Tuesday, 23 June 2015

SENGATAN HORNET

F/A-18 E/F Advance Super Hornet

Telah sah yang MiG-29 tidak akan ditamatkan perkhidmatannya sebaliknya akan dinaiktaraf agar jangkahayatnya boleh dipanjangkan. Namun dalam masa yang sama berita ini juga menunjukkan program penggantian MRCA akan terus ditangguh dalam satu jangkamasa yang tidak diketahui. Dan secara peribadi aku merasakan yang ia akan tertangguh dalam satu jangkamasa yang lama. Paling tidak pun dalam tempoh beberapa tahun lagi.

 MiG-29 milik TUDM

Namun berita ini tidak menyurutkan isu jenis pesawat yang akan mengisi logistik TUDM. Perbincangan dan analisa di kalangan netizen akan isu ini terus diperkatakan. Aku tertarik akan tajuk pesawat F-18 punya peluang yang besar dalam program MRCA. Jujurnya dan aku rasa semua yang follow blog aku dah tahu yang aku memang tak berapa bersetuju dengan pembelian atau penambahan pesawat F-18 dalam logistik TUDM. Dan rasanya semua dah tahu sebab kenapa aku tak bersetuju, bukanlah dari sudut kemampuannya tapi dari aspek geopolitik. Namun ramai pemerhati tak rasmi merasakan peluang F-18 semakin hari semakin cerah.

Dari sudut kemampuan memang ramai yang tahu TUDM amat bersetuju kalau sekiranya F-18 mengisi kekosongan MiG-29 dalam program MRCA. Ini kerana pengalaman mengoperasi lapan buah pesawat F-18 dalam logistik TUDM menunjukkan pesawat ini bukan saja berkemampuan dari segi kombat malah dari sudut pengoperasiannya juga ia kurang bermasalah kalau mahu dibandingkan dengan pesawat-pesawat buatan Russia yang dimiliki Malaysia. Malah usia F-18 dan MiG-29 adalah hampir sama namun F-18 tidak seperti MiG-29, jarang kedengaran permasalahan dari sudut penyelenggaraan. Kalau ada sekali pun ia sekadar masalah kecil yang dapat diselesaikan secepat mungkin. Berbeza dengan MiG-29 yang menghadapi pelbagai masalah dan masalah yang paling besar adalah mendapatkan alat ganti. Dan yang paling menyedihkan Sukhoi-30 MKM turut mengalami masalah yang sama. Nyata masalah dengan pesawat yang dibeli dari Russia adalah mendapatkan alat ganti serta proses penyelenggaraan yang rapi.
 

Sukhoi-30MKM yang turut mengalami masalah bekalan alat ganti dari Russia

Masalah paling besar berkaitan dengan pesawat F-18 seperti yang diketahui semua adalah masalah berkaitan geopolitik. Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat sewaktu era pemerintahan Mahathir tidaklah begitu baik. Apatah lagi hubungan antara Malaysia dengan sekutu kuat AS di Asia Tenggara iaitu Singapura sering dilihat tegang. Maka ahli dewan senat AS seringkali menghalang tindakan firma persenjataan AS dari menjual kelengkapan pertahanan pada Malaysia. Ini termasuklah kelengkapan berkaitan pesawat F-18 Hornet. Malah di satu ketika Mahathir dilihat seolah-olah menyesali tindakan Malaysia membeli pesawat F-18 Hornet ini. Macam-macam isu yang dibangkitnya dan isu yang paling panas adalah berkaitan source code yang sebenarnya bukanlah suatu isu yang besar. Kebanyakannya negara yang lebih rapat dengan AS yang memiliki F-18 turut tidak diberikan source code. Cuma dalam hal ini, Malaysia turut dihalang dari membeli peralatan persenjataan termasuklah peluru berpandu anti pesawat AIM 120C yang turut dimiliki Singapura. Hanya baru-baru ini sahaja Malaysi dibenarkan memiliki peluru berpandu yang diingini. Itu pun dalam jumlah yang terhad. Bererti F-18 Hornet milik Malaysia umpama harimau tak bertaring!

Namun scenario kini berubah. Hubungan Malaysia dan AS semakin baik. Mungkin faktor kebimbangan AS dengan kehadiran China yang agak agresif di wilayah Asia Pasifik menjadi pendorong utama akan hal ini selain sikap Perdana Menteri Malaysia kini, Najib Tun Razak yang lebih terbuka dalam hubungan antara kedua buah negara. Mahu tak mahu kita harus akui, dalam hubungan baik antara Malaysia-China, dalam Malaysia melaungkan slogan untuk mengambil jalan diplomasi untuk menangani isu perebutan wilayah di Laut China Selatan, Malaysia juga berasa bimbang yang amat sangat dengan pendirian China terhadap Laut China Selatan yang amat keras. Malah tindak-tanduk pasukan bersenjata China juga dilihat bagai tidak menghormati (atau tidak takut) dengan kedaulatan Malaysia. Saban tahun kapal-kapal milik PLA-Navy dan China Coast Guard menceroboh perairan negara. Malah China giat membangunkan pulau buatan manusia di kawasan terumbu karang yang menjadi perebutan antara China-Malaysia-Brunei. Malah dari pemantauan tentera Amerika Syarikat mendapati pulau buatan itu tampak berfungsi sebagai markas hadapan tentera China yang lengkap dengan landasan udara.
 

Kapal-kapal PLA-Navy yang dikatakan sering menceroboh perairaan negara

Namun Malaysia bagai tidak mampu berbuat apa-apa. Atas nama diplomasi katanya namun dari mata kasar dapat dilihat Malaysia sebenarnya tidak berkemampuan untuk bersikap tegas dengan China. Dari sudut kekuatan ketenteraan saja Malaysia sudah jauh ketinggalan. Kapal-kapal peronda Malaysia tidak mampu bersaing dengan kapal Coast Guard China apatah lagi kapal-kapal People Liberation Army-Navy yang jauh lebih canggih. Dan apa yang boleh Malaysia boleh lakukan berkaitan isu pulau buatan China kalau Amerika Syarikat sendiri berani dikritik China kerana usahanya yang dilihat cuba mencampuri hal ehwal orang lain. Jadi dapat difahami jika Malaysia cuba meningkatkan tahap persahabatan dengan Amerika Syarikat. Sudah tentu Malaysia berharap jika ditakdirkan (harapnya tidak berlaku) tercetus konflik bersenjata dengan China, sekurang-kurangnya Malaysia ada sokongan lembut (soft support) dari negara Uncle Sam. Aku tak tahu dah berapa kali aku cerita pasal perkara ni. Mungkin sebab masih ada orang yang naïf yang menganggap aspek geopolitik tidak memainkan peranan dalam pembelian aset pertahanan.

Berbalik pada isu pembelian F-18. Aku letak di sini F-18. Takda Hornet atau Super Hornet (atau ada orang suka panggil superbug) kerana seperti juga Lockheed Martin yang berusaha meneruskan hayat F-16 dengan model terkini F-16V, Boeing juga melakukan perkara yang sama dengan cadangan program F-18E/F advance Super Hornet. Isu Advance Super Hornet (ASH) ini menjadi satu isu panas di kalangan netizen di US yang meminati isu-isu berkaitan pertahanan negara mereka. Ini kerana ramai pihak semakin muak dengan isu pesawat F-35 JSF Lightning yang menghadapi pelbagai masalah yang memaksa penangguhan pengoperasiannya. Dan sudah tentu isu bajet program F-35 memainkan peranan utama. Program F-35 sejak ia bermula dikatakan telah menelan belanja melebihi setengah trillion US Dollar! Namun sehingga kini ramai pihak masih meragui tarikh yang diberikan Lockheed Martin iaitu 2016 bagi pesawat F-35 pertama beroperasi secara rasmi kerana begitu banyak masalah teknikal yang masih perlu diselesaikan dan para pemerhati yakin tarikh tahun 2019 iaitu tarikh di mana semua pesawat F-35 dapat dihantar kepada semua negara yang telah membeli pesawat ini akan ditangguh lagi seperti sebelum ini.
 Pesawat F-35 JSF Lightning II yang bermasalah dan telah menelan belanja yang amat besar

