Tuesday 2 August 2011

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan pada semua yang beragama Islam. Aku biasanya takda azam pada tahun baru tapi azam bulan Ramadhan adalah. Azam aku Ramadhan tahun ialah untuk mencukupkan sembahyang terawih aku 30 hari dan mendirikan solat sunat tahajud pada 10 malam terakhir Ramadhan (nak kejar lailatul Qadar la ni). Sebab sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku dah mula lompang-lompang menunaikan solat terawih apatah lagi bangun malam sembahyang sunat 10 malam terakhir Ramadhan. Betullah orang cakap, kalau hidup dah selesa sikit mulalah jauh diri dari Tuhan. Tapi itu azam bulan Ramadhan aku tahun ni.

Sebenarnya semasa aku posting ni, aku baru saja hantar manuskrip Bidak Patriot kepada publisher. Bayangkanlah, aku plan nak hantar bulan 5 itu ari melajak sampai sekarang. Semuanya gara-gara perkembangan terkini yang berlaku. Kematian Osama Bin Laden, kebangkitan rakyat di negara-negara Islam dan dah tentu suasana terkini di Mesir memandangkan Bidak Patriot turut berlatar belakangkan Mesir. Jadi terpaksalah aku revise balik manuskrip berkali-kali. Sudah 8 kali aku ulang membaca manuskrip ni dan akhirnya siap juga dan aku hantar dengan segera. Based pada pengalaman aku, sekiranya manuskrip ini diterima kemungkinan ia akan memakan masa 8 ke 9 bulan untuk masuk pasaran. Bererti ia akan menemui pembaca pada tahun hadapan.

Namun sebenarnya aku sudah pun menghantar satu manuskrip bergenre Sci-Fi pada bulan 4 yang lalu. Kemungkinan akan memasuki pasaran pada penghujung tahun. Tajuknya (sekiranya publisher tak tukar) ialah Perisai. Ia ada pengaruh manga Jepun Guyver dan Karas serta komik US Weapon Zero dan Ash. Bolehlah dianggap sebagai appetizer sebelum pembaca menikmati main course iaitu Bidak Patriot.

Jadi aku berharap bagi para pembaca yang bagi feedback menyatakan tak sabar tunggu buku aku, aku berharap sabarlah menanti. Dan sebelum aku terlupa, terima kasih diatas sokongan engkorang.

Jadi apa projek aku selepas ini? Sebenarnya aku merancang untuk menulis manuskrip berkisar kapal selam. Aku dah lebih setahun buat kajian berkaitan Kapal selam. Jenuh betul kerana susah jugak nak buat kajian benda yang complicated ni. Jadi aku masih membuat kajian. Jadi buat sementara ini aku cuba menyiapkan manuskrip bergenre fantasi yang dah lama aku tulis tapi tak siap-siap bertajuk Amarian. Aku start tulis cerita pada tahun 2001. Masa tu Lord of the Ring tengah hangat di pawagam. Memandangkan The Hobbits bakal keluar di pawagam tahun hadapan maka sesuai sangatlah aku menyiapkan manuskrip ini. Its mainly story about warrior minus the monster. But I can guarantee it will be exciting. Kemungkinan ia akan displit kepada 2 part memandangkan ia berbentuk epik. Jika aku berjaya siapkan dipenghujung tahun ini maka ia mungkin keluar pasaran ngam-ngam sewaktu The Hobbits keluar pawagam. Strategi tu!

Anyway selamat berpuasa aku ucapkan kepada Torpedo, Miesc, Hidetoshi dan Ghanz.

SALLAAMMMM!!!!!

1 comment: