Sunday, 17 February 2013

Bajet Pertahanan 2013


Apabila diumumkan tiada peruntukan tambahan dalam bajet pertahanan 2013, ramai yang tunding jari menyalahkan Tian Chua, PKR dan Pakatan Rakyat yang suka sangat memfitnah dan memperlekehkan ATM. Aku rasa nak tergelak. Sejak bila Barisan Nasional tunduk pada tekanan Pakatan Rakyat atau PKR apatah lagi Tian Chua? Hanya satu perkataan akan jawapan sebab utama kenapa tiada peruntukan tambahan; PILIHANRAYA! Kadang-kadang aku pelik bila baca blog yang menyatakan mereka patriotik dan tidak mencampur-adukkan pertahanan dan ketenteraan dengan politik. Tapi post mereka menunjukkan sebaliknya. Aku pun kadang-kadang tak puashati cara orang-orang PKR menyindir ATM. Malah aku menyokong sebarang usaha menambah aset, menaiktaraf kemampuan sistem pertahanan dan program pembangunan pertahanan negara. Cuma masalah di sini seperti yang selalu aku nyatakan, adanya pihak yang mengaut untung atas angin. Malah kadang-kadang aku rasa pelik bagaimana golongan ‘patriot’ ini walaupun setelah mengetahui kewujudan ‘orang tengah’ ini, masih lagi mempertahankan sistem yang digelar ‘konsultan’ ini. Kononnya negara lain pun sama guna orang tengah. Kalau takda orang tengah susah hendak mendapatkan peralatan tertentu bagi melengkapkan aset negara atau proses pembelian akan mengalami kesukaran. Negara lain guna orang tengah tapi bayaran yang diterima takdalah sampai 10% dari jumlah urusan jual beli (kadang-kadang konsultan Malaysia dapat lebih tinggi). Seolah-olah mereka tak pernah berusaha untuk buat sedikit research tentang perkara ini. Apabila indeks anti rasuah pertahanan antarabangsa dikeluarkan, Malaysia dikelaskan dalam kumpulan D-. Kelakar bila tengok Zahid Hamidi melompat dan menyerang badan kajian tersebut. Sepatutnya dia ambil ikhtiar bagaimana mahu memperbaiki penilaian ke atas Malaysia agar Malaysia naik setakuk di penilaian akan datang.

Sebenarnya Malaysia tidaklah teruk sangat. Malah aku agak terkejut apabila dapat tahu Singapura dan Thailand hanya dapat D+. Indonesia lagi teruk, E! AS dan UK pun cuma dapat B. Hanya dua buah negara yang dapat A. Australia dan Jerman. Daripada laporan penilaian ke atas Singapura, Malaysia dan Indonesia dapat aku rumuskan begini. Antara Singapura dan Malaysia takda jauh bezanya. Apa yang membuatkan Malaysia dan Singapura mendapat D ialah kerana penyata perbelanjaan, audit serta kelulusan peruntukan kecemasan dirahsiakan. Selain dari itu Singapura dan Malaysia tidak ada apa yang dipanggil Jawatankuasa Khas Pemantau dalam memantau pengaliran wang peruntukan yang dikeluarkan. Bagaimana wang dikeluarkan, untuk apa digunakan dan adakah peruntukan itu digunakan dengan berhemah. Bagi negara macam AS dan UK memang ada Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi memantau peruntukan belanjawan pertahanan dan ketenteraan. Malah ahli jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli parlimen pemerintah dan pembangkang dan juga pakar dalam bidang berkaitan serta pakar undang-undang dan kewangan. Namun apa yang membezakan Singapura dan Malaysia menurut laporan tersebut ialah kurang keberkesanannya SPRM dalam mengambil tindakan atau siasatan sebarang kes berkaitan pertahanan atau bahasa kasarnya SPRM tidak ada taring untuk siasat benda ni. Selain dari itu perlantikan konsesi dan pemberian kontrak dibayangi pengaruh kronisme atau meritokrasi. Sementara laporan Indonesia pula boleh dikatakan amat teruk. Biar pun Indonesia ada jawatankuasa pemantau khas namun pemberian kontrak atau sebarang keputusan berkaitan pembangunan pertahanan dipengaruhi parti pemerintah. Malah dilaporkan, badan yayasan ketenteraan Indonesia yang banyak terlibat dalam projek pertahanan dikatakan terlibat dalam mengeksploitasi sumber alam, jenayah dadah dan perjudian dalam mengaut keuntungan. How bad is that? Sekurang-kurangnya kita tahu ATM takda buat benda macam tu. Namun bagaimana pun masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki bagi Malaysia naik ke ranking yang lebih baik. Dan bagi mereka yang suka menyokong membabi buta, beria-rian menyatakan jangan dicampur-adukkan politik dan pertahanan, itu pendirian mereka. Aku hanya boleh hormat pendapat mereka.

Berbalik kepada isu peruntukan pertahanan 2013 yang tidak ditambah. Menurut Zahid Hamidi sebab utama tiada peruntukan tambahan bagi membolehkan kerajaan BN memberikan tumpuan pada pembangunan sosio-ekonomi rakyat. Kebiasaannya bajet pertahanan akan disertakan dalam Rancangan Malaysia dalam tempoh lima tahun sekaligus. Namun kerajaan bimbang ia akan memberikan impak negatif pandangan rakyat akan perbelanjaan kerajaan maka ia dilakukan mengikut tahunan. Mengikut rekod, pada 2012, jumlah peruntukan mengikut cabang ketenteraan adalah seperti berikut:-
Tentera Darat memohon peruntukan RM 1.16 bilion namun hanya mendapat RM 541 juta. Ini memberikan kesan pada perancangan tentera darat dalam meningkatkan kemampuan battalion infantry dan rejimen artileri, pemerolehan sistem rangkaian radio serta aset udara. Tentera darat berhasrat untuk menambah rejimen pelancar roket berganda Astross II selain mendapatkan meriam artileri Howitzer. Selain itu tentera darat juga berhasrat untuk mewujudkan unit udara yang terdiri dari rejimen peninjau, utility dan serangan. Sehingga kini hanya rejimen peninjau sahaja yang berjaya direalisasikan dengan pemilikan 11 pesawat Agusta A109.
  
Tentera Laut pula memohon RM 4.39 bilion tapi hanya mendapat RM 759 juta. Program pemerolehan kapal sokongan pelbagai peranan bagi menggantikan KD Inderapura yang terbakar terpaksa ditangguhkan. Begitu juga dengan perancangan menaik taraf tempoh hayat dua friget kelas Lekiu yang kini menjangkau usia 20 tahun. Selain dari itu TLDM juga dikatakan menggesa agar program SGPV disertakan sekali dengan pembelian 6 buah pesawat helikopter dengan peranan marin. Ini penting bagi memastikan setiap friget SGPV berkemampuan menghadapi pertempuran dari udara, darat, permukaan dan bawah laut dan mampu berlayar di laut lepas secara berdikari dan tidak sekadar di persisir pantai.

Permohonan tentera udara adalah RM 2.49 bilion namun hanya menerima RM 983 juta. TUDM menerima kesan yang agak teruk. Dengan perancangan penggantian MiG-29 menjadi fokus utama, ia terpaksa ditangguhkan walaupun pada asalnya Kementah merancang untuk mengumumkan pesawat yang akan menggantikan MiG-29 selewat-lewatnya pada tahun 2012. Dikatakan TUDM sebenarnya sudah muktamad dengan memilih Eurofighter Typhoon sebagai pengganti. Namun Kementah tidak memberikan sebarang keputusan. Malah keadaan menjadi rumit apabila berdasarkan anggaran bajet asal, TUDM hanya mampu memiliki 10 ke 12 unit pesawat sahaja kalau Typhoon mahu pun Rafale menjadi pilihan. Dan ini adalah sesuatu yang tidak dipersetujui TUDM. Dan menyebabkan TUDM menimbangkan hasrat untuk menyewa 18 pesawat Saab Gripfen. Sebenarnya menyewa pesawat bukanlah sesuatu yang menguntungkan dalam jangka masa panjang namun ia kemungkinan terpaksa dilakukan biarpun TUDM masih belum membuat sebarang keputusan. Kalau ia berlaku, Malaysia bukan negara pertama menyewa pesawat Gripfen. Negara lain yang menyewa pesawat ini ialah Republik Czech dan Hungary, masing-masing dengan 14 buah pesawat.

