Tuesday, 25 February 2014

INDUSTRI KOMIK MALAYSIA



 
Aku akui aku memang hantu komik. Aku juga akui aku big fans of US comics. Tapi aku mula dengan komik melayu juga. Aku anak 80an. Kalau tanya aku, tahun 80an is the best decade ever. Dekad di mana semua orang nak cuba sesuatu yang baru. Selalunya fail dan meraban tapi 80an dianggap the decade of freedom. Anything goes! Jadi takda istilah cool ke, loser ke dalam mencuba sesuatu. Jadi era 80an dilihat sebagai dekad yang weird! But that's what makes it happening. Bukan macam sekarang, semuanya nak serius, semuanya nak best, semuanya nak cool, semuanya nak excelent! Taknak langsung terima kekalahan dan kekecewaan dalam keadaan tertawa besar.
 

Merapu aku dah. Anyway, aku tahu isu ni dah banyak blog bincangkan namun kebanyakannya membincangkan dari segi emosi dan nostalgia. Aku selaku seorang penulis dan seorang peminat komik (yang tidak aku nafikan banyak kali hasil penulisan aku berbaur komik) cuba membincangkan isu ini dari sudut perindustrian. Bila sebut komik secara automatik majalah GILA-GILA, BATU API, GELIHATI, UJANG, APO, GEMPAK, BAMBINO, BUJAL dan yang seangkatannya tidak termasuk dalam kategori ini. Kenapa? Kerana ia adalah sebuah majalah. Memang ada kartun. Memang ada komik. Tapi ia dianggap majalah. Komik selalunya a stand alone story. Mungkin ada yang dua atau tiga cerita disatukan dalam satu penerbitan. Tapi semuanya dalam bentuk grafik. Meaning tidak ada artikel atau sebarang bentuk penulisan kecuali dialog atau lettering.
 

 
Aku tak tahu sejarah bermulanya industri komik di Malaysia tapi tak silap aku sewaktu era negara masih bernama Malaya lagi sudah ada komik diterbitkan. Malah ada diantaranya berbaur politik dan mengkritik penjajah. Tapi kalau ikutkan umur aku, 80an adalah era Golden Age industri komik di Malaysia. Aku membesar dengan membaca komik. Aku ingat lagi setiap kali mak aku nak ke bandar (istilah orang muar, 'nak pegi bando') aku akan suruh mak aku beli komik. Ya, aku suruh! (anak kurang ajer!) dan mak aku mesti belikan komik yang pada ketika itu harganya sekitar 70 sen sekeping. Aku tak minta kudap-kudap. Aku tak minta permainan. Hanya komik. Maka menunggulah aku mak aku balik dari bando berejam-jam lamanya. Dan kalau mak aku lupa nak beli maka ngamuk tak ingatlah aku jadinya. Terpaksalah pulak mak aku pujuk bagai tak ingat.  




Namun pada ketika itu di mana media elektronik hanyalah TV dan Radio, dan permainan Gamewatch yang paling murah harganya 65.00 dianggap mahal, para ibu bapa amat memerhatikan dan mengawal sumber bacaan dan hiburan anak-anak mereka. Maka komik dan majalah humor menjadi mangsa. Aku ingat lagi cikgu aku cakap dia haramkan anak dia bawa masuk rumah komik dan majalah GILA-GILA. Macam tu sekali. Aku tak boleh bayangkan macamanalah kalau dia jadi ibu bapa di zaman sekarang. Adakah dia nak haramkan komputer dan smartphone dalam rumah dia? Jadi aku bersyukur dapat mak yang tak terlalu mengongkong yang secara tak langsung menyokong minat membaca aku ni.



 

Komik pada awal 80an takdalah gah sangat. Lukisan pun ada yang lebih kurang je. Namun kualiti kreatifnya berkembang sejajar dengan peredaran waktu. Tak keterlaluan kalau aku katakan pembaharuan yang di bawa GILA-GILA yang mencetuskan fenomena dalam dunia kartun dan lukisan kreatif telah membangkitkan industri komik yang sebelum itu agak samar-samar. Memang pada mulanya komik-komik yang dihasilkan agak kureeng kualitinya. Dengan stroke yang tak seberapa. Sekadar printing hitam putih. Malah ada yang jalan ceritanya atau karakternya terang-terang rip-off filem yang popular atau karakter popular dari komik US. Cerita macam Conan the Barbarian dan Bionic Woman dan karakter seperti Rado (Daredevil), Waja (Ironman) malah adaptasi karakter Ultraman secara terus tanpa risau langsung disaman oleh pemilik hak asal karakter tersebut.
 
 
 
 

Tapi macam yang aku cakap tadi, kualiti komik yang diterbitkan semakin baik mengikut masa. Para pelukis semakin kreatif dan mula berani menghasilkan cerita dari idea sendiri. Bukan itu sahaja, kualiti penerbitan itu sendiri turut meningkat. Dari kertas nipis yang senang koyak kepada kertas yang lebih berkualiti. Malah ada yang mula menerbitkan komik berwarna dengan kulit depan yang lebih baik kualitinya. Jalan ceritanya juga pelbagai. Tidak lagi terpasung pada kisah superhero. Dari genre seram, aksi, jenaka dan thriller. Begitu kuatnya pengaruh komik sehingga beberapa suratkhabar untuk kanak-kanak pada era 80an juga turut menyertakan karakter komik superhero sebagai penarik. Tak tahulah kalau ada yang masih ingat dengan karakter superhero Tuah yang dibantu sidekicknya Kapten Lokman dalam sebuah suratkhabar pelajar (yang aku dah lupa namanya).




Imej negatif yang diberikan sesetengah pihak pada komik-komik Malaysia kadangkala tidak boleh ditolak begitu saja. Alasan yang sering didengar ialah membaca komik melalaikan. Selain dari itu komik-komik ini agak ganas dan sesetengahnya memaparkan imej perempuan seksi sebagai muka hadapan. Biasalah, nak jual produkkan. Aku ingat lagi masa tu URTV pun budak-budak tak boleh baca. Tapi sekarang, budak-budak tak payah nak tengok majalah Mangga kalau nak tengok artis tunjuk separuh buah dada. Tekan je button internet, suma boleh nampak! Dalam tempoh itu begitu banyak syarikat penerbitan komik yang tumbuh dan nama-nama pelukis-pelukis komik muncul seorang demi seorang. Malah pelukis-pelukis dari majalah humor pun ada yang join the band macam Zainal Buang Hussein yang turut menyumbangkan komik dari penerbitan Novel Grafik Bayan. Novel Grafik Bayan nih aku anggap sebagai satu kejayaan besar dalam industri komik tanahair. Boleh dikatakan ia dihasilkan dalam bentuk profesional yang sempurna. Dengan detail isinya, nama-nama pelukis yang besar serta jalan cerita yang lain dari yang lain. Selain dari itu ia juga penerbitan komik yang berwarna menggunakan helaian kertas berkualiti. Tu sebabnya harganya jauh lebih mahal dari komik biasa. Aku ingat lagi salah satu cerita Zainal Buang Hussein berkisar ninja melayu. Awesome!

 
 
Satu komik yang aku tak boleh lupa ialah karakter Supermat. Kira superhero dengan identiti Malaysia (yang pertama mungkin?) kerana tak pernah tengok superhero Malaysia yang macam tu sebelum tu. Aku baru darjah tiga sewaktu kali pertama aku baca. Stroke lukisan teruk dan warna pula hitam putih. Tapi aku rasa teruja sangat baca komik tu. Aku sendiri tak pasti kenapa tapi pada aku jalan ceritanya yang agak cenderung macam superhero Amerika. And then sebuah komik karya Zoy yang bertajuk Harimau Berang. Pertama kali aku baca aku baru darjah empat. For me that's a brilliant comic at that time. Komik pertama yang berwarna (rasanya). Apa yang menarik ialah influence komik Hong Kong yang sering menunjukkan pergerakan martial art (yang dah jadi trademark Zoy) dan juga detailnya jalan penceritaan Harimau Berang. Aku ingat lagi masa tu aku menetap di Johor Bahru dan aku ingat lagi Zoy mentioned Jalan Raja Laut dalam komik tu, which is rare pada masa tu kerana most komik takda nak cerita detail sangat dalam penceritaan mereka apatah lagi benda-benda yang remeh-temeh macam tu. But not Zoy. Dia memang agak detail tentang semua itu. That is the moment aku rasa macam nak pegi KL nak cari hero dua orang ni nak tengok power mana dia orang fight sebab aku hampir percaya karakter fiksyen Zoy ini wujud!



 

Now here comes the worst part. Apa dah jadi dengan industri ini yang dipelopori orang Melayu suatu ketika dulu? Macamana ia boleh mati dan berkubur tak bernisan? Adakah ini menunjukkan sikap orang Melayu? Semua benda yang kita cukup hebat satu ketika dulu akan hanya jadi sejarah? Bolasepak? Sekarang dah lauk! Industri filem? Sekarang dah lauk! Majalah-majalah kartun dan komik yang suatu ketika dulu dipelopori syarikat Melayu sekarang dah kalah pada ArtSquare yang terbit GEMPAK, syarikat orang Cina! GILA-GILA pula hidup segan mati tak mahu. UJANG dan majalah satu kapal dengannya cuma tunggu time kalau mereka tidak bertindak segera. Dan hayat industri komik Melayu tamat dengan kemasukan tiga komik power dari Hong Kong (yang aku pun minat gila. Guilty!) iaitu SINGA GANAS, MEDAN TEMPUR dan PEDANG SETIAWAN. Aku ingat tahun 1989, bagai cuba untuk terus bernyawa, ada syarikat pergi print komik-komik lama ni dalam saiz poket, dibungkus dalam plastik hitam, siap ada kudap-kudap sekali, kemudian jual dengan harga 20 sen. Namun memang sudah ajal industri komik Melayu. Maut juga menjemput mereka.




Kenapa jadi macam tu? Banyak sebabnya. Antaranya kerana mereka yang terlibat dalam industri ini terlalu selesa. Masing-masing cuma fikir nak buat untung. Stick to the same winning formula. Perah susu lembu tu sampai lembu tu tak boleh keluar susu lagi. Langsung takda pihak yang berfikir jauh untuk memastikan industri ini boleh survive cabaran masa. Jadi apabila komik Hong Kong (yang sebenarnya keluaran lama) diterjemahkan dalam bahasa Melayu, pembaca Melayu terpelongo sebab tak pernah tengok komik macam tu sebelum ni. Ceritanya panjang dan kompleks berbanding cerita komik Melayu yang selalunya one shot atau kalau komik HASAN DAN HUSIN, bersambung dua buku. Jadi ceritanya tak boleh panjang lebar. Simple je. Dan masalah yang sama kita lihat dalam industri novel. Semua orang suka novel cinta jadi semua syarikat tumpukan novel cinta. Tak berusaha untuk mempelbagaikan genre seperti thriller, sains fiksyen mahu pun fantasi. Tak buat duit katanya. Ada yang berusaha namun seketika cuma. Bila tengok tak buat untung, tinggalkan separuh jalan. Fokus kat buku yang buat duit semata-mata. Akhirnya long term, industri akan jadi kematu dan layu. Begitulah nasib industri komik Melayu.
 
Yang keduanya adalah sikap kerajaan yang kurang menyokong industri kreatif pada masa itu. Kalau ia tidak berkaitan kebudayaan kebangsaan atau suatu industri yang sudah buat duit (macam industri muzik dan filem) maka kerajaan tak berminat nak bantu. Kerajaan cuma minat dengan industri yang ada kaitan dengan machinery dan financial je masa tu. Jadi bila kerajaan tak support maka takda peruntukan kewangan. Bila takda peruntukan kewangan maka bank kurang kepercayaan. Syarikat-syarikat penerbitan yang terlibat yang berhasrat mahu membesarkan saiz operasi tak dapat buat pinjaman apatah lagi pelaburan swasta. Maka saiz operasi syarikat akan kekal macam tu. Bila saiz syarikat kekal kecil, begitu jugalah saiz industri tersebut yang tak membesar. Bila saiz industri tak membesar maka saiz peminat juga akan menguncup. Jadi biar pun ada syarikat yang berusaha melakukan sesuatu dengan sempurna macam Novel Grafik Bayan namun ia tak berjaya kerana jumlah pengikut dan peminatnya semakin mengecil. Dan akhirnya satu demi satu pemain industri mula melabuhkan tirai, wa'ima bungkus!




Sebab ketiga adalah saiz peminat. Sesuatu industri kalau mahu berjaya saiz para pengikutnya mestilah bertambah dari setahun ke setahun. Industri itu harus menghasilkan peminat baru setiap tahun. Peminat baru harus di semai dan dibaja setiap tahun. Saiz industri akan mengikut saiz peminat. Semakin ramai peminat maka semakin besar saiz industri kerana permintaan bertambah. Bila permintaan bertambah maka keuntungan meningkat dan risiko kerugian akan berkurangan serta menambah yakinkan pihak-pihak luar untuk terlibat secara langsung mahu pun tak langsung dalam industri itu. Pihak pelabur minta nak melabur. Pihak bank berani nak bagi pinjaman. Syarikat cetakan dan pengedaran serta kedai buku berani bagi kredit. Namun sayangnya industri komik dimusuhi ramai orang dan tidak pula disokong kerajaan. Bila kanak-kanak yang menjadi sasaran komik ditegah dari membaca komik maka mereka mengalihkan minat pada benda lain. Bila mereka dewasa minat pada komik sudah mati. Maka tamatlah riwayat industri itu sendiri.




Sebab keempat aku malu nak cakap sebab aku pun menyumbang juga pada sebab keempat. Kecenderungan minat pembaca pada komik asing. Seperti yang aku bagitahu, kemasukan komik Hong Kong yang diterjemah telah membunuh industri komik Melayu. Memang sebelum komik Hong Kong masuk, komik US sudah pun bertapak. Aku ingat masa kecik-kecik dulu aku baca komik Superman, Batman, Nova, Green Arrow di kedai buku mamak. Baca free je pulak tu. Mamak tu tak kacau pun. Tapi komik US berbahasan Inggeris. Jadi pengaruhnya agak kureng! Tapi komik Hong Kong dan Jepun yang diterjemah ke Bahasa Melayu begitu cepat mendapat sambutan. Seperti yang aku aku nyatakan, kelainan yang ditampilkan benar-benar merentap perhatian pembaca Melayu. Itulah kesannya bila industri komik tempatan tak disokong. Ia jadi beku dan tidak kreatif. Bila datang sesuatu yang baru dan lain dari luar maka mudah kita orang Melayu terpengaruh. Kalau hendak dilihat, komik US, Hong Kong dan Jepun ini adalah jauh lebih ganas, seksual oriented dan merapu kalau nak dibandingkan dengan komik tempatan. Nah! Sekarang lihat. Siapa yang sanggup menghadang penguasaan pengaruh komik asing ini? Tidak ada sesiapa yang mampu dan sanggup. Bukankah bagus kalau komik Melayu masih wujud sekarang. Setidak-tidaknya dapat membendung pengaruh komik luar ke dalam minda pembaca tempatan. Tapi sesal dulu pendapatan. Sesal kemudian bungkus kain kapan.
 
 
Sebab-sebab di atas kita lihat adalah disebabkan sikap kita orang Melayu yang tak berfikir jauh. Nampak yang depan mata sahaja. Kalau nampak yang tak elok, cabut bagi buang. Potong kasi habis! Jangan bagi hidup langsung. Sedangkan sepatutnya kita boleh ubah dengan membuang yang negatif dan menyemainya dalam bentuk yang positif. Itu tak kira lagi sikap hasad dengki sesama sendiri. Dan akhirnya yang dapat untung adalah orang lain. Kita selalu salahkan orang Cina konon kebas reta benda kita tapi Cina itu Cina. Mereka cuba mencari peluang buat duit. Kalau ada mereka sapulah. Tapi kita orang Melayu pulak tak tahu nak jaga apa yang kita ada. Pakat asyik nampak yang negatif saja. Tak mahu melihat sesuatu dari sudut yang positif. Akhirnya apa yang ada dalam tangan kita satu masa dulu kini terlepas ke tangan orang lain. Industri majalah kartun yang satu masa dahulu dikuasai syarikat Melayu kini mula berlaih pada ArtSquare milik orang Cina. Mereka dapat melihat akan industri ini yang semakin lemah lalu mereka berusaha mengambil peluang. Apa yang aku tahu ArtSquare telah berusaha bertahun-tahun sebelum GEMPAK meletup di pasaran. Malah GEMPAK disambut sepi pada tahun pertama keluarannya di pasaran. Tapi kini namanya sangat gah. ArtSquare bijak apabila menyemai minat membaca komik di kalangan orang Melayu yang dihalakan pada komik Hong Kong, Korea, Jepun dan US. Dan akhirnya kita semua tertunduk pilu ke tanah.


 
 
Namun pada aku tidak ada istilah sudah terlambat. Kita masih boleh berusaha untuk mengembalikan era kegemilangan industri komik Melayu. Mungkin ada susah sikit dan kita terpaksa bermula dari sifar tapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan pihak kerajaan sudah mula sedar betapa industri bidang kreatif boleh menjana keuntungan bernilai ratusan juta ringgit maka geran kewangan mula diberikan pada penggiat industri bidang kreatif. Selain dari itu media yang serba canggih sekarang ni pun dapat membantu menaikkan semula industri komik Melayu. Aku teringat majalah URBAN COMICS terbitan beberapa pelukis melayu. Aku puji usaha mereka biar pun ia gagal namun ia menunjukkan usaha yang bersungguh. Mungkin produk URBAN COMICS ni tak sesuai dengan citarasa semua lapisan masyarakat atau mungkin juga ideanya mendahului masa. Dan kita tahu usahawan Melayu ni bajetnya ciput jadi tak mampu nak bertahan lama macam seperti apa yang dilakukan ArtSquare yang berusaha bertahan sehingga peminat dapat menerima konsep dan idea mereka.
 
 
Aku sendiri walaupun tak punya bakat melukis namun aku juga berhasrat untuk terlibat dalam industri komik dan turut membantu dalam men'jump start'kan (bahasa yang bakal dimaki DBP) industri komik Melayu. Mungkin ia hanya angan-angan dan impian kosong tapi kalau tak berusaha tak kita tahu hasilnya. Tak gitu? Jangan lupa industri komik US juga menghadapi situasi yang sama. Dari era silver age (60an-70an) golden age (70an-80an) sehinggalah ke zaman merundum (90an hingga ke alaf baru) sebelum ia kembali pulih kini. Jadi kenapa pihak penggiat industri komik di Malaysia tak berusaha melakukan perkara yang sama. Kita berkerjasama antara satu sama lain, membantu satu sama lain dalam kembali mendirikan industri ini. Aku melihat industri animasi semakin dikuasai orang Cina. Maka kenapa tidak kita menguasai industri komik tempatan? 
 
Nota: Segala cover komik yang dipaparkan di ambil dari laman sesawang rakan-rakan cyber. Admin ingin memaklumkan ia tidak digunakan bagi tujuan keuntungan sebaliknya bertujuan untuk menggalakkan kembali industri komik Malaysia. Terima kasih.  


11 comments:

  1. huhuhuhu kat mana saya leh dapat komik2x clasic tu........ tringin nk wat koleksi....

    ReplyDelete
  2. urban comics adalah komik serius Malaysia yang terbaik setakat ini namun malangnya x bertahan... hmmm... sempat gak collect urban comics ni sampai edisi last.. harap2 urban comics bleh muncul semula....

    ReplyDelete
  3. malaysia perlukan komik berat. di samping nilai2 estetika yg diterapkan dgn mantap. stroke dan colouring yg power. mcm enki bilal, moebius.

    ReplyDelete
  4. aku pun sayangkan industri komik kita bro. tapi tu lah, ada mata, ada telinga, boleh tengok scene sekarang camne. hidup segan mati xmau. aku sendiri pun xtahu mana silap. kegauman terhadap2 komik2 luar patutnya dibantu dengan berusaha untuk memajukan industri komik kita. aku ada passion yg tinggi untuk buat komik, tapi takut tengok kadaan industri komik kita sekarang. hmm xsampai lg kot industri.

    ReplyDelete
  5. Saya membesar dengan komik komik Melayu seperti di atas. Apatah lagi dulu komik komik tersebut boleh di dapati dari dalam jajan semurah lima puluh sen. Buku komiknya kecil dan mudah disimpan.

    Betul betul, kita perlu kembalikan kegemilangan komik kita sendiri. Saya sedang berusaha ke arah itu. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...yg dalam jajan bersaiz kecil tu..adalah cetak rompak punya. Komik melayu yg asal dalam saiz A4

      Delete
    2. ..saiz kecil dalam jajan tu..komik cetak rompak. Saiz yg asalnya ialah A4

      Delete
    3. ..saiz kecil dalam jajan tu..komik cetak rompak. Saiz yg asalnya ialah A4

      Delete
  6. Kamu tau judulnya ga? Waktu saya kecil, ada I Penjual komik melayu. Ukuran komiknya seperti majalah, banyak action martial art, tentang pencarian pembuat ubat penawar. Intinya obat itu sakti banget, mereka semua berebut mencari pembuatnya. Thanks

    ReplyDelete
  7. Dapat menyimpan koleksi komik lama era 70an dan.lebih cantik lagi era 80an dah menjadi satu lagenda. Paling mahal teman pernah lepas atau jualkan senaskah komik lama berharga 60sen atau 70 sen dgn harga Rm60. Laku macam pisang goreng panas...berebut nak beli. Errr..tapi teman lepaskan yg teman tak berapa minat isunya...yg minat...owhhh tidak...ia telah menjadi harta negara yg sungguh mahal. Mau akan datang satu naskah komik era 80an contoh terbitan mediaseni teman jual Rm200 satu naskah..merepek? Tak mustahil..i dh jadi lagenda...memilikinya seperti suatu kepuasan dan kebanggaan. Dari 50 buah naskah komik lama...25 buah telah teman lepaskan. Tinggallah selebihnya yg paling super rare..dan lukisan yg paling cun dan plot cerita paling menarik. Kih3x...

    ReplyDelete
  8. Admin tumpang iklan, TQ
    UPDATE !!!
    14 OGOS 2017,
    Hai Semua disini ada tempat baru untuk download komik ! Di blog ini dihimpunkan segala jenis KOMIK2 MALAYSIA, HONGKONG,dan JAPAN( TERJEMAHAN MALAY) dari blog2 & website2 lain. Perbezaan blog ini dengan blog lain ialah korang semua boleh download segaligus komik tersebut (Kompilasi). Saya akan update komik dari semasa ke semasa kalau banyak sambutan.TQ.

    ANTARA KOMIK2 YG ADA IALAH KOMIK2 LAGEND SEPERTI :
    ALAM PERWIRA
    RAJA RIMBA
    PEDANG SETIAWAN
    DEWATA RAYA
    JENGKING MERAH
    LINGKARAN TERKUNCIPEDANG SETIAWAN
    PENDEKAR LAUT ALL GENERATIONS
    JENGKING MERAH
    PENDEKAR SAKTI
    UNDER 18 COMPLETE SET
    KIJIYA
    LAWAK KAMPUS
    DAN BANYAK LAGI KOMIK2 LAGEND DAN NOLSTALGIA YG LAIN, JADI JEMPUT DATANG DAN LAYARI BLOG NI YER.

    SEMUA DI ATAS ADALAH COMPLETE SET DARI AWAL SAMPAI TAMAT MELAINKAN KIJIYA DAN LAWAK KAMPUS STILL (ON GOING) ps: dalam proses merembat..


    http://pencurikomikmalaysia.blogspot.kr/

    ReplyDelete