Sunday, 25 November 2012

Bercakap Dengan Jin

Kulit keluaran Bercakap Dengan Jin jilid pertama (original)

Masa aku kecik-kecik lagi dah minat membaca. Tetapi sebagai seorang budak yang normal, bahan bacaan awal adalah komik atau majalah humor. Aku ingat dulu komik-komik tempatan dengan print hitam putih dengan harga cuma 70 sen sekeping (roti canai sekarang pun harga 70 sen). Dan juga majalah Gila-Gila, Batu Api, Gelihati (Semua dah takda cuma tinggal Gila-Gila). Setiap kali mak aku nak ke bandar aku akan pesan mak aku belikan aku komik. Tapi mak aku bijak. Taknak aku terus baca komik, dia belikan aku buku cerita. Buku cerita pertama yang aku baca ialah terjemahan Hercules dalam bahasa Melayu (ntah manalah buku tu hilang. Nyesal aku tak simpan). Selain dari tu aku ingat majalah Variasi makcik aku selalu beli untuk bacaan dialah. Tapi aku curi-curi baca. Penuh dengan cerita mistik dalamnya. Kalau sekarang ni lebih kurang macam Mastika lah. (Percaya atau tidak, Mastika ni suatu ketika dulu adalah majalah berilmiah, sama taraf dengan Dewan Siswa keluaran DBP. La ni dah jadi apa pun aku tak tahu). Dalam Variasi ni adalah artikel orang jumpa pontianaklah, jumpa hantu rayalah, mayat takda kepalalah, hantu jepunlah. Gambar pulak ala-ala orang tunjuk tangan kat area dia nampak mahluk halus tu (He! He! He! Teringat aku novel Karipap-Karipap Cinta). Terdapat juga siri fiksyen seram tulisan Tamar Jalis bertajuk Bercakap Dengan Jin.

Tapi aku tak follow BDJ dalam Variasi sebab malas nak tunggu sebulan ke sebulan keluarannya. Jadi bila ia dibukukan, cepat aku mintak mak aku belikan. Mak aku OK je terus belikan. Untuk pengetahuan umur aku masa tu baru 7 tahun! Baru darjah satu dah baca buku jin. Buku BDJ pertama keluar tak silap aku pada tahun 1981 atau 82 lebih kurang macam tu. Aku tak tahu betul atau tidak sebab aku takda rekod yang menyokong pendapat aku tapi rasanya siri BDJ ni adalah buku yang paling laris jualannya dalam sejarah industri buku fiksyen negara kita. Buku yang menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Tamar Jalis bersama datuknya yang memiliki pengetahuan dalam ilmu perubatan tradisional (mind you, datuk Tamar Jalis bukannya bomoh!). Hebatnya BDJ sehingga menyebabkan banyak buku-buku klon. Berkelahi dengan syaitan. Bercakap dengan hantu. Bercakap dengan bajang. Berdiskusi dengan Imam (?!). Begitu juga dengan klon karakter ‘Datuk’. Pak Tua Mahat, Tok Alang Bumin, Pakcik sebelah rumah aku (eh, silap!).

Lama dah orang tertanya-tanya identiti sebenar Tamar Jalis ni. Aku sendiri tak percaya Tamar Jalis ni wujud sebab pada aku Tamar tu bukan ke kurma? Ada ke orang letak nama anak dia buah kurma? Tapi aku masih percaya yang BDJ sedikit sebanyak adalah berdasarkan pengalaman penulis. Kenapa? Kerana ada beberapa bahagian dalam siri buku ni yang agak detail. Nama tempat, nama orang (ada sesetengah watak tu penulisnya relate dengan orang yang benar-benar wujud. Contohnya Jins Shamsudin (bercakap dengan Jins?)). Dan akhirnya setelah berapa tahun buku ni menemui peminat, si penulisnya menunjukkan diri. Nama sebenar penulisnya ialah Ahmad Radzi Mahmud. Berasal dari Bruas, Perak (tu sebabnya kenapa ceritanya berlatar belakangkan daerah sekitar Perak atau negeri-negeri yang hampir dengannya). Usianya dah melebihi 70. Menurutnya dia mula menulis BDJ sewaktu berusia 40 tahun (lewat betul! Aku yang start menulis secara serius pada umur 24 pun dah rasa lewat sangat). Kini beliau menetap di Kota Damansara. Menurut Ahmad Radzi, karakter ‘Datuk’ itu berdasarkan pada datuknya bernama Kulup Muhamad Diah atau Long Mat Piah, seorang pengamal perubatan tradisional. Seperti juga dalam buku, Ahmad Radzi ni cucu kesayangan datuknya jadi selalulah dibawa kesana kemari. Dari situlah Ahmad Radzi menimba pengalaman yang akhirnya tumpah ke tinta putih untuk santapan minda kita semua.

Fenomena BDJ ni yang menyaksikan lambakan buku-buku seram bagaimana pun menerima tamparan hebat apabila orang ramai mula mempersoalkan kesannya pada minda masyarakat. Ada pihak mengkritik bahawa buku-buku sebegini akan menyebabkan syirik, dan khurafat. Ada pulak yang kata buku-buku macam ni takda faedah dibaca dan hanya meninggalkan kesan yang negatif, merosakkan minda dan membazirkan masa. Maka terima kasih pada (samada Mohd. Rahmat atau Rais Yatim) maka istilah bahan tahyul diharamkan dari media perdana. Mungkin ada betulnya pendapat ini. Tapi aku tak bersetuju kalau BDJ di jadikan kambing hitam. Sebenarnya di zaman persekolahan aku dulu, bahan bacaan untuk budak lelaki memang takda! Tak macam sekarang, sudah ada pilihan (walaupun masih terhad) untuk pembaca lelaki. Karya dari penulis seperti Ramlee Awang Murshid, Eyman Hykal, Khairul Nizam Khairani (penulis faveret aku tu. Semua buku dia aku dapat free!) Jadi bagi seseorang yang dahagakan bahan bacaan untuk penjantan tangguh macam aku ni maka aku beralih minat pada buku BDJ. Namun BDJ bukanlah buku yang keluar tiap-tiap bulan. Ia keluar setahun sekali kompilasi siri dari Variasi yang dijilidkan. Maka aku pun belilah buku Bercakap Dengan Puaka, Berkelahi Dengan Syaitan, Bergaduh Dengan Babi. Ada di antara buku-buku tersebut sebenarnya lebih cenderung ke arah perubatan tradisional yang keislaman. Tapi tak nafikan jugak ada yang merapu. Jadi seperti biasa, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Lembu sekor bawak lumpur, habis semua pergi Kuala Lumpur. Dan akhirnya KDN pun melakukan serangan ke atas syarikat-syarikat ni yang banyaknya takda lesen dan tak dapat kebenaran menerbitkan buku. Dan bagi yang memohon nak terbitkan buku macam tu kena beku pulak (untuk pengetahuan, buku-buku atau bahan cetakan yang bersiri mestilah mendapatkan kelulusan KDN). Maka terkuburlah trend buku-buku seram ni.    

Sebenarnya bukan setakat pihak awam yang kritis dengan kehadiran BDJ. Orang-orang yang terlibat dalam industri penulisan pun sama juga. Mereka menganggap BDJ sebagai karya picisan. Tidak ada nilai seni. Karya bodoh dan sesiapa pun boleh tulis karya macam BDJ. Aku menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan ini. Bagi sesiapa yang pernah membaca BDJ maka cuba bandingkan buku ini dengan novel-novel cinta yang ada kat pasaran sekarang. Sewaktu aku nak tulis novel romantik komedi, oleh kerana aku tak punya pengalaman menulis manuskrip dengan genre macam ni maka aku beli beberapa buah novel cinta. Enam keping semuanya. Secara jujur aku nyatakan dari enam buah novel ini, empat darinya aku declare sebagai sampah. Aku meletakkan taraf sampah pada buku ini berdasarkan pada beberapa perkara. Pertama, jalan cerita yang terlalu tipikal. Baca dua bab dah boleh jangka apa yang berlaku dan bagaimana ia berakhir. Kedua, tidak ada rasa keterujaan. Dah cerita boleh dijangka, apa yang excitednya. Bosan lagi adalah. Penyampaiannya pun mendatar. Macam orang baca sajak dalam nada baca buku sains. Ketiga, meleret-leret dan ditarik-tarik dan dipanjang-panjangkan. Bak kata pepatah, sejengkal jadi sedepa. Benda sikit yang nak dicerita sampai lima enam muka surat. Keempat, penulisannya, cara penyampaiannya, susunan ayatnya, garapannya macam budak ambik SPM buat karangan yang layaknya dapat F9! Kelima, dah nama romantik komedi, jenaka pun tak lucu. Kelakar yang tak kelakar (kalau kelakar bodoh tapi lucu ada ampun lagi). Bak kata omputih, dry joke. Aku tak boleh nak hadam buku-buku ni. Baru masuk bab kedua dah aku campak ke penjuru bilik! Ya! aku CAMPAK buku tu! Peliknya pada muka depan tu menunjukkan betapa buku tu dah diulang cetak lebih sepuluh kali dalam tempoh setahun!

Kalau sesiapa baca BDJ akan dapat lihat dengan jelas walaupun ia novel seram tapi penyusunan ayatnya, gaya bahasanya, garapan ceritanya memiliki standard yang sangat baik. Ahmad Radzi adalah bekas wartawan, orang lama jadi stail penulisannya old school. Ditambah pula ceritanya bersandarkan pengalamannya jadi ia ditulis dengan jiwa. Bak kata omputeh, write with a soul. Jadi pembaca yang baca akan dapat menjiwai perasaan Tamar Jalis walaupun mungkin tidak ada sebarang persamaan kehidupan pembaca dengan penulis. Dalam kata lain, membaca BDJ seolah-olah membaca autobiografi penulis. Selain dari itu, secara tidak langsung BDJ sebenarnya mendekatkan kita orang Melayu moden ni dengan budaya, amalan, petua dan cara hidup orang Melayu yang semakin lama semakin hilang ditelan zaman.

Aku sendiri mengaku dalam membentuk stail penulisan aku, aku menjadikan corak penulisan BDJ sebagai asas. Dari situ barulah aku tingkatkan mutu penulisan aku sedikit demi sedikit. Malah secara jujurnya juga aku akui, BDJ adalah buku bahasa Melayu paling enjoy aku baca. That’s the important thing, buku itu mengasyikkan. Jadi aku sebagai penulis generasi baru mengucapkan ribuan terima kasih pada Ahmad Radzi. Mungkin beliau tidak menyedari besar jasanya serta sumbangannya dalam dunia novel tempatan. Aku tak pasti kalau siri buku BDJ ada di pasaran lagi atau tidak. Tak silap aku beberapa tahun lepas buku siri BDJ ni ada dicetak kembali oleh syarikat lain. Tapi tak taulah kalau syarikat tu ada cetak lagi. Kalau ada korang tangkaplah buku-buku tu. Mengasyikkan. Seolah-olah korang mengembara sekitar tanah Melayu di zaman sebelum merdeka.

Saturday, 10 November 2012

WEAPON ZERO

Dah lama aku tak cerita pasal komik. Bersempena keluarnya buku baru aku, GERGASI. Macam yang aku bagitahu, GERGASI inspired dari beberapa karakter. Guyver, Karas, Ash, Manowar, Weapon Zero. Aku nak cerita tentang salah satu karakter yang menjadi inspirasi novel itu iaitu WEAPON ZERO.  Walaupun WEAPON ZERO ni kira hero berkumpulan tapi watak GERGASI secara fizikalnya aku based specifically pada karakter Kolonel Tyson Stone AKA Ordnance. Ordnance memiliki sut perisai simbiotik dan berkemampuan untuk mencipta apa jua jenis senjata dengan sutnya serta mampu berteleportasi (sound familiar?).
 
Anggota lain ialah Jamie Tarleton AKA Fist. Fist mampu generate tenaga pada tangannya dan setiap tumbukannya mampu menghasilkan ledakan.
Kikuyo AKA Slice. Kikuyo ialah seorang puteri Jepun yang diculik pada abad ke 16. Slice memiliki kuku yang tajam ala-ala Warblade dari WildCATS.
 
Valaria AKA Leviathan. Valaria ni cuma seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Roman. Kemampuannya mampu berubah kepada raksasa. Ala-ala Hulk la ni.
 
WEAPON ZERO diterbitkan oleh Top Cow Production dengan lima isu mini siri pada tahun 1995. Kisah bermula apabila tiga astronaut US dihantar ke bulan menemui pangkalan rahsia mahluk asing bernama T’srri. Dua orang astronaut maut sementara Kolonel Tyson Stone berjaya melepaskan diri. Tapi dia di jangkiti bio-tech T’srri yang membolehkan dia berubah menjadi tentera T’srri. Kembali ke bumi, isterinya Lorelei membuka rahsia yang dia adalah mahluk asing dari bangsa Batai yang berperang dengan T’srri. N’golth, komander T’srri mengejar Kolonel Tyson ke bumi bagi mendapatkan balik bio-tech yang menjangkiti Kolonel Tyson iaitu Master Logic Module. Master Logic Module membolehkan N’golth membuka Dimensional Gate membenarkan lebih ramai T’srri datang ke galaksi ini. Lorelei bertempur dengan N’golth dan mati. Kolonel Tyson dibawa balik ke pangkalan di bulan.
 
Di pangkalan T’srri, kejadian itu telah mengejutkan tiga orang manusia iaitu Jamie, Kikuyo dan Valaria yang diculik dari zaman yang berbeza dan dijangkitkan dengan bio-tech bagi membolehkan mereka menjadi tentera T’srri. Kejutan tersebut mengganggu proses transformasi menyebabkan ketiga-tiga mereka masih dapat mengekalkan identity mereka walaupun sudah memiliki kuasa T’srri.  N’golth cuba nak keluarkan Master Logic Modul dari otak Kolonel Tyson tapi Tyson berjaya melepaskan diri. Dia teleport sama dengan Jamie, Kikuyo dan Valaria ke bumi.
 
N’golth klon Lorelei dan arahkan dia untuk memburu Kolonel Tyson dan yang lain-lain. Kolonel Tyson berjaya menjejaki bangkai dua buah kapal Batai dan T’srri yang terhempas ke bumi dan menemui Anti-Matter Device. Mereka merancang untuk memusnahkan pangkalan T’srri dengan menggunakan Anti-Matter Device. Tetapi kesemua mereka tertangkap. N’golth sudah hampir berjaya membuka Dimensional Gate. N’golth memberitahu Lorelai yang dia mahu menukar Kolonel Tyson dan yang lain-lain menjadi T’ssri dan menjadikan Lorelei sebagai komander. Kumpulan itu dinamakan WEAPON ZERO. Tapi Kolonel Tyson dan yang lain-lain berjaya melepaskan diri dan berjaya memusnahkan Dimesional Gate. Kolonel Tyson AKA Ordnance berjaya membunuh Lorelei dengan menggunakan Anti-Matter Device. WEAPON ZERO berjaya memusnahkan pangkalan T’ssri sebelum Ordnance teleport WEAPON ZERO kembali ke bumi.

Walaupun komik ni is a hot stuff back then, sayangnya ia hanya mampu bertahan sebanyak 15 isu pada tahun 1996 sebelum dihentikan. Dan aku pun tak tahu kalau Top Cow ada keluarkan trade paperback.  Malah aku sendiri tak ikut komik ni. Member aku yang gila tahap insane dengan komik yang beli. Jadi aku sekadar menjadi parasite, menumpang baca. Masa aku start tulis GERGASI (nama asalnya ialah Perisai) pada tahun 2005, aku mintak member aku (yang juga owner WEAPON ZERO) sketchkan watak Batara Waja ni. And he come with something similar to Kolonel Tyson AKA Ordnance. Plan aku ialah menyertakan sekali sketch ni dalam novel ni. Tapi manuskrip ni kena reject banyak kali. Sehinggalah aku hantar ke FIXI. Sebelum aku hantar ke FIXI, aku dah olah semula jalan ceritanya agar lebih sesuai untuk bacaan dewasa. Dan GERGASI dilahirkan. Sebagai bonus, aku post kat sini sketch oleh member aku. Aku ikut turutan. Kalau sesiapa yang dah baca GERGASI akan dapat trace kronologi event dalam novel GERGASI. By the way, member aku yang sketch ni namanya ialah Fazrul Hafizal Jaafar AKA EJ. A guy with tremendous talent that I crave over. Back then (berapa banyak kali dah aku guna ayat back then ni) kami ada impian yang besar. Kami nak team up dan berenang dalam industry komik. Dia jadi pelukis dan penulis, aku jadi colour artist dan penulis. At that time, there ain’t no mountain high enough, ain’t no river wide enough to stop us from achieve our dream. There is nothing imposibble to us. God I miss those two a**hole!

Looking at myself right now, I can’t help myself wondering what happen to me. What happen to EJ. Where have that two moron gone. I guess we got f**k up along the way of our life. Reality bites my friends, reality bites! Jadi nasihat aku pada korang semua, kalau ada impian dan angan-angan, jangan lepaskan begitu sahaja. Kejarlah, kejarlah, kejarlah! Sama ada dapat atau tidak korang dakap impian dan angan-angan itu tidak akan menjadi kisah selagi korang mencuba. Sekurang-kurangnya korang akan puashati sebab telah berusaha sedaya upaya. Trust me on this! Aku sendiri sekarang menyesal sebab lepaskan impian aku tu macam tu aje. Sekarang aku jadik penulis. Walau susah macamana pun, walau kegagalan demi kegagalan datang menampar muka aku yang selembut bak sehalus sutera ni (rasa akulah), walau masa depan tak berapa nampak cahaya di penghujungnya, walau aku takkan kaya dan mati miskin papa kedana, aku akan setia sebagai penulis. Because now, this in my dream. Aku taknak menyesal lagi.
Anyway, enjoy!     
S-100 Tenggiling

CAMAR - Cantuman Manusia dan Robot


Sunday, 21 October 2012

GERGASI


Ketepi! Ketepi! Gergasi sudah kembali!
Ha! Ha! Ha! Aku nyanyi lagu KRU. Buat tabiat nak mampus! Kawan-kawan, rakan-rakan, handai taulan, pak menakan, aku nak bagi tau, buku terkini aku dah pun masuk pasaran. Dan tajuknya ialah......GERGASI! Dah aku nyanyi lagu KRU tadi, gergasi la tajuk dia. Kalau nyanyi lagu Jalil Hamid, AYAM la tajuk dia.

Novel ni terbitan FIXI. Tapi takdalah ganas sangat macam buku FIXI yang sebelum ni. Bergenrekan Sci-fi. Aku tahu, banyak novel Sci-fi kat Malaysia susah pembaca nak hadam sebab kadang-kadang terlalu kebudak-budakan. Jadi aku cuba untuk tidak memperbudakkan pembaca. Aku teringat satu temuramah dengan penulis Walking Dead (ya, komik dan tv series). Katanya walau pun ia berkisar zombie tapi ia cuma asas cerita. Tapi teras ceritanya berkisar sifat manusia. Bagaimana manusia bereaksi apabila berhadapan dengan situasi yang macam tu. Jadi aku cuba menerapkan nilai yang sama. Ia kisah Sci-fi tapi banyak menyelami sifat manusia. Rasa cinta, kecewa, setia kawan dan tanggungjawab dalam menghadapi kehidupan seharian. Jadi walaupun temanya agak santai tapi aku memperihalkan emosi manusia. 