Jadi idea program ASH menarik minat ramai. Memandangkan ASH berasaskan pada pesawat Hornet yang telah terbukti akan keberkesanannya di medan perang selain faktor kos yang dijangka jauh lebih rendah dan diyakini pesawat ini tidak akan mengalami masalah teknikal sebaik produksinya secara besar-besaran bermula. Malah hasil laporan pandu uji oleh US Navy ke atas ASH mendapat pujian oleh pihak US Navy yang membawa kepada spekulasi akan kemungkinan Navy lebih berminat untuk mendapatkan ASH dan akan menarik diri dari program F-35 yang terlalu tinggi kos pengoperasiannya sebaik ia berada dalam inventori. Perlu diingat, kilang penghasilan F-18 dijangka akan menerima nasib yang sama dengan kilang penghasilan F-16 dimana ia akan ditutup menjelang 2016. Jika US Navy bersetuju mendapatkan pesawat ASH ini, ia akan memberi nyawa kembali pada kilang tersebut. Namun semuanya bergantung pada kelulusan dewan kongres AS. Malaysia juga turut ditawarkan pesawat ASH pada 2013. Jadi persoalannya jika Malaysia bersetuju membeli pesawat F-18, adakah ia jenis Super Hornet atau ASH?

Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pesawat antaranya ialah conformal fuel tank atau tangki minyak tambahan yang kini menjadi sebahagian daripada fiuslaj yang membolehkan pesawat terbang dengan jarak yang lebih jauh. Sebelum ini F-18 yang perlu untuk terbang dengan jarak yang jauh perlu dipasang tangki minyak tambahan pada sayap yang dikenali sebagi drop tank. ASH juga dipasang dengan enclose weapon pod atau pod persenjataan tertutup yang dipasang di bahagian perut pesawat. Rekabentuk Conformal Fuel Tank dan Enclose Weapon Pod telah mengurangkan keratan rentas pengesanan radar dan ini menjadikan ASH lebih halimunan (stealth) berbading Super Hornet. Selain dari itu ASH juga dilengkapi system ISRT (Internal Infrared Search & Track) yang membolehkan pesawat ini mengesan pesawat musuh dari generasi ke-5 yang halimunan. Enjin ASH juga ditingkatkan yang meningkatkan kelajuan dan tujahan pesawat. Jika dilihat pada ciri-ciri tambahan ini ASH dilihat umpama sebuah pesawat generasi ke-5. Dan memang tujuan Boeing membangunkan ASH dengan tujuan memberikan saingan pada pesawat F-22 dan F-35 dengan kelebihan kos penyelanggaraan yang lebih ekonomi dan efisien. Namun ia juga akan menjadikan harga ASH lebih mahal berbanding Super Hornet.

Sebab kenapa isu pemilihan F-18 diulas ialah kerana dari hari ke sehari dilihat peluang F-18 sebagai pesawat pilihan semakin meningkat. Memang F-18 menjadi pilihan TUDM namun faktor geopolitik membuatkan kerajaan keberatan untuk memberikan lampu hijau. Namun dengan situasi terkini menunjukkan hubungan Malaysia-AS yang lebih rapat berbanding sebelumnya kemungkinan faktor geopolitik mungkin bukan lagi penghalang selain faktor kewangan serta efisiennya F-18 untuk berkhidmat dalam TUDM dalam jangkamasa yang lama berbanding pesawat-pesawat pesaing yang lain yang dilihat sering timbul masalah yang tidak dijangka yang menyebabkan kadar efektif pesawat tersebut terjejas. Lawatan Barack Obama pada penghujung tahun ini (lawatan keduanya ke Malaysia dalam tempoh dua tahun berturut-turut!) juga adalah indikasi pemulihan hubungan antara dua negara. Memang ada yang menyatakan sebab utama Obama ke Malaysia selain dari menghadiri persidangan ASEAN adalah untuk memujuk Malaysia agar bersetuju menyertai perjanjian TPPA (Trans-Pacific partnership Agreement). Namun kita semua tahu setiap lawatan Presiden AS ke sesebuah negara tidak akan sekadar membincangkan satu-dua perkara sahaja sebaliknya akan meliputi semua perkara termasuk hal-hal berkaitan keselamatan dan pertahanan. Dan sudah tentu isu pertahanan yang paling panas ialah isu berkaitan kebangkitan kuasa ketenteraan China di Laut China Selatan.

