follower FIXI yang baca GERGASI agak negatif. Mungkin sebab GERGASI agak skema dengan style PTS dan Alaf 21. Aku jadi bingung seketika dalam cuba nak memahami konsep ‘pulp’ yang dibawa FIXI bagi memenuhi citarasa followernya dalam masa yang sama tidak hilang identiti aku. Jadi kalau aku tulis LAWAN (yang tajuk asalnya ialah KEY-EL) mengikut idea asal aku, mungkin aku akan terima kritikan seperti GERGASI. Jadi aku dok perah kepala otak memikir macamana nak buat jalan cerita yang lebih daring, lebih matang dan dapat diterima oleh pembaca yang agak kritikal pemikirannya.

Tiba-tiba aku teringatkan WATCHMEN, aku teringatkan AKIRA dan ASTRO CITY. Ini semua komik berorientasikan superhero tapi dengan isu yang matang. Maka berpandukan komik-komik ini, lahirlah LAWAN. Tapi aku masih agak risau akan penerimaan pembaca tapi aku ambil risiko. Kalau taknak ambik risiko, lebih baik tulis novel cinta, ye tak? Jadi pada aku, samada pembaca akan suka dengan buku ni atau akan benci gila sehinggakan dia orang takkan beli lagi buku aku lepas ni. Tapi aku tak peduli. Aku rasa aku mungkin orang pertama yang tulis novel dengan idea macam ni. Kalau pun orang tak boleh terima buku ni sekarang, mungkin limabelas tahun akan datang, bila bebudak sekolah menengah terjumpa buku aku kat perpustakaan ke (atau kat pasar karat ke) dia orang akan cakap, “fuhh! Orang dulu-dulu pun ada tulis buku macam ni ek!”

Oh ya! Kalau korang rasa cover yang aku post ni berlainan dengan official cover, ini kerana cover yang aku post adalah early design. Aku post cover yang besar sikit nak bolehkan korang baca sinopsisnya. Official cover yang FIXI post kecik sangat saiznya.

Wednesday, 30 July 2014

HELIKOPTER TEMPUR - Keperluan Yang Memuncak


Rancangan untuk mendapatkan pesawat helikopter tempur sudah berada dalam perancangan ATM sejak tahun 80an lagi. Namun sehingga kini ia tidak dapat direalisasikan. Antara penyebabnya ialah kekangan kewangan dan ia tidak dilihat sebagai satu kepentingan yang signifikan dengan keperluan pertahanan Malaysia. Helikopter tempur dianggap sebagai aset berorientasikan ofensif dan Malaysia tidak mengamalkan doktrin ofensif dalam polisi pertahanan negara. Usaha mendapatkan helikopter tempur hampir menjadi kenyataan dalam tahun 90an apabila ATM menyatakan hasrat untuk membeli pesawat helikopter tempur buatan Afrika Selatan, Denel Rooivalk. Namun terpaksa diketepikan apabila pada waktu itu Malaysia giat memodenkan aset TUDM dengan menggantikan pesawat pejuang yang uzur dengan pesawat pejuang moden. Dan ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Denel Rooivalk
Setelah itu Malaysia menyedari akan kepentingan untuk memodenkan armada TLDM dengan menggantikan kapal-kapal perang tua dengan kapal perang moden yang lebih sesuai dengan keperluan pertahanan moden memandangkan bagi sebuah negara seperti Malaysia yang dikelilingi lautan, pertahanan di perairan negara adalah tembok pertama bagi menghalang musuh untuk menyusup masuk ke dalam negara. Seperti juga rancangan permodenan TUDM, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Bukannya keperluan tentera darat tidak difikirkan namun penambahan aset tentera darat dinilai dengan lebih teliti akan keperluannya. Jadi kerajaan bersetuju untuk mendapatkan aset seperti pelancar roket berganda dan kereta kebal moden untuk tentera darat. Namun permohonan mendapatkan pesawat helikopter tempur tidaklah diketepikan begitu saja. Bajet telah diperuntukkan untuk penubuhan unit PUTD dan dan hasilnya 11 pesawat helikopter Agustawestland A109LUH dibeli sebagai perintis program helikopter tempur di masa hadapan.

Namun perubahan suasana dan situasi yang dihadapi Malaysia kini telah memaksa negara menilai semula doktrin pertahanan nasional. Ya, secara amnya memang Malaysia masih memegang falsafah diplomasi dahulu dan mengangkat senjata sebagai jalan terakhir. Namun Malaysia kini bukan Malaysia yang dulu. Malaysia biar bagaimana pun mahu mengasingkan diri dari melibatkan diri dengan mana-mana pihak, terpaksa memilih bersama dengan suatu kumpulan biar pun bersandarkan pada situasi. Contoh terbaik, MH17. Pihak media begitu giat bercerita betapa sikap neutral Malaysia lah yang membawa kejayaan mendapatkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat. Hanya macai dan orang yang tidak tahu diplomasi politik sahaja yang akan percaya fakta itu! Kalau Malaysia menggunakan insuran sebagai sebuah negara berkecuali untuk bertemu dengan ketua pemberontak pemisah Ukraine, apa yang berlaku ialah di kala ini Malaysia mungkin terpaksa merayu agar dipulangkan mayat penumpang MH17 dan juga mayat delegasi kerajaan yang dihantar bagi berbincang dengan pihak pemisah.

Perbincangan dan persetujuan tercapai adalah hasil dari perbincangan awal antara Najib dan Putin. Putin bagi green light dan segalanya berjalan lancar. Russia menekan militan pemisah Ukraine agar berkerjasama dengan Malaysia. Dan sudah pasti Putin takkan tunduk kalau Najib sekadar memujuk. Najib juga pasti ada kata-kata tekanan pada Putin. Setidak-tidaknya mengugut, jika Russia tidak menyokong usaha Malaysia maka Malaysia akan menyokong usaha AS! Ini kenyataan perbincangan diplomasi antara negara! Russia tidak takut pada Malaysia dan mereka tidak kerugian apa-apa jika kehilangan sokongan Malaysia di peringkat antarabangsa. Namun Malaysia merupakan watak utama dalam insiden MH17. Rayuan Malaysia akan memberikan green light pula pada AS untuk bertindak lebih agresif. Dan Russia tahu tentang itu. Malah AS antara yang paling kecewa dengan kejayaan Malaysia membawa pulang mayat penumpang MH17.

Begitu juga dengan insiden dengan militan Sulu. Malaysia cuba bersikap neutral dalam usaha menyokong usaha damai antara kerajaan Filipina dengan kumpulan pemberontak Mindanao. Namun apabila rakyat Sabah sudah mula dianggap sebagai komoditi mengaut keuntungan oleh pihak militan Sulu, Malaysia sudah tidak boleh bersikap neutral. Maka Malaysia terpaksa mengambil tindakan memerangi kumpulan ini biar pun ia disuarakan dalam nada yang lembut dan perlahan. Insiden Lahad Datu telah membuktikan keperluan pesawat helikpter tempur yang lebih sesuai dalam situasi konflik berintensiti rendah (Low intensity conflict). Penggunaan pesawat pejuang dalam operasi di Lahad Datu dilihat agak kurang berjaya dalam membantu pasukan di medan tempur. Maka ATM menggesa pihak kerajaan agar meluluskan pembelian pesawat helikopter tempur bersandarkan insiden Lahad Datu. Pada mulanya ia begitu hangat diperkatakan dan Najib memberikan jaminan akan perkara ini. Namun ia kembali sejuk apabila isu Lahad Datu semakin dingin. Maka rancangan pembelian pesawat helikopter tempur ini ditolak kembali kebelakang dalam senarai pembelian aset berkepentingan.

Rancangan penubuhan ESSCOM  dilaksanakan. Antara penambahan yang dilakukan ialah bot-bot ronda dan pengwujudan pangkalan laut atau Sea Basing yang berplatform di atas kapal Bungamas 5 dan beberapa bekas pelantar minyak milik Petronas. Aset udara pula disokong pesawat milik TLDM dari kapal yang terlibat sama dalam operasi di ESSCOM. Di kala ini ia tampak mencukupi namun harimau jika terasak, ia akan bertindak ganas. Kebenaran telah diberikan pada badan penguasa bagi melepaskan tembakan ke arah sasaran dan tidak lagi sekadar menahan mereka. Namun jika ini berlaku, tidakkah pihak militan ini akan bertindak lebih jauh? Jika setiap bot pancung mereka mula ditembak dan menyebabkan kematian, tidakkah mereka akan lebih bersedia di lain kali? Bagaimana jika mereka mula membawa senjata seperti pelancar roket? Ia cukup untuk menenggelamkan sebuah bot RHIB atau bot laju milik TLDM. Tidakkah itu akan membahayakan nyawa anggota keselamatan? Di sinilah peranan sebuah helikopter tempur menjadi amat penting. Aerial support akan menjamin keselamatan anggota di medan tempur. Pihak militan akan berfikir seribu kali sebelum mahu mencabar pihak berkuasa. Kalau sebuah pesawat helikopter tempur yang dilengkapi meriam 30mm, pelancar roket dan peluru berpandu yang tidak mampu mereka lihat pada waktu malam yang muncul secara tiba-tiba dan membedil mereka, mereka takkan berani cuba untuk menceroboh perairan Malaysia di waktu malam sementara pencerobohan di waktu siang adalah amat berisiko.  

Pesawat seperti Super Lynx tidak boleh diberi peranan ini kerana ia komited pada kapal induk mereka iaitu friget Kelas Lekiu. Perlu pesawat yang didedikasikan tugasnya pada operasi di ESSCOM yang bersedia 24 jam untuk bertindak bila berlaku pencerobohan. Pertanyaan kenapa Agusta A109LUH tidak digunakan pula timbul. Walaupun ia terlibat dalam operasi Lahad Datu namun peranannya lebih kepada pesawat peninjau. Untuk makluman, semua sebelas pesawat ini tidak dilengkap dengan persenjataan biar pun versi A109 yang dibeli di Malaysia adalah yang tercanggih di dunia. Ia mampu untuk beroperasi di waktu malam dalam tempoh masa yang panjang. Kementerian Pertahanan telah pun menyatakan rancangan untuk menaik taraf A109 dengan pembelian mesingan dan pelancar roket (FZ90-70mm) namun ada pula cerita yang kurang enak. Kononnya ATM sebenarnya meragui kemampuan A109. A109 sebenarnya tidak pernah ada dalam senarai pesawat yang dikehendaki ATM. Rekod keselamatannya tidaklah begitu memberansangkan kerana tiga pesawat milik tentera udara Afrika Selatan pernah terhempas akibat masalah mekanikal. Selain dari itu sejarah pesawat jenis yang sama di Malaysia juga agak membimbangkan. Tahun 1990, dua juruterbang TUDM yang menerbangkan pesawat VIP cedera apabila pesawat mengalami masalah rotor di bahagian ekor. 1996, tiga orang terbunuh apabila pesawat milik DRB Hicom meletup di udara sebelum terhempas di dalam hutan. 2010, tiga orang pegawai dari unit udara Bomba cedera apabila pesawat yang dinaiki terhempas di ladang getah di Lanchang, Pahang. Jadi macamana A109 boleh dibeli? Khabar angin mengatakan, ada tangan ghaib yang masuk campur atas dasar business dan ATM tidak mampu melakukan apa-apa. ATM berkehendakkan sebuah pesawat helikopter tempur yang genuine namun ini yang disuapkan pada mereka dengan alasan, ia pesawat perintis sebelum pesawat tempur sebenar dibeli. Dan salah sebuah darinya terhempas pada awal tahun ini hanya menambah rasa kurang yakin ATM maka Agusta A109LUH kekal sebagai pesawat peninjau.
FZ90 70mm
Bangkai pesawat A109

Insiden penculikan dan pencerobohan yang kerap berlaku kembali menghangatkan isu pembelian pesawat helikopter tempur. Umum tahu pesawat yang diidamkan ATM adalah Eurocopter EC-665 Tiger. Denel Rooivalk pernah menjadi pilihan namun melihatkan begitu banyak permasalahan yang dihadapi tentera udara Afrika Selatan dengan pesawat ini, maka ATM beralih arah pada pesawat yang lebih terkini. Malah beberapa pegawai telah dihantar ke Perancis bagi menjalani latihan berkaitan program pesawat EC556 ini. Namun seperti mana-mana juga aset pilihan ATM, kekangan kewangan menjadi penghalang. Pesawat Tiger amat mahal. Dengan tag price mencecah RM 170 juta sebuah, ia bukan nilai yang kecil. Ini tidak termasuk kos melatih setiap juruterbang yang mencecah satu juta dollar seorang. Tidak lagi termasuk pilot gear seperti helmet dan sut yang mengikut spesifikasi juruterbang. Boeing menawarkan AH-64 Apache namun dengan Singapura dan Indonesia yang turut membeli pesawat yang sama, Malaysia pasti tidak akan menyertai kelab ini. Namun Boeing tidak putus asa. Menyedari masalah utama Malaysia berkaitan kekangan kewangan, mereka menawarkan pula pesawat AH-6 Little Bird. Selain Boeing, satu lagi firma Amerika Syarikat iaitu Bell menawarkan AH-1Z Viper dan pesawat alternatif, UH-1Y Venom.