Manuskrip ni asal tajuknya ialah Perisai. Tapi FIXI nak sedikit kelainan. Dan aku rasa ada sedikit kemisterian dengan tajuk GERGASI. Percaya atau tidak, aku tulis dan siapkan manuskrip ni pada tahun 2005, sebelum aku mula tulis Kudeta lagi. Aku jaja cerita ni ke hulu, ke hilir. Tapi tak laku. Tujuh tahun kemudian, FIXI sudi nak publish. Terima kasih Encik Amir! Manuskrip ni inspired dari beberapa karakter komik dan anime. Weapon Zero, Ash, Karas, Guyver. Dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan filem MANTERA. nanti orang ingat aku cedok idea filem tu plak. And check the cover out! POWERRR!!! Designernya ialah saudara Teck Hee. Aku sendiri teruja bila FIXI e-mel cover ni kat aku. Ternganga aku. Rasa macam nak post kat blog tapi aku kena tunggu sampai FIXI launch buku ni dulu. Tulisan kanji Cina pada sut tu bermaksud 'Pahlawan'. Menatang kat kepala tu mula-mula aku ingat rimau. Tapi bila check betul-betul, naga! Novel ni lain dari novel sci-fi yang ada kat Malaysia. Dan seperti yang aku katakan tadi, ia tidak keanak-anakan. Dan rasanya ia sesuai jugak dengan pembaca wanita sebab aku ada selitkan elemen cinta (not your typical lovey dovey stuff though).

Banyak benda aku nak cerita tapi aku taknak spoilkan ceritanya. Buy it! Read it! Evaluate yourself. Tapi aku jamin, you won't regret it! Buku boleh di dapati di toko-toko besar seperti MPH dan Popular (kalau tak kena banned la). Atau boleh dibeli online di http://fixi.com.my/gergasi

Cerita lain pulak. Dengan penuh rasa dukacita ingin aku maklumkan nasib manuskrip Bidak Patriot yang aku hantar ke Alaf 21 kecundang. Menurut editor Alaf 21, buku aku tak cukup local (tafsiran aku la). Malah editor mintak supaya aku tak tulis manuskrip bergenrekan military thriller lagi sebab dah ada penulis yang tulis genre macam tu. Maaflah kengkawan. Memang korang takkan dapat baca lagi kisah Arman dan Awai. Sekarang ni aku tengah nak upgrade satu lagi manuskrip sci-fi yang aku tulis tahun 2004 bertajuk Hanuman yang aku cadang nak hantar ke FIXI. Ia berkisar science research gone wrong. Harapnya GERGASI boleh jual jadi takdalah FIXI serik nak publish buku aku. Anyway, aku harap korang akan sokong aku. Belilah buku aku. Belilah barangan buatan Malaysia. 

Tuesday, 2 October 2012

Terbakarnya Klewang


Di kala kita meraikan sambutan 55 tahun kemerdekaan Malaysia yang lalu, Indonesia telah melancarkan kapal pertama dari empat buah kapal daripada program KCR Trimaran yang dinamakan KRI Klewang. Gah dan agam kapal tersebut dilancarkan dengan penuh rasa bangga oleh rakyat Indonesia. Ini kerana, program yang dimulakan pada tahun 2007 itu telah dihasilkan di Indonesia dengan menggunakan seratus peratus tenaga anak tempatan. Rekabentuknya berdasarkan kepada rekabentuk oleh firma New Zealand; LOMOcean Design. Bahan binaan untuk badan menggunakan bahan komposit serat karbon dari China. KRI Klewang akan memulakan operasi pada 2013 dan tiga buah lagi kapal akan siap pembinaannya pada 2014. Sewaktu dilancarkan, KRI Klewang masib belum dilengkapi dengan persenjataan. Ia dikatakan boleh dilengkapkan dengan RBS-15, Penguin atau Exocet. Namun China telah diberi kepercayaan untuk melengkapkan KRI Klewang dengan persenjataan CIWS (Close In Weapon System). Selalunya negara-negara Eropah atau US tidak begitu cenderung untuk mengintegrasikan sistem persenjataan mereka dengan sistem persenjataan dari China. Jadi dikatakan Klewang akan dilengkapkan dengan persenjataan menyamai bot penyerang kelas Houbei yang dilengkapi peluru berpandu dari China. Namun belum sebulan kapal tersebut dilancarkan, ia telah mengalami kebakaran dan tenggelam. Dikatakan punca kebakaran adalah kerana lintar pintas dan oleh kerana badan kapal yang diperbuat daripada komposit serat karbon maka api merebak dengan begitu cepat tanpa dapat dikawal.
 
Kelajuan KRI Klewang mampu mencecah 35 knot dengan 27 orang kru tidak termasuk 10 orang anggota pasukan khas (jika perlu). Bentuk kapal ini juga direka dengan membolehkan bot pasukan khas (RHIB) diturun naikkan ke permukaan dengan mudah dan disimpan dengan baik sekiranya tidak diperlukan (lebih kurang macam hangar untuk RHIB). Rekabentuknya juga menjadikan kapal ini meminimumkan pantulan isyarat radar, infra red, akustik dan magnetik (kalau korang fahamlah apa maksudnya) yang memberikan kemampuan stealth pada kapal ini. Tapi aku pasti semua orang nak tahu perbandingan kapal KCR Trimaran ini dengan kapal dari program SGPV Malaysia. Pertama sekali ingin aku perjelaskan, KCR Trimaran tidak berada dalam kelas yang sama dengan SGPV. KCR Trimaran merupakan sebuah bot penyerang yang besar. Ia boleh disama kelaskan dengan bot penyerang Houbei dari China. Sementara SGPV pula merupakan sebuah frigate (atau LCS – Litoral Combat Ship, mengikut istilah TLDM). Walau pun ramai blogger Indonesia yang mendakwa KCR Trimaran ini adalah sebuah frigate namun frigate atau corvette memiliki ciri-ciri tertentu. Salah satu daripadanya ialah saiz. Saiz frigate selalunya adalah dari 80 meter ke 130 meter. Walaupun ada frigate dengan kepanjangan sekitar 70-80 meter namun jumlahnya sangat kecil dan seringkali diletakkan kategori frigate oleh negara yang memiliki kapal tersebut walaupun kesahihannya boleh dipertikai (ini lebih kepada taktik perang saraf). Namun belum ada lagi frigate bersaiz lebih kecil dari itu. Panjang KCR Trimaran pula hanyalah 63 meter. Panjang SGPV yang dicadangkan oleh TLDM ialah sekitar 90-100 meter. TLDM menyatakan mahukan LCS SGPV ini lebih panjang dari kapal kelas Kedah (panjang kapal kelas Kedah adalah 96 meter) tetapi lebih kecil dari saiz asal frigate Gowind. Kapal SGPV dibina berasaskan kepada frigate Gowind yang bersaiz dari 80-130 meter. Ada kemungkinan, secara spesifiknya, SGPV adalah berdasarkan Gowind 170 yang saiz asalnya ialah 115 meter.
Bot penyerang laju Houbei
 

