Sunday, 30 June 2013

Kapal Selam Scorpene: SSK vs SSN


KD Tunku Abdul Rahman
 

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku pasti ramai yang tak tahu apa itu SSK dan SSN. SSK adalah terma yang dirujuk US Navy sebagai kapal selam konvensional atau kapal selam diesel-elektrik. SSI atau SSP pula adalah kapal selam diesel-elektrik yang dilengkapkan dengan teknologi AIP (Air Indenpendent Propulsion). Panjang SSK adalah di antara 60 ke 90 meter. SSN pula merujuk kepada kapal selam berkuasa nuklear dengan tugasan utamanya sebagai kapal selam fast attack atau hunter-killer yang memburu dan memusnahkan sasaran di permukaan atau di bawah air. Panjangnya di antara 100 ke 120 meter. SSBN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik atau ICBM (Intercontinetal ballistic missile). SSBN adalah kapal selam yang paling besar dibina dengan ukuran antara 140-180 meter panjang (dua kali atau lebih saiz Scorpene). Ini tidaklah mengejutkan memandangkan saiz ICBM itu sendiri amat besar dan setiap SSBN mampu membawa 8-12 buah ICBM. SSGN pula merujuk kepada kapal selam yang mampu melancarkan peluru berpandu cruise atau SLCM (Submarine Launch Cruise Missile). Namun selalunya SSN dan SSBN memiliki kemampuan melancarkan peluru berpandu SLCM. Dan ada juga kapal selam SSK yang memiliki kemampuan SLCM. Contohnya kapal selam kelas Collin milik Australia.


USS Virginia
 
Collin class milik Australia
 

Persoalan yang aku rasa sering bermain di minda rakyat Malaysia adalah hebat manakah Scorpene yang begitu di gembar-gemburkan? Cerita yang sering didengar ialah Scorpene adalah kapal selam terbaik yang dimiliki oleh negara-negara di Asia Tenggara. Betulkah? Mengikut carta sepuluh SSK terbaik (ini bukan carta rasmi. Pendapat tidak rasmi dari individu dan juga firma yang berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman terlibat dalam industri kapal selam), kapal selam kelas Gotland buatan Sweden berada di tangga ke-8 dan Singapura memiliki dua buah kapal selam kelas Vastergotland buatan Sweden (biarpun Gotland Class dan Vastergotland Class adalah dua jenis kapal selam yang berbeza namun bolehlah kita anggap semua teknologi terkini SSK Sweden telah dilengkapkan pada Vastergotland). Scorpene pula berada di tangga ke-4. Kapal selam type 214 dan 212 buatan Jerman berada di tangga ke 3 dan ke 2 sementara kapal selam SSK terkini buatan Russia, kelas Lada adalah di tangga pertama. Kapal selam kelas Kilo buatan Russia yang bakal dimiliki oleh Vietnam berada di tangga ke 5. Perlu diingat kapal selam kelas Kilo yang dibeli Vietnam telah dimajukan dan dipertingkatkan kemampuannya berbanding versi era perang dingin. Scorpene dan Lada class adalah dua buah kapal selam yang bukan merupakan kesinambungan kapal selam dari perang dunia kedua dan juga perang dingin di mana kapal-kapal selam yang dihasilkan dalam era tersebut dinaiktaraf bagi disesuaikan dengan keadaan dan keperluan situasi kapal selam masa kini. Kedua-dua kapal selam ini dianggap sebagai kapal selam diesel-elektrik generasi ke-4 yang direkabentuk setelah berakhirnya era perang dingin bagi disesuaikan dengan situasi masa kini.
 Gotland Class
Type 212 milik German
 
Kilo class
 
Lada class
 

Namun bagaimana pun ini tidak bererti kapal selam Singapura boleh dianggap enteng. VasterGotland class atau lebih dikenali sebagai Archer Class pada Navy Singapura, walaupun dianggap sebagai kapal selam secondhand namun ia telah dinaik taraf dan dilengkapi teknologi AIP yang membolehkan ia menyelam lebih lama sehingga 70 ke 75 hari berbanding Scorpene yang hanya mampu menyelam selama 45 hari kerana ketiadaan teknologi AIP. AIP ialah teknologi dimana ia membolehkan kapal selam itu mengitar semula tenaga elektrik tanpa memerlukan atmosfera oksigen. AIP juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadi ia dapat memanjangkan tempoh waktu sesebuah SSK itu untuk menyelam sebelum perlu timbul di permukaan bagi mengecas tenaga elektrik. Jadi walaupun Vastergotland berada di bawah Scorpene namun kalau sekiranya berlaku insiden hunting-killing antara Kelas Perdana Menteri dengan Archer Class, Scorpene hanya mampu memburu dalam tempoh kurang dari 45 hari sebelum terpaksa menyelam di kedalaman ‘snorkel’. Which is bad news kerana ia dianggap waktu di mana Scorpene berada dalam keadaan ‘lemah’ dan Archer Class boleh mengambil kesempatan untuk memburu dan memusnahkan Scorpene.
RSS Archer
 
Sudah tentu ramai tertanya-tanya kenapa TLDM tidak melengkapkan Kelas Perdana Menteri dengan AIP? Terdapat beberapa teknologi AIP yang digunakan pada SSK. Sweden menggunakan teknologi enjin Stirling yang turut dimuatkan pada Archer Class milik Singapura. Bagi kapal selam type 212 dan 214 milik Jerman dan Kilo Class dan Lada Class buatan Russia, mereka menggunakan teknologi Fuel Cell. Perancis menggunakan teknologi MESMA (Module d’Energie Sous-Marine Autonome) yang boleh dimuatkan pada Scorpene. Jadi kenapa TLDM tidak memasang MESMA? Alasannya adalah kerana mahu menunggu teknologi AIP menjadi lebih advance. Betulkah? Aku kurang pasti cuma yang aku tahu antara ketiga-tiga teknologi ini, MESMA adalah paling efisien dan efektif jika dibandingkan dengan Fuel Cell dan enjin Stirling. Tapi dari maklumat yang aku dapat menyatakan sebab utama kenapa kenapa TLDM tidak memasang MESMA adalah kerana kosnya yang terlalu mahal sehingga mencecah puluhan juta dollar! Kos penyelenggaraannya juga mahal selain teknologinya yang terlalu kompleks dan agak sukar untuk diaplikasi oleh krew yang masih hijau pengalamannya dalam bidang kapal selam. Ini berbeza dengan teknologi enjin Sterling dan Fuel Cell yang lebih murah. Namun DCNS menyatakan bahawa mereka masih menjalankan usaha untuk memperbaiki kemampuan dan kos oleh MESMA. Mungkin itu sebabnya TLDM menyatakan akan memasang AIP suatu hari nanti apabila teknologi mengizinkan. Namun aku sendiri tidak pasti bila kerana bagi memasang MESMA memerlukan pengubahan dan penambahan hull atau badan Scorpene sehingga 10 meter. Sudah pasti Scorpene akan berada di limbungan dalam masa yang lama bagi proses penambahan MESMA dan menjejaskan operasi TLDM. Namun mungkin benar TLDM mahu menunggu sehingga teknologi AIP menjadi lebih baik. Teknologi AIP berkembang dengan pantas dan pakar menyatakan teknologi seperti fuel cell akan mampu dimajukan 2-3 kali ganda dalam tempoh beberapa tahun menambahkan kelajuan dan ketahanan SSK di bawah laut. Dan Russia sudah membangunkan sistem AIP KRISTAL-27E yang lebih canggih berbanding teknologi AIP fuel cell yang digunakan Jerman. Mungkin TLDM akan menggunakan teknologi Fuel cell instead of MESMA. Who knows!
 