Seperti sejarah yang lalu, AS selalunya tidak mahu terlibat dalam sesuatu konflik secara terus. Jadi mereka memerlukan proksi. Dalam isu berkaitan China, AS cuba membina pengaruh di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang selama ini dianggap seringkali mengasingkan diri dan bersikap berkecuali dari terlibat dalam sebarang isu global berkaitan AS. Dan Masalah dengan ancaman dari China memberikan AS peluang untuk mendapatkan sokongan dari negara-negara Asia Tenggara. Setakat ini negara seperti Singapura dan Filipina jelas sekali sudah menjadi sekutu kepada AS sementara negara seperti Vietnam dan Thailand adalah negara yang cenderung menyokong AS. Hanya negara seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei yang dilihat masih samar-samar sokongannya memandangkan negara-negara ini juga punya hubungan yang baik dengan China. Sementara Myanmar dilihat negara yang berpotensi untuk menyokong China memandangkan negara ini punya banyak masalah politik dan isu kemanusiaan. Jikalau sekiranya Myanmar terus-menerus ditekan oleh ASEAN, ada kemungkinan negara ini akan keluar dari ASEAN dan bersekutu dengan China. Berbalik pada Malaysia, kelemahan ekonomi serta goncangan politik tempatan umpama peluru yang boleh digunakan AS dalam hubungan antara dua negara. Kita semua tahu kelemahan ekonomi negara sekarang telah menjejaskan usaha ATM untuk melaksanakan program peningkatan dan permodenan pertahanan negara. Situasi Malaysia tidak jauh beza dengan Indonesia. Indonesia telah diberi pelbagai insentif dalam bidang pertahanan.  Dan Malaysia juga tidak terkecuali. Sudah beberapa tawaran bantuan ketenteraan ditawarkan AS pada Malaysia. Namun tidak seperti Indonesia, Malaysia sehingga kini kelihatan masih cuba untuk berusaha sendirian tanpa bantuan dari AS. Namun sampai bila?
 

Skuadron F-16 milik tentera udara Indonesia yang kembali bernafas dengan bantuan AS

China kelihatan semakin berani dari hari ke sehari. Peningkatan kekuatan ketenteraan mereka semakin meningkat. Sedangkan Malaysia dilihat bagai tak mampu nak menghadapi masalah kecil berkaitan pencerobohan sempadan di Sabah. Pihak ESSCOM memerlukan pelbagai aset bagi memudahkan tugas pihak keselamatan di Sabah namun kerajaan bagai memenuhi permintaan umpama melepaskan batuk di tangga! Sewaktu ekonomi kukuh, peruntukan yang kecil pada bidang pertahanan dikatakan kerana peruntukan yang besar diperlukan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Namun ekonomi negara sekarang ni dah macam taik! Laporan analisis dari Eropah menyatakan Malaysia akan menerima nasib yang sama seperti Greece jika sekiranya masalah hutang negara tidak diselesaikan dengan segera! Malah menurut Jane Defense Review, krisis 1MDB sebenarnya memberi kesan pada program pembangunan pertahanan negara. Berbalik pada isu F-18 sebagai pilihan TUDM. Aku terbaca sebuah blog yang mencadangkan agar Malaysia membeli pesawat-pesawat F-18 milik Kuwait. Kuwait seperti juga Malaysia, mahu menggantikan pesawat-pesawat lama mereka dengan pesawat yang baru. Dan berita terbaru menyatakan Kuwait sudah bersetuju untuk menggantikan pesawat-pesawat F-18 Hornet mereka dengan pesawat F-18 Super Hornet.
 F-18 Hornet milik tentera udara Kuwait

Walaupun idea itu menarik namun perlu diingat, AS tak membenarkan penjualan aset ketenteraan buatan mereka dijual kepada negara ketiga tanpa kebenaran. Namun rasanya itu bukan satu masalah. Kemungkinan besar AS akan bersetuju sekiranya idea itu diutarakan Malaysia. Namun ia tetap menelan kos tambahan selain dari pembayaran pembelian pesawat-pesawat tersebut dari Kuwait. Biar pun pesawat-pesawat itu diselenggara dengan baik namun ia adalah dari versi lama. Sekiranya pesawat-pesawat ini mahu dimasukkan ke dalam inventori TUDM, penaiktarafan diperlukan bagi membolehkan ia beroperasi dengan baik dengan pesawat-pesawat F-18 yang sudah sedia dimiliki oleh TUDM. Dan adakah kos itu semua masih dibawah nilai kos jika dibandingkan dengan harga pembelian Super Hornet? Dan adakah Malaysia akan dibenarkan membeli sekadar 18 buah pesawat atau adakah Malaysia terpaksa membeli secara pakej, kesemua 26 buah unit F-18 yang dimiliki Kuwait? Ini semua persoalan yang harus diperhalusi.
 

