Friday 4 March 2011

Kudeta Intro & Kudeta Klimaks


Salam sejahtera pada sesiapa yang melawat blog ini. Ini merupakan posting pertama aku. Jadi posting pertama aku ialah berkaitan novel pertama (dan kedua) aku iaitu Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang telah diterbitkan oleh PTS Fortuna pada tahu 2009 setelah sembilan tahun aku struggle menghasilkan berpuluh manuskrip dan menghantar ke pelbagai syarikat penerbitan dan setelah puas di 'reject' dan di 'reject' dan di 'reject' akhirnya ada juga syarikat penerbitan yang sudi menerbitkan manuskrip aku. Terima kasih kepada PTS Fortuna dan juga editor pada ketika itu iaitu Nazri M. Annuar (Penulis novel Karipap-Karipap Cinta yang bakal difilemkan).

Kudeta Intro dan Klimaks ini siap pada tahun 2006 sebagai sebuah manuskrip dengan tajuk asal 'Sasaran Samar' namun di atas nasihat penerbit, ia ditukar nama dan dibahagi kepada dua bahagian iaitu Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks. Kisahnya berinspirasikan pada sebuah artikel yang aku baca di sebuah majalah berkenaan perjuangan kumpulan penuntut kemerdekaan di Mindanao, Filipina. Dari situ aku mula membuat kajian secara terperinci berkaitan situasi di wilayah yang bergolak itu sehingga terhasilah Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks.

Sebenarnya ini adalah manuskrip pertama yang aku tulis bergenrekan military thriller (walaupun aku memang huge fan of Tom Clancy) kerana manuskrip-manuskrip aku sebelum ini semuanya bergenrekan Sai-fai dan fantasi. Walaupun jualannya tidak memberangsangkan namun feedback yang aku terima dari pembaca agak positif dan yang paling penting aku masih belum menerima krtitikan yang menyatakan novel ini sebagai sebuah novel yang tidak berkualiti, itu yang penting pada aku. Kualiti! Tidak semua buku yang laku itu berkualiti dan tidak semua buku yang berkualiti itu laku. Dan aku bersyukur yang buku aku termasuk dalam kategori buku yang berkualiti walaupun tidak laku (walalupun aku berharap suatu hari nanti buku aku akan jadi macam buku-buku Remlee Awang Murshid, amin!).

That's it dude, That's all for my first posting. SALAAAMMM!  

17 comments:

  1. Salam..cmne nk dotkn buku ni ek..act sy bru twu lepas bce buku anarkis...mncr
    I khazanah penulis nye..t
    Erta
    Rok sbb jln ce
    Rota sgt mngujakn.dan sgt2 bkualiti.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Sorrylah Nabilah. Lima bulan lepas PTS contact saya, tanya kalau saya nak beli baki copy yang ada pada dia orang. Tapi saya taknak. So dia orang lupuskan. Itu nasib buku yang tak laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puad sudah saya mencari kudeta klimaks. Klu benar tulisan saudara bahawa pts tlh melupuskan buku tersebut bermakna tergantunglah bacaan saya. Andai sudah tiafa di padaran bolehkah saya baca manuskrip asal kudeta klimaks? Saya cuma mahu menamatkan bacaan yg tergantung.

      Delete
    2. Sorilah Mizhar, memang saya tak simpan manuskrip yang dah publish. Tapi saya ada bgtau yang PTS akan convert Kudeta Intro & Klimaks dan Anarkis ke bentuk E-book. Bila kelua saya tak tau pulak. Tapi kalau nak hardcopy gak boleh try pegi pejabat PTS kat Gombak. Dorang ada mini library yang simpan dan jual buku-buku lama. Kalau ada nasib mungkin dorang tak lupus semua.

      Delete
  4. hi bro...i just started reading your books..and i would say..THUMBS UP!!
    best.... cuma..now i am searching for kudeta both novels...tak kiralah hardcopy or ebooks ..i have sent email asking about this to PTS..but they said ..no longer in stock...out of print..
    agak2 kat mana ye boleh cari buku ni...i nak buat collection..
    malay author..i ada full collection RAM ..and now..i nak buat full collection from u..bila nak tulis new novels lagi... i like your genre...

    susah nak cari writer mcm bro...lain dari yg lain..writer kat malaysia ni..byk sgt cerita pasal lovey dovey..penat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ally for the compliment.
      Tapi sorilah. Memang aku pun tak tau kat mana nak dapat semua buku aku terbit dengan PTS. Macam aku cakap, Kudeta Intro/Klimaks memang dah lupus. Anarkis, aku baru terima surat yang dia orang nak lupus jugak. Kat office PTS di Gombak ada khutub khanah/kedai buku PTS. Tak tahulah kalau dia orang ada selamatkan 2-3 copy ke. Tapi rasanya takda. Dia orang ada mintak izin nak terbit dalam bentuk E-books. Entah bila nak keluar tak taulah plak.
      Manuskrip latest aku dah hantar ke publisher FIXI. Cerita military/zombie. Tak taulah lulus ke tidak. kalau lulus mungkin hujung tahun keluar.

      Delete
    2. Salam.. mcam mana nk dptkn buku ni? Dulu masa tingkatan 3 ada baca buku kudeta klimaks, skrg dh 21 thun.minat buku mcm ni

      Delete
  5. Akhirnya jumpa juga buku ini. Hamba buat ulasannya di sini - http://lensahatikenitra.blogspot.com/2013/12/ulasan-buku-kudeta-klimaks-khairul.html

    ReplyDelete
  6. kenapa susah nak cari buku Kudeta: klimaks????? saya sudah memiliki Anarkis dan hari ini (15-Apr-14) saya baru memiliki Kudeta : Intro ... saya SUKA gila buku genre macam nie ... lain dari yang lain ... :'( ....please la cetak semula ... buat promosi ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, apalah kau pegi carik benda yang dah takda. Buku tu dah pupus dah. Tapi ada jugak bebudak yang jumpa buku ni kat event Big Bad Wolf Sales kat The Mines, Bangi. tapi event tu setaun skali. Jadi good lucklah kau carik taun depan. He! He! He!

      Delete
  7. Saya da beli n baca kudeta intro kudeta klimaks n anarkis.semua best! Great job bro! Jumpa kudeta intro secara kebetulan.love it the moment I read the synopsis.habis baca trus gi beli klimaks.lepas 2 cri anarkis time pesta buku kt pwtc.memang bestla suma.susah nk cri penulis melayu yg bwt genre ni..so once again GREAT JOB u should write more

    ReplyDelete
  8. siapa yg ingin menjual atau sudi meminjamkan buku kudeta intro & kudeta klimaks tolong info saya. saya teringin sangat nak baca buku tu. nak tahu cerita dari mula hingga akhir. saya cuma ada novel anarkis je. hmm. please contact saya jika anda ingin menjualnya. 010-760-4953 (acap)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. As salamm..says da baca buku intro yg pertama tapi yg klimaks puya Susan nk cari..

    ReplyDelete