Sebenarnya apabila kapal selam KD TAR menjadi kapal selam pertama yang tiba ke Malaysia, perkara yang bermain di minda aku ialah adakah mampu kapal selam diesel-elektrik menghadapi kapal selam nuklear?  Aku tak berapa peduli akan ancaman dari kapal selam Singapura kerana telah berlaku beberapa insiden di antara Navy Singapura dengan Malaysia namun dirahsiakan. Thus far TLDM memang berkemampuan untuk memintas Navy Singapura. Namun aku terfikir macamana kalau kapal selam US yang memasuki perairan kita? Atau lebih teruk lagi, mengancam tentera laut kita. Kita semua ada kesangsian kalau sekiranya kita berlengan dengan Singapura pasti Uncle Sam akan masuk campur. Aku tak yakin pada ketika itu. Dan keyakinan aku semakin menurun sebaik terlihat diagram perbandingan ukuran Scorpene dengan kapal selam kelas Ohio yang 100 meter lebih panjang daripada Scorpene. Dan aku mula check akan kemampuan SSN. SSN dibina untuk operasi di lautan terbuka.  Memang benar, SSN mampu menyelam di dalam air tanpa had. Hanya bergantung pada bekalan makanan. Kalau bekalan makanan mereka mampu bertahan selama enam bulan, maka enam bulanlah kapal selam itu berada di bawah permukaan (dan ini sering berlaku pada SSN milik AS dalam era perang dingin apabila mereka sering berlayar di laut Barent untuk mengintip Russia). Jarak pelayaran mereka juga tidak ada had. SSN tidak kehabisan bahan selagi reaktor nuklearnya berfungsi maka ia boleh terus berlayar tanpa henti. Dan hati aku yang spengong ini mula merasakan ia adalah satu pembaziran membeli kapal selam yang terhad kemampuannya. Seolah-olah ia dibeli sekadar mahu menghadapi ancaman kapal selam Singapura.
KD Tun Razak

Namun apabila lebih banyak research yang aku lakukan ternyata tanggapan aku meleset! Yang memang benar Scorpene sekadar sebuah kapal selam konvensional yang terhad kemampuannya. Namun ia tidak terkalah rupanya. Dalam kemampuan yang terhad, SSK ada kelebihannya tersendiri. SSK yang bersaiz kecil menyukarkan untuk dikesan kapal permukaan. Sesuai untuk operasi di persisiran pantai atau perairan yang lebih cetek di mana sonar pasif terganggu dek dasar perairan cetek, pembentukan batu atau bangkai kapal selain ia senyap dan mudah dikemudi di perairan yang sempit. Bersesuaian dengan tugasnya dalam menjalankan pengintipan jarak dekat, pemantauan dan tinjauan, special ops, sekatan perairan dan meletakkan periuk api. Selain dari itu acoustic signature atau bunyi bising yang dihasilkan SSK juga sukar dikesan lebih-lebih lagi di kawasan persisir. SSK boleh mematikan enjin diesel utama semasa menyelam, mengurang bunyi bising, membolehkan ia bersembunyi di dasar laut sambil memantau apa saja yang melintas di persekitarannya. Dan ia lebih senyap daripada SSN apabila berfungsi dengan tenaga bateri sedangkan SSN harus sentiasa menghidupkan pam reaktor. Kalau sekiranya sebuah SSK menyedari akan kehadiran SSN, apa yang perlu mereka lakukan hanyalah sembunyi, serang, kembali sembunyi dan guna persekitaran semulajadi untuk menyembunyikan diri dan secara senyap beralih ke lokasi lain kerana amat sukar bagi sebuah SSN mengesan SSK. Memetik komen Laksmana Muda John Waickwicz; ketua bahagian peperangan anti kapal selam dan periuk api AS; memburu kapal selam diesel elektrik yang senyap di perairan cetek atau laut persisiran adalah seperti mengenalpasti bunyi sesuatu enjin kereta dalam kebisingan kotaraya.


SSK seperti Type 209 dan 214 serta scorpene dilengkapi efficient encapsulated diesel engine bagi menyukarkan lagi pengesanan pasif sonar. Dalam bahasa senangnya, enjin tersebut di lindungi (atau di tutupi?) lagi dengan bahan material lain bagi merendahkan lagi bunyi bising yang dihasilkan. Scorpene juga direkabentuk bagi memaksimakan kemampuan halimunannya dengan merendahkan penghasilan kesan akustik, magnetic, electromagnetic dan infrared yang memudahkan ia dikesan radar atau sonar. Ada yang mengatakan kapal selam masih boleh diburu oleh kapal permukaan yang dilengkapi teknologi peperangan anti kapal selam atau ASW. ASW (Anti submarine warfare) walaupun teknologi semakin maju namun masih sukar mengesan kapal selam nuklear di lautan terbuka apatah lagi kapal selam diesel-elektrik di lautan persisiran. Cara terbaik untuk mengesan dan memusnahkan kapal selam adalah dengan teknik Air-ASW yang menggunakan pesawat helikopter (dipping sonar dan melancarkan torpedo dari platform helicopter). Itu pun lokasi di mana kapal selam itu disyaki berada harus dikenal pasti. Dan laut ni luas terbentang! Namun US Navy sendiri menyatakan cara terbaik memburu kapal selam adalah dengan menggunakan kapal selam. AS sendiri mula merasakan tindakan mereka menamatkan khidmat SSK dalam inventori mereka serta mengambil keputusan untuk tidak lagi menghasilkan SSK untuk kegunaan tentera laut mereka merupakan satu kesilapan. Apabila China mula membangunkan kekuatan ketenteraannya maka AS segera bertindak menghantar SSN mereka untuk melakukan intipan. Ini kerana SSN AS amat cemerlang khidmatnya dalam era perang dingin dengan Russia. mereka berpendapat kalau kapal selam nuklear milik Russia boleh mereka hadapai dan tangani, apalah sangat kapal selam diesel-elektrik yang sebahagian besar darinya sudah tua dan uzur. Alangkah silapnya mereka! Sehingga kini tidak ada kapal selam kuasa nuklear milik AS yang boleh dikatakan berjaya dalam operasi pengintipan mereka.
 