Tempoh operasi KCR Trimaran pula hanyalah selama 10 hari berbanding frigate Gowind iaitu 21 ke 28 hari, bergantung kepada bekalan dan jumlah kru yang berada di atas kapal tersebut. Tempoh sepuluh hari adalah satu tempoh yang singkat bagi sebuah kapal untuk beroperasi di laut lepas. Jarak rondaannya juga agak terhad dan tidak boleh terlalu jauh dari pangkalan menyukarkan kapal ini melakukan rondaan yang efektif di perairan zon ekonomi eksklusif yang jaraknya amat panjang mengelilingi perairan sebuah negara seperti Indonesia apatah lagi untuk berada di perairan antarabangsa dalam satu tempoh masa yang lama. Jadi sekiranya Indonesia perlu untuk menghantar sebuah kapal untuk operasi ketenteraan (i.e. operasi membanteras lanun di teluk Aden) maka KRI Klewang bukanlah kapal yang sesuai untuk misi tersebut. Persenjataannya juga amat terhad. Mengikut perancangan, KRI Klewang akan dilengkapi dengan 8 peluru berpandu anti permukaan dengan jarak 120km, meriam berkaliber 40-57mm serta CIWS berkaliber kecil. Pendek kata, KCR Trimaran merupakan sebuah bot penyerang yang berperanan dalam tugasan rondaan persisiran pantai dan juga tugasan misi rahsia yang melibatkan pasukan khas. Bukan sebuah kapal perang barisan hadapan. Akronim KCR itu juga sebenarnya bermaksud Kapal Cepat Rudal yang merujuk kepada bot penyerang laju yang dilengkapi peluru berpandu.
Gowind 170

Formidable

Sebenarnya SGPV adalah jawapan balas Malaysia kepada enam kapal perang termoden milik Singapura dari kelas Formidable. Enam buah frigate ini yang terdiri daripada RSS Formidable, RSS Intrepid, RSS Steadfast, RSS Tenacious, RSS Stalwart dan RSS Supreme merupakan frigate termoden dengan rekabentuk stealth. Ini mungkin sebab utama kenapa TLDM tidak meneruskan program NGPV yang melibatkan kapal Meko 100 (Kelas Kedah) sebaliknya beralih kepada kapal kelas Gowind yang dianggap standing dengan kapal kelas Formidable. Frigate kelas Formidable dibina berdasarkan frigate kelas La Fayette. Program frigate kelas Formidable ini telah bermula sejak tahun 90an lagi dan pembinaannya bermula pada tahun 2002. Seperti juga Malaysia, Singapura tidak mengambil seratus peratus ciri-ciri frigate La Fayette sebaliknya ia disesuaikan dengan keperluan dan kehendak Republic of Singapore Navy (RSN). Kepanjangannya ialah 114 meter dengan berat 3200 tan. Kepanjangan SGPV ialah 90-100 meter dengan berat 2200-2400 tan. Mempunyai tahap kelajuan yang sama iaitu 22-27 knot. Boleh membawa kru sehingga 70-140 orang (termasuk kru udara dan pasukan khas jika perlu). SGPV pula adalah seramai 70-90 orang (termasuk kru udara dan pasukan khas jika perlu).
 
RSS Steadfast
Rekabentuk asas SGPV
Sistem radarnya ialah radar pelbagai fungsi jenis Thales Herakles yang membolehkan pemantauan tiga dimensi (udara, permukaan laut dan bawah permukaan laut) menjangkau jarak 250km. Apa yang menariknya ialah kemampuan radarnya yang bukan sahaja mampu menyerap pantulan radar musuh, malah mampu pula membias isyarat radar tersebut ke arah yang lain bagi mengelirukan pihak musuh untuk mengesan kedudukan frigate tersebut. TLDM pula mahukan sistem radar Thales Tacticos dipasang pada SGPV kerana ia adalah sistem yang sama yang dipasang pada kapal kelas Lekiu. Namun kerajaan Malaysia lebih berminat kepada sistem radar DCNS SETIS yang dikatakan memiliki kemampuan yang sama seperti sistem Thales Herakles. Frigate kelas Formidable boleh berlayar bersama sebuah helicopter jenis Sikorsky S-70 Seahawk bersama 14 orang krunya. Lengkap dengan hangar bagi menyimpan helikopter tersebut. SGPV juga akan memiliki kemampuan yang sama, membawa pesawat helikopter bersama krunya dan dilengkapi dengan hangar bagi membolehkan pesawat itu beroperasi di atas frigate SGPV. Saiz dan rekabentuk KCR Klewang tidak memiliki kemampuan tersebut. Ia tidak mempunyai platform pendaratan, apatah lagi hangar penyimpanan pesawat. Sikorsky S-70 Seahawk milik RSN dibina khas bagi kegunaan frigate kelas Formidable dengan tugasan khusus maritim dan berkemampuan untuk membawa apa yang dipanggil ‘dipping sonar’. Alat sonar berbentuk seperti boya yang dibawa pesawat dan akan direndam di bawah permukaan sedang pesawat terapung-apung di udara bagi mengesan kedudukan kapal selam. Ia juga mampu membawa dan melancarkan 3 torpedo jenis Raytheon. TLDM berhasrat untuk memiliki enam buah helikopter khusus untuk tugasan maritim bagi dipasangkan dengan frigate SGPV dan sudah pun mendaftarkannya ke dalam Rancangan Malaysia ke-10. Amerika Syarikat telah melobi pesawat MH-60 Seahawk sementara Eurocopter pula mengusulkan naval type EC725.    
 
Hangar & landing pad helikopter SGPV

Dari sudut persenjataan, frigate kelas Formidable dilengkapi dengan tiub VLS (vertical launch system) iaitu pelancar peluru berpandu secara menegak yang boleh melancarkan peluru berpandu anti pesawat Aster 15 yang menjangkau jarak 15km. Sebanyak 32 buah peluru berpandu boleh dibawa dalam satu masa. Bagi peluru berpandu permukaan ke permukaan, Formidable dilengkapi dengan peluru berpandu Boeing Harpoon yang mampu menjangkau jarak 130km. Frigate ini juga dilengkapi dengan tiga tiub pelancar torpedo dari jenis Eurotop A244. Selain dari itu, ia juga dipasang meriam Oto Melara 76mm dan 4 mesingan ringan CIS 50MG 12.7mm. Bagi frigate SGPV, masih belum ada kepastian akan persenjataannya. Apa yang nyatakan di sini adalah persenjataan yang dicadangkan oleh pihak Boustead Naval Shipyard dan DCNS namun pihak TLDM dikatakan mempunyai pilihan yang tersendiri. Persenjataan yang diusulkan DCNS dan Boustead Naval Shipyard adalah MBDA Mica untuk peluru berpandu anti pesawat. Namun TLDM berkehendakkan peluru berpandu Raytheon ESSM (Evolved Sea Sparrow Missile) yang boleh menjangkau jarak 50 km. Ini kerana telah diketahui bahawa pertahanan udara anti pesawat negara dipikul oleh TLDM kerana peluru berpandu anti pesawat dalam jarak sederhana hanya dilancarkan dari kapal-kapal perang. Persenjataan yang dimiliki GAPU (Grup Artileri Pertahanan Udara) tentera darat hanya terhad untuk pintasan pesawat dalam ketinggian yang rendah. Jadi kemampuan peluru berpandu permukaan ke udara yang akan dipasang pada SGPV bukan sahaja berperanan melindungi kapal tersebut malah juga melindungi ruang udara negara.
Aster 15

 Harpoon
Raytheon ESSM
Peluru berpandu permukaan ke permukaan pula, DCNS dan BNS mencadangkan peluru berpandu terbaru dari Kongsberg Defence & Aerospace iaitu NSM (Naval Strike Missile). NSM sebenarnya adalah kesinambungan daripada peluru berpandu jenis Penguin dan ia boleh mencapai jarak 180km. Jangkauan jarak peluru berpandu permukaan ke permukaan yang jauh ini signifikan dengan sebuah kapal stealth. Sebuah kapal yang gagal dikesan oleh radar, harus mampu melancarkan serangan peluru berpandu dari jauh bagi mengelakkan lokasi mereka dikesan pihak musuh. Apatah lagi armada TLDM adalah agak kecil dengan jumlah kapal penyerang berjumlah kurang dari 40 buah. Bayangkan jika kita terpaksa berhadapan dengan armada TNI-AL yang berjumlah lebih 300 buah kapal dan bot penyerang. Bagaimana pun TLDM memilih untuk menggunakan Exocet MM40 Blk III atas alasan logistic kerana kebanyakan kapal perang terkini milik TLDM menggunakan peluru berpandu jenis exocet. Meriam yang akan digunakan ialah Bofors 57mm MK2 sebagai meriam utama dan dua meriam sekunder 30mm dari MSI Defence system. Bagi torpedo, berdasarkan pada alasan yang sama seperti peluru berpandu Exocet iaitu kemudahan logistic, kemungkinan SGPV akan dilengkapi dengan sistem torpedo yang sama yang dipasang pada kapal kelas Lekiu iaitu torpedo Stingray dengan sistem pelancar B515
NSM

 Exocet
Bofors 57mm MK2

MSI 30mm
Dari perbandingan ketiga-tiga kelas kapal dari tiga buah negara jelas sekali KCR Trimaran ini bukanlah berada di dalam kelas yang sama seperti frigate kelas Formidable mahu pun LCS SGPV. KRI Klewang ini lebih merupakan sebuah bot penyerang laju. Flotilla yang sama kelas dalam TLDM mungkin dari kelas Perdana dan kelas Handalan yang merupakan FAC-M (Fast Attack Craft - Missile). Kalau perbandingan hendak dibuat dengan kapal dari Indonesia maka corvette kelas Sigma yang dimiliki Indonesia adalah lebih tepat untuk dikategorikan sama dengan SGPV. Indonesia memiliki empat buah corvette kelas Sigma 9113 iaitu KRI Diponegoro, KRI Sultan Hasanuddin, KRI Sultan Iskandar Muda dan KRI Frans Kaisiepo. Seperti juga frigate kelas Formidable dan dan SGPV, corvette kelas Sigma ini dibangunkan hasil kerjasama di antara Indonesia dengan Schelde Navalship Building. Program bermula pada 2004 dan corvette pertama ditauliahkan pada 2007. Memiliki kepanjangan 90 meter dengan berat 1700 tan, berkelajuan 28knot dengan anak kapal seramai 80 orang. Dilengkapi persenjataan peluru berpandu anti pesawat MBDA Mistral Tetral dengan jangkauan jarak sejauh 5km. Peluru berpandu permukaan ke permukaan ialah Exocet MM40 Blk II. Meriam utama Oto Melara 76mm dengan dua meriam sekunder Vector G12 20mm. Sistem torpedo ialah B515.
KRI Diponegoro 
Terbakarnya KRI Klewang umpama satu tamparan hebat buat TNI-AL. Malah ada blogger Indonesia yang mendakwa bahawa terbakarnya kapal tersebut adalah kerana sabotaj Paskal. Aku tak pasti tentang itu namun aku tidak percaya yang TLDM akan bertindak sedemikian rupa atas tujuan yang tidak pasti. Insiden ini amat memalukan TNI-AL namun pada aku ini adalah sesuatu yang normal. Dalam kita berusaha pasti akan berlaku kegagalan. Kita mungkin mentertawakan Indonesia di atas insiden ini namun harus diingat, Indonesia mempunyai semangat yang kuat. Aku pasti mereka akan belajar dari kesilapan dari kegagalan ini. Malah apa yang berlaku pada KRI Klewang tidak mencerminkan satu kegagalan buat Indonesia. Harus diingat, Indonesia dengan usahasama firma asing telah berjaya membina empat buah corvette kelas sigma dan akan membina frigate PKR 105 berdasarkan pada frigate Sigma 10514 bagi menyaingi frigate kelas Formidable dan SGPV. Indonesia juga telah berjaya membina 2 dari empat buah kapal MPCS (Multi-Purpose Command & Support) kelas Makassar hasil kerjasama dengan firma Daesun Shipyard iaitu KRI Makassar, KRI Surabaya, KRI Banjarmasin dan KRI Banda Acheh. Apa yang menakjubkan ialah semua program pembangunan dan penghasilan kapal-kapal ini (termasuk KCR Trimaran) memakan masa dalam tempoh lima tahun. Indonesia berhasrat untuk menggantikan kesemua kapal dan bot milik mereka dalam tempoh sepuluh ke limabelas tahun. Dan jika perancangan ini berjaya direalisasikan, maka tidak mustahil kalau TNI-AL memiliki armada terbesar dan terkuat di Asia Pasifik suatu hari nanti.
 
Bagaimana pula dengan Malaysia? Setelah beberapa tahun berlalu, program SGPV masih lagi diperingkat di atas kertas. Bagaimana pula dengan hasrat TLDM mahu memiliki dua buah kapal MPCS bagi menggantikan KD Mahawangsa dan KD Inderasakti yang telah uzur dan KD Inderapura yang terbakar? Bagaimana pula dengan hasrat TLDM mahu memiliki enam buah pesawat helikopter maritim? Dengan kapal peronda kelas Kedah yang gagal memenuhi objektif asal NGPV, tidak hairan kalau kejayaan program-program dan perancangan lain oleh TLDM diragui pihak awam. Mungkin pihak lain mempunyai pendapat yang berbeza tapi bagi pendapat aku, apabila projek NGPV yang sepatutnya menghasilkan 26 buah frigate yang menjadi frontline barrier pertahanan negara hanya berjaya membuahkan enam buah kapal bertaraf patrol vessel, ia adalah satu kegagalan! (Ni adalah pulak orang yang nak kerakyatan aku dilucutkan atau tuduh aku ejen PAP dan komunis). Jadi apakah apakah yang membuatkan Malaysia tidak mampu menjejaki Indonesia? Masalah birokrasi? Kekangan kewangan? Kekurangan kemahiran dan pengetahuan? Indonesia sama saja seperti Malaysia. Negara yang serumpun. Memiliki kekuatan ekonomi yang sama. Namun apa yang membezakan Indonesia dan Malaysia ialah mentaliti. Mentaliti kita sebagai rakyat Malaysia harus diubah. Kerana mentaliti kita kini berlakunya ketirisan, ketidak-telusan, rendahnya keyakinan, rendahnya rasa tanggungjawab, tidak gigih, tidak patriotik dan tidak komited dalam merealisasikan cita-cita kita. Bagaimana kita boleh menghadapi musuh jika kita masih tidak mampu melawan sifat mazmumah di dalam diri kita sendiri. Selagi sifat tamak, sifat angkuh, sifat rendah diri, sifat bodoh sombong masih kuat menyelaputi diri, sukar untuk kita melangkah ke hadapan. Malang sekali apabila ATM membentangkan begitu banyak perancangan hasil buah fikiran ahli pemikir dalam memajukan dan meningkatkan daya pertahanan negara namun ianya gagal dilaksanakan kerana sikap buruk sesetengah pihak yang telah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan amanah rakyat.
 
Sudah tiba masanya semua rakyat Malaysia berubah, berubah yang sebenar-benarnya berubah. Benar-benar bertransformasi, bukan sekadar retorik nak menang pilihanraya! Janganlah kita jadi Pak Pandir, lebai malang, Wak Dogol zaman moden. Kita memandang rendah, menghina dan mentertawakan negara lain sedangkan negara lain semakin jauh meninggalkan kita. Setiap perkara positif dan baik dari pihak luar atau negara jiran harus kita ikuti dan contohi. Pahlawan yang hebat tidak hanya tahu kelemahan musuh dan kekuatan sendiri, malah juga tahu kelemahan sendiri dan kekuatan musuh! KRI Klewang mungkin terbakar hari ini, tapi mungkin dari terbakarnya KRI Klewang, akan Indonesia lahirkan pula kapal pengangkut pesawat. Who laugh last, laugh louder!   


Monday, 3 September 2012

Bourne Legacy


Aku baru tengok filem Bourne Legacy kat Midvalley (cuak gak kot panggung terbakar cam dulu). What I fear most is happen. The movie sucks….big time! Aku tak ingat entah berapa puluh kali aku menguap sepanjang filem ni. Filem ni banyak bercakap! Aku ingat ada ketikanya aku betul-betul terlelap dek kebosanan yang teramat sangat. Something that never happen when I watch Bourne trilogy before. Bengang aku! Mana silapnya filem ni? Kat mana aku nak start?
 
Pertama sekali karakter Aaron Cross. Mak oi! Emosi gila! Don’t get me wrong. I like Jeremy Renner dalam Hurtlocker lagi. Malah watak dia dalam Mission Impossible 4 is really convincing membuatkan aku yakin dia boleh carry out Bourne Legacy. Tapi watak Aaron Cross ni memang berbeza dari Jason Bourne. Emo betul. Most of the time Cross banyak bercakap dan meluahkan perasaan. Jason Bourne jenis pendiam, misteri dan berahsia sebab dia tak percayakan orang. Aaron Cross is like, having a problem to stop talking! Jason Bourne ni manusia biasa yang dilatih untuk jadi assassin yang ampuh. Pioneer of project Treadstone. Aaron Cross pulak rekrut project Outcome. Perbezaannya ialah rekrut Project Outcome terpaksa menelan dua biji pil bagi meningkatkan kemampuan fizikal dan daya kebijaksanaan mereka. Ni apa ni? Captain America versi spy ke? And believe me, even after consume a smart pill, Aaron Cross taklah nampak sebijak Jason Bourne yang pandai guna taktik dan helah bagi nak capai matlamat dia. Tak cerita lagi kepandaian dia mengaplikasikan peralatan elektronik. Tak kira lagi kehebatan dia dari sudut fizikal dan skill membunuh. Berentap, bergaduh, martial art specialist, weapon and explosive specialist. Pastu tahan lasak, boleh lari tiga kilometer dalam kelajuan yang tinggi. Jason Bourne, manusia biasa nampak lebih power dari Aaron Cross yang telan pil physicals and intelligent enhancement. Jason Bourne macam ada satu aura power yang buat kita rasa cool, kagum dan rasa nak jadik macam dia setiap kali kita tengok dia beraksi. Aku teringatkan scene dalam Bourne Supremacy, sewaktu Pamela Landy (Joan Allen) dengan unit CIA tengah kelam kabut nak trace Jason Bourne, tiba-tiba dia call dan cakap nak serah diri. Tapi dengan syarat agar Nicky Parson yang datang jumpa dia dalam tempoh 30 minit. Bila Pamela Landy kata macamana kalau dia tak dapat carik Nicky Parson, Bourne jawab, “Its easy. She’s right next to you”. BOOM! How cool is that? Rupa-rupanya Jason Bourne tengah mengintip dorang. Atau scene dalam Bourne Ultimatum apabila Noah Vosen (David Straitharn) tengah kejar Bourne, Tiba-tiba dia call. Vosen cakap yang mereka patut berjumpa. Bourne tanya kat mana Vosen sekarang dan Vosen bohong cakap dia kat office. Dan Bourne balas, “I doubt that. If you’re in the office, we’ll be having this conversation face to face”. BOOM! Rupa-rupanya Bourne kat office Vosen, curik fail dari peti besi Vosen. Jason Bourne thumbs up!

Awek dalam Bourne Legacy, Dr. Marta Shearing (Rachel Weizs). Again, I like Weizs. She’s a great actress. Tapi watak dia dalam filem ni agak menjengkelkan kalau nak dibandingkan dengan watak Marie Kreutz (Franke Potante) dalam Bourne Identity. Marta Shearing nampak macam biawak hidup, menyusahkan Aaron Cross yang terpaksa heret dia sama sebab perlukan dia. Tak macam Marie Kreutz yang sangat berfungsi membantu Jason Bourne dan tak menyusahkan Bourne. Malah kalau takda Marie Kreutz, jadi macam tak best plak (aku sedih bila Marie mati di awal Bourne Supremacy). Weirdly enough, in the end of Bourne Legacy, Marta Shearing yang berjaya bunuh assassin yang assign untuk bunuh Aaron Cross. What the hell?! Even Nicky Parson (Julie Stiles) is better than Marta Shearing. Nicky dan Marie bukan watak tipikal heroin dalam filem yang terjerit-jerit takut dan tak tau apa nak buat bila keadaan merbahaya berlaku. Not to mention kedua-dua mereka banyak tolong Bourne. Marta Shearing is kind of cliché character in the beginning that suddenly berjaya selamatkan Aaron Cross kemudiannya. What the hell?!! Thumbs up to Marie Kreutz and Nicky Parson.
 
The assassin which been assign to kill Aaron Cross pun tak begitu convincing. Assassin yang buru Aaron Cross diberi nama LARX 03 (Louise Ozawa). LARX adalah the next phase selepas projek Outcome (which Aaron Cross is the agent). Jadi ejen LARX di anggap lebih hebat dari ejen Outcome. Tapi entah kenapa aku tengok LARX 03 ni macam pengor pulak. Tak macam Clive Owen yang dikenali sebagai the professor dalam Bourne Identity, yang nampak cool dengan four piece suit, siapa pakai cermin mata lagi. Nampak cam nerd tapi sekali dia bawak sniper rifle daa! Dia mati kena tembak Jason Bourne pakai senapang patah. Sebelum dia mati, dia sempat cakap pada Bourne, “look at us. Look at what they make you give”, line yang Bourne ulang pada assassin Black Briar, Paz (Edgar Ramirez) yang tembak dia sampai dia jatuh bangunan dalam Bourne Ultimatum. Watak Kiril (Karl Urban), ejen FSB Russia yang cold dan stone face (assassin yang aku paling minat) yang walaupun cuma orang biasa tapi nampak cool. Bila dia kejar Jason Bourne, tak ubah cam T-1000 dalam Terminator 2. Scene kejar mengejar kat bandaraya Moscow is the killer scene. Walaupun dia orang biasa but he worth being an enemy of Jason Bourne. Dash Bouksani (Joey Ansah) dari projek Black Briar dalam Bourne Ultimatum nampak hip and sporty. Tak macam ejen dari projek Treadstone yang nampak tough dan classic as an assassin. Fighting scene antara Bourne dengan Dash, perghh! Power giler. Nampak sangat Dash ni lebih pantas, lebih lincah, lebih muda dan lebih berkemahiran dari Jason Bourne. Cuma Bourne ni lebih berpengalaman. Teruk jugak Bourne kena taruk dengan Dash. In the end of the movie, another assassin, Paz ditugaskan kejar Bourne. Dia kejar Bourne sampai ke bumbung. Bourne dapat peluang untuk bunuh Paz tapi tak tau kenapa dia tak bunuh Paz. Lepas dia ulang line Clive Owen pada Paz, Paz tembak dia sampai dia jatuh laut. Tapi hero kan. Mana mati! LARX 03 ni entah kenapa macam lembik dan lembab dan tak cool langsung. Nampak terhegeh-hegeh. Scene kejar-mengejar naik motor antara LARX 03 dengan Aaron Cross (Marta Shearing bonceng sekali) tak sehebat mana. Aku ingat scene kejar-mengejar naik motor antara Bourne dengan Dash  lagi best. Walaupun Dash Cuma naik motor skuter. Kalau assassin lain, aku nak sangat dorang mati sebab dorang power gila. Teruk Bourne kena taruk dengan dorang. Tapi LARX 03 ni aku nak sangat dia mati sebab aku naik menyampah tengok muka dia! Dan dia mati kena bunuh dek Marta Shearing. Patut dia assassin dari projek generasi ke-4, dah tentu power gila. Tapi mati kena bunuh perempuan. Ntah apa-apa!       
 
Mastermind dalam filem ni ialah Eric Byer (Edward Norton). Again, another actor I really love. Tapi entah kat mana silapnya entah. Tak macam mastermind dalam trilogy Bourne, Eric Byer ni fit for job on the field. Satu scene tu dia tengah jogging dalam hujan lebat. Tengok kat trailer cara dia handle pistol aku agak dia mesti power gak. Tapi tak nampak pulak scene dia guna pistol dalam filem ni. Ke aku tertidur masa tu? Aku pun tak pasti. Cuma apa yang boleh aku katakan, watak Eric Byer ni tak di explore sebaik mungkin. Atau adakah wataknya akan dikembangkan dalam next sequel?
 
Kadang-kadang tu masa aku tengok cerita ni, timbul harapan aku Matt Damon muncul tiba-tiba, datang tolong. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Walau macamana pun Matt Damon ada nyatakan baru-baru ni, kalau ada lanjutan Bourne dan skripnya sesuai, dia tak teragak-agak untuk bawak watak Jason Bourne tu semula. Dan Pengarah Bourne Legacy, Tony Gilroy kata, dia sengaja biarkan ada ruang dalam Bourne Legacy yang membolehkan watak Jason Bourne di teruskan kalau sekiranya Matt Damon setuju. That’s good to be heard. But when would that be? In the meantime, do we have to settle with Aaron Cross? Kalau ada sequel Aaron Cross, they better buck up or it will be a disgrace to a very success franchise. Dan bagi sesiapa yang rindukan Bourne movie, lebih baik tengok Safe House lakonan Denzel Washington dan Ryan Reynolds. Its more bourneesque than Bourne Legacy. Check out fighting scene Denzel Washington dan Ryan Reynolds. It reminds a lot of Bourne Trilogy. Way more action than Bourne Legacy. As for me, I will say…..bring back Matt Damon and Paul Greengrass. Tagline Bourne Legacy ‘There was never just one’. But for me, ‘there can be only one’. Wait! Isn’t that the tagline of a Highlander?