Friday 4 March 2011

Anarkis



Sejahteralah ke atas kamu! Kali ini aku nak posting novel kedua aku, Anarkis. Novel ni aku mula tulis sebaik aku habis menulis novel Kudeta pada tahun 2006. Ia apa yang dipanggil retrospektif di mana aku menulis insiden yang berlaku sebelum kejadian dalam manuskrip Kudeta. Tujuan asalnya ialah bagi menjelaskan asal-usul watak Awai Anak Gamung pada pembaca (yang kau sedari merupakan watak yang lebih menarik berbanding watak utamanya, Arman Ghanni). Jadi aku mula menggarap kisah yang berinspirasikan pada sebuah filem yang aku tonton iaitu 'Behind Enemy Line' lakonan Owen Wilson dan Gene Hackman (2002) yang berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Bosnia.

Tapi kegagalan manuskrip Kudeta untuk diterbitkan membuatkan aku menyiapkan manuskrip ini separuh jalan dan aku 'bercuti' dari menulis hampir dua tahun sebelum manuskrip Kudeta diterima untuk diterbitkan oleh PTS Fortuna (makasey!!! Fortuna) yang telah merenjat kembali semangat aku untuk kembali menulis. Dan Anarkis kembali aku sambung penulisannya. Tajuk asal Anarkis (macam tak percaya aku nak letak tajuk ni) ialah 'Badai Dosa Semalam'. Namun pesanan editor kalau nak pilih tajuk novel thriller biarlah yang menangkap perhatian pembaca yang lalu di rak kedai buku. Akhirnya Anarkis aku siapkan pada 2009 dan diterbitkan pada 2010.

Ada pembaca kata buku ni ada influence Rambo dan Shooter. Memang betul malah aku juga inspired dengan filem Hunted lakonan Benicio Del Toro dan Tommy Lee Jones. Syukur pada Allah buku ini juga menerima feedback yang positif dari para pembaca namun seperti juga Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks, jualannya masih menyedihkan (bukan semua buku yang laku, berkualiti dan bukan semua buku berkualiti, laku). Tapi berjuang tetap berjuang. Menulis tetap diteruskan. Sekarang ni aku tengah sibuk menyiapkan manuskrip terkini sebelum aku hantar pada penerbit. Sama seperti Kudeta dan Anarkis, ia masih bergenrekan military thriller berlatar belakangkan pergolakan di Afghanistan dan operasi 'Rendition' iaitu tindakan menculik suspek oleh badan perisikan AS dan dibawa ke negara ketiga bagi tujuan soal-siasat. Tajuknya (yang tak pasti jika penerbit nak terima ke tidak) ialah Bidak Patriot. Tapi aku posting akan perkembangan manuskrip ni lain kali lah.

That's it dude. I'm out of here! SALAAMMM!!! 

4 comments:

  1. Pergh! Aku suka Anarkis! Di antara novel debar berkualiti yang segar dari ladang Malaysia. Ya, Kita ketandusan novel-novel genre debar-kententeraan. Boleh dibilang dengan jari berapa yang ada. Apa-apa pun teruskan semangat untuk menulis. Bidak Patriot ku bilang harinya. Nama tu pun sudah kukira menangkap! Harapnya nanti rekabentuk kulit novelnya pun cun gila macam namanya.

    ReplyDelete
  2. Mananya sambungan anarkis ni?ada k tak ada?

    ReplyDelete
  3. Seronok baca anarkis..anarkis: bangkit bila nak publish?

    ReplyDelete