AS begitu berbangga dengan track record mereka dalam era perang dingin apabila SSN mereka mampu ‘parking’ beberapa batu nautika dari pangkalan Russia selama berbulan-bulan tanpa langsung di sedari pihak musuh. Mereka bangga apabila berjaya mengekori kapal selam Russia selama berminggu-minggu sebelum disedari pihak Russia. Namun mereka tidak mampu berada lebih dari seminggu di dalam perairan China tanpa dikesan kapal selam PLA. Malah telah beberapa kali berlaku insiden SSN milik AS dihalau dari perairan China apabila cuba mengintip eksesais tentera laut China. Menurut laporan, SSN mereka diekori dua buah SSK milik China sementara sebuah lagi mengekor dari jauh, memastikan tidak ada SSN kedua milik AS berada berdekatan dengan mereka. Senario piranha dan jerung. Jerung memang besar dan kuat tapi seekor jerung tak mampu nak buat apa-apa dengan puluhan piranha! Untuk pengetahuan, jumlah kapal selam yang dimiliki PLA adalah 10 Song class, 12 Kilo class, 1 Yuan class, 32 Romeo class. Hanya 36 buah sahaja yang berfungsi dengan kemampuan maksima sementara selebihnya samada sudah terlalu tua untuk digunakan atau terlalu bising. Namun ia mampu untuk mengawal perairan bawah air China. Dan perlu diingat, China juga memiliki kapal selam nuklear dari kelas Shang(4), Jin(1) dan Xia(1). Senario ini amat membimbangkan AS. AS melihat situasi di Asia Pasifik adalah semakin kritikal. Suatu masa dahulu hanya negara-negara tertentu sahaja yang memiliki kapal selam seperti China dan Australia sementara kapal selam milik Indonesia dan Singapura boleh dikatakan amat uzur. Namun kini Malaysia dan Singapura telah memiliki SSK dengan kemampuan kelas pertama. Vietnam bakal mendapat enam buah kapal selam Kilo class dan Indonesia pula telah berkerjasama dengan Korea Selatan untuk membina kapal selam Chang-Bogo class. Thailand dan Filipina juga dikatakan sedang menyusun bajet pertahanan bagi mendapat kapal selam untuk inventori tentera laut mereka. Penganalisa dari US Naval Academy, Maryland menyatakan, dalam tempoh 50 tahun akan datang, perairan Asia Pasifik akan dipenuhi dengan kapal selam dan kemungkinan berlakunya insiden  antara kapal selam amat tinggi memandangkan perairan Asia Pasifik memang sudah sedia sibuk dan terdapat banyak konflik perebutan wilayah di antara negara berjiran. Tentera Laut AS juga memindahkan 6 buah kapal selam dari armada Atlantik ke armada Pasifik kerana terdapat 140 buah SSK dari pelbagai negara yang tidak terhad dari Asia Pasifik (termasuk Iran, India dan Russia) yang boleh sampai ke kawasan kritikal di Asia Pasifik dalam tempoh yang singkat.
Song class
 
Yuan class
 
Menyedari hal ini, pada pertengahan dekad 2000, AS telah memulakan satu eksesais intensif menghadapi ancaman SSK yang dinamakan DESI (Diesel Electric Submarine Initiative) bersama negara sekutu mereka. AS telah meminta kerajaan Sweden untuk meminjamkan SSK kelas Gotland dalam program latihan tersebut. Dalam laporan hasil dari eksesais itu menyatakan jikalau eksesais tentera laut AS melibatkan SSK negara asing (Gotland class) merupakan peperangan sebenar, sebahagian besar kalau tidak semua supercarrier milik AS sudah berjaya ditenggelamkan. Dikatakan 10 buah supercarrier berjaya ‘ditenggelamkan’ dalam eksesais ini. Dan sehingga kini AS masih gagal mendapatkan jalan penyelesaian. Malah sudah ada pihak yang mencadangkan agar AS membuka semula program pembangunan SSK atau setidak-tidaknya membeli SSK dari negara sekutu. Ini berdasarkan kebimbangan akan kepesatan pembangunan teknologi kapal selam diesel-elektrik oleh negara-negara seperti Jerman, Perancis, Russia dan China yang begitu galak menjual kapal selam kepada negara-negara kecil yang kurang berkemampuan.


Kini telah diketahui yang SSK masih mampu menghadapi SSN. Scorpene adalah SSK yang terbaik di Asia Tenggara dan antara yang terbaik di dunia. Namun persoalan kedua yang bermain di benak aku, adakah dua buah kapal selam ini mencukupi untuk mengawal perairan negara? Aku rasa semua orang tahu jawapannya. Tidak! Dalam mengoperasikan kapal selam, sama juga seperti kereta, ada masanya ia perlu diservis atau diperbaiki. Di sinilah sistem rotation berlaku. Satu kapal selam di limbungan, dua buah masih perlu berada di laut. Namun kalau cuma ada dua, maka agak pincang pengoperasian itu. Menurut bekas laksamana TLDM; Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Malaysia seharusnya memiliki 6 buah kapal selam atau sekurang-kurangnya 3 buah. Ini adalah benar. Singapura memiliki 6 buah kapal selam (4 Challenger class dan 2 Archer class). Vietnam bakal memiliki 6 buah Kilo class dan Indonesia bakal memiliki 3 buah Chang-Bogo class bagi menyokong 2 buah kapal selam Type 209 yang mereka miliki. Indonesia berkerjasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan kapal selam Chang-Bogo. Banyak pihak skeptikal dengan perkara ini dengan menyatakan kualiti kapal selam itu nanti rendah kerana ia dibina oleh dua buah negara yang tidak punya pengalaman dalam pembinaan dan pembangunan kapal selam. Berlaku juga kontroversi apabila pihak Korea meminta pihak Indonesia agar hanya sekadar memantau proses pembinaan kapal selam tersebut dengan alasan supaya ia dapat segera disiapkan namun Indonesia membantah kerana mahu terlibat secara terus dalam program itu. Ini kerana Indonesia bercita-cita memilik armada kapal selam terbesar di Asia Tenggara. Dalam erti kata lain, Indonesia mahu membina lebih banyak kapal selam di masa hadapan.
Chang-Bogo class
 

 
Ini tidaklah menghairankan kerana berdasarkan pada sejarah, kapal selam merupakan ancaman yang sangat bahaya buat flotilla. Dalam perang dunia ke-2 Jerman menghuru-harakan lautan Atlantik dengan ‘Wolfpack’nya. Dalam perang Falkland antara Britain dengan Argentina, ramai yang menyatakan betapa hebat dan modennya armada tentera laut Britain sehingga mudah dapat menewaskan armada tentera laut Argentina yang tiga kali lebih besar dari Armada tentera Britain. Dan salah satu penyumbang utama kejayaan Britain adalah kapal selam nuklear milik Britain; HMS Conquerer yang berjaya menenggelamkan kapal perang Argentina; ARA General Belgrano. Namun apa yang kurang diberikan perhatian adalah dua buah kapal selam diesel-elektrik milik Argentina iaitu ARA San Luis dan ARA Santa Fe. Kedua-dua kapal selam ini (relik dari perang dunia ke-2) turut memberikan sumbangan dalam memperkuatkan armada Argentina. Britain yang bimbang dengan ancaman ARA Santa Fe telah mengerahkan tiga buah kapal perangnya iaitu HMS Brilliant, HMS Antrim dan HMS Playmouth memburu Santa Fe sehingga berjaya menembaknya. Namun dikatakan sebab utama Santa Fe berjaya di tumpaskan adalah kerana keadaan kapal selam itu yang daif dan tua.