AH-64 Apache
AH-6-Lttle Bird
AH-1Z Viper
 UH-1Y Venom yang dipamerkan di PWTC sempena DCS 2014
Namun firma lain seperti Turkish Aerospace Industries yang berkerjasama dengan Agusta Westland turut bersaing apabila menawarkan pesawat T129 ATAK. Namun pencapaiannya amat rendah. Dua buah pesawat dalam inventori tentera Turki telah terhempas akibat masalah mekanikal selain ia masih belum memiliki rekod pertempuran. Selain dari itu Russia juga turut menawarkan pesawat Kamov KA-52 Alligator. Namun Russia tidak begitu popular dengan pesawat tempurnya yang dianggap kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan pertempuran moden. Dan Malaysia pasti bimbang apa yang terjadi dengan MiG-29 akan berlaku pula pada pesawat yang dibeli dari Russia. Jadi dua pesawat ini boleh dianggap sebagai tidak akan menjadi pilihan Malaysia. Lawatan Barack Obama tempohari tiba-tiba mengubah senario apabila EC556 Tiger yang disebut-sebut bakal menjadi pilihan Malaysia kini terpaksa bersaing dengan AH-1Z Viper. Sebelum ini pun TLDM sudah menyatakan yang mereka mahukan pesawat Sikorsky MH-60 sebagai pesawat yang akan dilengkapkan pada platform enam buah LCS SGPV yang bakal dibina nanti. Apatah lagi firma Bell Helikopter telah pun memeterai perjanjian kerjasama dengan firma tempatan, Deftech dalam usaha membida kontrak ini bagi menyaingi Eurocopter yang sudah pun punya hubungan dengan ATM melalui pembelian 12 buah pesawat EC752 Super Cougar. Jadi adakah kemungkinan Malaysia akan mula cenderung ke arah aset dari negara Uncle Sam? Memang agak mengejutkan apabila AS menawarkan pesawat ‘Zulu Cobra’ ini kerana ia adalah versi terkini dalam kelas Cobra. Ia tidak boleh disamakan dengan model asal AH-1 Cobra atau Super Cobra.  Kemampuan Viper dikatakan hampir menyamai kemampuan Apache dan perbezaan yang paling ketara ialah jumlah bebanan yang boleh dibawa yang kurang daripada pesawat Apache. Selain dari itu, kedua-dua pesawat ini setara. Dan jika Viper menjadi pilihan, Malaysia akan menjadi negara asing pertama memiliki pesawat ini. Namun kalau berdasarkan pengalaman F-18 Hornet, kemungkinan Malaysia tidak akan membeli pesawat-pesawat dari AS.
T-129 ATAC

Kamov KA-52 Alligator

Eurocopter EC556 Tiger, pesawat yang menjadi idaman ATM sejak sekian lama masih lagi menjadi pilihan utama. Biar pun reputasinya yang kurang enak dari tentera Australia dimana setelah enam tahun diterima, ia masih tidak dioperasikan sepenuhnya akibat masalah teknikal. Sumber mengatakan ia berpunca daripada kesukaran mengintegrasikan sistem antara pihak Jerman dan Perancis. Ia suatu kebimbangan kalau sekiranya ia berlaku pada Malaysia. Minat Malaysia pada pesawat Tiger ini sehingga ATM telah menghantar pegawai dan juruterbang PUTD menjalani latihan berkaitan pesawat Tiger dengan tentera darat Perancis dari unit ALAT. Malah dalam masa yang sama, kerajaan Perancis juga telah menawarkan enam buah pesawat Tiger dalam simpanannya untuk dijual agar Malaysia boleh terus menggunakannya dalam operasi ESSCOM. Pesawat yang ditawarkan mengikut ‘Standart 1’ iaitu kelengkapan persenjataan meriam 30mm, pelancar roket dan peluru berpandu udara ke udara Mistrall. Namun ia masih boleh dinaiktarafkan dan yang pasti Malaysia akan membeli lebih dari enam buah unit dan ia akan turut dilengkapkan dengan peluru berpandu udara ke darat. Namun masalah utamanya ialah kekangan kewangan. Baik pembelian EC665 mahu pun AH-1Z, kedua-duanya adalah pesawat yang mahal kosnya. Kementerian pertahanan menyatakan yang ATM memerlukan enam ke duabelas unit pesawat yang pasti akan mencecah berbillion ringgit. Pembelian alternatif sudah tentulah pesawat seperti UH-1Y Venom atau AH-6 Little Bird yang boleh dianggap tindakan yang kurang bijak. Aku merasakan menaik taraf pesawat Agusta A109LUH masih lagi tindakan terbaik dan usaha yang lebih ekonomikal. Jadi pembelian pesawat Venom dan Little Bird boleh dianggap satu pembaziran.    


Aku meletakkan tajuk ‘HELIKOPTER TEMPUR – Keperluan Yang Memuncak’ sebagai menekankan betapa keperluan memiliki pesawat tempur sudah menjadi kepentingan utama. Insiden di Sabah semakin menjadi-jadi. Orang tempatan di Sabah sendiri mula menilai jika kerajaan Malaysia benar-benar jujur dalam memberikan layanan yang sama dengan Sabah. Keselamatan mereka tergugat namun kerajaan pusat dilihat masih sambil lewa dan tidak memandang serius. Hanya cakap-cakap keras umpama tong kosong tapi tidak banyak yang berlaku. Cukup sekadar menambah jumlah anggota keselamatan dengan disokong aset-aset usang. Selepas insiden Lahad Datu, amat mengejutkan betapa militan Sulu masih bebas keluar masuk sempadan Malaysia. Sehingga mereka boleh menculik malah membunuh anggota keselamatan kita. Adakah itu tidak cukup untuk Najib menyedari betapa seriusnya masalah keselamatan di Sabah. Sentimen Sabah keluar dari Malaysia kini kembali kuat bertiup. Jika pembelian helikoter ini dapat membantu membendung pencerobohan musuh-musuh negara, kenapa ia ditangguh-tangguhkan? Adakah Najib mahu menunggu kuota sepuluh orang anggota keselamatan mati dibunuh, baru mahu bertindak?

AH-1 Cobra milik Thailand

McDonald Douglas 520MG

Mi-35 Hind milik Indonesia

Sebenarnya Negara-negara jiran yang lain sudah lama mengoperasikan pesawat helikopter beorieantasikan tempur. Kita tahu Singapura memiliki 20 buah pesawat AH-64 Apache. Thailand pula memiliki 7 buah pesawat AH-1 Cobra. Filipina mengoperasikan pesawat tempur ringan mirip Little Bird iaitu McDonald Douglas 520MG sebanyak 16 buah. Filipina telah pun mengesahkan pembelian 8 buah pesawat A109LUH yang dilengkapi dengan mesingan dan pelancar roket. Indonesia bakal menerima 8 buah pesawat AH-64 Apache namun mereka sudah pun memiliki 3 buah pesawat Mi-35 Hind buatan Russia. Kesemua negara ini sedang berusaha samada mahu menambahkan kekuatan atau menaik taraf skuadron pesawat helikopter tempur mereka. Kesemua mereka dapat melihat akan kepentingan pesawat-pesawat helikopter tempur dalam menjalankan tugasan CAS (Close Air Support) pada pasukan di lapangan. Hanya Malaysia yang masih berkira-kira sekiranya mahu memiliki aset pesawat helikopter jenis ini. Kini khabar angin pembelian aset helikopter tempur sekali lagi bertiup kencang. Harapnya ia tidak sejuk kembali seperti sebelum ini. Samada mahu membeli EC556 Tiger mahu pun menaik taraf Agusta A109, petugas ESSCOM harus memiliki sokongan aerial yang jitu atau usaha mengawal sempadan sabah menjadi amat sukar!    

Thursday, 15 May 2014

NATIJAH MH370



Belum reda sayu di hati kita akan tragedi Lahad Datu, berlaku pula tragedi yang baru. Kehilangan MH370. Dan tragedi MH370 ini adalah lebih besar. Dan rasanya tidak ada tragedi yang sebesar ini sebelum ini. Tragedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang dan Highland Tower juga kelihatan kecil berbanding MH370. Begitu besar sehingga mendapat perhatian antarabangsa dari seluruh dunia. Sehingga artikel ini dipost, nasib MH370 belum dapat disahihkan lagi. Ia menimbulkan kebingungan oleh masyarakat aviasi dunia. Tidak pernah berlaku sebuah pesawat moden di zaman teknologi yang teramat canggih, baik pada pesawat mahu pun peralatan yang memantaunya, hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan di mana ia berada dan apa nasibnya. Malah pakar-pakar aviasi berpendapat, tragedi ini akan mengubah landskap aviasi pesawat komersil dalam skala yang besar kerana tidak pernah mereka menjangka sesuatu seperti ini boleh berlaku di zaman moden ini.

Dan kenyataan bahawa tragedi ini menimpa Malaysia, sebuah negara kecil yang jarang berlaku malapetaka yang mampu menarik perhatian dunia bagaikan mimpi ngeri buat Malaysia. Malaysia menjadi perhatian dunia namun bukan dalam konteks yang positif. Ia menjadi ujian yang getir buat negara. Disebalik tragedi ini, ia menyerlahkan apa yang tersirat yang selama ini tidak kelihatan atau sengaja tidak diendahkan. Aku cuba untuk kupas isu ini dari pelbagai sudut, seluas mana yang aku mampu.

Ditakdirkan tragedi MH370 ini melibatkan sejumlah besar rakyat China. Maka terserlahlah belang China yang sebenar akan bagaimana ia akan melayan Malaysia dan negara-negara yang lebih kecil darinya. Selama ini China cuba menyerlahkan imej sebuah negara yang bertolak ansur dan rasional dalam menangani pelbagai isu yang melibatkan mereka. Walau pun Filipina adalah antara negara yang mula menerima bahang sikap keras China namun tidak Malaysia. Malaysia yang berusaha mengeratkan hubungan dengan China biar pun isu Pulau Spratly umpama duri dalam daging pada kedua-dua buah negara. Malaysia cuba menenangkan keadaan dengan cuba berdiplomasi (atau pada aku, cuba tutup mata) dengan China berkaitan masalah ini. China seolah-olah turut melayan tarian Malaysia. Malah ada ketikanya China menggunakan Malaysia sebagai contoh bagaimana negara terlibat harus bereaksi berkaitan isu tuntutan kawasan bertindih dengan negara-negara lain.

Namun tragedi MH370 membuka sifat sebenar China. Hilang segala diplomasi, adab, sopan santun dan rasa hormat-menghormati China dengan Malaysia. Malaysia ditempelak dan dikritik serta diperlekeh kerajaan China berkaitan tragedi ini. China menggambarkan Malaysia umpama sebuah negara yang tidak berkemampuan dan lemah dalam isu ini. Habis segala perkara negatif dikorek dan di bentang di atas meja media. Sikap kurang ajar rakyat China yang menghina Malaysia pula tidak ditegur malah seolah-olah disokong kerajaan China dengan cara berdiam diri sementara media milik kerajaan saban hari menghentam Malaysia biar pun Malaysia bermati-matian berusaha setiap hari dalam usaha menjejaki MH370. Ini menimbulkan persoalan pada Malaysia jika perhubungan rapat dengan China membawa kesan yang positif atau sikap berdiplomasi Malaysia dilihat China sebagai sikap lemah dan takut pada negara tersebut. Sebaliknya negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Brunei yang selama ini dikatakan sentiasa mencurigai antara satu sama lain, membuktikan erti setiakawan masih tinggi dalam diri masing-masing. Negara-negara ASEAN pantas menghulurkan bantuan sedaya yang boleh sambil tidak putus-putus mengucapkan takziah dan memberi sokongan pada Malaysia. Tidak ada di antara mereka yang mengkritik Malaysia apatah lagi merendah-rendahkan kemampuan Malaysia. Nyata hubungan ASEAN sebenarnya lebih erat dan utuh dari yang disangkakan.

Perkara ini disedari China. Malah China juga sedar apabila sikap 'kurang ajar' mereka terserlah sehingga ke peringkat dunia. Kini semua negara ASEAN mula menyedari sikap sebenar China (atau mereka mungkin sudah tahu namun buat-buat tak tahu). Ia menjadi lebih parah buat China apabila negara-negara barat dan yang pro barat mula menunjukkan simpati dan menghulurkan bantuan tanpa banyak soal, seolah-olah Malaysia adalah rakan akrab mereka. Rasanya tidak pernah dilihat hubungan yang begitu akrab di antara Malaysia dengan Australia sebelum tragedi ini. Australia berkelakuan seolah-olah pesawat yang terhempas adalah milik mereka dengan bersungguh-sungguh menjalankan operasi mencari dan menyelamat tanpa sedikit pun mempersoalkan kemampuan Malaysia. Mungkin ia bermotifkan politik namun ia berjaya mencuri hati Malaysia sekali gus merosakkan imej China. Begitu juga dengan negara Eropah seperti UK, Perancis, German dan US sendiri. Berusaha mencurahkan keringat membantu Malaysia. Rasanya tidak keterlaluan kalau dikatakan China adalah satu-satunya negara yang menempelak Malaysia sedangkan negara-negara lain bekerja keras membantu. Menyedari kesilapan mereka, China mula mengkritik Malaysia dengan cara yang lebih lembut. Sedar kemungkinan kehilangan sokongan Malaysia dari negara ASEAN (yang merupakan negara yang kuat menyokong penglibatan ASEAN+1 China), China mula menyatakan tragedi ini tidak menjejaskan hubungan Malaysia-China.

China semakin bimbang apabila mendapati tragedi ini telah membuka hubungan yang lebih akrab antara Malaysia dengan US. Lawatan Barack Obama baru-baru ini juga membimbangkan China. Penerimaan Malaysia akan lawatan Obama walaupun diwarnai bantahan beberapa pihak namun secara umumnya adalah lebih mesra penerimaannya berbanding sewaktu lawatan Presiden Xi Jinping tahun lalu. Lawatan Xi Jinping boleh dianggap tidak berbeza dengan lawatan pemimpin dari negara lain. Orang Malaysia tahu. Orang Malaysia tak ambil peduli. Tapi kehadiran Obama umpama rockstar. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar isu, semuanya jadi tumpuan. Penampilan Obama juga dilihat lebih mesra. Walaupun kita tahu, presiden Amerika tidak akan melawat sesebuah negara kecuali kalau terpaksa (in this case, mahu mendesak!) namun dia lebih berbudi bahasa. Jadi bezanya Xi Jinping datang Malaysia, paksa suruh bagi itu dan ini! Tapi Obama datang Malaysia, dengan lemah lembut meminta itu dan ini. Kata mudahnya, Obama lebih lunak desakannya berbanding Xi Jinping.

Kini persoalannya apakah pendirian Malaysia setelah apa yang berlaku? Najib tidak boleh mengambil pendekatan seperti bapanya, be friend with everyone, ally with no one! Zaman sudah berubah. China bakal jadi kuasa besar dunia. Dan mereka mahukan sesuatu milik kita! Kita yang lemah dari pelbagai segi, tahu yang kita takkan mampu untuk menyaingi China. Umpama David vs Goliath. Dari reaksi yang ditunjukkan Malaysia, kita bukanlah sekutu US tapi secara halusnya tampak kita lebih condong ke arah Uncle Sam. Ia sesuatu yang sensitif namun Malaysia terdesak. Najib terpaksa berhati-hati dalam setiap keputusan dan tindakannya. Umpama tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak!

Perkara lain yang aku sedari dari tragedi MH370 ialah populariti Najib yang jatuh teruk. Bukan setakar di peringkat nasional tapi juga peringkat antarabangsa. Pada awal tragedi berlaku, dia tidak menunjukkan muka mahu pun memberikan sebarang kenyataan. Tugas menghadapi media digalas Hishamuddin Tun Hussein. Pihak media antarabangsa menganggap Najib umpama seorang pemimpin yang tak bertanggungjawab, penakut, try to play safe dan biarkan orang lain yang menghadapi tekanan. Apabila dia mula kelihatan mengambil tindakan melibatkan diri dalam insiden ini, dia dilihat pula sebagai lemah apabila terpaksa menemui pemimpin-pemimpin tertinggi negara lain bagi memberikan penerangan berkaitan MH370. Malah media China menyatakan yang Najib ditempelak pemimpin tertinggi China kerana lewat memberikan tindakbalas pada ahli keluarga mangsa. Pendek kata apa saja tindakan yang diambil Najib serba tak kena biar pun dia telah melakukan perkara yang sepatutnya. Dalam masa yang sama, populariti seorang lagi individu mencanak naik dengan tinggi. Juga di peringkat nasional dan antarabangsa. Siapa lagi kalau bukan Hishamuddin Tun Hussein.


Aku bukan minat sangat dengan Hishamuddin tapi aku harus akui, penampilannya sebagai frontman Malaysia menghadapi masyarakat dunia dalam tragedi ini benar-benar menonjolkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber (samada dia berintegriti atau tidak itu soal kedua). Bayangkan sewaktu lawatan Obama ke Malaysia, Hishamuddin memperkenal diri, Obama menyatakan yang dia kenal Hishamuddin, menteri yang menguruskan insiden MH370! Kalau presiden Amerika boleh cam kau, memang betullah kau popular. Dari sudut politik, tragedi ini telah menaikkan rating Hishamuddin dan menjatuhkan rating Najib. Dan jangkamasa panjang, kalau Hishamuddin bijak, dia boleh meraih sokongan popular rakyat untuk merebut kerusi Perdana Menteri kalau sekiranya Najib sudah sedia berundur. Sebab di kala ini, menteri-menteri lain sudah tidak setaraf dengannya. Baik Muhyiddin, Khairy apatah lagi Zahid Hamidi. Jadi tugasan yang diberikan kepadanya sebagai menteri menangani tragedi ini in the way telah memberikan kelebihan politik padanya. Walau pun mungkin itu bukan perkara yang dia cari.

MH370 juga tidak keterlaluan untuk aku katakan telah menyerlahkan kekurangan serta kepincangan kelengkapan dan kemampuan pertahanan negara. Benda ni dah jadi macam lumrah. Bila Malaysia nak beli aset itu dan ini maka akan ada suara sumbang mengkritik. Malah aku tak boleh tahan dengar ada pihak bertanya, Malaysia beli itu dan ini, Malaysia nak perang dengan siapa? Siapa musuh Malaysia? Resmi kita bila terantuk baru nak tengadah! Bila sesuatu insiden sudah berlaku, barulah kita terhegeh-hegeh mahu menaikkan kemampuan dan kelengkapan sesuatu keperluan. Agak malu juga dirasakan apabila pakar menyatakan kemampuan sistem radar yang dimiliki Malaysia sangat terhad dan kurang berkemampuan sehingga negara yang terlibat dalam operasi SAR terpaksa menggunakan aset mereka sendiri. Itu tidak kira lagi aset sokongan seperti pesawat MMA (Maritime Multirole Aircraft) seperti P3 Orion dan P8 Poseidon, kapal peninjau HMS Echo dan pelbagai lagi. Kebanyakan aset ini mengalas tugas penting dalam misi SAR MH370 sedangkan pesawat C130 Hercules TUDM sekadar menjalankan tugas peninjauan visual kerana ia tidak dilengkapi teknologi yang diperlukan.
HMS Echo
 

P3-Orion
 

P8-Poseiden
 
Ada pula pihak yang mempersoalkan kehadiran kapal selam British, HMS Tireless dengan mengutarakan persoalan kenapa dua kapal selam TLDM tidak dikerah untuk terlibat dalam operasi SAR. Di sini ingin aku terangkan, perbezaan kapal selam kelas Perdana Menteri (Scorpene) dengan kapal selam HMS Tireless macam langit dengan bumi. HMS Tireless adalah kapal selam berkuasa nuklear sementara kapal selam TLDM berkuasa diesel elektrik. Tidak seperti HMS Tireless, kapal selam TLDM tidak sesuai untuk berlayar di laut lepas. Walaupun ia berkemampuan tetapi ia tidak digalakkan kerana risiko berlayar di laut lepas adalah amat tinggi. Sewaktu kedua-dua kapal selam TLDM berlayar pulang dari Perancis, kedua-duanya tidak belayar jauh dari persisir pantai sehingga tindakan mereka tidak disenangi oleh negara-negara dalam laluan mereka. Oleh sebab kapal selam milik Malaysia memfokuskan tugasan di kawasan persisiran jadi teknologi penderiaan bawah air terhad pada laut cetek. Tidak lagi diambil kira kemampuan kedalaman selaman. Anehnya pihak yang mengkritik adalah pihak yang sama yang menyatakan pembelian kapal selam adalah satu pembaziran. Mungkin mereka mahu menggunakan fakta ini sebagai bukti untuk menyokong dakwaan mereka akan pembelian aset pertahanan adalah satu pembaziran. Menyedihkan, betapa ramai pihak di Malaysia tidak boleh bersikap neutral apabila membincangkan isu berkaitan pertahanan. Dan bila sesuatu insiden tidak diingini berlaku, mereka masih mahu mencari salah dan bukan jalan penyelesaian.
 
HMS Tireless
 
Seperti insiden Lahad Datu apabila pihak keselamatan Malaysia dikritik kerana gagal menangani permasalahan dengan lebih efektif, pihak kerajaan segera mengutarakan pelbagai jalan penyelesaian namun lumrah di Malaysia, semua isu bermusim. Sebaik ia reda, ia tidak lagi menjadi kepentingan. Contoh terbaik ialah keperluan memiliki helikopter tempur bagi memudahkan tugasan cegah rintang dari pencerobohan pihak musuh. Ia dianggap keperluan berkepentingan tinggi namun akhirnya senyap dan diketepikan apabila situasi dianggap telah kembali pulih. Namun apabila insiden penculikan rakyat asing di Sabah berulang, isu pembelian aset ini kembali timbul. Dan seperti biasa pihak kementerian yang terlibat sekali lagi mendendangkan lagu keperluan untuk meningkatkan kemampuan kawalan keselamatan di Sabah. Seolah-olah kita tidak belajar dari tragedi yang berlaku. Persoalannya kini adakah kita akan belajar dari tragedi MH370? Betapa Malaysia perlu meningkatkan kemampuan beberapa bahagian dan aspek keselamatan berkaitan aviasi dan sistem radar. Hishamuddin menyatakan Malaysia akan meningkatkan kemampuan sistem radar negara secepat mungkin ekoran tragedi ini. Aku hendak tengok samada ia akan dilaksanakan atau retorik semata-mata. Kekangan kewangan dan keperluan pembangunan ekonomi adalah alasan yang sama yang akan digunakan bagi menjustifikasikan pengabaian peruntukan bajet bagi menaiktaraf kemampuan aspek-aspek tersebut.

Misteri kehilangan MH370 masih menimbulkan pertanyaan. Dan melihatkan situasi terkini, segala persoalan tidak mungkin terjawab dalam tempoh terdekat. Dan tragedi ini telah menimbulkan banyak teori konspirasi dan aku yakin akan menjadi modern myth mystery of the world selagi mana kehilangannya tidak terjawab atau bangkainya tidak ditemui. Bagi kita rakyat Malaysia, harapnya tragedi MH370 ini akan membuka mata semua pihak dan yang paling penting akan dapat menyatukan lagi semua lapisan dan kumpulan masyarakat di Malaysia. In the end of the day, we are all Malaysian! What ever tragedy come upon us, we all feel the pain!

Tuesday, 25 February 2014

INDUSTRI KOMIK MALAYSIA



 
Aku akui aku memang hantu komik. Aku juga akui aku big fans of US comics. Tapi aku mula dengan komik melayu juga. Aku anak 80an. Kalau tanya aku, tahun 80an is the best decade ever. Dekad di mana semua orang nak cuba sesuatu yang baru. Selalunya fail dan meraban tapi 80an dianggap the decade of freedom. Anything goes! Jadi takda istilah cool ke, loser ke dalam mencuba sesuatu. Jadi era 80an dilihat sebagai dekad yang weird! But that's what makes it happening. Bukan macam sekarang, semuanya nak serius, semuanya nak best, semuanya nak cool, semuanya nak excelent! Taknak langsung terima kekalahan dan kekecewaan dalam keadaan tertawa besar.
 

Merapu aku dah. Anyway, aku tahu isu ni dah banyak blog bincangkan namun kebanyakannya membincangkan dari segi emosi dan nostalgia. Aku selaku seorang penulis dan seorang peminat komik (yang tidak aku nafikan banyak kali hasil penulisan aku berbaur komik) cuba membincangkan isu ini dari sudut perindustrian. Bila sebut komik secara automatik majalah GILA-GILA, BATU API, GELIHATI, UJANG, APO, GEMPAK, BAMBINO, BUJAL dan yang seangkatannya tidak termasuk dalam kategori ini. Kenapa? Kerana ia adalah sebuah majalah. Memang ada kartun. Memang ada komik. Tapi ia dianggap majalah. Komik selalunya a stand alone story. Mungkin ada yang dua atau tiga cerita disatukan dalam satu penerbitan. Tapi semuanya dalam bentuk grafik. Meaning tidak ada artikel atau sebarang bentuk penulisan kecuali dialog atau lettering.
 

 
Aku tak tahu sejarah bermulanya industri komik di Malaysia tapi tak silap aku sewaktu era negara masih bernama Malaya lagi sudah ada komik diterbitkan. Malah ada diantaranya berbaur politik dan mengkritik penjajah. Tapi kalau ikutkan umur aku, 80an adalah era Golden Age industri komik di Malaysia. Aku membesar dengan membaca komik. Aku ingat lagi setiap kali mak aku nak ke bandar (istilah orang muar, 'nak pegi bando') aku akan suruh mak aku beli komik. Ya, aku suruh! (anak kurang ajer!) dan mak aku mesti belikan komik yang pada ketika itu harganya sekitar 70 sen sekeping. Aku tak minta kudap-kudap. Aku tak minta permainan. Hanya komik. Maka menunggulah aku mak aku balik dari bando berejam-jam lamanya. Dan kalau mak aku lupa nak beli maka ngamuk tak ingatlah aku jadinya. Terpaksalah pulak mak aku pujuk bagai tak ingat.  




Namun pada ketika itu di mana media elektronik hanyalah TV dan Radio, dan permainan Gamewatch yang paling murah harganya 65.00 dianggap mahal, para ibu bapa amat memerhatikan dan mengawal sumber bacaan dan hiburan anak-anak mereka. Maka komik dan majalah humor menjadi mangsa. Aku ingat lagi cikgu aku cakap dia haramkan anak dia bawa masuk rumah komik dan majalah GILA-GILA. Macam tu sekali. Aku tak boleh bayangkan macamanalah kalau dia jadi ibu bapa di zaman sekarang. Adakah dia nak haramkan komputer dan smartphone dalam rumah dia? Jadi aku bersyukur dapat mak yang tak terlalu mengongkong yang secara tak langsung menyokong minat membaca aku ni.



 

Komik pada awal 80an takdalah gah sangat. Lukisan pun ada yang lebih kurang je. Namun kualiti kreatifnya berkembang sejajar dengan peredaran waktu. Tak keterlaluan kalau aku katakan pembaharuan yang di bawa GILA-GILA yang mencetuskan fenomena dalam dunia kartun dan lukisan kreatif telah membangkitkan industri komik yang sebelum itu agak samar-samar. Memang pada mulanya komik-komik yang dihasilkan agak kureeng kualitinya. Dengan stroke yang tak seberapa. Sekadar printing hitam putih. Malah ada yang jalan ceritanya atau karakternya terang-terang rip-off filem yang popular atau karakter popular dari komik US. Cerita macam Conan the Barbarian dan Bionic Woman dan karakter seperti Rado (Daredevil), Waja (Ironman) malah adaptasi karakter Ultraman secara terus tanpa risau langsung disaman oleh pemilik hak asal karakter tersebut.
 
 
 
 

Tapi macam yang aku cakap tadi, kualiti komik yang diterbitkan semakin baik mengikut masa. Para pelukis semakin kreatif dan mula berani menghasilkan cerita dari idea sendiri. Bukan itu sahaja, kualiti penerbitan itu sendiri turut meningkat. Dari kertas nipis yang senang koyak kepada kertas yang lebih berkualiti. Malah ada yang mula menerbitkan komik berwarna dengan kulit depan yang lebih baik kualitinya. Jalan ceritanya juga pelbagai. Tidak lagi terpasung pada kisah superhero. Dari genre seram, aksi, jenaka dan thriller. Begitu kuatnya pengaruh komik sehingga beberapa suratkhabar untuk kanak-kanak pada era 80an juga turut menyertakan karakter komik superhero sebagai penarik. Tak tahulah kalau ada yang masih ingat dengan karakter superhero Tuah yang dibantu sidekicknya Kapten Lokman dalam sebuah suratkhabar pelajar (yang aku dah lupa namanya).




Imej negatif yang diberikan sesetengah pihak pada komik-komik Malaysia kadangkala tidak boleh ditolak begitu saja. Alasan yang sering didengar ialah membaca komik melalaikan. Selain dari itu komik-komik ini agak ganas dan sesetengahnya memaparkan imej perempuan seksi sebagai muka hadapan. Biasalah, nak jual produkkan. Aku ingat lagi masa tu URTV pun budak-budak tak boleh baca. Tapi sekarang, budak-budak tak payah nak tengok majalah Mangga kalau nak tengok artis tunjuk separuh buah dada. Tekan je button internet, suma boleh nampak! Dalam tempoh itu begitu banyak syarikat penerbitan komik yang tumbuh dan nama-nama pelukis-pelukis komik muncul seorang demi seorang. Malah pelukis-pelukis dari majalah humor pun ada yang join the band macam Zainal Buang Hussein yang turut menyumbangkan komik dari penerbitan Novel Grafik Bayan. Novel Grafik Bayan nih aku anggap sebagai satu kejayaan besar dalam industri komik tanahair. Boleh dikatakan ia dihasilkan dalam bentuk profesional yang sempurna. Dengan detail isinya, nama-nama pelukis yang besar serta jalan cerita yang lain dari yang lain. Selain dari itu ia juga penerbitan komik yang berwarna menggunakan helaian kertas berkualiti. Tu sebabnya harganya jauh lebih mahal dari komik biasa. Aku ingat lagi salah satu cerita Zainal Buang Hussein berkisar ninja melayu. Awesome!

 
 
Satu komik yang aku tak boleh lupa ialah karakter Supermat. Kira superhero dengan identiti Malaysia (yang pertama mungkin?) kerana tak pernah tengok superhero Malaysia yang macam tu sebelum tu. Aku baru darjah tiga sewaktu kali pertama aku baca. Stroke lukisan teruk dan warna pula hitam putih. Tapi aku rasa teruja sangat baca komik tu. Aku sendiri tak pasti kenapa tapi pada aku jalan ceritanya yang agak cenderung macam superhero Amerika. And then sebuah komik karya Zoy yang bertajuk Harimau Berang. Pertama kali aku baca aku baru darjah empat. For me that's a brilliant comic at that time. Komik pertama yang berwarna (rasanya). Apa yang menarik ialah influence komik Hong Kong yang sering menunjukkan pergerakan martial art (yang dah jadi trademark Zoy) dan juga detailnya jalan penceritaan Harimau Berang. Aku ingat lagi masa tu aku menetap di Johor Bahru dan aku ingat lagi Zoy mentioned Jalan Raja Laut dalam komik tu, which is rare pada masa tu kerana most komik takda nak cerita detail sangat dalam penceritaan mereka apatah lagi benda-benda yang remeh-temeh macam tu. But not Zoy. Dia memang agak detail tentang semua itu. That is the moment aku rasa macam nak pegi KL nak cari hero dua orang ni nak tengok power mana dia orang fight sebab aku hampir percaya karakter fiksyen Zoy ini wujud!



 

Now here comes the worst part. Apa dah jadi dengan industri ini yang dipelopori orang Melayu suatu ketika dulu? Macamana ia boleh mati dan berkubur tak bernisan? Adakah ini menunjukkan sikap orang Melayu? Semua benda yang kita cukup hebat satu ketika dulu akan hanya jadi sejarah? Bolasepak? Sekarang dah lauk! Industri filem? Sekarang dah lauk! Majalah-majalah kartun dan komik yang suatu ketika dulu dipelopori syarikat Melayu sekarang dah kalah pada ArtSquare yang terbit GEMPAK, syarikat orang Cina! GILA-GILA pula hidup segan mati tak mahu. UJANG dan majalah satu kapal dengannya cuma tunggu time kalau mereka tidak bertindak segera. Dan hayat industri komik Melayu tamat dengan kemasukan tiga komik power dari Hong Kong (yang aku pun minat gila. Guilty!) iaitu SINGA GANAS, MEDAN TEMPUR dan PEDANG SETIAWAN. Aku ingat tahun 1989, bagai cuba untuk terus bernyawa, ada syarikat pergi print komik-komik lama ni dalam saiz poket, dibungkus dalam plastik hitam, siap ada kudap-kudap sekali, kemudian jual dengan harga 20 sen. Namun memang sudah ajal industri komik Melayu. Maut juga menjemput mereka.




Kenapa jadi macam tu? Banyak sebabnya. Antaranya kerana mereka yang terlibat dalam industri ini terlalu selesa. Masing-masing cuma fikir nak buat untung. Stick to the same winning formula. Perah susu lembu tu sampai lembu tu tak boleh keluar susu lagi. Langsung takda pihak yang berfikir jauh untuk memastikan industri ini boleh survive cabaran masa. Jadi apabila komik Hong Kong (yang sebenarnya keluaran lama) diterjemahkan dalam bahasa Melayu, pembaca Melayu terpelongo sebab tak pernah tengok komik macam tu sebelum ni. Ceritanya panjang dan kompleks berbanding cerita komik Melayu yang selalunya one shot atau kalau komik HASAN DAN HUSIN, bersambung dua buku. Jadi ceritanya tak boleh panjang lebar. Simple je. Dan masalah yang sama kita lihat dalam industri novel. Semua orang suka novel cinta jadi semua syarikat tumpukan novel cinta. Tak berusaha untuk mempelbagaikan genre seperti thriller, sains fiksyen mahu pun fantasi. Tak buat duit katanya. Ada yang berusaha namun seketika cuma. Bila tengok tak buat untung, tinggalkan separuh jalan. Fokus kat buku yang buat duit semata-mata. Akhirnya long term, industri akan jadi kematu dan layu. Begitulah nasib industri komik Melayu.
 
Yang keduanya adalah sikap kerajaan yang kurang menyokong industri kreatif pada masa itu. Kalau ia tidak berkaitan kebudayaan kebangsaan atau suatu industri yang sudah buat duit (macam industri muzik dan filem) maka kerajaan tak berminat nak bantu. Kerajaan cuma minat dengan industri yang ada kaitan dengan machinery dan financial je masa tu. Jadi bila kerajaan tak support maka takda peruntukan kewangan. Bila takda peruntukan kewangan maka bank kurang kepercayaan. Syarikat-syarikat penerbitan yang terlibat yang berhasrat mahu membesarkan saiz operasi tak dapat buat pinjaman apatah lagi pelaburan swasta. Maka saiz operasi syarikat akan kekal macam tu. Bila saiz syarikat kekal kecil, begitu jugalah saiz industri tersebut yang tak membesar. Bila saiz industri tak membesar maka saiz peminat juga akan menguncup. Jadi biar pun ada syarikat yang berusaha melakukan sesuatu dengan sempurna macam Novel Grafik Bayan namun ia tak berjaya kerana jumlah pengikut dan peminatnya semakin mengecil. Dan akhirnya satu demi satu pemain industri mula melabuhkan tirai, wa'ima bungkus!




