Pra tempahan untuk novel JEMBALANG SAKONG dibuka.
Tarikh tempahan bermula dari 20 February hingga 20 Mac 2023.
Penulis: KHAIRUL NIZAM KHAIRANI
Penerbit: Menara Seni
Halaman: 444 mukasurat
Harga: RM 32.00
Postage: RM 8.00 (Semenanjung) RM 14.00 (Sabah/Sarawak)
Pada yang berminat menerokai misteri JEMBALANG SAKONG, boleh membuat tempahan melalui aplikasi What’sApp yang tertera di bawah:
https://wa.me/60123948527?text=
Sinopsis:
Mahluknya
kurus dan tinggi. Tingginya melampaui manusia biasa. Memiliki sepasang sayap.
Sentiasa membawa sebilah pisau dan sebatang kayu pancang yang lebih panjang
dari ketinggian tubuhnya. Setiap kali ia muncul, ia akan menghasilkan satu
bunyi nyaring bersahut-sahutan.
-
Pakcik Subari
Jembalang
Sakong, mahluk mitos yang menjadi buah mulut penduduk daerah Sakong sejak
berdekad lamanya. Kemunculannya sering dikaitkan dengan amaran kononnya akan
ada malapetaka akan berlaku.
Setelah terlihat kelibat
mahluk aneh sewaktu melakukan operasi di Hutan Sakong, Harun dan sepasukan
Polis Hutan telah diserang hendap pengganas komunis dan hanya Harun yang
terselamat. Setelah pulang ke pangkuan keluarganya, Harun terus diburu jelmaan
mahluk aneh itu yang dia percaya adalah Jembalang Sakong. Bimbang keselamatan
keluarganya terancam dek mahluk mistikal itu, Harun mengambil keputusan untuk
kembali ke Hutan Sakong dan hilang tanpa dapat dikesan.
Berdekad kemudian, sewaktu
melalui daerah Sakong, anak Harun iaitu Shakir terlihat kelibat mahluk bersayap
yang menyebabkan dia mengalami kemalangan jalanraya dan mengakibatkan dia koma.
Setelah tersedar dari koma, Shakir menjadi obses dengan mahluk itu yang dia
percaya adalah Jembalang Sakong, mahluk yang sama yang menjadi misteri
kehilangan ayahnya.
Kerana obsesinya terhadap
Jembalang Sakong, Shakir kembali ke daerah Sakong walaupun ditegah ibunya dan
juga kekasihnya, Intan. Berpandukan pada buku nota yang ditinggalkan ayahnya, Shakir
cuba merungkai misteri Jembalang Sakong dan kaitan mahluk mitos itu dengan
misteri kehilangan ayahnya. Namun rahsia yang dibongkar mungkin tidak mampu
dihadapinya.