Saturday 19 March 2011

Bidak Patriot

Aku tengah galak menyiapkan manuskrip terkini bertajuk Bidak Patriot. Sebenarnya manuskrip dah pun siap cuma dalam peringkat pembacaan semula bagi tujuan penambah-baikan. Sewaktu gambar ni di ambil, aku sedang membaca manuskrip buat kali ke-3. Biasanya aku akan ulang membaca sebanyak 4 kali sebelum aku boleh betul-betul puashati dengan manuskrip tersebut dan dihantar kepada syarikat penerbitan.

Bidak Patriot berkisar pada beberapa watak utama. Grace Sullivan; Pemangku Ketua Turus Kakitangan Pentadbiran rumah Putih. Staff Sjn. Mike Harris; ketua skuad pasukan khas Delta Force yang dikerah ke Afghanistan. Arman Ghanni; jutawan Malaysia yang diculik pihak perisikan Amerika Syarikat kerana disyaki terlibat dengan pergerakan pengganas. Awai Anak Gamung; ketua bahagian keselamatan syarikat milik Arman Ghanni yang berusaha menjejaki dan menyelamatkan majikannya.

Ia berlatarbelakangkan Afghanistan, Malaysia dan Mesir. Setebal 750 mukasurat (manuskrip paling tebal pernah aku tulis). Lebih 10 buah buku dan berpuluh-puluh artikel dari majalah, suratkhabar dan internet aku jadikan rujukan dalam usaha untuk menghasilkan manuskrip ini. Aku menjangkakan jika ia diterima oleh pihak penerbitan, ia mungkin akan memasuki pasaran pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    Saudara Khairul Nizam masih mengekalkan watak Awai Gamung dan Arman Ghanni dalam manuskrip terbaru? Sangat mengujakan... Tak sabar nak 'bertemu' lagi dengan mereka. Keep up the good work!

    ReplyDelete