Wednesday 29 January 2014

TENTERA MARIN MALAYSIA

 

Sejak ada facebook ni dah jadi malas nak post kat blog ni. Tapi aku paksakan juga diri ini untuk meneruskan hayat blog ini. Anyway ini first post aku pada tahun 2014 ini. hope it'll be agood year for me. Beberapa bulan yang lepas (entah secara kebetulan atau ditakdirkan) ramai orang bertanya kenapa Malaysia tidak memiliki pasukan tentera marin macam Indonesia, Thailand dan Filipina. Aku sempat explained sedikit sebanyak apa itu tentera marin dan kenapa Malaysia tak memiliki pasukan tentera marin. Tup-tup Hishamudin announce yang Malaysia akan menubuhkan pasukan marin. Dan aku menarik nafas lega. Nampaknya ada hikmah di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu. Walaupun Hishamudin menyatakan memang sudah ada dalam perancangan ATM hasrat mahu menubuhkan pasukan marin sebelum insiden Lahad Datu lagi namun insiden itu membuatkan ATM dan kerajaan Malaysia lebih jitu dalam membuat keputusan menubuhkan pasukan marin malah telah mempercepatkan usaha itu. Aku sudah nyatakan dalam post aku yang lalu yang kerajaan Malaysia telah mengecilkan saiz infantri ATM kerana merasakan tidak ada keperluan memiliki ketumbukan tentera yang besar.



Kalau tanya aku, penubuhan pasukan tentera marin Malaysia is long overdue. Patut kita sudah menubuhkan pasukan ni lama dulu dah. Tapi resmi kita orang Melayu ni, dah terhantuk baru nak tengadah. Dah kena serang, dah ada yang mati, baru terhegeh-hegeh nak buat itu dan ini. Kalau tak, tak sudah-sudah dengan peruntukan ekonomi diberi perhatian utama! Bukanlah mengukuhkan ekonomi tu tak penting cuma aku berharap kerajaan lebih bijak dalam membangunkan semua sektor secara adil. Ahh...kalau tak salurkan peruntukan ke sektor pertahanan pun, duit hilang juga (Wink! Wink!). Yalah, takkan Nora Danish nak duduk rumah murah-murah je kan? Manalah pulak aku dah melalut ni. Anyway berita penubuhan pasukan marin ini dinyatakan dalam suasana yang agak kurang digembar-gemburkan. Siapa yang tak minat bidang pertahanan maka tak tahu pun berita ni. Tak macam cerita nak beli jet pejuang, cerita nak bina LCS, cerita pembangunan PARS AV8 yang begitu hebat diperkatakan. Aku rasa Malaysia tidak begitu mengwar-warkan berita ini kerana penubuhan pasukan tentera marin akan menimbulkan rasa kurang senang dan rasa bimbang di kalangan negara jiran.



Sebenarnya berita penubuhan pasukan marin ni juga mendapat perhatian rakan-rakan seberang laut dalam cyber world. Maka banyaklah komen nakal yang mereka lontarkan. Of course banyak yang memperlekehkan kita. But it's OK. Biar lambat asal jadi. Jangan tak buat langsung. Namun sebenarnya penubuhan pasukan marin ni juga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. Menurut info tak rasmi, kemungkinan pangkalan baru TLDM akan di bina di Bintulu dan ia mungkin menjadi base pasukan marin. Penumpuan ATM pada ancaman di Laut China Selatan serta penubuhan ESSCOM nyata membuatkan kening China ternaik. Apatah lagi bila Malaysia memilih untuk meminta bantuan United State Marine Corps (USMC) dalam usaha membangunkan pasukan marin itu nanti. Malaysia boleh mendapatkan kepakaran dari negara lain. Dan sebahagian besar pasukan khas serta ketumbukan tentera Malaysia sebenarnya berteraskan pasukan tentera British namun memilih Amerika untuk membantu membangunkan pasukan ini. China tidak boleh menyatakan sebarang rasa tak puashati namun memerhatikan dengan penuh minat perkembangan ini. Malah dalam lawatan presiden China ke Malaysia, Xin Jin Ping menyatakan persetujuan agar pasukan tentera China PLA (People Liberation Army) mengadakan latihan dan eksesais ketenteraan bersama dengan ATM. Which is weird if i may say so. But i guest for China, keep your friend close but keep your enemy closer!



AS pula mengalu-alukan hasrat Malaysia. Malah sudah membuat beberapa tawaran. Sebenarnya Pentagon mempunyai peraturan ketat bagi pertukaran latihan, kemahiran, pengetahuan serta saluran bantuan berbentuk ketenteraan di antara AS dengan negara bukan sekutu. Namun entah kenapa, dalam hal ini ia dikecualikan. Kemungkinan besar berkaitan dengan kebimbangan AS akan usaha China menaikkan kemampuan armada tentera laut China. Malah AS yang tahu Malaysia terpaksa membekukan perancangan pembelian kapal LPD (Landing Platform/Dock) bagi menggantikan KD Inderapura yang terbakar telah menawarkan kapal USS Denver yang bakal ditamatkan perkhidmatannya pada 2014. Walaupun USS Denver adalah sebuah kapal yang tua (ditauliahkan pada tahun 1964) namun ia masih berkemampuan menggalas tugas sebagai kapal dengan tugasan amfibious khusus bagi kegunaan pasukan marin sebelum negara berkemampuan membeli sebuah kapal yang baru. Selain dari itu AS juga sudi 'menyedekahkan' beberapa unit AAV-7A1 (Assault Amphibious Vehicle) selain beberapa peralatan infantri seperti NVG dan dan sight optic device selain kenderaan anti periuk api dimana kesemua peralatan ini digunakan oleh tentera AS di Afghanistan (benda sedekah). USMC juga bersetuju untuk melatih dan membantu pembentukan pasukan marin Malaysia. Nampak macam ikhlas, ya tak? Tapi sempat juga AS ambil kesempatan bila menawarkan pesawat AH-1Z super Cobra pada ATM. Jika Malaysia bersetuju membeli Cobra, Malaysia adalah negara bukan bersekutu Amerika pertama yang memilik pesawat ini. But than again, ATM menolak untuk membeli Apache, jadi apa hal nak beli Cobra dengan kemampuan yang lebih rendah? Umum mengetahui pilihan utama ATM sebenarnya adalah Eurocopter Tigre. America being America, sentiasa mencari peluang.
 

 
USS Denver

AAV-7A1
 

AH-1Z Super Cobra

Kini persoalannya berapa besarkah saiz batalion marin ini nanti? Hishamudin maklumkan, diperingkat awal, salah satu batalion dari Briged Para ke 10 akan ditarik memandangkan ada di antara mereka telah menerima latihan dan memiliki kemahiran sebagai sebuah pasukan marin. Malah ia terbukti apabila mereka terlibat dalam eksesais CARAT bersama pasukan USMC. Dan pencapaian mereka mendapat pujian komander USMC biar pun menyedari mereka bukanlah tentera marin. Kalau hendak diikutkan saiz USMC, aku tak rasa Malaysia berkemampuan. USMC sangat besar saiznya sehingga ia diasingkan dari entiti US Army, Navy dan Airforce. USMC walaupun sering dianggap dianaktirikan namun kekuatan mereka secara kendiri mampu untuk menumbangkan sebuah negara kecil secara bersendirian. Ini kerana USMC memiliki kelengkapan persenjataan sendiri tanpa perlu bergantung pada cabang ketenteraan yang lain. USMC memiliki kenderaan kebal M-1 Abramm sendiri, kapal LDP sendiri, malah pesawat Cobra dan F-18 sendiri. Dan di masa hadapan mereka juga bakal memiliki pesawat F-35. Malaysia tidak mampu untuk membina kekuatan pasukan marin sedemikian rupa. Sekurang-kurang tidak dalam masa yang terdekat. Keperluan memiliki aset yang kritikal seperti pesawat menggantikan MiG-29 dan kapal LDP menggantikan KD Inderapura serta pesawat AEWC pun terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan jadi adalah amat mustahil pasukan marin berjaya diwujudkan dalam keadaan lengkap dalam masa terdekat. Ada pendapat mengatakan pasukan marin ini akan berasaskan pasukan Singapore Guards atau 2nd Battalion Royal Australian Regiment. Namun aku tidak begitu menyokong pendapat ini. Berkaitan pasukan Singapore Guards, biar pun ia dianggap pasukan elit dan dilatih secara intensif dalam taktik peperangan amfibious dan berkemampuan melaksanakan tugasan seperti pasukan marin namun peranan mereka boleh dikatakan lebih berat ke arah pertempuran urban (Urban Combat). Sementara itu pasukan 2nd RAR pula baru saja diisytiharkan akan ditransformasi menjadi pasukan amfibious dalam tentera darat Australia. Bererti 2nd RAR tidak berpengalaman beroperasi sebagai sebuah pasukan dengan kemampuan amfibious secara mutlak. Apa guna ATM menubuhkan sebuah pasukan baru kalau tugas-tugas di atas dan peranan serta saiz mereka hampir sama dengan pasukan Briged Para.
 

M-1 Abrams
 
10 Briged Para menjalani eksesais CARAT bersama USMC

Aku percaya pasukan marin itu nanti akan hanya memiliki kemampuan asas. Mungkin tak jauh bezanya dengan kemampuan tentera marin Filipina. Mungkin berbeza dari jumlah kuantiti anggota infantri kerana usia tentera marin Malaysia yang muda. Namun dari segi aset, keperluan asas seperti kenderaan perisai amfibious (AAV) mungkin diperlukan. Dan kita tahu projek PARS AV8 yang dalam pembinaan memiliki kemampuan amfibious. Sementara keperluan pesawat udara akan disokong PUTD (light assault & recon helicopter) dan TUDM (Helikopter utiliti, pesawat pejuang atau kargo). Sementara keperluan kapal LDP akan disokong TLDM dan kalau diperlukan, sokongan kereta kebal akan disalurkan oleh tentera darat. Tentera marin Filipina walaupun memiliki ketumbukan infantri yang besar (30,000) termasuk pasukan elit mereka, Marine Force Recon namun ia boleh dikatakan dalam keadaan serba kekurangan. Dari persenjataannya yang agak tua dan usang sehinggalah asetnya yang ala kadar saja biar pun tentera marin Filipina adalah tulang belakang pasukan infantri mereka. Ini tidaklah menghairankan kerana Filipina tidak menitik beratkan kekuatan pertahanan dan ketenteraan sebelum ini. Berbeza dengan Indonesia dan Thailand, pasukan marin mereka boleh dikatakan kukuh. Kedua-duanya selain memiliki aset kenderaan perisai amfibious, ia juga memiliki unit kereta kebal mereka sendiri malah marin Indonesia memiliki sejumlah 90 buah kereta kebal dan beratus-ratus kenderaan perisai pelbagai jenis selain berpuluh-puluh meriam artileri. Seperti juga AS, marin Thailand dan Indonesia adalah entiti yang berasingan dari tentera darat atau tentera laut. Ini menjadikan mereka pasukan kendiri yang ampuh. Memerlukan masa bagi Malaysia mahu menjadikan pasukan marin kukuh seperti itu. Namun satu perkara yang sama dikongsi ketiga-tiga pasukan ini ialah ketiadaan aset flotila dan pesawat udara. Bererti mereka masih memerlukan sokongan tentera laut dan udara mereka kalau sekiranya perlu. Good news to us meaning we are not far behind to catch up.

Tentera Marin Filipina menjalani eksesais PHIBLEX. Di belakangnya adalah AAV-7A1 milik USMC

Kor Marinir Indonesia
 
Namun aset asas seperti kereta perisai, arteleri, bot laju dan kenderaan utiliti masih menjadi satu beban kewangan yang besar. Ini tidak mengambil kira dimana pasukan ini pasti akan dibesarkan saiznya dengan penambahan anggota. Itu juga kos! Jadi seperti yang aku katakan tadi, masih jauh masanya untuk Malaysia melengkapkan pasukan marin ini dengan aset udara dan laut mereka sendiri. Kita tahu pasukan marin ini berfungsi sebagai pasukan yang pakar dalam pertempuran amfibious. Namun dalam era moden, fungsi kebanyakan pasukan marin di dunia adalah sebagai pasukan atur gerak cepat (Rapid Deployment Force). USMC sebagai contohnya, adalah pasukan pertama yang memasuki Iraq kerana batalion USMC sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan mereka ditempatkan secara mobil di atas kapal LDP atau di atas supercarrier di perairan antarabangsa. Apabila diperlukan, mereka boleh dikerahkan serta-merta dan selalunya akan berada di lokasi yang diperlukan dalam tempoh masa yang singkat (selalunya dalam tempoh 48 jam). PAC negara Malaysia di kala ini adalah Briged Para. Rancangan untuk menarik batalion Briged Para bagi menubuhkan pasukan marin menunjukkan kemungkinan pasukan marin ini nanti bakal mengambil alih tugas Briged Para selaku pasukan atur gerak cepat. Malah aku merasakan mungkin pasukan marin ini nanti akan menjadi pasukan berasingan dan tidak berada di bawah tentera darat atau laut. Kalau pun tidak, ia mungkin buat sementara waktu sebelum pasukan marin ini kukuh dan ampuh sehingga mampu untuk berdikari. Ia lebih efisien kerana tentera marin akan hanya memiliki satu objektif sebagai pasukan atur gerak cepat yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga. Kalau sekiranya berlaku sesuatu seperti serangan pihak musuh, pasukan marin akan menjadi penghadang awal bagi memberi masa cabang ATM yang lain menyusun strategi dan kekuatan bagi melumpuhkan kekuatan musuh.

 

Ada pihak menyatakan pasukan marin ini akan bersifat defensif. Aku menyangkal perkara itu. Sebenarnya polisi pertahanan negara kita mungkin sudah tidak lagi berorientasikan defensif mod. Dengan pembelian aset seperti kapal selam dan pesawat MRCA yang memainkan peranan ofensif menunjukkan Malaysia semakin meninggalkan polisi defensif. Besides, the best defence is a good offence. Penempatan pangkalan marin itu di Bintulu juga menyatakan banyak perkara. Ia memberitahu betapa Malaysia memang bimbangkan kebangkitan armada tentera laut China dan keinginan mereka memiliki Laut China Selatan. Selain dari itu sudah tentulah langkah berjaga-jaga akan kemungkinan ancaman dari tentera negara jiran dan ancaman militan. Tindakan Malaysia bersetuju untuk berkerjasama dengan USMC dalam usaha menubuhkan pasukan marin juga adalah cara halus Malaysia menjalinkan hubungan ketenteraan dengan AS dan secara lembut memberitahu China, 'jangan takut, kami takkan menimbulkan masalah pada kamu. Tapi kalau kamu cuba melakukan sesuatu, kami ada sokongan dari Amerika!' Dengan itu hubungan 'baik' Malaysia-China takkan tergugat apatah lagi kedua-dua negara mempunyai hubungan dagang bernilai bilion dollar.
 


Malaysia mahukan LDP kelas Dokdo ini dalam saiz yang lebih kecil
 
Kini timbul pula persoalan kesan dari hubungan yang sangat akrab antara Malaysia dengan AS. Walaupun keputusan masih belum dibuat oleh Malaysia samada mahu menerima atau tidak aset yang disedekah AS namun keperluan ATM dalam memiliki aset bagi melengkapkan pasukan marin ini amat mendesak. Dan tawaran AS amat mengiurkan. Lebih-lebih lagi tawaran pemberian kapal LDP USS Denver. ATM pernah menyatakan minat untuk mendapatkan kapal LDP buatan Korea Kelas Dokdo namun kekangan kewangan menjadikan hasrat itu agak jauh dibawah senarai aset berkeutamaan tinggi. Maksudnya tidak diketahui bilakah perancangan pembelian ini akan direalisasikan. Dan tawaran mendapat kapal percuma memang menggoda. Apatah lagi AS turut menyertakan beberapa aset yang lain. Kurang sedikit beban ATM mahu menubuhkan pasukan marin dalam kondisi yang lengkap. Namun jangan lupa, AS sentiasa ada udang di sebalik batu. Indonesia adalah negara yang berada dalam situasi yang serupa. Mereka telah bersetuju menerima bantuan aset ketenteraan dari AS dengan penerimaan pesawat-pesawat F-16 yang telah disarakan US Airforce. Indonesia juga kini menjalinkan hubungan baik dengan AS melalui latihan kenteraan bersama dan pertukaran maklumat perisikan. Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka mahu pun diakui Indonesia namun mereka sudah boleh dianggap sebagai 'soft ally' pada AS. Dan kita tahu apa nasib sesebuah negara bila menjadi 'soft ally'. Pakistan adalah contoh yang terbaik. AS bertindak sesuka hati tanpa memperdulikan langsung kedaulatan negara tersebut dan Pakistan hanya boleh bertempik tapi tak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terlalu banyak terhutang budi. Sanggupkah Malaysia berada di dalam keadaan seperti itu?

7 comments:

  1. Aku pun kebelakangan ini agak kurang berblog. Sebenarnya ada banyak benda yang aku nak lontarkan kat blog aku tu, tapi situasi hidup aku sekarang ni agak kelam kabut dan membuatkan aku kurang selera sikit nak berblog. Tunggu masa dah kembali stabil baru aku kembali semula. Walaubagaimanapun, bagi aku blog is still the best platform for me to produce article than fb.

    ReplyDelete
  2. apa beza tentera laut dan marin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentera laut ialah anggota yang tugasnya berkaitan dengan flotila (kapal laut) dan pengawasan perairan negara atau dibawah pentadbiran tentera laut (ie. radar pengawasan perairan mahu pun pegawai logistik berkaitan aset milik tentera laut). Kalau pun dia seorang pilot helikopter tapi helikopter itu ditempatkan di atas kapal, dia tetap menjadi anggota tentera laut.
      Tentera marin ialah pasukan infantri, sama seperti tentera darat tapi miliki kemampuan spesifik menyusup masuk atau menyerang kawasan musuh melalui jalan air dan memiliki aset dengan kemampuan amfibous. Aset seperti jet pejuang dan helikopter lebih berbentuk sokongan dan tak semestinya dimiliki tentera marin.

      Delete
  3. Kalau begitu tentera marin ni perlu diletak kan di bawah naungan navy. Dengan nama pasukannya kor marin .supaya mudah di atur gerakkan dengan aset yang tersedia ada. Infantri tentera laut.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bukan LDP tapi yg betul ialah LPD (Landing platform dock). Tdk cukup membangun Marine Corps hanya fokus pda penambahan armoured amphibous vehicle dan kapal LPD, tapi harus ada dukungan nyata dari LCU, LST, LCVP, batalyon artilery dan batalyon attack with Anti-Tank. Patut lah nak belajar kat Korps Marinir(Indonesian marine corps) pasukan marine terkuat dan paling sigap di ASEAN bahkan pasukan tentera nya terbesar di asia tenggara. Dalam melakukan Landing mission dan serbu cepat Korps Marinir di dukung dan di perkuat:
    >5 unit LPD (2 makassar class 2 banjarmassin class, 1 tanjung dalpele class).
    > 22 LST=Landing ship tank (1 Teluk Bintuni class, 5 Teluk Semangka class, 13 Teluk Gilimanuk class, 3 Teluk Langsa class).
    >5 unit Hovercraft 8ton.
    >13 unit LCU=Landing craft utillity (10 LCU 24meter, 3 Dore class).
    > 90 unit LCVP=Landing craft vehicle personnel (14unit MKS 590-1 class, 4unit 520-1 class, 20unit 512-1 class, 28unit 531-1 class, 24unit 501-1 class).
    > 7 unit Troops transport ship (4 Tanjung Kambani class, 3 Karang Pilang class)

    kendaraan tempur:
    Light tank:
    >PT-76B used by the Indonesian Marine Corps. 50 PT-76Bs ordered in 1962 from the Soviet Union and delivered in 1964. 60 PT-76Bs were in service in 1996.At the peak there were 170 PT-76Bs in service. All re-gunned with Cockerill 90mm and received improved fire control system (90 unit active).
    Infantery vighting vehicles(IFV):
    >BMP-3F (54 unit) IFV combat armament 100mm and 30mm gun.
    >AMX-10 PAC 90 with cannon 90mm gun(Light tank) and AMX-10P type APC with RWS 20mm gun (100 unit AMX-10).
    Arnoured Personnel Carrier(APC):
    >BTR-50PK (190 unit)
    >BTR-80A with 20mm RCWS gun (12 unit)
    Amphibious Tracked vehicles:
    >PTS-M support utillity artillery (10s unit)
    >LVT-7A1 (13 unit) and 2015th order 25 unit.
    Multy Launcher Rocket System (MLRS):
    >RM-70 Grad with missile 40-tubes calibre 122mm (9 unit)
    Artillery:
    >LG-1 Mark-I Towed artillery 105mm (20 unit)
    Anti tank grenades:
    >RPG-3 (unknown)
    >RPG-7 (unknown)

    ReplyDelete
  6. List of Active Indonesian Warship, look Ship amphibious navy support indonesian korps marine.
    www.youtube.com/watch?v=aUOUNvMszoI

    ReplyDelete