Lain pula ceritanya dengan ARA San Luis. Selepas ARA Belgrano ditenggelamkan kapal selam HMS Conquerer, semua armada Argentina telah mengalah dan kembali ke pelabuhan kecuali ARA San Luis. ARA San Luis menjadi satu-satunya kapal milik Argentina yang menghadapi armada Britain! Dan HMS Conquerer sendiri mengalami kesukaran untuk mengesan lokasi San Luis sehingga ia boleh berkeliaran kemana-mana sahaja tanpa dapat dikesan! Dikatakan Britain begitu bimbangkan ancaman San Luis sehingga mengerahkan sebuah carrier, 11 kapal pemusnah, lima kapal selam nuklear dan 25 buah helicopter bagi memburu San Luis. Namun ia gagal. Malah San Luis berjaya menyerang beberapa buah kapal milik Britain. Namun ia gagal ditenggelamkan kerana masalah torpedo. San Luis tidak berjaya dikesan, jauh sekali berjaya ditembak. ARA San Luis akhirnya kembali ke pelabuhan Argentina bagi memeriksa masalah torpedo. Dan setelah pemeriksaan rapi dijalankan didapati tidak ada sebarang masalah teknikal pada ARA San Luis. Sebaliknya masalah utama torpedo adalah kerana krew torpedo ARA San Luis yang tidak berkemahiran yang tidak menghidupkan peledak torpedo menyebabkan ia tidak meletup sebaik menghentam sasaran! Dikatakan sekiranya torpedo itu di kendalikan dengan betul, beberapa buah kapal milik Britain telah berjaya ditenggelamkan dan ia mengubah situasi perang Falkland!
ARA Santa Fe
 
ARA San Luis
 
Kini telah jelas akan kepentingan pemilikan kapal selam dalam armada tentera laut. Jelas juga kini akan kemampuan kapal selam Scorpene kalau sekiranya terpaksa berhadapan dengan kapal selam nuklear. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu sangsi akan kemampuan serta keperluan memiliki Scorpene. Cuma aku bersetuju, TLDM perlu menambah jumlah kapal selam. Enam mungkin jumlah yang mencukupi. Namun peranan kapal selam dalam era moden bukan sekadar memburu dan memusnahkan sasaran tetapi juga pengintipan. Pada pendapat aku 12 buah kapal selam adalah jumlah yang ideal pada TLDM. Ia juga harus dilengkapi teknologi AIP. Dengan itu ia boleh berlayar dengan jarak lebih jauh dan lebih lama tempoh selamannya. Ini kerana perlunya ada kapal selam TLDM berlayar di perairan antarabangsa bagi tujuan perisikan dan pemantauan. Bukan sekadar rondaan di perairan Malaysia semata-mata. Kita tidak tahu kalau kapal selam Singapura atau China dan di masa hadapan, kapal selam milik Vietnam atau Indonesia menceroboh perairan kita secara senyap-senyap bagi mengintip kita. Atau lebih teruk lagi, memasang peranti pengintip pada kabel komunikasi bawah laut kita. Dan itu bukan sesuatu yang mustahil. Namun kita juga harus akui Malaysia lebih mementingkan pengukuhan ekonomi dari kekuatan ketenteraan. Namun kalau tanya aku, nak jimat banyak duit, banteras rasuah! Banyak wang rakyat dapat diselamatkan dan digunakan ke saluran yang betul. Kalau Laptop harga RM 1400 jadi RM 4500, berapa banyak duit rakyat dah ditelan? Berapa banyak projek yang rendah nilainya melambung tak tentu pasal? Yang menyedihkan anjing-anjing ini kebanyakkan orang Melayu beragama Islam. Buat dosa macam tak beriman pada hari akhirat. Inilah kesan fahaman nasionalis. Agama dipakai bila perlu. Dulu masa Islam tak popular, habis agama diperlekeh. Hudud buat orang Melayu jadik kudunglah. Zaman nabi takda Gilette lah. Mana-mana orang yang bercakap pasal Islam, dikutuk, dihina, diherdik dan diperbodohkan! Tapi sekarang sebab orang Melayu dan anak muda banyak menghampirkan diri dengan Islam, orang-orang ni mula bercerita pasal agama mengalahkan ustaz baru balik Al-Azhar! Pandai pulak hentam orang yang tahu ilmu agama KUNUNNYA mempergunakan agama! Dahlah jahil, maki orang yang ada ilmu pulak tu! Dan pengikut-pengikut mereka yang sama jahil pun mengiyakan kata-kata pemimpin mereka yang jahil! Sama-samalah masuk neraka secara berjemaah! Aku teringatkan satu tazkirah di Masjid KLCC, ustaz tu menyatakan, orang jahil adalah orang yang bercerita tentang Islam mengikut masa dan keadaan. Kalau ia memberikan manfaat padanya, dia bercerita. Kalau tidak, dia akan jauh diri dari Islam! Na’uzubillah!

 
Apa aku dah merepek ni? Anyway, that’s that. Aku harap penerangan ini akan menjelaskan lagi pengetahuan orang awam tentang fungsi dan kemampuan kapal selam Scorpene atau kat Malaysia; kapal selam kelas Perdana Menteri.   

 

Tuesday, 14 May 2013

Kalau ANARKIS Difilemkan


 
Kempen pilihanraya sudah. Mengundi pun sudah. Tapi keputusan pilihanraya macam tak sudah. Tak rasa sedih sangat PR kalah. Mungkin sebab aku dah dapat agak BN akan tetap menang tapi jumlah kerusi berkurangan. Apa yang buat aku sebak ialah tok guru bersara. Semacam pulak aku rasa. Ntah ada peluang lagi ke tak nak jumpa dia. Rasa takda mood nak post sebarang artikel. Tapi aku paksakan juga. Memandangkan cyber world sekarang tengah bergasak perang antara cyber trooper BN dengan cyber trooper PR dan suasana amat tense di dunia maya kini jadi aku fikir ada baiknya aku post sesuatu yang ringan.


Aku tengah kemas-kemas hari tu sekali terjumpa majalah Wizard. Wizard ni majalah cerita pasal komik. Lebih kurang macam majalah filem. Semua pasal komik ada dalam majalah ni. Apa komik paling hot. Apa plan marvel atau DC comics nak keluarkan. Dan salah satu segmen ialah kalau ada filem berdasarkan superhero (majalah ni aku beli tahun 90an. Masa tu filem based on superhero masih tak popular). So editor akan senaraikan siapa yang sesuai main watak sipolan-sipolan dalam komik. And for your information, Patrick Stewart memang telah menjadi pilihan semua comic fans untuk bawa watak Profesor Xavier long before X-Men the movie di bikin.


So aku terfikir nak buat benda yang sama pada novel ANARKIS. Dah tentu siapa yang baca ANARKIS cuba membayangkan rupa watak-watak dalam novel tu. Of course korang mesti bayangkan Awai Anak Gamung berdasarkan kulit buku tu. For your information, model (model?) cover depan tu sebenarnya saudara Faizal Mukhtar, bekas editor PTS yang juga editor ANARKIS. Jadi kat bawah ni adalah aktor-aktor yang aku rasa sesuai bawa watak dalam ANARKIS kalau sekiranya difilemkan. Watak-watak asing aku letak pelakon-pelakon Hollywood sebab aku membayangkan ada jutawan yang terlalu banyak duit terbaca ANARKIS dan suka gila serta sanggup nak labur beratus juta ringgit nak buat filem ni.


Awai Anak Gamung – Bront Palarae
Secara jujurnya masa aku tulis ANARKIS, watak Awai aku bayangkan Hans Isaac. Tapi sekali tu aku terlihat foto terkini Hans Isaac. Alamak, mamat ni dah nampak tua sangat. Awai walaupun dalam usia pertengahan 30an tapi dia masih fit dan cergas. So macam tak kena kalau hero nampak macam tak mampu nak lari 100 meter. So aku pilih Bront. Dia pun aku tengok dalam filem-filem lasak yang dia bawak, dia nampak tough dan watak dia hidup. Walaupun dia selalu bawak watak jahat, but remember, Awai Anak Gamung is a bad ass. So dah kenalah tu. Cuma kemungkinan Bront kena kurang bercakap dalam filem tu sebab Awai ni tak banyak bercakap orangnya.  


Arman Ghanni - Adi Putra
Kenapa Adi Putra? Sebab dia ada ciri-ciri brat rich boy with a good heart. A player in one minute but a hero in the next.


Adrianne Amar – Tiz Zaqiyah

Kenapa aku pilih Tiz Zaqiyah untuk watak heroin ni? Terus terang aku cakap, aku tak berapa minat dengan mana-mana pelakon wanita kat Malaysia ni. Semua gedik-gedik belaka. Aku pilih Tiz Zaqiyah pun sebab watak yang dia bawa dalam drama Nurkasih dan dia pun boleh berlakon. Nak pilih Siti Saleha nampak macam bebudak sangat.


Datuk Salleh Adnan – Zaidi Omar
Sebab dia selalu bawak watak orang tua yang jahat. Siapa ada tengok dia dalam filem Ringgit Kasorga? Classic orang tua tak sedar diri!


Marina Anak Damak – Marsha Milan Londoh
Well to be honest aku pilih dia sebab dia orang Sarawak. Either her or Stacy. And I pick her because she has an experience in acting.


Dr. Jason Ming – Adam Corrie
Aku pilih dia untuk bawa watak suami Marina sebab aku tak tau pelakon filem Melayu berbangsa Cina yang lain.


Cif Inspektor Kamarul Zaman -  Faizal Hussein

Aku bayangkan Cif Inspektor Kamarul Zaman sebagai seorang yang agak otai. So either Faizal Hussein or Rosyam Nor. Aku pilih Faizal Hussein sebab…..Bunohan! He is so cool in Bunohan.


Koperal Suresh – Ash Nair
Sama seperi karakter Dr. Jason, aku tak kenal aktor berbangsa India yang berlakon filem Melayu. Takkan nak ambik Sathia atau Acapan pulak. Walau pun Ash Nair dikenali sebagai penyanyi tapi dia ada berlakon dalam filem indie Red Street Diner. So we know he can act.


Sir Anthony Morse – Brendan Gleeson.
Pada asalnya aku bayangkan Anthony Hopkins yang bawa watak ni. Tapi aku rasa Anthony Hopkins terlalu tua. Brendan Gleeson selalu bawa watak pegawai CIA. Dua filem yang buat aku rasa dia sesuai sebagai pegawai konsulat British ialah Safe House dan Green Zone.

Andrew Doyle – Joseph Fiennes
Dia ni adik Ralph Fiennes. Aku tak tau filem yang dia berlakon. Tapi teringat TV series Flash Forward yang berkisar tentang manusia seluruh dunia tiba-tiba pengsan selama dua minit dan sewaktu pengsan tu mereka dapat ramalan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Joseph Fiennes main watak ejen FBI so sesuai sangat main watak Andrew Doyle, ejen MI5 yang karismatik.


Jeneral Revan Tanovic -  Tcheky Karyo
Dia selalu bawa watak bad guy foreigner. Filem dia yang aku ingat ialah Badboys dengan Kiss of the dragon. Accent dia memang pekat so sesuai dia bawa watak jeneral Serbia yang kejam.


Milan Tanovic – Goran Visnjic
Goran Visjinc selalu berlakon watak baik. Dia berlakon watak ayah dalam filem Elektra. Tapi lebih dikenali melalui siri TV ER. Tapi perwatakan dia yang tenang walau pun dalam keadaan marah sesuai bawa watak anak sulong Jeneral Tanovic yang tenang dan rasional.


Ervin Tanovic – Tom Hardy
Two word. Punk Ass! Dia bawa watak Bane dalam The Dark Knight. Sesuai bawa watak Ervin Tanovic yang kepala batu, degil dan suka ikut hati dan perasaan tanpa pedulikan orang lain sampai akhirnya menyusahkan dirinya sendiri dan orang lain.


Grigoris Katsouranis – Joaquim De Almeida
Grigoris Katsouranis ni orang Greek tapi Joaquim De Almeida ni orang hispanik? Tapi apa yang boleh buat De Almeida score watak Grigoris Katsouranis sama macam Tcheky Karyo; loghat dia yang keras selain karakternya sebagai orang jahat yang pintar. Filem lakonannya Clear And Present Danger, Behind Enemy Line.    


Kapten David Pierce – Sean Bean
Aku memang minat dengan Sean Bean. Very few actor yang boleh watak dengan stail dia orang yang tersendiri. Sean Bean ada karakteristik dia yang tersendiri. Tak kira main watak jahat atau baik. Dia pun ada karakter sebagai leader of a wolfpack. Antara filem lakonan dia yang aku suka ialah Ronin, The Island, Equilibirium. Memang kena dia main watak ruthless leader of a Horsegate Security Agency.


Leftenan Steve Flint – Sean Ghazi
Satu-satunya karakter orang asing yang dibawa pelakon tempatan. Sean Ghanzi ni aktif dalam teater. Kacukan dia ni tak silap aku. Muka dia ada karakteristik kaukasia. Dan dia pun ada loghat Englishman. So sesuai. Just not sure kalau dia mampu bawa watak yang aktif dan keras. Character wise, I think he suit to play former SAS turn mercenary.


Doktor Margie Minear – Audrey Tautou
Doktor Margie ni seorang wanita berpewatakan lembut yang kental jiwanya. Dan Audrey Tautou sesuai sangat bawa watak Doktor Margie kalau berdasarkan lakonan dia dalam The Davinci Code. Mungkin dia agak berusia tapi Doktor Margie ni berwajah lembut dan tenang, boleh balance dengan Awai Anak Gamung yang sentiasa keras dan stress


This is just my imagination. Tak mungkin pun berlaku. But doesn’t mean I can’t dream. Bagi sesiapa yang cari buku ANARKIS atau KUDETA intro dan klimaks, maaf cakap, tak payah cari. Ketiga-tiga buku ini sudah LUPUS dari pasaran. Tapi PTS ada contact aku beritahu ada banyak permintaan pada Pameran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu hari. Jadi dia orang minta kebenaran untuk jadikan ketiga-tiga buku dalam bentuk E-books. Tak tau bila keluar. Tapi kalau masih nak baca jugak buku-buku ni boleh tanya PTS. Manalah tau kot E-books tu laku tak ingat. Mungkin PTS tergerak nak publish manuskrip aku.


Anyway aku baru buka akaun facebook. Kalau sapa-sapa nak befriend aku boleh lawat facebook.com/khairulnizam.khairani. Mungkin aku boleh arrange aktiviti untuk korang macam tunjuk perasaan, perhimpunan haram, demonstrasi jalanan, aktiviti subversive dan keganasan serta menceroboh Lahad Datu dan mencuri peti undi! Salam Tsunami Cina, Tsunami Bangla, Tsunami Jawa, Tsunami Jakun dan semua tsunami-tsunami yang sesial dengannya!

Friday, 12 April 2013

Sembang LIMA 2013


LIMA 2013 telah berakhir dan telah menjawab beberapa persoalan yang telah aku keutarakan dalam artikel aku (Bajet Pertahanan 2012). Aku ada terima e-mel, tanya kenapa aku tak ulas tentang Lahad Datu? Geng, ini Malaysia. Polis tak berenti interogation lepas kita mintak lawyer. Malah Malaysia tak pernah practice Miranda Right pun. Aku ni pengecut. Takut salah post nanti kena SOSMA pulak. Mungkin bila keadaan dah reda skit baru kita cite. Atau mungkin bila tampuk pemerintahan dah bertukar tangan. Maybe. Insyaallah! Oh ya, Parlimen dah bubar. Siapa yang boleh mengundi, pergilah mengundi. This is a very vital moment of Malaysia. A GE that gonna decide the fate of our country! Anyway LIMA 2013 telah menyerlahkan beberapa persoalan (atau melebatkan lagi persoalan) berkaitan penambahan aset pertahanan Negara.

Program AV8 & Program SGPV

Progres kedua-dua program ini nampaknya berjalan dengan pesat. Beberapa kontrak berkaitan SGPV telah pun dimeterai. Antaranya meriam 57mm Mk3 dengan Bofors, fire control radar dan electro optical system dengan Rheinmetall. Ini satu perkembangan yang positif biar pun sehingga kini TLDM masih belum mengesahkan rekabentuk friget SGPV.

Electro Optical Tracking Module
 
Bofors Canon

Sebuah prototaip AV8 juga telah tiba dari Turki bagi tujuan ujian selama beberapa minggu bagi menilai ketahanan dan kesesuaiannya dengan keadaan di Malaysia selain menguji nilai friendly usernya dengan anggota tentera pengoperasinya. Rekabentuk prototaip ini kelihatan hampir sama dengan model asalnya iaitu PARS namun ia sedikit besar dan sifatnya yang amphibious dan dilengkapi water jet yang membolehkannya meredah permukaan air. Ia dianggap jauh lebih canggih berbanding model PARS kerana dilengkapi sistem persenjataan dan pertahanan yang lebih sofistikated. Tayarnya bersifat anti flat dimana ia masih boleh berfungsi biar pun mengalami kerosakan teruk. Persenjataannya dilengkapi meriam 25mm dan pelancar grened 40mm. Ia juga dilengkapi sistem navigasi dan sistem laser warning receiver dimana sekiranya ia di marked dengan laser musuh, ia akan memaklumkannya pada pengopersi AVC.  AV8 dikatakan sebagai ACV moden abad ke 21.

 
 Perhatikan sistem water jet yang menjadikan AV8 sebagai kenderaan amfibious

Pengganti MiG-29 dan pembelian AEW&C

Ini mungkin isu yang paling menarik perhatian semua rakyat Malaysia yang berharap soalan pesawat apa akan dipilih kerajaan akan terjawab. Malang sekali ia anti klimaks apabila Zahid Hamidi memberitahu keputusan itu akan diumumkan selepas pilihanraya. Zahid Hamidi juga memalumkan yang Malaysia takkan menyewa pesawat Saab Gripen. Ini sekali gus memadamkan usulan dari TUDM untuk menyewa pesawat tersebut. Memang dari mula lagi aku kurang bersetuju dengan idea ini. Satunya kerana Gripen bukanlah pesawat yang sesuai menggantikan MiG-29 dan keduanya ia tidak menguntungkan dalam jangkamasa panjang. Aku lega dengan berita ini. Walaupun Zahid Hamidi menyatakan empat pesawat kini dalam senarai akhir iaitu Typhoon, Rafale, Super Hornet dan Gripen namun persaingan sebenar adalah tiga penjuru tanpa Gripen. Ini dapat dilihat pada tawaran daripada ketiga-tiga firma iaitu BAE, Dassault dan Boeing. BAE beberapa bulan lepas mendapat sokongan daripada kerajaan Britain apabila Britain membuat tawaran pakej pertahanan bernilai RM10 billion di mana pakej itu termasuk pesawat latihan Hawk baru, kapal friget moden, meriam Howitzer dan sistem tentera masa hadapan(future soldier). Dalam bahasa halusnya Britain nak bagitau, kalau Malaysia setuju dengan pakej ni, harga Typhoon boleh bagi murah!
 

Saab Gripen

Dassault juga tak mahu mengalah. Sebaik mendengar tawaran ini mereka dengan segera mengeluarkan kenyataan sekiranya Malaysia bersetuju untuk membeli Rafale, Malaysia akan mampu membina jet pejuang sendiri di masa hadapan. Bererti Dassault sanggup untuk berkongsi teknologi rahsia dengan Malaysia. Dan ini bukan mustahil kerana Dassault bakal memeterai perjanjian akan pembangunan jet pejuang dengan India apabila India bersetuju untuk membeli 127 buah Rafale. Malah di LIMA 2013, Eric Trappier, ketua eksekutif Dassault menyatakan mereka akan mempertimbangkan untuk memasang Rafale di Malaysia kalau sekiranya Rafale dipilih oleh Malaysia. Boeing pula ada strategi berbeza. Mereka masih menggunakan pembelian 8 pesawat F-18 Hornet sebagai tangkal. Dengan pembelian peluru berpandu AIM-9X Sidewinder, AS bagai mahu memberi jaminan kali ini tidak ada sebarang persenjataan berkaitan Super Hornet dalam arsenal mereka yang Malaysia tidak boleh miliki. Lagipun AS terkenal dengan permainan politik mereka apabila melibatkan pembelian aset pertahanan dengan negara asing. Aku yakin pasti sudah ada pelobi Boeing di Malaysia yang mendekati pihak-pihak atau individu-individu penting yang berkait dengan penggantian pesawat MiG-29. Selain dari itu White House yang sedar Malaysia cuba nak rapat dengan AS pasti akan memujuk untuk memilih Super Hornet sebagai tanda jalinan persahabatan. Tipikal!

Rafale

Secara jujurnya aku melihat hanya dua buah pesawat yang memiliki peluang yang lebih cerah untuk dipilih. Typhoon dan Super Hornet. Kenapa aku cakap macam tu. TUDM memang dah marked Typhoon dan dengan tawaran pakej serta offset deal akan hanya menguatkan lagi lobi bagi pemilihan pesawat ini. Kenapa bukan Rafale? Ini kerana Rafale masih asing. Walaupun ramai yang kata Rafale telah membuktikan kemampuannya di Libya dan telah berjaya mengatasi Typhoon namun ia agak kurang tepat. Apa yang berlaku sebenarnya Perancis mengambil inisiatif yang lebih besar berbanding Britain dalam insiden campurtangan UN di konflik bersenjata Libya dengan menghantar supercarrier Charles de gaulle sedangkan Britain hanya menghantar 16 pesawat Tornado dan 10 Typhoon dan Perancis juga melaksanakan sebahagian besar operasi tentera udara iaiatu sebanyak 39%. Jadi kegagahan Rafale lebih nampak terserlah berbanding negara lain walaupun banyak pihak menyatakan kemampuan Typhoon RAF juga amat baik dalam konflik tersebut.


Dua buah jet pilihan aku (macam aku pulak yang nak beli) adalah Typhoon dan Rafale namun seperti yang aku katakan, hubungan Malaysia-Perancis dalam bidang pertahanan udara amat terhad dan dari sudut hubungan politik, Malaysia lebih dekat dengan Britain berbanding Perancis. Ini menjadikan Typhoon berkelebihan. Typhoon juga bukan calang-calang jet pejuang. Pada Airforce excercise Red Flag Alaska 2012, telah diadakan simulasi dogfight yang melibatkan AS, Australia, Jepun, Poland dan negara-negara NATO. Antara jet pejuang yang terlibat ialah F-15, F-16, Super Hornet, Saab Gripen, Typhoon dan buat pertama kalinya F-22 Raptor turut mengambil bahagian. Dalam simulasi itu, semua pesawat gagal menyaingi Raptor dan menjadi mangsa mudah kecuali Typhoon milik tentera udara Jerman. Typhoon satu-satunya pesawat yang mampu menyaingi kehebatan Raptor. Typhoon milik German dianggap yang terbaik di kalangan pemilik Typhoon. Lebih baik dari Britain sendiri. (Ini kerana ia dibina mengikut spesifikasi yang diperlukan negara-negara pembeli. Untuk pengetahuan umum, Apache milik Britain adalah lebih baik dari Apache milik AS). Dalam simulasi pertempuran itu, beberapa Raptor telah ditewaskan Typhoon. But American being an American, pilot-pilotnya tidak semudah itu mahu mengakui akan kemampuan Typhoon walaupun mengiyakan keupayaan Typhoon dalam manuvering yang sukar dilakukan. Ini kerana Typhoon direkabentuk sedemikian rupa. F-22 pula agak sukar kerana rekabentuknya yang lebih menitik beratkan keupayaan stealth disamping materialnya yang dikatakan tidak mesra aerodyanamic. Pilot-pilot AS (dengan ego) menyatakan dalam dogfight, Typhoon mungkin setara dengan F-22 namun kemampuan menyelinap tanpa mampu dikesan, F-22 adalah lebih superior. Pada aku, bahasa kasarnya kat sini, kalau nak lawan secara gentleman, F-22 lingkup. So dia orang jadik bacul, pukul curik! Tapi dalam military, tidak ada istilah pukul curi. Apa saja taktik yang berkesan harus digunakan dalam mencapai objektif untuk menang.
F-22 Raptor
 

Typhoon milik tentera udara Jerman

Memang kelebihan F-22 adalah melancarkan serangan ke atas musuh tanpa mereka sedari akan kehadiran pesawat ini. Namun dalam sebuah dokumentari di Astro menyatakan Typhoon adalah satu-satunya pesawat yang mempunyai kemampuan radar sensor yang sangat sensatif. Typhoon memiliki radar aktif dan pasif yang dikenali sebagai PIRATE-IR. Dan teknologi stealth F-22 dan F-35 hanya efektif pada radar aktif. Dalam Red Flag Alaska, F-22 menggunakan taktik menyelinap secara senyap dalam usaha menyerang Typhoon namun pilot Typhoon telah berjaya mengesan kehadiran Raptor dari jauh lagi. Selain itu Typhoon German juga dilengkapi dengan sistem Helmet mounted display (HMD) yang membolehkan pilot mengawal situasi, persenjataan dan membidik pesawat musuh dengan lebih mudah serta lebih peka dengan situasi sekeliling. Sekali lagi pilot Raptor menggunakan alasan F-22 masih belum dipasang sistem HMD untuk menidakkan kemampuan Typhoon. Jadi boleh dikatakan bahawa Typhoon berkemampuan untuk menyaingi F-22 dan perlu diingat, F-22 is a better dogfighter berbanding F-35. Jadi Malaysia tidak perlu bimbang sangat dengan pemilikan F-35 Singapura kalau sekiranya kita memiliki Typhoon dalam inventori TUDM.


Perkara yang sama tidak boleh aku nyatakan pada pembelian Super Hornet. Walaupun Super Hornet adalah lebih berkemampuan berbanding Hornet asal namun persoalannya kini, Super Hornet boleh dianggap pesawat di penghujung usia. Di AS, ia bakal disarakan dari Super carrier sebaik F-35 memasuki inventori tentera AS. Jadi boleh kata macam beli suratkhabar lama. Apatah lagi Singapura sudah confirm pembelian batch pertama F-35 sebanyak 12 buah daripada 75 yang dirancang jadi pembelian Super Hornet boleh dianggap bukan satu ancaman buat Singapura dan mereka pasti tidak kisah kalau Malaysia mahu membeli Super Hornet. Belilah seratus pun takkan cuak mereka. Apatah lagi berdasarkan pengalaman, AS akan sentiasa memberikan leverage pada Singapura berbanding Malaysia. Beri yang terbaik pada singapura dan hampas pada Malaysia. Jadi kemungkinan tindakan menyekat Malaysia dari mendapatkan persenjataan, spare part dan segala keperluan berkaitan Super Hornet pasti akan berulang.

F-18 Super Hornet

Namun seperti yang aku nyatakan, Boeing menggunakan strategi berbeza. Tekanan politik pasti akan digunakan. Malah ada cakap-cakap yang menyatakan kemungkinan pembelian ‘split buying’ seperti yang berlaku pada pembelian MiG-29 dan F-18 Hornet pada 90an akan berulang. Adakah kita akan membeli 8 buah Typhoon dan 8 buah Super Hornet? We’re fucked if this happen. Nak beli peralatan pertahanan negara berdasarkan politik! Namun kemungkinan Super Hornet terpilih memang tidak dapat disangkal. Ini kerana Boeing yang menyedari Malaysia memerlukan pesawat AEW&C, telah berkerjasama dengan Northrop Grumman dalam program Super Hornet. Kesungguhan Northrop Grumman dalam mempromosi pesawat E2D Hawkeye dalam LIMA 2013 sangat agresif bagi menyaingi Saab Erieye radar sistem. Sudah pasti Hawkeye akan disertakan sekali dalam pakej pembelian Super Hornet. Dan memang diketahui kemampuan Hawkeye adalah lebih baik dari Erieye. Malah siang-siang lagi timbalan presiden Northrop Grumman, Mary Petrysyzin menyatakan, dengan empat pesawat Hawkeye, Malaysia mampu mengawal seluruh ruang udaranya. Selalunya kata-kata kias seperti ini akan menjadi realiti. Adakah pakej 18 Super Hornet nanti akan melibatkan empat E2D Hawkeye? Kalau ia menjadi kenyataan, punah BAE dan Saab. Kerana biar pun harga Hawkeye amat mahal berbading Erieye namun ia diimbangi harga Super Hornet yang murah berbanding Typhoon. Bayangkan pakej pembelian Super Hornet dan Hawkeye yang mungkin lebih kurang sama nilainya dengan 18 buah Typhoon. Dan sudah tentu Saab juga akan terasa bahang persaingan. Walaupun diketahui Saab telah berkerjasama dengan DRB Hicom dalam usaha mendapatkan kontrak AEW&C dari Malaysia dan DRB Hicom punya kabel kuat dengan BN namun pengaruh AS juga pasti akan memberikan tekanan.

E2D Hawkeye
 
Saab Erieye dan Gripen milik tentera udara Thailand
 
Dalam sibuk diperkatakan akan pilihan pesawat pengganti MiG-29, kedengaran kenyataan dari pihak Russia yang memaklumkan minat Perdana Menteri Malaysia pada pesawat T-50 atau lebih dikenali sebagai Pak-Fa, pesawat generasi ke-5 buatan Russia. Namun aku hanya tersenyum dengan pernyataan ini. Sama macam minat Malaysia pada kapal selam pada lewat 80an. Berpuluh tahun baru kita miliki kapal selam tersebut. Ia mungkin sekadar batuk PM dengan kenyataan Singapura yang bakal memiliki F-22 dan Indonesia yang berkerjasama dengan Korea Selatan bagi membangunkan pesawat generasi ke-5 KFX (namun program itu terhenti akibat masalah kewangan). Lagipun tidak banyak yang diketahui tentang Pak-Fa. Terlalu senyap. Russia terlalu merahsikannya. Dan memang diketahui pesawat F-22 dan F-35 menghadapai begitu banyak masalah sehingga terpaksa ditunda beberapa kali untuk diserapkan ke dalam inventori tentera AS. Malah Australia yang dijanjikan F-35 beberapa tahun lalu kini masih lagi menggunakan Super Hornet. Walaupun daripada informasi yang berjaya dikutip pemerhati avionic menyatakan T-50 Pak-Fa mempunyai kemampuan yang lebih baik dari F-22 dan F-35 namun enjinnya masih mengalami masalah yang menyebabkan ia mudah meledak secara tiba-tiba. Tak mungkin Malaysia nak beli Pak-Fa menggantikan MiG-29. Mungkin sepuluh tahun lagi! So it is still a three corner fight among Typhoon, Super Hornet and Rafale. Jadi sama-sama kita tunggu akan keputusannya selepas pilihanraya.

 T-50 Pak-Fa

KF-X
 
Persetujuan bernilai 4.27 billion

Persetujuan ini menimbulkan kontroversi dan dianggap Pakatan Rakyat sebagai last kopek punya kerja BN nak sapu duit rakyat. Aku tak boleh komen. Aku tak tahu. Aku hanya boleh analisa isu ini berdasarkan informasi yang aku terima dalam situasi neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Senarai pakej persetujuan bernilai 4.27 billion bukannya semua telah dimuktamadkan. Daripada 24 persetujuan itu enam adalah kontrak kerajaan, tiga surat penerimaan (LOA) oleh kementerian, sebelas memorandum persetujuan (MOA) dan empat memorandum persefahaman (MOU). MOA dan MOU bukanlah satu perjanjian yang finalized. Ia boleh dianggap sebagai perbincangan dan persetujuan di peringkat awal. Boleh dibatalkan pada bila-bila masa sahaja. Hanya government contract dan letter of acceptance saja yang boleh dianggap sebagai perjanjian muktamad. Bererti daripada 24 perjanjian hanya sembilan yang telah muktamad. Antara kontrak dan LOA berkaitan Sukhoi dan F-18 Hornet. Namun apa yang menarik perhatian aku ialah sembilan perjanjian bernilai 2.7 billion berkaitan pembangunan Malaysia Defence & Security Technology Park (MDSTP) di Sungkai, Perak yang akan dibangunkan mengikut 3 fasa dalam tempoh 12 tahun. Objektifnya adalah untuk menjadikan industri pertahanan negara lebih produktif dengan menempatkan firma-firma pertahanan dari Eropah di satu lokasi bagi tujuan R&D dan manufacturing serta production.

 

Selain dari itu apa yang menarik perhatian aku lagi ialah kebanyakan firma yang terlibat adalah daripada Italy. Aku tak tahu signifikannya Italy dengan industri pertahanan kerana setahu aku Italy bukanlah salah satu negara pemain utama dalam industri pertahanan. Mungkin juga Italy memiliki pengetahuan dalam sesuatu bidang (aku mendapati kebanyakan firma Italy yang terlibat adalah dari bidang aviation) yang boleh Malaysia belajar. Mungkin! Aku pun tak pasti, namun aku yakin sekiranya ia mengikut perancangan dan menjadi realiti, MDSTP akan menjadi pusat industri pertahanan negara. Yang penting ia harus bijak ditadbir dan diuruskan kerana punca utama kegagalan beberapa perancangan berkaitan pertahanan sebelum ini seperti raifal Steyr dan NGPV adalah disebabkan masalah pengurusan dan pentadbiran yang tidak cekap dan telus! Jadi apabila sesuatu perancangan itu nampak kemas di atas kertas akan jadi tahi apabila tidak ditadbir dan diurus dengan baik. Menghabiskan duit rakyat dan mengembungkan perut orang-orang kaya tertentu. Aku berharap perkara ini tidak akan terjadi ke atas projek MDSTP ini.

 

Boleh dikatakan LIMA 2013 kali ini adalah yang paling meriah. Persaingan beberapa firma asing untuk mendapatkan kontrak tampak begitu jelas. Boleh dikatakan LIMA 2013 adalah sehangat PRU ke-13. Ini kerana selepas PRU ke-13 nanti, segala bajet pertahanan yang beberapa tahun ini agak ditahan-tahan serta beberapa kontrak bernilai berbillion ringgit akan dimuktamadkan. Seperti yang pernah aku kata sebelum ini, walau siapa pun yang menang nanti, baik BN mahu pun PR, segala peruntukan pertahanan yang agak ‘choked’ pada ketika ini akan salurkan kembali. Selain daripada itu insiden Lahad Datu juga menjadi pendorong utama. Kalau ada satu perkara yang memberi pengajaran pada kementerian pertahan Malaysia ialah kelengkapan yang ada pada masa ini hanyalah sekadar ‘cukup-cukup makan’! Lahad Datu membuka mata betapa pentingnya memodenkan angkatan tentera Malaysia dan kemajuan ekonomi dan kemakmuran negara tidak bererti apa-apa apabila negara diserang dan kita berada dalam keadaan tidak sedia. Malah Zahid Hamidi sendiri menyatakan keperluan untuk memiliki bot serang laju dan helikopter penyerang bagi menyokong ESSCOM. Ya! Helikopter penyerang! Aku pernah menyatakan yang Malaysia pernah ditawarkan helikopter Eurocopter Tiger namun kementerian pertahanan tidak melihat keperluan untuk memiliki pesawat penyerang berotor. Namun insiden Lahad Datu jelas menunjukkan betapa keperluan memiliki helikopter penyerang adalah sangat tinggi dalam memberikan sokongan ‘close air support’ pada infantri yang berada di medan perang.

Eurocopter Tiger
 

Ada juga pihak yang mempertikaikan akan sebab kenapa Malaysia mahu membeli aset-aset ini yang berbillion-billion harganya dan bertanya siapakah musuh Malaysia. Sebenarnya pembelian aset ini boleh dilihat dari dua sudut. Sudut pertama tentulah dari segi pertahanan negara. Memang Malaysia bukan Korea Selatan. Kita tidak memiliki satu pihak yang boleh dianggap sebagai ancaman utama dan nyata. Tapi dalam ketenteraan walaupun negara tidak ada musuh yang nyata namun ancaman yang berkemungkinan tidak harus dipandang ringan. Dan Malaysia punya banyak ancaman berkemungkinan. Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, China malah ekstrimis dan pelampau. Ingat! Bangsa Bosnia diserang bangsa Serbia tanpa mereka sangka. Malam tadi berbual mesra, pagi ni rogol dan bunuh anak mereka. Jadi kita harus sentiasa bersedia. Hanya kerana musuh tak nampak tak bererti mereka tak ada.

 

Selain itu kita juga boleh melihat dari sudut ekonomi. Industri pertahanan dunia bernilai trillion dollar. Takkan kita sebagai sebuah negara yang menuju ke taraf negara maju taknak rebut sepotong kek enak di atas meja? Seringkali pembelian aset negara akan disertakan dengan persetujuan offset yang membolehkan Malaysia berkerjasama dan menimba ilmu dari firma-firma swasta ini. Takkan kita nak pergi kat Russia dan minta cara nak buat jet pejuang tapi taknak beli apa-apa? Siapa yang nak bagi? Namun apa yang penting adalah ketelusan dalam menangangi isu pertahanan. Jangan sampai berlaku ketirisan. Aku cuma berharap Lahad Datu akan menjadi pencetus kepada kesedaran akan kepentingan memperkuatkan pertahanan Negara.  Dan sesiapa sahaja yang menang PRU nanti akan memesatkan lagi usaha menaikkan taraf modenisasi pasukan tentera Malaysia. TAKBIR!!!