Sebab ketiga adalah saiz peminat. Sesuatu industri kalau mahu berjaya saiz para pengikutnya mestilah bertambah dari setahun ke setahun. Industri itu harus menghasilkan peminat baru setiap tahun. Peminat baru harus di semai dan dibaja setiap tahun. Saiz industri akan mengikut saiz peminat. Semakin ramai peminat maka semakin besar saiz industri kerana permintaan bertambah. Bila permintaan bertambah maka keuntungan meningkat dan risiko kerugian akan berkurangan serta menambah yakinkan pihak-pihak luar untuk terlibat secara langsung mahu pun tak langsung dalam industri itu. Pihak pelabur minta nak melabur. Pihak bank berani nak bagi pinjaman. Syarikat cetakan dan pengedaran serta kedai buku berani bagi kredit. Namun sayangnya industri komik dimusuhi ramai orang dan tidak pula disokong kerajaan. Bila kanak-kanak yang menjadi sasaran komik ditegah dari membaca komik maka mereka mengalihkan minat pada benda lain. Bila mereka dewasa minat pada komik sudah mati. Maka tamatlah riwayat industri itu sendiri.




Sebab keempat aku malu nak cakap sebab aku pun menyumbang juga pada sebab keempat. Kecenderungan minat pembaca pada komik asing. Seperti yang aku bagitahu, kemasukan komik Hong Kong yang diterjemah telah membunuh industri komik Melayu. Memang sebelum komik Hong Kong masuk, komik US sudah pun bertapak. Aku ingat masa kecik-kecik dulu aku baca komik Superman, Batman, Nova, Green Arrow di kedai buku mamak. Baca free je pulak tu. Mamak tu tak kacau pun. Tapi komik US berbahasan Inggeris. Jadi pengaruhnya agak kureng! Tapi komik Hong Kong dan Jepun yang diterjemah ke Bahasa Melayu begitu cepat mendapat sambutan. Seperti yang aku aku nyatakan, kelainan yang ditampilkan benar-benar merentap perhatian pembaca Melayu. Itulah kesannya bila industri komik tempatan tak disokong. Ia jadi beku dan tidak kreatif. Bila datang sesuatu yang baru dan lain dari luar maka mudah kita orang Melayu terpengaruh. Kalau hendak dilihat, komik US, Hong Kong dan Jepun ini adalah jauh lebih ganas, seksual oriented dan merapu kalau nak dibandingkan dengan komik tempatan. Nah! Sekarang lihat. Siapa yang sanggup menghadang penguasaan pengaruh komik asing ini? Tidak ada sesiapa yang mampu dan sanggup. Bukankah bagus kalau komik Melayu masih wujud sekarang. Setidak-tidaknya dapat membendung pengaruh komik luar ke dalam minda pembaca tempatan. Tapi sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian bungkus kain kapan.
 
 
Sebab-sebab di atas kita lihat adalah disebabkan sikap kita orang Melayu yang tak berfikir jauh. Nampak yang depan mata sahaja. Kalau nampak yang tak elok, cabut bagi buang. Potong kasi habis! Jangan bagi hidup langsung. Sedangkan sepatutnya kita boleh ubah dengan membuang yang negatif dan menyemainya dalam bentuk yang positif. Itu tak kira lagi sikap hasad dengki sesama sendiri. Dan akhirnya yang dapat untung adalah orang lain. Kita selalu salahkan orang Cina konon kebas reta benda kita tapi Cina itu Cina. Mereka cuba mencari peluang buat duit. Kalau ada mereka sapulah. Tapi kita orang Melayu pulak tak tahu nak jaga apa yang kita ada. Pakat asyik nampak yang negatif saja. Tak mahu melihat sesuatu dari sudut yang positif. Akhirnya apa yang ada dalam tangan kita satu masa dulu kini terlepas ke tangan orang lain. Industri majalah kartun yang satu masa dahulu dikuasai syarikat Melayu kini mula berlaih pada ArtSquare milik orang Cina. Mereka dapat melihat akan industri ini yang semakin lemah lalu mereka berusaha mengambil peluang. Apa yang aku tahu ArtSquare telah berusaha bertahun-tahun sebelum GEMPAK meletup di pasaran. Malah GEMPAK disambut sepi pada tahun pertama keluarannya di pasaran. Tapi kini namanya sangat gah. ArtSquare bijak apabila menyemai minat membaca komik di kalangan orang Melayu yang dihalakan pada komik Hong Kong, Korea, Jepun dan US. Dan akhirnya kita semua tertunduk pilu ke tanah.


 
 
Namun pada aku tidak ada istilah sudah terlambat. Kita masih boleh berusaha untuk mengembalikan era kegemilangan industri komik Melayu. Mungkin ada susah sikit dan kita terpaksa bermula dari sifar tapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan pihak kerajaan sudah mula sedar betapa industri bidang kreatif boleh menjana keuntungan bernilai ratusan juta ringgit maka geran kewangan mula diberikan pada penggiat industri bidang kreatif. Selain dari itu media yang serba canggih sekarang ni pun dapat membantu menaikkan semula industri komik Melayu. Aku teringat majalah URBAN COMICS terbitan beberapa pelukis melayu. Aku puji usaha mereka biar pun ia gagal namun ia menunjukkan usaha yang bersungguh. Mungkin produk URBAN COMICS ni tak sesuai dengan citarasa semua lapisan masyarakat atau mungkin juga ideanya mendahului masa. Dan kita tahu usahawan Melayu ni bajetnya ciput jadi tak mampu nak bertahan lama macam seperti apa yang dilakukan ArtSquare yang berusaha bertahan sehingga peminat dapat menerima konsep dan idea mereka.
 
 
Aku sendiri walaupun tak punya bakat melukis namun aku juga berhasrat untuk terlibat dalam industri komik dan turut membantu dalam men'jump start'kan (bahasa yang bakal dimaki DBP) industri komik Melayu. Mungkin ia hanya angan-angan dan impian kosong tapi kalau tak berusaha tak kita tahu hasilnya. Tak gitu? Jangan lupa industri komik US juga menghadapi situasi yang sama. Dari era silver age (60an-70an) golden age (70an-80an) sehinggalah ke zaman merundum (90an hingga ke alaf baru) sebelum ia kembali pulih kini. Jadi kenapa pihak penggiat industri komik di Malaysia tak berusaha melakukan perkara yang sama. Kita berkerjasama antara satu sama lain, membantu satu sama lain dalam kembali mendirikan industri ini. Aku melihat industri animasi semakin dikuasai orang Cina. Maka kenapa tidak kita menguasai industri komik tempatan? 
 
Nota: Segala cover komik yang dipaparkan di ambil dari laman sesawang rakan-rakan cyber. Admin ingin memaklumkan ia tidak digunakan bagi tujuan keuntungan sebaliknya bertujuan untuk menggalakkan kembali industri komik Malaysia. Terima kasih.