Kenyataan dari TUDM ini hanya menguatkan lagi ura-ura bahawa TUDM akan mendahulukan program pemerolehan pesawat AEW&C. Dua pesawat menjadi pilihan iaitu E-2D Hawkeye buatan firma Northrop Grumman dan Erieye oleh Saab. Sebenarnya Erieye telah pun dipilih TUDM pada tahun 2005 tapi program itu dibatalkan akibat masalah ekonomi dunia pada 2008. Saab yang mencuba taktik serampang dua mata, telah memasarkan Erieye dan Gripfen. Ia tampak berjaya lebih-lebih lagi apabila Saab mengikat perjanjian berkerjasama dengan DRB Hicom dalam program Erieye. Kerjasama itu juga melibatkan pemindahan teknologi dalam skala besar (maksudnya DRB Hicom akan diberi kemahiran dan kepakaran dalam membangunkan teknologi AEW&C). Perkhabaran yang aku terima menyatakan kerajaan akan meluluskan pembelian 3-4 buah pesawat Saab 340 yang dipasang sistem radar Erieye. Pembelian bernilai lebih RM 1 bilion. Walaupun sebenarnya kemampuan E-2D Hawkeye adalah lebih memberangsangkan namun harga setiap pesawat sangat mahal melebih setengah billion ringgit sedangkan TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 2 pesawat AEW&C. Ini kerana tidak seperti Erieye yang ditenggekkan pada sebarang pesawat, E-2D Hawkeye dibina secara unit dengan pesawatnya. Aku yakin kemungkinan pembelian Saab 340 Erieye turut melibatkan kontrak sewa 18 pesawat Saab Gripfen.
E-2D Hawkeye

Sistem Radar Erieye
Pesawat Saab 340

Persoalan yang berlegar kini, adakah ini bermakna TUDM akan melupakan pembelian pesawat menggantikan MiG-29? Jawapannya tidak. Cuma program itu mungkin akan ditangguh sehingga kerajaan mampu untuk memperuntukkan bajet untuk program tersebut. Buat sementara waktu TUDM akan menggunakan Gripfen. Persoalan kedua timbul. Adakah TUDM akan membeli Gripfen dan tidak Typhoon dan Rafale? Persoalan itu agak sukar dijawab. Ini kerana aku pasti TUDM masih menaruh perasaan (macam cerita romantik plak) pada Typhoon. Dan melihatkan usaha oleh BAE System dan Dassault dalam memasarkan kedua-dua pesawat, peluangnya masih cerah. Namun jika Saab bijak bak kata pepatah Inggeris ‘role the dice right’ maka peluang Gripfen juga cerah. Namun berdasarkan pada rekod seringkali pembelian pesawat tidak berdasarkan kemampuan pesawat tersebut sebaliknya pada pengaruh politik dan kemampuan ekonomi. Selain isu pembelian pesawat, TUDM juga terpaksa menaik taraf hayat pesawat C-130 Hercules dan S-61 Nuri selain menambah jumlah pesawat EC 725 Cougar bagi mencukupkan kuota 27 buah pesawat.


Peruntukan pertahanan 2013 melibatkan kos bayaran gaji tenaga kerja, kos latihan, kos pembelian aset asas (peluru, uniform, ect.), maintenance asset malah juga melangsaikan pembayaran aset terdahulu seperti pembelian Sukhoi-30, kapal selam Scorpene dan pesawat A400. Peruntukan yang melibatkan kos menaik taraf pangkalan-pangkalan dan kuarters kediaman angkatan tentera seluruh negara diteruskan. Ini tidak termasuk peruntukan tambahan sebanyak RM 50 juta bagi tujuan latihan kemahiran pada bekas tentera. Jelas sekali peruntukan yang memberikan kesan secara terus pada ahli komuniti tentera diutamakan (usaha beli jiwa anggota tentera dan keluarga sempena pilihanraya!). Bagaimana pun bajet kecil ini tidak melibatkan program-program yang dikategorikan sebagai program berkeutamaan iaitu program kereta perisai AV8 dan program friget SGPV. Peruntukan bagi program-program ini tetap diteruskan biar pun dilihat perkembangannya amat pasif. Sebagai contoh prototaip variasi pertama program AV8 dan rekabentuk friget SGPV yang sepatutnya dipersembahkan pada tahun lepas kepada Kementah masih tidak berlaku. Tidak diketahui samada ia disengajakan atau memang ini lumrah di Malaysia, selalu berlaku procrastination dalam program besar. Namun apa yang mahu aku simpulkan di sini, apabila tiba soal peruntukan pertahanan, baik Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat, kedua-duanya akan melakukan perkara yang sama atau lebih kurang sama. Bukan kali pertama Barisan Nasional melakukan perkara seperti ini apabila pilihanraya hampir tiba. Namun sebaik mereka menang pilihanraya, segala peruntukan tertangguh akan diberikan tanpa menunggu pembentangan bajet pada tahun seterusnya. Dalam erti kata lain, peruntukan instant akan disalurkan serta-merta selepas pilihanraya. Kedua-dua pihak tahu dan sedar kepentingan kekuatan ketenteraan dan pertahanan. Jadi kalau pun Pakatan Rakyat yang berkuasa sekarang, Pakatan Rakyat juga akan membekukan peruntukan pertahanan dan menyatakan mahu menumpukan pada sosio ekonomi rakyat. Ada pihak yang menyatakan kalau sekiranya Pakatan Rakyat menang pilihanraya umum ke 13 maka semua program pembangunan pertahanan yang dirancang akan dibatalkan! Alu menyangkal tanggapan itu. Seperti yang aku katakan, sesiapa sahaja yang memerintah akan tetap melakukan perkara yang sama dan meneruskan program yang telah dirancang. Bezanya adalah samada ketirisan, penyalahgunaan kuasa, rompakan secara terhormat duit rakyat akan tetap berlaku. Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang dan semua ini masih lagi berlaku dan didalangi oleh Pakatan Rakyat, mungkin sudah sampai untuk kita rakyat Malaysia melancarkan revolusi ‘Arab Spring’ ala Malaysia dan melantik ulama muktabar menjadi perdana menteri!   

             



Sunday, 27 January 2013

AKIRA

Akira sebuah anime Jepun loosely based on Japanese manga with a same name. Bergenrekan cyberpunk sci-fi berlatar belakangkan kotaraya dystopian Neo Tokyo pada tahun 2019. Neo Tokyo lahir apabila pada 1988 berlaku satu letupan besar dan memusnahkan sebahagian Tokyo. 2019, Bosozoku (geng bermotorsikal) Capsule yang diketuai Kaneda bertempur dengan Bosozoku Clown. Kaneda berkawan rapat dengan Tetsuo sejak dari kecil sebab mereka berdua dari rumah anak yatim. Tapi Tetsuo cuba untuk membuktikan kemampuan dirinya sebab hidupnya selalu dibayangi kehebatan Kaneda. Cerita bermula bila salah seorang dari 3 orang Esper (manusia yang memiliki kemampuan ESP (Extrasensory Perception)), Takashi telah diculik anggota revolusi. Tapi anggota revolusi itu ditembak pihak berkuasa dan Takashi melarikan diri. Dalam masa yang sama bosozoku Capsule dengan Clown tengah bertempur. Sewaktu Tetsuo sedang mengejar anggota Clown dia hampir melanggar Takashi menyebabkan dia tercedera. Pihak tentera yang dipimpin Kolonel Shikishima segera menangkap semula Takashi dan menahan Tetsuo walaupun cuba dihalang Kaneda.
Kaneda 
Sewaktu berada dalam tahanan, didapati Tetsuo memiliki kemampuan psikik menyamai seorang Esper yang telah mati bernama Akira. Akira adalah Esper yang menyebabkan letupan besar di Tokyo pada tahun 1988. Kyoko, seorang lagi Esper mendapat bayangan yang Tetsuo akan menyebabkan kehancuran Tokyo dan meminta Kolonel Shikishima membunuh Tetsuo sebab dia percaya kuasa yang dimiliki Tetsuo terlalu kuat dan tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawalnya. Dalam masa yang sama semua anggota Capsule termasuk Kaneda ditahan pihak polis. Dibalai polis Kaneda bertemu dengan seorang gadis, anggota revolusi, Kei. Mereka semua dilepaskan tapi Kaneda berusaha untuk mencari Tetsuo. Tetsuo yang berada dalam tahanan pihak tentera mula mengalami migran dan imej-imej pelik yang menandakan kuasa psikiknya mula berkembang. Dia melarikan diri dari hospital tempat dia ditahan. Tetsuo sempat mencuri motorsikal Kaneda (it’s an awesome custom made bike. It becomes the mascot of the anime). Tapi dia diserang bosozoku Clown tapi Kaneda dan kawan-kawannya sempat menyelamatkan Tetsuo. Migrain Tetsuo semakin menjadi-jadi. Ditambah dengan rasa tak puashatinya pada Kaneda, kuasa psikik Tetsuo mula menimbulkan masalah. Pasukan tentera berjaya mengesan kedudukan Tetsuo dan menahannya semula.
Tetsuo
Kei dengan kumpulan revolusi cuba melakukan satu serangan pada pihak berkuasa tapi gagal. Dalam usaha melarikan diri Kaneda sekali lagi menyelamatkan Kei. Kei membawa Kaneda bertemu dengan ahli revolusi dan mengetahui rancangan mereka untuk menculik Tetsuo dengan menceroboh masuk base tentera tempat Tetsuo ditahan. Sementara itu Takashi, Kyoko dan seorang lagi Esper, Masaru, gagal dalam usaha mereka untuk membunuh Tetsuo. Tetsuo mengamuk dan mahu membunuh ketiga-tiga Esper tersebut. Kolonel Shikishima dan pasukan tenteranya tidak mampu menghalang Tetsuo. Kaneda dan Kei yang berjaya menyusup masuk ke dalam base tentera secara tidak sengaja menemui Tetsuo yang bersedia untuk membunuh ketiga-tiga Esper itu. Tapi Tetsuo kemudiannya mendapat tahu yang tubuh Akira, Esper yang dianggap memiliki kuasa paling kuat yang mati sewaktu letupan Tokyo dahulu telah dibekukan dengan proses cryogenic dan diletakkan di bawah stadium Olimpik. Bagi mendapatkan kuasa yang lebih kuat, Tetsuo cuba mendapatkan tubuh Akira.
Takashi, Kyoko, Masaru
Kaneda dan Kei ditahan tapi Kyoko memanipulasi Kei menggunakan kuasa psikiknya meminta Kaneda membantu menewaskan Tetsuo. Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dengan bantuan Kyoko. Dalam masa yang sama Kolonel Shikishima menghadapi masalah dengan ahli politik yang mahu projek Akira dilaksanakan. Kolonel Shikishima enggan akur kerana tahu betapa bahayanya situasi itu yang boleh menyebabkan letupan seperti tahun 1988. Kolonel Shikishima akhirnya mengeluarkan perintah darurat bagi menghadapi Tetsuo. Tapi usaha itu gagal. Pasukan tentera yang cuba menghalang Tetsuo dari menghampiri Stadium Olimpik dimusnahkan Tetsuo dengan kuasa psikiknya yang semakin kuat. Kei dan Kaneda pula terpisah. Kei yang dikuasai Kyoko pergi ke Stadium Olimpik bagi menentang Tetsuo tapi gagal. Tetsuo telah menemui Akira tetapi terkejut apabila mendapati hanya organ-organ utama Akira yang dibekukan. Kolonel Shikishima pula telah mengerahkan pihak tentera untuk cuba bunuh Tetsuo mengunakan satelit orbital laser menyebabkan tangan kiri Tetsuo terputus. Kaneda muncul (dengan motorsikal coolnya) bersenjatakan meriam laser yang digunakan tentera. Tapi Kaneda gagal malah hampir terbunuh. Kecederaan yang dialami Tesuo membuatkan dia bertransformasi menjadi bentuk….macamana aku nak describe? Blob? Giant blob yang telan semua benda termasuklah Kaneda.

Takashi, Kyoko dan Masaru berjaya menghidupkan Akira yang menjelma dalam bentuk roh dan membantu menewas Tetsuo. Tapi usaha Akira itu akan menyebabkan letupan besar jadi Takashi, Kyoko dan Masaru teleport Kaneda, Kei dan Kolonel Shikishima keluar dari kawasan bahaya. Letupan itu membunuh ketiga-tiga Esper dan Tetsuo serta memusnahkan sebahagian Neo Tokyo. Selepas letupan, Kaneda mendapati dia memiliki memori Akira, ketiga-tiga Esper dan juga Tetsuo. Kemampuan psikik Kei pula berkembang.

Akira ni keluar tahun 1988. Its break a barrier of any Japan animation. Pada masa tu Akira adalah anime terbaik pernah dihasilkan dari sudut teknikal. Lain dari yang lain. Dan ia dijadikan kayu pengukur akan kualiti sesuatu anime. Akira ni keluar tahun 1988 tapi aku tengok first time pada tahun 1999. Tu pun lepas puas aku carik VCDnya. Aku jumpa kat flee market Uptown Damansara (Masa tulah. La ni takda dah flee market tu). Aku beli Akira dengan Ghost In the Shell. Memang susah nak carik DVD manga kat Malaysia ni. Aku taknak beli kat Bukit Bintang tu sebab kualiti macam sial. Lepas setahun dah tak boleh main dan aku nasihatkan sesapa yang nak beli DVD manga, jangan beli kat Bukit Bintang (Yes, Sun Comics, I’m talking about your store!). Aku beli OVA Hellsing, tengok sekali je lepas tu dah rosak. First time aku tengok Akira memang powerrr!! Tapi aku dapat tahu tahun 2001 Akira re-released dalam format digital. Surely gambarnya lebih cantik. But than again udah tentulah payah nak carik kat Malaysia ni. Jepun punya teliti dalam menghasilkan production anime mereka membuatkan aku kagum. Bare in mind, ini produksi tahun 80an. Teknologi CGI tak secanggih sekarang. Tapi setiap shotnya memang cantik. Lebih-lebih lagi yang melibatkan scene motorsikal. Dan motorsikal Kaneda, tak keterlaluan kalau aku katakan motorsikal tu is the star of the anime. Beberapa buah syarikat pernah cuba untuk menghasilkan motorsikal tu tapi gagal. Bentuknya sama tapi functionnya jauh panggang dari api.

Kolonel Shikishima, Lady Miyako

Di awalnya aku katakan Akira is loosely based on Akira manga. Kenapa aku cakap loosely? Sebab anime version tak sama dengan manga version. Kenapa? Sebab sewaktu anime version dihasilkan, manga version tak habis diterbitkan lagi. Manga Akira diterbitkan dari 1982 dan tamat pada 1990. Dua tahun selepas anime version dihasilkan. Dan macamana nak fit manga yang makan lapan tahun punya cerita dalam anime sepanjang kurang dua jam? Jadi banyak benda dalam manga version takda dalam anime version. Antaranya kalau dalam anime, Akira, title karakter hanya muncul beberapa saat dalam bentuk roh dan apa yang tertanam di bawah stadium hanyalah organ-organnya tapi dalam manga, Akira masih dalam bentuk manusia. Malah Tetsuo berjaya menghidupkan Akira. Akira dan Tetsuo kemudiannya bergabung dan meneraju gerakan Tokyo Empire. Jalan cerita dalam manga lebih panjang dan lebih berbelit-belit dengan kemunculan seorang lagi Esper bernama Lady Miyako yang memimpin gerakan menentang Tetsuo dan Akira. US juga terlibat apabila menghantar supercarrier dan perisiknya iaitu George Yamada untuk membunuh Akira dan Tetsuo.

Akira jadi cult anime dan jadi hit bukan setakat di Jepun tapi juga di US dan UK walaupun pada awalnya George Lucas dan Steven Spielberg tak yakin Akira boleh meletup kat US (In your face!). Walau pun ramai orang beranggapan karya Hayao Miyazaki is the best tapi aku bukan perempuan. So my cup of tea is something with crash boom bang in it. AKIRA,Ghost in the shell, Alita Battle Angel, Samurai X. Sort of things like that. Kalau aku minat Sailormoon dah lain macam plak bunyinya. Habis-habis gila pun aku terima Doraemon. Wachowski brothers (boleh panggil brothers ke kalau salah seorang dari mereka dah tukar jantina?) inspired dengan Akira dalam menghasilkan Matrix even thought Matrix sebenarnya pun based on US comic. Satu lagi filem yang inspired dari Akira adalah Chronicle yang menceritakan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang menemui government secret project yang memberikan mereka kuasa seperti Akira. Tahun 2002, studio Warner Brothers beli hak untuk menerbitkan live action movie Akira. Sejak dari tu macam-macam rumour keluar pasal screen writer, casting, director yang akan terlibat. Paling kuat sekali ialah apabila Leonardo DiCaprio menyatakan hasrat untuk menjadi produser bersama filem Akira. Tapi kesemua usaha tersebut gagal. Plan asal Akira movie akan based pada anime. Tapi kemudian beberapa writer jadi lebih ambitious setelah melihat kejayaan Lord of The Ring dengan mengusulkan movie Akira sepatutnya based pada manga dan diterbitkan dalam beberapa sekuel. Tapi ia tak cukup kuat untuk meyakinkan pihak studio dan akhirnya ia terkubur begitu saja. Yalah, dengan produksi yang berskala besar dah tentu bajet yang tinggi diperlukan. Dengan idea untuk menerbitkan filem berdasarkan manga dan bukan anime dalam beberapa bahagian dah tentu bajetnya akan bertambah. Namun perkara yang paling mengganggu kepala hotak aku ialah casting. Watak Kaneda pada awalnya direbut Leonardo DiCaprio dan James Franco tapi akhirnya jatuh ke tangan Garret Hedlund (Tron). Watak heroin, Kei, nama Kiera Knightley naik tapi akhirnya ditawarkan kepada Kirsten Stewart (What the f**k? I hate the bitch!). Helena Bonham Carter memainkan watak Lady Miyako. Morgan Freeman pada awalnya dicadangkan watak Kolonel Shikishima tapi kemudian tak jadi. Gary Oldman confirm bawak watak tu sebelum dia drop sebab produksi yang berlanjutan dan akhirnya Ken Watanabe yang dapat. Watak yang paling payah nak casting ialah Tetsuo. Pada awalnya Joseph Gordon Levitt dicadangkan tapi kemudian tukar Zac Effron (What the f**k? I hate the bastard!) Kemudian ditawarkan kepada Toby Kebbell (Wrath of the Titans) tapi dia tolak sebab dia big fan Akira dan tak puashati perubahan yang dibuat dalam skrip tu (kudos for you!). Dan terakhir sekali Warner Brothers decide ambil pelakon baru di antara Ezra Miller dengan Alden Ehrenreich.

Macam tak belajar dari kesilapan filem Dragon Ball dan The Air Bender yang pergi letak omputih main watak orang Asia. Last-last bungkus! Benua Asia adalah penyumbang utama jualan tiket wayang seluruh dunia tapi studio Hollywood masih nak puaskan hati orang Amerika. Ada ke patut watak nama Kaneda dengan Tetsuo tapi mat salleh yang mainkan watak tu? Patut ke? Patut ke?!! Tu tak cerita lagi pengubahan yang dibuat pada skrip Akira. Tetsuo dan Kaneda mahu dijadikan pasangan adik-beradik dan latar belakangnya bukan Tokyo tapi Manhattan, New York! What the hell?! But that’s Hollywood. Apa pun plan dah stop. Mungkin di masa hadapan Warner Brothers akan dapat idea yang lebih bagus untuk mengadaptasikan filem ini dan dapat diterima semua pihak. But for now, AKIRA anime rules!  

Tuesday, 25 December 2012

KUBAH BESI SINGA


Lama aku tak posted apa-apa kat blog. Penyakit Melayu, mim alif lam sim. Ni artikel terakhir aku posted untuk tahun 2012. Tak kiamat lagi. Bolehlah posted lagi kat blog tahun depan. Beberapa bulan lepas masa aku baru balik kerja (aku ikut highway), aku berselisih dengan konvoi lori dengan celoreng hijau. Dah tentulah kenderaan milik tentera. Sekali imbas tengok macam trak biasa tapi kepala lori tu agak lain sikit bentuknya. Terus aku berhenti tepi jalan sebab teruja sangat dapat tengok buat pertama kalinya akan bateri pelancar roket berganda Astross II. Baru aku teringat akan latihan tembakan bersama ANGSA 2012 yang baru berakhir di utara tanahair. ATM tak pernah tayang Astross untuk tatapan umum baik dalam sebarang pameran ketenteraan mahu pun perarakan hari kemerdekaan kerana Astross dianggap sebagai senjata paling merbahaya dalam logistik tentera darat. Menayang Astross samalah macam Russia menayang peluru berpandu balistik nuklear pada hari kebangsaan yang tujuannya tidak lain dari menghantar mesej, ‘Do not f**k with me!’ pada mana-mana pihak yang ada niat tidak baik pada Malaysia. Pembelian Astross oleh Malaysia telah mengejutkan Singapura kerana Astross adalah lebih kepada offensive weaponary dan ia bagai tidak kena dengan polisi pertahanan negara Malaysia yang lebih bersifat defensive.

Ia mengingatkan aku pada satu artikel dalam sebuah majalah military tempatan keluaran bulan September yang menyentuh akan hasrat Singapura untuk memasang sistem Iron Dome milik Israel. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Singapura ada menyumbang dana pembangunan program Iron Dome selain US. Jadi sudah tentu Singapura mempunyai minat untuk memiliki sistem anti roket tersebut. Sebelum aku mengulas lebih panjang isu berkaitan Iron Dome Singapura adalah baik jika dikupas dahulu apa itu sistem Iron Dome milik Israel ini. Iron Dome sebenarnya adalah salah satu daripada tiga lapisan sistem pertahanan udara anti peluru berpandu dan roket yang dibangunlan Israel. Iron Dome ialah sistem yang mampu memintas roket jarak dekat sejauh 70 km. Sistem kedua ialah The David’s Sling (Lastik Daud – Israel ni bangga jugak dengan nabi dikalangan bangsa mereka tapi laknatullah ni jugaklah yang bunuh nabi-nabi mereka. Semoga tuhan siksa mereka di akhirat dan juga di dunia dengan seberat-berat seksaan) yang mampu memintas roket jarak sederhana 70 km – 250 km. The David’s Sling masih lagi dalam peringkat pembangunan. Sistem ketiga ialah peluru berpandu Arrow yang mampu memintas peluru berpandu dalam jarak 500 km (sistem ini dibangunkan khusus bagi menghadapi serangan peluru berpandu dari Iran).

Dalam operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza baru-baru ini yang dikenali sebagai Operation Pillars of Defence, Israel mendakwa telah berjaya memintas 90 peratus roket yang dilancarkan militan Palestin ke Israel. Ia dianggap sebagai satu kejayaan besar dan begitu gah diwar-warkan Ehud Barak. Namun laporan itu menimbulkan keraguan, bukan dari pihak musuh Israel tapi dari kalangan pemerhati mereka sendiri. Perlu diingat pada Perang Teluk pertama pata tahun 1990-91, US telah mewar-warkan kejayaan sistem peluru berpandu Patriot yang telah berjaya memintas 80 peratus peluru Berpandu Scud yang dimiliki Iraq. Namun kemudiannya apabila data rekod sistem dikaji ia di dapati tidak benar sama sekali malah pihak jurutera telah memaklumkan perkara ini pada Pentagon namun Pentagon telah memutar-belitkan laporan tersebut. Perkara yang sama dikatakan berlaku pada Iron Dome. Dikatakan Hamas telah melancarkan 1400 buah roket Qasam ke Israel dan hanya 400 yang dipintas. Menurut laporan rasmi, angka kematian di pihak Israel ialah enam orang termasuk dua orang anggota tentera dan lebih 250 orang cedera akibat serangan tepat roket yang dilancarkan. Namun dari pemerhatian wartawan asing di lokasi di mana roket yang dilancarkan pihak Palestin jatuh, keadaannya adalah lebih teruk. Adalah mustahil angka kematian kurang dari sepuluh orang. Malah jika tidak kerana rakyat Israel yang telah bersembunyi di dalam bunker terlebih dahulu, kemungkinan angka kematian adalah lebih tinggi. Sebenarnya Iron Dome telah menerima kritikan yang teruk. Ia dianggap terlalu mahal dengan tag harga berjumlah 50 juta USD setiap satu bateri (Israel kini telah memasang hanya 5 bateri Iron Dome sedangkan mereka memerlukan sekurang-kurang 13 unit bateri) tidak termasuk roket Tamir yang bernilai 35,000 USD setiap satu bagi menghadapi roket buatan sendiri Katyusha, Qasam dan Grad yang dikatakan bernilai sekitar 800-1,000 USD setiap satu.
 Roket Grad
Katyusha
Qasam
Tamir

Selain dari itu efektifnya sistem ini juga dipersoalkan. Cara Iron Dome berfungsi ialah dengan radar mengesan roket yang dilancarkan. Pusat kawalan kemudiannya akan membuat pengiraan trajektori di mana roket itu akan jatuh dan akan memilih roket yang akan dipintas (samada ia akan jatuh ke kawasan berpendudukan atau ke kawasan kosong). Bateri akan melancarkan peluru berpandu Tamir bagi memintas roket tersebut. Ini adalah satu ini satu proses yang kompleks. Semua proses ini memakan masa 15 saat namun roket Qasam dikatakan mampu sampai ke Israel dalam tempoh 9 saat. Bermakna ia efektif dengan serangan roket yang dilancarkan dalam jumlah yang kecil namun kalau sekiranya ia dilancarkan dalam jumlah yang banyak, adalah mustahil semua roket itu mampu dipintas. Dan militan Palestin juga telah menukar taktik mereka. Bagi menghadapi Iron Dome, mereka telah melancarkan tujuh roket serentak, tidak seperti sebelumnya hanya dua roket dilancarkan. Pihak Palestin menganggap kejayaan Iron Dome sekadar propaganda. Malah ada pihak yang menyatakan antara sebab Israel setuju dengan gencatan senjata anjuran UN adalah kerana Israel tahu, Hamas dan militan Palestin yang lain telah bersedia untuk melancarkan seberapa banyak roket di dalam simpanan mereka (Hezbollah dikatakan memiliki 45,000 buah roket dan Hamas memiliki 20,000 roket) dan jika peperangan berterusan maka Iron Dome tidak akan mampu membendung serangan roket-roket dari Gaza dan itu adalah sebab utama kenapa tentera darat Israel mahu menceroboh Gaza secepat mungkin bagi meneutralkan kekuatan militan Palestin di Gaza menghalang mereka dari terus melancar serangan roket. Yiftah Shapir, senior researcher fellow dari university Tel Aviv menyatakan ‘Tidak ada sistem yang mampu memberikan perlindungan sepenuhnya, tidak Iron Dome, tidak Magic Wand (David’s Sling) atau apa saja alternatif’. Jadi kenapa Iron Dome cuba digambarkan sebagai satu sistem yang berjaya? Ini adalah kerana terdapat beberapa pihak selain Singapura yang berminat untuk mendapatkan sistem ini iaitu NATO, Korea Selatan, India dan Brazil.

Singapura juga dikritik kerana sudah memulakan fasa pemasangan sistem Iron Dome dengan memasang sistem peluru berpandu SPYDER sebagai alternative kepada sistem peluru berpandu Tamir. Ramai pihak yang mempersoalkan kesanggupan Singapura memberikan dana pada program Iron Dome kerana sebelum ini Singapura pernah melabur dalam program kenderaan amfibious V200 yang dikatakan mampu menyeberangi tambak Johor. Singapura telah membeli beratus-ratus V200 namun apabila diuji, V200 gagal berfungsi. Ada yang mengalami kerosakan enjin dan ada yang tenggelam. Singapura menanggung kerugian berpuluh juta dollar. Satu-satunya sebab kenapa Singapura masih meneruskan hubungan pertahanan dengan Israel ialah kerana Israel telah membantu membentuk asas pertahanan Singapura (terlalu dalam penglibatan Israel dalam sistem pertahanan Singapura sehingga dikatakan Israel tahu bagaimana mahu melumpuhkan Singapura dalam tempoh singkat). Keadaan mukabumi Singapura juga berbeza dengan Israel. Setiap inci tanah Singapura berpendudukan dan tidak ada zon penampan (buffer zone) sedangkan diketahui setiap roket dari Palestin yang dipintas Tamir telah menyebabkan ledakan dan menghasilkan serpihan. Jadi walaupun jika roket berjaya dipintas di ruang angkasa Singapura ia masih mampu menimbulkan bahaya. Tetapi dipercayai Singapura sebenarnya tidak sekadar berminat pada Iron Dome. Singapura kemungkinan berminat untuk turut memasang sistem David’s Sling dan sistem Arrow. Ini dapat dilihat dalam pameran Singapore Airshow 2012 yang lalu apabila Israel telah membawa bersama semua sistem berkaitan pertahan udara anti roket dan peluru berpandu.

Timbul persoalan kenapa Singapura tiba-tiba beria-ia mahu membina sistem pertahanan udara anti roket dan peluru berpandu? Bimbangkan serangan Malaysia? Ia boleh dijadikan hujah. Usaha ATM untuk memodenkan kekuatan sistem pertahanan negara telah secara tidak langsung merubah prinsip dan ideologi defensive yang diamalkan Malaysia selama ini. Bagi menyesuaikan pertahanan negara dengan abad ke 21 maka ATM harus mampu mengintegrasikan kekuatan tentera udara, darat dan laut serta menerokai lapangan baru iaitu dunia cyber. Bagi sebuah negara yang memiliki sistem pertahanan moden dengan kemampuan untuk mengintegrasikan keempat-empat elemen ini maka negara itu tidak lagi berorientasikan defensive kerana secara automatik negara itu juga memiliki kemampuan pertahanan offensive. Dan Singapura sedar tentang hal itu. Pembelian pelancar roket berganda Astross oleh Malaysia dianggap sebagai satu kejutan. Ia berbeza dengan pembelian jet pejuang. Jet pejuang mempunyai peranan defensive dan offensive serta reconnaissance. Astross mempunyai satu peranan, offensive. Pembeliannya dilakukan secara senyap. Lokasi di mana ia disimpan dirahsiakan. ATM pula tidak pernah mengwar-warkan kekuatan mahu pun kemampuan Astross. Ini hanya menambahkan kebimbangan Singapura akan kemampuan Malaysia dalam operasi berbentuk offensive. Malah di kala Malaysia sibuk membicarakan jet pejuang apa nak ganti Mig 29, kapal apa nak dibuat dalam SGPV, ATM tiba-tiba menambah jumlah Astross sebanyak 18 buah lagi. Dikatakan dalam urusniaga itu ATM turut membeli beribu-ribu roket pelbagai jenis dari jarak jangkauan 9-150 km. Malah dikatakan Brazil turut menawarkan peluru berpandu cruise AV-300 yang boleh dilancarkan melalui bateri Astross.

AV-300
AV-300 dipasang pada Bateri Astross

Perlu ditekankan di sini, peluru berpandu cruise berbeza dengan roket. Ia boleh dilancarkan dari mana-mana lokasi dalam lingkungan jarak kemampuannya dan ia akan terbang ke sasaran yang telah ditetapkan tanpa perlu risau kalau sekiranya ia tersasar. AV-300 ialah produk terkini dan Malaysia suka produk terkini. Kemampuannya dikatakan menyamai peluru berpandu Tomahawk buatan US cuma ia lebih murah (Murah! Favorite word Malaysia). Dengan kekuatan kepala peledak (warhead) 200kg! Mampu terbang dengan kelajuan supersonic pada altitude yang rendah menyukarkan radar mengesannya. Dan jarak efektifnya ialah 300 km! Bererti ia sukar untuk dikesan radar apatah lagi dipintas roket atau peluru berpandu. Namun aku tidak tahu jika Malaysia ada membeli AV-300. Kalau ada pun ATM mungkin akan merahsiakannya. Kalau beli Astross pun taknak cerita apatah lagi peluru berpandu pintar macam AV-300. Selain dari Malaysia, Singapura juga agak bimbang dengan kesungguhan Indonesia yang begitu giat membangunkan program peluru berpandu mereka sendiri. Apatah lagi sentimen anti Singapura di kalangan rakyat Indonesia adalah sama keras dengan benci mereka pada Malaysia. Pemilikan sistem Iron Dome ini tidak semestinya kerana Indonesia mahu pun Malaysia tapi juga kebimbangan kemungkinan ancaman dari China walaupun hujah itu agak lemah.

Dalam membincangkan kemampuan Iron Dome dan juga kemampuan sistem yang mungkin akan dipasang Singapura seperti David’s Sling dan peluru berpandu Arrow, aku tak menganggap Singapura akan hanya bergantung pada sistem pertahanan ini semata-mata dalam menghadapi serangan roket kalau ia berlaku. Ini senario yang dapat aku bayangkan. Katakanlah KUNUNNYA, aku tekankan di sini kununnya (sebut style Cik Det)! Aku tak kata Malaysia akan buat benda ni. Senario sekiranya Malaysia melancarkan serangan roket ke atas Singapura. Pertama sekali semua 36 buah bateri Astross (hanya 36 kerana 18 buah lagi berada di Sabah dan Sarawak) akan di kerahkan ke sekitar Johor. Singapura pasti akan tahu tentang perkara ini. Perisik dia mesti informed punya. Satelit peninjau akan digunakan bagi mengesan kedudukan bateri-bateri Astross (Singapura sentiasa memantau Malaysia menggunakan satelit risikan mereka). Tapi mereka akan tunggu. Tengok samada ia benar mahu digunakan sebagai serangan atau sekadar latihan. Setelah semua bateri berada di lokasi strategik maka serangan akan dilancarkan. Gelombang serangan pertama akan dilancarkan sebelum gelombang serangan kedua. Di kala ini Singapura confirm Malaysia serang. Di kala inilah juga sistem Iron Dome berfungsi sebagai penangkis serangan gelombang pertama. Dalam masa yang sama satelit akan confirm lokasi bateri-bateri Astross melalui heat signature yang dihasilkan bateri Astross.

Singapura akan mengerahkan kapal-kapal laut dan jet pejuang mereka untuk melancarkan operasi memusnahkan bateri-bateri Astross. Friget kelas Fromidable akan menggalas tugas ini dengan mengepung perairan sekitar Johor dan melancarkan peluru berpandu. Jet pejuang F-15 Eagle akan menggalas tugas menyusup ruang udara Johor dan mengebom bateri Astross sementara F-16 Falcon akan memintas Jet pejuang TUDM yang cuba menghalang F-15. F-15 Eagle memang dibina dengan peranan utama sebagai jet pejuang dengan kemampuan pengeboman sasaran darat yang tepat. Setelah semua bateri Astross berjaya dimusnahkan, Singapura pula akan melancarkan serangan roket dan artileri dengan pelancar roket berganda HIMARS dan meriam artileri Howitzer bagi melumpuhkan Johor Bahru secara total. Setelah Johor Bahru lumpuh, infantry Singapura dengan sokongan kereta kebal Leopard 2SG dan helikopter penyerang Apache akan memasuki Johor Bahru. Johor Bahru akan menjadi zon penampan buat Singapura. Field operation control centre akan dipindahkan ke sini. Lapangan terbang untuk Singapore Airforce akan didirikan sebagai FARP (Forward Armed and Refuel Point). Jadi kalau sekiranya Malaysia mahu melancarkan serangan balas maka Johor Bahru akan menjadi medan pertempuran.

HIMARS

Taktik ini berdasarkan pada perang 6 Days War di antara Israel dengan Mesir, Jordan dan Syria di mana Gaza dan Semenanjung Sinai dirampas dari Mesir, tebing barat dan Jerusalem timur dari Jordan dan Bukit Golan dari Syria. Dan kalau berdasarkan pada perang tersebut, Johor Bahru kemungkinan akan senasib dengan Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan, samada akan menjadi milik Singapura secara mutlak atau dipengaruhi Singapura dari aspek politik dan sosio-kemasyarakatannya. Jadi di sini kita tidak sepatutnya sekadar melihat Iron Dome sahaja tetapi seluruh sistem pertahanan Singapura. Memang Astross adalah ancaman yang sangat bahaya buat pulau seperti Singapura namun negara itu sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi menghadapi kemungkinan seperti itu. Singapura juga begitu teliti dalam membeli dan membangunkan peralatan dan kemampuan ketenteraannya. Semuanya sudah diatur rapi mengikut strategi. Ya, mungkin Singapura boleh dianggap paranoid tapi mereka sentiasa bersedia. Segala tindakan dan keputusan berkaitan pertahanan yang dibuat ada peranan strategiknya. Malaysia juga harus melakukan perkara yang sama dalam memastikan kedaulatan negara kita ini terpelihara. Jangan biarkan perkara berkaitan pertahanan negara menjadi bahan politik dan ‘lubang’ buat duit sesetengah anjing!

Sunday, 25 November 2012

Bercakap Dengan Jin

Kulit keluaran Bercakap Dengan Jin jilid pertama (original)

Masa aku kecik-kecik lagi dah minat membaca. Tetapi sebagai seorang budak yang normal, bahan bacaan awal adalah komik atau majalah humor. Aku ingat dulu komik-komik tempatan dengan print hitam putih dengan harga cuma 70 sen sekeping (roti canai sekarang pun harga 70 sen). Dan juga majalah Gila-Gila, Batu Api, Gelihati (Semua dah takda cuma tinggal Gila-Gila). Setiap kali mak aku nak ke bandar aku akan pesan mak aku belikan aku komik. Tapi mak aku bijak. Taknak aku terus baca komik, dia belikan aku buku cerita. Buku cerita pertama yang aku baca ialah terjemahan Hercules dalam bahasa Melayu (ntah manalah buku tu hilang. Nyesal aku tak simpan). Selain dari tu aku ingat majalah Variasi makcik aku selalu beli untuk bacaan dialah. Tapi aku curi-curi baca. Penuh dengan cerita mistik dalamnya. Kalau sekarang ni lebih kurang macam Mastika lah. (Percaya atau tidak, Mastika ni suatu ketika dulu adalah majalah berilmiah, sama taraf dengan Dewan Siswa keluaran DBP. La ni dah jadi apa pun aku tak tahu). Dalam Variasi ni adalah artikel orang jumpa pontianaklah, jumpa hantu rayalah, mayat takda kepalalah, hantu jepunlah. Gambar pulak ala-ala orang tunjuk tangan kat area dia nampak mahluk halus tu (He! He! He! Teringat aku novel Karipap-Karipap Cinta). Terdapat juga siri fiksyen seram tulisan Tamar Jalis bertajuk Bercakap Dengan Jin.

Tapi aku tak follow BDJ dalam Variasi sebab malas nak tunggu sebulan ke sebulan keluarannya. Jadi bila ia dibukukan, cepat aku mintak mak aku belikan. Mak aku OK je terus belikan. Untuk pengetahuan umur aku masa tu baru 7 tahun! Baru darjah satu dah baca buku jin. Buku BDJ pertama keluar tak silap aku pada tahun 1981 atau 82 lebih kurang macam tu. Aku tak tahu betul atau tidak sebab aku takda rekod yang menyokong pendapat aku tapi rasanya siri BDJ ni adalah buku yang paling laris jualannya dalam sejarah industri buku fiksyen negara kita. Buku yang menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Tamar Jalis bersama datuknya yang memiliki pengetahuan dalam ilmu perubatan tradisional (mind you, datuk Tamar Jalis bukannya bomoh!). Hebatnya BDJ sehingga menyebabkan banyak buku-buku klon. Berkelahi dengan syaitan. Bercakap dengan hantu. Bercakap dengan bajang. Berdiskusi dengan Imam (?!). Begitu juga dengan klon karakter ‘Datuk’. Pak Tua Mahat, Tok Alang Bumin, Pakcik sebelah rumah aku (eh, silap!).

Lama dah orang tertanya-tanya identiti sebenar Tamar Jalis ni. Aku sendiri tak percaya Tamar Jalis ni wujud sebab pada aku Tamar tu bukan ke kurma? Ada ke orang letak nama anak dia buah kurma? Tapi aku masih percaya yang BDJ sedikit sebanyak adalah berdasarkan pengalaman penulis. Kenapa? Kerana ada beberapa bahagian dalam siri buku ni yang agak detail. Nama tempat, nama orang (ada sesetengah watak tu penulisnya relate dengan orang yang benar-benar wujud. Contohnya Jins Shamsudin (bercakap dengan Jins?)). Dan akhirnya setelah berapa tahun buku ni menemui peminat, si penulisnya menunjukkan diri. Nama sebenar penulisnya ialah Ahmad Radzi Mahmud. Berasal dari Bruas, Perak (tu sebabnya kenapa ceritanya berlatar belakangkan daerah sekitar Perak atau negeri-negeri yang hampir dengannya). Usianya dah melebihi 70. Menurutnya dia mula menulis BDJ sewaktu berusia 40 tahun (lewat betul! Aku yang start menulis secara serius pada umur 24 pun dah rasa lewat sangat). Kini beliau menetap di Kota Damansara. Menurut Ahmad Radzi, karakter ‘Datuk’ itu berdasarkan pada datuknya bernama Kulup Muhamad Diah atau Long Mat Piah, seorang pengamal perubatan tradisional. Seperti juga dalam buku, Ahmad Radzi ni cucu kesayangan datuknya jadi selalulah dibawa kesana kemari. Dari situlah Ahmad Radzi menimba pengalaman yang akhirnya tumpah ke tinta putih untuk santapan minda kita semua.

Fenomena BDJ ni yang menyaksikan lambakan buku-buku seram bagaimana pun menerima tamparan hebat apabila orang ramai mula mempersoalkan kesannya pada minda masyarakat. Ada pihak mengkritik bahawa buku-buku sebegini akan menyebabkan syirik, dan khurafat. Ada pulak yang kata buku-buku macam ni takda faedah dibaca dan hanya meninggalkan kesan yang negatif, merosakkan minda dan membazirkan masa. Maka terima kasih pada (samada Mohd. Rahmat atau Rais Yatim) maka istilah bahan tahyul diharamkan dari media perdana. Mungkin ada betulnya pendapat ini. Tapi aku tak bersetuju kalau BDJ di jadikan kambing hitam. Sebenarnya di zaman persekolahan aku dulu, bahan bacaan untuk budak lelaki memang takda! Tak macam sekarang, sudah ada pilihan (walaupun masih terhad) untuk pembaca lelaki. Karya dari penulis seperti Ramlee Awang Murshid, Eyman Hykal, Khairul Nizam Khairani (penulis faveret aku tu. Semua buku dia aku dapat free!) Jadi bagi seseorang yang dahagakan bahan bacaan untuk penjantan tangguh macam aku ni maka aku beralih minat pada buku BDJ. Namun BDJ bukanlah buku yang keluar tiap-tiap bulan. Ia keluar setahun sekali kompilasi siri dari Variasi yang dijilidkan. Maka aku pun belilah buku Bercakap Dengan Puaka, Berkelahi Dengan Syaitan, Bergaduh Dengan Babi. Ada di antara buku-buku tersebut sebenarnya lebih cenderung ke arah perubatan tradisional yang keislaman. Tapi tak nafikan jugak ada yang merapu. Jadi seperti biasa, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Lembu sekor bawak lumpur, habis semua pergi Kuala Lumpur. Dan akhirnya KDN pun melakukan serangan ke atas syarikat-syarikat ni yang banyaknya takda lesen dan tak dapat kebenaran menerbitkan buku. Dan bagi yang memohon nak terbitkan buku macam tu kena beku pulak (untuk pengetahuan, buku-buku atau bahan cetakan yang bersiri mestilah mendapatkan kelulusan KDN). Maka terkuburlah trend buku-buku seram ni.    

Sebenarnya bukan setakat pihak awam yang kritis dengan kehadiran BDJ. Orang-orang yang terlibat dalam industri penulisan pun sama juga. Mereka menganggap BDJ sebagai karya picisan. Tidak ada nilai seni. Karya bodoh dan sesiapa pun boleh tulis karya macam BDJ. Aku menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan ini. Bagi sesiapa yang pernah membaca BDJ maka cuba bandingkan buku ini dengan novel-novel cinta yang ada kat pasaran sekarang. Sewaktu aku nak tulis novel romantik komedi, oleh kerana aku tak punya pengalaman menulis manuskrip dengan genre macam ni maka aku beli beberapa buah novel cinta. Enam keping semuanya. Secara jujur aku nyatakan dari enam buah novel ini, empat darinya aku declare sebagai sampah. Aku meletakkan taraf sampah pada buku ini berdasarkan pada beberapa perkara. Pertama, jalan cerita yang terlalu tipikal. Baca dua bab dah boleh jangka apa yang berlaku dan bagaimana ia berakhir. Kedua, tidak ada rasa keterujaan. Dah cerita boleh dijangka, apa yang excitednya. Bosan lagi adalah. Penyampaiannya pun mendatar. Macam orang baca sajak dalam nada baca buku sains. Ketiga, meleret-leret dan ditarik-tarik dan dipanjang-panjangkan. Bak kata pepatah, sejengkal jadi sedepa. Benda sikit yang nak dicerita sampai lima enam muka surat. Keempat, penulisannya, cara penyampaiannya, susunan ayatnya, garapannya macam budak ambik SPM buat karangan yang layaknya dapat F9! Kelima, dah nama romantik komedi, jenaka pun tak lucu. Kelakar yang tak kelakar (kalau kelakar bodoh tapi lucu ada ampun lagi). Bak kata omputih, dry joke. Aku tak boleh nak hadam buku-buku ni. Baru masuk bab kedua dah aku campak ke penjuru bilik! Ya! aku CAMPAK buku tu! Peliknya pada muka depan tu menunjukkan betapa buku tu dah diulang cetak lebih sepuluh kali dalam tempoh setahun!

Kalau sesiapa baca BDJ akan dapat lihat dengan jelas walaupun ia novel seram tapi penyusunan ayatnya, gaya bahasanya, garapan ceritanya memiliki standard yang sangat baik. Ahmad Radzi adalah bekas wartawan, orang lama jadi stail penulisannya old school. Ditambah pula ceritanya bersandarkan pengalamannya jadi ia ditulis dengan jiwa. Bak kata omputeh, write with a soul. Jadi pembaca yang baca akan dapat menjiwai perasaan Tamar Jalis walaupun mungkin tidak ada sebarang persamaan kehidupan pembaca dengan penulis. Dalam kata lain, membaca BDJ seolah-olah membaca autobiografi penulis. Selain dari itu, secara tidak langsung BDJ sebenarnya mendekatkan kita orang Melayu moden ni dengan budaya, amalan, petua dan cara hidup orang Melayu yang semakin lama semakin hilang ditelan zaman.

Aku sendiri mengaku dalam membentuk stail penulisan aku, aku menjadikan corak penulisan BDJ sebagai asas. Dari situ barulah aku tingkatkan mutu penulisan aku sedikit demi sedikit. Malah secara jujurnya juga aku akui, BDJ adalah buku bahasa Melayu paling enjoy aku baca. That’s the important thing, buku itu mengasyikkan. Jadi aku sebagai penulis generasi baru mengucapkan ribuan terima kasih pada Ahmad Radzi. Mungkin beliau tidak menyedari besar jasanya serta sumbangannya dalam dunia novel tempatan. Aku tak pasti kalau siri buku BDJ ada di pasaran lagi atau tidak. Tak silap aku beberapa tahun lepas buku siri BDJ ni ada dicetak kembali oleh syarikat lain. Tapi tak taulah kalau syarikat tu ada cetak lagi. Kalau ada korang tangkaplah buku-buku tu. Mengasyikkan. Seolah-olah korang mengembara sekitar tanah Melayu di zaman sebelum merdeka.

Saturday, 10 November 2012

WEAPON ZERO

Dah lama aku tak cerita pasal komik. Bersempena keluarnya buku baru aku, GERGASI. Macam yang aku bagitahu, GERGASI inspired dari beberapa karakter. Guyver, Karas, Ash, Manowar, Weapon Zero. Aku nak cerita tentang salah satu karakter yang menjadi inspirasi novel itu iaitu WEAPON ZERO.  Walaupun WEAPON ZERO ni kira hero berkumpulan tapi watak GERGASI secara fizikalnya aku based specifically pada karakter Kolonel Tyson Stone AKA Ordnance. Ordnance memiliki sut perisai simbiotik dan berkemampuan untuk mencipta apa jua jenis senjata dengan sutnya serta mampu berteleportasi (sound familiar?).
 
Anggota lain ialah Jamie Tarleton AKA Fist. Fist mampu generate tenaga pada tangannya dan setiap tumbukannya mampu menghasilkan ledakan.
Kikuyo AKA Slice. Kikuyo ialah seorang puteri Jepun yang diculik pada abad ke 16. Slice memiliki kuku yang tajam ala-ala Warblade dari WildCATS.
 
Valaria AKA Leviathan. Valaria ni cuma seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Roman. Kemampuannya mampu berubah kepada raksasa. Ala-ala Hulk la ni.
 
WEAPON ZERO diterbitkan oleh Top Cow Production dengan lima isu mini siri pada tahun 1995. Kisah bermula apabila tiga astronaut US dihantar ke bulan menemui pangkalan rahsia mahluk asing bernama T’srri. Dua orang astronaut maut sementara Kolonel Tyson Stone berjaya melepaskan diri. Tapi dia di jangkiti bio-tech T’srri yang membolehkan dia berubah menjadi tentera T’srri. Kembali ke bumi, isterinya Lorelei membuka rahsia yang dia adalah mahluk asing dari bangsa Batai yang berperang dengan T’srri. N’golth, komander T’srri mengejar Kolonel Tyson ke bumi bagi mendapatkan balik bio-tech yang menjangkiti Kolonel Tyson iaitu Master Logic Module. Master Logic Module membolehkan N’golth membuka Dimensional Gate membenarkan lebih ramai T’srri datang ke galaksi ini. Lorelei bertempur dengan N’golth dan mati. Kolonel Tyson dibawa balik ke pangkalan di bulan.
 
Di pangkalan T’srri, kejadian itu telah mengejutkan tiga orang manusia iaitu Jamie, Kikuyo dan Valaria yang diculik dari zaman yang berbeza dan dijangkitkan dengan bio-tech bagi membolehkan mereka menjadi tentera T’srri. Kejutan tersebut mengganggu proses transformasi menyebabkan ketiga-tiga mereka masih dapat mengekalkan identity mereka walaupun sudah memiliki kuasa T’srri.  N’golth cuba nak keluarkan Master Logic Modul dari otak Kolonel Tyson tapi Tyson berjaya melepaskan diri. Dia teleport sama dengan Jamie, Kikuyo dan Valaria ke bumi.
 
N’golth klon Lorelei dan arahkan dia untuk memburu Kolonel Tyson dan yang lain-lain. Kolonel Tyson berjaya menjejaki bangkai dua buah kapal Batai dan T’srri yang terhempas ke bumi dan menemui Anti-Matter Device. Mereka merancang untuk memusnahkan pangkalan T’srri dengan menggunakan Anti-Matter Device. Tetapi kesemua mereka tertangkap. N’golth sudah hampir berjaya membuka Dimensional Gate. N’golth memberitahu Lorelai yang dia mahu menukar Kolonel Tyson dan yang lain-lain menjadi T’ssri dan menjadikan Lorelei sebagai komander. Kumpulan itu dinamakan WEAPON ZERO. Tapi Kolonel Tyson dan yang lain-lain berjaya melepaskan diri dan berjaya memusnahkan Dimesional Gate. Kolonel Tyson AKA Ordnance berjaya membunuh Lorelei dengan menggunakan Anti-Matter Device. WEAPON ZERO berjaya memusnahkan pangkalan T’ssri sebelum Ordnance teleport WEAPON ZERO kembali ke bumi.

Walaupun komik ni is a hot stuff back then, sayangnya ia hanya mampu bertahan sebanyak 15 isu pada tahun 1996 sebelum dihentikan. Dan aku pun tak tahu kalau Top Cow ada keluarkan trade paperback.  Malah aku sendiri tak ikut komik ni. Member aku yang gila tahap insane dengan komik yang beli. Jadi aku sekadar menjadi parasite, menumpang baca. Masa aku start tulis GERGASI (nama asalnya ialah Perisai) pada tahun 2005, aku mintak member aku (yang juga owner WEAPON ZERO) sketchkan watak Batara Waja ni. And he come with something similar to Kolonel Tyson AKA Ordnance. Plan aku ialah menyertakan sekali sketch ni dalam novel ni. Tapi manuskrip ni kena reject banyak kali. Sehinggalah aku hantar ke FIXI. Sebelum aku hantar ke FIXI, aku dah olah semula jalan ceritanya agar lebih sesuai untuk bacaan dewasa. Dan GERGASI dilahirkan. Sebagai bonus, aku post kat sini sketch oleh member aku. Aku ikut turutan. Kalau sesiapa yang dah baca GERGASI akan dapat trace kronologi event dalam novel GERGASI. By the way, member aku yang sketch ni namanya ialah Fazrul Hafizal Jaafar AKA EJ. A guy with tremendous talent that I crave over. Back then (berapa banyak kali dah aku guna ayat back then ni) kami ada impian yang besar. Kami nak team up dan berenang dalam industry komik. Dia jadi pelukis dan penulis, aku jadi colour artist dan penulis. At that time, there ain’t no mountain high enough, ain’t no river wide enough to stop us from achieve our dream. There is nothing imposibble to us. God I miss those two a**hole!

Looking at myself right now, I can’t help myself wondering what happen to me. What happen to EJ. Where have that two moron gone. I guess we got f**k up along the way of our life. Reality bites my friends, reality bites! Jadi nasihat aku pada korang semua, kalau ada impian dan angan-angan, jangan lepaskan begitu sahaja. Kejarlah, kejarlah, kejarlah! Sama ada dapat atau tidak korang dakap impian dan angan-angan itu tidak akan menjadi kisah selagi korang mencuba. Sekurang-kurangnya korang akan puashati sebab telah berusaha sedaya upaya. Trust me on this! Aku sendiri sekarang menyesal sebab lepaskan impian aku tu macam tu aje. Sekarang aku jadik penulis. Walau susah macamana pun, walau kegagalan demi kegagalan datang menampar muka aku yang selembut bak sehalus sutera ni (rasa akulah), walau masa depan tak berapa nampak cahaya di penghujungnya, walau aku takkan kaya dan mati miskin papa kedana, aku akan setia sebagai penulis. Because now, this in my dream. Aku taknak menyesal lagi.
Anyway, enjoy!     
S-100 Tenggiling

CAMAR - Cantuman Manusia dan Robot