F-18 Super Hornet pilihan TUDM

Namun persoalan yang paling besar pada aku ialah isu berkaitan geopolitik. Bolehkah kita percaya yang AS tidak akan mengongkong kita seperti mana yang berlaku pada pemilikan lapan buah pesawat F-18 dahulu? Adakah kita akan dibenarkan melengkapkan pesawat-pesawat ini dengan kelengkapan semaksima mungkin kalau sekiranya Malaysia memilih untuk membeli F-18? Atau adakah kelengkapannya nanti hanya ala kadar apabila negara jiran tiba-tiba bersuara menyatakan rasa tidak puashatinya nanti?  Itu semua tidak dapat dipastikan. Pada aku, selagi mana hubungan Malaysia dengan AS tidak serapat jiran kita Singapura, ia adalah satu risiko yang tinggi yang diambil negara menjadikan F-18 sebagai tulang belakang kekuatan tentera udara negara.         

9 comments:

  1. Saya lebih suka Rafale... Amerika ni kalau berbaik,ada makna tersirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya.BUKA BLO DANA GHAIB MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  2. Kita perlu ingat Amerika adalah negara yang menyokong kuat Israel dan Israel pula adalah sekutu kuat dengan Singapura. Memang risiko tinggi jika Malaysia mengoperasi mana-mana pesawat pejuang buatan A.S......

    ReplyDelete
  3. Saya nak cadangkan agar negara kita beli pesawat dari taiwan iaitu aidc ching kuo iaitu pesawat tempur...menariknya. pesawat ini dibuat hasil kerjasama dengan us..jadi kalau ada pemindahan teknologi...mestilah melibatkan us....cuba kita uji keikhlasan amerika untuk meluluskan sistem pertahanan pesawat yang dipasang....kerajaan buat kajian sedikit...buat pelaburan sedikit...lagipun pesawat harganya dalam lingkungan 10 hingga 30 juta dolar us....dan juga kesediaan syarikat yang membuatnya untuk memenuhi spesifikasi dan pakej yang diringankan oleh negara pembeli...cukup sekadar beli 8 hingga 12 pesawat...menjimatkan....Lepas tu kita belilah pesawat tiupkan banyak banyak....dan mig29 bagi saya jangan dilupuskan...kita upgradekan...kita uji keikhlasan us....kalau diorang masih melarang juga pemindahan sistem senjata....aku rasa kepimpinan kita dan juga jeneral-jeneral tahu apa yang nak dibuatkan...dengan itu juga...saya cadangkan buat pembelian second batch pesawat tempur ke 2...nak tambahkan taring ketenteraan udara sikit....ataupun beli awacs...jimat duit negara kita...jadi tak perlulah berfikir dengan segala macam kemungkinan....berbanding memikirkan us menghalang ataupun tidak....think smart....

    Lagi satu...aku rasa sebab utama kita ada masalah pembekalan alat ganti dan urusan penyelenggaraan dengan negara rusia disebabkan kita tidak memenuhi perjanjian berkaitan pemindahan teknologi daripada diserahkan kepada negara luar terutama kepada us...kita sendiri pun tahu sikap us dan rusia berkaitan dengan teknologi diorang....rusia tak nak source code diorang terdedah..tetapi kalau sebab lain...saya tak tahulah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesawat yang ditiupkan tu pesawat typhoon..maaflah saya nak publish. Tiba tiba kamus di sini bertukar bahasa...saya taip typhoon jadi ditiupkan....Ha Ha....

      Delete
    2. Pesawat yang ditiupkan tu pesawat typhoon..maaflah saya nak publish. Tiba tiba kamus di sini bertukar bahasa...saya taip typhoon jadi ditiupkan....Ha Ha....

      Delete
    3. Maaf...pembetulan pesawat ditiupkan tu pesawat thypoon dan juga pakej yang diringankan ....adalah diinginkan..sini kamus ada masalah sedikit...bertukar bahasa....taip thypoon jadi ditiupkan....hahaha......

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete