Saturday 19 March 2011

Bidak Patriot

Aku tengah galak menyiapkan manuskrip terkini bertajuk Bidak Patriot. Sebenarnya manuskrip dah pun siap cuma dalam peringkat pembacaan semula bagi tujuan penambah-baikan. Sewaktu gambar ni di ambil, aku sedang membaca manuskrip buat kali ke-3. Biasanya aku akan ulang membaca sebanyak 4 kali sebelum aku boleh betul-betul puashati dengan manuskrip tersebut dan dihantar kepada syarikat penerbitan.

Bidak Patriot berkisar pada beberapa watak utama. Grace Sullivan; Pemangku Ketua Turus Kakitangan Pentadbiran rumah Putih. Staff Sjn. Mike Harris; ketua skuad pasukan khas Delta Force yang dikerah ke Afghanistan. Arman Ghanni; jutawan Malaysia yang diculik pihak perisikan Amerika Syarikat kerana disyaki terlibat dengan pergerakan pengganas. Awai Anak Gamung; ketua bahagian keselamatan syarikat milik Arman Ghanni yang berusaha menjejaki dan menyelamatkan majikannya.

Ia berlatarbelakangkan Afghanistan, Malaysia dan Mesir. Setebal 750 mukasurat (manuskrip paling tebal pernah aku tulis). Lebih 10 buah buku dan berpuluh-puluh artikel dari majalah, suratkhabar dan internet aku jadikan rujukan dalam usaha untuk menghasilkan manuskrip ini. Aku menjangkakan jika ia diterima oleh pihak penerbitan, ia mungkin akan memasuki pasaran pada penghujung tahun 2011 atau awal 2012.

The Shark Mutiny


The Shark Mutiny – Patrick Robinson
China secara rahsia telah membekalkan periuk api kepada Iran untuk diletakkan di Selat Hormuz bagi menyukarkan kapal-kapal dagang melalui selat tersebut dengan tujuan agar harga minyak di pasaran dunia melambung naik apabila kapal-kapal dagang asing yang membawa bekalan minyak ke barat terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh bagi menghantar bekalan minyak dunia.
Amerika yang dapat menghidu konspirasi dua buah negara ini bertindak menghantar kapal selam nuklear USS Shark beserta sekumpulan pasukan khas Navy SEAL bagi menghalang usaha Iran dan China. Namun objektif sebenar China bukanlah Selat Hormuz sebaliknya Taiwan. Sebaik Amerika Syarikat mengalihkan tumpuan ke Selat Hormuz, China melancarkan serangan ke atas Taiwan.
Buku ni okey tetapi agak menyakitkan hati bila dibaca. Ia menggambarkan superiority Amerika Syarikat sebagai polis dunia di mana setiap tindakan mereka (kononnya) adalah berlandaskan kebenaran dan tindakan mereka tepat walaupun mereka menyebabkan kematian orang awam. Dalam buku ni juga digambarkan bagaimana Taiwan tumbang dan akhirnya dikuasai oleh China. Bahagian ini merupakan bahagian kegemaran aku kerana penulis menggambarkannya secara teknikal bagaimana kedua-dua buah negara bertembung menghadapi serangan di antara satu sama lain. Strategi, peralatan persenjataan serta taktikal serangan dan pertahanan.
Tapi perkara yang sama tidak berlaku sewaktu penulis menceritakan keadaan berkaitan kapal selam USS Shark. Ia lebih emosional. Pegawai laksana (XO) USS Shark, Lt. Kom. Dan Headley dan ketua pasukan SEAL, Kom. Rick Hunter merupakan teman rapat sejak kecil dan kini mereka terlibat dalam satu operasi rahsia bersama. Laksmana USS Shark, Kom. Donald Reid adalah seorang yang mengalami gangguan mental dan telah membuat beberapa keputusan yang salah sehingga menyebabkan kematian beberapa orang anggota SEAL. Menyedari perkara tersebut, Lt. Kom. Headley telah bertindak merampas kuasa sebagai komander kepada USS Shark. (di sinilah siknifikannya tajuk Mutiny Shark).
Over all, novel ni aku bagi 3 setengah bintang dari 5 bintang namun bukan novel kegemaran aku untuk diulang baca.

The Chosen One


The Chosen One – Sam Bourne
Maggie Costello ialah seorang penasihat politik yang telah membantu Presiden Stephen Baker memenangi kerusi presiden di Rumah Putih. Pada Maggie Costello, Presiden Stephen Baker adalah seorang yang sangat ideal untuk menjadi presiden negara kuasa besar dunia itu kerana dia merupakan seorang yang berintegriti, jujur serta amanah.
Tapi muncul seorang lelaki bernama Vic Forbes yang mengugut mahu menyebarkan rahsia silam Presiden Stephen Baker yang bakal menghancurkan karier politiknya. Namun tanpa disangka-sangka Vic Forbes ditemui mati dibunuh. Di atas permintaan peribadi Presiden Baker meminta Maggie Costello menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku. Dalam siasatannya, Maggie Costello mendapat tahu rahsia yang mahu disebarkan Forbes iaitu kematian misteri seorang wanita dalam kebakaran di sebuah hotel di mana pada ketika itu, Presiden Baker (yang masih menuntut di kolej) dilihat meninggalkan hotel berkenaan.
Costello mula meragui keperibadian Presiden Baker. Namun Costello menemui perkara yang lebih besar dari itu. Dia mendapati terdapat satu organisasi yang telah membantu Presiden Baker dari terjerat dalam sebarang permasalahan. Organisasi ini bertanggungjawab membentuk dan mensiap-siagakan Presiden Baker malah menyusun perancangan bagi membolehkan Presiden Baker menduduki kerusi presiden demi kepentingan mereka. Dan apabila mereka menyedari yang Costello telah berjaya menghidu kewujudan mereka, dia kini menjadi buruan.
Cerita ni lebih kurang macam filem The Adjustment Bureau minus sains fiksyen. Tapi ini bukanlah idea yang original. Aku ada baca buku dan tonton filem dengan idea yang hampir sama jadi jalan cerita novel ini sudah boleh dapat dijangka tapi masih menarik untuk dibaca.
Secara keseluruhannya aku beri buku ni 3 setengah bintang dari 5 bintang.

Friday 4 March 2011

Anarkis



Sejahteralah ke atas kamu! Kali ini aku nak posting novel kedua aku, Anarkis. Novel ni aku mula tulis sebaik aku habis menulis novel Kudeta pada tahun 2006. Ia apa yang dipanggil retrospektif di mana aku menulis insiden yang berlaku sebelum kejadian dalam manuskrip Kudeta. Tujuan asalnya ialah bagi menjelaskan asal-usul watak Awai Anak Gamung pada pembaca (yang kau sedari merupakan watak yang lebih menarik berbanding watak utamanya, Arman Ghanni). Jadi aku mula menggarap kisah yang berinspirasikan pada sebuah filem yang aku tonton iaitu 'Behind Enemy Line' lakonan Owen Wilson dan Gene Hackman (2002) yang berlatar belakangkan konflik yang berlaku di Bosnia.

Tapi kegagalan manuskrip Kudeta untuk diterbitkan membuatkan aku menyiapkan manuskrip ini separuh jalan dan aku 'bercuti' dari menulis hampir dua tahun sebelum manuskrip Kudeta diterima untuk diterbitkan oleh PTS Fortuna (makasey!!! Fortuna) yang telah merenjat kembali semangat aku untuk kembali menulis. Dan Anarkis kembali aku sambung penulisannya. Tajuk asal Anarkis (macam tak percaya aku nak letak tajuk ni) ialah 'Badai Dosa Semalam'. Namun pesanan editor kalau nak pilih tajuk novel thriller biarlah yang menangkap perhatian pembaca yang lalu di rak kedai buku. Akhirnya Anarkis aku siapkan pada 2009 dan diterbitkan pada 2010.

Ada pembaca kata buku ni ada influence Rambo dan Shooter. Memang betul malah aku juga inspired dengan filem Hunted lakonan Benicio Del Toro dan Tommy Lee Jones. Syukur pada Allah buku ini juga menerima feedback yang positif dari para pembaca namun seperti juga Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks, jualannya masih menyedihkan (bukan semua buku yang laku, berkualiti dan bukan semua buku berkualiti, laku). Tapi berjuang tetap berjuang. Menulis tetap diteruskan. Sekarang ni aku tengah sibuk menyiapkan manuskrip terkini sebelum aku hantar pada penerbit. Sama seperti Kudeta dan Anarkis, ia masih bergenrekan military thriller berlatar belakangkan pergolakan di Afghanistan dan operasi 'Rendition' iaitu tindakan menculik suspek oleh badan perisikan AS dan dibawa ke negara ketiga bagi tujuan soal-siasat. Tajuknya (yang tak pasti jika penerbit nak terima ke tidak) ialah Bidak Patriot. Tapi aku posting akan perkembangan manuskrip ni lain kali lah.

That's it dude. I'm out of here! SALAAMMM!!! 

Kudeta Intro & Kudeta Klimaks


Salam sejahtera pada sesiapa yang melawat blog ini. Ini merupakan posting pertama aku. Jadi posting pertama aku ialah berkaitan novel pertama (dan kedua) aku iaitu Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang telah diterbitkan oleh PTS Fortuna pada tahu 2009 setelah sembilan tahun aku struggle menghasilkan berpuluh manuskrip dan menghantar ke pelbagai syarikat penerbitan dan setelah puas di 'reject' dan di 'reject' dan di 'reject' akhirnya ada juga syarikat penerbitan yang sudi menerbitkan manuskrip aku. Terima kasih kepada PTS Fortuna dan juga editor pada ketika itu iaitu Nazri M. Annuar (Penulis novel Karipap-Karipap Cinta yang bakal difilemkan).

Kudeta Intro dan Klimaks ini siap pada tahun 2006 sebagai sebuah manuskrip dengan tajuk asal 'Sasaran Samar' namun di atas nasihat penerbit, ia ditukar nama dan dibahagi kepada dua bahagian iaitu Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks. Kisahnya berinspirasikan pada sebuah artikel yang aku baca di sebuah majalah berkenaan perjuangan kumpulan penuntut kemerdekaan di Mindanao, Filipina. Dari situ aku mula membuat kajian secara terperinci berkaitan situasi di wilayah yang bergolak itu sehingga terhasilah Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks.

Sebenarnya ini adalah manuskrip pertama yang aku tulis bergenrekan military thriller (walaupun aku memang huge fan of Tom Clancy) kerana manuskrip-manuskrip aku sebelum ini semuanya bergenrekan Sai-fai dan fantasi. Walaupun jualannya tidak memberangsangkan namun feedback yang aku terima dari pembaca agak positif dan yang paling penting aku masih belum menerima krtitikan yang menyatakan novel ini sebagai sebuah novel yang tidak berkualiti, itu yang penting pada aku. Kualiti! Tidak semua buku yang laku itu berkualiti dan tidak semua buku yang berkualiti itu laku. Dan aku bersyukur yang buku aku termasuk dalam kategori buku yang berkualiti walaupun tidak laku (walalupun aku berharap suatu hari nanti buku aku akan jadi macam buku-buku Remlee Awang Murshid, amin!).

That's it dude, That's all for my first posting. SALAAAMMM!